22 November 2011

Menuju Tahun Baru


Menuju Tahun Baru

Assalamualaikum.

Tak lama lagi nak masuk tahun baru 1433 Hijrah. Lima hari lagi. Bermakna semakin dekat dengan tarikh lahirku dalam bulan Islam dan umur bakal bertambah lagi. Soalan lazim; apa azam tahun baru?
Target aku, aku dah mula kerja sebelum masuk tahun baru 2012. Hahahah. Bunyi macam loser je sebab masih menganggur. Persoalan; sudah bersediakah aku untuk memasuki alam pekerjaan dan meninggalkan hidup ‘berehat-rehat’ ini? Lalalalala.

Peribahasa menyebut; berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,  bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.  Hujungnya macam pantun atau seloka pun ada. Heheh. 

Kalaulah dulu aku tak sambung belajar, terus bekerja sebagai pembantu tadbir atau kerani sampai sekarang, tentu aku dah pakai kereta sekarang. Ceh. Adakah aku mengambil keputusan yang tepat dengan meninggalkan pekerjaan lantas menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi? Adakah aku salah buat keputusan? Adakah merugikan?

Setelah beberapa bulan aku di Mesir, aku dapat surat temuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam. Kalau aku tak sambung belajar di Mesir dan masih kerja kerani, dah tentu aku akan pergi temuduga itu. Kalau ada rezeki, mungkin dah menyandang jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam. Dalam tempoh tiga tahun jadi Penolong Pegawai, mungkin duit dah banyak disimpan, dah pakai kereta dan mungkin juga aku dah berumahtangga?

Kalau, kalau dan kalau. Itu semua kalau. Tetapi perjalanan yang telah Allah atur adalah lebih baik untuk kita. Jangan menyesal. Itu bukan salah buat keputusan. Itu adalah yang telah tertulis dan ditakdirkan.  Seharusnya kita sentiasa bersyukur dengan apa yang telah Allah tentukan.

Berbalik kepada peribahasa tadi. Apa kau ingat tak susah ke belajar? Mana ada benda yang mudah dan senang di dunia ini? Semua kena usaha, kena buat kerja. Sini bukan syurga. Kau baru bayangkan kau nak apa, benda yang kau nak itu terus muncul depan mata. Nak masuk syurga pun kena buat kerja dan usaha. Dunia adalah tempat bercucuk tanam dan beramal. Betul?

Kita semua pasti ada matlamat, misi dan visi tersendiri dalam hidup. Kita mesti ada target. Matlamat setiap individu adalah berbeza. Perjalanan dan usaha untuk mencapai matlamat, misi dan visi juga bergantung kepada ketekunan dan ketabahan masing-masing. Seperti juga aku dan kamu, akan terus berusaha demi mencapai matlamat dan cita-cita. Kalau sebahagian sudah dicapai, AlhamduLillah.

Tiba-tiba aku teringat akan biodata aku pada September 2007 yang pernah aku berikan kepada beberapa rakan baru. Hohoho. Pada biodata tersebut aku ada tulis; ‘Azam lima tahun akan datang’. Kira macam target la gitoo. Waktu itu aku dah kerja. Azam lima tahun lagi berbunyi ‘menggenggam segulung ijazah’. Bermakna tahun 2012 mesti dah ada Ijazah Sarjana Muda. Wow! Hahaha.

Sebab apa aku letakkan target lima tahun? Kerana waktu itu aku dah bekerja. Jadi aku rancang nak ambil Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). PJJ untuk Ijazah Sarjana Muda mestilah makan masa empat hingga lima tahun sebab bukan fulltime study untuk buat Ijazah. Tapi perancangan Allah itu lebih baik dan Allah adalah sebaik-baik perancang. Akhirnya, belum 2012 aku dah mencapai azam dan cita-cita aku empat tahun yang lalu. AlhamduLillah.

‘Pengalaman telah mendewasakan, mematangkan fikiran. Pahit getir yang telah dilalui, guruku sejati.’ Lirik lagu ‘Sejujur Manakah Kata-kata’ nyanyian kumpulan Spring ini bukan sekadar untuk lagu cinta. Kalau kau amati lirik di atas ini, mendalam sungguh maksudnya, tak semestinya untuk bercinta. Pengalaman amatlah berharga. Usia hanyalah angka.. (eh, ada kaitan ke?). Mestilah ada. Kau ingat umur aku dah berapa? Dah buat Diploma, pernah bekerja, then sambung Ijazah pulak. Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad!

Akhir kalam, semoga Allah sentiasa memberkati hidup kita. Selagi kita masih bernafas, selagi itulah tanggungjawab kita sebagai hamba Allah masih belum selesai. Mudah-mudahan kita semua mati dalam iman dan Islam dan termasuk dalam golongan soleh. Ameen.

Selamat menyambut tahun baru buat semua.

18 November 2011

Bangun Pagi Sebelum Subuh


Assalamualaikum.

Selamat hari Jumaat buat semua. Kekeke. Semoga hari Jumaat yang mulia ini baik-baik saja untuk kalian. Terus teringat lagu ‘Baik-baik Sayang’ tapi itu tiada kaitan.

Topic hangat atau hot chick kita pada kali ini adalah ‘bangun sebelum subuh’. Ouch ini bukan blog gossip ok? Teeet. Samada kita sedar atau tidak, ramai di kalangan kita yang beragama Islam ini terlalu liat untuk bangun sebelum subuh atau sebelum fajar. Is that true? Malah lebih malang ramai yang terlepas solat Subuh lagi, terlajak sampai habis waktu. Is it that worst?

Adakah patut seorang muslim atau muslimah tiap-tiap hari bangun lambat sampai terlepas solat subuh? Wajarkah? Paling teruk adalah apabila golongan agamawan sendiri anggap perkara ini sambil lewa. Alah… waktu subuh panjang lagi ni, tidur dulu lah. Sangat memalukan juga bila student di Mesir juga tidur lewat dan terlepas Subuh. Kalau dah tahu suka sangat bangun lewat atau memang tak boleh nak bangun awal, makanya jangan tidur lambat! Apa kau ingat senang-senang sahaja kah solat itu boleh diqadha’? Ini adalah sesuatu yang sangat aib ok? Adalah sangat aib bila kau belajar tentang hukum hakam tapi bila time bangun pagi dan solat subuh kau hancur dan ke laut. Maaf cakap lah.

Alangkah bagusnya jika seorang ustaz bangun sebelum subuh, kemudian bersihkan diri dan terus menuju ke masjid menunaikan solat Subuh berjemaah. Sebaik-baik solat orang lelaki adalah di masjid dan sebaik-baik solat wanita adalah di rumah. Alangkah bagusnya juga jika kita tidak biasakan diri dengan tidur selepas subuh. Semua tabiat buruk ini boleh diubah. Kita kena paksa diri. Tiada alasan. No reason. Kita, aku dan kalian. Hanya kita yang mampu mengawal diri kita. Hanya kita mampu mengubah diri sendiri menjadi lebih baik.

Bagaimana nak elak dari terrrrbangun lambat ni ye? Tidur awal la dol. Jangan biasakan diri tidur lambat kalau tak boleh nak bangun awal. Setiap orang adalah berbeza. Ada sesetengah kita walaupun tidur lambat tetapi masih boleh bangun awal. Alhamdulillah jika begitu. Ada yang kena tidur awal baru boleh bangun awal. Bukankah Allah menjadikan malam itu untuk kita beristirehat setelah penat bekerja pada waktu siangnya? Dan malam adalah untuk kita tidur. Tidur awal barulah boleh bangun tengah malam (qiyamullail) untuk tahajud. Tak gitu?

Kata orang, tradisi dari masa lalu telah membiasakan hidup kita lantas terbiasa dan sukar untuk melakukan perubahan. Contohnya, kau dah biasa dari kecil tidur lepas subuh ataupun bangun lambat. Bila bangun lambat, solat subuh pun lambat di hujung waktu. Kadang-kadang sampai terlepas. Adakah kita mahu teruskan tradisi bangun lambat ini kepada anak cucu kita di masa akan datang? Jawapannya ada pada diri anda sendiri.

Aku menyeru pada diri sendiri dan juga semua, latihlah diri untuk bangun sebelum subuh. Bukan berjaga sepanjang malam sampai ke pagi, masuk waktu subuh terus solat, kemudian baru tidur. Budak-budak Mesir memang ramai yang buat begini. Tak tidur langsung sampai ke Subuh. Lepas solat Subuh baru tidur sampailah tengahari baru bangun. Tak pasal-pasal student kita di Mesir terikut-ikut perangai orang Arab Mesir yang jenis berjaga malam sampai pagi, lepas subuh baru tidur. Sikap tak bagus ni buat apa kita nak ikut derr?

Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datangnya dari hamba Allah yang kerdil ini. Siapa tengok bola semalam? Aku tengok full match satu famili. Hehehe. Terbaiklah Malaysia. Weeee.

p/s: macam nak bela harimau.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...