Showing posts with label hometown. Show all posts
Showing posts with label hometown. Show all posts

26 February 2013

Bau dari Syurga

Assalamualaikum..

Bulan Februari sudah hampir sampai ke hujungnya. Ini entri kedua bagi tahun 2013. Syukur AlhamduLillah masih diberi kesempatan oleh-Nya bernafas di bumi milik-Nya.

Rasanya dah lama kot tak publish gambar kat sini. Memeperkenalkan.. jeng jeng jeng...


Siti Nurjannah binti Mohd Shafie


AlhamduLillah. Permata hatiku yang sulung baru berusia 15 hari pada hari ini. Lahir pada 12 Februari 2013 tepat jam 10.28 malam di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Berat 2.8kg, bersalin normal.

Sekarang ini sedang menempuh hari-hari berpantang di rumah mak abah di Maokil. Tapi Ahad ini InsyaAllah dah balik JB sambung pantang di sana pula di sisi suami. Eceh. 

Sebenarnya anak aku ni keluar awal tiga minggu dari tarikh jangkaan bersalin. Tak sangka juga seawal ini. Aku memang harap bersalin awal sikit tapi tak la tiga minggu awal. Paling banyak awal seminggu pun ok la. Tapi tak mengapa, bersyukur dengan takdir yang Allah dah tetapkan, dia nak keluar awal. Hehe.

Mujurlah semua persiapan menyambut orang baru dah lengkap. Barang baby semua dah lengkap. Dan barang-barang nak bawa ke hospital semua dah standby dalam kereta. Tak kelam-kabut. Cuma set bersalin/ berpantang si ibu yang tak sempat nak beli. So, terpaksa pinjam bengkung mak bidan tukang urut selama empat hari sementara bengkung sendiri belum ada. Kekeke.

Sampai sekarang kadang masih terfikir, eh, budak yang asalnya dalam perut ni dah keluar rupanya. Ingat lagi time dia masih dalam perut, berjalan ke sana-sini bawak perut hehe. Ingat lagi saat kaki dia menendang-nendang, bergerak-gerak sampai berombak perut. AlhamduLillah dia lahir cukup sifat. Syukur Ya Allah..(kesat airmata.. sob..sob..)

Siti Nurjannah, ummi doakan mudah-mudahan kau membesar menjadi anak yang solehah dan taat pada pegangan agama. Ameen.

bersambung... (ehh??)

04 April 2012

Ini adalah Keputusan yang Tepat

Assalamualaikum..

Selamat pagi Rabu buat semua. Tak ada istilah #wordless wednesday bagi blog aku ini. Malah hari ini aku akan membebel dengan sebanyak-banyaknya sampai termuntah-muntah korang nak habiskan baca entri kali ini. muahahaha!

Ok rupa-rupanya aku tak update langsung blog aku untuk bulan Mac. Tahun ini sangat tidak produktif ye tuan puan. Actually blog aku yang tak seberapa ini sudah berusia tiga tahun. Aku mula menulis blog start Mac 2009. Iklan kejap. Sila dapatkan akhbar Utusan pada hari ini di mana ada kesah blogger popular Fatin Liyana di ruangan sisipan Mega. Ngahaha tak ada kaitan dengan aku pun.

Saat ini aku berada di rumah a.k.a my hometown, Labis atau lebih tepat di Felda Maokil. Boleh google maps sekarang kalau tak tahu lokasinya di mana. Ahaks. Habis tu kau tak kerja hari ni? Shhh... shut up, nanti aku cerita pasal tu lain kali. Ceh. Best duduk rumah boleh tengok semua cerita kat tv yang aku minat. Ngeh, ngeh. Yang penting jauh daripada tension dan stress. Opss..

Waktu itu aku macam masih taradud (berbelah-bagi) dengan tindakan dan keputusan yang aku buat. Tapi kali ini rasanya aku sudah yakin dengan keputusan aku dan Allah telah tunjukkan jalan. Aku yakin dengan rezeki yang Allah beri untuk aku. Mungkin tempatku bukan di sana atau jodoh tak panjang. Aku tak boleh menipu diri sendiri yang kononnya aku boleh bertahan dan terus bertahan sedangkan hati aku memberontak. Lagipun niat asal aku lain, bukan nak duduk lama.

Kelmarin (Isnin) abah nampak marah betul bila tahu aku dah berhenti kerja. Actually aku belum berhenti lagi cuma ambil cuti tanpa gaji. Tapi lepas-lepas tu abah tak marah pun cuma bagi ceramah untuk guwa la kan as usual hohoho. Walaupun begitu (ceh ayat skema kau) aku juga telah menyenaraikan sebab-sebab aku nak berhenti terus andai benar abah mahu tahu. Jadi aku mahu senaraikan di sini haha.

1) Aku tak faham menatang apa PBS (pentaksiran berasaskan sekolah) tu yang semua cikgu kena buat. Memang semua sekolah pun kena buat tapi aku tak faham dan banyak lagi kerja lain yang lebih penting aku perlu bagi perhatian seperti mengajar.

2) Aku agak pening dengan jawatan dan tugas aku sebagai s/u ko-kurikulum. Rekod setiap pelajar menengah kena buat, pengiraan markah dan macam-macam lagi membuatkan aku bertambah pening dan stress.

3) Aku tak berapa confident nak mengajar bahasa arab tingkatan satu dan dua. Rasa tak layak la derr.

4) Masalah buta jawi. Adoi. Susah nak cari masa untuk buat kelas intensif sebab aku bergerak pun orang yang hantar pergi dan balik.

5) Suasana yang kurang menyenangkan, waktu kerja yang panjang dan tak berapa nak ada rehat. Asal balik kerja je mesti aku macam keletihan gila, malam mesti tidur awal. Betul-betul tak ada life la bak kata kawan aku. hehe.

6) Gaji yang tak seberapa? Aku tak nak sebut sebab yang keenam atau yang terakhir ini sebab duit bukanlah keutamaan atau segalanya. Guru lain pun ok je. Tapi dalam hati masing-masing aku tahu mesti ada rungutan lebih-lebih lagi semua guru menengah ada Ijazah Sarjana Muda you alls.

So wajar ke sebab-sebab yang aku bagi tu untuk aku letak jawatan? Lantaklah orang nak fikir apa. Aku tak tahan cabaran ke, aku mata duitan ke, aku tak ikhlas ke, aku tak ada sifat pendidik ke suka hati lah orang nak cakap apa. Macam aku cakap tadi aku tak boleh menipu diri lagi dan berpura-pura boleh bertahan padahal dalam hati memberontak. Setiap manusia ada tahap dia sendiri tak kisah lah dari segi kesabaran, kecekalan, kemarahan dan lain-lain.

Dan tanggal Isnin lalu, aku pun pulang ke kampung membawa hati yang lara, ceh. Bukan hati yang lara tetapi hati yang masih tertanya-tanya apakah benar tindakan aku ini? Guess what? Malamnya aku bukak internet and tengok laman web spaj ada iklan jawatan kosong. Bersinar-sinar mataku tengok ada dua jawatan yang sesuai dengan kelulusan aku. Eceh.

Tak ada salahnya mencuba. Kalau betul rezeki aku, Allah akan beri, kalau bukan, mungkin lain kali. Yang penting sudah berusaha dan mencuba. Tarikh tutup permohonan 20 April. Aku dah isi borang online dan dah print out. Cuma salinan-salinan sijil yang spaj minta aku belum setelkan lagi. InsyaAllah aku akan setelkan dalam minggu ini dan poskan dalam minggu ini juga. Doakan aku. Hehe.

Al-kisahnya tak silap aku Februari lepas spaj ada buka jawatan kosong Pegawai Syariah S41 dan aku pun mohon juga walaupun bidang aku lain sebenarnya, tak layak kot nak mohon. Tapi saja nak meriahkan permohonan biar nampak macam ramai yang mohon cewah. Padahal ada ramai kot kelulusan Sarjana Muda Syariah Islamiah yang mohon jawatan tu. Sampai sekarang tak ada panggil pun temuduga. Maknanya borang aku dah direject la kot sebab kelulusan tak sesuai. Wakakaa.

Ok cerita lain pulak. Khamis lepas aku sempat pergi UTM ada karnival dan pameran bagi sesiapa yang nak lanjutkan pelajaran gitu. Masuk MHI gitu edisi Jumaat (esoknya). Bukan aku yang masuk tv tapi karnival itu la, tv3 buat liputan. Agak menarik. Aku ada cita-cita nak sambung master tapi bukan dalam masa terdekat ini. Just ambil pamplet dulu la kan. Ngeheheh. Berdasarkan kos aku, aku boleh ambil bahagian Sumber Manusia rupanya selain Tamadun Islam. Terbaik.

10 tahun lalu ketika nak ambil SPM. Mungkin tak siapa pun tahu ke mana hala tuju mereka 10 tahun akan datang. Mungkin masih samar-samar bidang apa lah aku boleh ambil bila masuk U. Setelah 10 tahun ini, aku nampak ramai kawan-kawan aku (batch 11 smakj) yang dah berjaya dalam bidang masing-masing. Yang  jadi doktor, yang jadi akauntan, ustaz selebriti, guru-guru DG41, pensyarah, usahawan dan macam-macam lagi lah. Syabas kawan-kawan. Hehehe.

Kalaulah diberi peluang menaiki mesin masa dan kembali ke 10 tahun lalu, apa yang aku akan buat? Jeng jeng jeng....

4 April 2002...
Apa? Tak ada subjek yang aku boleh skor A? Semua susah maa... BM pun susah nak dapat A. Adess..


ok bai...






18 January 2011

Tenang: Balik Kampung untuk Mengundi

p/s: Ini bukan entri politik.


Assalamualaikum.

“Keluar lah mengundi. Tunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat”

“Mengundi adalah hak anda sebagai rakyat. Sila tunaikan hak anda”

Lebih kurang macam itu lah tagline semasa demam pilihanraya. Ekeke.

Akhir bulan ini ada pilihan raya kecil di wilayah (kawasan) Tenang yang terletak di daerah Segamat. Kawasan aku tu wei. Dulu, waktu kecil aku dibesarkan di sana. Nama tempat aku dulu Felda Tenang. Tapi kawasan Tenang ini merangkumi dan meliputi Felda Tenang, Kampong Tenang, Pekan Air Panas, Juaseh, Labis, Felda Kemelah, Felcra Skijang, Felda Redong, Tenang Station dan beberapa kampong kecil yang lain. DUN Tenang sebelum ini telah meninggal dunia, itu yang dibuat pilihan raya kecil bagi memilih DUN baru. Ngeh ngeh. DUN sebelum ini adalah parti Barisan Nasional.

Minggu lepas masa aku call mak aku, mak aku cerita lah akan ‘kemeriahan’ Bandar Labis yang dikunjungi ramai orang, bukan rakyat Johor je, entah dari mana-mana. Tu belum termasuk lagi wartawan dan pemberita yang datang membuat liputan. Untung la, kedai-kedai makan di Labis tu, setiap hari penuh dengan pelanggan! Rezeki, rezeki. Poster dan bendera parti tak payah cakap lah. Penuh sepanjang jalan, tiang-tiang lampu, bangunan-bangunan. Parti apa lagi kalau bukan PAS dan BN. Gagaga.

Aku pun rasa tersangat hairan apa hal la orang lain sibuk-sibuk datang Labis. PRK (pilihanraya kecil) je pun. Yang lagi lawak, ada beberapa krew ASTRO tanya kat adik aku yang kerja di Labis, “Dik, apa ye tempat-tempat menarik di Labis ni?”
Konon nak buat review dan promote di tv la. Ceh. Tak ada yang menarik langsung di Labis tu. Aku orang Labis, orang Segamat, aku tahu la. Hak hak. Paling best pun kau boleh pergi Taman Rekreasi Ayer Panas. Itu je lah yang best pada aku kot. Hoho.

Umur 13 tahun, aku sekeluarga pindah ke Felda Maokil yang terletak dalam daerah kecil Labis juga. Kira masih tak jauh sangat pun dengan Felda Tenang. Dalam 25 kilometer je. Senang kata, kalau setakat Labis ke Tenang ke Chaah ke, memang kawasan aku la, tempat bermain dan sebagainya walaupun aku bersekolah di Kluang dan Johor Bahru. Hihihi.

Bersambung.. Entri selepas ini; pengalaman pertama mengundi ketika PRU 12 yang lalu. Nantikan. Ekeke.. chow..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...