29 January 2017

Ada Apa dengan Umurmu?

Assalamualaikum.
     Hari kedua raya Tahun Baru Cina. Tapi tak ke mana-mana pun. Mereput je dalam PRDH sejak semalam. Hahaha. Mak redho.
     Petang semalam aku bekam tiga orang serentak. Seorang makcik dan dua anaknya. Datang jauh dari KL buat urutan, nak bekam sekali. Aku pun dah lama tak bekam orang. Buat je lah. Naim zauji jaga.
      Masa baru nak mula, salah seorang pesakit tanya, 'adik ni umur berapa ye?'. Hehehe. Aku segan-segan jawab juga,
"Sebenarnya umur saya dah banyak. Tahun ni 32".
     Mereka terkejut gila. Muka macam tak percaya.
"Eh betul ke ni? Tak nampak 30-an langsung. Macam 21 je."
Koh koh koh. Ini yang paling aku segan bila orang respon lepas tahu usia sebenar aku. Sebab tu bila orang yang tak dikenali tanya umur aku je, aku berat nak jawab. Bukan sebab aku malu nak mengaku umur dah tua, tapi sebab takut orang tak percaya pastu mula lah cakap awet muda la apa la. Aku ni tak biasa dengan pujian (hahahaha), rasa akward gila.
Then aku balas.
"Betul, umur saya memang dah banyak."
"Macam tak caya je. Macam umur 21. Tak, sebenarnya ingat lagi muda dari 21."
Amboi kembang semangkuk aku dengar. Kakakaka. Aku tanya balik umur diorang. 38, 39. Ok nasib baik memang lebih tua daripada aku, pangkat kakak. Hahahaha.
    Sebenarnya memang dah ramai kata macam tu. Tak macam umur 30 pun. Eh macam umur 18. Kira dah biasa orang kata muka nampak muda dari usia sebenar. Hahaha. Tapi aku tak ambil port sangat. Perkara biasa je. Ramai lagi wanita yang awet muda, tak nampak macam umur dah banyak. Biasanya yang saiz petite kecil molek memang sentiasa akan nampak seperti budak sekolah. Tak gitu? Haha.
    Tapi itulah. Bagi seorang mak yang dah ada dua anak macam aku ni, kira satu kebanggaan jugak la bila orang puji muka nampak lagi muda seperti awal 20-an atau belasan tahun. Wakaka. Kalau orang puji cantik, lawa, aku tak ada perasaan tapi kalau orang puji muka muda... haaa... muka ada senyum lah. Hahahahaha. Tak kuasa nyah.
     Yang kelakar, kadang-kadang ada juga orang tanya apa rahsianya sentiasa nampak muda je. Wah, soalan ini memang tak ada jawapan sebenarnya. Kadang aku tibai je jawab kena selalu senyum, gembira dan jangan stress. Cehhh. Mampoih, satu pun aku tak buat tu. Konon je lah. Puii. Hahaha.
     Nak tanya tips awet muda dengan aku memang tak sesuai lah. Haha. Macam poyo je. Tapi kalau nak tanya pasal breastfeeding, aha sesuai. Aku dah tahap phd professor madya professor kalau bab penyusuan susu ibu ni. (Ayat bangga).
    Okbai.
      

26 January 2017

Konsep Yakin dan Tawakal

Assalamualaikum.  
   Bersiaran dari Skudai pula. Hahaha. Inilah rutin. Weekend di JB. Weekdays di Tenggaroh. Mak ok saja. Haha. Dengan line internet yang macam biskut chipsmore kejap ada kejap tak ada kat bilik paling belakang ni, mak gigih jua nak update blog. Kau hado?
     Kata orang, mereka yang berniaga ni tawakal tinggi. Kita tak tahu bila akan untung atau rugi, bila pelanggan akan beli barang kita tapi kita tetap teruskan hidup seperti biasa promosi dan menjual. Berbeza dengan orang makan gaji, cukup bulan gaji mesti masuk, tak perlu risau. Tapi orang berniaga, gajinya tak menentu. Belum tentu lagi hari ini ada untung. Walau pun begitu tetap yakin dengan rezeki Allah.
    Ibarat seekor burung yang terbang awal pagi mencari makanan. Tak tahu pun nasibnya hari itu samada dapat makanan atau tidak, tapi tetap teruskan rutin harian terbang awal pagi. Itu yakin, optimis dan tawakal tentang rezeki Allah. Ada sesuatu yang lain pula berkait rapat dengan konsep yakin dan tawakal.
       Agen insurans dan takaful. Medical card. Bayar bulanan dengan jumlah tertentu bergantung pada pakej. Andai sesuatu berlaku kemalangan ke, sakit ke yang perlu dirawat di hospital, boleh claim insurans atau takaful, syarikat takaful tersebut akan tanggung segala bil. Ramai juga yang ambil kad-kad begini. Kalau tak digunakan untuk claim bayar bil hospital pun (tak ada jatuh sakit), duitnya masih boleh diambil setelah tempoh bayaran bulanan tamat. Kira macam tabungan juga lah.
     Dulu pernah juga terdetik nak join juga lah. Bayar tiap bulan pun bukan mahal. Contoh kalau tiba-tiba jatuh sakit ke ada apa-apa berlaku ke sekurang-kurangnya dah ada medical card yang boleh claim insurans takaful. Jadi tak ada lah duit keluar banyak nak tanggung kos perubatan kalau nilainya cecah ribuan ringgit. Tapi zauji kata tak payah dan tak perlu. Katanya, bila kita menyimpan (takaful) sebab takut kalau-kalau jatuh sakit ke kemalangan ke, maka nanti betul-betul akan terjadi kecelakaan itu. Err...faham ke tak faham?
    Aku pun tak tahu nak explain macam mana pasal ni risau orang tak faham dan tak dapat tangkap apa yang aku sampaikan. Dia macam visualizes. Benda tu belum berlaku dan mungkin akan atau tak akan berlaku tapi kau dah bayangkan ia berlaku. Visualize benda yang baik dan positif tak apa, itu bagus. Tapi visualize benda yang buruk atau negatif (contoh jatuh sakit kronik) adalah sangat tidak bagus dan jangan sekali-kali dibayangkan. Ibarat macam satu doa. Kita mestilah berdoa yang baik-baik je kan.
    InsyaAllah, kita yakin dan tawakal, tak perlu ambil medical card takaful itu pun tak mengapa, insyaAllah dengan izin Allah kita akan sentiasa sihat dan di bawah perlindungan-Nya. Dalam masa yang sama kita usaha jaga kesihatan, jaga pemakanan, amalkan doa dan zikir elak kecelakaan, sedekah dan sentiasa berhati-hati dalam setiap kerja atau tugas yang kita lakukan setiap hari, setiap masa.
Memang selalu orang kata beringat sebelum kena atau sediakan payung sebelum hujan. Tapi tidak semestinya kita 'wajib' ambil insurans takaful.
   Maaf, ini tak bermaksud aku menghasut supaya tak payah la uollss join takaful semua itu, bukan itu maksud aku. Itu terserah masing-masing. Tiada halangan, tiada paksaan. Aku memilih untuk tidak membuat tabungan takaful dan orang lain tak boleh mempertikai.
   10 tahun lepas aku pernah la menabung asb yang termasuk di dalamnya ala insurans dan takaful. Ada lah nama khas dia yang untuk wanita. Antaranya yang aku ingat, bank akan cover dan beri duit (adoi aku lupa apa istilahnya) kalau ada komplikasi bersalin dan beberapa penyakit kronik la termasuk kecacatan kekal, kematian dan lain-lain. Insurans tak akan cover sakit biasa-biasa, mesti penyakit kronik. Siapa pun tak mahu sampai ada kecacatan kekal atau lumpuh. Siapa pun tak mahu sampai ada komplikasi bersalin. Tapi aku sempat setahun je buat asb tu sebab aku dah sambung belajar Mesir so aku dah tak kerja dan tak ada gaji. Aku pun stop.
      Apa yang aku buat. Sentiasa yakin Allah akan pelihara dan melindungi aku dari segala bala, malapetaka, kecelakaan (termasuk kemalangan, penyakit kronik) dan meningkatkan tahap tawakal. Segala kebergantungan hanya pada Allah.

12 January 2017

Perancang Keluarga/ Family Planning

Assalamualaikum.  

Bersiaran dari Tenggaroh 6. Esok akan ke JB dan stay sana sampai Ahad. Topik perbincangan kita pada kali ini adalah family planning atau perancang keluarga. Penting ke family planning ni?

Sebelum itu aku beri definisi ringkas pasal perancang keluarga. Senang kata perancangan untuk menambah anak berapa tahun sekali bergantung pada perbincangan antara ibu bapa dan doktor atau nurse. Biasanya misi dan doktor akan cadangkan jarak kan kehamilan paling kurang dua tahun (dalam buku pink pun ada tulis).

Biasa juga kita dengar wanita bersalin setiap tahun. Samada golongan ini merancang atau tidak, wallahu a'lam. Ada yang memang tak merancang pun. Ada yang merancang tapi rezeki Allah bagi tetap lekat juga.

Kaedah merancang keluarga ada banyak. Makan pil perancang, injection, pasang implant, pemakaian kondom dan pelbagai lagi. Ada juga yang merancang sendiri dengan mengelak bersama ketika waktu subur.

Kebanyakan wanita apabila menyusukan anak, akan lambat datang haid. Dalam buku pun ada tulis, salah satu kaedah merancang keluarga adalah menyusukan bayi secara exclusive. Tapi kaedah ini tidak efektif juga.

Biasa orang kata kalau menyusukan bayi, susah lekat atau tidak akan mengandung (sebab belum datang haid lagi). Tapi ada juga yang terbabas dan termengandung juga. Ha, macam mana tu?

Dalam kes ini, seorang ibu yang masih menyusukan anak masih belum datang haid. Jadi si ibu ni main redah je lah bersama dengan suami (melakukan hubungan kelamin) bila-bila masa je. Bulan depan cek upt positive. Eh, kata menyusukan anak tak kan mengandung lagi.

Aha, itulah silap kamu. Tidak alert dengan cervical mucus (CM) kamu. Walaupun kita masih belum datang haid, kita masih boleh kenal pasti bila kita bakal datang haid.

Contohnya begini. Katakan lah seorang wanita dah enam bulan masih belum datang haid sejak habis nifas. Dalam tempoh enam bulan ini CM kelihatan biasa saja. Air wadi atau keputihan yang biasa dialami wanita. Bila masuk bulan ketujuh, didapati ada kelainan pada cervical mucus. Sudah keluar egg white (EW) lah. EW ini adalah tanda wanita itu sedang subur. Dah ada ovum. Kalau tidak peka dan berhati-hati, dalam tempoh subur tu kau pergi ML (make love) pula lepas tu pancut dalam (maaf lucah sikit bagi senang faham), memang boleh jadi baby lah. Sebab itu lah kau boleh mengandung jugak walaupun belum datang haid. Telur tu dah ada dalam ovari. Telur yang tidak disenyawakan barulah akan turun jadi darah haid. Ceritanya sekarang telur itu sudah pun disenyawakan. Hihi.

Mesti pernah dengar kan ada wanita yang bertahun tak datang haid. Beranak setiap tahun atau setiap dua tahun. Mana tak nya, belum sempat jadi haid ovum tu dah disenyawakan terlebih dahulu. Jadi kaedah 'merancang sendiri' tanpa makan pil perancang atau injection atau implan, tidak akan berkesan kalau tak pandai nak agak bila waktu subur.

Cara nak tahu waktu subur? Kena peka dengan CM dan EW. Kalau banyak duit boleh beli OPK (ovulation predictor kit) untuk tahu waktu subur yang tepat dan elakkan bersama dalam seminggu waktu subur itu. Perlu diingat ye. Walaupun ovulasi telur yang betul-betul matang hanya 24 jam sahaja, tetapi sperma boleh hidup dalam rahim wanita 3-5 hari.

Kalau yang jenis haid teratur dan tetap setiap bulan, lagi senang nak kira bila hari suburnya. Bagi haid yang tak teratur, perlu mahirkan diri mengenali cervical mucus anda. Kenal pasti egg white. Biasanya beberapa hari sebelum ovulasi CM akan jadi warna putih susu. Semakin hampir ovulasi, CM akan menjadi semakin jernih warnanya. Hari ovulasi, egg white akan keluar dengan banyak nya. Ciri-ciri EW adalah berwarna jernih dan apabila diregangkan guna dua jari (telunjuk dan ibu jari) EW itu tidak putus.

Ini aku nak ajar cara merancang keluarga ke nak ajar cara untuk hamil? Kah.

Pengalaman aku lah. Dulu masa Jannah umur 6 bulan baru aku datang haid. Tapi aku tak perasan pun CM dan EW aku. Tahu-tahu je dah datang bulan. Ahahaha. Tapi bila time Naim ni aku lebih alert. Ada satu hari tu aku perasan banyak betul EW keluar. Dalam hati aku, ini hari ovulasi ni. Mesti aku dah nak uzur balik nanti. Maklum lah, dah setahun lebih umur Naim aku masih belum period. Dua minggu lepas tu memang betul aku datang bulan. Yang pertama kali sejak lepas bersalin dan habis nifas Disember 2015. Haha.

Panjang pula entri kali ini ye. Entri kewanitaan keibuan keisterian tau ni. Harap dapatlah membantu dan mencerahkan lagi bagi mereka yang tertanya-tanya kenapa masih termengandung walaupun masih BF baby dan belum datang haid. Selalu dengar kes terbabas ter excident lah sampai termengandung padahal baby kecil lagi. Jenis main redah je ni tak pakai protection. Hehe.

#bukanentrilucah
#kongsipengetahuandanpendapat

11 January 2017

Perkembangan Setiap Baby Tak Sama

Assalamualaikum.   
Welcome 2017. Nak update blog tak sempat sempat. Lagi pulak baru pindah rumah ni. Banyak lagi benda belum settle.  Ni baru renew data tengah laju internet, ada baiknya aku post entry baru. Haha.
Naim dah berusia setahun dua bulan. Masih belum tumbuh gigi. Sebatang pun takde. Masih belum boleh berjalan. Hanya memapah je. Berjalan dengan berpaut pada kerusi, meja atau apa saja yang berdekatan.
Perkembangan lambat? Sebenarnya aku ok je tak risau sangat. Risau sikit je lah tapi tak ada lah sampai nak stress. Asalkan anak sihat Alhamdulillah. Biarkan saja orang lain nak buat perbandingan ke apa. Abaikan. Anak kau normal bukan oku.
Jannah dulu umur setahun tujuh bulan baru berjalan. Aku ingat lagi masa Jannah umur setahun tiga bulan dan masih belum berjalan, ada lah seorang hamba Allah ni cadangkan aku bawa Jannah pergi jumpa pakar kanak-kanak atau paediatric. Dalam hati aku, kau ni kenapa sibuk. Aku tahu kau concern tapi tak perlu bagi cadangan macam tu. Anak aku cuma lambat berjalan, tak ada masalah lain pun. Aku buat tak tahu je.
Nah sekarang Jannah pun dah nak masuk empat tahun umurnya. Normal je seperti kanak-kanak lain. Paling membanggakan Jannah begitu petah bercakap. Langsung tak pelat. Semua perkataan disebut dengan jelas, betul dan sempurna. Walaupun mulut dia yang kecoh tak berhenti bercakap tu kadang merimaskan (haha), tapi dah memang dia fasih bercakap sejak usia dua tahun lagi. Ini kelebihan anak aku. Anak orang lain pula ada kelebihan lain.
Nasihat aku kepada ibu bapa di luar sana (terutama mak mak lah), usah terlalu risau dengan perkembangan anak anda. Dia lambat berjalan ke, lambat bercakap ke, tak perlu risau sangat. Anak anda normal. Tak perlu gelabah sampai nak jumpa pakar bagai. Jalani hidup seperti biasa. Sesetengah budak memang ada perkembangannya lambat, itu perkara biasa tak ada apa yang serius. Kalau asyik sakit je yang itu perlu risau lah.
Lagi satu, orang sekeliling tolong berhenti membuat perbandingan.
'Eh anak aku gigi dah banyak.'
'Eh, belum tumbuh gigi lagi ke.'
Mungkin pada kau ayat kau biasa je tapi boleh jadi ia mengguris hati ibu bapa yang anaknya masih belum tumbuh gigi. Lagipun itu kan kuasa Allah nak bagi tumbuh lambat atau cepat. Sama juga dengan berjalan dan bercakap.
Kalau asyik nak fikir apa yang orang mengata, memang murung je lah sepanjang hayat. Buat tak tahu je dan stay positive. Paling penting apa tau? Anak-anak dapat cukup kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapanya. Anak tak terabai. Sesibuk mana pun ibu dan ayah dengan kerjaya, jangan sampai tiada masa untuk anak terutama anak kecil. Bonding time omputeh panggil. Bermesra, bergurau, peluk, cium, mendengar dia bercerita, bermain bersama, menyanyi atau apa saja aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak ketika bonding time.
Anak happy, parents happy.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...