Showing posts with label info ilmiah. Show all posts
Showing posts with label info ilmiah. Show all posts

20 March 2019

Investment - ASNB - ADAM50

Assalamualaikum.

     Hai bertemu lagi kita. Sebenarnya entri kali ini boleh kata kesinambungan dengan entri sebelum ini yang pasal kwsp atau epf sebab dua-dua ini adalah dari satu cabang yang sama iaitu pelaburan (investment).

     Aku memang ada install apps maybank2u kat handset supaya senang nak buat transaksi atau nak cek akaun. Walaupun tak berapa ada duit sangat pun hahahaha. Aku topup/ reload pun pakai m2u je mana ada pakai kad topup dah. Ketinggalan zaman la wei wakaka. Dunia hujung jari maa. Hahaha berlagak tak?

    Tempoh hari aku saja godek-godek apps m2u aku. Entah macam mana aku terjumpa 'wealth'. Sebelum itu ada 'fix deposit', 'loan', aku klik semua kosong sebab memang tak ada buat. Tapi bila aku klik pada 'wealth', eh ada sesuatu lah. Amboi sejak bila aku ada 'harta' ni weh? Ahahahaha. Lantas aku pun klik pada ASNB under wealth tadi tu. Oiii ada duit lah rupanya ratus-ratus jugak. Aku terus dalam kebingungan bila masa aku ada buka akaun ASNB ye? Aduduh. Siap ada dua lagi aku punya amanah saham. Satu ASNB, satu lagi Amanah Saham 1 Malaysia. Yang AS1M tu aku ingat pernah buat masa kat pejabat pos Labis tak silap aku tahun 2009 masa aku cuti balik Malaysia (lepas exam tahun 1 kat Mesir aku balik). Aku deposit RM100 je pun lepas tu tak pernah tambah sampai sekarang. Katanya dulu (2009) kalau buka asb tu duit beranak lepas 20 tahun dapat berapa puluh ribu tah walaupun tak tambah duit. Kah kah aku pun percaya dan buat. Ada lagi bukunya sampai sekarang warna kuning. Tak ada lah beranak banyak pun aku cek baki terkini baru RM179 je setelah 10 tahun hahahah.

    Berbalik pada ASNB pula yang masih aku bingung dan tak ingat bila entah aku ada buka akaun ni kekeke. Mungkin ada dapat penyata tapi pos ke alamat Maokil. Mungkin je lah. Boleh je nak cek kat cawangan ASNB bagi je nombor akaun dan nombor kad pengenalan.

    ADAM50 nama panjangnya aku tak ingat. Mantan PM Najib Razak yang memperkenalkan masa pembentangan bajet 2018 dulu. Bayi yang lahir mulai 1 January 2018 hingga 31 Disember 2022 layak dapat RM200 asnb. Bukan cash tapi saham dikreditkan ke dalam asnb dan hanya boleh dikeluarkan bila anak berusia 18 tahun. Tapi sayangnya setelah kerajaan PH menang PRU dan ambil alih pentadbiran, ADAM50 dimansuhkan. Hanya untuk bayi yang lahir tahun 2018 je dapat. Alasannya sebab tak dapat sambutan. Hanya dalam 10-20% je bayi yang dah daftar ADAM50. Aku pun tak daftar lagi untuk Aqil. Sebenarnya bukan tak dapat sambutan, tapi agak susah nak buat sebab kena pergi ASNB atau maybank atau pejabat pos untuk buat. Kalau yang duduk kampung kena pergi bandar. Yang duduk bandar pula kena yang kerja office hour pun susah juga nak buat. Agak sukar la.

    Tarikh tutup nak daftar ADAM50 31 Mac 2019. Jadi aku bercadang minggu depan ni cuti sekolah tidak boleh tidak wajib daftar juga untuk Aqil. Antara syaratnya ibu atau bapa perlu ada akaun ASNB juga. So cantiklah sebab aku dah ada ASNB dah settle tak perlu daftar baru. Gitu.

10 March 2019

Bagaimana nak carum sendiri KWSP

Assalamualaikum.

    Ya sedia maklum aku surirumah sepenuhmasa, tidak bekerja. Tapi ada lah dapat elaun daripada zauji sebab aku arranged appointments rawatan dan elaun surirumah gitu. Sudah tentu aku takde carum kwsp atau epf kan. Aku mula berminat nak carum sendiri bila terbaca kat fb ada someone share macam mana nak carum sendiri. Here we go meh aku pulak ajar korang hahah.

    Tapi aku ajar ni dalam bentuk karangan je ye takde gambar hahahaha. Pandai-pandai lah kome cari dan buat. Oh ye pastikan ada akaun kwsp lah baru boleh carum.

Step pertama buka website maybank2u classic atau website biasa, bukan jenis mobile. Aku guna handset je. Nak guna laptop atau pc pun boleh no hal. Oh ye kalian wajib ada akaun perbankan internet lah. Yang aku nak ajar ni untuk pengguna m2u je tau, cimb dan lain-lain bank aku tak tahu. Zaman sekarang boleh kata majoriti ada online banking sendiri. Tak daftar lagi? Buat sendiri je kat mesin ATM pun boleh ikut je arahan dia. Eh panjang pula intro.
Ok dah buka website m2u, sign in dulu.

Step kedua, klik pada 'investment'. Akan keluar senarai investment iaitu epf, unit trust, asnb dan lain-lain.

Step ketiga, klik pada 'epf' dan ikut arahan seterusnya. Isi je lah maklumat anda dalam form termasuk nombor kwsp. Macam biasa akan guna tac untuk lengkapkan pendaftaran dan siap. Ada dua jenis epf aku daftar je dua-dua iaitu self contribution dan i-suri. I-suri ni baru, masa aku daftar dulu namanya 1 Malaysia.

Dah siap dan boleh terus transfer berapa-berapa je amaun kau nak. Klik pada epf registered payment dan ikut arahan seterusnya. Senang je kan.

Bagaimana nak tengok akaun kwsp sendiri pulak? Nak tunggu statement lama sangat sampai setahun. Daftarlah i-akaun. Ini pun senang. Call ibu pejabat kwsp. Aku google je cari nombor. Nanti ada operator jawab. Bagitau je kita nak aktifkan i-akaun. Dia akan minta nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor kwsp. Sekejap je dia buat. Password sementara akan diberi. Kemudian kita buka website kwsp i-akaun tu, klik sign in. Masukkan nombor kwsp dan password sementara. Lepas tu kita ubah lah password tu. Aku pun alang-alang dah log in aku terus update profile aku apa yang patut. Update nombor telefon, alamat terkini dan sebagainya.

Nah sekarang dah boleh tengok keluar masuk duit kat akaun kwsp. Mana ada keluar, duit masuk je hahahaha. Tak payah dah tunggu surat penyata akaun kui kui kui. Oleh kerana carum sendiri maka duit hanya masuk pada 'pekerja' sahaja, 'majikan' kosong. Carum sendiri ni tak fixed. Ikut kalian lah nak transfer berapa haribulan setiap bulan, berapa ratus setiap bulan. Semua atas pilihan sendiri. Bila dah masukkan tak boleh keluarkan dah, itu yang bagusnya. Maklum lah saka shopping online kadang datang selagi masih ada duit dalam bank. Selamatkan lah dulu sebahagian sebelum habis duit hehehe. Sekurang-kurangnya ada lah juga simpanan di hari tua. Gitu. Aku pun dah terlambat sebenarnya carum sendiri ni, baru je start Ogos 2018. Baru timbul kesedaran waktu itu. Masih belum terlambat untuk kalian yang masih muda umur 20-an untuk buat caruman sendiri kwsp ni.

   Dengar-dengarnya pencen nak dihentikan? Aiyo biar betul. Penjawat awam pula tak diberi pilihan untuk carum kwsp, kena pilih pencen. Dah sudah. Sudahlah kwsp tak carum, pencen pula tak ada. Mari carum sendiri semudah abc. 

04 March 2019

Anak Prolonged Jaundice, Apa yang Aku Buat?

Assalamualaikum.

    Hai hai hai reminder bulan ini adalah bulan ulangtahun ke-10 blog aku ni. Diam tak diam dah sedekad usia blog peribadi aku ni. Tak sangka masih bertahan dan masih menulis blog walaupun sekarang orang lebih suka menulis di status Facebook untuk capaian lebih ramai viewers. Tak mengapa aku kan old skool sikit kah kah.

   Berbalik kepada tajuk post kali ini yang agak panjang hahaha. Jaundice atau kuning bukan lagi asing pada anak-anak aku. Aku berdarah O positive dan tiga orang anak aku ikut darah aku O positive. Memang 'wajib' lah kena kuning. Aku ingat lagi masa Jannah jaundice dulu masa berpantang kat Maokil. Masa tu aku tengah berurut dan misi datang cek biasalah kan. Dia tengok Jannah kuning dan suruh bawa ke klinik. Aku masih ingat lagi kata-kata nurse tu, kuning ni bahaya kalau tinggi sangat boleh menyebabkan baby terencat akal. Kau boleh bayangkan tak perasaan aku sebagai ibu baru waktu itu. Terus rasa down sangat-sangat sampai mengalir airmata. Sobs. Gigih pergi klinik kat Chaah tau bukan Maokil untuk cek kuning. Ambil darah kat kaki Jannah. Sampai lah beli susu kambing Karihome untuk turunkan kuning dia baru lah bacaan kembali normal. Tak ingat berapa kali ulang alik klinik tapi dalam umur Jannah 16 hari camtu dah tak perlu ke klinik.

     Masa Naim pulak. Dah lah pramatang, jaundice lagi. Masa tu pantang sendiri je kat JB. Pernah pergi sekali je kot klinik untuk cek kuning lepas tu tak pergi dah. Zauji pun busy masa tu. Dah lah klinik kat Kempas jauh setengah jam jugak naik kereta. Tapi nurse 'tak kejar' dan tak call pun mungkin sebab patient ramai so diorang pun tak alert sangat. Lama-lama kuning Naim pun hilang sendiri dalam 20 hari macam tu la haha.

     Tiba turn Aqil. Yeah hari kedua dah nampak kuning. Nurse suruh pergi klinik. Hari ketiga pergi klinik dengan terkepit-kepit haha. Prosedur biasa lah, ambil darah kat kaki baby dan cek bacaan. 13 ke 14 entah tinggi jugak. Biasanya setiap hari atau setiap dua hari perlu ke klinik untuk cek bacaan. En suami cakap tak nak datang cek kuning hari-hari. Kena sign surat tanggung risiko sendiri dan aku pun willing sign sebab aku pun malas nak ulang alik pergi klinik setiap hari plus tak sampai hati tengok baby kena cucuk ambil darah. You know what. Datang setiap hari pun mereka tak ada jalan penyelesaian pun. Setiap hari akan cakap benda yang sama, kena kerap susukan baby untuk turunkan kuning dia. Biar baby berak banyak untuk turunkan kuning. Kejut baby kalau tidur lama sangat. Baby kuning kuat tidur. Jangan jemur. Dan bla bla bla. Aku dah hadam sangat. Dah tiga orang anak kan. Bukan aku nak berlagak atau angkuh ye, tapi biarlah kami dengan cara kami. Bukan sampai tolak vaksin pun. Cuma refuse cek kuning kat klinik, itu aje.

      Bila tak ke klinik setiap hari cek kuning sampai bacaan jadi normal, aku lebih gembira sebenarnya. Risau anak jaundice tu memang lah. Tapi kerisauan aku akan bertambah bila bacaan kuning tak turun-turun atau makin bertambah. Nanti aku mulalah rasa stress dan down. Murung. Bila stress boleh jejaskan production susu. Silap-silap boleh jadi postpartum depression (nauzubillah). Jadi biarlah aku tidak tahu langsung bacaan kuning baby. Itu lebih baik untuk menjaga emosi aku. Guys, ada tiga orang anak yang aku kena jaga, bukan cuma seorang bayi. Aku tak ada babysitter, aku tak ada confinement lady, aku tak ada orang gaji. Berpantang sendiri. Dengan suami sahaja membantu. Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?

    Aqil hari tu aku rasa dia prolonged jaundice sebab dah umur sebulan masih nampak kuning. Menjelang habis pantang baru lah dah tak ada langsung kuning, warna kulit biasa je lah. Apa yang aku buat sepanjang anak jaundice? Aku tak buat apa-apa. Aku cuma susukan macam biasa ikut demand dia. Dan aku refuse cek kuning di klinik sebab aku tak mahu stress bila bacaan makin tinggi atau tak turun-turun. Alhamdulillah dah 10 bulan umur Aqil sekarang. Membesar dengan sihat.

Bateri low plak aku chow dulu lah. Bai.

07 July 2017

Benarkah Induce itu Sangat Sakit?

Assalamualaikum.

     Sejak aku join group kat fb bfmembers dan kelab ibu mengandung, aku jadi rajin komen di setiap post ibu-ibu dalam group tu. Tapi tak lah setiap post, mana yang aku rasa boleh respon lah. Kata orang berkongsi pengalaman gitu. Ceh.

    Salah satu soalan popular di group KIM (kelab ibu mengandung) adalah pasal induce. Dah anak dua baru aku join group tu, hahaha. Dan aku juga tidak hamil anak ketiga ye. Hoho. Belum lagi.

    Apakah itu induce? Bahasa mudahnya ialah 'paksa bersalin'. Mempercepatkan kontraksi atau bukaan jalan. Biasa nya hanya ibu yang bermasalah dengan kehamilan contohnya overdue, GDM, air ketuban kurang, degupan jantung baby tak stabil atau beberapa masalah lain. Kaedah induce juga digunakan untuk ibu yang keguguran (miscarriage) untuk bersalin paksa (baby meninggal dalam perut usia kandungan 6 bulan ke atas).

     Satu ketika dahulu aku (dan bakal ibu) selalu dimomokkan betapa sakitnya induce tu. Berkali ganda sakitnya berbanding kontraksi natural atau normal (tanpa masuk ubat). Semua orang pun takut dengar perkataan induce. Berdoa agar tak kena induce. Sakit gila katanya.

     Oleh kerana aku dah pernah merasa la induce masa bersalin Naim, aku boleh kata sakit kontraksi masa nak bersalin Jannah adalah jauh lebih sakit berbanding induce masa nak bersalin Naim.

    Cerita ini agak panjang ye, hahaha. Tinggal 19.10.2015 pukul 8.00 malam aku terasa macam ada air laju keluar. Aku agak ini air ketuban. Tapi tak berterusan heavy macam masa nak bersalin Jannah dulu. Kali ini sikit-sikit. Aku pakai pad. Tak ada rasa sakit kontraksi jadi aku biar je lah. Mungkin dah turun tanda tapi baru 35w (34w6d actually). Esoknya pun sama masih turun air ketuban tapi tak heavy. Akhirnya lepas zuhur baru gerak ke HSI.

    Dah sampai nak daftar misi minta sijil nikah pulak dah. Peraturan baru katanya. Dulu nak bersalin anak pertama memang wajib bawa sijil nikah, anak kedua dan seterusnya tak perlu. Rules baru anak kedua dan seterusnya pun kena bawa sijil nikah juga. Dah zauji terpaksa patah balik rumah ambil. Dokumen lain memang dah lengkap lah iaitu buku merah. Buku merah anak pertama pun kena bawa tau untuk rujukan katanya.

   Sementara nak tunggu ujian saringan, zauji balik rumah kejap ambil sijil. Dah tiba giliran aku cek jalan, dah 2cm. Tapi masih belum ada contraction. Siap masuk muncung itik lagi tu nak cek apa tah. Kemudian kena cucuk dexa untuk matangkan paru-paru baby. Sakit gila Oit cucuk kat punggung. Rasa macam lumpuh sekejap beberapa saat. Adeh. Lama juga aku di bilik saringan. Sepatutnya cucuk dexa tu kena dua dos (12 jam sekali) tapi oleh kerana air ketuban aku dah kurang dan boleh bersalin bila-bila masa sahaja, aku sempat satu dos je. Nasib baik. Ya ampun sakit gilerr nak kena dua dos tu memang tak sanggup. Oh ye cucuk dexa memang biasa untuk kelahiran pramatang.

    Jam 5.00 aku dah ditolak ke lr (labour room). Dah pasang ctg lah semua. Bermula lah episode kena induce ikut drip kat tangan. Dos rendah. Tak ada kesan, tak ada kontraksi. Aku dah berapa kali kencing dah (guna tiub sebab dilarang berjalan ke tandas dah bila dah dalam lr) pun masih tak ada kontraksi. Dua jam kemudian masuk lagi induce dos lebih tinggi. Masih tak ada kontraksi. Ada sikit-sikit la tak sakit sangat. Akhir sekali induce drip dos paling tinggi. Baru ada kontraksi yang agak kuat tapi tak lah sekuat masa Jannah dulu. Cek jalan dah 5cm. Tak lama lepas tu aku rasa betul-betul kontraksi yang sangat kuat, rasa macam nak berak tu tapi lagi sakit lah. Sebelum tu nurse dah pesan kalau sakit yang kuat tu datang panggil dia (beliau sedang sibuk menulis catatan di buku). Aku pun panggil. Aku yakin memang dah nak keluar betul ni budaknya, hahaha. Dia cek jalan dah 10cm. Tarik nafas, teran dengan kuat, kepala baby keluar, teran lagi sekali, badan baby keluar. Haha selesai lah. Kejap je yang sakit gila tu, dalam lima minit je.

   Jadi apa boleh aku kata, induce tu tak sakit pun, yang sakit gila-gila tu masa kontraksi kuat baby nak keluar. Itu je. Yang tak induce pun merasai sakit kontraksi yang kuat tu. Sama je sakitnya cuma bezanya lama atau tidak je. Masa Jannah memang azab gila aku rasa. Kontraksi setengah jam sekali start dari pukul 6 petang. Kontraksi 10 minit sekali start pukul 7.00 malam. ya Allah berguling lah aku atas katil seorang diri (wad kelas satu) menahan sakit. Pukul 10 baru masuk lr. Alhamdulillah bila anak kedua mudah sangat bersalin. Maybe sebab dah tau teknik meneran yang betul, teknik bernafas yang betul. Cuma yang ngeri bila dijahit hidup-hidup la bawah tu. Peh, bisa.

    Induce bagi setengah ibu mungkin betul sangat sakit. Lain orang, lain pengalaman. Aku ingat lagi masa gugur dulu, kakak depan katil aku dah induce tiga hari masih tak bersalin lagi, jalan memang tak buka. Oh ye, induce ada dua kaedah iaitu masuk ubat di vagina untuk buka jalan atau drip di tangan macam yang aku kena. Yang masuk ubat tu pun ada dosnya bermula dos rendah, sederhana dan tinggi. Ada orang dos rendah je dah boleh bersalin, ada yang lambat bukaan jalan terpaksa tingkatkan dos. Apa pun rezeki masing-masing dan ujian masing-masing. Kan ke dosa nak diampunkan. Bersalin je, gugur semua dosa yang lalu bersih suci macam baby baru lahir. Bertarung dengan maut tau ibu bersalin ni.

     Begitulah ceritanya pengalaman di induce. Bukan kita yang minta tapi keadaan memaksa (amboi) demi menyelamatkan nyawa ibu dan anak. Seperti juga ceaserian dan epidural, induce bukan suka-suka ibu boleh minta ye dari hospital. Haha. Hanya kandungan bermasalah saja dan pihak nurse, doktor, pakar lebih tahu apa yang terbaik buat ibu.

01 August 2016

Pentingnya Tahu Bahasa Arab

Assalamualaikum.   .  
   Wah tajuk tak boleh blah. Dunia hari ini orang terlalu pentingkan Bahasa Inggeris.  Seolah-olah macam ni,  kau pandai speaking, cerahlah masa depan kau.  Hohoh.
    Sebenarnya Bahasa Arab lagi penting. Bahasa Al-Quran tu.  Bahasa syurga.  Aku tak ada lah mahir sangat berbahasa Arab. Orang awam yang tak sekolah Arab pun kena tahu lah sikit-sikit yang asas. Kalau tak mau belajar, bertanya pada orang yang ahli.
     Ada banyak cabang daripada topik ini yang boleh dikembangkan dan dibincangkan. Tapi aku cuma nak sentuh pasal 'nama'. Nama khas. Nama orang atau nama tempat (contoh nama sekolah).
  Nama orang. Kita mesti selalu dengar nama Aidil. Biasanya sebab orang tu lahir mass hari raya lah. Aidilfitri atau aidiladha. Tapi hanya 'Aidil' sahaja diambil.  Sebenarnya nama itu tiada makna dan salah dari segi tatabahasa. Aidil berasal dari perkataan 'aid yang bermaksud hari keraian atau hari raya. عيد.  Bila disambung jadi Aidilfitri عيدالفطري. Ada tambah ال . Dah kalau Aidil macam mana pula ejaan Jawi atau Bahasa Arab nya? عيديل? Atau ايديل? Itulah pentingnya tahu sikit asas Bahasa Arab. Kalau tak tahu, tanya lah pada ustaz ke, tok imam ke atau sesiapa saja yang tahu Bahasa Arab. Nak bagi nama anak bukanlah setakat sedap didengar ada bunyi Arab kononnya tapi maknanya salah atau tak ada makna. Silap-silap bawa makna yang buruk pula.
    Berhati-hati kalau nak beri mama anak yang berakhir dengan 'ul' atau 'il'. Contoh; Khairul, Khairil, Shahrul, Nurul. Kalau nak guna, kena ada sambungan lagi satu nama di belakang. Contoh Khairul Anwar. Mohd Khairul tak sesuai. Khairul berasal dari perkataan Khair yang bermaksud kebaikan. خير. Contoh خيرالانوار (sebaik-baik cahaya). Kalau Mohd Khairul محمد خيرول. Salah tu.
    Beberapa tahun lepas lah aku ada dipelawa jadi guru tasmik satu sekolah tahfiz swasta yang baru ditubuhkan. Pengasasnya hanya cikgu biasa yang bukan sekolah Arab pun.  Itu tak apa la. Silapnya dia tidak bertanya kepada orang yang ahli masa dia cari nama untuk nama sekolah. Bunyi macam sedap. Bunyi Arab. Tapi tatabahasanya salah. Agak aib lah kalau sekolah Tahfiz nama Arabnya salah. Adess.
   Masa mula-mula aku dengar nama sekolah tu aku dah rasa pelik. Then masa hari pertama dikumpulkan semua murid dan tenaga pengajar, ada seorang ustaz ni tegur ejaan nama sekolah yang tak kena dan salah. Aku pun turut menyokong. Haha.  So ejaan nya pun ditukar. Nak tahu ke apa nama sekolah tu? Hahaha.
   Nama asal Hudatul Islam هدةالاسلام.  Bukan semua perkataan Arab tu boleh letak ta' marbutah ة untuk melambangkan itu isim muannas atau nak disambung dengan ال. Perkataan asal adalah هدى. Jadi ejaan yang betul adalah هدى الإسلام Huda Al-Islam.
   Jadi itulah serba sedikit perbincangan hari ini ye tuan puan. Lain kali sambung.  Hahaha.  Anak aku dah bangun. OK bai.

31 March 2010

APRIL FOOL ATAU APRIL BODOH?!

Assalamualaikum...
Ini adalah repost entry. Tapi telah di edit dengan membetulkan tatabahasa supaya senang dibaca. Heheh.


Hola... April Fool ye? Pernah dengar bukan? Sejak sekolah rendah dulu...kalau tiba 1 April, 'kita' sibuk kenakan orang, kenakan kawan-kawan. Sengaja gurau-gurau dan tak kurang dengki-dengki gitu. Tapi tahap sekolah rendah punya gurau...alahai..biasa-biasa sahaja.... Contoh :-

A: "Eh, tali kasut kau terbukak!"
B: "Hah yeke?!" (terperanjat campur cuak sambil tengok kasut)
A: "April fool! hahaha"
B: (dalam hati:'hdjkk%%$*##!!!'..menyumpah la tu...haha)

atau contoh dialog lain...
A: "Eh tudung ko kenapa koyak kat belakang ni?"
B: "Haa??? Ala...camne ni..." (smbil tgk tudung)
A: "April fool! kahkahkah!"
B: "Kau ni......" (sabau je la..)

Tahap sekolah menengah pula lebih ekstrem. Letak katak dalam meja sekolah, lipas, tikus, cicak dan apa-apa sahaja binatang menggelikan samada dalam beg sekolah, pensil box dan sebagainya. Tak kurang juga cikgu-cikgu pun turut dikenakan. Dijadikan mangsa gurauan April Fool. Aduyai... dahsyat budak-budak zaman sekarang.

Tahap universiti atau kolej? Ooo aku tak tahu la pula. Sebab sejak aku bergelar mahasiswi di MARSAH (hihi), sudah tiada lagi dari kalangan rakan-rakanku yang juga mahasiswi/wa yang 'meraikannya'. Sebab apa? Heh. Alasan dan sabab musababnya adalah lebih kurang sama dengan 'valentine day'. Tak tahu? Lu pikir la sendiri... heheh..

Oh aku tidaklah begitu kejam membuat kamu tertanya-tanya. Mungkin sebahagian daripada kamu telah mengetahuinya. Tetapi aku sekadar ingin berkongsi. Boleh baca artikel di bawah.


"April’s Fool ini berasal dari satu episod sejarah pahit keruntuhan kerajaan Islam Sepanyol pada tahun 1487, atau bertepatan dengan 892 H...."

Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera Kristian. 

Penduduk Islam di Moors, Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.
Tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan penganut Islam dari bumi Sepanyol, justeru, mereka membuat helah.

Mereka memaklumkan penduduk Muslim boleh berlayar keluar dari bumi Sepanyol dengan selamat bersama-sama barangan mereka dengan menggunakan kapal di pelabuhan.

Orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran itu suatu penipuan pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal yang dimaksudkan. 

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokannya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan.
Pada masa itulah pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk Islam.

Penganut Islam juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya musnah dibakar.
Pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, tidak kira lelaki, perempuan, serta anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan itu kemudiannya diraikan tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai `April Fool's Day'.

Inilah kisah di sebalik 'April Fool' yang 'kita' semua sibuk 'meraikannya'. Heh..dulu-dulu masih jahil. Apa orang buat, kita pun nak buat juga. Biasalah..manusia.. Renung-renungkanlah kisah ini dan ambil iktibar. Aku bercakap untuk peringatan diriku jua. Sekian...

20 January 2010

Sentap Sekejap. Adakah Ini Cuma Kebetulan Atau.....

Assalamualaikumwarahmatullah....

Renungkan..
27-11-2009 Jumaat Hari Raya AidilAdha,

18-12-2009 Jumaat Tahun Baru Hijrah,

25-12-2009 Jumaat Sambutan Krismas,

01-01-2010 Jumaat Tahun Baru Masihi,

26-02-2010 Jumaat Sambutan Maulud NABI SAW,

02-04-2010 Jumaat Matinya Yesus Kristus,

28-06-2010 Jumaat Hari Wesak,

05-11-2010 Jumaat Sambutan Depavali,

10-09-2010 Jumaat Hari Raya AidilFitri,

01-01-2010 Jumaat Gerhana Bulan,

15-01-2010 Jumaat Gerhana Matahari;

Kepada semua kenalanku..sepertimana yang kita tahu melalui sabda Nabi MUHAMMAD SAW bahawa hari khiamat juga akan berlaku pada hari JUMAAT...sama2lah kita berdoa,beristigfar memohon keampunan dan keredhoan daripada ALLAH SWT.. renungan bersama..


Aku dpt msg forward ym drpd sorang kawan. (mungkin korang pun ade dpt kot?). Aku agak tersentak dan terfikir2. Aku pun bkn rajin tgk kalendar apatah lg duk Mesir ni mana ade kalendar Malaysia yg highliht setiap cuti n hari2 kebesaran atau perayaan. Mmg aku xtau lgsg la.

Tp aku perasan la raye haji 2009, awal Muharam 1431, tahun baru 2010 semua tu hari Jumaat. Gerhana lak aku xperasan. Kita mmg xtahu bila akan berlakunya hari kiamat tp kita memang perlu selalu perbaiki diri, bertaubat n mohon keampunan drpd ALLAH.

Mungkin mesej di atas agak menggerunkan tp InsyaAllah, selagi masih ada 'alim 'ulama di dunia ni... kita masih ada peluang perbaiki diri.

Antara2 tanda2 kiamat ialah matinya semua 'alim 'ulama (org2 yg berilmu) dan paling hampir ialah apabila nama ALLAH tidak lg disebut oleh manusia di dunia ini.

Kita patut bersyukur kerana azan sentiasa berkumandang di seluruh dunia selama 24 jam sehari semalam dan setiap saat. Ini kerana umat Islam berada di seluruh benua n negara dan time zone kita berbeza2 bg setiap mukim, daerah, negeri, negara dan benua. Di mana ada umat Islam, di situ akan berkumandang azan menandakan masuk waktu solat yg lima waktu.

Ini sangat menakjubkan di mana azan sentiasa berkumandang setiap saat. Subhanallah. Percayalah fakta ini. AlhamduLillah kuasa Islam sbnrnya masih besar di dunia ini. Sama2 lah kita berdoa demi kesejahteraan umat Islam seluruhnya dan mudah-mudahan kita mati dalam iman InsyaAllah... amiinn...(mudah-mudahan jugak mati sblm berlaku kiamat...ngeee...).

Entri ini adalah untuk peringatan diriku jua.



31 December 2009

UNTUK INGATAN BERSAMA

Ini adalah repost drpd entri terdahulu (27 Mei 2009)

Perkara Yang Membuat Kita Hilang INGATAN dan TUMPUL MINDA :
Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Perkara-perkara yang perlu diamalkan :-
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam
......dan yang paling penting dibawah ini........
selamat beramal.....
Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71) -

26 December 2009

Sedikit Info Yg Ramai Dah Tau Tp Saje Nk Bgtau Jg

###{LAILAHAILLALLAH Penting!!!
Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya. Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH). Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)?}###

Ok aku rase dh ramai tau pasal ni. Msg2 forward drpd ym n emel pasal ni pon aku dh dpt byk sejak beberapa tahun sudah. TP saje nk post bg peringatan pendek ja.

p/s : hari ni 9 Muharam. Esok Hari Asyura disunatkn puasa hari ini dan esok.

27 May 2009

untuk ingatan bersama

Perkara Yang Membuat Kita Hilang INGATAN dan TUMPUL MINDA :
Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam
Perkara-perkara yang perlu diamalkan
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam
......dan yang paling penting dibawah ini........
selamat beramal.....
Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Jangan biarkan SAJE email ni. Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !! Wasalam

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71) -

11 May 2009

"Hubungan Kasih Sayang dan Cinta Seseorang Mengikut Bulan Kelahiran Penilaian dari pakar yang mengkaji hubungan kasih sayang dan cinta seorang individu mengikut bulan kelahiran.

Januari ------------------- -
Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan - Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati - Sukar setia pada yang satu. - Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya - Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya. - Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya. - Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya. - Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang. - Pasangan ideal untuk individu yang lahir dalam bulan Januari selalunya dilahirkan dalam bulan 3,6,8,11. - Kebanyakan bangsa Cina yang ramai lahir dalam bulan ini.

Februari ------------
- Sukar untuk jatuh cinta tapi mudah untuk mengkhianati pasangan. - Amat hormat kepada pasangan. - Amat suka memikat pasangan. - Jujur dan berterus terang dalam perhubungan. - Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya - Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu) - Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan. - Kurang beremosi terhadap pasangannya. - Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya. - Pasangan ideal: Lahir bulan 5,9,10,12

Mac ------------
- Mudah menawan hati pasangannya. - Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya. - Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati - Sangat baik dalam menjaga perhubungan - Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai. - Persaan cemburu yang minima. - Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya. - Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras. - Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan. - Suka menuduh melulu tanpa usul periksa. - Berprasangka terhadap pasangan. - Pasangam Ideal: Lahir dalam bulan 1,5,10,12. - Kebanyakkan orang Eropah lahir dalam bulan ini.

April ------------------------
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan. - Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai. - sukar dan malu dalam meluahkan isi hati. - Sentiasa ingin diberi perhatian. - Amat cemburu dalam perhubungan. - Kesetiaan teguh terhadap pasangannya. - Emosi cepat terusik dan mudah terluka. - Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk. - Romantik dan terlalu romantik - Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai. - Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan. - Kebanyakan orang yang lahir dalam bulan ini boleh dianggap 'hamba cinta'seperti Laila, Juliet, Siti Zulaikha . - Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 4,7,11,2 - Kebanyakan bangsa India yang lahir dalam bulan ini.(Patutle Org Hindustan jiwang giler!!!).

Mei --------------------------
- Amat mudah jatuh cinta. - Baik dan jujur dalam perhubungan. - Pandai menarik hati pasangan. - Perasaan cinta yang mendalam. - Mudah untuk di pujuk. - Kurang suka untuk sentiasa bersama. - Mudah menerima cinta seseorang. - Pilihan yang tepat dalam berpasangan. - Nekad untuk menjaga hubungan yang baik. - Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) - Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan. - Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan. - Ambil berat dalam menjaga hubungan. - Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 6,9,10,11.

Jun -------------------------
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan. - Sukar melukai dan memahami hati pasangan. - Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih. - Cerewet dalam hubungan. - Selalu beremosi. - Mudah merajuk dan mudah di pujuk. - Cepat rasa bosan dalam percintaan. - Kurang yakin dalam perhubungan. - Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang. - Elok untuk menjadi Ibu yang baik. - Dahagakan pujian dari pasangan. - Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,3,5,8.

Julai --------------------------
- Amat suka didampingi pasangan. - Sukar dimengerti oleh pasangan. - Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan. - Amat mudah dipujuk dan berterus terang. - Amat menghargai kesetiaan pasangan. - Mengambil berat dan mengasihi pasangan - Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai, - Mudah terluka dan lambat untuk pulih. - Suka merajuk dan dipujuk. - Setia terhadap pasangan. - Suka mendengar dan tidak suka membantah. - Cemburu terhadap pasangan. - Suka menilai dan menjaga perhubungan. - Pasangan Ideal : Lahir bulan 4,6,7

Ogos ------------------------
- Tidak serius dalam perhubungan - Mengambil mudah dalam perhubungan - Kesetiaan di ragui. - Pandai memujuk pasangan - Suka memimpin pasangan. - Romantik, Pengasih dan Penyayang. - Kelam kabut dalam perhubungan. - Sering bertukar pasangan - Sukar mencari pilihan yang tepat - Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minima. - Mudah meluahkan kat cinta pada sesiapa yang berkenan. - Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,6,10,12 - Kebanyakan bangsa Bani Israel dizaman Arab Jahiliyah yang lahir dalam bulan ini.

September -------------------
- Bersopan dalam hubungan - bertolak ansur terhadap pasangan - Suka mengkritik pasangan - Sangat prihatin terhadap pasangan - Sangat sensitif dan emosi - Pandai memahami pasangan - Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan - Amat memilih pasangan - Sukar melupakan sekiranya hati terluka. - Mudah simpati dengan perasaam dan masalah pasangan. - Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 3,6,8,11

Oktober ------------------------
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan. - Suka disayangi dan menyayangi pasangan. - Sopan terhadap pasangan. - Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan. - Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya. - Sukar menerima pandangan pasangan. - Emosi yang mudah terusik. - Pengasih, Penyayang terhadap pasangan. - Cemburu dan terlalu cemburu. - Romantik - Memahami pasangan. - Pasangan Ideal: Individu ini ramai pasangan yang sesuai dengannya 1,2,4,5,8,9,10,12. - Kebanyakan bangsa melayu yang lahir dalam bulan ini.

November ------------------
- Banyak helah dalam menghadapi pasangan. - Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan. - Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa. - Degil dan engkar dengan pasangan. - Tidak suka dikongkong oleh pasangan. - Mudah ambil berat terhadap pasangan. - Tidak menghargai perhubungan. - Sambil lewa dalam perhubungan. - Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung. - Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan. - Kurang menhargai pasangan dan hal-hal percintaan. - Kurang bersama dengan pasangan. - Pasangan Ideal: 4,7

Disember -----------------
- Pemurah terhadap perhubungan - Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama. - Tergesa-gesa dalam perhubungan - Suka didampingi oleh pasangan. - Benci dikongkong. - Berbakat untuk kahwin lebih dari satu. (Utk Lelaki) - Suka mempengaruhi pasangan - Curang dalam percintaan. - Kurang berkerjasama dengan pasangan. - Selalu cuba untuk mencari pasangan yang baru - Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan. - Pasangan Ideal: Lahir bulan 3,9,11,12. " Kajian ini telah dilakukan oleh beberapa pakar kaji selidik dari Mentality Research of Institute. Semoga anda dapat memilih pasangan yang betul-betul sesuai dengan anda. Selain itu harap anda dapat memahami dengan lebih terperinci ciri pasangan anda. Semoga berbahagia..."

01 April 2009

sambungan tentang april fool..

"April’s Fool ini berasal dari satu episod sejarah pahit keruntuhan kerajaan Islam Sepanyol pada tahun 1487, atau bertepatan dengan 892 H...."
Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera Kristian.
Penduduk Islam di Moors, Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.
Tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan penganut Islam dari bumi Sepanyol, justeru, mereka membuat helah.
Mereka memaklumkan penduduk Muslim boleh berlayar keluar dari bumi Sepanyol dengan selamat bersama-sama barangan mereka dengan menggunakan kapal di pelabuhan.
Orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran itu suatu penipuan pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokannya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan.
Pada masa itulah pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk Islam.
Penganut Islam juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya musnah dibakar.
Pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, tidak kira lelaki, perempuan, serta anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan itu kemudiannya diraikan tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai `April Fool's Day'.

Inilah kisah di sebalik 'April Fool' yg 'kita' semua sibuk 'meraikannya'. heh..dulu2 msh jahil...ape org buat, kita nk buat jgk..biasalah..manusia.. renung2kanlah kisah ini dan amik iktibar. aku bercakap utk peringatan diriku jua.... sekian...

24 March 2009

petua mudah menghafaz al-Quran

petua ni abah yg bg kt aku... (dpt dr seseorg kot)... kalu nk mudah ngafal quran...kalau blh... hafalkn dulu 4 surah ni...
1- As-Sajdah
2 - Yasin
3 - Ad-Dukhan
4 - Al-Mulk

insyaAllah akn dpt menghafaz dgn mudah. tp klu nk hafaz 4 surah sekaligus...payah gk kn? mcm aku dulu...hari2 baca 4surah ni. lama2 jd terhafal sendiri gitu. hari2 mesti baca n jgn missed. selamat mencuba. hehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...