Showing posts with label aku malu. Show all posts
Showing posts with label aku malu. Show all posts

25 January 2010

Sila Gelakkan Aku

Tgh hari td ntah nape cm xbersemangat nk gi sekolah (aku rendah diri aku bkn mahasiswi tp bdk sekolah). Lemau betul. Tapi aku gagahkan diri jugak. Cehh. Td aku keluar rumah dah lmbt gak. Kul satu lebih padahal kelas start kul satu. Sebab td aku sakit perut tiba2 so melabur dulu.

Maka dgn cuaca kt luar yg agak sejuk n mencucuk2 ke tulang aku gagahkan diri melangkah. Tiba2 handphone aku bunyi lagu Perfect World (Simple Plan). Aku angkat...

Along : Helo Assalamualaikum..

Achik : Waalaikumussalam... Along! (dgn nada cemas).

Along : Hah Achik. Ada apa? (aku pun turut cemas)

Achik : Along kat mana ni?? (nada lebih cemas drpd td. apehal pulak ni?)

Along : Along kat jalan lah. Dlm perjalanan. Knp chik? (aku terfikir dia tertinggal barang ke ape nk mintak tlg aku bawakkan tp aku dh keluar rumah).

Achik : Maahad cuti la hari ni!

Along : Hah?? Betul ke ni Chik?

Achik : Yela cuti, xde org. Pak guard kate cuti hari ni.

Along : Lah. Nsb bek xnaek taxi lg. Dah tu xde org lgsg?

Achik : Yelah xde. Achik pun nk balik dah ni.

Along : Ok2 yelah selamat pulang.

Achik : Ok ye Long. Assalamualaikum.

Along : Waalaikumussalam.

Lerr kenapa aku xtau cuti hari ni? Mujur aku xsampai Maahad lg. Kalau x mesti aku rase nk mengamuk. Adeshh!!

Ok aku agak malu sebab begitu bersemangat dgn beg galas semua melangkah dgn segaknya nk gi sekolah. So nak cover bengang aku pergi kedai topup dan beli topup. Mmg kredit aku dh hbs pun. Jadi aku keluar rumah td tidaklah sia2 ade tujuan n hasil jugak walaupun xsampai ke Maahad. Cehh..

p/s:- td baru lepas call Malaysia, ckp ngn mak. bestnye....weeeeee~



06 December 2009

Macam mana blh xperasan??

6 Disember 2009
Jam 2.50ptg..

- Aku berjalan keluar (sorang) dr Maahad. Hm mcm nk gi Suq beli lauk. Rasanya dlm peti ais dh xde lauk utk masak esok.

- Sampai suq, beli ayam 2kilo, limau 2kilo. Agak berkilo2, berat. So aku amik keputusan naik taxi xmau naik tremco. Aku tahan taxi n ckp destinasi, "Syari' Maghsalah (JAlan Dobi)". N pkcik driver bersetuju.

- Mase nk bukak pintu kereta bru perasan. Eh?! Ini bkn taxi ler... Ni keta kaler putih cm taxi tp xde belang maroon atau coklat gelap. Lah aku dh salah tahan. Aku xperasan pun td, sumpah. Tp npe pkck ni selambe je xckp ni bkn taxi? Aku dh berbelah bg nak masuk ke x ni? Beberapa kanak2 arab pandang aku dgn penuh kehairanan. Mst dlm hati mereka berkata.."Malizi (Malaysian) ni suka2 hati je thn keta sape tah. Ape dia ingt asal keta wrne putih semua taxi ke?"

- Tp aku masuk jugak. Aku dh serba salah. AAAAAA!!!! Aku dh malu giler sbnrnye nih aku dh salah tahan. Malunye haku!! Aku betul2 rase sgt malu. Tp pkck ni ok ja.

- Xlame dia amik penumpang lain, ade 2 org mama. Mama2 tu pn cm pelik agknye.."taxi ke ni?". Tp pkcik driver suh naik gak.."Ta'al, ta'al". Maka mereka pon naik sama. Warghh... ni taxi ke bukan sbnrnya???!!! Aku msh dlm kebingungan.

- Tibe tmpt aku, Madinat Salam pkck driver xde belok.(nk masuk kwsn umh aku kena masuk dlm). Dia terus je. Ah sudah, mst dia ingt Syari' Maghsalah yg kt bndr Tir'ah tu x? *Bandar Tir'ah lbh jauh cket dr Bndr Salam).

- Dah tibe kwsn Tir'ah dh pun. Pkck bertanya pd ku.."Nazzil fen? (turun kt mana?)". "Hina bas (kt sini je)". "Hina? (sini?)". "Aiwa hina (ye kat sini)". Maka aku turun la kt bndr Tir'ah ni. Aku ke seberang jalan n tahan taxi lg skali utk balik ke bndr Salam.

- Kali ni aku berhati2 supaya xsalah tahan lg..(tlg jgn ketawakn aku). Maka aku selamat smpai destinasi n menapak cket utk tiba di rumah aku. Ngeee....mcm mana la aku blh xperasan td keta yg aku tahan 2 bkn taxi?? Tapi knp pkck tu suh aku naik jugak? Atau dia nk jaga hati aku n baik hati nk anto aku (tp salah anto gak)?

- Aku xciter kt ahli bait aku kang mst diorg gelakkn aku smpai hentak2 meja. So aku diam je cm xde ape berlaku.

27 November 2009

seni bina landskap

Assalamualaikum.

Selamat hari raya qurban. Salam Aidil Adha. Ini adalah tahun kedua beraya (raya haji) di perantauan.. tapi bukan itu yang aku nak cerita cuma mahu imbas cerita dulu-dulu...

Aku nak cerita pasal seni bina landskap yang pernah aku sebut pada entri sebelum-sebelum ini...(klik).
Kisah berlaku pada tahun 2003 bulan April. Sebelum itu after dapat result SPM kan ada isi borang UPU. Ada lapan kos kita boleh pilih ikut keutamaan. Aku pun dah tak ingat entah kos apa yang aku pilih. Yang pasti salah satunya 'Seni Bina Landskap'.

Waktu surat temuduga datang aku masih berada di Maahad Johor (belum masuk MARSAH lagi). Interview itu dibuat dekat UITM cawangan Melaka. Maka pada hari temuduga tersebut aku berangkat ke sana ditemani abah dan adikku Fitri.

Ramai betul orang yang datang untuk interview juga. Semua kos yang berkaitan dengan lukis-lukis seperti arkitek, landskap, kejuruteraan dan macam-macam lagi. Lepas daftar tunggu lah giliran untuk ditemuduga. Ada dua sesi temuduga. Satu suruh lukis, satu lagi interview lisan dengan penginterview. So bahagian pertama ialah melukis secara beramai-ramai.

Aku nak cerita kebodohan aku time mereka suruh melukis. (adoi, nak cerita pun aku jadi malu..mesti orang ketawakan aku guling-guling roftl). Meja disusun dalam bentuk bulatan gitu berlapis-lapis. Aku duduk agak belakang juga la so ramai la orang di hadapan aku. Sebelum itu mereka dah bagi kertas lukisan siap dengan pensel semua suruh kami lukis.

Yang peliknya tiada kertas arahan suruh lukis apa. Aku macam pelik. Nak lukis apa nih? 1 jam masa diberi. Aku tengok orang sebelah aku dah mula melukis dengan khusyuk gitu. Aku yang lurus lagi naif ini pergi lukis macam landskap gitu (inspirasi dari kawasan Maahad Johor). Ada pokok hiasan, kolam dsb. Aku seronok dan confident sangat lah waktu itu kononnya.

Dah dekat sejam, aku mula jeling orang sebelah kiri dan kanan aku. Ehh? Dia orang lukis apa ni? Tak ada bentuk landskap langsung pun? Tak ada taman-taman ke apa ke. Yang aku nampak dia orang lukis bentuk-bentuk macam kon, piramid, empat segi dsb. Aku mula tak sedap hati. Aku tinggikan leher tengok orang lain pun sama lukis bentuk-bentuk. Ehh?? Apa dah berlaku ni??

Time panjangkan leher itulah baru aku perasan dekat tengah-tengah ada satu meja dan atas meja itu tersusun objek-objek berbentuk kon, segi tiga, segi empat dan lain-lain. Hah?? Aku sudah salah lukis?? Patut la dia orang semua lukis bentuk-bentuk sebegitu. Rupanya memang ada objek disediakan dan kami perlu lukis objek-objek tersebut secantik mungkin. Laaa.....aku dah salah.... bodohnya aku!! Kenapa aku tak perasan meraka ada sediakan objek?. Aku rasa akulah orang paling dungu waktu itu coz cuma aku seorang yang tak lukis objek-objek yang disediakan tapi pandai-pandai lukis landskap konon-kononnya. Bodohnya!!! Rasa macam nak hentak kepala kat dinding! Danggg!!!

Aku dah mula gabra dan macam nak menangis... La macam mana ni? Masa dah nak habis lagi. Sial betul aku boleh tak perasan dari awal objek-objek tuh. Tapi aku mintak juga kertas baru untuk lukis objek-objek yang disediakan. Tapi dengan masa tak smpai 5 minit apa yang aku dapat lukis?? Wahh aku memang malang!! Kesiannya diriku!! Bodoh bodoh bodoh!! Banyak kali aku menyumpah dalam hati.

Dah cukup aku tak mahu kenang lagi kisah memalukan lagi membodohkan yang berlaku itu. Aku boleh jadi tension dan menyesal sangat-sangat. Huwaaa.....

Tapi di sebalik kisah bodoh dan menyayat hati ini ada hikmah yang tersembunyi rupanya dan aku baru je tahu info ini. Rupa-rupanya orang yang kerja bahagian lukis lansdkap ini lebih terdedah dengan rasuah! Risiko untuk 'disuap' lebih besar. Yang merasuah tentu la mereka yang kaya dan berpangkat. Dan jika menolak rasuah itu boleh jadi akan dibuang kerja dan di blacklist dari mana-mana badan kerajaan dan swasta. Haa..dahsyat bukan penangan mereka yang punya kuasa dan pangkat?

Syukur AlhamduLillah aku terhindar dari perbuatan keji lagi dimurkai Allah itu (rasuah). So aku bersyukur seadanya dengan diriku sekarang di bidang yang aku ambil. Tak perlu menyesal dengan kisah lalu itu.

p/s :- lukis orang lidi sudahlah. hahaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...