13 December 2009

Wedding dress again


Model bg gaun2 pengantin ini ialah Ueto Aya.



Gaun yg xkembang.



Macam-macam ada...



Dan lagi...



Banyaknya ros di lengan.



Kotak-kotak pun lawa juga.



Putih itu bersih.



Putih itu suci.



Wahh kembang betul...



Putih itu simple dan cantik.



Gabungan pink pudar dan purple pudar. Cantik.



Gaun biru siap ade tali leher dan topi.
Gaun hijau yang amat cantik dan buat aku jatuh cinta. Hahah.

p/s :- Mood aku sangat baik hari ini dan aku betul-betul ceria dan bersemangat gitu.

12 December 2009

Gaun pengantin ala anak patung


Gaun ini akan nampak sangat comel apabila si pemakainya seorang yang comel dan cute seperti model di atas.



Dirimu persis anak patung yang sangat comel.



Turqoise itu mempesonakan, biru itu menawan.



Sesiapa yang berkulit cerah amat sesuai mengenakan gaun warna merah dan pink ini.

p/s :- Inspirasi entri kali ini adalah drpd Cik Muda Sara.

Aku bukan sengaja ok?



Aku sambil basuh baju ni (mesin yang basuh). Macam tak nak tidur malam ini sebab banyak kerja nak kena buat..(ceh macam busy sangat, poyo). Boleh tahan la busy. Hahah.

Aku bukanlah jenis duduk depan laptop 24 jam. Banyak lagi kerja lain aku nak buat. Kadang-kadang malas nak online ym (yahoo messenger) tapi aku kena online jugak mana tau ada info-info daripada kawan-kawan di sini pasal kelas ke program ke apa dan kadang-kadang ada tazkirah yang mereka rajin forward.

So biasanya aku buat invisible sebab tak mahu diganggu. Bukan perasan glamer tapi aku takut tak terlayan. Bila tak layan mulalah ada insan berkecil hati. Aduss.

PERHATIAN :- AKU BUKAN SENGAJA BALAS YM LAMBAT ATAU TAK MAHU LAYAN TAPI KADANG-KADANG MEMANG ADA HAL MENGEJUT YANG MEMAKSA AKU MENINGGALKN PC. SO TAK KAN AKU NAK KENA BAGITAU SETIAP ORANG YANG AKU CHAT AKU NAK KE MANA, KE MANA. PERLU KE? HABIS KALAU AKU CHAT DGN 10 ORANG, SETIAP ORANG AKU KENA BERITAHU?? KALAU SEMPAT AKU AKAN TINGGALKN STATUS MENYATAKAN AKU KE MANA DAN BUAT APA. TAPI KALAU NAK CEPAT MEMANG AKU AKAN TINGGALKN PC DAN MEJA MACAM TU JE.

MENGERTILAH YANG AKU MEMANG KADANG-KADANG SANGAT SIBUK DAN TAK SEMPAT NAK DUDUK PUN (APATAH LAGI BARING). LAGI SEKALI AKU KATA... AKU BUKAN SENGAJA BALAS LAMBAT ATAU TAK MAHU LAYAN. AKU BUKAN SOMBONG DAN BUKAN PILIH BULU. AKU LAYAN SEMUA ORANG SAMA RATA.

SEBENARNYA AKU SANGAT KECIL HATI DENGAN MEREKA YANG MENYANGKA DAN MENGATAKAN AKU SOMBONG DAN TAK NAK LAYAN CHAT KAT YM. AKU BUKAN SENGAJA. KENAPA PULA MEREKA INI YANG NA KECIL HATI DENGAN AKU?? AKU YANG PATUT KECIL HATI OK SEBAB KORANG SANGKA BURUK DAN TUDUH AKU MACAM-MACAM (SOMBONG DSB).

Serius aku cakap aku memang malas nak online dan kalau online pun aku invisible je. Sampai satu tahap memaksa aku set 'appear permanently offline to this contact' pada ID beberapa teman tapi bukan untuk selamanya. Samada time itu sahaja atau selama beberapa hari. Sebab apa aku buat macam tu? Sebab aku tak mahu mereka kecil hati bila aku tak layan (bila diorang tegur aku dulu). Pada hal aku bukan sengaja tak nak layan tapi ada seban tertentu macam aku tengah sibuk atau tak ada mood nak bual dengan sesiapa.

Aku tak boleh nak puaskan hati semua orang. Sudah tentu kawan-kawan dan budak rumah aku kat sini lebih penting daripada kawan alam maya. Aku tak mahu jadi 'hamba internet' atau 'hamba ym'. Maafkan aku kerana tak bisa jaga hati semua orang.

p/s :- kadang-kadang aku rasa menyesal pasang internet kat laptop aku ni.

11 December 2009

Ko rasa suara ko sedap???



Semalam umh aku xda line internet. Hari ni pn ptg td bru ada, aku blik dr kelas, lepas asar. Aduhai. Bru nk webcam ngn kwn aku smlm xjd sbb xde line. Hmm..

Aku tgk video2 klip Siti Nurhaliza mase Juara Lagu dolu2 (1996 - 1999). Wahh... kurus btl dia eh dulu. Aku xtau pon..(aku xminat dia so aku xamik tau). Aku cm xcaye je dia sekurus itu dulu. Wow! Hahaha.. Tapi dia mmg cute n cantik la kan walaupun xde mix omputeh ke arab ke. Huhuh.

Aku pun mgkn hmpir jd penyanyi kalau abah xmasukkn aku sekolah arab. Hahaha. Suara aku blh tahan la (cehh). Aku suka gk g karaoke ngn kwn2 dulu time aku keja n baru2 ni blik Malaysia pn smpt gak g karaoke beberapa kali.

Kadang bile org tanya ape cita2, aku ngn berseloroh ckp nk jd penyanyi. Tp ade gk menyokong suh aku jd penyanyi lagu unsur dakwah gitu. Wah3... Dakwah ade byk cara lg bkn menyanyi je. Lg perempuan lak berdakwah ngn menyanyi aku xsetuju sbnrnye. Lebih byk fitnah yg dtg berbanding manfaat n faedah.

So aku ckp aku klu jd penyanyi xmau nyanyi lagu nasyid tp lagu rock. Haha.. Oh tidak2 aku xmungkin menceburkn diri dlm bidang glamor ni nnt Heliza xleh cari makan lak kang. Huahahah. Knp aku sebut nama Heliza ye? Ada ceritanya...hahahah. Lgpun Heliza org nye kecil2 molek cm aku, cute n pakai tudung. Setakat ni xde penyanyi lain secute dia (perempuan n bertudung).

Xpe la.. menyanyi kt bilik karaoke pun ok apa? Lepas gak gian nk menyanyi. Tapi aku lbh suka nyanyi lagu lelaki...hehe. Ade je pic2 mse aku tgh karaoke tp aku xkn upload. Malu doh...hahah.

p/s :- ni semua boneka punya pasal ntah ape2 karaoke kt conference tadi smpai aku wt entri pasal nk jd penyanyi plak.

One more...



Lukisan asal dgn menggunakan pensil. *amik gmbr gune hp je.. xclear sgt nih...




Mula meng'inking'.



Setelah siap inking.



Setelah di scan.




Setelah di edit guna photoscape.

10 December 2009

Jejaka kacak...



Lukisan pensil.
:
:
:



Setelah siap inking.




Lukisan yang telah di scan.




Lukisan yang telah di edit menggunakan perisian 'photoscape'.

09 December 2009

Pic2 makanan la pula...



Pic2 ni aku tgkap kt slh satu kedai2 mkn kt Ramsis, Kaherah.



Ini namanya 'kibdah' (daging panggang). Dihiris2 utk isi dlm 'isy (roti arab) bersama sedikit sayur-sayuran n ia dinamakan 'syaweerma'. *lain kali aku bg gmbr 'syaweerma' plak.



Makanan yg amat pelik rupanya ni bernama 'mumbar', bkn mimbar masjid ok?. Bahannya ialah nasi berempah n disalut err ape tah so rupa dia jd cmni. Ade lg satu makanan yg lbh kurang rupa ini tp kecil cket bernama 'mahsyi'; nasi berempah disalut kobis. *pun aku akn bg gmbr lain kali hahah.



Ni ayam la kan xkn xkenal. Namanya 'firakh masywi' (ayam panggang). Wow nmpk cm sedap n mst korg terliur kn? hahaha.


Byk lg makanan arab yg berbagai2 rupa n jenis. Tp xsemua kena ngn tekak aku (aku kn cerewet..hahah). Oleh krn blog aku ni khas utk kwn2 malaysia maka blh la aku upload mcm2 gmbr kt mesir ni. Klu kwn2 Mesir dh xheran. Hahah. Ok selamat menunggu di entri lain kali berkenaan makanan2 arab terutama bg masyarakat Mesir.

p/s :- sbnrnye dh xde idea nk wt entri apa.

07 December 2009

Keindahan Sungai Nil



Sungai terpanjang di dunia.



Eh tersenget plak amik gambo nih. Haha.



Saujana mata memandang. Eh ade sekor keldai terselit plak kt gambo ni.



Pohon kurma.


Gmbr2 ni aku tangkap mase dlm bus nak balik Mansurah. Ini adalah kawasan Mansurah. Xsilap aku Benha nama tempat ni. *Mansurah adalah salah satu negeri kt negara Mesir. Mansurah ni luas n tmpt aku study n duduk ialah Kota Mansurah. Kire penempatan paling ramai kot sbb semua facilities tertumpu di sini. Lain kali aku akn upload gambar lain pula.

Mansurah mmg terkenal dgn Sungai Nil. Sepanjang jalan ke Mansurah akan lalu sungai Nil. Cantik. Ade gak yg sebhgn sungai Nil yg byk sampah sarap tp xbyk. Malah di Kota Mansurah sendiri ade satu bandar nama Jama'ah (sebutan arab Gama'ah), sblh Sungai Nil jgk, ade disediakn perkhidmatan motorboat klu nk merasai keindahan sungai sambil hirup udara segar. Mmg cantik dan indah Subhanallah..

p/s :- Dh lama xupload gambar kt blog ni sbnrnya..

06 December 2009

Macam mana blh xperasan??

6 Disember 2009
Jam 2.50ptg..

- Aku berjalan keluar (sorang) dr Maahad. Hm mcm nk gi Suq beli lauk. Rasanya dlm peti ais dh xde lauk utk masak esok.

- Sampai suq, beli ayam 2kilo, limau 2kilo. Agak berkilo2, berat. So aku amik keputusan naik taxi xmau naik tremco. Aku tahan taxi n ckp destinasi, "Syari' Maghsalah (JAlan Dobi)". N pkcik driver bersetuju.

- Mase nk bukak pintu kereta bru perasan. Eh?! Ini bkn taxi ler... Ni keta kaler putih cm taxi tp xde belang maroon atau coklat gelap. Lah aku dh salah tahan. Aku xperasan pun td, sumpah. Tp npe pkck ni selambe je xckp ni bkn taxi? Aku dh berbelah bg nak masuk ke x ni? Beberapa kanak2 arab pandang aku dgn penuh kehairanan. Mst dlm hati mereka berkata.."Malizi (Malaysian) ni suka2 hati je thn keta sape tah. Ape dia ingt asal keta wrne putih semua taxi ke?"

- Tp aku masuk jugak. Aku dh serba salah. AAAAAA!!!! Aku dh malu giler sbnrnye nih aku dh salah tahan. Malunye haku!! Aku betul2 rase sgt malu. Tp pkck ni ok ja.

- Xlame dia amik penumpang lain, ade 2 org mama. Mama2 tu pn cm pelik agknye.."taxi ke ni?". Tp pkcik driver suh naik gak.."Ta'al, ta'al". Maka mereka pon naik sama. Warghh... ni taxi ke bukan sbnrnya???!!! Aku msh dlm kebingungan.

- Tibe tmpt aku, Madinat Salam pkck driver xde belok.(nk masuk kwsn umh aku kena masuk dlm). Dia terus je. Ah sudah, mst dia ingt Syari' Maghsalah yg kt bndr Tir'ah tu x? *Bandar Tir'ah lbh jauh cket dr Bndr Salam).

- Dah tibe kwsn Tir'ah dh pun. Pkck bertanya pd ku.."Nazzil fen? (turun kt mana?)". "Hina bas (kt sini je)". "Hina? (sini?)". "Aiwa hina (ye kat sini)". Maka aku turun la kt bndr Tir'ah ni. Aku ke seberang jalan n tahan taxi lg skali utk balik ke bndr Salam.

- Kali ni aku berhati2 supaya xsalah tahan lg..(tlg jgn ketawakn aku). Maka aku selamat smpai destinasi n menapak cket utk tiba di rumah aku. Ngeee....mcm mana la aku blh xperasan td keta yg aku tahan 2 bkn taxi?? Tapi knp pkck tu suh aku naik jugak? Atau dia nk jaga hati aku n baik hati nk anto aku (tp salah anto gak)?

- Aku xciter kt ahli bait aku kang mst diorg gelakkn aku smpai hentak2 meja. So aku diam je cm xde ape berlaku.

Jap lg kul 12mlm

hahaha. ni adalah entri terakhir pd hari ni, 5 disember. aku btol2 xde keja. lalalala...

lg 10minit nk kul 12mlm beb! ape benda la yg aku buat ni samdol? ingat! esok setelkn ape yg patot. hafal matan, start melukis kartun, bace buku/ kitab. otak cm dh tumpul ni cuti lama sgt. mak oii... wake up wake up!! jgn byk berangan, jgn byk termenung. bgn dr mimpi wei!

motivasi diri sendiri..heheh.. aku dh mula sakit tengkok ngadap pc lama sgt. mlm ni mcm xsejuk sgt. ok2 la. tp pg sok mmg sejuk menggigil2 wei. pg mmg sgt2 sejuk. lg2 time sidai kain..pergh tgn mcm baru kuar dr peti ais! sejuk gila.

tibe2 terlintas lg satu idea...'racun sang puteri yang penuh sakti'. xfhm? dah xpyh fhm. ngahaha..

p/s :- dah dah g tido sane jgn degil!

Mataku susah plak nak lelap

hah tgk? aku masih menaip entri lg. ngahaha.. biasa wktu cmni.. (dh kul 11.30mlm) aku dh dlm lihaf melayan mimpi2 indah. fewit. tp oleh kerana keseronokan menaip (ditambah dgn kedukaan yg mahu dihilangkn) aku msh xtido lg. kali ni aku menaip ngn tidak skema iaitu semua huruf kecil..hihi..

aku dh jd blogger tegar? lbh kurang cmtu la kot. sejak aku bwk laptop ke sini n pasang internet..aku mula aktif ngn blog aku ni. pdhal sblm ni hanya suka2 n xde org bace pon, aku je sorg bace. haha. tp aku xkisah xde sape bace. janji aku dpt luah ape yg aku rase..aku dh cukup lega, puas hati n happy..

sbnrnya aku ade 2 blog. satu lg blog khas utk kartun2 aku n kartun2 org lain. haha. tp bodohnya aku terlupa pasword lantas aku xleh sign in utk wt entri baru. mangkok tol. blog 2 usianya sama dgn blog aku yg ini. dilahirkn pd mac 2009. aku msh mencari apakah password tersebut..dush.

yg aku pelik nape bdk2 umh aku ni pun xtido lg??

Aku seorang PUTERI

HMmm... sbnrnya 'puteri' 2 aku pandai2 je maknakan dgn 'siti'. 'SITI' bermaksud 'PUTERI'. Ni kamus aku. Hahaha. Ye namaku berpangkal 'SITI'. Jeng jeng jeng...

'Siti' atau 'Puteri' adalah lambang pemilik nama itu adalah PEREMPUAN. Kalau 'nur', 'nor', 'nurul' lelaki pun ade guna. Maksudnya lelaki n perempuan blh guna nur nor nurul. Tetapi 'siti' tidak akan digunakan bg nama lelaki. Bapok ke hapa? Hahaha..

Ilham nama PUTERI tu aku dpt pd thn 2006 n hanya aku start guna sbg id ym aku pd 2007. sbnrnya id tu bermaksud namaku sendiri dlm bhs arab. Sape yg pandai teka n cekap, tau la nama sbnrku dr id tersebut atau sng kata..nama blogku ini, alamat blogku ini.

Ramai juga kwn2 tye knp id pnjg sgt? Ade SEIMURA plak blakang. Jwpn aku.. 'ntah..nama 2 spontan je dtg kt kpl aku ni'. Tp setakat ni xde plak yg kutuk aku guna word PUTERI tu. Cnth :- 'hek eleh perasan puteri konon'. 'ko lawa mcm puteri ke?'. 'xagak2 guna puteri' (sekadar contoh shj..).

Xde org komen mengutuk setakat ni. Maknanya nama 'puteri' tu mmg sesuai utk aku la. Hahaha..gurau je. Tapi xsalah rasanya berangan konon2 aku ni seorang 'puteri' yg dipuja2 (wow! perasan betul). Berangan shj ok? Hak hak hak...

Aura Sang Puteri... tibe2 terlintas di fikiranku nk wt novel/ cerpen/ kartun bersiri dgn judul nih. Muahahah. Hmm..ade sambutan ke kalau dikomersialkn? Ahaks.

p/s :- aku 'puteri' di hati siapa ye??

Aku dah bertenang...

Alhamdulillah...sesungguhnya aku masih kuat, cekal, tabah.

Esok aku dh mula kuliah so hr ni aku nk wt entri byk2 coz mgkn xsempat nk post entri baru lepas ni. Kuliah aku enam hari seminggu...(Jumaat je cuti..). Aku perlu menghapuskan kesedihan n kekecewaan ni dgn menyibukkan diriku dgn kuliah, kelas2, buat kartun n apa2 aje la yg blh buat aku lupa kesedihan aku. Sila bg semangat kt aku..hihi...

Hmm.. azam baruku mulai esok..(cehh..).

1- Aku nk mula melukis kartun.
2 - Aku nak mula hafal matan Jazari.
3 - Mula kemas kini nota2 Qiraat n subjek2 lain.

Selain perkara di atas esok aku nk hbskn basuh baju n sidai. Setelkn semua housework sbl Zuhur. Kuliah aku mula kul 1 ptg. Aku mmg rindu nk g Maahad. Dah 2minggu lebih aku xdtg Maahad. Seminggu kursus perubatan islam, pergi safarah, pastu seminggu cuti raya haji plak.

Ok girl, study sungguh2 n bersemangat melakukan semua perkara. Ganbatte!!

Aku betul2 rasa down.....

Ye aku betul2 tgh down skrg.. Malangnya hidup aku ni... Di bawah ada sedikit coretan n luahan rasa hati...

Aku tau aku tak sempurna malah banyak sgt kekurangan. Aku suka marah2, xsabar n suka tuduh yg bukan2. Ni adalah sikap aku yg paling teruk n buruk.

Waktu2 mcm ni aku aku mula teringat mak, abah, famili n rasa nak balik Malaysia. Malah ade satu tahap sampai aku rasa nak bunuh diri!! Aku sbnrnya xsekuat mana...aku lemah dlm mengawal perasaan..aku xkuat..(aku menaip entri ni dgn airmata berjurai2..).

Maaf aku xboleh nak kongsi dgn sapa2 hal apa yg buat aku rasa sgt2 down skrg. Biarlah jd rahsia hatiku. Cuma ade beberapa soalan aku nak tanya tapi pasti tiada jawapan utk soalan2 aku tu..

Kenapa mereka susah nak faham aku?? Kenapa mereka mesti kecewakan aku?? Kenapa mereka semua ni mulut manis, hanya pandai berkata2 n berjanji?? Kenapa mereka mungkir janji?? Kenapa mereka kejam terhadap aku?? Kenapa aku harus bertemu mereka?? Kenapa mereka mesti sakitkan hati n perasaan aku?? Kenapa aku xmati je??

Aku berkata mcm org xde iman. Sungguh aku benci dgn permulaan tp pengakhirannya mengecewakan. Aku...aku...aku mmg sgt malang....

Ya Allah beri aku kekuatan....

05 December 2009

Jgn main perli2 aar... aku tumbuk bijik mata ko kang!!!

Nak tau sesuatu???? Aku adalah seorang yg berterus-terang. Aku xmain perli2 ke, balaghah, sindir, lafaz kinayah, lafaz isti'arah, lafaz tasybih....aku xfaham...(kdg2 buat2 xfaham).

Aku benci dgn sindiran. Kalau xpuas hati, ckp depan2 ok?? Xperlu sindir2 atau perli2 gua!!! Cakap n bgtau je terus terang ape ko tak puas hati ngn aku!! Aku xpeduli ko nk ckp belakang ke, ngumpat aku ke, kutuk belakang ke itu suka hati korang. As long as aku xtau....aku maafkan aje (kalau dh tau pun aku still maafkan..).

TetApi kalau perli n sindir depan2....aku mmg benci manusia jenis ni!!! Rase nk tumbok je tulang rahang ko xpun bijik mata ko!! Tak kena maki ngn aku dh cukup bagos tahu???!!!!

p/s 1 :- Sape2 terasa sila minta maaf ngn aku. Aku xredha kang!!!

p/s 2 :- Tibe2 terguna beberapa perkataan arab... Harap maaf klu xfhm.

Kesejukan makin terasa

Musim sejuk mcm dh nk smpai kemuncaknya. Kalau waktu pg cmni suhu di Mansurah dlm 10 - 12 darjah celcius shj. Mmg sejuk tp nnt akn ade wktu lg sejuk di mana kalau bercakap nih, keluar asap dari mulut. Mcm cerita2 korea yg musim sejuk 2.

Time 2 suhu sekitar 3 -7 darjah celcius. Sejuk btul cuma xde salji je. Heheh. Sbb ape xde salji? Sbb suhu xserendah 0 darjah celcius atau bwh kosong (negatif). Tp xmustahil klu Allah nk turunkn salji kt tempat aku ni. Sape tau kn?

Teringat plak pakcik aku yg keja kt Jepun. Mase 2 kami berpeluang jumpa. Aku blik MAlaysia, dia pun blik Malaysia. Tp dia blik kejap je, seminggu. Kami bertemu kt umah atok, bln 8 hr 2. Best btl bual2 tukar2 cerita. Klu di Jepun mst la ade salji kn musim sejuk ni. Hihi. Tp penempatan yg plg byk salji ialah Hokkaido. Aku mmg dh tau sbb aku kn kaki komik Jepun? So byk gk info pasal negara Jepun yg aku dh tau. Haha..

Sejuk air cond kt Malaysia cume serendah 16 darjah celcius (plg rendah) je. Kt cni punya sejuk, sampai nk pegang pen menulis pun susah..menggigil2, keras n tulisan pun xlawa dah. Klu pkai sarung tgn (glove) lg payah nk pegang pen, licin plak. So kena tahan le ngn kesejukan n paksa diri utk pegang pen..(study n buat nota).

Tapi oleh krn lapisan ozon yg mkn menipis, sbnrnye tiap2 tahun makin kurang sejuknya. Menurut org2 lama (senior2 yg dh lbh 4thn kt cni), dulu musim sejuk lagi sejuk dr thn2 kebelakangan ni. Ntah la aku pun xtau btl ke x. Ataupun diorg dh biasa ngn musim sejuk ni dh kebal n xrase sejuk sgt. Mase mula2 dtg mmg la rase sejuk sgt2 sbb 1st time mengalami. Tp klu dh bertahun2? Mst dh biasa kn? Ntah la aku xtau teori mana betul. Samada lapisan ozon makin nipis atau sbb dah biasa so dh xrasa sejuk sgt.

p/s :- aku nak pergi Sinai...

Esok birthday Muhammad Fitri

Tanggal 5 Disember esok...

Kali ni aku xde nk citer byk. Cuma nk bgtau esok birthday salah seorang lelaki yg aku sayang dan rindu...(cewah hahaha). Namanya Muhammad Fitri. (kpd peminat2 ku.. sila meraung smbil hentak2 kaki skrg..huwa3). Selamat ulang tahun buat beliau.

Aku tgh berfikir2 nk call esok. Esok sabtu so mst dia kt umh blik kmpg. Hahaha. So aku kena pinjam headfon kwn aku utk call esok. Heheh..

p/s :- Aku gelak dulu kuat2..( HAHAHAHAHA!!!!!)



04 December 2009

Aku ni kejam ko tau tak????!!!!!!!

Aku paling benci menunggu org!!!! Kalau org 2 lambat, xtepati masa...aku blh naik angin sampai rase nak bunuh je org tu!!!

Contoh janji nk ke mana2 la... jumpe kt tmpat sekian2, jam sekian2. Sampai masa dijanjikan...kwn yg kita janji 2 xkunjung tiba. Bkn 10minit atau 15minit lambat tp sampai lbh 1jam!!! Sape xhangin wei??? Dah tu xde bgtau plak ko lmbt 2 knp. Sms ke Call ke ckp ade hal yg buat ko lmbt. Yg lg bangkai xminta maaf plak bile ko lmbt n buat muka xbersalah. Ko tau tak yg aku mcm nak rendam ko dlm kolam najis???!!!!!

Ade 1 peristiwa mse aku form 6 kt Maahad Johor dlu..n Aku deal ngn sorg kwn aku ni, dia nk bwk aku g bndr then tdo umh dia. Bapak dia ngn dia la amik aku. Aku tunggu kt perkarangan blok akademik maahad. Sbl 2 dh call n janji kul bpe semua la...ok...

Mase yg ditunggu tibe n dia n bapak dia xsampai2 lg. Aku leh sabar lg. Jalan sana sini... SAmpai 1 tahap dh 45minit xsampai2 jugak. Tahap kesabaran aku nih dh sampai batasnye. Aku dah mula mendidih.. Ade gak kang muka kwn aku ni ngn muka bapak dia skali aku tumbuk xpun bg flying kick..Aku mst buat sesuatu utk redakn kemarahan aku ni..

Aku pandang sekeliling..Hmm tibe2 aku dpt sesuatu utk lepaskn kemarahan aku. Tau ape aku buat? Aku tendang semua pasu2 bunga kt sekeliling kolam kt landskap Maahad tu. Mula2 satu pasu kecik. Mcm best pulak. So aku terus tendang menendang pasu2 yg lain mcm tendang bola sepak. Xcukup pasu2 kecik, pasu besar pun semua aku tendang. Aku btol2 seronok. Lg2 plak bile pasu2 yg kecik bergolek2 ke sana ke mari.

Ade beberapa pasu pecah n tanah bertaburan. Aku peduli hape. Aku xnak bertanggungjawab atas atas vandalisme yg aku buat. Lgpon xde org tau, xde CCTV. hahaha. Sampai skrg ni xde org tau aku yg buat jahanam kt pasu2 bunga tuh... hahahaha...

So smpai skrg ni aku mmg benci menunggu n rase marah aku blh buat org kecik hati n menangis bile aku lepaskn marah tu. So sape2 jgn wt aku marah sbb aku ni kejam tau tak??!!!!

p/s :- sabar pun ade batasnya gak...aku manusia biasa...





03 December 2009

Akauntan Sempoi

Aku dari kecik mmg suka 'bermain dgn nombor'. Maknanya aku suka mengira samada dgn mencongak atau pun conteng kt buku2 kotor.

Sejak sekolah aku ade buku akaun sendiri. Duit aku kuar masuk. Tp lbh kpd perbelanjaan harian aku gitu. Nk tgk aku ni boros ke x. Tp xle aku catat kt satu buku khas je. Kejap kt kertas kajang, kejap kt diari, keja kt buku 2, kejap kt buku ni. Sempoi je.

Ia berterusan smpai aku blaja kt MARSAH n seterusnya smpai aku keje. Aku mmg catat perbelanjaan harian aku n siap buat purata utk tiap2 bln. Maknanya dlm bulan tu, purata sehari aku belanja berapa. PErbelanjaan tu termasuk la sewa umah, bil api air, topup dsb.

Sampai kt Mesir, aku wujudkn buku khas utk kira2, perbelanjaan aku keluar masuk. (cehh). So aku leh bandingkan bulan mana plg aku byk pakai duit. Mmg aku catat dr sekecil2 belanja hingga sebesar2 belanja. Bunyi2 nya mcm aku terlalu protokol n sistematik tp aku mmg suka mcm ni. Mungkin org akan kata aku terlalu kompleks tp aku peduli hapa!! hahaha!!

Aku akan teruskan benda ni sampai la aku hbs blaja, keje n dh kawin. Kira seumur hidup la..haha. Ala..sempoi2 je xperlu skema sgt. Yg penting ade buku khas n xbercampur dgn perkara lain. Khas utk kuar masuk duit n perbelanjaan harian je. Anda pula bagaimana? Haha..

p/s :- bila aku nk kaya ni? hahaha...



Aku benci dgn teka teki!!!!!

warghhh....aku benci ngn teka teki bodoh, merapu n bangang2!

contoh 1 :- banyak2 bunga, bunga apa yg disiram air mati?
jawapan : bunga api..

contoh 2 :- byk2 binatang, binatang apa 'anu' kt tengkok?
jawapan : kuda kepang

contoh 3 :- gajah naik helikopter, manusia naik?
jawapan : hairan

contoh 4 :- ayam berkokok harimau?
jawapan : siang

Sungguh aku benci teka teki mcm ni!! Gila apa? Aku blh naik angin layan org bg teka teki yg seolah2 mcm logik n masuk akal tp penuh dgn kebodohan n kebangangan bg aku. Mmg la teka teki ni just for fun tp aku tetap xleh terima. Benci tau x??

Serius time.. Aku adalah manusia yg guna otak kiri. Kita msg2 dicipta berbeza. Ade yg otak kiri, ade yg otak kanan n ade yg seimbang dua2. Org yg guna otak kiri xla bermaksud otak kanan dia xguna lgsg. Guna tp xseaktif otak kiri. Mcm 2 gk sebaliknya. Tp sebaiknya ialah mereka yg seimbang dlm gunakn kedua2 otak. (pening cket artikel aku ni kot).

Org otak kiri..dia seorg yg berfikiran kritis n berpegang pd logik. Pintar matematik, sains. Byk berfikir, bijak, teliti dan sesuai jd doktor.

Org otak kanan...dia seorang yg berfikiran kreatif. pandai melukis, berbakat dlm kesenian, kuat berangan, imaginasi tinggi. Sesuai jd saterawan atau org seni.

Oleh krn aku otak kiri, so aku xsuka teka teki yg bodoh2 n bangang2 mcm cnth di atas. Lantak la org nk kata apa tp aku tetap xsuka main teka teki..lbh2 lg plak jwpn teka teki yg cm bangkai!!!

p/s :- ade caranya kalau korg nk tau korang otak kiri atau kanan...

02 December 2009

Adakah aku dikira mangsa buli?

Kadang2 kita teringat dgn kenangan mase kecik2 dulu. Ade yg pahit ade yg manis, lucu dsb. Zaman kanak2 aku seronok la jugak. Tp ader gk part xbest yg kdg2 aku terkenang...

Aku dulu xpernah masuk Tadika. Aku anak sulung n abah xmasukkn aku dlm Tadika sbb bg dia xpenting kot. So aku belajar mengeja kt umh je, samada mak atau abah yg ajar secara lisan n xpernah di ajar menulis.

Masuk darjah satu, aku hadapi masalah dlm menulis. Tulisan aku mmg xcantik n cara aku pegang pensil pon salah. Puas la cikgu tegur n betulkn cara pegang pensil. Keadaan ini membuatkn kwn2 pandang serong kt aku. Yela, xpandai menulis. Tp aku cekap membaca n berinteraksi n aku gk cepat pick up dgn subjek2 yg di ajar. Kelebihan Allah bg la walaupun aku xmasuk Tadika. Belajar mmg pandai cuma tulisan ja buruk..aduhai..

Aku gak pandai melukis tp xpandai mewarna. Bile aku warna je lukisan aku jd buruk n xcantik. Hmm..cakap pasal warna ni teringat lg satu kisah mase darjah satu dulu..

Waktu 2 kaler jenama Luna mmg popular (skrg pon msh popular). Tp abah just belikn pensil kaler murah je utk aku, xterang n xcntik bila mewarna. Tp aku xpnah demand nk mintak kaler luna n aku bersyukur je ape yg ade.

Bila kt sekolah, aku nk pinjam la kaler luna kwn aku tp mereka xbg. Kedekut btol tp aku xkcik hati pn. Satu hari abah belikn pensil kaler luna yg pnjg. Dlm kelas aku sorg la ade kaler luna yg pnjg. So tibe2 kwn2 aku wt baik ngn aku n pinjam kaler aku. Aku xkisah bg je. Kdg2 pinjam pensil, pemadam n pembaris aku. Bile aku nk pinjam diorg, diorg xbg pulak. Xadil kn? Mcm2 lg la diorg buat seolah2 mcm sisihkn aku n jengkel ngn aku.

Tapi aku xpernah terasa. Xpernah kecik hati n menangis. Xpernah ngadu kt mak abah atau cikgu kwn2 buat aku cmtu. Aku pn pelik gk. Aku begitu pemaaf n xde nk bls dendam ke apa. Skrg aku terfikir...mmg betul la hati budak kecil ni suci, bersih n xde sifat dengki. Betul2 bersih n xde dosa. Tp mcm mana plak ngn budak2 yg suka dengki kwn dia? Hati dia xbersih ke?? Soalan yg sukar dijawab kn?

Aku hanya mula diterima kwn2 (mse darjah satu) setelah cikgu2 selalu sebut nama aku n bg perhatian kt aku. Mksdnya aku kira budak pandai la..hahaha..(ade unsur riak di situ). Sekarang bile kenang blik kdg2 aku rasa geram. Kecik2 lg dh memilih kawan, Kecik2 lg dh pandai hasut2 kwn, jgn kwn ngn dia... Kenapa ya budak kecik 'kurang suci' mcm ni wujud? Pengaruh drpd siapa?

Ntah la mls dh aku nk fikir.. Ape pun sbnrnya didikan awal dr rumah 2 yg plg penting sekali terutama ibu bapa.

01 December 2009

aku tibe2 rase segan..hahah..

Hari tu raye pertama raye haji ade ziarah satu umah ni. Bkn ahli bet aku je dtg ahli bet lain pn dtg gk. Lpas mkn2 kitorg mula nk beredar la nk g umh org laen plak. So sblm pulang kami salam2 ngn tuan umh. Sbl salam2 ngn tuan umah kami salam2 ngn org lain yg turut ziarah umh 2 tp lom hbs mkn..

Aku xkenal ngn org2 yg aku dok bersalaman nih, sorang ja aku kenal coz dia org lama. Diorg pn xknal aku kot coz pandang2 aku cm pelik. Hari 2 kn aku blik malaysia awal, cuti 5bln lbh kt malaysia so aku pon xla kenal ramai org.

Mase salam2 tu mereka nih pandang2 aku cm terpegun2 n xkelip2 (ceh aku perasan tp ni kenyataan ok?). Tp aku wt selambe n memaniskan muka semanis mungkin. Yelah ucap selamat hari raya dgn senyuman penuh ikhlas pd setiap org yg aku salam. Tibe2 ade sorg akak ni tanya..

"Dik, org mana ye?" Mase tu aku dh nk kuar dr bilik. Kat pintu..aku toleh n jwb..
"Org Johor.." sambil bg senyuman plg manis ngn muka innosen lg cute lalu berpaling n terus berlalu..hahah.. then aku terdengar suara2 berkata..

"OH org Johor...dah agak dah..."
"Lemah lembut je orgnye ek?"
"Patut la..org Johor rupanya.."

Adehh...aku plg xboleh blah part 'lemah lembut' tu. Sumpah aku rase nk gelak kuat2 sambil guling2 atas lantai dgr org komen cmtu. Xsesuai u. Diorg xkenal lg aku ni punya terjal lg gila2. Aku rase mst muka aku merah padam mase tu tp nsb bek xde org perasan. Hua3..

Sbl ni mase kt MARSAH dulu pon ade bdk ckp cmtu. Kwn aku la cter blik ade sorg adik dorm dia ckp gini..." Kak F...... tu muke lembut je n nmpk lemah lembut, xsangka plak dia cam ganas2 gak orgnya.." Yg member aku tu mngutuk aku ngn berkata..."Huh nyampah aku dia puji ko gitu..hahah.."....Aku terus ketawa terbahak2 dgr cerita dia..

Heee...pls la aku btol2 rase segan org ckp muka lembut ni...tidakkk...

p/s :- Pilih la gadis Johor yg terkenal ngn lemah lembut n sopan santun... haha..



demi sheila on 7

Zaman sekolah menengah mmg kadang2 penuh kebodohan n kenakalan. Kenakalanku mula menjadi2 sejak naik form 3 n form 4. Kata org zaman remaja tgh teruja nk melakukn itu ini. Wow.

Flash back...Julai 2001....
"weh So7 nk dtg wt konsert kt KL woi." kata kwn ku pd satu ptg kt kelas prep. aku teruja.."hah? btol ke? bila? kt mana? tiket brapa?". dia pun tunjuk akhbar yg promote pasal konsert 2. "wah kena pergi nih..bkn selalu So7 dtg malaysia."

Maka kami mula merancang itu ini. duit kena byk gak nk pakai. Selain hrge tiket konsert, tiket bus lg, mkn minum, kamera n pakaian2 sesuai. (kt asrama mane leh bwk suar jeans ke topi ke hape ke).

Kami btol2 sungguh2 nk ke sana. Sbnrnya bkn KL tp lbh pd kwsn Selangor. Aku pn xhingat ktne tah. Kami peli pakaian, kamera n kodak. Dah tempah tiket konsert kt org tiket, tempah tiket bus n mcm2 la. Tinggal nk pegi je.

1 mslh lg..hmm..Mcm mana nk keluar asrama pd time bkn blik kampung? Sbb kitorg perlu bermalam kt sana bkn blik hari. Maka kami wt surat mintak kebenaran blik kmpg dgn mereka alasan yg bukan2. hahah... Tp guru kelas kami mcm tau2 je kami menipu...ciss...dia kata gini..

"Betul ke awk berdua ni ade hal nk mintak blik kg ni? Sy xpercaya. Awak berdua ni mst ade nk pegi satu tempat tp awk menipu ckp nk blik kg ade hal konon. Xkn la dua2 serentak nk blik kg dlm satu masa? Sy xbenarkan."

Wahh..kuciwa sungguh kami. Dah terfikir nk fly je tp mst kantoi..(guru kelas kami pun warden jugak). So akhirnya terpaksa melupakan hasrat nk tonton konsert. Utk ubat hati kami yg lara, kami join camping anjuran unit beruniform sekolah kt Institut Haiwan Kluang.

Kami btol2 menyesal n frust. Kalau tau la permohonan cuti kami xdiluluskn..kami xkn mohon tp trus pergi mcm 2 je (fly). Bkn org tau. Mslhnya dh wt surat plak mintak blik kg tp xdibenarkn. So klu fly gak cm menempah maut.

Tp yg wt kami lg menyesal, guru kelas kami 2 xde pon kt asrama jaga bdk sbb dia pon join camping gk. Klu kitorg fly pon xde yg tau. Aduss menyesal pon xguna tp ape leh buat...

p/s :- Kalau mase 2 Linkin Park yg dtg kami akan pergi jugak xkira apa terjadi. Wahaha...





30 November 2009

muka cantik perangai huduh VS muka xcantik perangai cantik

jeng jeng jeng... ape kebenda tah judul entri aku kali ni ye. aku cume teringat kt kwn aku sorg ni..mase kitorg form 4 dulu..

mase tu kitorg tgh borak pasal pe tah xingat. tibe2 dia ckp cmni,
"korg pnah dgr x? pepatah org tua ade mengatakn, 'biar muka xcantik asalkan akhlak/perangai elok n cantik'...tp pepatah org muda lak kata...'biar muka cantik perangai huduh. sbb perangai blh diubah. muka klu asal dh mmg xcantik, mane leh ubah. xkan nk wt pembedahan plastik pulak'.."

kitorg yg lain terkejut n terus ketawa terbahak2 lpas tu. sumpah aku xpnah dgr pepatah poyo cmtu(pepatah org muda). hahah.. sbnrnye itu mgkn pepatah yg direka bdk2 nakal (boys) utk kenakan balik pepatah org tua. hahaha..

tp bila kami fikir2..ade betol jugak pepatah org muda tuh. hahaha. tp seeloknya biarlah muka cantik seiring dgn akhlak yg cantik..betol x??

p/s :- aku xtergolong dlm mana2 kategori..huhuh..

29 November 2009

handphone oh handphone... lalalalala...



Jenama : Motorola C261
Harga : Rm299.00
Fungsi : Kamera yg xjelas n xcntk lgsg ble amik gambo. Blh layari internet. Polifonik.
Tempoh menggunakan : Februari 2007 - Disember 2007



Aku dh xde keja g cerita pasal hp plak dh ni... . Aku mula pkai hp thn 2007. Agak ketinggalan zaman ok? Sepanjang kt MARSAH aku xpnah pkai hp pon n ia bkn satu kepentingan bg aku. Hp ni (motorola) abah belikan guna duit claim aku excident smpai masuk hospital kena tahan wad selama 5hari coz patah bahu kiri. Kesian aku kan?? Pasal excident aku akn ceritakn di entri lain kali..heheh..




Jenama : Sony Ericsson K 800i
Harga : RM750.00
Fungsi : Kamera cybershot 3.2 mp, 3G (video call), polifonik dan true tone, ada memory card, boleh rakam, ada radio, layari internet, mp3 n macam lagi fungsi best dan canggih..cewah..haha..
Tempoh menggunakan : Disember 2007 - Mac 2009



Handset di atas ini paling aku sayang coz aku beli guna duit gaji pertama aku...(gaji pertama aku RM3000.00 lebih setelah dua bulan setengah kerja tak dapat gaji, kerajaan la katakan..). Handset ini juga spesel edition sempena filem James Bond yang Daniel Craig berlakon. Yup warna silver yang betul spesel edition. Kawan-kawan aku yang pakai handset jenis ini semua warna hitam. So aku bangga cuma aku je warna silver hahah.

Malangnye pada Mac yang lalu handset ku ini tamat riwayatnya coz aku 'termasukkan' dalam mesin basuh..(tak sengaja ok?). Kejadian malang ini berlaku di Mesir di rumh sewa aku ini. Sungguh aku kuciwa smpai rasa nak bunuh diri...(tak ada la sampai macam itu..menipu saja..hahah).

So sekarang handset ini dah tak keluar lagi. Yang ada dijual di kedai semua second hand je. Aku agak frust sebab handset ini memang best, aku suka sangat. Huwaaa...




Jenama : Nokia 6660 (eh betol ke? ah panggil je handset sabun)
Harga : LE190.00 atau RM130.00 (second hand)
Fungsi : Kamera yang tak berapa cantik, ada memory card, boleh main internet tapi tiada radio dan apa lagi tah. Tak best sangat la. haha..
Tempoh menggunakan : Mac 2009 - Jun 2009



Hp second hand ini aku beli di Mesir lepas hp sony aku yang canggih itu rosak. Buat-buat ada je tapi bateri macam bangkai cepat habis.




Jenama : I Mobile 101
Harga : RM130.00
Fungsi : Radio dan polifonik ja..
Tempoh menggunakan : Jun 2009 - Oktober 2009



Hp buatan Thailand ini aku beli masa balik Malaysia hari tu coz dah tak tahan dengan hp nokia yang cepat habis bateri tu. Murah je dan hp ini comel..aku suka walaupun tak canggih. Sempoi je, Hihi..

Handphone terkini..(maaf xde gambar nak tunjuk hahah...)
Jenama : Sony Ericsson K 770i
Warna : Hitam
Harga : RM510.00 (termasuk memory card 2gb)
Fungsi : Sama mcm S.E K800i
Tempoh menggunakan : OKtober 2009 hingga kini...

Hp terbaru aku beli beberapa minggu sebelum balik Mesir nih. Walaupun tak canggih mana janji kamera cantik kalau ambil gambar..(cybershot gitu..hehe..). Sebenarnya aku pon tak hairan dengan hp canggih-canggih ni. Tak ada la macam sesetengah orang yang berlumba-lumba nak memiliki handset terbaru di pasaran. Itu semua duniawi sahaja tak bawa ke mati pon. Tapi terpulang la pada masing-masinh yang nak bergaya atau memamg keperluan.. Ada aku kesah??!! Hahahaha..

P/s :- aku suka hp kaler hitam..nampak mewah dan esklusif (eh betol ke eja ni?) gitu..hahah..

kasut oh kasut....










kali ni saje je aku masukkn gmbr2 kasut. kt satu kedai di Kaherah. mcm2 pilihan ada n semua murah2. tp yg aku tangkap ni semua kasut2 ladies gito. heheh...

act aku suke kasut yg ala2 lelaki gitu. kasut kulit yg ade tali2. heheh.. dolu mase kt marsah abah belikan kasut kulit cm kasut lelaki tp sbnrnye mmg kasut girl coz saiz 4. ade ke lelaki kaki saiz 4? tp mmg selesa kasut cm lelaki nih. berat xjd hal. senang nk terajang muka org yg wt jahat or amik kesempatan (terutama lelaki jahat). ahahaha..




punya la lama kt kedai tuh last2 aku pilih kasut sport kaler hitam nih. boyish, sporty n elegant... ahaks...


p/s :- hitam itu menawan...

28 November 2009

aku memang kuat makan.....


kucing kt umah yg bernama Oren... xde kaitan ngn entri aku kali ni..


smlm aku beraya sakan. makan je kerjanya. aku kalu time musim perayaan ni nafsu makan aku membuak2 gitu. selera makan aku begitu luar biasa. hahah..

smlm beraya smpai 10 buah umh n semua hidang makanan berat. nasi himpit, mee2 kuah, laksa. setiap umah aku bedal hidangan mereka. sampai nk jalan blik umh pn xlarat coz perut kenyang...I(xlarat nk bwk perut yg isi makanan byk sgt..).

kwn2 aku pelik tgk aku. bdn kecik tp kuat makan. makan banyak tp xgemok pon. mcm hari 2 aku ke JB n BP umh kwn aku. aku tdo umh mak dia kt BP coz esoknya nk g kenduri umah Akma kt Mersing. 2mlm aku tdo umh dia. mmg keje aku makan je. ptg balik dr umh akma kitorg singgah pasar malam. mak oi byk gile makanan aku beli.. sampai boyfren kwn aku ckp cmni..

"ko biasa tdo kul bpe".
"xtentu gak. biasa kul 12lbh laa.."
"hah kalo cm2 ko kena beli makanan yg cukup smpai kul 12mlm tu."

cilako perli gua. dia bimbang makanan aku beli xcukup utk isi perut aku nih sampai wktu tido.

aku kalau beraya umh org (xkisah le ngn famili ke kwn2), aku akan mkn n minum xberenti..(hah??). xde la. biasa la kalau org tua berborak kn lama..(merujuk pd my parents borak ngn kwn2 mereka time beraya) so aku akan terus makan smpai la dh nk beredar bru aku berenti. mkn kuih je pon bkn makanan berat, xksah la 2.

org xhbs2 suh aku mkn byk coz aku kurus sgt. masalahnye aku mmg makan banyak tp badan xnaik2. so kurus aku adalah semulajadi bkn sebab xmakan. lgpun aku mmg xsuka gemok n aku selesa n suka dgn badan aku skrg...hahaha...

p/s :- kurus xpe janji sehat n subur..(ehhh????)

27 November 2009

seni bina landskap

Assalamualaikum.

Selamat hari raya qurban. Salam Aidil Adha. Ini adalah tahun kedua beraya (raya haji) di perantauan.. tapi bukan itu yang aku nak cerita cuma mahu imbas cerita dulu-dulu...

Aku nak cerita pasal seni bina landskap yang pernah aku sebut pada entri sebelum-sebelum ini...(klik).
Kisah berlaku pada tahun 2003 bulan April. Sebelum itu after dapat result SPM kan ada isi borang UPU. Ada lapan kos kita boleh pilih ikut keutamaan. Aku pun dah tak ingat entah kos apa yang aku pilih. Yang pasti salah satunya 'Seni Bina Landskap'.

Waktu surat temuduga datang aku masih berada di Maahad Johor (belum masuk MARSAH lagi). Interview itu dibuat dekat UITM cawangan Melaka. Maka pada hari temuduga tersebut aku berangkat ke sana ditemani abah dan adikku Fitri.

Ramai betul orang yang datang untuk interview juga. Semua kos yang berkaitan dengan lukis-lukis seperti arkitek, landskap, kejuruteraan dan macam-macam lagi. Lepas daftar tunggu lah giliran untuk ditemuduga. Ada dua sesi temuduga. Satu suruh lukis, satu lagi interview lisan dengan penginterview. So bahagian pertama ialah melukis secara beramai-ramai.

Aku nak cerita kebodohan aku time mereka suruh melukis. (adoi, nak cerita pun aku jadi malu..mesti orang ketawakan aku guling-guling roftl). Meja disusun dalam bentuk bulatan gitu berlapis-lapis. Aku duduk agak belakang juga la so ramai la orang di hadapan aku. Sebelum itu mereka dah bagi kertas lukisan siap dengan pensel semua suruh kami lukis.

Yang peliknya tiada kertas arahan suruh lukis apa. Aku macam pelik. Nak lukis apa nih? 1 jam masa diberi. Aku tengok orang sebelah aku dah mula melukis dengan khusyuk gitu. Aku yang lurus lagi naif ini pergi lukis macam landskap gitu (inspirasi dari kawasan Maahad Johor). Ada pokok hiasan, kolam dsb. Aku seronok dan confident sangat lah waktu itu kononnya.

Dah dekat sejam, aku mula jeling orang sebelah kiri dan kanan aku. Ehh? Dia orang lukis apa ni? Tak ada bentuk landskap langsung pun? Tak ada taman-taman ke apa ke. Yang aku nampak dia orang lukis bentuk-bentuk macam kon, piramid, empat segi dsb. Aku mula tak sedap hati. Aku tinggikan leher tengok orang lain pun sama lukis bentuk-bentuk. Ehh?? Apa dah berlaku ni??

Time panjangkan leher itulah baru aku perasan dekat tengah-tengah ada satu meja dan atas meja itu tersusun objek-objek berbentuk kon, segi tiga, segi empat dan lain-lain. Hah?? Aku sudah salah lukis?? Patut la dia orang semua lukis bentuk-bentuk sebegitu. Rupanya memang ada objek disediakan dan kami perlu lukis objek-objek tersebut secantik mungkin. Laaa.....aku dah salah.... bodohnya aku!! Kenapa aku tak perasan meraka ada sediakan objek?. Aku rasa akulah orang paling dungu waktu itu coz cuma aku seorang yang tak lukis objek-objek yang disediakan tapi pandai-pandai lukis landskap konon-kononnya. Bodohnya!!! Rasa macam nak hentak kepala kat dinding! Danggg!!!

Aku dah mula gabra dan macam nak menangis... La macam mana ni? Masa dah nak habis lagi. Sial betul aku boleh tak perasan dari awal objek-objek tuh. Tapi aku mintak juga kertas baru untuk lukis objek-objek yang disediakan. Tapi dengan masa tak smpai 5 minit apa yang aku dapat lukis?? Wahh aku memang malang!! Kesiannya diriku!! Bodoh bodoh bodoh!! Banyak kali aku menyumpah dalam hati.

Dah cukup aku tak mahu kenang lagi kisah memalukan lagi membodohkan yang berlaku itu. Aku boleh jadi tension dan menyesal sangat-sangat. Huwaaa.....

Tapi di sebalik kisah bodoh dan menyayat hati ini ada hikmah yang tersembunyi rupanya dan aku baru je tahu info ini. Rupa-rupanya orang yang kerja bahagian lukis lansdkap ini lebih terdedah dengan rasuah! Risiko untuk 'disuap' lebih besar. Yang merasuah tentu la mereka yang kaya dan berpangkat. Dan jika menolak rasuah itu boleh jadi akan dibuang kerja dan di blacklist dari mana-mana badan kerajaan dan swasta. Haa..dahsyat bukan penangan mereka yang punya kuasa dan pangkat?

Syukur AlhamduLillah aku terhindar dari perbuatan keji lagi dimurkai Allah itu (rasuah). So aku bersyukur seadanya dengan diriku sekarang di bidang yang aku ambil. Tak perlu menyesal dengan kisah lalu itu.

p/s :- lukis orang lidi sudahlah. hahaha...

26 November 2009

tiba2 perangaiku mase sekolah terbongkar... tidakkk...

bru kejap td member kolej tegur aku kt ym. dia bru keje jd cikgu kt sekolah lama aku dulu..(SMAKJ). xla bru sgt, dh 4 ke 5 bln entah. aku dpt tau dia ajar sekolah aku 2 dr kwn aku yg lain. so terjadi la perbualan kitorg dlm ym sperti ini..

dia : woi ape cer?

aku : cerita dari hati

dia : selamat hari raya.. eh dh ada pengganti ke?

aku : selamat hari raye gak. xla.. mana ada

dia : eleh ko. eh ko tau x aku keje mane skrg?

aku : smakj

dia : sekolah lame ko

aku : ko sombong xbgtau aku pun

dia : dh ko xtanya xkn aku nk ckp

aku : eleh

dia : ko famous gak ek kt sekolah

aku : haa??

dia : ko dulu nakal giler mase kt sekolah kn?

aku : hahahaha... mane tau nih?

dia : haha adalah..

Aku : mst cikgu2 aku yg citer

dia : aku yg tanya. dh xde keja aku tanya la

aku : tp aku bangga la cikgu2 smua syg aku.. ceh

dia : haha biasa la 2

aku : eh tp cikgu sape yg citer pasal aku?

dia : adalah.. rahsia

cis aku xdpt korek dr member aku ni cikgu sape yg bukak 'aib aku (huhu). tapi serius aku rase bangga cikgu masih ingt aku lg pd hal dh tujuh tahun aku meninggalkn alam persekolahan. aku mmg femes n glamer kt sekolah. huahahah...(glamer krn kenakalanku...toink).

tp nakal2 aku pn xde la smpai kena gantung sekolah, buang sekolah..(sambil perli budak2 laki jahat n nakal yg kerap kena gantung n buang sekolah..hahah..). ala setakat langgar peraturan n disiplin..(aku dlu sekolah asrama penuh).

tp yg best ada ungkapan begini untukku..'xsangka f.... masuk marsah amik t..... lg'(nama n kos dirahsiakn haha). 'Alhamdulillah f..... masuk marsah... xsangka betul.' 'menjadi org jugak si f.... ni' (yg ni aku reka sendiri je hak hak).

whatever aku nk ckp.. xsemestinya bdk2 yg nakal mase sekolah 2 masa depan dia xcerah. n xsemestinya bdk2 baik mase sekolah btol2 jd insan berguna di masa depan.

p/s : sbnrnya aku nk ckp bahawa aku mmg femes, glamer n dikenali walau di mana aku berada. lalalalala...

BENCI!!! BENCI!!!! BENCI!!!!!


AKU BENCI DGN KAU AKU BENCI!!!!!! KAU MEMANG SIAL!!!!! SIAAAAAALLLLLL!!!!!

aku benci dgn makhluk ni! dia ni buat sial ngn aku! hati jahat aku meronta2 nk doakan yg xbaik n buruk2 untuk dia. hati jahat aku ni terpanggil2 utk doakan kecelakaan utk dia. hati jahat aku ni nak sgt doa biar dia mati cepat. bencinya!!!!! memang dia ni manusia bangkai, cibai, bastard!!! ikut hati aku yg jahat n dirasuk syaitan ni nak aje aku bunuh dia!!! sebelum bunuh aku nk seksa dia biar dia rasa azab yg teramat sgt sebelum menemui ajal!!!

tp hati baik aku ni suruh maafkan je dia. hati baik aku ni suruh doakan yg baik2 utk dia. hati baik aku ni suruh aku bersabar. hati baik aku ni suruh aku redha n bertenang, jgn ikut perasaan jahat. hati baik aku ni suruh aku lupakn aje semua perbuatan jahat dia pd aku. ya...lupakan dan maafkan...dan doakn yg baik2 utk dia...

p/s:- hati jahat aku masih terus memaki dia.... hati baik aku berkata..'Astaghfirullah...'

25 November 2009

aku salah kira ke dia yg salah kira?? confuse2..


Sekadar gambar hiasan..


Ptg td lepas kuarkn duit dr atm aku ngn senior aku g maktabah ibad (kedai buku n alatulis). Aku beli diari 2010, topup, kertas lukisan n buku nota. Jumlah semua sekali adalah LE24. Sbl 2 ammu (pakcik) arab tu kira satu persatu harge brg..dia suruh aku kira sama. Aku ni terkial2 cket la nk sebut nombor dlm bahasa arab. Hahah.. Then jumlah semua skali 2 le LE24. So dia suh kira baki bpe dgn congak. Congak mmg senang tp nk tukar ke bahasa arab 2 yg kena fikir lama cket..bru la aku sebut "sittah wa sab'in"(tujuh puluh enam).

Tapi reaksi ammu 2 seolah2 aku salah kira. Xkisah la 2. Then dia bg baki (aku bg not LE100) LE86 smbil sebut "sittah wa samanin". Aku cm blur2 jap tp aku amik je baki tuh. N sepanjang perjalanan aku msh tertanya2 n terfikir dlm hati...aku salah kira ke? betul la 100-24=76. Sambil fikir2 2 aku siap kira guna kalkulator dlm hp aku lg utk sahkn jawapan. Aku mcm serba salah gk coz lebih LE10 tu. Ke amu 2 mmg nk sedekah kt aku sempena raya haji ni? So aku sangka baik je maybe dia sedekah..AlhamduLillah syukur... huhu...Ada gak org arab yg berhati mulia mcm ammu tu.

Ada 1 lg kisah minggu lepas aku ngn dak2 umh aku bru blik dr hospital tunggu taxi nk balik umah. Tahan taxi xde yg nk berenti n xnk ke Salam (bandar Salam, rumah sewa kami terletak di situ). Lama gk wo tunggu 45minit ade kot.

Sampai ler ade satu taxi ni kitorg tahan n aku yg tanye "Salam?". Driver taxi muda lg agak kacak (ceh) ngn ade kwn dia sblh (pn hensem gk). Tapi dgn slumbernye dua mamat arab ni main2 kn aku ckp gini.."Salam? Assalamualaikum? (smbil tunjuk tgn bersalam). Laa' Wallahi.." sambil gelak2 n terus jalan. Cinabeng! Aku hampir2 tunjuk jari fuck kt mamat dua ekor tu. Org dh lame menunggu dia blh main2kn kita plak. Mmg bangkai!

p/s:- macam2 ragam...

24 November 2009

hati-hati.. ada jin dlm badan korang...hahahaha..



Kehilanganku selama seminggu drpd sebarang entri dlm blog aku adalah kerana aku menuntut ilmu hitam.. eh bukan. Ilmu perubatan islam di kaherah. Kursus 2 seminggu je n aku mmg enjoy. Seronok n best sgt2...

Kalau nk tau, aku dari kecik mmg suka cerita2 bab hantu, jin n sihir ni...(hah???). Sebab 2 adalah salah satu cabang alam ghaib so mcm best je nk tau lbh dalam. Biase bdk2 takut hantu, momok n seangkatan dgnnye tp aku xtakut pn, biase je..(ceh nk bgtau yg aku mmg pemberani dr kecik..haha).

Tapi setakat ni Alhamdulillah aku msh xpernah terserempak atau ternampak hantu2 bagai nih. Bg aku itu cume ilusi. Tp bhgn msg2 la kn. Ade yg senang 'nampak' benda2 halus nih. Aku pn dr kecik suka tgk cerita hantu. Sampai skrg ni pun msh suka tp xla sampai jd khurafat n syirik nauzuBillah. Mana yg ade unsur2 syirik n khurafat jgn la percaya pulak.

Punya la suka bab2 gini..(ceh), smpai aku nk wt tesis pasal nih. Mase 2 semster akhir diploma kena wt tesis. Sbl wt tesis kena senaraikn beberapa tajuk n pas2 akn ditapis oleh pensyarah2..mksdnye sesuai ke tak atau blh lepas ke x tajuk nk wt tesis tuh. Aku senaraikan 3 tajuk utk wt kajian n salah satu drpdnya berbunyi 'Meneroka Alam Ghaib'. Hah gempak xgempak. Kwn2 aku smua terkejut ngn tajuk aku tuh. Aku siap dh survey buku2 pasal alam ghaib, jin n sihir kt kedai2 utk dijadikan bahan tesis. Dan lg best aku dh siapkn soalan2 kaji selidik n plan tempat2 mana yg aku nk bg soalan2 kaji selidik 2. Mksudnye bg soalan kt org2 kampung mana yg aku dh senaraikn n kaji yg agak2 kuat permainan ilmu hitamnya. Ceh aku mcm dahsyat je. Memang aku harap2 sgt tajuk yg aku pilih ni blh lepas.

Tapi malangnya tajuk aku xlepas. Alasannya kaji selidik utk tajuk aku 2 terlalu umum n meluas n perlu dikecilkn lg spesifikasinya. N lg satu tajuk 2 mcm taraf ijazah, xsesuai utk diploma. Aku frust gk coz aku dh siapkn soalan kaji selidik semua cuma buku2 je xbeli lg. Tp xpelah aku redha dgn ketentuan ini..(eh cm xsesuai ayat nih..).

So dgn kursus yg aku join baru2 ni aku dpt byk ilmu n ilmu tentang gangguan jin, sihir, santau n sebagainya. Btl2 bermanfaat. Awalnya tujuan aku join ni sbb aku nk blaja cara nk wt pendinding diri, 'pagar' rumah pakai ayt2 Quran. Mmg la ade ayat2 yg kita pelindung yg kita dh biasa baca tp aku nk mantapkan lg (cewahh) so aku blaja lg. N aku xsangka pulak kitorg blaja ape jenis2 jin, jenis2 sihir n jenis2 gangguan. Pastu belajar cara nk elak benda2 ni n nk rawat benda2 ni. Best kan?

Paling best ialah part di'scan' nk tgk dlm bdn kita ni ade jin ke x. Ada le caranya. Bile dibacakan ayat2 tertentu dlm Quran kepada kita, kita akan rase panas, menggigil, pening, kerasukan andai betul2 ada jin dalam badan kita. Alhamdulillah dlm bdn aku xde jin coz bile dibacakan ayat2 'scan' aku badan aku xde rasa apa, biase je..(tp xtau la kalau jin dh lari awal2 sbl di'scan'..huhu..)

So kalau nk tau dlm badan korang ade jin ke x... meh aku 'scan'. Amacam? ade berani? hahahaha....

p/s :- tp xleh 'scan' dr jauh...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...