24 October 2014

Perjalanan Penyusuan

Assalamualaikum.  

Sebenarnya dah lama jugak nak tulis pasal ni tapi asyik tertangguh gitu. Jadi aku rasa sekarang masa yang agak sesuai la nak cerita pasal ni memandangkan umur Jannah pun dah dua tahun lebih. Eh, ada kaitan ke. So, entri kali ini lebih kepada entri mak-mak atau ibu-ibu gitu tetapi sesiapa pun boleh baca. Aku buat style chapter la bagi tersusun sikit. Hiks.

#1 - Sepanjang Hamil.
Yep, sejak mengandungkan Jannah aku sudah berazam mahu breastfeed (bf) sepenuhnya tapi sekadar azam tanpa mencari ilmu tentang bf. Macam pointless. Ada la baca sikit-sikit kot. Masa pregggy 6m dah try picit-picit (sorry kalau kurang sopan) nak tengok dah ada susu ke. Itu pun sebab aku baca kat blog mana tah kena picit-picit tengok ada susu ke tak. Tapi hasilnya takde pun, haha. Sesetengah orang ada.

#2 - Selepas bersalin - Umur Jannah 1 hari - 7 hari
Aku bersalin pukul 10.28 malam tapi pukul 3.00pg baru dapat jumpa baby. Lepas bersalin tu dah nampak la baby tapi masih belum dibersihkan. Dalam jam 3.30am baby menangis dan aku terus susukan walaupun macam kekok gitu. Aku begitu yakin susu aku ada. Jannah pun pandai hisap. Aku mengiring susukan. Dengan berjahit dan berbius, tak cukup tido.
Jannah umur dua hari dia kena jaundis pulak. Aku try pam guna pam manual, tak keluar pun. Aku mula sangsi yang selama ni Jannah hisap keluar ke tak susunya. Aku mula lah down. Pastu terpaksa topap dengan susu kambing Karihome pulak untuk bantu turunkan kuning dia. Dalam tempoh ini lah baru aku rajin gila google cari maklumat pasal susu ibu, ibu-ibu baru, berpantang, newborn dan sebagainya. Gali sedalam-dalamnya kenapa itu kenapa ini. Masa awal-awal ni amcam-macam dugaan. Nipple crack la, bengkak la, luka dan pedih. Hai, macam-macam lah. Baru ku tau susah rupanya bf ni.

#3- Umur Jannah 2 minggu- Sebulan
AlhamduLillah aku dah mula enjoy bf Jannah. Dah tak sakit dan selesa je. Tapi masih sulam fm. Masa ni dah tukar Anmum, Dutch Baby dan Lactogen.

#4- Umur Jannah sebulan - dua bulan setengah.
Masih bf bersulam fm. Akhirnya pada umur Jannah dua bulan setengah, dia refuse fm. Sebenarnya bukan setakat refuse fm, tapi refuse botol susu jugak sebab EBM pun dia tak mau.

#5 Umur Jannah 2.5 bulan hingga 6 bulan.
Jannah kira kategori baby kuat ngempeng. Hahaha. Oleh kerana aku pergi kerja boleh bawak Jannah sekali, maka tak ada masalah untuk df (direct feeding) di mana sahaja. Dan aku dah tak pam lagi. Botol susu semua dah simpan. Oh lupa nak cerita. Dari sebelum bersalin lagi (hamil 6, 7 bulan) aku dah beli nursing bra untuk mudahkan bf. Yes memang memudahkan and I like it. Dan aku upgrade pulak beli baju-baju nursing friendly. hohoh. Akhirnya dapat jugak EBF (exclusive breastfeeding) sampai umur 6 bulan tapi tak berapa ebf sebab awal-awal dulu ada campur fm.

#6 Umur Jannah 6 bulan - 9 bulan.
Biasanya start umur baby 6 bulan dah boleh beri makan puri pada baby. Aku tak ikut sangat agenda barat ni, hahah. 4 day rules lah ape lah. Tapi aku ada beli jugak la baby bullet. Hempkhh, hangat-hangat tahi ayam je aku buat puri sebab aku lebih banyak susukan je. Air masak pun ada lah bagi minum sikit-sikit sebab aku tak bagi makan sangat. Sebenarnya nak bagi ebf sampai umur dua tahun, kalau tak dapat dua tahun, setahun pun jadi lah. Tapi tak kuat semangat dan tak dapat sokongan sangat dari orang sekeliling. Takut baby lapar lah, tak cukup zat la.
Kalau ibu-ibu lain bila anak masuk umur 6 bulan masing-masing semangat nak mula bagi makan tapi aku tak. Berat hati je nak bagi makan. Khuatir perut dan usus dia belum cukup kuat. Masa ni aku masih fully bf Jannah

#Umur Jannah 9 bulan - 12 bulan.
Still fully bf walaupun Jannah dah makan macam-macam. Hahah. Bila dah sampai umur setahun pun aku dah rasa cukup berjaya. Sebab ramai lagi ibu-ibu lain yang tak dapat bf anak. Susu formula sepenuhnya atau masih bf tapi dah campur fm. Kira aku patut berbangga dengan pencapaian aku. Weee.

#Umur Jannah 12 bulan - 18 bulan.
Masih tak campur fm. Kira dah dapat Master la sebab dah berjaya fully bf sampai umur setahun setengah. Alhamdulillah. Semua rezeki daripada Allah. Jannah mula tumbuh gigi masa umur 13 bulan. Agak lambat tapi dah makan macam-macam hehe.

#Umur Jannah 18 - 21 bulan.
Masa Jannah umur 19 bulan atau setahun 7 bulan, aku buat upt dan positif hamil. Masih peringkat awal. Aku masih bf Jannah sepenuhnya. Walaupun Jannah dah makan macam-macam dan minum macam-macam termasuk favourite dia air Milo, dia tetap nak susu badan. Siap mintak, susu.. susu.  Maknanya nak nenen la tu tapi panggil susu.

#Umur Jannah 21 - 24 bulan (2 tahun)
Masa Jannah umur 22 bulan aku disahkan keguguran. Belum rezeki Jannah nak dapat adik. Sepanjang kat wad Alhamdulillah Jannah ok tak cari aku sangat dan tak cari susu. Sebagai ganti zauji beri minum susu dutch lady coklat yang dalam kotak. Kemudian Jannah masih terus bf sampai lah ulangtahun umurnya dua tahun. Alhamdulillah dah PhD yaww dalam penyusuan susu ibu fully breastfeed walaupun bukan exclusive. Exclusive breastfeed bermaksud susu ibu semata-mata tanpa beri makanan lain.

#Sehingga kini umur Jannah dua tahun 25 hari.
Alhamdulillah masih fully breastfeed walaupun Jannah dah berumur dua tahun. Tak sampai hati nak wean off. Biarlah dia berhenti sendiri satu hari nanti. Aku nak perkenalkan susu formula pun tak berani sebab takut dia tak mahu minum. Membazir pula nanti. Tak apa lah. Selagi dia nak, aku bagi je. Lagi pula susu bukanlah sumber makanan utama untuk budak dua tahun. Sekarang dah banyak makan nasi, makan macam kita orang dewasa. So tak minum fm pun tak apa. Dia tetap cukup zat InsyaAllah.

    Alhamdulillah, mungkin juga dengan status ku sebagai surirumah sepenuh masa (sejak Jannah umur setahun, aku berhenti kerja) memudahkan lagi aku nak fully bf Jannah. Yelah bagi direct sahaja, tak perlu pam-pam bagai. Alhamdulillah, semuanya Allah dah atur cantik sekali.

    Kepada ibu-ibu atau bakal ibu di luar sana, semangat kena kuat, keazaman kena tinggi untuk susukan anak selama dua tahun tanpa campur fm. Setakat ini aku telah berjaya. InsyaAllah anak-anak seterusnya (kalau ada rezeki) pun aku akan pastikan dapat fully bf macam Jannah. Ameen.


12 October 2014

20 Months Old

Assalamualaikum..


   Amboi dah bersawang habis blog aku ni lama tak update. Tak berapa sempat. Time nak update internet slow pulak. Ni baru bayar bil celcom baru lah laju. Kalau tidak, macam haremm juga, wakaka. Sementara Jannah masih tido maka aku kena taip dan update laju-laju. Hohoh.

   Alhamdulillah, hari ini 12 Oktober 2014 genap lah umur anakanda hamba 20 bulan atau setahun lapan bulan. Lama tak update pasal anak, entri kali ini cerita pasal Jannah je la. Heheh. Makin bijak dan makin banyak perangai, hihi. Dah banyak perkataan dah boleh sebut. Dan mudah ikut orang sebut apa-apa je. Jom aku nak share perkataan-perkataan yang Jannah dah boleh sebut walaupun ada yang tak sempurna. Wahh gitu.

1. Air
2. Abah/ Bah
3. Ummi/ mi
4. Dah
5. Nak
6. Ni
7. Tu
8. Kaki
9. Kakak
10. Pipi
11. Ayam
12. Satu
13. Cantik
14. Pupu (lampu)
15. Asik (Nasik)
16. Nom (minum)
17. Mam/ mamam (makan)
18. Asut (kasut)
19. Kokok (pokok)
20. Kom/ kong (dukung)
21. Siap
22. Baby
23. Atuh (jatuh)
24. Kit/ akit (sakit)
25. Kak (bukak)
26. Tutup
27. Susu
28. Antok (terhantuk)
29. Atok
30. Nenek
31. Cicak
32. Amik (ambil)
33. Ya/ la (bola)
34. No (no/ tidak)
35. Nyom (jom)
36. yo (milo)
37. Amin
38. Nanak (tak nak)
39. Atuk (batuk)
40. Bah (lebah)
41. Keta (kereta)
42. Oto (motor)
43. Kut/ akut (takut)
44. Meow (kucing)
45. Yes
46. Asuk (masuk)
47. Pupat (lompat)
48. Pak (nampak)
49. Kuku
50. Pupah (tumpah)
51. Yap (lap)
52. Bai/ babai
53. Pai (sampai)
54. Pas/ papas (kipas)
55. Cium
56. Do/ dio (video)
57. Duduk
58. Api

Mungkin ada beberapa lagi tapi aku tak ingat, haha. Ok la. Boleh lah untuk toddler umur begini dah boleh bercakap sikit-sikit dan banyak juga sebutan jelas. Kadang-kadang bila sesiapa je jumpa dan dengar Jannah sebut beberapa perkataan, spontan diorang kata, "Eh, dah pandai cakap la." Mungkin sebab tengok badan Jannah kecil je kot padahal dah setahun lebih. Dah besar jugak sebenarnya. Kikiki.

   Cumanya Jannah lambat berjalan. Dah setahun 7 bulan baru pandai jalan. Takpe lah anak, janji kamu sihat dan ikut perkembangan baby/ toddler yang sepatutnya walaupun lambat. Kelebihan masing-masing lah kan. Lambat jalan tapi cepat bercakap kira better jugak la, hihi. Sekarang dah dapat dua-dua, dah boleh berjalan dan bercakap. Alhamdulillah.

  Dan sebenarnya juga Jannah masih belum pergi check up dan vaksin untuk umur 18 bulan. Haha. Asalnya hari tu sebab nak tukar KKIA sebab KKIA sebelum ni jauh dari rumah. Tapi tak pergi2 lagi KKIA baru untuk tukar alamat. Asyik tertangguh je. Aku nak tau jugak berat dan tinggi Jannah.

  Gigi Jannah pulak masih statik lapan batang je sejak umur 17 bulan hari tu. Semua gigi depan/ kacip empat batang atas, empat batang bawah. Tak tau la kalau ada geraham nak keluar tapi aku tak perasan lagi. Susah nak suruh Jannah nganga mulut nak tengok gigi dia. Aptb, haha. Jannah pun lambat tumbuh gigi. Umur 13 bulan baru lah tumbuh dua batang gigi pertama, gigi atas. Biasanya gigi bawah tumbuh dulu kan. Tak kisah lah gigi atas ke bawah janji tumbuh jugak akhirnya.

   Kadang terfikir biarlah lambat membesar atau statik je dengan umur/ saiz sekarang. Hahaha. Comel sangat perangai dan aksi-aksi dia yang menghiburkan hati. Pandai buat-buat menangis, marah, merajuk, geram, ketawa, batuk. Kalau kena gomol, meronta-ronta marah nak lepaskan diri sambil sebut nanak. Hahaha, itu memang rutin harian aku dengki dia gomol sampai nanges. Muahahaha.

  Umur begini biasanya budak dah boleh faham arahan dan menerima arahan. Macam Jannah pun sejak umur dia setahun lebih sikit la, dah boleh ikut apa yang kita suruh. Suruh duduk, dia duduk. Suruh ambil barang, dia pergi ambil. Suruh baring, dia baring. Begitulah.

   Opss.. takde pulak pic terbaru Jannah umur 20 bulan ni ye. Orangnya tengah nyenyak tido tu. Boleh tahan jugak belum bangun nak susu. Hoh baru cakap dah nanges budaknya. Haha. Ok bai. Sambung lain kali. Daa...
  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...