Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

28 March 2010

Rasa Ini Membunuhku

Assalamualaikum...

Terasa nak update. Heheh. Aku masih belum sembuh sepenuhnya daripada demam ni.. (aku jatuh sakit sejak Rabu lalu). Masih batuk-batuk sikit campur selesema.

Aku seorang yang cekal, kuat dan tabah. Ye aku tahu. Boleh tak aku nak memaki? Ohhh itu dilarang. Aku sudah berazam tidak mahu memaki hamun lagi dalam tulisan aku di blog aku ini. Habis tu, apa boleh aku buat untuk redakan perasaan marah lagi sakit hati ini? Istighfar lah. Astaghfirullah... Atau ucaplah 'AlhamduLillah 'ala kulli hal' <------ senior aku yang ajar ni.

ALHAMDULILLAH 'ALA KULLI HAL... ( segala puji bagi Allah atas setiap hal @ perkara )
p/s: terima kasih senior. :D

Ada sajak sikit tapi tak sempurna dan caca marba. Hohohoh

Hari-hari malap melanda
Mendung hitam menerpa
Petir tiada guruh pun tiada
Hujan hanya sedikit cuma

Kalam membisu pena terkaku
Terus menunggu hingga buntu
Merenung kosong akhirnya lesu
Rasa ini sangat membunuhku

Hari ku masih malap
Hanya diselubungi awan gelap
Namun ku tak putus harap
Moga dugaan ini kan lenyap

Senyumlah wahai diri
Walau hati dicucuk duri
Walau bisa tidak terperi
Walau penawar tidak tercari

02 March 2010

Si Pembunuh Hati


Mimpi indah tak bermakna lagi
Remuk hati bagai dihempap besi
Kenapa mudah mengukir janji
Namun dengan kejamnya memungkiri

Rasa benci membelenggu hati
Prejudis mula muncul dalam diri
Andai tipis iman di waktu ini
Mahu saja ku doa kau mati!

Sakitnya perasaan ini
Tidak akan dapat kau fahami
Kau si pembunuh hati!
Aku benar-benar mahu lihat kau mati!

Rasa belas ku tolak ke tepi
Rasa marah yang menguasai
Rasa sedih lagi tidak terperi
Rasa kecewa lebih-lebih lagi

Egomu dan egoku sama tinggi
Mungkin benar egoku lebih lagi
Tapi ingat  wahai si pembunuh hati!
Jangan kau jilat muntahmu sendiri!

Kata-kata manis memujuk hati
Konon sukar dicari ganti
Malah  melebih-lebih memuji
Apakah makna semua ini?

Ada yang hilang, ada yang pergi
Menghilang dan menjauhkan diri
Menghilang dan terus menyepi
Kau juga si pembunuh hati

Mulut manis memahat janji
Konon akhirnya sudah ditemui
Apa yang selama ini di cari-cari
Namun janji hanya tinggal janji

Kalian sungguh kejam dan keji
Usah marah andai dimaki
Untung hanya dalam diari
Pergi matilah wahai si pembunuh hati!!

Mujur rasional masih mendominasi
Walaupun berat untuk memaafi
Berlapang dada perisai diri
Sebelum dendam semakin meninggi





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...