12 December 2014

My Baby

Assalamualaikum.


   Amboi, batak tak aku bila hari ni aku update entri lagi? Dua hari berturut-turut. Miahaha. Tak apa lah derr. Hari ini hari yang istimewa tau. Jumaat, 12 Disember 2014 genap usia Jannah 22 bulan atau setahun 10 bulan. Hari ini juga, 19 Safar 1436 merupakan hari lahir aku dalam bulan Islam dan tahun Hijrah yang ke xx. Hihihi.

   Alhamdulillah atas kurniaan-Mu Ya Allah. Ini bermakna Jannah lagi dua bulan je nak masuk umur dua tahun. Yeay. Bermakna juga lagi dua bulan aku nak sempurnakan misi 'haulain kamilain' iaitu menyusukan Jannah selama dua tahun. Yo, Jannah masih fully breastfeed, belum campur lagi dengan susu formula. Tahniah untuk diriku boleh pergi sejauh ini. Alhamdulillah.

  Walaupun Jannah sudah bergelar toddler tapi aku masih anggap dia baby. Baby forever gitu. Kalau pergi mana-mana pun orang yang tak kenal mesti tanya berapa bulan ni sebab...

Pertama: Badan Jannah yang kecil dan comel. Tak macam umur setahun lebih. Hahaha. Jannah dah lama tak check up so hari tu aku ukur sendiri tinggi dia baru 75-76cm je. Biasanya gegel dah 78cm ke atas. Atas 80cm pun ada. Contohnya macam Anisah yang mak aku jaga tu, badannya lagi besar dan lagi tinggi daripada Jannah dan aku rasa tinggi Anisah 80cm lebih kot. Padahal Anisah muda 4 bulan dari Jannah. Hoho.

Kedua: Rambut Jannah sikit macam baby2 lagi. Halus, nipis dan tak memanjang pun aku tengok. Hahaha. Sebab aku tengok anak orang lain umur setahun lebih rambut lebat dan panjang, tapi Jannah sikit je, hihi.

   Tapi tahap kecerdikan Jannah setara la dengan umur dia. Dah pandai cakap sikit-sikit. Dah boleh faham arahan dan ikut arahan. Pandai minta sesuatu. Kuat protes. Tantrum. Cepat mengikut apa orang buat dan cakap. Dan kuat ingatan. Psssttt...mekap pun pandai kau. Nampak aku pakai bedak mula la mintak jugak, 'dak..dak'. Pandai pakai sendiri lagi. Nampak aku pakai lipstik ke celak ke maskara ke dia pun nak jugak. Ambil botol minyak suruh bukak nak pakai kat rambut.

  Gigi Jannah dah bertambah dua batang iaitu geraham bawah kiri dan kanan. Anak lain sebaya dia maybe dah penuh 20 batang gigi, Jannah baru 10 batang je total, haha. Tapi aku perasan la perubahan rahang, gusi dan mulut Jannah bila dah mula tumbuh gigi geraham ini. Aku perasan melalui senyuman Jannah atau time dia ketawa. Sebelum tumbuh geraham, bila dia ketawa mulutnya tak terbukak luas, just nampak ngam-ngam gigi-gigi kacip dia yang 8 batang tu. Tapi sekarang bila ketawa mulutnya dan rahang terbuka luas nampak la gusi untuk geraham kat bahagian dalam. So dari situ aku tahu, Jannah bukanlah lambat tumbuh gigi tapi ruang untuk gigi geraham naik tu tak ada pun sebelum ini. Kalau baby lain memang dah rahang dia besar dan gusi untuk geraham pun dah ada maka cepatlah tumbuh giginya kan.

  Cakap pasal gigi, Jannah sekarang gosok gigi sendiri, tak mau aku gosok kan. Sebelum tu bukan main susah nak gosok gigi dia yang 8 batang tu, hehe. Sejak seminggu ke dua minggu lepas ni dia sendiri yang minta berus gigi dan ubat gigi kalau dalam bilik air nak mandi. Kalau ubat gigi kat berus gigi dah habis, siap minta tambah lagi ubat gigi. Dia telan la tu. Ubat gigi Kodomo Lion kan berperisa, sedap dan manis. Hahah. Dia tengok aku syok dan best je gosok gigi sendiri, dia pun nak jugak la gosok gigi sendiri. Haha, gitu.

  Sama jugak macam potong kuku. Dulu kalau time potong kuku dia, kena umpan sambil tengok video-video kat handset bagi dia leka. Kalau tak, kemain susah, tak mau duduk diam. Kena kepit-kepit kaki dengan tangan dia tak bagi bergerak. Sekarang, dia sendiri minta pulak. Sebab selalu tengok umi dan abahnya potong kuku. Nanti dia hulur tangan dia suruh potongkan kuku. Haha, good girl. Kalau nampak ketip kuku je tunjuk-tunjuk sambil sebut, 'kuku..kuku'.

  Sekarang hobi dia paling suka menconteng. Ambil pen dan buku nota kosong, lepas itu conteng lah apa yang dia nak. Macam-macam gaya, dari duduk sampai meniarap lepas tu duduk balik. Bila dah siap atau bosan pandai pulak pergi simpan dekat rak. Agak-agak nak menconteng semula, ambil balik yang dia simpan kat rak.

  Perkembangan lain, dah pandai bagitau kalau dia yak. 'Yak..yak.. Bok..bok..' (sambil tunjuk bilik air suruh cebok kan). Kadang-kadang pernah jugak dia sebut yak, yak tapi bila cek tak yak pun. Beberapa minit lepas tu baru ada bau dan cek balik memang yak. Rupanya sebelum yak dia dah bagitau dulu, haha. Tapi aku belum start potty training lagi. Tunggu dia umur dua tahun baru la aku latih sikit-sikit. Tak perlu terkejar-kejar sangat nak ajar anak itu dan ini. Biar secara semulajadi je.

  Eh dah la panjang pulak ceritanya. Kalau cerita pasal Jannah ni mau sampai 10 muka surat belum tentu habis kalau taip kat Word tu, haha. Oleh kerana aku jarang update blog, itu yang kadang-kadang cerita pasal anak je, cerita diri sendiri tak ada apa yang menarik. Hahaha.

Happy 22 months to Jannah.
Happy birthday to ummi Jannah.

11 December 2014

Tawassul

Assalamualaikum.


  Lama juga tak update blog. Bulan lepas tak ada entri langsung. Asyik tak berkesempatan. Hari ni kena post jugak sesuatu sementara dalam kepala tengah mencurah-curah idea nak menulis. Wah wah wah. Gitu kau.

  Erti tawassul ni korang google la ha sendiri ye bagi yang tak pernah dengar tu, wakaka. Siap ada dalil-dalil nya lagi. Apa pun aku bagi juga la pengertian tawassul mengikut bahasa dan pemahaman aku sendiri. 

  Tawassul bermaksud macam 'perantaraan' ketika berdoa dan bermohon kepada Allah. Asal perkataan Arab وصل  yang bermaksud 'sambung'.

   Contoh ayat, 'Ya Allah, aku bertawassul dengan sekian-sekian dengan harapan Kau makbulkanlah doaku'. Tapi hati-hati jangan sampai jadi syirik. Setiap pergantungan hanya kepada Allah semata-mata. Cuma kita berharap dengan bertawassul Allah akn lebih membantu kita.

  
Bertawassul dengan kebaikan yang kita buat.

   Salah satu contoh bertawassul dengan perkara baik yang kita buat. Contohnya bersedekah. Katalah pada sebulan yang lalu kita telah bersedekah sebanyak RM100 pada orang yang sangat memerlukan padahal kita pun cukup-cukup makan je. Tiba-tiba hari ini kita dilanda masalah kereta tak mau hidup. Lantas berdoa, 'Ya Allah, aku bertawassul dengan amalan sedekahku tempoh hari, Kau hidupkanlah enjin kereta ku ini dengan kuasa dan rahmat-Mu'. Ini contoh sahaja tau.

   Bertawassul juga boleh dibuat sebelum masalah datang. Atau ketika kita membuat kebaikan. Aha. Contohnya diri aku sendiri lah. Sebelum ini aku ada cerita kat entri dulu-dulu masa belajar kat Mesir, aku pun malas nak cari so aku cerita semula.

  Throwback..2011
Aku dah bersiap untuk ke Maahad ambil exam final year. Macam biasa la naik tremco yang kepadatan tapi aku masih dapat seat la. Fewh. Entah macam mana tremco yang aku naik tu rosak pulak terhenti tengah jalan, padahal aku dah bayar ni. So kena tunggu tremco lain sampai dan naik. Sepatutnya tak payah bayar untuk tremco kedua lah. Tapi konduktor mintak, aku pun bayar je lah malas nak argue. Diorang pun tak kisah kalau aku cakap dah bayar kat tremco rosak jadi tak payah bayar untuk yang baru ni. Lagi pun cuma nus (50sen) je tak apa lah. 
Sambil bayar tu aku bertawassul, 'Ya Allah, mudah-mudahan dengan sedekahku ini yang 50sen ini pada konduktor ni dapat memudahkan aku jawab exam nanti. Amin'.
Then, AlhamduLillah memang Allah mudahkan aku menjawab exam pada hari itu. Itu cuma asbab je la padahal Allah memang nak bantu. Tapi kita yakin je lah dengan semua amalan kebaikan yang kita buat bukan setakat Allah beri ganjaran pahala malah boleh menjadi 'wasilah' ketika berdoa.



Bertawassul dengan karomah wali-wali Allah  


  Caranya biasanya semasa ziarah makam wali-wali Allah, di satu sudut kita berdoa seperti ini, 'Ya Allah, aku bertawassul dengan karomah wali-wali mu ini mudahkan lah aku mendapat jodoh yang baik.'
   Hahahaha, amboi doanya tak boleh blah. Itu contoh aje dong.


Bertawassul dengan rasul-rasul, nabi-nabi, para sahabat dan tabi'in  

   Caranya sama dengan ketika bertawassul dengan wali-wali Allah. Berdiri di tepi makam dan mula bertawassul.




Aku mula kenal dan tau pasal tawassul ni masa aku belajar kat Mesir lah,kat Mansurah dulu. Senior aku yang ajar. Tak apa sesekali kita bertawassul. Asalkan jangan sampai syirik sudahlah. Tapi ada jugak orang yang anti tawassul. Lantak ler. Hahaha. Masing-masing ada hujah masing-masing.

   Tiba-tiba aku cerita pasal tawassul ni kenapa ye? Ahaa.. Sebenarnya aku agak down sikit ni since semalam. dok muhasabah dan koreksi diri teringat pulak akan tawassul ni. Memang dah lama aku tak bertawassul. Last masa kat Mesir lah dulu, haha. Jadi aku nak try lagi bertawassul dengan amal kebaikan yang aku buat memohon sesuatu dari Allah.

  apa dia tu? Kita tunggu entri akan datang. Babaii..

24 October 2014

Perjalanan Penyusuan

Assalamualaikum.  

Sebenarnya dah lama jugak nak tulis pasal ni tapi asyik tertangguh gitu. Jadi aku rasa sekarang masa yang agak sesuai la nak cerita pasal ni memandangkan umur Jannah pun dah dua tahun lebih. Eh, ada kaitan ke. So, entri kali ini lebih kepada entri mak-mak atau ibu-ibu gitu tetapi sesiapa pun boleh baca. Aku buat style chapter la bagi tersusun sikit. Hiks.

#1 - Sepanjang Hamil.
Yep, sejak mengandungkan Jannah aku sudah berazam mahu breastfeed (bf) sepenuhnya tapi sekadar azam tanpa mencari ilmu tentang bf. Macam pointless. Ada la baca sikit-sikit kot. Masa pregggy 6m dah try picit-picit (sorry kalau kurang sopan) nak tengok dah ada susu ke. Itu pun sebab aku baca kat blog mana tah kena picit-picit tengok ada susu ke tak. Tapi hasilnya takde pun, haha. Sesetengah orang ada.

#2 - Selepas bersalin - Umur Jannah 1 hari - 7 hari
Aku bersalin pukul 10.28 malam tapi pukul 3.00pg baru dapat jumpa baby. Lepas bersalin tu dah nampak la baby tapi masih belum dibersihkan. Dalam jam 3.30am baby menangis dan aku terus susukan walaupun macam kekok gitu. Aku begitu yakin susu aku ada. Jannah pun pandai hisap. Aku mengiring susukan. Dengan berjahit dan berbius, tak cukup tido.
Jannah umur dua hari dia kena jaundis pulak. Aku try pam guna pam manual, tak keluar pun. Aku mula sangsi yang selama ni Jannah hisap keluar ke tak susunya. Aku mula lah down. Pastu terpaksa topap dengan susu kambing Karihome pulak untuk bantu turunkan kuning dia. Dalam tempoh ini lah baru aku rajin gila google cari maklumat pasal susu ibu, ibu-ibu baru, berpantang, newborn dan sebagainya. Gali sedalam-dalamnya kenapa itu kenapa ini. Masa awal-awal ni amcam-macam dugaan. Nipple crack la, bengkak la, luka dan pedih. Hai, macam-macam lah. Baru ku tau susah rupanya bf ni.

#3- Umur Jannah 2 minggu- Sebulan
AlhamduLillah aku dah mula enjoy bf Jannah. Dah tak sakit dan selesa je. Tapi masih sulam fm. Masa ni dah tukar Anmum, Dutch Baby dan Lactogen.

#4- Umur Jannah sebulan - dua bulan setengah.
Masih bf bersulam fm. Akhirnya pada umur Jannah dua bulan setengah, dia refuse fm. Sebenarnya bukan setakat refuse fm, tapi refuse botol susu jugak sebab EBM pun dia tak mau.

#5 Umur Jannah 2.5 bulan hingga 6 bulan.
Jannah kira kategori baby kuat ngempeng. Hahaha. Oleh kerana aku pergi kerja boleh bawak Jannah sekali, maka tak ada masalah untuk df (direct feeding) di mana sahaja. Dan aku dah tak pam lagi. Botol susu semua dah simpan. Oh lupa nak cerita. Dari sebelum bersalin lagi (hamil 6, 7 bulan) aku dah beli nursing bra untuk mudahkan bf. Yes memang memudahkan and I like it. Dan aku upgrade pulak beli baju-baju nursing friendly. hohoh. Akhirnya dapat jugak EBF (exclusive breastfeeding) sampai umur 6 bulan tapi tak berapa ebf sebab awal-awal dulu ada campur fm.

#6 Umur Jannah 6 bulan - 9 bulan.
Biasanya start umur baby 6 bulan dah boleh beri makan puri pada baby. Aku tak ikut sangat agenda barat ni, hahah. 4 day rules lah ape lah. Tapi aku ada beli jugak la baby bullet. Hempkhh, hangat-hangat tahi ayam je aku buat puri sebab aku lebih banyak susukan je. Air masak pun ada lah bagi minum sikit-sikit sebab aku tak bagi makan sangat. Sebenarnya nak bagi ebf sampai umur dua tahun, kalau tak dapat dua tahun, setahun pun jadi lah. Tapi tak kuat semangat dan tak dapat sokongan sangat dari orang sekeliling. Takut baby lapar lah, tak cukup zat la.
Kalau ibu-ibu lain bila anak masuk umur 6 bulan masing-masing semangat nak mula bagi makan tapi aku tak. Berat hati je nak bagi makan. Khuatir perut dan usus dia belum cukup kuat. Masa ni aku masih fully bf Jannah

#Umur Jannah 9 bulan - 12 bulan.
Still fully bf walaupun Jannah dah makan macam-macam. Hahah. Bila dah sampai umur setahun pun aku dah rasa cukup berjaya. Sebab ramai lagi ibu-ibu lain yang tak dapat bf anak. Susu formula sepenuhnya atau masih bf tapi dah campur fm. Kira aku patut berbangga dengan pencapaian aku. Weee.

#Umur Jannah 12 bulan - 18 bulan.
Masih tak campur fm. Kira dah dapat Master la sebab dah berjaya fully bf sampai umur setahun setengah. Alhamdulillah. Semua rezeki daripada Allah. Jannah mula tumbuh gigi masa umur 13 bulan. Agak lambat tapi dah makan macam-macam hehe.

#Umur Jannah 18 - 21 bulan.
Masa Jannah umur 19 bulan atau setahun 7 bulan, aku buat upt dan positif hamil. Masih peringkat awal. Aku masih bf Jannah sepenuhnya. Walaupun Jannah dah makan macam-macam dan minum macam-macam termasuk favourite dia air Milo, dia tetap nak susu badan. Siap mintak, susu.. susu.  Maknanya nak nenen la tu tapi panggil susu.

#Umur Jannah 21 - 24 bulan (2 tahun)
Masa Jannah umur 22 bulan aku disahkan keguguran. Belum rezeki Jannah nak dapat adik. Sepanjang kat wad Alhamdulillah Jannah ok tak cari aku sangat dan tak cari susu. Sebagai ganti zauji beri minum susu dutch lady coklat yang dalam kotak. Kemudian Jannah masih terus bf sampai lah ulangtahun umurnya dua tahun. Alhamdulillah dah PhD yaww dalam penyusuan susu ibu fully breastfeed walaupun bukan exclusive. Exclusive breastfeed bermaksud susu ibu semata-mata tanpa beri makanan lain.

#Sehingga kini umur Jannah dua tahun 25 hari.
Alhamdulillah masih fully breastfeed walaupun Jannah dah berumur dua tahun. Tak sampai hati nak wean off. Biarlah dia berhenti sendiri satu hari nanti. Aku nak perkenalkan susu formula pun tak berani sebab takut dia tak mahu minum. Membazir pula nanti. Tak apa lah. Selagi dia nak, aku bagi je. Lagi pula susu bukanlah sumber makanan utama untuk budak dua tahun. Sekarang dah banyak makan nasi, makan macam kita orang dewasa. So tak minum fm pun tak apa. Dia tetap cukup zat InsyaAllah.

    Alhamdulillah, mungkin juga dengan status ku sebagai surirumah sepenuh masa (sejak Jannah umur setahun, aku berhenti kerja) memudahkan lagi aku nak fully bf Jannah. Yelah bagi direct sahaja, tak perlu pam-pam bagai. Alhamdulillah, semuanya Allah dah atur cantik sekali.

    Kepada ibu-ibu atau bakal ibu di luar sana, semangat kena kuat, keazaman kena tinggi untuk susukan anak selama dua tahun tanpa campur fm. Setakat ini aku telah berjaya. InsyaAllah anak-anak seterusnya (kalau ada rezeki) pun aku akan pastikan dapat fully bf macam Jannah. Ameen.


12 October 2014

20 Months Old

Assalamualaikum..


   Amboi dah bersawang habis blog aku ni lama tak update. Tak berapa sempat. Time nak update internet slow pulak. Ni baru bayar bil celcom baru lah laju. Kalau tidak, macam haremm juga, wakaka. Sementara Jannah masih tido maka aku kena taip dan update laju-laju. Hohoh.

   Alhamdulillah, hari ini 12 Oktober 2014 genap lah umur anakanda hamba 20 bulan atau setahun lapan bulan. Lama tak update pasal anak, entri kali ini cerita pasal Jannah je la. Heheh. Makin bijak dan makin banyak perangai, hihi. Dah banyak perkataan dah boleh sebut. Dan mudah ikut orang sebut apa-apa je. Jom aku nak share perkataan-perkataan yang Jannah dah boleh sebut walaupun ada yang tak sempurna. Wahh gitu.

1. Air
2. Abah/ Bah
3. Ummi/ mi
4. Dah
5. Nak
6. Ni
7. Tu
8. Kaki
9. Kakak
10. Pipi
11. Ayam
12. Satu
13. Cantik
14. Pupu (lampu)
15. Asik (Nasik)
16. Nom (minum)
17. Mam/ mamam (makan)
18. Asut (kasut)
19. Kokok (pokok)
20. Kom/ kong (dukung)
21. Siap
22. Baby
23. Atuh (jatuh)
24. Kit/ akit (sakit)
25. Kak (bukak)
26. Tutup
27. Susu
28. Antok (terhantuk)
29. Atok
30. Nenek
31. Cicak
32. Amik (ambil)
33. Ya/ la (bola)
34. No (no/ tidak)
35. Nyom (jom)
36. yo (milo)
37. Amin
38. Nanak (tak nak)
39. Atuk (batuk)
40. Bah (lebah)
41. Keta (kereta)
42. Oto (motor)
43. Kut/ akut (takut)
44. Meow (kucing)
45. Yes
46. Asuk (masuk)
47. Pupat (lompat)
48. Pak (nampak)
49. Kuku
50. Pupah (tumpah)
51. Yap (lap)
52. Bai/ babai
53. Pai (sampai)
54. Pas/ papas (kipas)
55. Cium
56. Do/ dio (video)
57. Duduk
58. Api

Mungkin ada beberapa lagi tapi aku tak ingat, haha. Ok la. Boleh lah untuk toddler umur begini dah boleh bercakap sikit-sikit dan banyak juga sebutan jelas. Kadang-kadang bila sesiapa je jumpa dan dengar Jannah sebut beberapa perkataan, spontan diorang kata, "Eh, dah pandai cakap la." Mungkin sebab tengok badan Jannah kecil je kot padahal dah setahun lebih. Dah besar jugak sebenarnya. Kikiki.

   Cumanya Jannah lambat berjalan. Dah setahun 7 bulan baru pandai jalan. Takpe lah anak, janji kamu sihat dan ikut perkembangan baby/ toddler yang sepatutnya walaupun lambat. Kelebihan masing-masing lah kan. Lambat jalan tapi cepat bercakap kira better jugak la, hihi. Sekarang dah dapat dua-dua, dah boleh berjalan dan bercakap. Alhamdulillah.

  Dan sebenarnya juga Jannah masih belum pergi check up dan vaksin untuk umur 18 bulan. Haha. Asalnya hari tu sebab nak tukar KKIA sebab KKIA sebelum ni jauh dari rumah. Tapi tak pergi2 lagi KKIA baru untuk tukar alamat. Asyik tertangguh je. Aku nak tau jugak berat dan tinggi Jannah.

  Gigi Jannah pulak masih statik lapan batang je sejak umur 17 bulan hari tu. Semua gigi depan/ kacip empat batang atas, empat batang bawah. Tak tau la kalau ada geraham nak keluar tapi aku tak perasan lagi. Susah nak suruh Jannah nganga mulut nak tengok gigi dia. Aptb, haha. Jannah pun lambat tumbuh gigi. Umur 13 bulan baru lah tumbuh dua batang gigi pertama, gigi atas. Biasanya gigi bawah tumbuh dulu kan. Tak kisah lah gigi atas ke bawah janji tumbuh jugak akhirnya.

   Kadang terfikir biarlah lambat membesar atau statik je dengan umur/ saiz sekarang. Hahaha. Comel sangat perangai dan aksi-aksi dia yang menghiburkan hati. Pandai buat-buat menangis, marah, merajuk, geram, ketawa, batuk. Kalau kena gomol, meronta-ronta marah nak lepaskan diri sambil sebut nanak. Hahaha, itu memang rutin harian aku dengki dia gomol sampai nanges. Muahahaha.

  Umur begini biasanya budak dah boleh faham arahan dan menerima arahan. Macam Jannah pun sejak umur dia setahun lebih sikit la, dah boleh ikut apa yang kita suruh. Suruh duduk, dia duduk. Suruh ambil barang, dia pergi ambil. Suruh baring, dia baring. Begitulah.

   Opss.. takde pulak pic terbaru Jannah umur 20 bulan ni ye. Orangnya tengah nyenyak tido tu. Boleh tahan jugak belum bangun nak susu. Hoh baru cakap dah nanges budaknya. Haha. Ok bai. Sambung lain kali. Daa...
  

20 August 2014

Syawal 1435

Assalamualaikum.


    Diam tak diam dah dua minggu raya dah. Kejap je masa berlalu. Masa untuk menulis pun tak berapa nak ada, asyik tertangguh je sampai dah nak 'basi' dah wei. Haha.

   Pagi 1 Syawal hari tu kami masih di Taman Impian Emas. Yolah, pak ustaz bertugas jadi imam solat raya dan baca khutbah, kena stay JB lah. So, malam raya dan pagi raya tak balik kampung lagi. Ala, macam la tak biasa berjauhan dengan famili. Masa belajar kat Mesir dulu pun raya kat Mesir je. Tak payah nak syahdu sangat boleh? Kakaka.

  Tahun ini turn belah zauji untuk giliran beraya (Aidilfitri). Tapi bukan beraya di rumah PIL. Balik kampung atok hubby kat Parit Yusof. Masa tahun 2012 dulu pun sama. Ye la, selagi atok masih hidup, kena beraya di sana la. Sebab rumah PIL dengan rumah atok jauh. Setahun sekali je kan balik rumah atok. Ok la tu.

   Pagi 1 syawal dalam pukul 10.00 lebih baru kami gerak balik kampung. Sampai sana dah masuk Zuhur dah. Malamnya beraya rumah saudara-saudara zauji di sekitar rumah atok, dekat-dekat je jalan kaki. Esoknya baru balik Maokil. Cadangnya nak gerak pagi tapi hujan lebat pulak. LAst2 pukul 3 petang baru gerak, Jalan jem teruk. 3 jam baru sampai Maokil. biasanya Sejam dah sampai.



   Malamnya kami gerak ke Tiong Bharu, rumah atok den pulak. Ada buat BBQ. Jumpa la atok, pakcik makcik dan sepupu walaupun tak semua ada. Setahun sekali nak jumpa time raya je lah. Raya ketiga kami dah balik JB. Ok lah 



06 July 2014

Salam Ramadhan 1435

Assalamualaikum.

     Ramadhan kembali lagi. Tahun kedua berpuasa sebagai isteri, tahun kedua berpuasa sebagai ibu. Wah gitu. Eleh, itu pun nak kecoh. Poyo. Eh, suka hati aku la derr, ko apa sibuk? Kah kah. Gurau je. Lama tak update blog. Bulan Jun rupanya tak ada entri langsung. Produktiviti semakin menurun. Hiks.


    Macam-macam cerita ada sampai tak tau nak tulis yang mana satu. Habis tu asyik tertangguh je nak menulis. So kira pukal lah kali ni random story tak ada tajuk atau topik khusus. Haa.. boleh gitu yek.


   Ada satu cerita menarik tau hari kedua puasa hari tu. Kami berjalan ke Taman U. Mua-mula singgah kedai jap lepas tu pusing jap cari bazar Ramadhan. Ada tapi kecil je kawasannya, kira macam mini bazar la gitu. Kalau nak yang betul besar punya macam kat Angsana Mall atau Perling Mall. Haa.. berpinar mata tengok juadah tak tau nak beli yang mana satu, hehe. 

   Bukan nak cerita pasal bazar tapi cerita masa nak balik kami ada pusing kat belakang bangunan kedai. Tiba-tiba aku ternampak tulisan kat belakang satu bangunan kedai...

DILARANG MEMBUANG SAMPAH DI SINI. SIAPA YANG BUANG SAMPAH DI SINI SATU KELUARGA AKAN MATI!!!

  Kat bawahnya ada tulisan Cina dengan ayat yang sama lah kot.


Aku tak tau la nak gelak ke, nak gerun ke nak takut ke, hahaha. Sebab aku pernah nampak orang share gambar kat FB tulis ayat yang sama ni kat dinding. Aku tak sangka realitinya betul-betul ada orang buat kat Skudai ni. Tapi yang kat Taman U ni memang bersih tempatnya, cat pun cantik. Kalau gambar kat FB tu dinding pun berlumut macam usang gitu. APTB.


   Habis cerita pasal dinding, hahaha. Cerita pasal Ramadhan sikit la dah seminggu puasa ni kan. Berbuka dan sahur macam biasa je. Jannah kadang-kadang ikut bangun sahur sekali. Sebenarnya Jannah terjaga merengek nak susu, tapi kalau aku ngempengkan alamatnya tak bersahurlah aku sebab dia ngempeng lama nak tidur balik. So bangunkan dia terus bawak sekali pegi makan sahur, hehe. Lepas sahur baru tidurkan dia balik, ngempengkan. AlhamduLillah rezeki Ramadhan hari-hari dapat juadah dari surau. Memang setiap hari ada orang sponsor juadah berbuka untuk surau untuk 10-15 orang makan. Tapi tak ramai pun yang berbuka di surau, itu yang zauji boleh bawa balik rumah, banyak lebih.


     Azam Ramadhan kali ni, dapat khatamkan Quran sekali pun jadilah. Tahun lepas tak dapat khatamkan. Faham-faham je lah ada anak kecil kan, memang payah sikit. Padahal sebelum tu aku tak pernah gagal khatamkan 30 juzuk masa bulan Ramadhan at least sekali. Harap-harap diberi kekuatan dan kerajinan yang maksima. 

    Sepanjang Ramadhan ini, pusat rawatan kami tak beroperasi. Zauji tak sempat. Sesiapa yang nak berubat lepas raya la baru boleh. Jangan tak tau, aku dah pandai bekam orang dan buat facial resdung untuk customer wanita. Hihih, dapatlah jugak duit poket gitu kan. Maklum lah, aku kan tak kerja, surirumah sepenuh masa je sekarang, enggak ada income kok.

    Ok lah sambung nanti. Kalau takde jugak entri sampai raya maknanya sibuk sangat la tu (kononnya). Ok adios.


  

12 May 2014

Matang lah dalam ber 'Facebook'

Assalamualaikum.


   Entri pertama untuk bulan Mei 2014. AlhamduLillah Jannah genap 15 bulan hari ini. Tapi entri kali ini bukan nak bercerita pasal Jannah. Pasal Jannah kita pospone (macam salah eja) ke entri akan datang ye. Kikiki.

  Diam tak diam, tahun ini adalah tahun keenam aku memiliki akaun facebook (FB). Aku sign up Mei 2009 lepas tu senyap je tak update status, tak add friends. Orang buat, aku nak buat jugak. Hanya masuk bulan November 2009 baru le aku mula explore FB tapi tetap tak pernah add orang. Sombong ke? hehew.

  Gigih aku scroll balik status FB aku tahun 2009-2010 hahahah. Masa tu aku banyak main kuiz FB. Bila baca balik status dulu-dulu.. Ya Allah. Menyesal nak mamp. Masa tu aku masih kat Mesir. Nasib baik belum ramai kawan kat FB masa tu, haha. Apa saja aku tulis termasuk maki-makian. Astaghfirullah. Memalukan je bila baca balik. Ngee...

  Tapi itu dulu beb. Sejak tahun 2012 kot aku dah jarang sangat update status FB. Kadang-kadang je. Lebih banyak share gambar anak je sejak ada anak (2013) hehe. Kalau nak tulis status pun pikir banyak kali gitu hahaha. Tak kan lah pada umur 29 ni aku masih nak tulis status.. "Kau ingat kau baik sangat? Boleh blah!!!".
Ini adalah sangat tak sesuai dan tidak patut bagi seorang ibu tulis macam ni.

  Sepatutnya status yang kita update di FB kena matang seiring usia kita dan usia berfacebook. Kalau dah masuk tahun keempat, lima dan enam, dah takde la status tak matang dan kebudak-budakan. Dah masuk tadika, bukan baby lagi. Haaa... gitu. 

  Percaya atau tidak, sejak awal menggunakan FB, aku tak pernah guna short form bila update status. Semua aku taip penuh. Kadang-kadang aku marah betul la bila baca status kawan-kawan yang banyak gila guna short form. Penat nak bagi faham. Hadoi. Sakit hati dan mata aku ni membacanya. Rasa macam nak unfriend pun ada. Grrr... Sabar, sabar. Hahaha.

  Ye memang betul, FB kau, hak kau la nak tulis apa pun. Nak maki orang ke, nak buat luahan perasaan ke, nak mengutuk ke apa ke tapi INGAT, apa yang kita tulis tu melambangkan keperibadian kita. Apa kau ingat orang tak rasa menyampah ke baca status kau yang banyak tak puas hati tu? Daripada mengadu kat wall FB lebih baik kau mengadu dengan Allah. Berdoa dan dekatkan diri dengan Allah. Tulis kat FB tak akan dapat menyelesaikan masalah.


  Satu hal lagi status budak hingusan yang sibuk bercouple dan update status jiwang atau kecewa dan juga uplaod gambar. Aku ada unfreind ada seorang budak hingusan ni. Dia yang add aku dulu, aku approve je walaupun tak kenal. Satu hari tu dia upload gambar jari dia pakai cincin yang sama dengan seorang lelaki berpegangan tangan. Aku komen tanya dah nikah ke? Dia tak balas komen aku. Tapi komen orang lain dia balas. Aku mula rasa BENCI dengan perlakuan ini. Belum nikah la tu, cincin couple la tu kononnya yang menjadi trend anak muda. Esoknya aku terus unfriend dia. 

  Ada banyak lagi nak tulis tapi si Jannah ni yak pulak. Lebih baik aku post dulu apa yang asa, hahaha. Kita bersambung lain kali ye. Daa..

  

16 April 2014

14 months

Assalamualaikum.

  Hai hai hai. Busy sikit akhir-akhir ni.  Cewah. Poyo je kan. Sebulan satu entri pun jadi lah kan daripada tak update blog langsung. Eheks.

  AlhamduLillah Jannah dah berumur 14 bulan 4 hari pada hari ini. AlhamduLillah masih fully breastfeed Jannah hingga ke saat ini. Walaupun Jannah dah makan macam-macam, susu ibu tetap menjadi keutamaan. Azamku biarlah sampai umur dia dua tahun mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya. Mudah-mudahan. Ameen.

  Setelah umur Jannah 13 bulan 3 minggu, baru lah gigi pertama Jannah keluar. Sebelum tu hanya nampak putih-putih kat gusi dia tapi giginya tak keluar juga. Ramai kata lambat tapi tak apa lah. Gigi Jannah tumbuh dua batang atas dulu. Biasanya gigi bawah yang tumbuh dulu, tapi Jannah gigi atas tumbuh dulu. Bila tengok Jannah dah ada gigi, lain pulak muka Jannah. Tak ada gigi lagi comel bagi aku. Ngahahaha.

  Jannah masih belum berjalan. Bagi sesetengah orang ini kategori lambat. Tapi fatrah baby baru mula nak berjalan sehingga umur 18 bulan. Aku tak risau. Teringat hari tu masa kat kedai, ada seorang customer  datang dan tanya umur Jannah. Masa tu setahun sebulan lagi umur Jannah. Tanya dah jalan ke. Aku jawab belum. Terus dia kata, "Lambat sangat ni.." Amboi jaga lah perasaan orang sikit makcik oii. Mungkin pangkat kakak orang tu tapi aku nak panggil makcik jugak. Hahah. Tak kisah lah lambat ke cepat ke itu bukan penentu anak ko bijak atau tidak di masa hadapan.

   Jannah masih takut orang. Haha. Sama la perangai aku masa kecil dulu. Jangan harap la dapat dukung dia, mesti melalak punya. Pegang sikit, cuit sikit boleh lah tapi itu pun tengok mood dia jugak. Kalau dengan orang yang selalu jumpa dia ok la boleh bergurau, ketawa. Tak apa lah anak dara pemalu, tak mau dengan orang. Kekeke.

  Mulut Jannah memang riuh dan bising. Suka membebel. Tapi bahasa dia lah. Haha. Tak sabar plak nak tunggu Jannah pandai cakap. Mintak itu ini. Tanya itu ini. Muehehe. Aku lagi excited nak Jannah pandai bercakap berbanding pandai berjalan. Hahaha. Sebab budak pandai bercakap ni nampak bijak, comel, petah, keletah dan menghiburkan. 

  
Gigi Jannah masa baru keluar sikit, Jumaat lepas. hihihi.


Gambar terbaru.


Ok lah bai. Jannah dah merengek plak. haha.

30 March 2014

Peniaga Online - Hati Kena Kental

Assalamualaikum.

   Sementara masih bulan Mac, elok juga rasanya tambah entri baru. Kikiki. Anniversary blog katanya. 

  Sebenarnya kan, aku kagum lah dengan peniaga online ni. Yang jujur la, bukan yang menipu. Mesti hati dia dah kebal dengan 1001 macam kerenah pelanggan. Kalau tak sabar, dah kena maki agaknya tapi itulah asam garam berniaga, kena tahan je lah hati. 

  Aku ada cita-cita juga nak bisnes online ni suatu hari nanti. Wah gitu. Cuma aku ada la nak story sikit pasal jual beli online ni heheh. Aku mula jual-jual sekadarnya masa tahun 2011 dulu sekejap. Jual kat mudah.my je. Jual jubah-jubah Mesir yang tak pakai. Aku beli untuk mak dan adik-adik aku, tak dipakai pun, baik aku jual. Haha. Syukur ada la pembeli. Ada yang aku pos, ada yang aku COD. Lepas tu jubah dah habis aku takde jual lagi lah. haha.

  Sekitar November tahun lepas, aku jual bedak Arab Korkoyu (aku tak reti eja) atau senang panggil bedak Arab lah. Mula-mula aku beli sekotak je yang ada 6 pcs. Bedak dah sampai aku pos la gambar kat FB sesaje. Tak sangka pulak ramai kawan aku nak beli jugak. Baki lagi lima tak cukup daa. So aku order lagi dari supplier 102 pcs. Amik kau. Tapi oleh kerana aku kurang promote sangat, jualan agak slow la, tak habis-habis lagi. Hahaha.

  Aku ada iklan kat FB group2 meniaga online la. Aku suruh sms/ whatsapp untuk details pembelian. Kalau customer di kalangan kawan-kawan takde masalah, tapi customer selain kawan-kawan kadang-kadang ada yang macam bermasalah sikit. Apa dia tu. Meh, nak cerita.

  Ini akhir tahun lepas punya cerita. Ada satu pelanggan ni beli 3 bedak Arab. Ok la, dah buat bayaran semua, aku pun pos. Contoh la aku pos hari Isnin tengahari, Isnin petang dah tanya tracking number. Ok aku pun bagi. Esoknya, Selasa pagi dia sms lagi tanya betul ke tracking number, tak boleh cek pun. Hai, tak sabar-sabar sangat. Tunggu je lah barang sampai apa salahnya, tak payah nak cek sangat. Aku beli barang online tak pernah la nak minta tracking number dan mendesak bagai ni. Aku cek balik memang ada salah, aku pun bagi yang betul. Lepas tu bila dah dapat barang dia senyap je takde update pun barang dah sampai. Ucap terima kasih jauh sekali. Dia dah malu la tu sebab terlalu mendesak.  

  Satu lagi kes berlaku baru-baru ni. Satu bedak je pun dia beli. Kecoh lebih. Haha. Dia bank in duit hari Selasa pagi. Aku pulak tengahari baru sampai dari Thailand. So memang tak la nak pos hari tu jugak walaupun aku dah packing siap-siap. So aku cakap la pos Rabu. Aku ingat dia boleh la tolak ansur tak kisah. Then terus cakap, sini Jumaat Sabtu cuti. Mintak sangat kalau boleh Khamis sampai. Aku dah mula rasa tak kena dengan budak ni. Aku pun cakap, esok baru Rabu, insyaAllah Khamis dah sampai. Lagipun aku duduk Skudai je, dia kat Kampung Tiram. Nak bagitahu yang kami ni satu negeri iaitu Johor dan satu daerah pulak, Johor Bahru. Jangan la kekwat sangat. Lepas tu dia senyap.

  Malamnya dia balas whatsapp aku. Bagitau pos tempat dia tu selalu sibuk. Pernah beli barang online dari Pasir Gudang, tiga hari baru sampai. So, adakah kau nak salahkan penjual? Posmen la yang salah sebab hantar lambat. Lepas tu aku balas, habis tu nak saya poskan malam ni jugak ke? Tak boleh la kan. Nak tak nak esok la baru boleh pos. Then dia balas kalau boleh pos esok pagi. Wah3 banyak cekadak. Tau la customer is always right tapi siapa kau nak beri arahan kat aku. Aigo, ada jugak orang macam gini kan? Teruk lah. 

  Pagi Rabu, aku bagi tracking number siap-siap walaupun belum pos lagi. Kadang memang aku buat macam tu sebab takut terlupa. Pagi lagi tu lepas subuh, pejabat pos pun belum bukak. Sebab kadang ada jugak yang aku beli barang online, peniaga bagi awal-awal tracking number walaupun dia tak pos lagi. Aku pun tak kisah pasal tu. Ditakdirkan suami aku pulak EL, so tak dapat la nak tolong poskan. Aku mula lah tak sedap hati. Mesti budak tu mendesak dan terus mendesak macam semalam. 

  Seperti yang ku duga pukul 10 lebih dia wassap tanya betul ke tracking number, cek tak dapat pun. Padahal aku belum pos lagi. Aku diam je tak balas. Petang baru la aku keluar cari pejabat pos terdekat kat Skudai ni, kat Taman Universiti. Itu pun makan sejam jugak mencari coz tak jumpa-jumpa walaupun guna GPS. Aptb. Last2 tanya orang. Dah tu salah pergi pulak, pergi pejabat pos tempat sampai surat dan barang. Ada lagi satu yang khas untuk pengeposan dan bayar bil-bil. Dah mencari lagi. Mujur jumpa jugak akhirnya.

   Sudahnya pukul 4 baru sampai pejabat pos. Kecil je. Maklum lah, dah biasa pergi pejabat pos besar kat JB. Dah tu kena ambil nombor pulak. Makin lambat la jawabnya. Kalau kat JB memang ada kaunter khas untuk pos laju, tak perlu ambil nombor pun. So masa aku berurusan tu, orang pos kata pos laju tak jalan hari ni ye sebab dah lebih pukul 4. Aku pun angguk iakan.

  Khamis dia wassap lagi mintak tracking number. Kot aku bagi salah ke tapi memang betul dah tu. Aku cek kat laman web pos laju pun tak dapat. Kenapa tah. Petang Khamis dia wassap, sis tipu saya ea? Adess. Aku tak balas lagi. Malamnya dia wassap, thanks sebab tipu dia, siap doakan yang tak baik untuk aku dan famili dan nak sebarkan seluruh instagram yang aku ni menipu. Hmm, barang tak sampai lagi la tu, tu yang meroyan.

  Aku pun ambil gambar salinan kertas pos laju tu banyak-banyak. fokus kat nama dia dan tracking number pos laju. Memang takde salah pun nombor tu tapi aku pun tak tau kenapa tak boleh track kat website pos laju. Lepas tu terus dia diam tak balas wassap. Dah malu la tu. Lepas tu aku pun cerita satu-satu kenapa lambat pos semua. Tapi dia tak mau kalah tu, minta maaf lagi la  tak. Dik, setakat RM30 duit ko tu aku tak hadap la. Apa untungnya aku menipu? Pfffttt...

  So hari ni (Ahad) dia wassap cakap thanks barang dah sampai siap ada free gift lagi. Dan say sory pasal hari tu. Aku ok je dah lama maafkan. Aku syak mungkin sebelum ni dia pernah kena tipu, thats why dia meroyan tak tentu pasal bila barang tak sampai lagi. 

  Yang aku nak hightlight kat sini, kita sebagai customer, jangan la terlalu mendesak si penjual. Kasihan la. Ada banyak lagi kerja nak buat selain melayan kerenah pelanggan yang kekwat, cerewet, mengarah orang dan terlalu mendesak. Sabar je le.

Panjangnya entri kali ni. Haha, nasiblah labu. Bai.

27 March 2014

Sudah Lima Tahun!

Assalamualaikum.

Daripada hari tu nak update blog tak sempat-sempat lagi. Ada je halangan. Ceh, gitu. Mac pun dah nak sampai ke hujungnya dah. Takpe lah, janji ada satu entri setiap bulan pun jadi lah. Bagi blog ni 'bernyawa'.

Diam tak diam dah lima tahun dah usia blog aku ni. Dah masuk sekolah tadika dah. Hew hew hew. Tanggal 20 Mac lepas, genap lima tahun aku di arena blogging. Bermula 20 Mac 2009 hingga lah sekarang. Blog yang masih hidup dan masih bertahan. Sayang ooo...

Blog dari zaman bujang, bergelar isteri dan bergelar ibu dah. Hiks. Kalau ikutkan agak lewat jugak aku main blog masa tu, umur 23. Budak-budak sekarang umur 14, 15 dah tulis blog. Kelass kau dik. Tapi blog budak-budak berkisar tentang apa je, tak best. Hahaha.

Masa tahun 2011 dulu aku siap buat contest sempena ulangtahun blog ni. Poyo je padahal bukan blog fofular pun. Haha. Kadang-kadang rindu jugak zaman rancak berblog dulu. Rajin blogwalking. Paling best dapat berkenalan dan menambahkan rakan-rakan alam maya. Sebahagian masih keep in touch sampai sekarang melalui FB. Zaman kegemilangan blog aku dulu sekitar 2010-2011. 2010 paling gemilang la. Setiap entri mesti banyak komen daripada kawan-kawan blogger. Walaupun follower tak ramai tapi ada pengkomen tegar dan setia gitu. Dulu lah...  Haha.

Masa awal-awal tulis blog dulu, aku tulis banyak shortform. Bila baca balik aku naik menyampah. Kakaka. Seiring dengan pertambahan usia (wahh gitu) tahun 2010 aku mula menaip perkataan penuh dan tiada lagi short form. Dan berterusan hingga kina dan selamanya. Wiwiwi..

Blogging ni kan worldwide gitu. Seluruh dunia boleh baca tulisan kita, Kalau kita taip shortform, macam mana google nak translate bagi orang baca? Betul tak? 

Aku kan, selalu tengok statistik blog aku ni. Entri paling banyak viewers ialah entri 'Buang Karang Gigi'. Malah kalau kau taip kat google pasal 'karang gigi' link blog aku ni akan menduduki paling atas hasil carian google. Wawawee.. Ada jugak sumbangan aku di arena penulisan nih. Hahahah, ada kaitan ke?

Ok lah. mau chow. babai.

12 February 2014

Selamat Hari Lahir Siti Nurjannah

Assalamualaikum

Hari ini 12 Februari 2014. Alhamdulillah, genap setahun umur Jannah. Cepat je masa berlalu. Kejap je dah setahun permata hati umi dan abah ni. Semoga membesar menjadi anak yang solehah dan taat perintah Allah dan Rasulullah. Amin.

Siti Nurjannah 5 jam selepas dilahirkan.





Jannah umur sebulan.


Gambar terbaru pagi tadi. Umur setahun. hihi.


Biasa la orang akan tanya 'dah pandai apa?', 'dah pandai apa?'. Kadang-kadang aku malas nak jawab sebab aku terasa yang bertanya tu macam nak banding-bandingkan dengan anak dia atau anak orang lain walaupun cuma dalam hati. Hahahahaa jahatnya aku sangka buruk pulak kan. Sebab, aku jenis yang tak bertanya anak orang lain dah pandai apa, dah pandai apa, so aku ada sedikit tak suka la orang tanya aku macam tu. Kakaka.

Sebelum orang tanya lebih lanjut, baik aku bagitau siap-siap kat sini apa yang Jannah dah pandai. Muahahaha. Yang pasti, Jannah masih belum boleh jalan lagi dan masih belum tumbuh gigi langsung. Hari-hari aku belek gusi Jannah kalau-kalau ada putih-putih atau keras-keras gigi nak keluar tetapi hampa. Haha. Tapi bagus jugak belum ada gigi, aku takut kena gigit time bf. Ngehehehe.

Makin hari makin seronok layan keletah Jannah. Makin hari makin bijak. Dah pandai ikut atau ajuk orang cakap atau buat. Contoh kalau kita jegilkan mata, dia pun buat jugak. Kengkonon nak marah dia atau takutkan dia, last-last gelak tengok dia ikut.

Dah pandai nak mintak dukung kalau abah dia baru balik kerja atau dari surau. Manja ni. Kalau tengok kita siap-siap nak keluar kan, dia mula lah resah gelisah nak ikut, mulut bising sambil tangan terkapai-kapai suruh ambil dia. Kalau bab mintak makanan, memang dah pandai sejak umur 9, 10 bulan dulu. Mulut bising, kuat membebel.

Suka tengok azan kat tv3. Paling suka tengok iklan Whoopee. Kemain gelak. Hahaha. Paling kelakar bila tengok drama ada scene marah-marah dan tinggi suara, tiba-tiba Jannah nanges. Alolo. Perasaan macam orang dalam tv tu marah kat dia. Hahaha, emosi lebih Jannah ni. 

Alhamdulillah juga, Jannah masih menyusu susu ibu hingga saat ini, ketika umurnya dah masuk setahun. Mudah-mudahan dapat bertahan hingga umur dua tahun. Jannah masih tak minum susu formula tau, susu ibu sepenuhnya. Aku harus berbangga dengan pencapaian ini. Haha. Tahniah untuk diri sendiri. 

Banyak lagi nak membebel tapi Jannah asyik kacau. Ini pun berhenti setiap perenggan layan si Jannah. Hahaha. Ok lah. Kita sambung lain kali ye. Daa...

30 January 2014

Anak CNY and random story

Assalamualaikum.

Dah lama nak menulis, daripada akhir bulan 12 hari tu, sampai masuk tahun baru, sampai Januari pun nak tiba ke penghujungnya tak sempat juga nak buat entri. Fuh. Oleh kerana esok Tahun Baru Cina tahun kuda, aku nak post entri lah. Haha, takde kaitan pun dengan tahun kuda. Poyo lebih.

Tahun lepas, Jannah lahir hari kedua tahun baru Cina, 12 Februari 2013. Awal 3 minggu daripada EDD. Tahun ini tahun baru cina lebih awal, jatuh 30 Januari pulak. Habis cerita pasal CNY, nak cerita pasal lain pulak walaupun dah agak 'basi' sebab asyik tangguh je nak menaip haha.


Kena Halau dari Pentas kerana BERTUDUNG

Aku terpandang post ni kat FB entah siapa share. Pastu baca tajuk kecil, 'Penyanyi Wanita Dihalau dari Pentas kerana Bertudung. Dan aku tak kenal pula siapa 'artis' ni? Euwww..

Kau tahu apa komen pertama aku?

PADAN MUKA

Komen seterusnya...

Yang kau menggedik nak menyanyi di khalayak ramai ni kenapa? Apa dah tak ada kerjaya lain ke untuk diceburi selain menyanyi? Ok sebenarnya aku memang tak berkenan dengan wanita berhijab yang bergelar penyanyi. Berbalik pada cerita 'penyanyi wanita' yang langsung tak terkenal tadi tu, aku tak faham kenapa nak kecoh sangat ke media, siap buat report polis. Amboi. Serius kelakar. Aku hanya mampu gelak sinis. Eii, gedik sangat lah kau ni,menyampah plak aku rasa.

Ahad lepas keluar kat Melodi. Aku dah lama gila tak tonton Melodi sebenarnya. Saje la hari tu nak dengar gossip, auww haha. Penyanyi tak terkenal yang dihalau tu ditemuramah. Siap cakap 'penyanyi bertudung sebenarnya dah lama diterima di Malaysia dan seluruh dunia macam Yuna, Shila Amzah'. Hmm..okaylah tu kau sebut nama artis popular tapi kau tu pulak siapa? Tak popular pun, haha.

Isunya bukan lah popular atau tidak. Tapi pada aku la, tak payah kecoh sangat dan buat repot polis. Macam...memalukan imej wanita bertudung. Suara tu kan aurat. Tak payah lah jadi penyanyi. Aku tak tau le mungkin ramai yang sokong dia tapi aku langsung tak sokong. Hentikanlah semua ni, geli la. Cerita habis. Lagi satu cerita pasal...


Didenda Makan Rumput kerana Tidak Siap Kerja Sekolah

First komen aku. Okay cikgu tu pun tak patut, tapi yang murid tu dah kenapa tak siapkan kerja sekolah? Aku pun tak baca sangat berita tu, tengok kat tv pun sepintas lalu je. Tapi aku tetap nak salahkan budak/ murid tu. Kenapa tak buat kerja sekolah?

Hari tu keluar berita la dah beberapa hari lepas kes tu tersebar luas. Kononnya dua murid tu trauma gitu nak ke sekolah. Mak-maknya hantar ke sekolah pagi-pagi, dtemuramah juga. Eh aku rasa macam nak marah plak si penjaga, apsal kau tak cek atau at least tanya anak kau, 'ada kerja sekolah tak? '. 'Kalau ada buat'. Kan ke itu tanggungjawab ibu bapa pulak kat rumah. Haiyo. Kadang aku geram jugak dengan berita-berita macam ni. Nak tunjuk atau nak kata cikgu tu teruk sangat atau kejam sangat bagi denda yang bukan-bukan tapi puncanya salah siapa? Dah tentu salah anak murid. Yang kau MALAS nak buat homework tu kenapa woi? Itu dah tanggungjawab murid la buat homework yang cikgu bagi. Aduii.

Lantak la orang nak marah atau tak setuju dengan pendapat aku ni, haha. Masing-masing bebas mengeluarkan idea atau pendapat masing-masing kan? Hihi. Ok cerita habis.


Ok la nanti sambung lagi. Adios. Hahah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...