15 April 2010

Yang Terakhir

Assalamualaikum...

Aku dalam kesedihan yang amat sangat.

Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini. Berikan aku kekuatan dan ketabahan. Aku benar-benar tak berdaya. Aku benar-benar terluka dengan mereka. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan juga dosa-dosa mereka. Berikanlah aku kekuatan Ya Allah. Aku insan lemah. Aku...

Ya Allah, sesungguhnya aku redha dengan ujian seperti ini tetapi aku sungguh tidak kuat. Andai aku boleh pergi ke dunia lain, akan kutinggalkan dunia yang sedang aku duduki sekarang ini. Aku ingin lari dari semua ini. Mengapakah mereka melakukan ini terhadapku? Mengapa? Ya Allah, berikanku kekuatan Ya Allah.

Aku rasa sangat terluka. Tetapi aku berlapang dada dan memaafkan sahaja. Moga aku terus tabah dan kuat. Allah sayang padaku maka Dia hadirkan ujian seperti ini. AlhamduLillah 'ala kulli hal. AlhamduLillah. AlhamduLillah...

Senyumlah wahai diri, senyumlah. Syukur AlhamduLillah atas semua yang terjadi. Syukurlah. Jangan diikutkan hati dan perasaan yang jahat dan penuh emosi. Serius, aku ingin pergi ke dunia lain andai aku mampu melakukan itu.

Apakah yang berlaku sehingga aku jadi begini? Ohh aku sangat marah, kecil hati dan terluka hingga terdetik di hatiku aku tidak mahu pulang ke Malaysia lagi, aku mahu mati di sini. Emosikah aku? Akukah yang bersalah? Salah ke aku yang duduk jauh ini cuba menghubungi orang yang aku sayang dan rindu? Salah ke?

Mengapa? Mengapa susah sangat nak hubungi kalian? Voicemail, off, dan paling menyayat hati sengaja tidak mahu jawab. Tahukah kamu aku bersusah payah mahu hubungi kalian? Kalian sangka orang lain sengaja mengganggu kalian?

Fatimah! Dah banyak kali kau buat begini, sengaja tidak mahu angkat. Kau ingat ada orang sengaja kacau kau? Kau tak boleh sangka buruk begitu. Kau patut sedar dan ingat yang kau punya kakak yang belajar di luar negara dan kemungkinan besar kakakmu itu call nombor kau setelah call mak dan abah tak dapat.

Sarah! Kau pun sama kadang-kadang sengaja tak angkat. Aku boleh faham kalau kau berjauhan dengan handset kau pada waktu ia berdering. Tak mengapa lah. Lagipun kau di KL, bukan di rumah. Aku masih boleh memaafkan dan berlapang dada.

Fitri! Terima kasih kerana tidak sukar menghubungi kamu. Cuma kau selalu di luar rumah bila aku call. Tak apa lah. Terima kasih kerana bersusah payah balik ke rumah setelah diarah oleh aku.

Zubaidah! Nampaknya setiap kali aku call operator yang jawab. Mungkin kau tak on nombor kau. Tak apa lah.

Mak dan abah. Kerap juga aku call tak dapat. Voicemail atau off. Bila dapat, mungkin aku call tak kena masa. Time tengah sibuk. Ohh sungguh kasihan diriku.

Sarah, tolong aku Sarah. Katakan kepada mereka jangan buat aku begini. Aku bukan call hari-hari. Aku sangat jarang hubungi Malaysia sebab inilah. Susah nak dapat. Sarah, kau tolong pesan pada Fatimah apa yang aku tulis di sini. Katakan padanya betapa aku sangat marah dan kecewa dengan sikap dia itu.

Sarah, katakan pada mak dan abah aku sangat sayang mereka. Aku juga sangat sayang pada kau dan adik-adik lain. Doakan aku. Doakan aku semoga terus tabah dan kuat.

Sarah, sampaikan salamku pada mereka dengan lafaz Assalamualaikum. Doaku sentiasa mengiringi kamu dan mereka. Sampaikan juga salam kemaafan dariku yang jauh... katakan kepada mereka, andai mahu aku pulang, janganlah dera perasaanku begini. Kasihani diriku.

 Sarah, beritahu mak dan abah, aku exam syafawi 29 April ini. Kemudian, 8 Mei hingga 16 Mei exam bertulis. Aku dah tak mahu call Malaysia lagi. Hati aku sangat sakit dan terluka. Aku juga insan biasa yang lemah dan tak mampu menanggung perasaan yang amat sakit ini.

Akhir kalam, ku ulangi lagi. Andai mahu aku pulang ke Malaysia, janganlah lakukan apa yang sebelum ini terjadi kepadaku... Terima kasih Sarah.

09 April 2010

Nadi Mohandesen

 
Aku berdiri di tangga selepas masuk pintu gerbang untuk snap pic ini.



Masih berdiri di tangga. Heheh.


Sungai Nil yang cantik.


Jemput duduk kawan-kawan. Hik hik.


Anda dilarang terjun sungai melalui pagar ini. Nak terjun, pergi tempat lain. Hahah.






Assalamualaikum...

Rasanya dah lama sangat tak upload gambar. Kali ini aku upload gambar-gambar sekitar Nadi Mohandesen yang terletak di Talkha, Mansurah, Mesir.

Nadi itu apa tah, aku pun tak pasti. Huahaha. Yang aku tahu 'nadi' tu macam tempat rekreasi (macam salah eja) kot? Ada banyak 'nadi' yang berada di Talkha. Nadi Mohandesen ini yang paling popular. Weeee~

Cantik tempatnya Subhanallah. Bersebelahan dengan Sungai Nil yang cantik. Damai je rasa bila berehat dan bersantai di sini. Nak study atau baca buku di sini pun boleh. Masuk tak perlu bayar apa-apa. Aku masa first time datang ingatkan kena bayar, so aku pergi ke pondok guard. Then ammu guard suruh masuk je. Heheh. Surau dan bilik air ada juga disediakan di sini.



 Cari tempat redup. Maklum la, I puteri lilin. Tak tahan panas U. Hitam kulit I nanti.(poyo!!)



Sejernih sungai Nil, begitulah jernihnya hatiku. Cehh jiwang....ngahaha. :p




P/s :- Tiba-tiba ramai pula kawan-kawan aku bakal berkahwin tahun ini. Aku pula jauh tak dapat datang. Hai tak pe lah. Aku datang melawat anak korang lah tahun depan. Hohoho.





07 April 2010

Baru Nak Jawab Tag

Assalamualaikum.


Tag ini dah lama gila, aku baru nak jawab. Dah lapuk kot? Ahahaha. Takpe lah. Layan je lah tag daripada Fid dan Amirah ini.


1- Anda Rasa Anda Hot?

Tak la hot sangat kot? Suam-suam kuku je. Huhuh.


2- Upload wallpaper PC/ laptop yang anda sedang gunakan sekarang.

Aku bukan print screen. Tibai je lah. Haha.



3- Cerita pasal gambar.

Nama beliau Shinda Seimura. Salah satu watak samurai dalam manga dan anime Kyo Samurai Deeper.


4- Bila kali terakhir anda makan pizza?

Tak ingat.



5- Lagu terakhir anda dengar?

Pagi Yang Gelap (Hujan).



6- Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?

Main rambut.



7- Selain daripada nama anda sendiri, anda dipanggil nama apa?

Along, Puteri, Putri, Seimura, CT, Nur.



8- Tag lagi 8 orang.



9- Siapa orang nombor 1 pada anda?

Faarihin yang comel dan manja. Teman blogger yang best dan sporting. Tapi beliau dah lama tak update blog. huhuh.



10- Katakan sesuatu mengenai orang nombor 5.

Sudah bertukar status menjadi suami orang. Tahniah bro Sham.


11- Nombor 3 ada hubungan dengan siapa?

Beliau merupakan adik angkat kepada abang kacak beliau. Heheh. Hohoho jangan marah Mint!


12- Bagaimana dengan orang nombor empat?

Encik Kawie merupakan teman sekatil serumah Encik Hisham sebelum Encik Hisham berkahwin.


13- Pesanan kepada orang nombor 6.

Berhati-hati di jalan raya.


14- Kata-kata cinta untuk orang nombor 2.

Masih ingatkah dikau kisah itu? weeeee~


15- Adakah orang nombor 7 dan 8 ada persamaan?

Kedua-duanya berjantina lelaki.


16- Berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang men'tag' anda.

Amirah :
- bersemangat tinggi
- seorang student
- berzodiak Leo
- orang Pulau Pinang
- simple dan cool

Fid:
- study di Sarawak, final year
- lahir pada tahun 1989
- anak jati Johor sama macam aku
- anak bangsu yang manja. hak hak.
- cool dan mysterious. hohoho.


17- Perasaan anda ketika menyelesaikan tag ini.

Terasa diri begitu muda. (hoh??)


Sekian terima kasih. Kepada yang di tag, tak wajib jawab pun. Nak jawab boleh, tak mahu jawab pun tak de hal.




04 April 2010

Nekad Si Keras Kepala

Assalamualaikum....

Mungkin bulan ini adalah bulan mengimbau kisah-kisah silamku. Hahahah. Syok sendiri. Ah lantak lah. Blog aku, aku punya suka la nak tulis apa. Lets enjoy the kisah benar ini...

NASAFI

Nasafi nama kelas aku waktu tingkatan enam di Maahad Johor. Aku tak mahu masuk Maahad Johor (singkatan MJ) tapi abah paksa. Sebagai seorang anak yang patuh lagi taat, aku ikut sahaja lah arahan abah. Aku memang tak mahu ambil STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) sebab aku dah penat belajar subjek-subjek bahasa arab ini. Letih. Aku tak mahu menghafal lagi subjek-subjek arab yang banyak semata-mata untuk lulus exam. Malah untuk STAM ini ada 15 subjek kesemuanya termasuk Quran. Kenapa la banyak sangat?!!

Tapi aku tetap bersekolah seperti biasa. Dalam hati membuak-buak rasa nak keluar dari sekolah ini. Setelah 3 bulan belajar, tibalah Ujian Bulanan Pertama sebelum Imtihan Setengah Tahun. Aku mula memasang niat jahat. Aku mahu gagalkan peperiksaan ini biar aku dibuang sekolah. Haha sebenarnya sekolah tak akan buang pun pelajar gagal tapi aku yang poyo memandai-mandai.

Guess what? Aku benar-benar melakukannya. Aku tak buka kitab, apatah lagi baca kitab. Menghafal jauh sekali. Cuma satu je subjek yang aku baca kitab dan hafal sikit iaitu Fiqh. Subjek lain semua aku tak baca langsung. Nak dijadikan cerita, kitab-kitabku yang ditinggal di dalam meja sekolah 'dirampas' kerana sekolah melarang tinggal kitab dalam laci meja. Jadi aku tiada kitab untuk dibaca. Di saat orang lain sibuk study dan menghafal, aku pula sibuk baca buku seni bila landskap yang tebal yang kupinjam dari perpustakaan.

Ujian bulanan pun bermula. Kertas jawapanku kosong, hanya salin balik soalan. Hahah. Aku yakin markah aku untuk semua subjek kecuali Fiqh adalah kosong atau bawah 10. Malah Quran Tahriri juga aku tak jawab. Haha. Betapa nekadnya si budak jahat ini.

Result pun keluar. Seperti kujangka, aku gagal semua subjek kecuali Fiqh. Tapi yang anehnya, aku dapat nombor 36 daripada 38 orang. Kenapa bukan nombor terakhir iaitu 38? Aku nak juga nombor satu dari belakang tapi hajat tak kesampaian pula. * hek eleh, tak payah lah poyo. dush!

Aku dipanggil ke bilik guru oleh guru kelas aku. Aku dikaunseling tak pasal-pasal. Aku pekakkan telinga sahaja. Ustazah tahu aku sengaja mahu gagalkan semua subjek. Sebab tak logik la kalau aku benar-benar 'bodoh', bagaimana aku boleh lulus subjek Fiqh? Jayid Jiddan (Baik atau B) pula tu. Ceh aku menyesal pula jawab soalan-soalan subjek Fiqh masa ujian hari itu. Hahah. Misi aku asalnya kan untuk gagalkan semua subjek? Aduss silap percaturan la pula. Dush!

Balik daripada kena kaunseling, di kelas aku, beberapa pelajar pandang sinis pada aku. Hek eleh. Apehal korang pandang-pandang aku macam tu? Kedengaran juga cakap-cakap belakang dan umpatan. Antaranya pertikaikan aku yang dari SMAKJ yang terkenal dengan 'budak-budak pandai' boleh gagal semua subjek. Sebab rakan-rakanku yang dari SMAKJ kebanyakannya dapat nombor satu atau bawah sepuluh. Malah nombor satu di kelas aku iaitu Nasafi adalah kawanku yang juga SMAKJ.

What the fun? Tak semestinya kalau sekolah itu 'sekolah pandai', murid-muridnya semua pandai-pandai belaka. Ada juga yang biasa-biasa sahaja. Tapi aku buat tak peduli sahajalah dengan mereka ini. Misi aku untuk gagal dalam ujian bulanan telah berjaya. Teruk kan aku? Akhirnya aku keluar juga dari sekolah itu setelah mendapat tawaran lain sebulan kemudian.

Itu kisah dulu. Aku tak sangka pula aku telah menjejakkan kaki juga di bumi Mesir ini walaupun tanpa ambil STAM. Tanpa disedari my dad wish sejak dulu telah tercapai. Beliau memang menginginkan salah seorang daripada anak-anaknya sambung belajar di Mesir ini.

Cuma perjalananku untuk tiba di sini yang agak aneh dan berliku. Padahal aku sudah tidak mahu sambung belajar di sini lepas habis diploma dulu. Tapi takdir dan ketentuan Allah itu tetap akan berlaku walau aku mengelak sekalipun. Takdir inilah yang ku maksudkan, mencari ilmu di bumi anbiyak ini.

Aku patut lebih bersyukur.... ~insafi diri~




nota : 

1) Maahad Johor atau MJ adalah Sekolah Menengah Tinggi Arab Johor yang terletak di bandaraya Johor Bahru, Johor. MJ hanya untuk mereka yang ambil STAM dan STPM. Bermakna MJ hanya ada pelajar tingkatan enam sahaja. Syarat kemasukan ke MJ ialah mesti ada SMA (Sijil Menengah Agama).

2) Sekolah-sekolah arab di Johor ada banyak. Setiap daerah di Johor ada sekolah arab. Sekolah-sekolah ini menempatkan pelajar-pelajar tingkatan satu hingga lima sahaja. Kalau mahu sambung tingkatan enam, perlu sambung di MJ.

3) Sekolah arab yang di bawah kerajaan negeri Johor pada zaman aku dahulu hanya dua sekolah iaitu Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor (SMAKJ) yang terletak di Kluang dan Maahad Pontian yang terletak di Pontian. Selain daripada dua sekolah ini, sekolah-sekolah arab  yang lain adalah swasta atau separuh swasta separuh kerajaan.




02 April 2010

Denda Yang Relevan Bahagian 2

Assalamualaikum...

Hari ini, 2 April macam ada birthday seseorang la, siapa tah aku pun kurang pasti. Teman sekolah kot? Rasanya lah. Hohoho.

Mari mengimbau kisah silam lagi. Kui kui kui. Sebagai sekolah menengah agama, solat berjemaah amat dititik-beratkan dan wajib solat jemaah di musolla. Solat dalam dorm adalah dilarang. Pernah suatu ketika denda bagi mereka yang gagal bersolat di jemaah pertama, akan didenda Solat Sunat Tasbih. Bukan tak solat jemaah tau, tapi gagal mendapatkan jemaah yang pertama. Jemaah yang kedua, ketiga dan seterusnya akan didenda melakukan solat sunat tasbih! Phew...

Apa itu solat sunat tasbih? Solat ini dilakukan sebanyak empat rakaat, dua salam. Dan bertasbih sebanyak 15 kali setiap kali bediri (selepas baca surah Fatihah dan surah pendek), bertasbih sebanyak 10 kali ketika ruku', bertasbih sebanyak 10 kali ketika i'tidal, bertasbih sebanyak 10 kali ketika sujud pertama, bertasbih sebanyak 10 kali ketika duduk antara dua sujud,  bertasbih sebanyak 10 kali ketika sujud kedua. Tiap-tiap rakaat begitu hinggalah habis empat rakaat. Tidak lupa juga bertasbih sebanyak 10 kali ketika tahiyat akhir dan ketika duduk sebentar sebelum berdiri untuk rakaat kedua serta keempat. Dan tasbih yang perlu dibaca ialah....

"Subhanallah Walhamdulillah Wa lailahaillah Wallahu Akbar, Wa la haula wa la quwwata illa billahil 'aliyil 'azim" 

Denda ini wajib dilaksanakan selepas balik daripada prep malam. Pernah sekali aku didenda melakukan solat tasbih ini sebanyak 12 rakaat! Hai macam mana boleh sampai 12 rakaat? Kerana aku terlewat turun ke musolla hingga telah mencapai jemaah yang keempat! Maka empat rakaat darab tiga, 12 rakaat. Fuhhh..

Jadi sifirnya begini :-
 Jemaah kedua = denda solat tasbih empat rakaat.
Jemaah ketiga = denda solat tasbih lapan rakaat.
Jemaah keempat = denda solat tasbih 12 rakaat.
Jemaah kelima = denda solat tasbih 15 rakaat.
Dan seterusnya....

Tapi setakat yang ku tahu, tiada lah sampai jemaah kelima. Hihihi. Empat rakaat mengambil masa selama lebih kurang setengah jam. Tasbih 10 kali ketika ruku' adalah paling mencabar dan melenguhkan. Pastikan tiada penyakit 'angin rehan' bagi mengekalkan wudhuk.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang maksudnya lebih kurang begini;
' Lakukanlah solat sunat tasbih ini setiap malam. Kalau tidak mampu, seminggu sekali  di malam Jumaat. Kalau tidak mampu, sebulan sekali. Kalau tidak mampu, setahun sekali. Atau jika tidak mampu juga, seumur hidup sekali pun sudah mencukupi. '

Serius aku memang sudah sangat lama tidak melakukan solat sunat tasbih ini. Entah bila mahu melakukannya lagi. Kita ini kerap disibukkan dengan dunia termasuk la berblog ini. Dush!!! Sebijik di muka aku.


p/s : aku bukan budak nakal (tak mengaku). :p




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...