Showing posts with label tahun baru. Show all posts
Showing posts with label tahun baru. Show all posts

01 January 2013

Ibu, Engkaulah Ratu Hatiku

Assalamualaikum.

Selamat tahun baru 2013. Sepanjang 2012 aku punya entri dalam blog cuma 16 je rupanya. Langsung tidak produktif berbanding dolu-dolu time aktif berblog. Hihih. Kengkonon macam busy sangat. Sebenarnya tak ada apa yang menarik sangat untuk ditulis dan dikongsi, itu pasal la dah jarang update blog. Tapi kira ok lah dalam sebulan ada jugak entri baru.

Johor tak ambil cuti new year 1 Januari so semua gomen pun bekerja macam biasa, semua kedai pun bukak macam biasa heheh. Minggu hadapan bakal bermulalah kehidupan baru aku dengan 'bekerja' semula, bukan lagi surirumah tangga sepenuh masa selama hampir 9 bulan ini ngeee. Jadi sepanjang minggu ini aku nak tengok tv puas-puas hahah.

Pagi tadi jam 9.30 aku dah tercongok depan tv dengan harapan drama Marimar akan disambung siarannya setelah terhenti sebulan yang lalu akibat musim cuti sekolah. Sekali hampa tak ada kau tau tak, cerita kartun apa tah yang bersiaran. Tapi kartun yang setengah jam la bukan jenis filem. Tapi aku rilek je la menghadap tv sambil main laptop dan bersarapan mee goreng.

Tup-tup pukul 10.00 pagi lepas berita terkini drama Marimar pun bermula. Wah wah wah tak sia-sia aku tunggu eceh. Dalam jam 10.27 aku dapat mesej pulak dari adik aku yang katanya mak suruh dia mesej aku Marimar dah siar balik kat TV. 

Peh, tacing gila aku beb terharu sangat mak siap suruh adik aku mesej aku semata-mata kerana drama Marimar. Mungkin ini bagi korang, 'alahai, tu pun nak mesej'. Kau faham tak kasih sayang seorang ibu macam mana? Aku pun tak sangka mak terkenangkan aku (ceh) pasal cerita Marimar ni. Mak memang taulah aku tak pernah missed cerita Marimar sejak bersiaran semula kat TV3 akhir tahun lepas coz aku kan kepoh bercerita haha.

Aku bukan nak cerita pasal Marimar tapi nak cerita pasal mak aku la. Ceh nada macam marah tapi sebenarnya teruja. Apa yang paling aku kagum dengan mak ialah dia ingat semua apa sahaja yang anak dia suka dan tak suka. Bayangkan adik-beradik aku yang lapan orang ini mak aku boleh ingat semua makanan yang anaknya suka makan dan tak suka makan. Itu baru bab makanan, belum bab pakaian, warna kegemaran, hobi anak-anak. Pendek kata semua tentang anak-anak dia dalam kepala dan dalam tangan.

Dan sebenarnya semua ibu di dunia ini pun begitu. Sentiasa tahu dan ingat apa yang anak-anak dia suka dan tak suka. Kalau seorang bapa, daya ingatannya tentang kesukaan atau ketidaksukaan anak-anak tidak sekuat ibu. Kadang, hari lahir anak pun bapa sudah jadi confuse. Biasa lah orang lelaki kena fikirkan perkara-perkara yang besar dalam hidup, tak apa lah tu.

Seorang ibu pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Yelah, ibu yang mengandung dan melahirkan sebenarnya amat-amat dekat dan tahu apa yang terbaik untuk anaknya. Kadang ibu rasa tak sedap hati ke apa ke, itulah naluri seorang ibu yang amat kuat dan dekat dengan anaknya. Hai tacing nya rasa macam nak nanges pulak sob sob sob.

Aku pun bakal jadi seorang ibu. Bila dah nak jadi ibu, pasti kita sendiri kaum wanita akan lebih mengerti perasaan mak kita sendiri. Mana yang sensitif, mana yang teruja, gembira, terharu dan macam-macam lagilah. Dan paling penting lebih menghargai dan menyayangi mak kita berbanding sebelum-sebelum ini.

Aduhai, ini yang aku rasa macam nak balik Maokil hari jugak nih hahah. Sabar, Sabtu ni baru balik Maokil. Lagi dua hari birthday my MIL la, 3 Januari. Nak belikan hadiah apa ek? Cewah. Ibu mertua kita pun ibarat ibu kandung kita jugak kan? Kena sayang dan hormat ibu bapa mertua seperti ibu bapa kandung sendiri. Birthday mak aku pulak 2 Mac, aku dah memang kat Maokil masa itu, so kena beli hadiah awal-awal jugak ni. Cewah.

I love my mom very much.

09 November 2012

Salam Tahun Baru 1434 H

Assalamualaikum.

Ewah, macam awal sikit kot nak wish kekeke. Khamis depan (15/11/2012) bermulalah tahun baru Hijri 1434. Cuti! Yeay! Sebelum tu 13hb (Selasa) pun cuti gak Deepavali. Ceh macam lah aku bekerja nak suka sangat bila cuti padahal dok rumah je. Haha.

Cakap pasal Awal Muharam, biasa lah kita baca doa akhir tahun dan akhir tahun. Aku tak pasti la tahun lepas ke dua tahun lepas, kecoh pulak kononnya amalam baca doa akhir tahun dan awal tahun ni bid'ah? Nabi dan sahabat tak buat pun dulu. Kiranya, doa-doa itu disusun oleh ulama' mutaakhirin je untuk amalan umat Islam selepas zaman Rasulullah dan sahabat.

Sebenarnya kalau pun Rasulullah dan sahabat tak buat, tak semestinya amalan yang kita selalu buat itu salah. Kan ke berdoa itu bagus dan digalakkan untuk menunjukkan kita ni hamba Allah yang lemah dan memerlukan pertolongan-Nya? Berdoa juga menunjukkan rasa syukur kita. Jadi jangan ragu-ragu nak baca ke tak doa akhir tahun ke awal tahun ke, bukan berdosa pun kalau dibuat. Jangan terlalu disempitkan pemikiran. Itu tak boleh, ini tak boleh, apa pun tak boleh.

Lepas awal Muharam, akan menyusul pula 9 dan 10 Muharam yang disunatkan berpuasa. Hari Asyura' lah senang kata (10 Muharam). Amalan 10 Muharam juga banyak seperti yang telah disebut dalam buku-buku agama. Contohnya bercelak, usap kepala anak yatim, baca Yasin tiga kali lepas maghrib mengikut niat tertentu untuk setiap Yasin dan lain-lain. Yang tang baca Yasin pun orang kata bid'ah, Rasulullah tak buat pun. Tak ada salahnya nak buat pun, bukan berdosa pun wei.

Nak buat, buat, tak nak buat sudah. Yang tak mahu buat jangan pula mengecam orang lain yang buat. Eh, boleh faham ke ayat aku nih? Senang kata ginilah, kalau kau tak nak baca doa awal tahun akhir tahun, tak nak baca Yasin tiga kali, terserah lah, itu suka hati kau. Tapi jangan pulak kau mempertikaikan orang lain yang buat amalan itu. Jangan kau kata salah. Orang lain tu buat dapat jugak pahala, kau dapat apa? Zero kan?

Apa pun amalan yang mendatangkan pahala dan mendekatkan diri kepada Allah, tak perlu dipertikai atau dibahas sangat membandingkan itu dan ini. Yang penting ikhlas dan bukan menunjuk-nunjuk. Allah lebih tahu apa yang berada dalam minda dan hati hamba-Nya.

Akhir kalam, selamat menyambut tahun baru, mudah-mudahan tahun yang akan datang ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Maksud lebih baik adalah dari segi amalan kita dan kehidupan kita. InsyaAllah. Ameen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...