Showing posts with label MYSELF. Show all posts
Showing posts with label MYSELF. Show all posts

26 October 2018

Masih Sama Macam Dulu

Assalamualaikum.

  Tak lama lagi nak tiba birthday aku. 3 November ini genap lah usiaku 33 tahun. Dewasa belia. Bukan muda remaja lagi tau. Dah makcik-makcik gitu. Kah kah.

     Sebenarnya aku macam tak perasan aku ni dah 'tua' hehe. Rasa macam tak ada apa yang berubah, sama je macam 10 tahun lepas cuma umur je meningkat. Yang berubah ialah aku dah beranak pinak anak dah tiga.

  Suatu masa dulu perkara yang paling aku takutkan ialah badan aku berubah jadi gemuk bila masuk umur 30. Sebab aku lihat ramai perempuan makin tua makin gemuk lebih-lebih lagi lepas berkahwin dan lepas bersalin. Tapi Alhamdulillah aku tak termasuk dalam golongan 'saban tahun semakin mengembang ' hehe.

  Perkara kedua yang aku takutkan ialah penampilan jadi terlalu tua atau makcik sangat. Ahaha. Yelah tau je lah ada anak kecil bukan sempat sangat nak berhias bagai. Cukuplah sekadar kemas dan sopan. Sebenarnya dari dulu pun aku bukan jenis berdandan beria tapi jenis sempoi. So memang sama je tak berubah.

  Perkara seterusnya yang tak berubah adalah minat aku pada manga dan anime. Cuma tak lah se Otaku dulu. Ada masa, tonton tapi tak lah mencari, tak ekstrem. Hardcore tu dah berkurangan tapi kalau ditanya aku dikira masih otai hahaha. Tinggal lagi tak pernah join cosplay je kakakaka.

   Kehidupan memang berubah tapi ada certain things yang tak akan berubah. Contohnya sikap atau perangai, minat atau kecenderungan, rutin harian dan apa saja yang menjadi trademark diri seseorang.

29 April 2017

Picky Eater

Assalamualaikum.

     Dia kan, kalau time tengah rajin nak update blog, cenggini lah rupa dia. Entri berturut-turut gitu. Hahaha. Tengah rajin dan tengah ada masa. Haaa itu yang sebetulnya. Yang jadi draft tu kekal jadi draft aku tak sambung. Koh koh koh.

      Yang picky eater tu adalah aku. Biasa nya istilah picky eater ni orang guna untuk kanak-kanak kecil yang susah nak makan dan terlalu memilih. Tapi yang aku nak cerita ni pasal diri aku sendiri yang terlalu memilih makanan dan cerewet gila. Itu tak makan, ini tak makan. Sampaikan adik aku dan kawan aku pernah kata, aku ni lebih banyak tak makan daripada makan. Maknanya makanan yang aku tak makan adalah lebih banyak daripada makanan yang aku makan. Malah kalau buat senarai makanan yang aku makan dan tak makan, nescaya senarai makanan yang aku tak makan tu adalah lebih banyak dan panjang berbanding makanan yang aku makan. Hah begitu sekali betapa picky eater tahap dewa. Hahahah.

       Sejak kecil sampai sekarang masih memilih. Tapi sebenarnya dah agak berkurangan bila semakin meningkat dewasa. Sejak masuk asrama umur 13 tahun dan juga bila sambung belajar di Mesir. Dah boleh lah adapt makanan yang dulu aku tak suka. Hahaha. Contohnya laksa. Aku mula belajar makan dan tekak menerima laksa bila aku di negara orang. Haha. Boleh la makan tapi bukanlah dalam kuantiti yang banyak. Pernah la sekali masa ikut marhaban masa remaja dulu. Ada satu rumah ni hidang laksa Penang kot. Nampak macam menyelerakan aku ambil banyak juga. Baru beberapa suap aku dah stop dan termenung jap. Mak aku terus cakap, kau bukan makan laksa, yang ambil banyak tu kenapa. Heheh.

        Aku pun tak tahu lah ikut perangai siapa. Sebab mak abah makan je semua, takde memilih. Bagi yang dah faham dan tahu aku tak makan itu ini, mereka akan ingat. Terima kasih. Haha. Macam sayur pun dulu semua aku tak makan. Bila makin besar dan dewasa, ada lah sebahagian sayur yang aku boleh makan, tekak boleh telan tapi tetap dengan kuantiti yang sedikit atau sederhana. Kalau banyak memang tidaklah. Sekarang ni dah menurun ke Jannah pulak, sama tak nak makan sayur. Hahaha. Habis lah.

     Punyalah banyak benda aku tak makan sampaikan orang kata dengan nada bergurau, senang bela ni, jimat. Hahaha. Mungkin bagi sesetengah orang akan kata aku mengada, tapi aku peduli apa. Hahah. Walaupun aku tak makan atau tak suka satu makanan itu, aku tak ada lah sampai buat muka jijik atau tak suka, jauh sekali mencemuh. Contoh kalau dah terhidang, aku cuma tak sentuh je la makanan tu, aku ambil makanan lain yang kena dengan selera aku. Ala biasa lah. Setiap orang pun mesti ada juga satu atau dua makanan yang tidak disukai dan tak makan. Ataupun kurang gemar, makan sekadar jamah sikit.

     Orang biasa nya akan anggap aku manusia pelik bila tak makan satu makanan tu. Contohnya aku tak suka dan tak makan nasi beryani, nasi Arab, nasi minyak. Bagi kebanyakan orang nasi Arab atau Mandy tu sedap tapi bagi aku tak boleh masuk la dengan tekak aku. Kalau pergi kenduri kahwin memang aku ambil nasi putih. Haha. Contoh lain aku tak makan asam pedas. Memang boleh buat orang kerut kening kepelikan. Orang Johor tak makan asam pedas? Ini luar biasa. Mi bandung dulu pun aku tak makan. Belajar makan bila kat Mesir. Hahah lagi aneh. Bahan tak ada jual di Mesir kena bawa dari Malaysia (udang kering), boleh pula aku baru nak berjinak-jinak makan Mi bandung.

      Tapi ada juga makanan yang aku tak suka makan tu memang tak digalakkan pun untuk dimakan. Makruh dan boleh bawa mudarat pada badan. Contohnya organ dalaman haiwan seperti hati, jantung, paru-paru. Selain itu kepala ikan, bawang, kerang, asam jeruk dan jenis diperam seperti budu, cencalok, tempoyak. Maaf ye aku bukan bias bila sebut budu tu, sekadar menyebut beberapa contoh je. Hehe. Contoh lain sushi (sebab mentah atau separuh masak tapi tak semua lah). Aku pernah la cuba makan sushi hmmm...memang tak kena dengan tekak aku. Lagi satu halawiat (manisan-manisan) biasa nya orang Arab memang suka makan, uii memang le aku tak makan, manis sangat.

     OK sekarang ni penulisan aku agak terganggu sedikit. Nun jauh di sana ada pasang karaoke orang kawen (majlisnya esok). Biasa lah kampung. Di ruang tamu pula zauji sejak tadi tengok apa tah kat YouTube nyanyi-nyanyi jugak. Huk aloh betoi la.  Adik dah tido. Hmm nampak gaya aku kena stop lah ni hahaha. Ok bai.

16 April 2017

Ini Adalah Cara Aku

Assalamualaikum.

     Dah namanya pun blog peribadi. Jadi sudah tentulah cerita pasal life aku dan pendapat peribadi aku bagi pelbagai topik yang diketengahkan. Tak puas hati? Tak paksa pun untuk baca. Bukan angkuh tapi haters gonna hate kan. Ada aku kisah? Hahahaha.

    Bagi readers yang follow blog ini Sejak dulu dah tentu mengetahui yang aku jarang sangat letak gambar sendiri. Ada lah beberapa keping masa zaman entries jaulah Mesir dulu-dulu itu pun semua aku dah delete agaknya. Hahaha. Aku pun dah lama tak cek. Ini memang style aku lah. Tidak akan upload foto diri sendiri ke laman sosial. Sejak zaman friendster lagi kot. Myspace. Sampai lah ke zaman Facebook, Twitter dan instagram sekarang ini. Cuma ada album gambar kahwin je la kat Facebook tahun 2012 tu. Hoho.

      Trend lah sekarang ni kan selfie dan upload ke laman sosial. Tak kira lah lelaki ke perempuan ke, tua muda, remaja dewasa orang tua, artis ke ustaz ustazah ke Ramai yang kaki selfie lantas gambar di upload ke media sosial. Aku kalau upload pun gambar anak-anak je. Gambar mak nya nan hado. Keh keh keh. Well, ini adalah cara aku. Sampai bila-bila pun akan kekal begini. Kat galeri hp aku pun mana ada gambar selfie aku. Sekeping pun tak ada. Hahaha. Mungkin ada setengah orang yang bukan jenis upload gambar selfie dia ke media sosial tapi kat galeri hp banyak gambar selfie. Untuk simpanan sendiri je, takde upload bagai.

      Tapi tidak lah bermakna aku mengecam mereka yang kaki selfie dan kaki upload gambar sendiri ke media sosial (terutama perempuan). Itu hak masing-masing. Asalkan terkawal sudah lah. Kalau yang melebih sangat rasa meluat juga dalam hati ni tapi let it go je. Takde sampai nak unfriend. Ahaha. Berlapang dada sahaja. Dia punya Facebook dan Instagram, dia punya suka lah nak muat naik (amboi Bahasa Malaysia/ Melayu katanya Hahah) gambar sendiri lapan juta kali sehari pun. Asalkan mereka bahagia. Walaupun hakikatnya sebahagian daripada mereka mungkin kesunyian. Kesunyian jadi perlukan komen dan like sedikit lah bila muat naik gambar. Ops, jangan marah haaa. Saje je bagi panas line.

     Jadi orang yang tak upload gambar sendiri ke laman sosial ni jenis yang kurang keyakinan diri ke? Hahaha sebab ada yang kata gitu. Kurang keyakinan diri sebab tak cantik ke gemuk ke apa ke. Setiap orang ada alasan tersendiri. Ada orang memang penyegan dan pemalu teramat (aku lah salah seorangnya. Bluek). Ada orang jenis menjaga exclusive diri, tak semudah itu orang nak tengok wajahnya. Ada orang sebab jaga syariat dan ikhtilat. Ada orang sebab rasa tak ada keperluan pun nak muat naik. Anda yang mana? Hehe.

      Oleh sebab itu aku tidak sesuai menjadi peniaga online. Aduh tetiba plak kan. Yelah, untuk meraih kepercayaan pembeli untuk membeli produk kita, mestilah kena tonjolkan diri. Jadi orang pun tahu bukan scammer atau fake account. Nama pun mesti nama sebenar, bukan nama samaran. Kalau jual kosmetik, mesti lah kena muat naik gambar sendiri untuk orang lain tengok dan nilai. Itu contoh je lah. Jadi dengan identiti aku yang serba misteri ini, gambar sendiri tak ada, nama samaran bukan nama sebenar, orang pun dalam keraguan entah lelaki ke perempuan. Kakaka. Pernah orang pm fb aku panggil Abang, Encik. Hohohoh. Aptb. Yang lagi kelakar ada orang ingat aku pilot atau kelasi kapal. Kapten lah katakan. Amboi amboi. Boleh add fb guwa Kapten Unohana ye (ceh sempat promote hak tuih).

      Berbalik pada cerita asal. Gambar di laman sosial. Gambar selfie ke orang tolong snap ke, jangan harap la aku akan upload di laman sosial. Melainkan ada yang tag nama aku, baru lah ada. Itu pun kalau gambar terlalu dekat aku remove tag dan delete. Sorry guys. Haha. Ai tak suka. Lagi pun ai bukan retis nak kena ada gambar di laman sosial bagi peminat tengok. Gitu.

     

Semakin Tua


  • Assalamualaikum.


    Sebenarnya kan, aku ada empat entries yang masih menjadi draft dan tidak dipublish. Biasa nya bila tengah syok menaip tu tiba-tiba ada hal dan terpaksa pause gitu. Konon-konon nak sambung taip dan habiskan bila ada masa free tapi hampeh. Ideanya sudah tak kembali mencurah dan topik pun macam dah basi. Maka kekal lah ia menjadi draft.

     Macam hari ni aku terus je klik new post. Hahahah. Tengok lah nanti kalau rajin aku habiskan menulis yang masih terbengkalai tu. Kalau tak rajin, aku delete je senang cerita. Hohohoh.

     Di usia aku yang dah masuk 30-an ni, ada sesuatu yang merunsingkan aku.  Cuba teka apa dia?
Kulit berkedut? Bukan.
Stamina makin berkurangan atau kurang fit? Bukan.
Berat badan bertambah? Bukan.

   Jeng jeng jeng. Jawapannya ialah Gigi. Hahaha. Yup gigi (teeth). Aku risau gigi aku semakin mereput atau berlubang sampai kena cabut. Oh no. Sensitif kalau pasal gigi ni.

    Beberapa minggu lepas aku perasan gigi atas aku ni bahagian hadapan ada macam terhakis sikit. Sekali pandang orang tak akan perasan pun tapi bila look closer (amboi speaking) akan nampak. Oleh kerana kedudukan gigi aku rapat-rapat (tak jarang) jadi bagi aku agak nampak tak lawa lah macam ada lubang. Aku dah risau gila sebenarnya. Siap cakap dengan zauji aku nak 'buat gigi' yang macam dia pernah buat dulu.

       Pernah dengar tak 'gigi pecah'? Dia macam struktur atau bentuk gigi tu terpecah atau crack. Macam batu bata tu kalau pecah bahagian bucunya. Gitu lah lebih kurang. Gigi yang terpecah sedikit itu boleh dibuat semula. Adalah kaedah nya dan bahan khas yang dentist guna untuk baiki gigi tu. Selepas treatment tu gigi akan terbentuk seperti asal. Biasanya untuk gigi kapak lah yang lapan batang tu. Gigi taring pun boleh. Yelah bila kita sengih mesti nampak semua gigi depan. Mesti mau cantik maa.

      Sebenarnya semua gigi aku yang 32 batang ni memang masih elok dan kuat. Alhamdulillah masih penuh. Biasa juga aku dengar belia yang sebaya aku atau akhir 20-an sudah kehilangan beberapa batang gigi geraham. Yang asalnya berlubang tapi dah tak boleh ditampal lagi dah. Senang kata dah rosak dan perlu dicabut. Ada sesetengah kes lain pulak susunan gigi geraham tak rata dan bertindih, perlu juga dicabut sebatang dua untuk bagi lebih ruang kat gigi ngam dengan gusi. Dan paling biasa bila wanita hamil yang kekurangan kalsium pun gigi boleh reput dan rapuh. Tak kuat. Maka terpaksa juga dicabut gigi yang yang rosak akibat kekurangan kalsium (dah disedut oleh janin).

    Jadi aku tak nak lah umur belum masuk 40-50 tahun gigi dah mula rongak. Itu bukan isunya sekarang. Yang sekarang ni aku nak bikin gigi aku yang dah tersopak sikit ni jadi kembali seperti asal. Gigi tak putih tak apa tapi asalkan tak ada sopak. Hah gitu. Tapi entah bila masa yang sesuai nak pergi buat tu tak tahu lah. Dengan anak dah dua orang ni aku tengah bayangkan macam mana zauji handle sepanjang aku dalam bilik doktor untuk buat gigi. Hahaha. Kalut tak kalut lah.

      Baru-baru ni masa scroll wall fb aku, ternampak satu video pasal buat gigi ni lah. Dalam video tu gigi orang tu lagi teruk pecahnya. Hampir separuh daripada sebatang gigi tu hilang. Gigi kapak paling depan tu bahagian atas. Tapi durasi sebenar aku tak tahu berapa lama masa diambil sebab video tu dicepatkan fast forward. Rumit juga nak membuatnya. Step by step. Tapi hasilnya memang superb. Sebiji serupa dengan gigi asal. Terbaik.

      Kalau kalian kenal penyanyi tu. Azmi vokalis Caliph Buskers. Masa awal kemunculan dia pertama kali keluar TV masa AJL 29 nyanyi lagu Roman Cinta. Gigi dia macam rongak. Sebenarnya tak rongak terus tapi cuma pecah yang agak besar sampai kelihatan seperti rongak. Beberapa bulan lepas tu dia pergi buat gigi dan gigi beliau kembali 'penuh'. Point nya aku nak cakap, kalau pecah yang besar pun boleh dibuat apatah lagi yang sikit je macam gigi aku ni mesti lagi boleh. Hahaha. Hmmm tapi bila lah boleh buat tu. Murung kejap bila fikir.

      Sebenarnya dulu aku tak tahu pun yang gigi terpecah atau tersopak atau tersompek boleh di repair. Maksudnya tak ada lah sampai kena cabut gigi asal dan bikin gigi palsu. Hanya bila zauji buat beberapa tahun lepas tu lah baru aku tahu. Dah hampir lima tahun aku tengok gigi zauji yang dia buat dulu tu masih kuat. Kecanggihan teknologi. Thumbs up.

    Ini aku rasa karang gigi dah muncul semula. Last buang karang tu tahun 2012. Jadi sekarang ni persoalannya aku nak kena buang karang gigi dulu atau nak terus repair gigi aku yang terpecah sikit ni? Adoi. Dilema sungguh.

24 March 2017

When They Call Me Ustazah

Assalamualaikum.

    Sejujurnya sejak dulu sampai sekarang pun aku masih rasa tidak layak dipanggil ustazah. 'Dulu' tu means tahun 2007 masa aku jadi guru kafa atau bahasa mudah Cikgu sekolah agama Johor. Rasa tak layak ada banyak sebab. Dari segi ilmu, akhlak dan lifestyle masih belum mencapai standart ustaz ustazah. Ah, nak terangkan pun tak tau la kome boleh faham ke. Haha.

    Dulu masa mengajar sekolah agama sekejap memang haruslah dipanggil ustazah. Hehehe. Tak lama pun 3 bulan je lepas tu jadi pembantu tadbir kat maij. Setahun lepas tu sambung belajar Mesir pulak.

      Bertitik tolak di Mesir lah panggilan ustazah itu kembali. Biasa lah sana, pelajar lelaki Azhari dipanggil ustaz, yang perempuan dipanggil ustazah. Masa berkomunikasi sesama ikhwah akhawat pun memang kena guna ustaz ustazah. Selebihnya tu saya, ana. Biasa lah tu. Melainkan pelajar perubatan, kita panggil doktor terus walaupun belum jadi doktor lagi (bakal doktor).

    Mula-mula rasa janggal juga. Tapi lama kelamaan jadi biasa. Yelah dulu zaman sekolah dan diploma panggil nama je (berlainan jantina). Kat Mesir jadi lain. Hehe. Kira panggilan paling sopan dan terhormat. Gitu. Tak kan la nak panggil senior/ Abang/ bae (muntah jap).

    Dah tamat belajar, balik Malaysia. Mengajar kat satu sekolah swasta ni, jadi ustazah juga sebab mengajar pai, psi, pqs, bak dan bat (nampak tak aku malas nak taip perkataan penuh dan malas caps lock Hahaha). Ada sesetengah murid panggil aku Cikgu. Tak kisah pun. Sama je maknanya.
Lepas tu mengajar sekolah tahfiz swasta jadi guru tasme' alQuran mestilah dipanggil ustazah juga. Hoho.

      Genap umur Jannah setahun, aku pun quit atas sebab tertentu. Tahun yang sama zauji buka pusat rawatan. Ingat lagi premis  di Jalan Kebudayaan berdekatan dengan Bank Rakyat. Kedai tingkat atas yang asalnya spa muslimah owner jual. Ok itu cerita lain lah. Nak cerita pasal panggilan ustazah ni kita sambung ye.

      Satu hari tu, masa di pusat rawatan. Pesakit sedang dirawat zauji. Warisnya duduk menunggu di sofa. Isteri pesakit memang peramah dan suka berbual. Dah banyak kali datang. Setiap kali datang mesti tanya nama aku (orang tua biasa lah pelupa banyak Hahaha). Aku memang perkenalkan diri nama je takde guna ustazah pun. Tapi anak-anak makcik tu (dah berkahwin dan bawa anak) memang panggil aku ustazah. Yelah sebab isteri ustaz memang biasa nya ustazah jugak la kot orang agak. Hahah.
Tiba-tiba makcik tu tanya soalan,
"Awak ni Cikgu ke ada mengajar mana-mana?"
Aku jawab,
"Tak lah. Saya surirumah je tak bekerja. Cuma tolong ustaz sikit-sikit."
Then dia tanya pula macam ni,
"Tapi kenapa dipanggil ustazah?"

Hohoho. Mungkin pada makcik ni yang dipanggil ustazah mesti la kena mengajar kat sekolah ke, kolej ke. Gitu kot fikiran orang tua. Kakakakaka. Aku pun jawab,
"Dulu pernah lah mengajar sekolah tahfiz tapi dah berhenti."
Kemudian makin banyak lah soalan beliau tanya kenapa berhenti, tak nak mengajar lagi ke dan macam-macam lagi. Aku jawab jawapan standart je lah.

      OK sekarang bila melayan whatsapp atau SMS client yang bertanya pasal rawatan atau nak buat temujanji. Bila aku dah perkenalkan diri sebagainya ustazah, client akan panggil ustazah atau puan. OK lah puan tu pun ok standart. Tapi ada juga panggil akak. Ok masih boleh terima lagi. Yang lagi teruk panggil awak. Ades. Apa punya orang lah. Teruk betul la communication skill dia. Padahal kita sudah memperkenalkan diri sebagai sekian sekian. Kalau aku tak perkenalkan diri, orang panggil ustaz/ tuan/ encik tu biasa lah. Yang panggil awak awak ni aku pun tak tahu lah umur dia berapa, mak orang ke bukan. Yelah dalam whatsapp je kan bukan nampak muka. Hahah.

      Panggil puan pun ok. Panggilan hormat. Orang tua ke muda ke boleh panggil dengan gelaran puan tu. Ustazah pun boleh. Tak ada masalah. Hehehe. Panggil nama je pun aku ok (biasa nya yang pangkat kakak atau makcik/ lebih tua dari aku). Sebab biasa nya aku tak berjumpa atau bertentang mata dengan pesakit atau waris. Aku cuma susun temujanji dalam alam maya je. Boleh kata 90% pesakit aku tak pernah tengok muka mereka depan-depan. Hanya kenal dalam whatsapp sahaja tak pernah jumpa orangnya.

        Kawan blogger pun ada juga yang panggil ustazah. Masa zaman kegemilangan blog dulu lah 2009-2011. Kawan Facebook, kawan cyber social media, schoolmate classmate. Mana-mana yang kenal dan tahu den pernah belajar kat Mesir dedulu. Tak lah ramai sangat tapi adalah juga. Hahaha. Hashtag #bukanoranghebat #biasabiasaje #sederhanawasotiyah.

     Kalau kengkawan yang kenal perangai aku diorang panggil aku ustazah rock. Kau ada? Hahaha. Kbai.


05 April 2016

Perempuan dan Barang Branded?

Assalamualaikum...
   Yuhuu! Rajin kan mak update blog? Sesambil la kata orang. Apa saja topik terlintas di fikiran, ada masa kita tulis. Tak ada masa simpan je dulu. Aha.. gitu..
   Tajuk best tak kali ni? Sebenarnya bukan nak fokus cerita pasal barang branded tapi asalnya pasal barang mahal tak kisah la makanan ke, toileteries ke, pakaian ke whatever la yang harga agak mahal dan berfikir banyak kali sebelum beli.
   Sambil mengimbau kenangan silam juga sikit-sikit. Aku bukanlah dari keluarga senang. Biasa-biasa je. Dulu sekolah rendah tak pernah makan kfc pun. Itu isu lain. Isu abah was-was akan kehalalannya. Hahah. Bila masuk asrama, baru ada peluang makan kfc bila time outing. Rasanya setahun sekali je kot. Ahahah. Itu pun kawan order kan kat kaunter, aku tunggu belakang. Hahah. Ye la aku kan budak kampung, mana reti benda ni semua. Lepas tu bila dah masuk alam IPT, baru pandai order sendiri, kakaka. Dulu masa budak mana lah ada duit sangat, rasa sayang gila duit nak makan kfc. Bila dah masuk alam pekerjaan, seiring dengan zaman fast food bersepah, senang nak jumpa kat mana-mana pun francais, boleh kata selalu la makan. Dulu zaman aku sekolah francais tak banyak macam sekarang.
    Habis cerita kfc, cerita pasal coklat cadbury pula. Dulu time duduk asrama bila tengok anak orang kaya makan coklat cadbury yang bar besar tu, wahh.. untungnya. Aku kalau teringin beli yang kecil je lah, mahal kan. Lepas tu kinder bueno, ferrero rocher, fikir banyak kali kalau nak beli. Haha. Banyak lagi la kalau pasal makanan dan makan tempat mahal ni, pizza hut la, kenny rodgers la dan macam-macam lagi. Aku  standart makan kat warung-warung je.
   Kalau pasal mekap dan alat mandian, sampai sekarang pun aku guna yang biasa je. Dulu duduk asrama aku guna sabun mandi jenis buku je. Takde lah guna jenis gel. Mahal kot. Kali pertama beli Shokobutsu masa kat kolej. Kelas kau. Orang kampung macam aku ni mana pernah guna shower gel. Hahah. Syampu pun biasa-biasa je sunsilk. Bila zaman dah kerja, bedak ke lipstik ke guna silky girl (sampai sekarang setia dengan silky girl). Bila time hantaran kawen, maybelline uolls, hahaha. Tapi tak lah semahal Mac ke apa tah jenama lain yang ratus-ratus tu. I bukan perempuan mentenen tinggi.
    Bila dah ada duit sendiri, selera aku masih biasa lagi, tak ada lah ghairah nak pakai barang mahal. Handset biasa je tak de sampai ipong. Beg tangan dan kasut? Tak pernah harga ratus-ratus, ribu jauh sekali. Hatta pakaian dalam pun, paling mahal triumph. Hey, bra dan spender pun ada harga sampai ratus-ratus tau. Tapi mak ni ukur baju di badan sendiri. Hahaha. Tak mampu mak nak beli yang mahal gilos ni.
   Aku tak kecam tau perempuan yang mentenen tinggi barang semua nak branded. Hak masing-masing. Kata orang tu, beli yang mahal tu sebagai reward untuk diri yang susah payah cari duit. Why not? Hasil titik peluh sendiri. Tak minta duit orang pun kan. Walaupun mahal tapi kualiti terbaik. Berbaloi.
   Bab tudung pula. Ahaa... tengah viral sekarang pasal Fareeda yang video pelanggan berasak-asak dan tolak menolak rempuh merempuh. Aku tak klik untuk tengok video tu sebab nak jimat data, haha. No komen. Nak beli tudung mahal nak mampos macam tu memang tidak lah. Hahaha. Tak apa, minat orang kan lain-lain. Kau mampu beli, beli je tak salah pun, hihi. Begitu juga telekung Siti Khadijah yang beratus harganya. Kalau yang ini, aku teringin juga. Hahaha, bab solat tak apa mahal pun. Kata orang kainnya lembut gila, sedap sangat pakai. Yelah, mahal mesti la material terbaik.
    Asalkan kau mampu, tak ada hal nak pakai barang semua yang branded. Tapi jangan sampai biar papa asal bergaya. Salah konsep tu. Utamakan yang lebih penting dalam hidup. Makan minum terutamanya. Sampai ikat perut demi nak beli barang mahal, silap tu. Bersederhana lagi bagus lah. Hehe.
  

05 October 2010

Tabiat Huduh Time Pedicure??


Assalamualaikum..

Oh ini bukan pedicure yang dibuat di spa atau salun (salun? Ada ke?). Paling penting bukan orang lain buatkan pedicure tapi diri sendiri. Kuing3. Pernah ke kalian lakukan pedicure? Hohoho.

Pedicure yang aku maksudkan adalah pedicure yang sempoi sahaja tanpa mengilatkan kuku kaki dengan bahan tertentu. Heheh. Just bersihkan kotoran pada kuku, potong kuku dan ‘asah’ kuku. Tak sesuai pula asah kuku. Apa nak panggil eh? Ah apa-apa saja lah.

Nak tanya sikit. Kui3. Pernahkah atau selalu kah korang, masa bersihkan kotoran di kuku kaki, time cungkil-cungkil kotoran (ayat macam pengotor ke haha), then bila dapat keluarkan, korang menghidu bau kotoran itu? Kah kah kah, aku selalu buat begitu ok? Dah tahu baunya kurang menyenangkan tapi tetap nak hidu juga. Muahahaha. Ini adalah tabiat huduh semasa kerja-kerja pedicure dilakukan. Hak hak hak.

Hahahah poyo kut entri aku ni. Ahahaha. 



21 February 2010

ANAK SULUNG? ANAK TENGAH? ANAK BONGSU?

Assalamualaikum...

Hmm aku ada banyak baca tentang kajian karektor-karektor anak sulung, tengah, bongsu atau tunggal termasuk dalam hal mencari pasangan berpandukan urutan kelahiran seseorang itu. Haha.

Hasil kajian tersebut memang ada benarnya. Kajian karektor anak sulung memang tepat dan kena dengan aku. Apa yang aku boleh rumuskan.. aku seorang anak sulung yang…

1 - Ingin Menguasai
- aku rasa semua anak sulung ada sikap ini (sila mengaku wahai anak sulung). Sebab aku adalah paling tua jadi adik-adik aku wajib hormat aku muahahaha. Tapi sifat ingin menguasai ini bukan sahaja terhadap adik-adik malah terhadap sesiapa sahaja sebenarnya termasuk kawan-kawan, kekasih atau orang bawahan (kalau aku ketua muahahaha).

2 - Manja
- aku mengaku aku sebenarnya seorang yang manja ngeeeee~. Kalau nak tahu, abah yang isikan borang-borang aku masuk sekolah menengah, maahad, marsah, upu, matrikulasi dan borang-borang apa lagi tah. Aku tinggal tandatangan sahaja. Betapa manjanya aku agagaga. Tapi jangan salah faham. Abah tolong isikan sebab takut aku salah isi dan borang rosak pula. Hahah. Malah abah yang fotostat segala macam ic, sijil-sijil dsb. Pendek kata bab-bab sekolah dan pelajaran nih memang abah uruskan segala-galanya termasuk isikan borang yang sepatutnya aku kena isi sendiri. Ngeeee… hoho itu cuma salah contoh akan kemanjaan diriku di mana abah yang buat semua aku tinggal tandatangan. Teruk betul! Hak hak.

3 - Keras kepala atau degil
- hoho ini memang sangat-sangat tepat. Aku memang sangat-sangat keras kepala dan degil.

4 - Sifat tidak mahu kalah
- wuii aku memang dari dulu begini. Sentiasa nak menang je kalau gaduh atau bertengkar. Dah namanya pun keras kepala hahah. Tapi bila makin dewasa aku jadi makin rasional dan tidaklah asyik nak menang je kalau berbalah. Kalau betul aku salah, aku mengalah dan diam. Tapi kalau aku rasa aku tak salah dan kata-kata aku benar, memang aku akan terus perjuangkan. Cehh..

5 - Bertanggungjawab
- Ceh macam puji diri agaga. Tapi sebagai anak sulung aku memang lebih rasa bertanggungjawab terhadap adik-adik. Cehh ayat cam poyo.

6 - Caring / ambil berat
- aku bukan jenis tunjuk sgt akan ke’caring’an diriku ini tapi ada masa-masa nya orang akan perasan la aku ni caring. Hahah poyo lagi ayat aku (macam nak lempang). Serius kadang-kadang orang tak sangka aku camtu sebab aku kan ala-ala ganas gito hak hak.

7 - Ingin melindungi
- hmm ye aku seboleh-bolehnya akan melindungi adik-adik, famili, kawan-kawan dan sesiapa sahaja yang aku sayang. Weeee haha.

8 - Pendamai
- aku memang suka jadi pendamai bila ade siapa-siapa bertegang urat atau bertengkar. Tak baik la gaduh-gaduh ni, rilex-rilex sudah wei. Huhu. Hmm aku macam ade terbaca biasanya anak tengah dan bongsu memang suka jadi batu api. Hahaha jangan marah!

9 - Lebih suka memerhati
- aku lebih suka memerhati daripada bercakap atau keluarkan pendapat. Dan aku mudah setuju dgn pendapat orang kalau dirasakan relevan. Kalau dalam mesyuarat ke apa aku jarang sangat bagi cadangan atau komen apa-apa. Aku lebih suka diam.

10 - Ego
- ngeee anak sulung memang semuanya ego belaka. Yelah, dia paling tua. Semua kena ikut cakap dia. Jgn membantah. Haha.

11 – Tegas dan garang
- aku jenis tetap pendirian dan tidak akan ubah keputusan yang telah aku buat. Aku memang tegas dan berkeras dengan apa yang aku buat dan mahu tak kira apa pun. Dan aku memang budak garang ahahahaha.

12- Berdikari
- Biasalah semua anak sulung memang begini. Aku lebih suka buat kerja sendiri tanpa minta pertolongan orang. Pendek kata tak mahu menyusahkan orang. Aku bukan jenis suka ajak kawan  untuk menemani aku mana-mana. Ye lah, kita pun tahu mereka mungkin ada kerja lain nak dibuat dan kita tidak mahu mengganggu atau mengambil masa mereka semata-mata untuk menemani kita.


Anak tengah pula sangat-sangat perahsia dan kurang percaya orang lain. Suka pendam rasa dan mudah tertekan. Penyayang dan pandai ambil hati.

Anak bongsu pula manja dan selalu inginkan perhatian. Kadang-kadang rasa terpinggir dan rasa tidak dipedulikan maka ada sedikit sikap mudah putus asa. Mudah beralah dan sentiasa tenang. Sukar mengawal situasi dan perlukan dorongan.

Anda pula bagaimana? Hahaha.

03 December 2009

Akauntan Sempoi

Aku dari kecik mmg suka 'bermain dgn nombor'. Maknanya aku suka mengira samada dgn mencongak atau pun conteng kt buku2 kotor.

Sejak sekolah aku ade buku akaun sendiri. Duit aku kuar masuk. Tp lbh kpd perbelanjaan harian aku gitu. Nk tgk aku ni boros ke x. Tp xle aku catat kt satu buku khas je. Kejap kt kertas kajang, kejap kt diari, keja kt buku 2, kejap kt buku ni. Sempoi je.

Ia berterusan smpai aku blaja kt MARSAH n seterusnya smpai aku keje. Aku mmg catat perbelanjaan harian aku n siap buat purata utk tiap2 bln. Maknanya dlm bulan tu, purata sehari aku belanja berapa. PErbelanjaan tu termasuk la sewa umah, bil api air, topup dsb.

Sampai kt Mesir, aku wujudkn buku khas utk kira2, perbelanjaan aku keluar masuk. (cehh). So aku leh bandingkan bulan mana plg aku byk pakai duit. Mmg aku catat dr sekecil2 belanja hingga sebesar2 belanja. Bunyi2 nya mcm aku terlalu protokol n sistematik tp aku mmg suka mcm ni. Mungkin org akan kata aku terlalu kompleks tp aku peduli hapa!! hahaha!!

Aku akan teruskan benda ni sampai la aku hbs blaja, keje n dh kawin. Kira seumur hidup la..haha. Ala..sempoi2 je xperlu skema sgt. Yg penting ade buku khas n xbercampur dgn perkara lain. Khas utk kuar masuk duit n perbelanjaan harian je. Anda pula bagaimana? Haha..

p/s :- bila aku nk kaya ni? hahaha...



28 November 2009

aku memang kuat makan.....


kucing kt umah yg bernama Oren... xde kaitan ngn entri aku kali ni..


smlm aku beraya sakan. makan je kerjanya. aku kalu time musim perayaan ni nafsu makan aku membuak2 gitu. selera makan aku begitu luar biasa. hahah..

smlm beraya smpai 10 buah umh n semua hidang makanan berat. nasi himpit, mee2 kuah, laksa. setiap umah aku bedal hidangan mereka. sampai nk jalan blik umh pn xlarat coz perut kenyang...I(xlarat nk bwk perut yg isi makanan byk sgt..).

kwn2 aku pelik tgk aku. bdn kecik tp kuat makan. makan banyak tp xgemok pon. mcm hari 2 aku ke JB n BP umh kwn aku. aku tdo umh mak dia kt BP coz esoknya nk g kenduri umah Akma kt Mersing. 2mlm aku tdo umh dia. mmg keje aku makan je. ptg balik dr umh akma kitorg singgah pasar malam. mak oi byk gile makanan aku beli.. sampai boyfren kwn aku ckp cmni..

"ko biasa tdo kul bpe".
"xtentu gak. biasa kul 12lbh laa.."
"hah kalo cm2 ko kena beli makanan yg cukup smpai kul 12mlm tu."

cilako perli gua. dia bimbang makanan aku beli xcukup utk isi perut aku nih sampai wktu tido.

aku kalau beraya umh org (xkisah le ngn famili ke kwn2), aku akan mkn n minum xberenti..(hah??). xde la. biasa la kalau org tua berborak kn lama..(merujuk pd my parents borak ngn kwn2 mereka time beraya) so aku akan terus makan smpai la dh nk beredar bru aku berenti. mkn kuih je pon bkn makanan berat, xksah la 2.

org xhbs2 suh aku mkn byk coz aku kurus sgt. masalahnye aku mmg makan banyak tp badan xnaik2. so kurus aku adalah semulajadi bkn sebab xmakan. lgpun aku mmg xsuka gemok n aku selesa n suka dgn badan aku skrg...hahaha...

p/s :- kurus xpe janji sehat n subur..(ehhh????)

14 November 2009

tangan kiri aku lg kuat drpd tangan kanan??

Aku bkn la seorg yg kidal tp cuma kdg2 aku rase tgn kiri aku lg kuat drpd tgn kanan. Sbg contoh, klu nk bukak air botol plastik...aku akan guna tgn kiri. Tgn kanan xkuat, percaya x? Begitu jgk botol2 lain cm botol sos ke n ape2 yg baru beli n msh ketat nk bukak. Mmg aku guna tgn kiri utk membukak nye. Knp ye mcm 2? Aku pn xfhm...

Itu pasal kekuatan n daya upaya tgn aku. Tp yg lg best campur pelik (bg sesetgh org kot) aku main handset ngn tgn kiri n jari2 tgn kiri. Xkisah la main msg ke, game ke, godeh2 handset ke...aku lbh biasa guna tgn kiri tp kekok ble guna tgn kanan. Hoh cmne 2. Klu jwb call mmg aku guna tgn kiri n guna telinga kiri (telinga kiri aku lbh peka drpd telinga kanan). Tp aku menulis n melukis mmg guna tgn kanan la...hahah.

Ape pun...'yamin aula' dlm apa jua kerja pun. Dahulukn kanan lbh baik n lbh byk pahala. Pd yg kidal 2 lain kes la. Tp aku mmg suka tgk org2 kidal menulis. Cam nampak comel je (hoh??).




12 November 2009

aku dan cita-cita...

Aku ingat lagi dulu-dulu waktu sekolah rendah ada isi satu kad. Ada tiga ruangan cita-cita kena isi. Masa kecil macam-macam nak jadi. Cikgu, polis, jururawat, doktor dan macam-macam lagi lah. Aku pun tak ingat cita-cita apakah yang paling kerap dipilih olehku untuk diisi pada ruangn cita-cita itu. Eheks.

Itu adalah cita-cita rasmi atau istilah lain, cita-cita budak pandai..(ehh? ada ke?). Kalau cita-cita yang bukan-bukan atau mengarut dan macam poyo ialah... heheh. Aku kadang-kadang (masa kecil) aku ada cita-cita nak jadi penyanyi. Wah macam best je kalau betol jadi. Bila masuk sekolah menengah pun masih ada cita-cita nak jadi penyanyi tapi bukan solo. Ada band sendiri. Wahaha. Dan jadi pemuzik juga (aku memang poyo). Pendek kata jadi artis la. hahah. Dan dalam masa yang sama aku jadi kartunis dan pelukis. Hoho...murnikah cita-cita sebegitu? Toink..

Bila masuk sekolah menengah, aku bercita-cita nak jadi saintis. Best juga kerja dalam makmal. Kaji sesuatu, selidik sesuatu. Kalau bukan saintis, yang seangkatan dengannya macam penyelidik, ahli astronomi dan apa-apa la yang berkaitan dengan sains. Aku memang minat sangat subjek sains.

Tapi bila naik tingkatan empat aku terpaksa melupakan cita-cita jadi saintis sebab aku tak masuk kelas sains, just masuk kelas akaun. Walaupun result PMR aku Sains dan Math A, tetapi masih tak layak untuk masuk kelas Sains Tulen yang hanya 7A ke atas boleh masuk. Abah tak bagi aku pindah sekolah untuk ambil sains tulen sbb nanti dah tak belajar bahasa Arab di sekolah biasa atau sekolah teknik. Tak apa lah aku ikut cakap abah (anak yang baik lagi taat..).

So mulai saat itu aku mula rasa samar-samar aku nak jadi apa bila dewasa (sekarang dah dewasa sikit la. hahah). Aku betul-betul tak tahu mana arah tuju aku. Minat aku cenderung ke lain, tapi aku belajar benda lain. Macam mana ni? Dulu-dulu waktu kecil aku pernah juga ada cita-cita nak jadi pereka fesyen, arkitek dan apa-apa la yang lukis-lukis nih. Sebab aku memang suka melukis. Tak kira la lukis orang ke, pemandangan ke, pelan bangunan dan rumah ke.. Apa saja. Lepas SPM aku pernah temuduga untuk kos yang aku pilih nak masuk U tempatan, seni bina landskap. Tapi waktu itu aku sudah salah lukis. Tak ikut arahan. Bodoh juga masa itu. Tapi itu ialah ketentuan Allah. Sebenarnya Allah tak bagi aku teruskan dalam bidang itu.(nanti aku akan cerita di entri lain kali).

Aku juga ada cita-cita nak jadi...err.. malu pula nak cakap. Aku minat juga kerja yang ada pakaian seragam nih. Seperti polis, kastam, jururawat. Macam best. Segak je bila pakai uniform polis. kihkihkih... Selain itu dulu-dulu ada juga cita-cita nak jad penulis. Tak kisah la penulis novel ke cerpen ke atau pengarang akhbar ke (wahh...besar punya cita-cita..).

Right now... cita-cita ku yang besar lagi murni ialah nak jadi Pegawai Hal Ehwal Islam. Wah bunyi macam bagus-bagus je. heheh. Actually, aku nak 'melarikan diri' dari jadi cikgu. (jahatkah aku?). No, aku rasa aku tak ada bakat untuk jadi cikgu, boleh? Guru tasmik Quran tak apa, atau guru ajar tajwid dan Quran. Itu aku tak kisah. Tapi kalau yang lain... errr....tak pasti.

Abah asyik cakap lepas habis belaja di sini, ambil  Diploma Pendidikan setahun dan terus jadi cikgu. Tolonglah...aku tak pernah setuju(protes dalam hati je tak berani nak bangkang abah.kui3). Setahun itu buang masa lagi. Aku nak terus kerja. Alasan abah, cikgu ada ijazah terus gred DG41, gaji besar dan apa-apa lagi tah abah bebel aku tak ingat. Hmm...gred jawatan memang dipandang orang sekarang.

Memang pening dengan cita-cita sendiri. Nak jadi itu lah, ini lah. Cita-cita memang penting. Daripada cita-cita dan angan-angan lah kita akan terus berusaha sedaya upaya untuk capai cita-cita tersebut (usaha tangga kejayaan). Tapi jangan sekadar impian dan angan-angan kosong tanpa ada usaha untuk gapai impian itu. Itu angan-angan mat jenin namanya...heheh...

p/s : susah-susah jadi surirumah sepenuhmasa ja tapi kena kawen dengan lelaki kaya. hihi..

04 October 2009

kreatifkah aku?

lalalalala....kdg2 aku teringat plak pd satu kisah yg berlaku sekitar 2004 n 2005 ni. ketika msh menuntut di MARSAH. apa dia? jeng3...

spt yg ramai tau aku ialah hantu komik. aku dh start beli kreko n gempak sejak zaman sekolah menengah tp xle beli setiap keluaran. save bajet. kdg2 gilir2 ngn kwn aku. kdg dia beli kdg aku beli. tp stat form 5 aku terus xmissed beli Gempak. smpai la ke MARSAH. n tmbh lg 1, utopia. kreko kdg2 je aku beli. heheh. then ade plak member 2 rajin beli arena komik. aku plak terus beli kreko tiap2 keluaran coz xnk tinggal cte naruto, death note, fullmetal alchemist n bleach.

alkisah gempakstarz (nama syarikat yg kuarkn gempak, utopia, starz n hype) wt 1 peraduan. wt logo plg kreatif. logo gempakstarz. tp syaratnye kena gunting token kt slh satu mjlh yg empat 2 n lekat kt borg peraduan. cnth; token dr mjlh gempak digunting n lekat kt borg kt mjlh selain gempak spt utopia. maka dgn kental aku beli ke empat2 mjlh tersebut tiap2 keluaran selama beberapa bln bg menyertai peraduan 2. lg byk peraduan dihntr, lg tinggi peluang utk mng hadiah.

bile keputusan keluar, namaku turut tersenarai sbg slh seorg pemenang (cewah) tp tmpt ke enam je. hadiah utama motor. ada tempat pertama hingga sepuluh. then saguhati pn ada gk. yg agak frust. hmm... hadiah tmpt ke enam katanya barangan nike bernilai rm650 tp hadiahnya aku rase cm xsmpai rm650. aku just dpt beg, kasut sukan, topi n err...seluar pendek? (xsesuai).

kan best klu aku menang tmpt ke tujuh. dpt gitar elektrik 2 beb. hadiah ke lapan lg best. ipod. hish geramnya. npe la aku mng no 6. huuhu. tp yg wt aku tertanya2..kreatif sgt ke logo2 yg aku buat n hantar 2. huwa3.

15 May 2009

my darkside???

pernah dengar pepatah org putih? err,,, aku xberapa ingt... lbh kurang cmni bunyinya... "its better 2 know the darkside about a person first....." (alamak..aku lupa la pepatah tu..aduyai...) tp meaningnya lbh krg cmni..."lebih baik kita kenal 'darkside' seseorg 2 sbl kenal kebaikannya berbanding kita dh kenal baik seseorg 2 bru kenal buruknya di kemudian hari",,,

hmm...faham ke x faham ni? mcm xfhm je? 'darkside'bermaksud 'sisi gelap' (soalan org xfhm: apa dia sisi gelap 2?). maksudnya keburukn atau sikap kurang elok seseorg la. ape2 je la yg xsedap dipandang atau didengar. cnth:- budak 2 nampak baik n perfect tp rupa2nya suke tengking org. 2 kn sikap buruk? itu la darkside. byk lg la contoh...heheh....

my darkside? hmm...mungkin byk sgt2 (huh?). hmm..org akan kata aku sombong n eksyen klu skali pndang muka aku n style aku..(style??). dan org akn perasan akan diriku yg agk kasar, brutal, ganas n agak kelelakian bile dgr aku bercakap...berborak ngn aku n berkawan ngn aku.. maka itu adalah darkside aku... n lagi... aku yg cepat marah n agak garang. itu pun sisi gelap ku... mungkin sesetengah rakan2 ku xblh 'masuk' sikap aku tp apa aku blh buat. inilah diriku yg sebenar. adakah aku perlu bertukar menjadi seorg yg lemah lembut?(atau lemah lembik?). i don't know... yg penting..jadilah diri sendiri n jgn terlampau ikut2 org...

hmm... mungkin smpai skrg aku masih agak 'kelelakian' dr segi sikap, minat n style tp itu tidak mencacatkan diriku as a girl.. kerana... naluriku masih kewanitaan..(mksdnya bkn songsang...teeettt). dulu dan kini berbeza...(tagline blog ku... aku dulu dan kini..). mmg ramai ckp aku mcm budak laki bile tau aku minat kartun (pdhal ramai lg girls yg minat kartun cm aku), minat bola (pun ramai girls yg minat bola..huhu) n minat rockband..(no komen). hah tgk la. dr segi minat aku pd sesuatu pun org dh kata aku like a boy. what can i say?

adakah disebabkn namaku yg mcm lelaki (rahsia..haha) maka sikap aku agak kelelakian? atau abah n mak dulu teringin anak sulung lelaki tp kuar baby girl plak maka aku jd agk kelelakian? no no no. jgn salah fhm. statement ini tidak bermaksud yg aku jd seorg tomboy ok? tp pernah je beberapa org (boys) gelar aku cmtu. ntah tgk n nilai dr mana aku pun xtau sbb aku pkai tudung n tutup aurat... bkn xpakai tudung n pakai topi. isk..isk...

ape2 aje la org nk kata.. yg pasti aku tetap perempuan sejati. ahaks...cam ayat poyo je. n di sebalik sikapku yg agak kasar ini...sebenarnya tersembunyi...(xnk ckp la... nnt dikata puji diri..hwa3..). maka sekian saja entri kali ini... heheh... my darkside? who knows?

22 March 2009

about myself

aku dilahirkan dikampung...heheh...btl2 kampung. bkn hospital. umah atuk aku yg namanya kampung tiong bharu yg terletak di gersik, muar,johor. kul 4pg tuu... tp aku xpasti sape yg smbut aku..mak bidan ke..nurse ke..aku xtanye mak aku pulak. haha. dulu abah keje kt pahang..pegawai felda. so mse bru kawen abah n mak duk pahang la . berat aku mse bru lahir  3.2kg xsilap..normal je la..xbesar sgt, xkecik sgt mse bru kuar 2. huhu. n...aku diberi nama...heheh...rahsia. lalalala.... hehe. :-)hehe

lupakan dulu pasal aku mase baby...hahaha. hmm... aku xtau la npe aku wt blog ni... tp ni saje2 je cuba2 n isi masa lapang (heh...byk ke masa lapang?) atau dlm kata lain...saje nk cuba sesuatu yg baru. hih. cm2 ke...try2 je ni... tp xpe la...mungkin aku agk ketinggalan dlm wt blog2 ni tp ni bkn keje sepenuh masa aku...byk lg keje lain nk buat drpd ngadap pc berjam2 hanya utk update blog (huh?) bunyinya mcm perli org2 lain yg rajin update blog. haha. xde la... 2 kn hak msg2..suka hati depa la..heheh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...