21 December 2010

Its ok. Telah berakhir. Tamat sudah.

Assalamualaikum.

Ye aku tau kau dah tak perlukan aku. Dah lupakan aku. Aku pula masih ada cebisan ingatan terhadapmu. Bukan merindu, cuma tanda ingatan kau masih seorang teman. Tak mengapa. Aku lebih bahagia dengan keadaan sekarang. Tanpa ‘sesiapa’.

Aku tak punya pengganti. Aku juga tidak mencari. Menunggu datang dengan sendiri? Tidak juga terus terbuka hati. Tidak akan terus terima. Biar masa menentukan segala.

Apa benda entah aku mengarut. Rasa macam dah lama gila kut tak upload gambar di blog aku ini. Tunggu lah entri selepas ini. Perjalanan dan jaulah ke Nuweiba’, satu nama tempat di bumi Mesir ini yang terletak di selatan semenanjung Sinai. Nuweiba’ masih berada dalam kawasan Toba (Taba) tapi masih belum memasuki kawasan Sinai. Namun laluan untuk ke Nuweiba’, Toba, Dahab dan Sinai adalah sama! Jadi ia mengingatkan aku pada kenangan melancong ke Dahab dan Sinai.

Jaulah kali ini bukanlah sekadar pergi melancong suka-suka tetapi sebenarnya lebih kepada kursus atau program. Bermula pada hari Khamis lalu (16 Disember 2010) dan berakhir keesokan harinya, Jumaat (17 Disember 2010). Asalnya sampai Sabtu tapi ada masalah apa entah program dipendekkan. Sebenarnya juga mungkin masa banyak dihabiskan dalam perjalanan. Sinai kan jauh? Pergi dan balik (Nuweiba’) mengambil masa dalam 14 jam tidak termasuk singgah berhenti makan dan solat. Wow.

Ok permisi dulu. Daa…

14 December 2010

Kau Mengaku je la! Lempang kang !

Hey aku tengah marah ni! Marah ni tau tak! Rasa nak lempang laju-laju muka orang. Aaaaaaaa!!!!!!! Marahnya!

Aku nak tuduh tak sampai hati. Tapi aku ada suspect. Why why why???? Kenapa kau buat aku macam ni hah?!! Ahhh tension betul. Lebih tension hal ini berbanding tension dengan kelembapan laptop aku mengalahkan kura-kura dan siput babi. Tak. Aku lebih tension dengan laptop aku. Dan bertambah tension dengan lalat yang kadang-kadang datang mengganggu-gugat aku tengah menaip ini. Aku baru lepas mandi okay? Wangi beb kenapa kau kacau aku hah lalat?! Arghh semua benda buat aku tension la! Rasa macam nak ponteng kuliah je kejap lagi ni. AAAAAAAAA!!!!!!!

Ok pernah tak kalian punya emel atau apa sahaja akaun berkaitan internet cuba diceroboh orang? Seseorang cuba masuk akaun anda dengan meneka password tapi dia gagal meneka. Sampai satu tahap dia dapat warning daripada internet lah. Dan apabila anda pula log in, ia gagal. Ini kerana sebelum itu sudah beberapa kali password dicuba bercanggah dan akaun anda terus dikunci. Bangkai betul.

Persoalannya siapa pula stalker (??) yang berusaha sedaya upaya meneka password anda? Peminat rahsia? Peminat misteri? Pendengki? Jeng jeng jeng…

Inilah yang berlaku pada aku. Sebelum ini emel yahoo aku jadi macam ini. Setiap kali sign in gagal. Aku terus syak la ada orang nak cuba buka emel aku tapi aku tak tanya dia pun. Tapi mujurlah 24 jam kemudian emel boleh dibuka. Kembali normal. Tak sempat aku nak buat soal-siasat kepada suspect. So aku diamkan sahaja tidak menyoal suspect. Hoho.

Kali ini akaun facebook (fb) pula. Dah dua hari gagal di log in. aduss. Aku mengesyaki orang yang sama tapi aku belum buat soal siasat lagi. Tapi betul ke dia orang yang disyaki? Aaaaaa aku tak mahu la tuduh menuduh. Mana tahu bukan dia tapi orang lain? Tak ke malu aku nanti sebab main tuduh je. Tapi kalau betul la dia orangnya, satu ayat aku nak cakap,

‘Kau mengaku je lah wei!!!’

Apa hal kau nak hack akaun aku? Kau sayang aku lebih ke? Atau kau terlalu dengki kat aku? Marah betul!

Adakah orang ini pembaca blog aku? Adakah dia seorang blogger? Tak kisah lah sesiapa tapi tolonglah mengaku dan nyatakan alasan kenapa kau berbuat demikian (cuba ceroboh akaun aku). Aku tak marah kalau kau mengaku. Tapi aku amat marah bila aku still tertanya-tanya mengapakah jadi begini. Hmm atau fb yang bermasalah? No, bukan fb tapi ini adalah kes orang meneka password tapi tak dapat. Tak pasal-pasal aku pun terus tak boleh buka akaun sendiri. Dush!

The Winter Has Come

Assalamualaikum...

Kelmarin hujan sepanjang hari + angin kuat. Memang betul-betul sejuk wo. Bila bercakap ni keluar wap dari mulut. Berasap. Biasa lah, bila hujan, itu menandakan suhu akan menjadi lebih sejuk.

Cerita hari kelmarin juga. Kelas aku jam 1.30 pm dan hampir pukul satu aku nak keluar rumah dah. Keluar je dari pintu bawah, tengok hujan agak lebat. Aku naik rumah semula cari payung di bilik Angah. Aku mana ada payung, pinjam payung Angah la. haha. Payungnya cantik sangat, warna purple ada bunga-bunga gitu. Gila cantik dan vouge kot? Ah lantak la pakai je.

Waktu yang sama adalah budak sekolah menengah perempuan tamat sekolah. So bertembung la. Aku tengok orang arab semua selamba je redah hujan tanpa pakai payung. Dush. Dah tu semua pandang-pandang aku. Apa yang pelik sangat tah. Adehh. Ye la, Mesir kan hujan cuma 3 atau 4 kali je dalam setahun, so mereka tak hairan la nak pakai payung. Teringat pula time musim panas setiap kali jalan di luar aku pakai spek hitam, semua pandang-pandang aku. Hek eleh.

Jalan semua lecak dan agak banjir. Kotor habis kasut, kaki seluar dan kaki jubah. Tak apa lah, rintangan dalam menuju tempat menimba ilmu (poyo). Tapi memang amat-amat sejuk sebab hujan dan angin yang agak kuat. Huhuh.

Cerita pagi semalam pula. Dalam 5.30 pagi aku turun dari rumah bagi menjalankan misi 'mendaki pokok'. Alkisah dua hari sebelum itu angin bertiup kencang disertai hujan. Jubah yang ku sidai di ampaian lalu diterbangkan angin dan ia tersangkut di pokok di hadapan rumah aku, bukan terjatuh di tanah.  Aku try sauk (??) guna kayu dari balkoni rumah aku tapi tak sampai, kayu tak cukup panjang. Maka tersangkut la di pokok.

Aku memang tunggu masa tak ada orang baru lah aku boleh panjat pokok tu. Pagi-pagi buta lah. Aku bawak kerusi plastik satu letak di tepi pokok. Panjat kerusi, barulah panjat pokoknya. Agak bersusah payah hahah (takut jatuh wei, sakit tu). Dahan-dahan pokok itu agak kurus tau so aku bimbang jugak kalau ia tak mampu nak menampung berat badan aku lalu patah. Auchh.. Akhirnya jubah aku berjaya capai dan jatuhkan terus di tanah. Time nak turun yang aku ada sikit cuak ni. Panjat reti, turun tak reti. Adehh. Tapi berjaya juga la turun. haha. Dah la sejuk. Aku pun naik atas rumah.

Sampai rumah je aku tengok jaket dan seluar aku kotor habis. Bukan setakat pakaian tapi muka aku pun kotor jugak. (kotoran tanah). Ceh pada hal bukan lah meredah hutan tapi dia punya kotor bukan main. Ngahaha. Apa lagi. Aku pun terus rendam segala pakaian yang kotor. Kaki aku pula rasa macam sengal dan sakit cramp (macam salah eja) gitu.  Nampak sangat dah lama tak bersenam. Hahahah. Tapi sebab sejuk pun ia juga. Tapi sakit tu kejap je la, tak lama pun.

Cerita untuk hari ini pula. Hehe sekarang pagi tak ada cerita menarik pun. Cuma berborak dalam ym dengan kawan-kawan di Malaysia. Hik hik hik.  Semalam dah call mak. Lama berbual. Sejam lebih. Dah lama juga tak call.  Last masa raya haji kot. Uhuk.

Ok aku tau entri aku ni boring. Sapa suruh baca? hahahah.  Permisi dulu ya? Daa...

11 December 2010

Pengalaman Fly?

Lokasi : Belakang Dewan Lukmanul Hakim
Tahun : 2002
Waktu : 12 malam

Sherry : Wei aku pernah dengar budak laki pernah nampak hantu masa lalu sini.
Alex : Err ye ke? Ah jangan takut. Jom cepat panjat pagar ni.
Jessy : Aku tak la takut hantu tapi lebih takut kalau ada binatang berbisa kat dalam semak-semak ni. Lipan ke, kala jengking ke. Ngeee~
Sherry & Alex : Gulp..
Sherry : Kalau macam tu jom cepat kita terjun.


Lokasi seterusnya : Jalan ‘dalam’ sebelum menuju jalan tar.

Alex : Fuh dah lepas pagar dan semak-semak tadi dah agak lega lah.
Jessy : Yup betul. Tapi malam ni tak la gelap sangat kan?
Sherry : Haii… jauh juga nak sampai ke railway station ni rupanya.
Jessy : Ceh kau macam la tak biasa. Tiap kali outing pun mesti jalan kaki menapak baru la sampai Bandar.
Alex : So mana port kita ni? Nak makan kat mana?
Sherry : Ahaa.. aku ada port makan yang sedap. Memang tak tutup sampai pagi tau.
Jessy : Yelah, orang dah ada pengalaman buat kerja macam ni. Hahahah.
Alex : Ahahaha haah la kan? Untung juga duduk blok sains kan? Tak ada guard. Haha. Aspuri kitorang susah la.
Sherry : Ala aku pun baru berapa kali je.


Lokasi : Salah satu kedai mamak di Bandar Kluang, Johor.

Alex : Wah memang sedap la roti canai kat kedai tadi. Lain kali boleh pergi lagi. Haha.
Jessy : Haah betul tu. Lain kali kita pergi studio jamming pula.
Alex : Studio jamming yang kat BCB ke? Bukan ke budak-budak paranoid selalu main kat situ?
Sherry : Memang bukak sampai pagi ke? BCB bukan ke tutup pukul 10 malam?
Jessy : Tapi yang tingkat atas sekali tak tutup rasanya.
Alex : Apa-apa hal kita mesti cepat sampai asrama. Esok dah la aku bertugas, kena sampai kelas awal. Uhuk.


Lokasi : Kelas 5 Ibnu Arabi

Cikgu Ixora : Alia dan Jasmin! Study sampai jam 4 pagi ke sampai tertidur dalam kelas saya? Berdiri di luar kelas sekarang!

Nama karektor telah diubah. Namun nama kelas dan semua lokasi yang tersebut adalah yang sebenar. :p. cuba teka watak aku ialah nama apa? (eh alamak kantoi plak aku turut terlibat dalam babak ini hahah).

Info tambahan : Nama-nama kelas di Smakj ; Ibnu Arabi, Ibnu Rusydi, Ibnu Qayyim, Ibnu Sina, Ibnu Taimiyyah.

10 December 2010

Menyaksikan Kematian Diri Sendiri

Mesir dalam keadaan darurat. Benar-benar darurat. Mana-mana student Malaysia yang didapati berkeliaran di luar rumah akan ditangkap dan dikurung.

Pengisytiharan ‘darurat besar-besaran’ ini baru sahaja diumumkan. Sesiapa yang memang kebetulan berada di rumah memang terselamatlah. Yang berada di luar ketika diisytihar darurat bagaimana pula? Terpaksa melarikan diri, bersembunyi di mana-mana, bergerak dalam kumpulan yang kecil atau menyamar seperti orang arab.

Ketika ini pula aku dan dua orang rakan baru pulang dari rumah kawan yang mengadakan majlis makan-makan. Kami juga dikejar oleh orang arab yang mahu menangkap kami. Berlari sekuat dan sepantas yang mungkin mengelakkan diri daripada ditangkap. Ala-ala macam adegan dalam filem The Bounce Supermacy (macam salah eja tu).

Kami menahan sebuah taxi. Pemandu taxi suruh cepat-cepat masuk dan menurutnya akan ‘menyelamatkan’ kami dari terus dikejar. Aku paling akhir masuk dalam taxi dan duduk tepi sekali paling kanan (tepi pintu). Kacak juga pemandu taxi ini. Kurus dan macho. Ceh sempat pula aku memuji dalam hati padahal nyawa kami dalam bahaya sekarang ini. Ibarat telur di hujung tanduk. Di sebelah beliau mungkin rakan beliau.

Kemudian dia dan rakannnya menggari tangan kami bertiga yang duduk di seat belakang ini. Gari itu rupanya bersambung dengan pintu kereta bahagian hadapan kanan dan kiri. Hek eleh. Ingatkan selamat lah bila naik taxi ini. Rupanya digari dan ‘ditangkap’ juga. Alahai.

Tiba-tiba ada sebuah kereta polis mengejar taxi yang kami naiki ini. Sebelum itu ada road block dan taxi yang kami naiki membelok ke arah jalan lain. Maka adegan kejar-mengejar antara kereta polis dan taxi pula berlaku. Pemandu taxi memandu dengan had kelajuan yang amat tinggi. Segala kon-kon di jalan raya dirempuh. Penghadang jalan juga dirempuh. Amat cemas. Pemandu taxi ini amat cekap memandu walaupun laju dan merbahaya. Sampai satu tahap siap lalu atas beberapa anak tangga bagi melarikan diri dari polis. Kereta jenis apa yang kami naiki ini kami pun tak perasan tadi tapi agak tahan lasak. Ouch..

Tiba di satu kawasan di mana ada banyak juga kereta yang kejar mengejar antara satu sama lain. Serabut dan merbahaya. Then tanpa disangka salah satu tayar kereta yang berada di hadapan taxi kami meletup (tayar belakang sebelah kiri) dan kereta mengundur ke belakang. Ketika itu aku sudah terbayangkan kereta itu ‘tergostan’ tanpa kawalan merempuh taxi kami dan dua kereta ini akan terundur ke belakang merempuh tembok yang jauhnya beberapa meter dari insiden tayar meletup. Dan pastilah yang paling parah nanti adalah kami bertiga yang duduk di seat belakang.

Ketika sedang membayangkan kematian mengerikan itu pandanganku tiba-tiba menjadi gelap. Sedar-sedar sahaja aku tengah berdiri dengan sihatnya dan bagai tiada apa berlaku. Namun ku lihat di sekelilingku mayat dan mangsa kemalangan ngeri bergelimpangan. Ada yang sedang nazak. Semua mengalami kecedaraan parah. Malah aku tidak berseorangan berdiri dan berjalan melihat suasana ngeri itu. Rakan-rakan ku dan dua orang lagi turut bersama aku. Kami berlima berjalan dan masing-masing dapat melihat ‘diri sendiri’ terbaring kaku cedera parah. Aku mencari di manakah ‘diri aku’ tercampak dan bagaimana kah keadaan ‘diriku’.

Nah aku telah menemuinya. Ku lihat tiada apa lah yang serius. Tiada anggota yang terputus atau tercerai, tiada darah. Cuma ku lihat calar balar di tangan dan muka. Dan wajahku amat pucat. Mungkin kecederaan dalaman? Beginikah kematianku? Beginikah cara aku mati? Inikah kesudahan hidupku? Ya. Rohku yang telah keluar dari jasad telah melihat sendiri jasadku yang kaku tak bernyawa. Ketika ini baru aku sedar dan nampak yang aku amat kurus. So skinny. Wo!

“When darkness turns to light, it ends tonight..”

Alarm handset aku berbunyi pada jam 3.00 pagi. Astaghfirullah… mimpi ngeri apakah ini? Aku termenung panjang. Mimpi macam real beb. Best juga kalau dijadikan filem kot? Ngeee…

Itu la orang kata, sebelum tidur basuh kaki tapi tak buat. Ni terus tidur je. Doa tidur tak baca, tiga Qul tak baca, ayat kursi tak baca. Hah kan dah mimpi yang bukan-bukan. Habis selama ini terus tidur je tak ada lah mimpi ngeri selalu. Ceh menjawab pula tu. Jangan ingat kau tu ‘kebal’ sangat dan pendinding diri dah kuat walaupun banyak ayat Quran kau dah hafal. Insaf la wei. Huish. Mana ada rasa kebal. Cuma…

Satu perangai buruk aku, aku kadang-kadang tidur dulu tanpa solat Isyak terlebih dahulu. Bukan saja-saja tapi ada alasan tersendiri. Supaya senang bangun malam. Tidur pun tak la lena sangat sebab fikir ‘aku masih belum solat Isyak, mesti kena bangun’. Tapi walau macam mana pun, solat di awal waktu adalah lebih aula. Kita mana nak tahu kalau kita mati dalam tidur? Betul tak?

Mencuba perbaiki diri….

Hebatnya Kuasa Cinta

Assalamualaikum…

“Andai saya diberi peluang hidup semula sebanyak lima kali. Saya mahu menyintai orang yang sama pada setiap kali peluang hidup itu iaitu sebanyak lima kali juga. Orang itu adalah kamu”

Dialog dalam satu babak dalam manga dan anime Bleach. Ketika Inoe Orihime menyembuhkan Ichigo Kurosaki pada malam Inoe mahu berangkat meninggalkan Karakura Town mengikut Ulquirra. Ah cerita banyak pun kalau orang yang tak minat anime tak tau juga. Stop. Hoho.

Bukan nak cerita pasal anime Bleach. Cuma aku teringat dialog itu. Aku tengok di youtube je waktu itu. Di bawah video kan ada komen-komen. Salah satu komen ulang semula dialog itu dan mengatakan ia amat touching. Ye memang menyentuh perasaan. Nak menunjukkan betapa dalamnya cinta dia itu sehinggakan kalau diberi lima nyawa (lima kali hidup kembali) akan menyintai orang yang sama sebanyak lima kali juga. Antara lain dialog dia..

“Dan hanya ingin berada di sisi kamu selamanya sepanjang lima kali peluang hidup semula itu.”

Mari berbicara tentang ‘cinta’ (cewah..:p macam poyo je).

Aku berpegang pada pepatah aku ‘suka tak semestinya dapat memiliki’. Kita boleh menyukai seseorang atau beberapa orang tapi kita tidak boleh memiliki semuanya. Tamak kah nak semua sekali? Aku pernah mengatakan pepatah ini kepada beberapa teman. Kita kena sedar jodoh itu di tangan Allah. Walau kita suka, sayang atau cinta sekalipun tapi kalau dah memang bukan jodoh, tetap tidak akan dapat disatukan. Tapi kita masih punya senjata iaitu doa. Berdoalah dan bermohonlah kepada Allah.

Kata orang, kadang kala bila kita terlalu sayangkan seseorang dan ingin lihat dia bahagia, kita perlu lepaskan dia.

“Sebab aku sayang dia la aku tinggalkan dia. Aku tak nak dia terus menderita bila dengan aku. Aku harap dia dapat bertemu dengan orang yang sesuai dan boleh bahagiakan dia.”

Macam pernah dengar tapi dari mana entah? Drama ke, novel ke, filem ke tapi yang pasti lebih kurang macam itu lah ayatnya. Sayang tak semestinya akan atau terus memiliki tapi melepaskan juga boleh dikira sebagai sayang. Kompleks juga nak faham.

Adehh ngantuk la pulak. Haha. Sambung lain kali je lah ye. Nak tidur melayan mimpi. Oh ye. Tadi dah hujan. Best juga main hujan ketika balik dari Maahad tadi. Ini bermakna suhu akan menjadi lebih sejuk. Lagi best la tidur dalam lihaf. Weeee~ tata…

06 December 2010

Bulan Depan Birthday Aku.. Saje nak buat pengumuman. lalalalala~

Assalamualaikum..

Peh gila bersawang aku punya blog ni. Haha. Ceh padahal belum la lama sangat aku tak update. Hhohoho. Selamat tahun baru semua. Salam Ma'al Hijrah. Esok cuti, yeay!!!

Aku nak bercerita la sikit la peristiwa tengahari tadi time dah nak tiba Maahad. Kira-kira lagi dalam 20 langkah la gitu nak masuk pintu Maahad (aku tak kira pun. :p). Aku berjalan di tepi bangunan, sebelah kanan. Aku nampak ada 'seekor' (aku tengah marah ni) tuk-tuk (sejenis kenderaan beroda tiga) dari arah bertentangan. Mula-mula 'dia' jalan kat tengah. Maksud aku driver nya drive betul-betul di tengah jalan la. Then driver memandu ke tepi sikit. Aku macam tak sedap hati tengok tuk-tuk ni. Haish..

Seperti yang ku jangka, si bangang pemandu tuk-tuk tersebut pura-pura nak langgar aku tapi tak kena la. Dah la dia drive laju nak mampus. Apa perasaan kalian kalau ada kenderaan tiba-tiba cuba atau sengaja langgar kalian? Walaupun hanya 'buat-buat' atau pura-pura hampir melanggar, bukankah itu satu tindakan yang amat kurang ajar? Mesti berderau darah kan? Boleh kena lemah jantung. Biadap betul la. 

Maka aku dengan lancar nya memaki "sial la kau ni" dengan nada perlahan dan tuk-tuk tu pun dah berlalu. Tangan kiri aku mengepal penumbuk (hampir nak keluar jari... teeettt.. faham-faham je la). Then cepat-cepat aku istingfar banyak-banyak di mulut dan dalam hati. Marah tau tak?? Aku ada buat salah apa kat kau hah sampai kau 'gurau kasar' tahap biadap lagi tak boleh dimaafkan? Orang Arab ni kalau yang jahat atau kurang ajar.. memang rasa nak,,
Haiii... sabarlah wahai diri...

Cerita maki tamat. Hahah. Oh tak ada kaitan dengan tajuk entri nampaknya. Saja je nak buat pengumuman, bulan depan iaitu bulan Safar (sekarang dah masuk Muharam di Malaysia heheh) adalah bulan aku dilahirkan. Tahun 1406. Tahun baru ini 1432 kan? Haha poyo plak aku mahu promote. Laalalala..

Hmm aku kat cc je ni. Nak balik dah. Minta maaf atas salah silap. Daaa...

 p/s : aku ketagih main game pc sekarang. siapa ada ubat?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...