Showing posts with label orang tanya aku jawab. Show all posts
Showing posts with label orang tanya aku jawab. Show all posts

10 July 2017

Logik Lagu 'Bangau Oh Bangau'

Assalamualaikum.

     Tertanya-tanya juga, siapakah pencipta lagu rakyat kanak-kanak yang bertajuk 'Bangau Oh Bangau'. Aku Google pun tak jumpa. Yang pasti lagu ini sudah berpuluh tahun wujud dan masih relevan didengari dan dinyanyikan sehingga kini.

    Sebenarnya dari kecil dulu aku telah berfikir dan tertanya yang lagu ini tidak berapa logik ceritanya. Haha. Mungkin ramai juga yang berfikir seperti aku.

Bangau oh bangau kenapa engkau kurus
Macam mana aku tak kurus ikan tak nak timbul ikan tak nak timbul
Ikan oh ikan kenapa tak nak timbul
Macam mana aku tak timbul rumput panjang sangat rumput panjang sangat
Rumput oh rumput kenapa panjang sangat
Macam mana aku tak panjang kerbau tak makan aku kerbau tak makan aku

  Di sini lah bermula tak logik. Rumput yang dimaksudkan bukan ke dalam laut/ sungai, tak kan kerbau makan rumput di dasar laut atau sungai? Aku pun fikir agaknya kawasan bendang kot ni. Sawah padi. Yang ada parit-parit tu. Kan cetek je. Bangau-bangau selalu bertenggek di situ.

Kerbau oh kerbau kenapa tak makan rumput
Macam mana aku tak makan, perut aku sakit, perut aku sakit
Perut oh perut kenapa engkau sakit
Macam mana aku tak sakit, makan nasi mentah makan nasi mentah

    Aik? Kerbau makan nasi ke? Kan makan rumput? Tak kan lah tadi cerita kerbau, bila sampai cerita perut terus tukar jadi perut manusia? Di manakah logik? Hahaha.

   Ok cuma dua rangkap ni je yang tak berapa logik. Pasal rumput panjang kerbau tak makan dan perut makan nasi mentah. Yang lain semua ok lah. Kayu api basah, hujan timpa kayu, katak panggil hujan, ular nak makan katak.

   Apa pun, kira kreatif la pencipta lagu ini, boleh kaitkan dengan binatang yang ada dengan alam semulajadi yang berada disekeliling kita dan dekat dengan manusia. Katanya lagu ini sebenarnya sindiran untuk golongan yang suka menyalahkan orang lain tapi salah sendiri tak nampak atau tak mengakui salah sendiri.

    Bila difikir juga, bangau sememangnya kurus, ada ke bangau yang gemuk? Kalau gemuk kang tak seimbang dan tak stabil kaki dia tak dapat menampung berat badan dia kalau gemuk atau terlebih berat. Ngehehe.

06 June 2017

Please Respect and Don't Complaints

Assalamualaikum.

     Kalau seseorang wanita itu (baca; isteri dan ibu) memilih untuk tidak bekerja, jangan banyak tanya kenapa. Bekerja yang dimaksudkan di sini adalah yang memerlukan isteri itu mesti keluar dari rumah dalam tempoh beberapa jam dan ada tempat kerja contohnya pejabat, sekolah/ pusat pengajian tinggi, kilang, pasaraya, kedai dan sebagainya. Kerja dengan orang. Kalau orang tu tak nak bekerja dan nak jadi surirumah je itu pilihan dia dan mesti ada alasan tersendiri yang kau orang tak perlu sibuk nak tahu dan selidik dalam-dalam.

   Katakan lah aku ada 10 alasan sekalipun, perlu ke aku nak cerita satu persatu pada setiap orang yang bertanya? Kalau ada 100 orang bertanya? Huh jenuh la nak explain der. Biasanya kalau orang tanya memang jawapan standart aku, aku tak nak hantar anak-anak aku ke orang lain untuk asuh dan jaga dan anak aku takut orang. Sebenarnya yang lebih tepat aku tak percaya orang lain untuk jaga anak aku. Ya aku memang prejudis. Hahahah. Dengan banyak kes dera kat rumah pengasuh la taska lah lagi lah aku prejudis semua orang adalah sama, tak ada yang ikhlas. Tapi aku tak kan cakap pasal ni pada orang yang bertanya sebab nak menjaga hati. Ya, kebanyakan yang bertanya adalah ibu bekerjaya yang memang hantar anak ke pengasuh dan taska. So please stop asking and asking dude kalau tak mahu dengar jawapan yang bakal mengguris hati anda. Hahaha. Ya saya tahu anda memilih untuk bekerja dan terpaksa juga serahkan anak ke pengasuh atau taska, anda tiada pilihan. Anda bekerja juga untuk bantu suami dan bantu kewangan famili, tak ada siapa pun nak marah atau halang.

    Selain alasan prejudis aku yang tak percaya orang, alasan utama yang kedua adalah demi untuk memberi susu badan sepenuhnya untuk anak. Direct feeding bukan botol. Aku tahu tahap mana kemampuan aku. Jadi agak mustahil untuk anak aku dapat fully bf sampai dua tahun bila aku bekerja. Sebab aku spesis tak rajin nak kumpul stok. Mengepam OK tapi bab nak mencuci pump dan kelengkapannya macam botol susu dan sebagainya, hah yang ini paling leceh. Banyak masa terbuang. Df juga paling senang dan terbaik. Khasiat pun berlipat kali ganda. Alasan ini juga akan mengguris hati ibu-ibu lain yang bekerja dan mengepam. Jadi aku tak pernah cakap dengan orang pasal ni, hanya tulisan di blog aku ini sahaja. Inilah dua alasan kuat aku kenapa tak bekerja. Dua-dua pun berkaitan anak.

     Then what? Akan keluar lah pula ayat, 'rugi lah belajar tinggi, tapi sijil tak digunakan untuk dapatkan kerja bagus'. Ini mentality kuno lagi kolot. Biasa nya orang yang berumur la pangkat makcik dan nenek. Demi nak jaga hati, aku jawab je la, insyaAllah akan datang akan guna sijil tu cari kerja. Dalam proses. Klise sangat uolls. That's why kadang-kadang aku malas nak ziarah, akan ada soalan kenapa tak kerja bla bla bla. Sayang la ada ijazah bla bla bla. Cukup lah sekadar satu soalan, jangan dipanjangkan lagi dengan soalan lain atau komplen atau nasihat ke apa. Next topic please. Sebab biasa nya soalan seterusnya tu atau nasihat atau pesanan atau ceramah free sedikit sebanyak telah membuatkan ibu tak bekerja ini tersinggung atau terasa hati. Contoh soalan femes tajam dan sinis hingga menusuk hati jantung paru-paru;
"Tak teringin ke nak balas jasa mak bapak. Tolong mak bapak. Kalau bekerja kan boleh bantu orang tua?"
What the hell question is this?
 Kalau maksud 'balas jasa' itu adalah pemberian dalam bentuk material dan duit, perlu ke orang nak bercerita yang dia memang ada bagi?
"Eh makcik, setiap bulan memang saya bagi sekian sekian lah kat mak abah saya walaupun saya tak bekerja. Makcik apa tau? Jangan menyibuk boleh tak?"
Hah, kang tak pasal dicop anak muda biadap pula kalau cakap macam tu kan. Hew hew hew. Ini lah dilemma orang muda bila menerima kata-kata sinis dan pedas daripada orang tua. Bila senyap dikatanya pasif, bila lantang bersuara dikatanya kurang ajar. Paling tidak pun terpaksa senyum kelat.

   Sebenarnya sindiran atau kata-kata sinis seperti itu ada juga keluar dari mulut orang muda atau yang seangkatan umur. Tapi aku tak pernah lah kena. Ayat-ayat di atas tu sekadar contoh je. Mungkin ibu-ibu lain yang macam aku tak bekerja pernah kena? Seolah-olah hina sangat wanita yang tak bekerja ni ye. Low class. Susahkan suami? Ya memang ada dan wujud mentaliti macam ni.

29 January 2017

Ada Apa dengan Umurmu?

Assalamualaikum.
     Hari kedua raya Tahun Baru Cina. Tapi tak ke mana-mana pun. Mereput je dalam PRDH sejak semalam. Hahaha. Mak redho.
     Petang semalam aku bekam tiga orang serentak. Seorang makcik dan dua anaknya. Datang jauh dari KL buat urutan, nak bekam sekali. Aku pun dah lama tak bekam orang. Buat je lah. Naim zauji jaga.
      Masa baru nak mula, salah seorang pesakit tanya, 'adik ni umur berapa ye?'. Hehehe. Aku segan-segan jawab juga,
"Sebenarnya umur saya dah banyak. Tahun ni 32".
     Mereka terkejut gila. Muka macam tak percaya.
"Eh betul ke ni? Tak nampak 30-an langsung. Macam 21 je."
Koh koh koh. Ini yang paling aku segan bila orang respon lepas tahu usia sebenar aku. Sebab tu bila orang yang tak dikenali tanya umur aku je, aku berat nak jawab. Bukan sebab aku malu nak mengaku umur dah tua, tapi sebab takut orang tak percaya pastu mula lah cakap awet muda la apa la. Aku ni tak biasa dengan pujian (hahahaha), rasa akward gila.
Then aku balas.
"Betul, umur saya memang dah banyak."
"Macam tak caya je. Macam umur 21. Tak, sebenarnya ingat lagi muda dari 21."
Amboi kembang semangkuk aku dengar. Kakakaka. Aku tanya balik umur diorang. 38, 39. Ok nasib baik memang lebih tua daripada aku, pangkat kakak. Hahahaha.
    Sebenarnya memang dah ramai kata macam tu. Tak macam umur 30 pun. Eh macam umur 18. Kira dah biasa orang kata muka nampak muda dari usia sebenar. Hahaha. Tapi aku tak ambil port sangat. Perkara biasa je. Ramai lagi wanita yang awet muda, tak nampak macam umur dah banyak. Biasanya yang saiz petite kecil molek memang sentiasa akan nampak seperti budak sekolah. Tak gitu? Haha.
    Tapi itulah. Bagi seorang mak yang dah ada dua anak macam aku ni, kira satu kebanggaan jugak la bila orang puji muka nampak lagi muda seperti awal 20-an atau belasan tahun. Wakaka. Kalau orang puji cantik, lawa, aku tak ada perasaan tapi kalau orang puji muka muda... haaa... muka ada senyum lah. Hahahahaha. Tak kuasa nyah.
     Yang kelakar, kadang-kadang ada juga orang tanya apa rahsianya sentiasa nampak muda je. Wah, soalan ini memang tak ada jawapan sebenarnya. Kadang aku tibai je jawab kena selalu senyum, gembira dan jangan stress. Cehhh. Mampoih, satu pun aku tak buat tu. Konon je lah. Puii. Hahaha.
     Nak tanya tips awet muda dengan aku memang tak sesuai lah. Haha. Macam poyo je. Tapi kalau nak tanya pasal breastfeeding, aha sesuai. Aku dah tahap phd professor madya professor kalau bab penyusuan susu ibu ni. (Ayat bangga).
    Okbai.
      

20 November 2016

Negara yang teringin dikunjungi... Italy

Assalamualaikum.  
    Tetiba nak update blog malam ni sesambil tonton rancangan The Streets tv3. Lokasi episode malam ini adalah Melbourne, Australia.
    Sejak dari usia aku masih di sekolah rendah, kalau ditanya negara mana yang aku teringin nak pergi kalau diberi peluang, aku akan jawab Itali. Kenapa Italy? Entah lah tak ada jawapan khusus. Mungkin sebab tinggalan sejarahnya? Atau kerana keindahan dan kecantikan tempatnya?
    How do you know about Italy? Sejujurnya aku tak tahu banyak pun. Kakaka. Cuma dulu masa sekolah rendah aku suka baca buku ensiklopedia (adoi betul ke ejaan ni) kalau pergi perpustakaan. Buku-buku jenis tu kan tak boleh pinjam, jadi aku manfaatkan masa dalam perpustakaan je lah nak baca buku-buku macam tu. Ahahaha. Buku jenis ni banyak gambar. Kulit keras dan semua muka surat berwarna, kertas licin. Aku rasa aku tertarik dengan negara Italy lepas baca buku tu kot.
    Aku yang kuat berangan. Mungkin aku pernah tengok tv movie yang berlatarbelakang negara Italy. Yang naik sampan menulusuri tasik melihat keindahan kota waktu malam, dengan lampu-lampu yang cantik. Hahaha. Amboi kecik2 lagi dah pandai.
    Bila naik sekolah menengah. Tengah sembang-sembang dengan beberapa orang kawan pasal negara yang teringin nak pergi melancong. Macam biasa pilihan aku Itali. Kemudian seorang teman berkata, "kalau aku, aku prefer pergi negara yang tak susah nak berkomunikasi. Italy ada bahasa dia sendiri. Kena belajar bahasa dia pulak. "
Aku diam dan berfikir. Yelah betul jugak kata kawan aku. Ah tapi lantak lah. Kalau orang Italy tak reti berbahasa Inggeris, guna bahasa isyarat je lah. Hahaha.
     Dan setelah berbelas tahun berlalu sejak aku form 2 (perbualan aku tadi masa kami form 2 kalau tak silap aku), pilihan aku masih Itali. Tapi aku tak ada lah beria nak kumpul duit ke apa sampai dapat pergi ke Italy tu. Lebih baik aku pergi buat umrah, ye tak? Ini cerita berangan lah kalau ada rezeki terpijak ke, menang peraduan ke, menang cabutan bertuah ke, ada orang nak sponsor ke. Hahahaha.
    
      Dek kerana 'cinta' dan suka pada negara Itali ini, bola sepak pun dah tentu aku sokong pasukan Itali masa World Cup. Makanan Itali semua aku suka terutama pizza. Opss tak semua la, lasagna aku tak minat. Cuma aku tak pernah nak cuba belajar bahasa dia je. Hohoh.
     OK sekian coretan untuk kali ini. Entri santai je wei nak bagi blog ini hidup. Ahaha.

19 January 2010

AKU BLOGGER PALING.....

SIMPLE, SEMPOI DAN MALAS!!!

Sebab apa aku ckp mcm tu? Sebab aku xtukar2 lg template aku ni. Masih pakai classic punya. Pd hal usia blog ni dh dekat setahun kot (akhir Mac ini) dan aku aktif post entri n 'hidupkan' blog aku ni sejak bulan November tahun lepas.

Ok biarlah aku berterus terang yg aku memang TAK RETI tukar template. Gahahahahaha!! (gelak lah kuat2 n guling2 aku xkisah pon!). Keja tukar template sgt2 rumit, kena salin code la, download itu la ini la, xml n ape kejadahnye tu aku tak faham langsung!!

Ia sgt2 leceh n aku MALAS nak buat sbb amik masa yg lama (sbb aku xreti). So kpd sesape yg berhati mulia mahu ajar aku dgn sabar sila tawarkan diri. Heheh. Atau lg mudah, buatkan terus utk aku, aku bg password...(bunyi2 mcm bahaya tawaran ni).

Adehh aku mmg malas la nk tukar template. Buruk sgt ke template classic ni wei? Xceria ke? Aku peduli apa pasal template yg penting aku suka menulis n layout bg aku xpenting langsung.

Hbs tu knp tibe2 aku peduli pasal template n layout ni? Kerana...
1- Ade reader cdgkan tukar layout yg posting dia luas. (bro sham)
2 - Ade org komen blog aku kurang ceria n xceria walaupun entri aku kdg2 best n menarik.
3 - Aku ade pembaca setia (followers n silent reader) *walaupun xramai. So mgkn dlm hati mereka pun berkata aku patut tukar template tp xbgtau aku terus terang takut aku kecik hati. Haha.

Jadi di sini ade beberapa soalan untuk kamu wahai pembaca blog 'putericahayapermata.blogspot.com' @ 'aku dulu dan kini'.

1) Perlukah aku tukar template / layout?  jwpn:- perlu / tak perlu
2) Kalau perlu, template mcm mana yg sesuai ngn blog aku ni?
3) Korang sbnrnye suka bace entri aku atau suka tgk layout blog aku? hahahaha...

Ok sila jawab dgn jujur dan ikhlas pd ruangan komen. Segala cadangan amatlah dialu2kan. Sekian terima kasih.

p/s:- ucap padan muka kpd anonymous sbb dh xleh komen kt blog aku ni. huahahahahahaa!!!

25 December 2009

KENAPA KAU TAK LETAK GAMBAR KAU?

Aku adalah seorang yg agak aktif main laman web sosial (skrg dh kurang aktif coz dah ade blog). Laman web sosial pertama yg aku bukak akaun ialah friendster diikuti myspace, tagged dan yg terakhir facebook.

Profile aku kt fs aku set private begitu juga tagged. Dulu fs sgt2 meluas digunakan terutama di kalangan kwn2 sekolah n kwn2 kampus. Bila mereka tanya apa emel utk fs atau ape nickname aku, aku bgtau je apa dia. Diorg terpaksa add aku n tunggu aku aprove(mcm salah eja) baru blh diorg tgk profile aku.

Tp aku bgtau awal2 yg aku xletak pic aku dlm tu. So xla diorg menyesal cari gambo aku xde pun hahah. Soalan klise utk aku.. "kenapa xletak gambar ko?" "apsal gambo kartun je byk? mane pic ko?"

Jawapan aku terbahagi kpd tiga iaitu kategori poyo, kategori perasan dan kategori serius. Nak tau yg mana dulu? Hahahah.

1- Jawapan kategori poyo :-
# sebab aku adalah seorang misteri.

2- Jawapan kategori perasan :-
# sebab aku ni lawa dan cun. so aku khuatir ramai jatuh cinta n ajak couple. aku khuatir juga xdpt bahagi kasih sayang sama rata (pembaca: ceh nak muntah dgn pernyataan ni).

3- Jawapan kategori serius :-
# sebab aku bimbang gmbr2 aku dieksploitasi oleh2 pihak2 tidak bertanggungjawab. cnth plg dahsyat bila gmbr dicantum2 jd gmbr lucah, bogel, porno Na'uzuBILLAH...

Baik aku rasa jawapan aku cukup clear bukan? Ketiga-tiga jawapan sebenarnya mmg relevan terutama nombor dua. Eh salah, salah. Nombor tiga. Nombor satu pun boleh kot. Eh ape aku ni? Senang kata tiga2 lah. Ngahahah.

p/s :- misi entri terbanyak dlm sehari ni berjaya.

05 November 2009

Asal Usul ' racunsakti '

Wah kesejukan mula melanda... pagi lagi sejuk.. trrrr....

racunsakti adalah salah satu daripada emel aku. (hmm byk sgt emel. Aku ada 5 emel kat akaun yahoo yang masih aktif). aku ingt lg emel pertama aku masa form 3 dulu... { snt_alextrunks_85@yahoo.com}. Aku dah pakai yahoo dah masa tu tahun 2000, tak pernah pakai hotmail. Emel pertama tu pun dah expired lama dah. Dah 6 tahun. Huhuuu... panjang tak panjang dan susah juga nak ingat.

Maka aku ambil inisiatif buka akaun baru. Dulu-dulu kan glamor chat guna mirc. Chanel kampung la mamak la... macam-macam lagi la. Zaman tu belum ada ym (yahoomessenger), skype, facebook dan twitter. Kalau dah wujud pum belum ada khidmat chat online. Sebab apa aku suka buat banyak emel? Sebab aku suka kenakan orang. Kui kui kui (gelak sopan).

Nama racun aku dapat ilham daripada seorang budak yang aku chat kat mirc channel kampung. Nickname dia 'poison', perempuan. Aku tak berapa ingat nickname aku waktu itu tapi yang penting melambangkan aku ini lelaki. Hahah. Nickname poison macam menarik dan best je. Aku pulak tengah cari-cari nickname yang senang ingat dan unik untuk emel baru aku.

Tapi aku tak nak guna English. Jadi aku guna 'racun'. Dan masa tu memang aku tengah minat giler kat Sheila On 7 terutama pemain gitar kedua/ gitar irama band tu, Sakti. So aku gabungkan racun dengan sakti. Maka jadilah racunsakti. Id yang unik dan senang ingat. Bila oramg minta emel aku akan bagi emel tu. Rata-rata orang mesti terkejut campur pelik bila dengar id aku tu. Bila orang tanya kenapa guna id macam tu. Jawapan aku biar senang ingat, tak mudah lupa. Bila tanya mana dapat idea guna id tu? Jawapan aku.. adalah...rahsia.. haha.

Tapi... baru-baru ini aku terjumpa ada orang guna id yang sama dengan aku. Aku terjumpa kat Friendster. Cis. Ciplak ke hape? Tapi lain sikit.. 'racun_sakti'. Aku ingat aku seorang je dalam dunia ni yg guna id tu rupa-rupanya ada juga orang lain guna. Hati aku kuat mengatakan yang orang tu (perempuan) menciplak id aku. Aku mula rasa jengkel. Kenapa mesti orang sibuk nak tiru aku??? waaaaa......

Semua nama-nama emel aku membayangkan ownernya lelaki kecuali satu je... emel 'puteri'. Hoho. Tapi emel racunsakti aku letak nickname aku avril lavigne. Kuang3... yang pasti aku tak pernah letak nama sebenar untuk semua laman web sosial yang aku pernah sign up. Lalalalala....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...