Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

28 January 2019

Kemurungan Tersembunyi Part 2

*Aku hampir gila*

Hari ni betul2 dah sampai limit kesabaran aku. Yes selama lima hari ni aku bertahan dan bersabar tapi hari ni kecundang dan hampir2 nak bunuh orang! Sikit lagi aku nak jadi tak waras dan hilang pertimbangan.

Pukul 6.15pm aku tengah minum petang satu family si Aqil dah meragam tak tau apa dia nak. Try susukan dia meniarap dan turun dari pangku. Merengek. Aku pun bawak masuk bilik mungkin Aqil nak baring2 kat tilam. Air aku pun masih belum habis minum sebenarnya.

Dah masuk bilik baringkan. Menyusu sekejap lepas tu meniarap. Lepas tu masih merengek tak stabil. Panjat2 badan. Pastu menyelar sampai ke hujung katil macam nak turun. Aku turunkan eh dia menangis pulak. Aku naikkan balik atas katil. Baringkan. Eh meniarap lagi menyelar ke tebing katil. Aku turunkan lagi. Merengek lagi. Naikkan semula. Proses berulang2 sampai aku jadi naik darah. Dengan merengek dia, menangis dia. Last sekali sambil aku marah2 dengan muka bengis aku angkat dan hempas atas tilam (hempas rendah je pun tinggi dua inci dari tilam). Aku dah geram sangat. Apa lagi melalak kuat lah si Aqil. Aku biar je dia melalak. Mujur mak masuk dan terus ambil Aqil bawak keluar.

Aku terus masuk bilik air sambil mulut mengomel menyumpah memaki (nada suara perlahan macam berbisik). Aku ambil wuduk. Belum solat Asar lagi kan.

Sebelum pakai telekung aku duduk jap atas sejadah tarik nafas. Dengar suara Aqil masih melalak walaupun neneknya dukung sambil pujuk. Aku masih membebel.

Serius aku dah penat lah hadap semua ni.
- baby tak nak dengan orang lain
- baby berkepit 24 jam tak boleh berenggang
- baby melalak bila tak nampak aku
- baby melalak bila tinggal kejap je pun pergi bilik air ke dapur ke
- baby tidur (siang) kejap2 sangat tak sempat aku nak bernafas.
Selama lima hari aku hadap benda ni dan hari ni kecundang tak dapat bersabar lagi.

Orang tak akan faham betapa aku penat mental dan fizikal dengan perangai super clingy baby. Masa untuk diri sendiri langsung tak ada. Bukan masa untuk rehat ye tapi masa untuk;
- mandi dan buang air dengan tenang
- solat dengan tenang
- makan dan minum dengan tenang tanpa gangguan.

Struggle nya seorang aku bila waktu tengah makan pun baby berkepit sebelah, memanjat badan, tak duduk diam.
Bila baby tidur laju2 aku kendiri (mandi bersihkan diri dll). Asyik nak berdukung lagi satu hal. Langsung tak boleh buat apa2. Sikit lagi aku boleh jadi gila kalau berterusan macam ni hari demi hari. Jangan sampai dah hilang satu nyawa barulah terbukak mata semua orang. Baru nak ambil berat. Baru nak ambil tahu. Baru nak ambil peduli.

Alhamdulillah mak, abah, adik2 aku memahami dan banyak tolong aku. Kalau lah aku tak duduk dengan famili sendiri lima hari ni sementara zauji pergi Sibu, aku tak tahu lah apa jadi dengan diri aku dan anak2. Kemurungan teruk lah aku takde siapa tolong. Seorang diri mengurus tiga orang anak. Memang boleh jadi tak waras.

Mak aku yang sentiasa memahami. Setiap kali masuk waktu solat kalau mak aku tengok baby asyik berkepit dan tak tidur, mak mesti tanya "kau dah sembahyang ke belum?"
Kalau aku jawab belum, mak akan terus ambil baby tolong dukung jap. Melalak pun melalak lah asalkan aku dapat tunaikan kewajipan. Hanya mak sendiri je yang akan prihatin macam tu. Ya hanya mak sendiri yang faham anak kandungnya. Terima kasih banyak mak. Jasamu tak terbalas.

Orang lain ingat aku ni banyak sangat masa terluang sebab tidak bekerja. Ya aku hanya surirumah. Tugas aku cuma jaga anak je. Mudah je kan pada pandangan mata orang. Hakikatnya tiada siapa pun tahu. Sangat struggle. Aku perlu buat kerja rumah. Aku perlu memasak. Aku perlu susukan baby. Alu masih perlu urus anak-anak yang lain. Tapi ada orang fikir aku ada banyak masa lapang, aku banyak berehat, aku hanya bermalasan. Nak aje aku sumpah seranah maki hamun spesis ni. Bawak bersabar.

Satu je aku pohon. Mind your own business please. Jangan sibuk hal rumahtangga orang. Setiap ibu bapa itu ada cara sendiri nak didik anak. Lagi satu jangan sedap nak memerintah dan mengarah orang. Kau tak tahu pun apa kesusahan yang orang lalui setiap hari. Tak kan semua nak cerita kat media sosial? Aku bukan macam kau setiap hari update status Facebook dengam upload gambar apa benda yang kau buat setiap hari. Ok yelah untuk kenang-kenangan katanya. Apa-apa je lah.

Aku tak merungut pun. Aku tak mengeluh. Aku bersyukur. Baby memang lah sifatnya begitu. Manja dan rasa tak selamat bila ibunya tak berada di sisi dia. Bila dalam dakapan ibu rasa tenang dan selamat. Itu normal bagi bayi. Yang tak normal ialah orang lain yang mengeji mengata macam-macam. Ah malas aku nak cakap lah sendiri mau ingat lah.

Done membebel. Okbai.

28 July 2018

Persepsi, Provokasi dan Prejudis

Assalamualaikum.

   Haaa nampak tak bulan ni tiba-tiba aku rajin post entri baru kat blog? Banyak masa terluang nampak? Masa terluang apa nya. Sambil ngempeng baby okay.

   Aku teringat masa berurut dengan bidan masa dalam pantang hari tu. Mak bidan tu peramah habis. Macam-macam cerita diborakkan. Aku pun layankan je. Entah macam mana boleh termasuk cerita tentang aku dulu belajar kat mana dan sampai mana. Bila aku cakap sampai Mesir dia macam terkejut gila. Hahah. Macam tak sangka lah. Yelah aku kan tak kerja, surirumah je, mungkin dia ingat aku belajar sampai SPM je ke tak tau lah. Lepas tu biasa lah soalan cliche kenapa tak kerja, sayang sijil ko. Aku pun cerita lah dulu pernah kerja lepas tu berhenti bla bla bla. Ya persepsi makcik orang kampung, kalau surirumah tu mesti tak berpelajaran tinggi. Tak semua lah makcik begitu. Sebahagian besar lah.

    Kisah lain. Bila ada seseorang konon dengan rendah diri berkata, "Yela, aku tak belajar tinggi macam kau. Aku sedar la diri aku bodoh tak pandai macam kau."
Ini aku tak tau lah ayat betul rendah diri atau ayat perli sebenarnya nak kata aku berlagak. Rasa macam, apa hal kau ni aku ada hina kau ke sampai kau cakap pasal belajar tinggi apa semua?
Nak je aku jawab, haah memang aku belajar tinggi pun sebab kena naik kapal terbang, kan tinggi melepasi awan tu kan? Saje konon melawak la tapi tak jawab gitu pun.
Ayat seperti di atas tu ada unsur provokasi tapi kita buat tak tau je lah malas layan.

    Situasi lain pula. Paling menyampah bila orang cakap begini, "Nama je ambil aliran agama tapi perangai teruk sama macam orang biasa yang tak ada sliran agama."
"Nama je ustaz ustazah tapi perangai teruk."
Contohnya lah peramgai suka berbalah, bergaduh, mungkin ada maki hamun ke mencarut ke mengutuk ke. Kiranya maksud dia 'golongan agamawan atau aliran agama' ni gagal memberi contoh yang baik kepada orang lain yang bukan aliran agama. Prejudis seorang netizen.
Aku cuma nak cakap, ustaz ustazah pun manusia biasa. Bukan sempurna. Dan bukan semua golongan agamawan itu perangai kurang sabar ke apa ke. Dah kalau kau asyik provok mengutuk itu ini, siapa pun akan rasa marah dan tercabar lalu dihambur semula kata-kata kesat (kalau ada) kat kau.
Sebab tu ada hadith suruh diam bila kita tengah marah. Kalau tengah berdiri disuruh duduk. Kalau tak reda juga pergi ambil air sembahyang/ wuduk.
Kesimpulannya tak kisah kau ustaz ke bukan, tetap kena jaga akhlak. Tittle 'orang biasa' (bukan aliran agama) itu bukanlah tiket untuk kau sesuka hati nak bermulut jahat.

      Jika tiada kata-kata yang baik mahu diucapkan (atau ditulis di ruang media sosial), lebih baik kamu diam. Maka diam itu adalah lebih baik daripada berkata-kata tetapi menyakitkan hati orang. Pesanan untuk diri sendiri jua.

06 June 2017

Please Respect and Don't Complaints

Assalamualaikum.

     Kalau seseorang wanita itu (baca; isteri dan ibu) memilih untuk tidak bekerja, jangan banyak tanya kenapa. Bekerja yang dimaksudkan di sini adalah yang memerlukan isteri itu mesti keluar dari rumah dalam tempoh beberapa jam dan ada tempat kerja contohnya pejabat, sekolah/ pusat pengajian tinggi, kilang, pasaraya, kedai dan sebagainya. Kerja dengan orang. Kalau orang tu tak nak bekerja dan nak jadi surirumah je itu pilihan dia dan mesti ada alasan tersendiri yang kau orang tak perlu sibuk nak tahu dan selidik dalam-dalam.

   Katakan lah aku ada 10 alasan sekalipun, perlu ke aku nak cerita satu persatu pada setiap orang yang bertanya? Kalau ada 100 orang bertanya? Huh jenuh la nak explain der. Biasanya kalau orang tanya memang jawapan standart aku, aku tak nak hantar anak-anak aku ke orang lain untuk asuh dan jaga dan anak aku takut orang. Sebenarnya yang lebih tepat aku tak percaya orang lain untuk jaga anak aku. Ya aku memang prejudis. Hahahah. Dengan banyak kes dera kat rumah pengasuh la taska lah lagi lah aku prejudis semua orang adalah sama, tak ada yang ikhlas. Tapi aku tak kan cakap pasal ni pada orang yang bertanya sebab nak menjaga hati. Ya, kebanyakan yang bertanya adalah ibu bekerjaya yang memang hantar anak ke pengasuh dan taska. So please stop asking and asking dude kalau tak mahu dengar jawapan yang bakal mengguris hati anda. Hahaha. Ya saya tahu anda memilih untuk bekerja dan terpaksa juga serahkan anak ke pengasuh atau taska, anda tiada pilihan. Anda bekerja juga untuk bantu suami dan bantu kewangan famili, tak ada siapa pun nak marah atau halang.

    Selain alasan prejudis aku yang tak percaya orang, alasan utama yang kedua adalah demi untuk memberi susu badan sepenuhnya untuk anak. Direct feeding bukan botol. Aku tahu tahap mana kemampuan aku. Jadi agak mustahil untuk anak aku dapat fully bf sampai dua tahun bila aku bekerja. Sebab aku spesis tak rajin nak kumpul stok. Mengepam OK tapi bab nak mencuci pump dan kelengkapannya macam botol susu dan sebagainya, hah yang ini paling leceh. Banyak masa terbuang. Df juga paling senang dan terbaik. Khasiat pun berlipat kali ganda. Alasan ini juga akan mengguris hati ibu-ibu lain yang bekerja dan mengepam. Jadi aku tak pernah cakap dengan orang pasal ni, hanya tulisan di blog aku ini sahaja. Inilah dua alasan kuat aku kenapa tak bekerja. Dua-dua pun berkaitan anak.

     Then what? Akan keluar lah pula ayat, 'rugi lah belajar tinggi, tapi sijil tak digunakan untuk dapatkan kerja bagus'. Ini mentality kuno lagi kolot. Biasa nya orang yang berumur la pangkat makcik dan nenek. Demi nak jaga hati, aku jawab je la, insyaAllah akan datang akan guna sijil tu cari kerja. Dalam proses. Klise sangat uolls. That's why kadang-kadang aku malas nak ziarah, akan ada soalan kenapa tak kerja bla bla bla. Sayang la ada ijazah bla bla bla. Cukup lah sekadar satu soalan, jangan dipanjangkan lagi dengan soalan lain atau komplen atau nasihat ke apa. Next topic please. Sebab biasa nya soalan seterusnya tu atau nasihat atau pesanan atau ceramah free sedikit sebanyak telah membuatkan ibu tak bekerja ini tersinggung atau terasa hati. Contoh soalan femes tajam dan sinis hingga menusuk hati jantung paru-paru;
"Tak teringin ke nak balas jasa mak bapak. Tolong mak bapak. Kalau bekerja kan boleh bantu orang tua?"
What the hell question is this?
 Kalau maksud 'balas jasa' itu adalah pemberian dalam bentuk material dan duit, perlu ke orang nak bercerita yang dia memang ada bagi?
"Eh makcik, setiap bulan memang saya bagi sekian sekian lah kat mak abah saya walaupun saya tak bekerja. Makcik apa tau? Jangan menyibuk boleh tak?"
Hah, kang tak pasal dicop anak muda biadap pula kalau cakap macam tu kan. Hew hew hew. Ini lah dilemma orang muda bila menerima kata-kata sinis dan pedas daripada orang tua. Bila senyap dikatanya pasif, bila lantang bersuara dikatanya kurang ajar. Paling tidak pun terpaksa senyum kelat.

   Sebenarnya sindiran atau kata-kata sinis seperti itu ada juga keluar dari mulut orang muda atau yang seangkatan umur. Tapi aku tak pernah lah kena. Ayat-ayat di atas tu sekadar contoh je. Mungkin ibu-ibu lain yang macam aku tak bekerja pernah kena? Seolah-olah hina sangat wanita yang tak bekerja ni ye. Low class. Susahkan suami? Ya memang ada dan wujud mentaliti macam ni.

11 January 2017

Perkembangan Setiap Baby Tak Sama

Assalamualaikum.   
Welcome 2017. Nak update blog tak sempat sempat. Lagi pulak baru pindah rumah ni. Banyak lagi benda belum settle.  Ni baru renew data tengah laju internet, ada baiknya aku post entry baru. Haha.
Naim dah berusia setahun dua bulan. Masih belum tumbuh gigi. Sebatang pun takde. Masih belum boleh berjalan. Hanya memapah je. Berjalan dengan berpaut pada kerusi, meja atau apa saja yang berdekatan.
Perkembangan lambat? Sebenarnya aku ok je tak risau sangat. Risau sikit je lah tapi tak ada lah sampai nak stress. Asalkan anak sihat Alhamdulillah. Biarkan saja orang lain nak buat perbandingan ke apa. Abaikan. Anak kau normal bukan oku.
Jannah dulu umur setahun tujuh bulan baru berjalan. Aku ingat lagi masa Jannah umur setahun tiga bulan dan masih belum berjalan, ada lah seorang hamba Allah ni cadangkan aku bawa Jannah pergi jumpa pakar kanak-kanak atau paediatric. Dalam hati aku, kau ni kenapa sibuk. Aku tahu kau concern tapi tak perlu bagi cadangan macam tu. Anak aku cuma lambat berjalan, tak ada masalah lain pun. Aku buat tak tahu je.
Nah sekarang Jannah pun dah nak masuk empat tahun umurnya. Normal je seperti kanak-kanak lain. Paling membanggakan Jannah begitu petah bercakap. Langsung tak pelat. Semua perkataan disebut dengan jelas, betul dan sempurna. Walaupun mulut dia yang kecoh tak berhenti bercakap tu kadang merimaskan (haha), tapi dah memang dia fasih bercakap sejak usia dua tahun lagi. Ini kelebihan anak aku. Anak orang lain pula ada kelebihan lain.
Nasihat aku kepada ibu bapa di luar sana (terutama mak mak lah), usah terlalu risau dengan perkembangan anak anda. Dia lambat berjalan ke, lambat bercakap ke, tak perlu risau sangat. Anak anda normal. Tak perlu gelabah sampai nak jumpa pakar bagai. Jalani hidup seperti biasa. Sesetengah budak memang ada perkembangannya lambat, itu perkara biasa tak ada apa yang serius. Kalau asyik sakit je yang itu perlu risau lah.
Lagi satu, orang sekeliling tolong berhenti membuat perbandingan.
'Eh anak aku gigi dah banyak.'
'Eh, belum tumbuh gigi lagi ke.'
Mungkin pada kau ayat kau biasa je tapi boleh jadi ia mengguris hati ibu bapa yang anaknya masih belum tumbuh gigi. Lagipun itu kan kuasa Allah nak bagi tumbuh lambat atau cepat. Sama juga dengan berjalan dan bercakap.
Kalau asyik nak fikir apa yang orang mengata, memang murung je lah sepanjang hayat. Buat tak tahu je dan stay positive. Paling penting apa tau? Anak-anak dapat cukup kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapanya. Anak tak terabai. Sesibuk mana pun ibu dan ayah dengan kerjaya, jangan sampai tiada masa untuk anak terutama anak kecil. Bonding time omputeh panggil. Bermesra, bergurau, peluk, cium, mendengar dia bercerita, bermain bersama, menyanyi atau apa saja aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak ketika bonding time.
Anak happy, parents happy.

22 July 2016

Tekanan Ditekan Tertekan

Assalamualaikum.   
   Salam Jumaat. Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi wa sallim. Allahu Akbar. La Ilaha illa Allah.
    Astaghfirullahal'azim. Ya Allah, aku pohon tingkatkan kesabaran aku ke level paling tinggi. Aku manusia biasa. Tak mampu nak menahan amarah. Nafsu dan bisikan syaiton merajai hingga hilang rasional kadang kala. Astaghfirullahal'azim. Astaghfirullah.
      Gila dan paranoid. Aku tak tahu apa klasifikasi yang sesuai untuk menterjemah sikap aku dan apa yang aku rasa. Kadang-kadang hampir hilang pedoman bila panas baran aku datang. Puncanya apa? Stress ke? Tekanan? Ditekan? Tertekan? Ya Allah ampuni hamba-Mu ini. 
     Aku stress sebab apa ye? Aku kan cuma surirumah. Bukan bekerja pun. Nak stress pasaipa? Ye. Tapi orang lain tak rasa apa yang aku lalui. Cuba letak diri kau dalam kasut aku. Adakah kau mampu hadapi? Ujian setiap orang kan berbeza-beza.
     Aku perlukan masa dan ruang untuk diri aku sendiri. Masa untuk bertenang. Tanpa gangguan sesiapa termasuk anak-anak. Aku pernah terbaca satu artikel yang dikongsi oleh seorang ibu tentang kehidupan dia.
    Lebih kurang begini kisah dia. Mempunyai tiga orang anak kecil umur 5 tahun, 3 tahun dan 7 bulan. Surirumah. Setiap hari mesti marah anak-anaknya. Yup. Letih urus anak dan buat kerja rumah. Senang kata dalam keadaan tekanan. Wei, mak mana yang suka marah anaknya yang masih kecil dan tak tahu apa. Kalau seorang ibu tu selalu marah anak adalah kerana ibu itu dalam keadaan stress dengan pelbagai perkara.
     Sambung cerita. Satu hari dia berbincang dengan suaminya. Ya, suaminya pun perasan kenapa la isterinya kerap marah-marah dan masam muka. Maka setelah berbincang dan bersetuju, satu solusi dapat buat. Dalam sehari akan diperuntukkan sejam hingga dua jam 'masa untuk diri sendiri' bagi si isteri. Tanpa anak-anak, tanpa suami. Tak kisah la dia nak baca Quran ke, pergi spa ke, apa-apa je lah aktiviti untuk menenangkan diri.
   Guess what? Selepas dapat 'masa untuk diri sendiri' tu, si ibu tadi rasa lebih gembira dan tak ada stress langsung bila mengurus anak-anak dan rumahtangga. Dan tak ada marah-marah lagi kat anak kecil. Lebih bahagia dan happy. Rumahtangga dapat diurus dengan baik. That's we call quality.
     Subhanallah. Tolak ansur begini lah dapat melahirkan keluarga sakinah dunia akhirat. InsyaAllah amin.
       Kuncinya adalah sabar. Mungkin tak semua orang bertuah dapat jadi seperti ibu tadi. Mempunyai 'masa untuk diri sendiri'. Termasuk lah aku ni ha. Kah kah kah. Berangan boleh la der. Pfffttt. Ceharemm.
   Tapi tak apa lah. Bahagian masing-masing. Bersandar hanya pada Allah yang Satu. Mungkin ramai yang macam aku. Tak tahu nak mengadu pada siapa. Kadang-kadang kami ni perlukan seseorang untuk meluahkan isi hati kami. Mungkin suami. Mungkin mak. Tapi biasanya kami memilih untuk diam saja memendam rasa. Tak ada orang akan faham pun. Tak ada orang boleh tolong pun. Mana-mana isteri atau ibu yang sependapat dengan aku boleh drop komen kat entri aku ni. Ahahaha.
     Buatlah sesuatu yang boleh menggembirakan diri sendiri bila anda stress. Macam aku salah satunya aku suka menulis. Macam sekarang ni lah. Tulis blog. Kawal stress anda. Jangan sampai tahap yang kena jumpa pakar psikologi atau kaunselor. Cuba bertenang dan lakukan perkara yang anda minat dan suka. Karaoke ke, mandi sungai ke dan apa saja lah aktiviti yang buat kau rasa happy dan boleh bikin senyum lah. Tak ada lah asyik berkerut je muka. Koh koh koh.
    Paling penting setiap hari jangan gagal untuk berdoa. Ya doa senjata orang mukmin. Doa dipermudahkan segala urusan. Doa supaya sabar selalu. Doa dapat tahan marah. Doa sentiasa lah bersangka baik. Istighfar. Selawat. (Nasihat untuk diri aku ni).
    Dan lagi satu yang mustahak. Bersyukur. Syukur selalu. Alhamdulillah.

13 July 2016

Syukur Selalu

Assalamualaikum..
   Salam Syawal 1437. Dah kenapa aku petik tagline media prima sempena Ramadhan Syawal jadi tajuk entri ni? Hahaha. Pinjam jap ye. Kekeke.
    Alhamdulillah hari ni dah 8 Syawal. Hari ketiga aku puasa enam. Oleh kerana Ramadhan hari tu aku dapat puasa penuh, jadi aku tak ada nak kena ganti puasa. Terus dapat buat puasa sunat. Tak rushing la nak kejar. Kalau tak, huh 2 Syawal aku dah mula qadha puasa. Hoho.
  Naim dah 8 bulan aku masih belum period. Masa Jannah dulu ngam umur dia 6 bulan aku pun period kali pertama selepas bersalin. Hehe. Rezeki la dapat puasa penuh lagi. Weeee. Alhamdulillah.
    Asam garam kehidupan, ada orang suka, ada orang tak suka kita. Buat tak tahu saja lah. Lantak la orang nak mengata, jaja keburukan kita, buka aib kita kat semua orang, jangan dibalas. Malu memang lah malu. Tapi Allah kan ada. Dia Maha Mengetahui. Hidup kita ni berputar macam roda. Suatu hari kalau kena pada diri sendiri, barulah sedar agaknya. Dulu mengata orang, nanti bila susah pada siapa nak minta tolong?
   Eloknya berlapang dada sahaja bila menerima teguran. Bukan meroyan dan memberontak. Positive dan jangan rosakkan hati dengan dendam dan hasad. Kita ada masalah dengan hati kalau tak boleh ditegur. Sudahlah marah dan meroyan, dibabitkan pula orang lain yang tiada kaitan? Adakah hati kita puas bila dah memalukan orang lain dengan menjaja keburukan dan kelemahan orang lain? Biar orang tu sakit hati. Biar semua orang tahu dan kita rasa menang kah? Sebenarnya hati kau akan lebih sakit bila orang tak layan dan buat tak tahu je. Kah!
    Umur dah bertambah, sepatutnya bertambah matang dan rasional. Bukan ikut telunjuk emosi yang sedang marah bila berkata atau menulis status. Dari situ  orang dah boleh menilai sebenarnya perangai kau lagi buruk sebab mengumpat dan memfitnah secara terang-terangan. Dasar mulut jahat. Sabar saja lah.
   Hidup ni jangan asyik tak puas hati dengan orang. Rilek rilek je sudahlah. Jangan ada dengki atau iri hati. Sentiasa bersyukur. Jangan sampai kufur nikmat. Hati tu tolong bersihkan. Haha.
  Tak apa lah orang buat kita jangan kita buat orang. Doakan yang baik-baik saja.
   

31 March 2016

Dear Stalker

Assalamualaikum...   
  Dunia ni pelik. Bukan dunia yang pelik tapi perangai orang dalam dunia ni yang pelik. Kenapa mesti nak stalk orang lain kemudian mengadu domba? Syaiton betul la perangai kau ni kan?
   Dear stalker,
Kau kenapa ek masih sibuk nak tahu pasal hidup aku? Eh, aku tak kisah kau nak stalk tapi perlu ke copy paste entri aku bagi orang lain baca? Apa tujuan kau? Kau sengaja nak apikan orang lain supaya benci aku? Kau ni apa masalah. Kata dah move on tapi hati kau masih busuk nak hancurkan dan porak perandakan hubungan kekeluargaan orang lain? Whats your problem dear?
Dear stalker,
Kau jangan sampai aku tumbuk dan lempang muka kau satu hari nanti. Tak payah nak plastik sangat konon nampak baik, jaga hubungan dengan Allah kononnya tapi dengan manusia kau khianat dan dengki tak sudah-sudah. Aku tak kacau hidup kau, kenapa kau mesti nak kacau hidup aku?
Dear stalker,
Sebenarnya aku tak sangka kau sudi menjadi pembaca setia blog aku. Kiranya aku ni penting juga la pada kau ye. Heh. Penting sebab nak hancurkan aku. Kau dendam dengan aku ke? Apa benda yang kau sakit hati sangat dengan aku sampai kau tergamak nak sebarkan apa yang aku tulis pada orang yang berkaitan? Apa niat kau? Apa yang kau dapat bila buat semua tu? Hati kau rasa puas bila berjaya buat orang benci aku? Busuknya hati kau buat aku macam ni.
Dear stalker,
Apa alasan kau? Oh, kau nak kata... dah dia tulis dalam blog, satu dunia boleh baca. Hello si busuk hati, orang lain baca tapi sekadar baca. Bukan macam kau pergi copy paste dan mengadu domba. Apasal jahat sangat kau ni ha? Kau tak takut dosa?  Kau tak takut kalau orang tak redha dan tak maafkan kau dunia akhirat akibat perbuatan kau ni? Walau mulut aku jahat, tulisan aku jahat, tapi aku tak mengadu domba dengan tujuan nak rosakkan hubungan kekeluargaan orang lain. Perbuatan kau ni boleh menyemai kebencian di hati orang. Tolonglah bertaubat!
Dear stalker,
Selagi aku boleh sabar, aku sabar. Aku cuba lah untuk redha dan memaafkan. Its ok kau buat aku macam ni. Bak kata kau yang berulang sejak dulu, 'semua orang buat silap'. Eh cakap memang senang beb. Tapi kesilapan yang disengajakan sampai buat hati orang lain terluka, kau ingat mudah ke nak sembuh? Kau sengaja kan nak orang lihat aku ni mulut jahat dan tulisan jahat. Kau je lah yang suci. Kau je lah yang baik. Pergi jahanam.
Dear stalker,
Tolong berhenti buat kerja macam ni. Tolong berhenti mengadu domba. Ini blog aku,  aku punya suka nak tulis apa. Yang kau sibuk sangat apa hal? Tak puas hati cakap depan la bukan sembunyi tapi dalam masa yang sama api-apikan orang lain. Ingatlah balasan Allah dan kaffarah. So kau rasa aku akan maafkan kau? Kau ada rasa nak minta maaf kat aku ke? Huh. Aku kenal sangat perangai kau. Kau tak kan mengaku dan minta maaf. Kau pasti cari alasan.
Dear stalker,
Please move on. Tak perlu nak menyibuk hal orang. Betapa jahatnya perbuatan kau ni sampai orang lain boleh sangka buruk dengan aku. Aku ingat kau dah berubah. Rupanya makin teruk lagi ada. Kau ni umpama duri dalam daging dan gunting dalam lipatan. Kalau kau tak nak sakit hati, jangan baca blog aku. Tak payah ambil tahu hal aku. Aku tak serang kau dah kira untung. Macam lah orang tak kenal kau tu kaki screen shot lepas tu mengadu domba.
Dear stalker,
Satu je aku nak pesan. Kau jangan berani nak tunjuk muka kau depan aku. Aku akan tumbuk muka kau nanti. Kau masa nak sebar copy paste kau tak fikir akibat kan? Jangan menyesal.
Aku tak main-main. Aku tak simbah asid dah untung.

08 March 2016

Let Bygones Be Bygones

Assalamualaikum...
Alhamdulillah. Syukur atas segala nikmat atau ujian yang Allah beri. Lebih banyak kita bersyukur, lebih banyak nikmat akan Allah tambah. Tapi kalau kufur nikmat, azab Allah sangat pedih.
Sekarang ni aku kat Bakri. Balik kampung gitu. Heaven yang amat bila duduk dengan mak dan abah. Alhamdulillah. Mak abah pun happy cucu-cucunya ada. Erti kebahagiaan sebenar yang berbeza bagi setiap orang. Wahh gitu. Ahakz.
Yang dah lepas tu biarkan berlalu. Kalau ingat balik jadi sakit hati dan marah. One word just for her... "padan muka"! Balasan untuk orang yang porak perandakan hidup orang lain. Kebenaran dah muncul dan Allah dah tunjuk siapa wajah dan diri kau sebenar. Apa pun aku sentiasa doakan kau sembuh dari penyakit kau tu.
Alhamdulillah. Akhirnya pendatang dah berambus. Hahaha. Huru-hara sejak kau datang. Kehadiran 2016 ini memberi sinar baru. Cewah. Lantak hang lah dah block aku kat semua social media, ada aku kisah? Aku pun tak ingin nak tau pasal kehidupan kau. Cuma satu je pesan aku, lepas ni kalau kau ditakdir bertemu jodoh lain, perangai tu biar elok sikit.
Hidup ini kan umpama roda. Sekejap di atas, sekejap di bawah. Move on je lah. Pasal orang itu, asalkan dia dah tak kacau rumahtangga orang lain, kira selamat lah dia. Jaga diri baik-baik lah agar tak jatuh cinta dengan suami orang. Kah!
Mulut aku jahat? Memang lah. Lagi jahat daripada ini pun ada. Dah dekat tujuh tahun aku tulis blog (20 March ni cukup 7 tahun). Macam-macam aku pernah tulis. Setakat makian tu dulu biasa sangat. Tapi semua orang berubah termasuk aku. Lebih meningkat umur, lebih matang cara penulisan. Wahhh.. matang kau.
Fasa yang 'buruk' itu telah berlalu. Tak cakap diri aku baik atau jahat. Tapi sekurang-kurangnya aku bukan kaki mengadu macam si polan tu. Mengadu kat Allah tak apa. Tapi kalau mengadu pada manusia sampai pecah belah, sangka buruk dan masam muka, itu perangai syaiton, brader sister. Panggg sekali baru tau.
Masa bahagia bukan main ayat indah dan status kau. Bila dah benci bukan main kurang ajar dan biadap ayat kau. Memang layak lah aku label kau perempuan...........  dalam diari aku yang kau kengkonon 'terrrr...baca' tu.
Ah malas aku nak ingat pasal kau. Aku tak bermusuh tapi kau yang block aku macam nak bermusuh dan putus saudara. Tapi tak ngaku. Puihh. Hati kau hitam. Hah kan dah keluar mulut jahat aku. Hahaha.
Ok bai.

19 April 2015

Hati Perempuan

Assalamualaikum..
  Maaf, ini bukan nak ulas cerita bertajuk Hati Perempuan daripada novel atau drama tv. Ini cerita hati perempuan yang real, bukan rekaan atau imaginasi.
    Hati seorang perempuan asalnya lembut, tak ada yang keras. Walaupun mulut jahat ke atau terlepas kata-kata menyakitkan hati orang lain, namun hati perempuan itu bukanlah sejahat mulutnya.
   Aku keliru sebenarnya. Tak tahu siapa yang benar, siapa yang tak jujur. Hanya doa yang dapat ku pohon setiap masa agar Allah memberi aku petunjuk. Bukan mahu mencari siapa salah, aku hanya mahu tahu kebenaran dan kesahihan. Itu sahaja. Barulah kekeliruan dan kekusutan ini akan berakhir. Ya, hanya pada Allah tempat mengadu dan meminta.
      Hati perempuan ini, selalu berdoa kepada Allah. Saat hati disakiti, terus berdoa dalam hati, Ya Allah, berikan aku ketabahan dan kekuatan. Kita hamba memang lemah. Tak ada kekuatan dan daya melainkan dengan kehendak Allah. Allah yang pegang hati kita. Dia berkuasa membolak-balikkan hati. Oleh itu kita jangan angkuh, berlagak dan bercakap besar. Setinggi mana ilmu dan kekuatan kita ada, jika Allah tak izinkan, memang tak akan terjadi apa-apa.
    Hati aku ini, kadangkala diracuni fikiran dan minda jahat, untuk doakan yang buruk untuk orang yang buat aku terluka. Tapi lembutnya hati perempuan ini, boleh dan mudah memaafkan. Kadangkala bila datang idea jahat atau dendam, macam-macam yang aku rancang untuk lakukan,  tapi bila sampai masanya aku jadi tak sampai hati dan tak jadi buat. Adakah aku terlalu lembut hati atau hati perempuan memang begini?
     Busuk hati? Hasad dengki? Minta Allah jauhkan rasa negatif itu. Minta Allah jauhkan segala sifat mazmumah. Ameen.
     Alhamdulillah. Bersyukur atas segala nikmat yang Allah beri. Semuanya datang dari Allah. Tidak kira lah kebahagiaan, kegembiraan, ujian dan apa sahaja. Asalkan kita sentiasa ingat pada Allah, hati kita akan menjadi tenang. Besar mana pun masalah yang datang, ujian dan dugaan yang menimpa, bila kita ingat Allah dan kembali pada-Nya, hati akan rasa tenang dan damai. Allah sentiasa bersama kita.
     Semoga segala kekusutan dan kekeliruan ini akan berakhir secepat yang mungkin. Aku tidak mencipta sengketa. Bukan aku yang buat huru-hara. Bukan aku punca semua ini berlaku. Ini semua adalah kehendak Allah jua. Kalau lah dia faham tentang ini. 
     Sabar. Sabarlah dalam menghadapi ujian ini. Ya Allah, damaikan semua hati mereka. Tunjukkan lah kebenaran.

09 April 2015

Doa Seorang Isteri dan Ibu

Assalamualaikum...
   Alhamdulillah. Allah menguji tanda sayang. Walau berat mana ujian yang Allah beri, ketahuilah yang kita mampu untuk menghadapinya. Allah tidak akan memberatkan satu ujian itu melainkan dengan kemampuan hamba-Nya.
    Tetapi, tidak sekali-kali aku melakukan perkara syirik dan khurafat. Nauzubillahi min dzalik. Aku dah hilang akal ke atau terdesak sangat ke sampai nak guna ilmu sihir lah, penunduk la, guna-guna lah. Apa aku cetek sangat ke pengetahuan agama? Akidah aku dah terpesong sangat? MasyaAllah. Kenapa begitu sekali tuduhan daripada orang yang aku hormat dan sayang? Ya Allah Yang Maha Melihat, kuatkan dan tabahkan diri ini. Ameen.
    Kalau pun memang tak suka aku, benci aku, janganlah sampai menuduh aku seteruk itu. Tak apa lah. Hanya Allah yang tahu hati aku, diri aku macam mana. Biar dibenci manusia tapi Allah lebih tahu akan hamba-Nya. Ya Allah Yang Maha Mendengar, tolong beri aku kekuatan untuk menghadapi semua ini. Ameen.
      Ujian demi Ujian bertimpa-timpa. Alhamdulillah. Ujian juga adalah hadiah dari Allah. Sebagai peringatan agar aku tidak lalai dan hanyut. Alhamdulillah. Aku juga bersyukur diuji sebegini. Allah ingin mengangkat darjat hamba-Nya dengan memberi ujian yang berat dan bagaimana hamba itu mengatasinya dengan sabar dan redha. Ya Allah Yang Maha Mengetahui, hanya pada-Mu segala pergantunganku. Ameen.
      Hari ini, aku juga mendoakan yang baik-baik untuk 'mereka'. Semoga Allah mudahkan semua urusan dan cepat-cepat pulang. Walau hati disakiti, pedih dan terluka, aku tetap doakan yang baik-baik. Tak apa lah, mengalah bukan bererti lemah. Sebaliknya aku sedang membina kekuatan dan ketabahan diri. Allah sahaja yang tahu hati aku. Ya Allah Yang Maha Agung, tolong pulihkan semangatku, kuatkan semangatku, kuatkan hatiku untuk redha dengan semua ini. Ameen.
    Walau sakit ini sukar sembuh atau mungkin tak akan sembuh sampai bila-bila pun, aku kena kuat untuk teruskan hidup ini. Ujian ini mungkin hanya kecil sahaja nak dibandingkan dengan orang lain yang Allah uji lagi besar ujiannya. Tetapi, ujian yang melibatkan hati dan jiwa ini sebenarnya amat perit lagi daripada ujian fizikal atau yang boleh nampak contohnya harta dan keperluan.
Ya Allah Yang Maha Penyayang, jaga dan pelihara lah hati ini agar selalu dekat dengan-Mu Ya Allah. Jangan sekali-kali hatiku dibiar lalai dari mengingati-Mu. Ameen.
    Allah sebaik-baik perancang. Allah sedang merencana yang terbaik buat hamba-Nya yang lemah ini. InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja. Yakinlah dengan apa yang telah Allah atur, pasti itu yang terbaik buat kita. Bersangka baik dengan semua ujian yang Allah beri. Bukan untuk menyusahkan atau menyeksa, tetapi kerana Allah ingin memberi ganjaran lebih untuk hamba-Nya yang sabar.

01 April 2015

Semakin Hampir

Assalamualaikum...
   Semakin hari, semakin hampir hari 'derita' ku akan bermula. Aku masih tetap bertegas dengan pendirian dan doaku pohon tanpa jemu. Setiap hari, setiap masa aku berdoa benda yang sama tanpa gagal. Seandainya tidak dimakbulkan Allah, aku redha. Allah ingin memberi yang lebih baik lagi untuk aku.
     Dan seandainya doaku termakbul. Alhamdulillah. Aku bersyukur sangat. Allah menyebelahi aku. Bermakna 'mereka' tidak diredhai Allah. Aku dalam golongan 'teraniaya' dan 'dizalimi'. Hati aku dilukai. Hati aku bagai ditoreh, dihiris, ditikam sehingga hancur berkecai. Sakit. Memang sakit. Sakitnya itu di sini. Di hati. Sangat sakit. Pedih. Aku yang amat terluka. Aku memang tak akan maafkan pengkhianatan ini sampai bila-bila.
    Mulut memang mudah mengatakan...
Semuanya takdir Allah..
Allah yang gerakkan hati ini...
Allah yang atur semua ini...
Allah yang timbulkan perasaan suka dan cinta ini...
Tak tau macam mana boleh terjadi. Perasaan itu datang sendiri.. tanpa dipaksa. Timbul sendiri..
Ah, sudahlah! Semuanya dusta! Kau yang tak setia. Kau pengkhianat. Kau tamak. Kau yang tak bersyukur. Kau sentiasa mahu lebih.
Dan kau pula. Kau pengkhianat juga.
Ah aku benci semua ini.

17 March 2015

Jika Itu Takdirku

Assalamualaikum...   
 
    Dalam hidup ini, ada ketikanya perlukan banyak pengorbanan. Korbankan perasaan, korbankan jiwa raga, korbankan kebahagiaan dan macam-macam lagi. Bukan setakat berkorban harta sahaja.

    Dalam kes aku, aku terpaksa korbankan sebahagian kebahagiaan aku demi orang lain. Tak apa lah andai itu takdir yang tertulis untukku.

    Sejujurnya, selama ini adakah aku benar-benar bahagia?  Apakah definisi bahagia yang sebenarnya? Apakah definisi derita? Adakah aku tak tahu atau tak faham apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan bahagia? 

   Selepas ini, bahagia mungkin makin menjauh dari aku. Bahagia mu deritaku. Tak apa lah aku rasa terluka dan menderita asalkan dia bahagia. Tidak mengapa. Ini pun satu pengorbanan. Aku redha. Walaupun rela dalam terpaksa. Aku bukan berdaya nak menghalang. Tiada dayaku. Tiada...

     Jika itu benar-benar takdirku, aku akan redha. Mencuba untuk ikhlas menerima. Mencuba untuk berpura-pura aku bahagia.  Mencuba untuk selindungkan penderitaan dan kesedihan. Mencuba untuk menjadi lebih tabah. Mencuba untuk berpura-pura seperti aku langsung tak terkesan. Mencuba untuk menunjukkan kegembiraan palsu.

    Hidup mesti diteruskan. Allah sebaik-baik perancang. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Allah mendengar rintihan kalbuku. Allah juga mendengar doaku. Moga Allah makbulkan doaku. Ameen.
 

06 December 2013

Random Story

Assalamualaikum.

Dah lama tak emosi-emosi dalam blog macam dulu-dulu. Haha. Untuk entri random ni ada yang berbaur emosi, ada berbentuk pendapat dan lain-lain. Layankan je lah.


Bukan Aku yang Kerek

Ok ini semalam punya cerita lah. Semalam hari ketiga aku tak dapat datang kerja sebab Jannah demam. Aku dah sms students cakap aku tak dapat datang. Dalam pukul 9.00 pagi, makcik yang biasa datang madrasah mengaji dengan aku call, tanya ada kelas tak. Aku pun cakap tak ada sebab Jannah masih demam. Lepas tu dia cakap dia ada kenal seorang nurse ni maybe boleh membantu. Tak sangka lah pulak aku nurse tu ada kat sebelah dia! Lepas tu terus bagi telefon pada nurse untuk bercakap dengan aku.

Aku masa tu dah mula rasa tak suka. Haha. Normal lah baby demam kan. Then.. she is speaking yaww. Eh kau ni bajet sangat nak cakap omputeh pehal? Cakap je la dalam BM. Aku mula naik menyampah. Ok i guess she is an Indian lady. Sebab macam ada bunyi-bunyi India bila dia speaking tu, haha. Dia cakap omputeh aku balas cakap Melayu. Hahaha lantak la kan.

Aku cakap lebih kurang gini, "Saya rasa normal je demam macam ni. InsyaAllah akan baik sendiri nanti. Lagipun panas badan dia dah berkurangan."

Lepas tu dia cakap apa tah. Agaknya kengkonon tak faham la aku cakap apa kan sebab dalam BM. Puiii! Lepas tu aku macam dengar dia berbual dengan makcik yang mengaji dengan aku tuh. Aku tanpa buang masa terus matikan telefon sambil mengomel, ishh sebokkk je lah kau ni. Dah la speaking konon. Aku balas cakap Arab kang ternganga kau tak faham.

Moralnya, tak payah nak speaking sangat lah wei. Nyampah tau tak? Ok takpe lah niat makcik tu baik nak tolong aku tapi boleh tak dengar dulu penjelasan aku sebelum memandai pergi pass handset pada nurse tu? Maybe dalam hal ni nampak macam aku berlagak atau kerek, orang nak tolong tapi aku menyombong. Terima kasih sudi mahu membantu tapi nurse tu jauh lebih kerek sebab cakap omputeh. Hangguk kau.


Rumah Masih Belum Settle

Ini pun kategori entri emosi jugak ni hahaha. Seperti yang aku cerita kat entri sebelum ni, pemilik rumah sebelum ini masih belum habis angkat semua barang-barang dia. Sebab rumah dia masih belum siap. Masih dalam renovation. Katanya lagi dua minggu baru siap (anggaran). Seminggu sudah berlalu. Hari ini atau esok perabot yang kami order akan dihantar ke rumah. Serabut tol. Mana nak letak tak tau sebab bilik depan masih belum clear lagi. Aiyyaa..

So kami decide kemaskan/ bungkuskan/ kumpulkan barang-barang dia kat bilik depan tu pindah ke bilik belakang. Tapi barang-barang kami yang kat bilik belakang tu kena keluarkan dulu lah. Banyak kerja sebenarnya tapi apa boleh buat, hadap je la woi. Apa pun tak boleh. Huhuh.



01 January 2013

Ibu, Engkaulah Ratu Hatiku

Assalamualaikum.

Selamat tahun baru 2013. Sepanjang 2012 aku punya entri dalam blog cuma 16 je rupanya. Langsung tidak produktif berbanding dolu-dolu time aktif berblog. Hihih. Kengkonon macam busy sangat. Sebenarnya tak ada apa yang menarik sangat untuk ditulis dan dikongsi, itu pasal la dah jarang update blog. Tapi kira ok lah dalam sebulan ada jugak entri baru.

Johor tak ambil cuti new year 1 Januari so semua gomen pun bekerja macam biasa, semua kedai pun bukak macam biasa heheh. Minggu hadapan bakal bermulalah kehidupan baru aku dengan 'bekerja' semula, bukan lagi surirumah tangga sepenuh masa selama hampir 9 bulan ini ngeee. Jadi sepanjang minggu ini aku nak tengok tv puas-puas hahah.

Pagi tadi jam 9.30 aku dah tercongok depan tv dengan harapan drama Marimar akan disambung siarannya setelah terhenti sebulan yang lalu akibat musim cuti sekolah. Sekali hampa tak ada kau tau tak, cerita kartun apa tah yang bersiaran. Tapi kartun yang setengah jam la bukan jenis filem. Tapi aku rilek je la menghadap tv sambil main laptop dan bersarapan mee goreng.

Tup-tup pukul 10.00 pagi lepas berita terkini drama Marimar pun bermula. Wah wah wah tak sia-sia aku tunggu eceh. Dalam jam 10.27 aku dapat mesej pulak dari adik aku yang katanya mak suruh dia mesej aku Marimar dah siar balik kat TV. 

Peh, tacing gila aku beb terharu sangat mak siap suruh adik aku mesej aku semata-mata kerana drama Marimar. Mungkin ini bagi korang, 'alahai, tu pun nak mesej'. Kau faham tak kasih sayang seorang ibu macam mana? Aku pun tak sangka mak terkenangkan aku (ceh) pasal cerita Marimar ni. Mak memang taulah aku tak pernah missed cerita Marimar sejak bersiaran semula kat TV3 akhir tahun lepas coz aku kan kepoh bercerita haha.

Aku bukan nak cerita pasal Marimar tapi nak cerita pasal mak aku la. Ceh nada macam marah tapi sebenarnya teruja. Apa yang paling aku kagum dengan mak ialah dia ingat semua apa sahaja yang anak dia suka dan tak suka. Bayangkan adik-beradik aku yang lapan orang ini mak aku boleh ingat semua makanan yang anaknya suka makan dan tak suka makan. Itu baru bab makanan, belum bab pakaian, warna kegemaran, hobi anak-anak. Pendek kata semua tentang anak-anak dia dalam kepala dan dalam tangan.

Dan sebenarnya semua ibu di dunia ini pun begitu. Sentiasa tahu dan ingat apa yang anak-anak dia suka dan tak suka. Kalau seorang bapa, daya ingatannya tentang kesukaan atau ketidaksukaan anak-anak tidak sekuat ibu. Kadang, hari lahir anak pun bapa sudah jadi confuse. Biasa lah orang lelaki kena fikirkan perkara-perkara yang besar dalam hidup, tak apa lah tu.

Seorang ibu pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Yelah, ibu yang mengandung dan melahirkan sebenarnya amat-amat dekat dan tahu apa yang terbaik untuk anaknya. Kadang ibu rasa tak sedap hati ke apa ke, itulah naluri seorang ibu yang amat kuat dan dekat dengan anaknya. Hai tacing nya rasa macam nak nanges pulak sob sob sob.

Aku pun bakal jadi seorang ibu. Bila dah nak jadi ibu, pasti kita sendiri kaum wanita akan lebih mengerti perasaan mak kita sendiri. Mana yang sensitif, mana yang teruja, gembira, terharu dan macam-macam lagilah. Dan paling penting lebih menghargai dan menyayangi mak kita berbanding sebelum-sebelum ini.

Aduhai, ini yang aku rasa macam nak balik Maokil hari jugak nih hahah. Sabar, Sabtu ni baru balik Maokil. Lagi dua hari birthday my MIL la, 3 Januari. Nak belikan hadiah apa ek? Cewah. Ibu mertua kita pun ibarat ibu kandung kita jugak kan? Kena sayang dan hormat ibu bapa mertua seperti ibu bapa kandung sendiri. Birthday mak aku pulak 2 Mac, aku dah memang kat Maokil masa itu, so kena beli hadiah awal-awal jugak ni. Cewah.

I love my mom very much.

07 December 2012

Jiwa Kacau

Assalamualaikum.

Sebenarnya berpuluh kali juga aku berfikir perlukah aku buat entri yang bakal penuh emosi ini? Dah lama aku tak maki-maki dalam blog aku ni. Haa..

Ok tadi aku dah matikan laptop dan bersedia untuk tidur. Tapi hati aku tak keruan, resah gelisah, gundah gulana, rasa marah yang terpendam macam nak meletop. Banyk kali istighfar pun masih tak stabil emosi aku. Geram, marah, rasa nak maki. Ah, pendek kata rasa macam nak pukul orang. Ceh, bajet gangster.

Semuanya berpunca dari internet la haram jadah betol. Kalau aku tak bukak facebook benda ni semua tak akan terjadi. Ceh.

Banyak web aku bukak tadi; twitter, ratuhati, gmail, facebook. Tapi aku lebih tumpukan pada ratuhati (singkatan RH) sebenarnya. Gmail pula digunakan untuk melihat notification terbaru dari RH lah. Twitter pula just baca timeline. Aku tak follow ramai orang jadi tak banyak la tweet updates ngeheheh.

Bermulalah satu episod di facebook yang membawa kecelakaan lagi malang. My sis in law (singkatan SIL) habaq mai siang tadi pasal pameran kucing di Danga City Mall Sabtu ni. Cuma tak pasti adakah Sabtu dan Ahad or Sabtu sahaja. Aku pun google cari pasal tu dan jumpa link fb 'kelab kucing malaysia' ke apa jadah namanya tah lebih kurang gitulah. Aku baca iklan dan yang aku faham macam hari Sabtu je. Nak kepastian aku pun drop komen kat page tu tanya hari Sabtu je ke atau Sabtu dan Ahad? 

Kau tahu apa admin page tu jawab? 'Sila baca iklan dengan teliti'. Hamboi. Ok takpe lah aku pun berkeras jugak cakap dah baca tapi kurang faham coz kat poster kata 8 dan 9 Dis. Padahal aku dah faham dari awal pun tapi salahnya admin jawab je soalan aku kan? Just simple hokay? Then the admin balas 'sila baca betul-betul iklan dalam page ini jangan bergantung pada poster sahaja'. Lebih kurang gitu lah ayatnya aku pon malas nak bukak page cilakak tu untuk copypaste, macam haram perangai adminnya, tumbuk jugak muka tu karang.

Aku dah mula menyirap. Hangin gak satu badan. Aku balas balik, 'ai, bunyi macam marah je? Apa salahnya jawab je soalan saya. Tak sporting betul'.

Terus tak balas komen aku, kau. Aku nak je taip lebih-lebih cakap admin sombong ke apa ke tapi just cool la. Aku mengamuk la kat twitter. Eceh tak la mengamuk sangat just luahkan yang tak puas hati je tapi tak mention pun page tersebut. 

Satu hal lagi yang tetiba buat aku rasa angin sangat time aku baring ready nak tidur tadi. Hal adik bongsu aku   
(panggil Adek). Time aku tengah syok layan forum RH dalam keadaan bilik gelap, dia masuk bilik tiba-tiba dan tanya ada charger tak? Aku tanya charger apa? Dia jawab Samsung. Aku jawab balik, "Mana aku tau. Aku pun cari charger Samsung aku ni mana hilang tah." Lepas tu dengan emosinya beliau berjalan keluar bilik dengan jalan dihentak-hentak sambil mulut berkata, "Eii..bodohlah". Tak tahu lah bodoh kat diri sendiri ke apa tu aku tak layan pun sebab sibuk dengan internet aku ni ceh.

Bila teringat balik dengan reaksi Adeq tadi hati aku pun diamuk kemarahan dan tak puas hati. Apasal la tadi aku tak balas balik, "Siapa yang bodoh? Kau ke?" Entah kenapa aku rasa macam emosi gila bila terkenang balik perangai jahanam beliau tadi. Dia tu memang lain macam perangainya berbanding adik-beradik lain. Kuat mengamuk, kuat melawan, selfish dan banyak lagi lah negatif yang aku rasa tak ada sesiapa kat dunia ni boleh bertahan dengan perangai dia. 

Jadi dua insiden ini sangat mengganggu emosi aku, terkenang-kenang dan tak puas hati selagi tak dapat lepaskan kemarahan. Eceh. Sekurang-kurangnya bila aku menulis ni aku dah rasa lega la kononnya. Boleh lah. Daripada aku berdendam? Ye tak? Heh, perangai macam keji sehh.

Resolusinya? Jangan harap aku nak datang 'cat show' kat Danga City Mall hari Sabtu ni. Aku akan mencari seribu alasan bagi mengelak balik JB hari Sabtu. Aku nak balik hari Ahad jugak. Lantak lah apa nak jadi pun. Tak pasal aku rasa macam marah dan geram pulak dengan my SIL coz dia yang cetuskan idea ajak pergi tengok cat show. Dah lah my hubby ni peminat kucing, mesti dia kalau boleh tak nak lepaskan peluang punya. Aku suka kucing jugak tapi tak teringin pun nak pergi cat show. Pergi pun boleh, tak pergi pun boleh. Oleh kerana cuma Sabtu, agak keberatan sikit la aku nak pergi. Ini ditambah pulak perangai diva admin page haprak pencinta kucing konon yang sombong nak mampus, lagi aku rasa tak nak pergi langsung!

Okay entri ini memang penuh emosi kan? Kau rasa tak suka? Siapa suruh baca? Huk huk.

Ok lah bai selamat malam.

04 April 2012

Ini adalah Keputusan yang Tepat

Assalamualaikum..

Selamat pagi Rabu buat semua. Tak ada istilah #wordless wednesday bagi blog aku ini. Malah hari ini aku akan membebel dengan sebanyak-banyaknya sampai termuntah-muntah korang nak habiskan baca entri kali ini. muahahaha!

Ok rupa-rupanya aku tak update langsung blog aku untuk bulan Mac. Tahun ini sangat tidak produktif ye tuan puan. Actually blog aku yang tak seberapa ini sudah berusia tiga tahun. Aku mula menulis blog start Mac 2009. Iklan kejap. Sila dapatkan akhbar Utusan pada hari ini di mana ada kesah blogger popular Fatin Liyana di ruangan sisipan Mega. Ngahaha tak ada kaitan dengan aku pun.

Saat ini aku berada di rumah a.k.a my hometown, Labis atau lebih tepat di Felda Maokil. Boleh google maps sekarang kalau tak tahu lokasinya di mana. Ahaks. Habis tu kau tak kerja hari ni? Shhh... shut up, nanti aku cerita pasal tu lain kali. Ceh. Best duduk rumah boleh tengok semua cerita kat tv yang aku minat. Ngeh, ngeh. Yang penting jauh daripada tension dan stress. Opss..

Waktu itu aku macam masih taradud (berbelah-bagi) dengan tindakan dan keputusan yang aku buat. Tapi kali ini rasanya aku sudah yakin dengan keputusan aku dan Allah telah tunjukkan jalan. Aku yakin dengan rezeki yang Allah beri untuk aku. Mungkin tempatku bukan di sana atau jodoh tak panjang. Aku tak boleh menipu diri sendiri yang kononnya aku boleh bertahan dan terus bertahan sedangkan hati aku memberontak. Lagipun niat asal aku lain, bukan nak duduk lama.

Kelmarin (Isnin) abah nampak marah betul bila tahu aku dah berhenti kerja. Actually aku belum berhenti lagi cuma ambil cuti tanpa gaji. Tapi lepas-lepas tu abah tak marah pun cuma bagi ceramah untuk guwa la kan as usual hohoho. Walaupun begitu (ceh ayat skema kau) aku juga telah menyenaraikan sebab-sebab aku nak berhenti terus andai benar abah mahu tahu. Jadi aku mahu senaraikan di sini haha.

1) Aku tak faham menatang apa PBS (pentaksiran berasaskan sekolah) tu yang semua cikgu kena buat. Memang semua sekolah pun kena buat tapi aku tak faham dan banyak lagi kerja lain yang lebih penting aku perlu bagi perhatian seperti mengajar.

2) Aku agak pening dengan jawatan dan tugas aku sebagai s/u ko-kurikulum. Rekod setiap pelajar menengah kena buat, pengiraan markah dan macam-macam lagi membuatkan aku bertambah pening dan stress.

3) Aku tak berapa confident nak mengajar bahasa arab tingkatan satu dan dua. Rasa tak layak la derr.

4) Masalah buta jawi. Adoi. Susah nak cari masa untuk buat kelas intensif sebab aku bergerak pun orang yang hantar pergi dan balik.

5) Suasana yang kurang menyenangkan, waktu kerja yang panjang dan tak berapa nak ada rehat. Asal balik kerja je mesti aku macam keletihan gila, malam mesti tidur awal. Betul-betul tak ada life la bak kata kawan aku. hehe.

6) Gaji yang tak seberapa? Aku tak nak sebut sebab yang keenam atau yang terakhir ini sebab duit bukanlah keutamaan atau segalanya. Guru lain pun ok je. Tapi dalam hati masing-masing aku tahu mesti ada rungutan lebih-lebih lagi semua guru menengah ada Ijazah Sarjana Muda you alls.

So wajar ke sebab-sebab yang aku bagi tu untuk aku letak jawatan? Lantaklah orang nak fikir apa. Aku tak tahan cabaran ke, aku mata duitan ke, aku tak ikhlas ke, aku tak ada sifat pendidik ke suka hati lah orang nak cakap apa. Macam aku cakap tadi aku tak boleh menipu diri lagi dan berpura-pura boleh bertahan padahal dalam hati memberontak. Setiap manusia ada tahap dia sendiri tak kisah lah dari segi kesabaran, kecekalan, kemarahan dan lain-lain.

Dan tanggal Isnin lalu, aku pun pulang ke kampung membawa hati yang lara, ceh. Bukan hati yang lara tetapi hati yang masih tertanya-tanya apakah benar tindakan aku ini? Guess what? Malamnya aku bukak internet and tengok laman web spaj ada iklan jawatan kosong. Bersinar-sinar mataku tengok ada dua jawatan yang sesuai dengan kelulusan aku. Eceh.

Tak ada salahnya mencuba. Kalau betul rezeki aku, Allah akan beri, kalau bukan, mungkin lain kali. Yang penting sudah berusaha dan mencuba. Tarikh tutup permohonan 20 April. Aku dah isi borang online dan dah print out. Cuma salinan-salinan sijil yang spaj minta aku belum setelkan lagi. InsyaAllah aku akan setelkan dalam minggu ini dan poskan dalam minggu ini juga. Doakan aku. Hehe.

Al-kisahnya tak silap aku Februari lepas spaj ada buka jawatan kosong Pegawai Syariah S41 dan aku pun mohon juga walaupun bidang aku lain sebenarnya, tak layak kot nak mohon. Tapi saja nak meriahkan permohonan biar nampak macam ramai yang mohon cewah. Padahal ada ramai kot kelulusan Sarjana Muda Syariah Islamiah yang mohon jawatan tu. Sampai sekarang tak ada panggil pun temuduga. Maknanya borang aku dah direject la kot sebab kelulusan tak sesuai. Wakakaa.

Ok cerita lain pulak. Khamis lepas aku sempat pergi UTM ada karnival dan pameran bagi sesiapa yang nak lanjutkan pelajaran gitu. Masuk MHI gitu edisi Jumaat (esoknya). Bukan aku yang masuk tv tapi karnival itu la, tv3 buat liputan. Agak menarik. Aku ada cita-cita nak sambung master tapi bukan dalam masa terdekat ini. Just ambil pamplet dulu la kan. Ngeheheh. Berdasarkan kos aku, aku boleh ambil bahagian Sumber Manusia rupanya selain Tamadun Islam. Terbaik.

10 tahun lalu ketika nak ambil SPM. Mungkin tak siapa pun tahu ke mana hala tuju mereka 10 tahun akan datang. Mungkin masih samar-samar bidang apa lah aku boleh ambil bila masuk U. Setelah 10 tahun ini, aku nampak ramai kawan-kawan aku (batch 11 smakj) yang dah berjaya dalam bidang masing-masing. Yang  jadi doktor, yang jadi akauntan, ustaz selebriti, guru-guru DG41, pensyarah, usahawan dan macam-macam lagi lah. Syabas kawan-kawan. Hehehe.

Kalaulah diberi peluang menaiki mesin masa dan kembali ke 10 tahun lalu, apa yang aku akan buat? Jeng jeng jeng....

4 April 2002...
Apa? Tak ada subjek yang aku boleh skor A? Semua susah maa... BM pun susah nak dapat A. Adess..


ok bai...






21 December 2010

Its ok. Telah berakhir. Tamat sudah.

Assalamualaikum.

Ye aku tau kau dah tak perlukan aku. Dah lupakan aku. Aku pula masih ada cebisan ingatan terhadapmu. Bukan merindu, cuma tanda ingatan kau masih seorang teman. Tak mengapa. Aku lebih bahagia dengan keadaan sekarang. Tanpa ‘sesiapa’.

Aku tak punya pengganti. Aku juga tidak mencari. Menunggu datang dengan sendiri? Tidak juga terus terbuka hati. Tidak akan terus terima. Biar masa menentukan segala.

Apa benda entah aku mengarut. Rasa macam dah lama gila kut tak upload gambar di blog aku ini. Tunggu lah entri selepas ini. Perjalanan dan jaulah ke Nuweiba’, satu nama tempat di bumi Mesir ini yang terletak di selatan semenanjung Sinai. Nuweiba’ masih berada dalam kawasan Toba (Taba) tapi masih belum memasuki kawasan Sinai. Namun laluan untuk ke Nuweiba’, Toba, Dahab dan Sinai adalah sama! Jadi ia mengingatkan aku pada kenangan melancong ke Dahab dan Sinai.

Jaulah kali ini bukanlah sekadar pergi melancong suka-suka tetapi sebenarnya lebih kepada kursus atau program. Bermula pada hari Khamis lalu (16 Disember 2010) dan berakhir keesokan harinya, Jumaat (17 Disember 2010). Asalnya sampai Sabtu tapi ada masalah apa entah program dipendekkan. Sebenarnya juga mungkin masa banyak dihabiskan dalam perjalanan. Sinai kan jauh? Pergi dan balik (Nuweiba’) mengambil masa dalam 14 jam tidak termasuk singgah berhenti makan dan solat. Wow.

Ok permisi dulu. Daa…

10 July 2010

You Can Go If You Don’t Like!!


Assalamualaikum..

Okay grammar kat tajuk entri tu macam ada salah tapi tak pe janji orang faham. Hahahah. Gila sempoi gua nih. :p

Pengumuman, pengumuman. Pembetulan, pembetulan. Aku tak jadi nak ke Cairo hari ini tapi esok petang  (Sabtu) lepas Asar insya-Allah. Mungkin sempat la nak tengok final worldcup pada malam esok. Go Spain, go! Hahahah. Dan seterusnya bertolak ke satu tempat untuk bercuti dan berjalan seusai world cup 2010 tamat dan mengetahui champion nya. Muahahaah..

Apa?? Itu pun nak bagitahu kat semua orang? Hey, suka hati aku lah. Kalau kau tak suka, kau boleh blah okay? Ye memang aku nak bagitahu just sebagai makluman kawan-kawan aku, bukan nak BAGITAHU SATU DUNIA okay??? Kalau dah satu dunia tahu pun apa salahnya?! Ada aku susahkan hidup kau?!

Hey, kenapa marah sangat ni? Macam terasa dengan someone je? Hmmm… lebih kurang begitulah. Who? Hmm.. ada laa..

Ini blog aku dan suka hati aku nak tulis apa. Ini wall aku so suka hati aku nak tulis apa-apa status pun. Wall? Status? FB la maksudnya tu. Dan aku benarkan sesiapa sahaja boleh beri komen pada status aku walaupun bukan dalam friend list aku.

Maafkan aku kalau ada sesiapa terasa. Blog aku walaupun tak glamour tapi aku tahu ramai yang baca walaupun bukan follower aku atau pun bukan blogger. Sebenarnya aku agak segan, bukan bangga. Ngeeeee… Maaf semua, saya bukan artis tapi boleh je nak minta autograph, saya boleh beri. Apa? Nak jadi kekasih saya? Saya minat kaum sejenis la, macam mana ye? Sorry…this page is available for adult only. Pehh…gua dah start merepek. Jangan layan. Huahahahahahhh…

Sudah-sudah lah tu. tak puas hati, cakap la depan-depan okay? Maksud aku, kalau tak puas hati dengan aku la. I am sorry for everything. Line tak berapa kuat nih so aku tak dapat nak blogwalking sangat. Ada yang dapat pun tak dapat nak drop komen. Gua nak rehat, makan, tidur puas-puas hari ini sebab esok mahu jalan jauh. Eh alamak, cakap pasal jalan jauh, beg tak kemas lagi. Waaaa….

07 June 2010

Aku Redha Tapi......

Assalamualaikum...

Ini kisah sedih. Kalau baca tak rasa sedih, buat-buat sedih pun jadi la..

Petang tadi, lebih kurang jam 6 petang aku keluar rumah, teman kawan aku pergi klinik. Kami berjiran je  pun, depan rumah, satu imarah (bangunan). Biasanya aku bawa beg galas, tapi kali ini aku tak bawa.

Kami menaiki tremco ke bandar Tir'ah dan turun di 'hujung jalan'. Maksudnya selepas 'jalan' ini, tremco akan berpatah balik ke kawasan Dirasat, lalu tempat aku tadi, bandar Salam. Klinik itu agak jauh, kami perlu menapak lagi. Dah banyak kali pergi situ tapi kawan aku ni ada banyak sangat appointment (macam salah eja kot) dengan doktor (dentist) sebab dia pasang besi pada gigi dia. Oh aku bukan nak cerita pasal beliau ok?

Sampai di klinik, aku terperasan sesuatu. Eh, mana handset aku ye? Tadi aku pegang. Aku raba poket. Tak ada. Sah, tercicir di mana-mana ni. Aku terduduk di kerusi termenung sekejap. Aku bagitahu kawan aku. Aku masih mengimbas-imbas sepanjang aku keluar rumah tadi handset aku di mana ye? Seingat aku aku pegang je, tak masuk dalam poket. Errr...

Aku ingat-ingat semula, dalam tremco tadi aku pegang tingkap dan kerusi sahaja, aku tak pegang handset aku pun. Adakah aku letak atas riba? (Aku pegang handset guna tangan kiri). Mungkin terjatuh masa nak bangun dan turun dari tremco tadi? Kalau jatuh mesti la bunyi dan aku sedar. Aduii. Aku masih buntu. Kawan aku bagi cadangan jangan misscall dulu mana tauy terselit kat kusyen tempat duduk ke tadi. Dia cadangkan cari tremco tadi dan naik semula, cari. Kalau ada rezeki, ada la, kalau tak ada, redha je.

Actually aku tak kisah kehilangan handset tersebut tapi aku risau gambar-gambar aku dalam tu yang belum aku transfer. Aduss. Ada gambar tak pakai tudung lagi. Biasanya aku delete tapi aku dah tak sempat. Adeii. Aku mula bayangkan yang bukan-bukan. Andainya yang jumpa handset aku tu buat jahat. transfer gambar aku ke komputer, upload di internet dan sebarkan. Ahh tidakkk!!! Na'uzubillahh...

Doktor masih belum datang. Aku keluar kejap dari klinik. Aku menyusuri semula jalan yang kami lalu tadi kot2 la tercicir ke. Mulut aku tak henti-henti berselawat atas nabi. Sambil mengingat semula sejak bila aku mula tak pegang handset aku. Sejak naik tremco ke, atau dah separuh jalan ke.

Akhirnya sampai tempat tremco berhenti tadi. Aku menunggu termco yang kami naik tadi. Aku ingat dan cam konduktor tremco tadi. Dia pakai kemeja corak bunga-bunga kecil campur lambang love. Agak 'girlie' atau 'gay' kot corak macam tu.

Tremco yang ditunggu pun tiba setelah menunggu dalam 10 minit kot. Ye aku memang sangat cam konduktor ini kerana aku cam  corak kemejanya. Ngeh ngeh. Aku naik dan duduk. Ohh.. 'lantai' tremco ini ada alas, jadi kalau handset aku jatuh tadi pun memang tak dengar punya. Maka aku bercadang naik sampai Dirasat dan Mauqaf then patah balik ke Tir'ah. Dala perjalanan yang agak lama itu aku tak henti-henti berdoa mudah-mudahan jumpa la.

Sambil-sambil tu aku mula mengenang apalah dosa-dosa aku hingga diuji begini. Ye aku memang banyak buat salah dan dosa. Aku juga mohon keampunan pada Allah moga diampunkan segala dosa-dosaku samada aku sedari atau tidak.

Aku juga bernazar aku mahu puasa tujuh hari berturut-turut jika handset aku dijumpai. Dan aku tetap akan tunaikan nazar tersebut walaupun handset aku gagal ditemui. Bukankah nazar itu untuk mendekatkan diri kita kepada Allah? Habis kalau tak dapat apa yang kita nak, kita tidak menunaikan nazar tersebut?

Sampai di hujung mauqaf, semua penumpang turun. Aku mula cek semua bawah kerusi, celah-celah dan semua aku teroka. Malangnya... tiada menemukannya. Aku agak kecewa tapi aku redha je la. Tremco patah balik menuju Tir'ah dan aku langsung tak turun dari tremco ini sejak tadi.

Sepanjang perjalanan menuju ke Tir'ah aku masih tak putus-putus berselawat (di mulut) dan berdoa (dalam hati). Sesungguhnya aku memang redha dengan kehilangan handset aku itu tetapi....

Tetapi aku berdoa semoga handset itu tercampak di mana-mana lalu hancur dilanggar kenderaan. Aku tak mahu sesiapa menjumpai handset aku itu. Aku mahu ia musnah. Aku tak redha sesiapa yang guna handset aku itu dan aku tak redha sesiapa buka folder gambar. Sebab itu kalau boleh aku mahu handset itu musnah dan tidak dijumpai sesiapa. Ya Allah, kabulkan permintaanku ini, aku redha dengan kehilangannya tapui aku mahu ia musnah! Aminn...

Aku pergi semula ke klinik tadi. Rupa-rupanya kawan aku dah balik. Alamak kesiannya dia. Aku tinggalkan dia lama sangat kot tadi, dia pun cek sekejap je agaknya. Aduh, maafkanku teman.

Lalu aku keluar dari klinik, sempat singgah kedai buah beli anggur. Aku tak tahu pukul berap sekarang ini tapi langit masih cerah. Aku tahan taxi dan turun di Salam.

Sesungguhnya aku memang redha dan sangat-sangat redha. Dan aku tetap akan tunaikan nazarku. Moga Allah berikanku kekuatan dalam menempuh ujian dan dugaan yang Dia bagi. Aku masih muhasabah diri. Memang banyak salah dan silap aku, dosa aku. Sungguh aku katakan aku tak kisah langsung handset yang canggih dan mahal (tak la mahal dan canggih sangat pun) milik aku hilang tapi aku sangat kisah perihal gambar-gambar dalam handset aku tu!

Tak pe la. Ada hikmah di sebalik semua ini. Aku nak balik. Dah nak Isyak ni (lagi setengah jam kot). Mesti adik-adik aku kat rumah tu risau aku pergi mana la. Ok lah teman, doakan aku terus tabah. Assalamualaikum.


p\s : Aku baru pakai handset aku tu dalam lapan bulan. Sungguh kasihan.




05 May 2010

Berita Kematian Itu Menginsafkan


Assalamualaikum….

Sekarang ini, mana-mana blog pun mengupdate cerita arwah Bro Sham. Sesiapa yang menjadi followers arwah, close dengan dia, akan update cerita pasal dia. Al-Fatihah untuk bro Sham dan moga dia ditempatkan bersama orang-orang beriman lagi soleh. Amiinnn…

Aku akui aku memang close dengan dia sebelum dia sibuk dengan persiapan perkahwinannya. Paling close antara bulan November 2009 hingga awal Januari 2010. Waktu itu musim cuti sekolah jadi dia dan bro Kawie sangat aktif berblog.

Tak ramai kawan blogger yang aku add id ym mereka. Yang terawal aku add ialah Boneka, Kawie dan Bro Sham. Tak lama tu baru lah Mint, Kapten dan Jane. Then Abe Long dan Ada. (aku malas letak link.huhu).

Aduh aku tak mahu kenang dan cerita pasal Bro Sham dan keakraban kami dalam alam maya terutama ym, nanti aku sedih dan menangis. Cuma aku mahu kata, sesungguhnya berita kematian itu sangat-sangat menginsafkan lebih-lebih lagi yang pergi itu adalah di kalangan keluarga kita, sahabat rapat atau at least mengenalinya walau tidak rapat.

Mati itu pasti dan kita tidak tahu bagaimana cara kematian kita nanti. Kita tidak tahu bagaimana ajal menjemput kita. Adakah dengan tenang atas katil? Adakah mengerikan? Adakah mengejutkan dan tidak disangka-sangka?

Yang pergi tetap pergi dan kita yang masih bernyawa ini perlu bersedia menghadapi mati.


Sekian. Sukar dipercayai Bro Sham dah tak ada tapi itulah kenyataannya. :(




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...