Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

20 March 2019

Sedekad Aku Dulu dan Kini

Assalamualaikum.

   Ya hari ini 20 March 2019 adalah ulangtahun yang ke-10 blog aku ini 'Aku Dulu dan Kini'. Angka yang amat istimewa. Diam tak diam dah sedekad aku tulis blog. Satu pencapaian yang agak membanggakan bagi blogger picisan macam aku.

    Imbas kembali tahun 2009 dulu aku mula buat blog ketika aku di Mesir, tahun 1. Daripada aku bujang sampai lah berkahwin sampai lah dah anak tiga. Masih setia menulis blog dan akan terus menulis selagi hayat dikandung badan kerana menulis adalah 'jiwa' aku. Aku berharap blogspot akan terus wujud dan tak dihapuskan. Dah berapa banyak media sosial yang telah hapus macam Friendster, My Space, Yahoo Messenger dan lain- lain. Semuanya hanya tinggal kenangan dah tak wujud dalam dunia internet.

    Penulisan semakin matang seiring peningkatan usia blog dan usia penulis blog. Hehehe. Kepala gila-gila tu tetap ada, santai dan serius tetap ada. Yang makin hilang adalah maki hamun. Hahahaha. Siapa yang baca blog aku ini sejak 2009 tahu lah bagaimana cara aku yang dulu-dulu kalau marah dan emosi. Nak tengok aku maki hamun boleh stalk twitter aku hahaha. Tweet aku adalah lebih telus dan terbuka. Facebook aku masih acah-acah suci sikit-sikit tapi bukan level ustazah ok. Paling penting aku suka taip penuh dan tak ada short form. Itulah sisi kematangan aku yang tidak akan berubah.

     Tahun 2018 paling tidak produktif. Cuma ada tujuh entri sahaja dalam masa 12 bulan sepanjang 2018. Alahai. Bukanlah penulis tegar namanya kan. Harapnya tahun 2019 ini dapat lebih rajin tulis blog. Konon lah harap azam tercapai. Haha.

2009 - Kehidupan di Mesir
2010 - Masih di Mesir 100%
2011 - Mesir sampai bulan September then balik Malaysia, dah habis pengajian.
2012 - Tahun berkahwin. Kehidupan baru sebagai mutazawijin.
2013 - Kali pertama bergelar ibu. Banyak cerita pasal Jannah.
2014 - Masih berkisar tentang kehidupan.
2015 - Tahun yang agak sedih dan berduka namun masih menulis macam biasa pelbagai topik.
2016 - Macam-macam topik juga termasuk entri mak-mak gitu, keibubapaan, penyusuan dll.
2017 - Seperti 2016.
2018 -  Seperti 2017 tapi tak berapa aktif menulis.

    Banyak yang aku kongsi berdasarkan pengalaman sendiri contohnya masa keguguran dan proses cuci, pasal penyusuan susu ibu, pasal anak eczema dan macam-macam lagi. Mana yang bermanfaat boleh lah menjadi panduan, mana yang aku merapu tu, baca sebagai hiburan sahaja. Mana yang aku tulis berdasarkan pendapat dan pendirian aku, aku tak minta orang lain bersetuju dengan aku, terserah pada penerimaan masing-masing. Kita raikan perbezaan dan jangan berbalah. Kau tak setuju atau nak bangkang, suka hati kau lah tapi kena hormat cara aku dan jangan buat onar di tempat orang. Hehehe. Adab itu kena jaga.

       Followers tak ramai? Sebenarnya sejak dulu pun aku tak kisah sangat pun pasal pengikut sebab aku menulis untuk suka-suka je, hilangkan bosan dan aku memang suka menulis sebagai salah satu terapi. Menulis blog ini tak ubah macam tulis diari. Kau bebas menulis apa sahaja. Cuma bezanya kalau diari tu mungkin kau seorang je yang baca, kalau blog ni, satu dunia boleh baca penulisan kau. Malah ada di kalangan pembaca blog tidak mempunyai blog sendiri pun (blogspot), pendek kata bukan seorang blogger. Contohnya readers taip random je kat google pasal 'molar pregnancy' dan blog aku pun ada tersenarai dalam carian tersebut dan pembaca pun klik.

    Nak jadi penulis blog kena rajin. Pertama sekali kena rajin menaip dengan penuh setiap perkataan. No short form! Aku sendiri sebagai pembaca, cukup menyampah bila membaca ayat atau karangan yang banyak short form. Rasa nak maki hamun kaw-kaw hahahaha. Walaupun penulisan kau tu bermanfaat tapi bila banyak short form, aku anggap penulisan kau adalah sampah. Bagaimana kau nak memberi manfaat kepada orang ramai sedangkan penulisan teruk hauk macam budak tak habis sekolah? Nak tanya jugak SPM kau dulu mata pelajaran Bahasa Melayu/ Malaysia dapat E ke? Biar kita tak belajar tinggi tak mengapa tapi bab penulisan kita menulis dengan tatabahasa yang betul dan tepat, tak ada menggunakan kata singkatan. Itu belum lagi yang bahasa rojak kejap BM kejap BI. Adoi lagi serabut teman membacanya kome oii.

      Dulu masa awal-awal aku tulis blog memang banyak sangat short form. Bila baca balik rasa nak hantuk kepala ke dinding pun ada. Teruk benau lah. Sudahlah banyak short form, bahasa pasar pulak tu. Malu sungguh la aku ke yang tulis ni? Hahaha. Aku pula memang tak rajin nak edit semula bagi cantik sikit karangan aku dulu-dulu tu kah kah. Setelah beberapa bulan barulah aku insaf dan ada kesedaran untuk mula menaip perkataan penuh dan menggunakan tatabahasa yang betul, mengikut standart Bahasa Melayu. Huruf besar huruf kecil, noktah, koma semua lah. Terselit bahasa pasar sikit-sikit tu tak apa lah normal lah tu. Bukan blog serius pun, blog santai je.

     Oh ye pasal blogspot dan blogger. Aku pun tak berapa ingat macam mana aku sign up ye dulu hahaha. Aku tak ingat aku buat emel gmail dulu ke buat blog dulu. Haha. Rangkaian google ni meluas sungguh. Dulu ada google chrome je dengan gmail. Tahun demi tahun google bergabung pula dengan twitter dan YouTube. Lepas tu muncul pula google plus. Bergabung pula dengan Instagram. Lepas ni apa lagi? Hehe.

      Akhir kata, majulah arena blogspot dan blogger untuk negara.

20 March 2017

8 tahun blog aku dulu dan kini.

Assalamualaikum.

   Gila malas punya tajuk entri semua huruf kecil. Wei hari ini 20 Mac anniversary blog aku yang ke lapan tahun la. Hari ini juga usia Muhammad Naim setahun lima bulan. Yeay! Alhamdulillah.

     Walaupun aku tak lah seotai blogger yang tulis blog sejak awal 2000-an (aku mula tahun 2009) tapi kira ini pencapaian yang agak baik lah bagi aku. Ahahaha. Dulu mana ada telefon pintar. Nak acces internet kena pergi cyber cafe tau kalau kat rumah tak ada komputer atau laptop sendiri. Broadband pun mahal. Aku start blogging masa belajar kat Mesir. Internet memang wajib ada di setiap rumah Malizi bagi memudahkan kami nak call keluarga di tanah air. Cewah tanah air gitu. Patriotik sangat.

     Zaman facebook dan instagram sekarang ni, blog dah tak berapa popular dan tak ramai pun ada blog. Semuanya dah diabadikan dalam status facebook atau instagram. Aku ni oldskool sikit, masih gigih dan aktif menulis di blog sebab tak ada orang kenal. Jadi aku bebas mengkritik dan menghentam apa sahaja. Muahahaha. Tapi bukan spesis keyboard warrios tau. Betul ke eja tu entah. Lantak lah.

     Selama lapan tahun ini gaya penulisan aku pun berubah seiring peningkatan usia. Ceh. Amboi sangat. Dulu aku sangat outspoken. Laser. Makian banyak. Suka hati aku je nak tulis apa. Tulis ikut emosi katanya. Dulu pun lebih ganas dan rock. Kah kah. Brutal.

    Tapi satu yang tak pernah berubah, tetap ada unsur humor dan bersahaja. Dulu sebenarnya penulisan aku lagi lawak dan kelakar. Biarlah ada lawak sikit, serious memanjang itu bukan blog peribadi, itu thesis namanya. Lol.

     Dulu dek kerana kelancangan menulis, ada juga beberapa orang tegur aku. Tak elok lah ustazah tulis macam ni. Eh aku tak terima kau. Tak terima teguran. Aku bidas balik lagi ada. Dah beberapa tahun lepas tu aku sedar sendiri. Mungkin berkat doa insan-insan yang pernah tegor aku dulu. Aku berterima kasih sangat. Aku doakan mereka bahagia dunia akhirat. Amin.

     Dah kata aku ni memang suka menulis, maka aku hanya akan menulis sahaja. Aku tak peduli tentang template dan layout blog aku ni. Selama lapan tahun ini baru dua ke tiga kali je aku tukar template. Itu pun yang basic je, yang memang blogspot/ blogger.com punya template. Aku memang tak pandai nak tukar yang kena copy paste yang macam URL tu apa entah nama khas dia. Biarlah template blog biasa-biasa je tak cantik tak menarik, yang penting isi blog yang orang nak baca. Kih kih.

  Aduh, tetiba rindu Mansurah. Rindu Mesir. Hahaha. Yelah. Suka duka kehidupan di Mesir aku coretkan dalam blog ini. Ada lah juga kenangan. Esok-esok Jannah dan Naim dah besar boleh lah baca. Errrr... Sanggupkah bagi diorang baca penulisan aku yang....emmm.... Hahahah.

     Ada beberapa tahun yang blog aku ni hambar gila. Entri kurang sangat dalam setahun. Itu fasa masa baru kahwin dan baru dapat anak. Kikiki. Dulu bujang. Dah mak-mak sekarang ni kan. Semakin tua lah. Hahaiii.

     Sampai sekarang ni pun, entri Buang Karang Gigi masih menjadi post tertinggi orang baca. Lawak pun ada. Yang lawak jugak tu, entri tahun 2012 tu masih ada orang drop komen di tahun 2017 ini. Kata carian tertinggi di Google search gitu, blog putericahayapermata.blogspot yang paling atas keluar bila orang taip buang karang gigi. Hebat tak hebat. Padahal bukan doktor yang menulis. Cerita pengalaman seorang pesakit je. Haha.

      Nanti ada masa aku nak labelling semua entri yang masih belum ada label. Maklumlah, menulis guna android ni malaslah nak label bagai. Lainlah guna laptop, senang. Label tu penting juga untuk aku buat rujukan untuk cari dan baca post berkaitan. Memudahkan readers juga kalau yang rajin nak cari. Errrr...ada ke readers? Hohohoh. Perasan glamer tau you ni.

     Diharapkan blog ini akan terus wujud 10-20 tahun lagi. Hahaha. Jangan lah Google hapuskan blogger.com ni. Yelah kan dah ada Google plus. Ala-ala macam blog blogspot jugak tu. Sobs.

    Kengkonon macam nak buat contest sempena anniversary blog ni tapi aku fikir ada ke orang nak join? Orang dah jarang baca blog sekarang ni, haha. Walaupun aku tengok statistik ratusan juga yang view blog aku ni dalam sehari tapi itu bukan ukuran Ramai yang nak join contest. Hahaha. Abaikan saja.

     So aku celebrate dengan makan Maggi kari je lah malam ni. Weeeee. Kbai.
     

27 March 2014

Sudah Lima Tahun!

Assalamualaikum.

Daripada hari tu nak update blog tak sempat-sempat lagi. Ada je halangan. Ceh, gitu. Mac pun dah nak sampai ke hujungnya dah. Takpe lah, janji ada satu entri setiap bulan pun jadi lah. Bagi blog ni 'bernyawa'.

Diam tak diam dah lima tahun dah usia blog aku ni. Dah masuk sekolah tadika dah. Hew hew hew. Tanggal 20 Mac lepas, genap lima tahun aku di arena blogging. Bermula 20 Mac 2009 hingga lah sekarang. Blog yang masih hidup dan masih bertahan. Sayang ooo...

Blog dari zaman bujang, bergelar isteri dan bergelar ibu dah. Hiks. Kalau ikutkan agak lewat jugak aku main blog masa tu, umur 23. Budak-budak sekarang umur 14, 15 dah tulis blog. Kelass kau dik. Tapi blog budak-budak berkisar tentang apa je, tak best. Hahaha.

Masa tahun 2011 dulu aku siap buat contest sempena ulangtahun blog ni. Poyo je padahal bukan blog fofular pun. Haha. Kadang-kadang rindu jugak zaman rancak berblog dulu. Rajin blogwalking. Paling best dapat berkenalan dan menambahkan rakan-rakan alam maya. Sebahagian masih keep in touch sampai sekarang melalui FB. Zaman kegemilangan blog aku dulu sekitar 2010-2011. 2010 paling gemilang la. Setiap entri mesti banyak komen daripada kawan-kawan blogger. Walaupun follower tak ramai tapi ada pengkomen tegar dan setia gitu. Dulu lah...  Haha.

Masa awal-awal tulis blog dulu, aku tulis banyak shortform. Bila baca balik aku naik menyampah. Kakaka. Seiring dengan pertambahan usia (wahh gitu) tahun 2010 aku mula menaip perkataan penuh dan tiada lagi short form. Dan berterusan hingga kina dan selamanya. Wiwiwi..

Blogging ni kan worldwide gitu. Seluruh dunia boleh baca tulisan kita, Kalau kita taip shortform, macam mana google nak translate bagi orang baca? Betul tak? 

Aku kan, selalu tengok statistik blog aku ni. Entri paling banyak viewers ialah entri 'Buang Karang Gigi'. Malah kalau kau taip kat google pasal 'karang gigi' link blog aku ni akan menduduki paling atas hasil carian google. Wawawee.. Ada jugak sumbangan aku di arena penulisan nih. Hahahah, ada kaitan ke?

Ok lah. mau chow. babai.

09 July 2013

Like A Stalker

Assalamualaikum.

Wah esok mula puasa. Yeay. Nak sahur apa esok ye. emm.. emm.. Sardin ok gak. Buka puasa? Amboi-amboi kemain lagi. Mulai esok kelasku bertempat di masjid-masjid terpilih. Ececeh. :p

Emm.. pernah tak anda rasa macam... ada peminat misteri? Jeng jeng. Ataupun haters tapi nak ambil tahu jugak kisah hidup korang. Contoh lah kengkonon aku ni selebriti blogger (olok-oloknya) then ramai peminat dan juga ramai haters. Si haters ni walaupun suka mengutuk dan mengeji tapi still jugak baca blog aku dan komen-komen kat blog aku. 

Dulu aku pernah jugak ala-ala diburu stalker (ceh perasan popular). Dia baca blog aku, jadi kawan kat FB, add YM aku dan selalu jugak sembang-sembang tapi lama-lama aku tak layan. Sampai tahap aku blok dia dan aku siap deactivate FB dan buka akaun lain sebab dia selalu kacau. Dan paling tak best masa sebelum tu beliau siap doakan sesuatu yang tak baik buat aku sebab aku 'tolak' dia. 

Memang perkara ini yang paling aku takut dalam alam maya; stalker. Sebab tu lah tak berani letak gambar sendiri kat laman maya ni ngeee..

Stalker ni antara lain sikap dia selalu memprovok kita dan menakut-nakutkan kita dengan ugutan atau doakan yang buruk untuk kehidupan kita. Dalam kata lain, oleh kerana dia terlalu 'obses' dengan seseorang tu sampai sanggup lakukan apa saja tetapi dalam senyap dan dalam diam. Dan paling hebat apa saja tentang kita dia tahu beb. Sebab dia selidik dalam-dalam dan ambil tahu semuanya. Kalau lebih berani dia akan korek rahsia kita daripada kawan-kawan yang rapat dengan kita (contoh kawan FB).

Wui ngeri dan seram woi. Macam ni lah yang pernah jadi kat aku dulu. Stalker ni add kawan baik aku kat FB jadi kawan dia dan tanya perihal aku. Naseb baek kawan aku ni tak cerita apa-apa sebab dia rasa something tak kena je dengan orang ni. Benda ni jadi masa aku masih kat Mesir dulu la. Bila balik Malaysia kawan aku cerita balik, wah berderau darah aku. Tapi masa tu memang aku dah remove semua friend dan bukak akaun baru so aku dah tak risau. 

Aku diganggu stalker ni sekitar tahun 2010 kalau tak silap aku. Ketika zaman kegemilangan (ceh gemilang la sangat) blog aku dulu-dulu meriah dengan komen-komen setiap kali update blog haha. Zaman rajin blogwalking dan tambah kawan melalui blog. 

Seiring dengan pertambahan usia dan status yang berubah, blog aku kalau pengikut blog aku (followers or silent readers) sejak zaman 2009, 2010 dulu perasan, dah jadi ala-ala blog mak-mak dah sekarang. Pasal anak. Dah makcik-makcik dah saya ni yaww. Kalau baca balik entri masa 'muda-muda' dulu boleh gelak sorang2 dan macam nak delete. Sebab cam haroommm gak tulisan aku dulu-dulu benci I (sekarang pun masih ceharommm sikit-sikit kadang-kadang).

Tak kisah lah. Janji readers boleh 'baca' kejujuran dalam setiap penulisan aku. Cewahh. Ni aku nak kongsi la sikit tentang sesuatu..



Kau nampak tak? Kau nampak tak? Aku rasa macam nak bangga jugak la aku punya blog dah ke tampat yang ke 6 juta. Kau ada? *loser*. Bukan apa. Dulu-dulu kalau aku punya blog tempat yang ke 25 juta lebih. Tak sangka sekarang dah makin meningkat naik ke tangga 6 juta. Satu pencapaian yang agak baik la bagi blog picisan lagi tak glamer macam blog aku nih. Sobs *kesat air mata*

Jadi aku berterima kasih juga kepada yang baca blog aku walaupun yang silent reader termasuk stalkers (kau tengok ada huruf 's' belakang mungkin banyak stalker hahah) dan termasuk jugak haters (kalau ada. ada lah kot agaknya haw haw).

Kadang-kadang, kat mulut kita cakap benci dan tak suka orang tu tapi selalu jugak ambil tahu pasal dia, contoh rajin baca blog dia dan baca status dia kat FB atau Twitter. Ini stalker atau secret admirer? Bincangkan.



26 October 2011

Menatang Apa Wordless Wednesday ni?

Assalamualaikum.

Hari tu sejak balik Malaysia pasal rusuhan, agak lama aku tak update blog. Then bila pulang ke Mesir semula pun lama tak update. Pendek kata dah tak aktif buat entry dan post entry.

Tapi aku tetap blogwalking sana sini gitu cuma tak rajin drop komen pada entry blog yang aku follow. Dari situ aku mula menyedari sesuatu. Itu pun daripada twitter aku jugak. Istilah wordless wednesday. Kalau di twitter status mereka (bloggers) ada mention #wordlesswednesday, #WW, #ww. Dan setiap entry blog pada hari rabu akan bertulis Wordless Wednesday #1 atau #2 dan seterusnya bergantung kepada jumlah entry yang telah dihasilkan. Trend apakah ini?

Kengkonon setiap hari Rabu tak boleh buat entry 'menulis' atau 'bercakap', hanya letak gambar. Dah namanya pun wordless gitu kan? Hohoho. Tapi aku tak akan ikut trend begini. Kalau akau rasa nak menulis pada hari Rabu, tulis je la. Ngehehe.

Okeh aku nak out. babai.

26 January 2011

Aduhai.. blog-blog berat... Please donk...

Assalamualaikum.

Sebelum aku menghentam, aku nak tanya dulu. Adakah blog aku ini berat? Adakah blog aku loading lambat? Sila jawab di ruang komen di bawah. Aku guna pop up windows, sila tekan 'comment' baru kotak komen akan keluar. Ceh, macam la orang tak tau. Ye la, mana tau, ada yang baru berjinak-jinak di alam blog, tak tahu macam mana nak komen entri blogger yang guna pop up windows. Auchh.

Aku rasa blog aku ini tersangat lah ringan dan loading dengan begitu pantas.  Tiada widget merepek-repek yang tak perlu. Tiada pasang lagu. Tiada gambar, tiada header, tiada animasi bergerak dan sebagainya. Sangat simple dan sempoi. Ada shoutbox pun dah cukup bagus la tu, senang orang nak tegur. Dan paling penting, aku tak ada nuffnang! Noktah.

Sambung kembali. Aku dah start cuti semester so aku rajin gila blogwalking serta drop komen di entri-entri kawan-kawan blog yang aku follow. Kalau aku dah start sibuk, tak sempat la aku nak jenguk blog sendiri apatah lagi blog orang lain. Tapi aku amatlah kurang senang dengan blog-blog berat, malas nak bukak dan tunggu dia loading beb. Sakit hati aku kalau lambat sangat, aku rasa nak maki je. Kau tahu tak sebab apa blog kau berat nak mampos? Meh sini aku bagitau;

1- Animasi bergerak.
Ini termasuk la animasi konon-konon ada salji/ hujan/ daun-daun/ bintang-bintang atau apa saja yang bergerak dan berguguran jatuh ke bumi. Blog akan jadi berat okay?
Selalu blog-blog orang perempuan ada animasi siap kotak dialog di sudut bawah kiri blog yang berkata, 'selamat datang', 'follow saya ye?' dan apa-apa lah dialog yang seangkatan atau seerti dengannya. Adess, ini pun beratkan proses loading la beb. Dah tu mengganggu  tumpuan nak membaca entri. Kalau tempalate tu kau pandai susun kedudukan dia supaya tak diganggu animasi konon comel tu, tak apa lah jugak. Tapi tetap menambah keberatan blog kau beratus-ratus kilobyte.

2- Lagu
Aku akui, masa awal aku berblog dulu, aku ada letak lagu jugak tapi bukan autoplay. Tak lama pun, dalam sebulan ke dua bulan aku dah remove. Rasa macam menyemak dan tak perlu. Dah tu, mengganggu fokus nak baca entri beb. Dan pasang lagu jugak memberatkan blog.

3- Banyak sangat widget html javascript.
Contoh widget tak penting tapi tak la berat sangat kot. (ye ke)
Ye, aku tahu, kau letak jam, supaya orang tahu sekarang jam berapa. Jam tak penting. Di laptop atau komputer masing-masing dah ada jam sendiri. Aku dulu pernah jugak letak jam waktu Mesir. So, orang Malaysia boleh tahu la, Mesir sekarang pukul berapa. Ohh..kat Mesir petang, Malaysia malam. Tapi aku dah buang setengah tahun yang lalu. uhuk.
Suhu/ temperture (macam salah eja lak). Ini jarang kot orang letak melainkan pelajar oversea. gagaga.
Traffic yang boleh track pengunjung dari mana. Huhuh. Dulu aku pernah letak jugak tapi tak lama. Saja suka-suka. Tapi lama-lama aku sedar, tak penting langsung kewujudan dia. Ceh.
Blog list/ Link list yang terlalu banyak. Eh, beratkan blog ke? Hmm mungkin kot. Kalau nak letak blog list, tak payah lah show all kan?

4- Banyak sangat gambar.
Gambar yang terlalu banyak kilobyte serta megabyte nya. Berat ooo nak loading. Nyampah tau tak?

Dah aku rasa setakat ini dulu kot. Ceh, banyak rupanya nak cakap lagi. Hahah. Bersambung selepas ini.


Babai.


p/s: Esok petang, (Rabu, 26 Januari) aku akan berangkat ke Kaherah untuk beberapa hari. Mungkin sampai 30 Januari. So, selama beberapa hari ini aku akan 'menghilang'. kekeke. jangan rindu aku tau. ceh. :p




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...