Showing posts with label berangan. Show all posts
Showing posts with label berangan. Show all posts

20 November 2016

Negara yang teringin dikunjungi... Italy

Assalamualaikum.  
    Tetiba nak update blog malam ni sesambil tonton rancangan The Streets tv3. Lokasi episode malam ini adalah Melbourne, Australia.
    Sejak dari usia aku masih di sekolah rendah, kalau ditanya negara mana yang aku teringin nak pergi kalau diberi peluang, aku akan jawab Itali. Kenapa Italy? Entah lah tak ada jawapan khusus. Mungkin sebab tinggalan sejarahnya? Atau kerana keindahan dan kecantikan tempatnya?
    How do you know about Italy? Sejujurnya aku tak tahu banyak pun. Kakaka. Cuma dulu masa sekolah rendah aku suka baca buku ensiklopedia (adoi betul ke ejaan ni) kalau pergi perpustakaan. Buku-buku jenis tu kan tak boleh pinjam, jadi aku manfaatkan masa dalam perpustakaan je lah nak baca buku-buku macam tu. Ahahaha. Buku jenis ni banyak gambar. Kulit keras dan semua muka surat berwarna, kertas licin. Aku rasa aku tertarik dengan negara Italy lepas baca buku tu kot.
    Aku yang kuat berangan. Mungkin aku pernah tengok tv movie yang berlatarbelakang negara Italy. Yang naik sampan menulusuri tasik melihat keindahan kota waktu malam, dengan lampu-lampu yang cantik. Hahaha. Amboi kecik2 lagi dah pandai.
    Bila naik sekolah menengah. Tengah sembang-sembang dengan beberapa orang kawan pasal negara yang teringin nak pergi melancong. Macam biasa pilihan aku Itali. Kemudian seorang teman berkata, "kalau aku, aku prefer pergi negara yang tak susah nak berkomunikasi. Italy ada bahasa dia sendiri. Kena belajar bahasa dia pulak. "
Aku diam dan berfikir. Yelah betul jugak kata kawan aku. Ah tapi lantak lah. Kalau orang Italy tak reti berbahasa Inggeris, guna bahasa isyarat je lah. Hahaha.
     Dan setelah berbelas tahun berlalu sejak aku form 2 (perbualan aku tadi masa kami form 2 kalau tak silap aku), pilihan aku masih Itali. Tapi aku tak ada lah beria nak kumpul duit ke apa sampai dapat pergi ke Italy tu. Lebih baik aku pergi buat umrah, ye tak? Ini cerita berangan lah kalau ada rezeki terpijak ke, menang peraduan ke, menang cabutan bertuah ke, ada orang nak sponsor ke. Hahahaha.
    
      Dek kerana 'cinta' dan suka pada negara Itali ini, bola sepak pun dah tentu aku sokong pasukan Itali masa World Cup. Makanan Itali semua aku suka terutama pizza. Opss tak semua la, lasagna aku tak minat. Cuma aku tak pernah nak cuba belajar bahasa dia je. Hohoh.
     OK sekian coretan untuk kali ini. Entri santai je wei nak bagi blog ini hidup. Ahaha.

01 May 2010

Angan-angan Yang Mustahil


Assalamualaikum..

Wah lamanya aku menyepi. Adakah kalian merinduiku? Weeeeee~
Entri lepas yang ala-ala merajuk itu malu pula bila baca semula, macam rasa nak delete je post tu. Muahaha. Terima kasih pada yang ambil berat dan beri kata-kata semangat.

Aku masih dalam zon exam. Paper seterusnya pada 8 Mei ini. Aku saje nak update blog yang dah mula berkulat dengan rumpai hijau. Hoho macam kat parit pulak. Tapi entri kali ini adalah entri poyo dan boleh bikin pembaca gelak sambil geleng kepala. Mari mulakan.


Aku bocorkan rahsiaku di sini. Jeng jeng jeng… Aku selalu berangan benda yang mustahil akan berlaku di bumi Mansurah atau Mesir ini. Telah aku beri nombor supaya orang mudah faham dan enjoy membacanya. Jom lihat apa dia!




1 – Ada Orang Rakam Video Aku

Keterangan: Ala, bukan la video kehidupan. Tapi video aku sedang berjalan nak pergi Maahad, balik rumah, balik dari kedai ke. Lagi best kalau kawasan yang tiada orang sangat, di waktu petang atau malam, ditemani angin bertiup. Ala-ala klip video lagu-lagu. Weeeeee. 
Kategori : Agak mustahil dan memang mustahil.



2 – Battle Of The Band

Keterangan : Pertandingan biasa universiti anjurkan. Tapi memang mustahil la Azhar atau DPM nak anjurkan. Aku dan band aku masuk pertandingan ini. Aku jadi pemain gitar merangkap vokalis. Style pakaian, ala-ala budak sekolah. Genre muzik mesti lah rock alternative. Ceh. Dah namanya pun berangan, suka hati aku lah. Huahaha.
Kategori : Amat-amat mustahil.



3 – Pertandingan Menyanyi / Karaoke

Keterangan : Bukan kategori nasyid ok? Tapi lagu bebas ikut kehendak peserta. Mesti solo. Walaupun suara aku bukan sedap mana (masih sedap sikit-sikit haha) tapi aku nak sertai jugak andai ada dianjurkan.  Pilihan lagu, dah tentu rock. Pop rock pun boleh la kot.
Kategori : Mustahil juga

4 – Cosplay

Keterangan : Cosplay atau nama penuhnya costume player. Alahai tak kan tak tahu. Pertandingan memperaga pakaian mengikut wata-watak dalam anime. Bukan setakat pakaian malah aksesori, sikap dan kebolehan watak. Jeng jeng. Teka aku akan ambil watak apa? Kui3.
Kategori : Amat-amat mustahil.


5 -  Bola Sepak Wanita

Keterangan :  Alangkah bestnya kalau ada. Ngeh ngeh. Walaupun bukan pandai sangat main pun tapi hentam aje. Lagipun kan boleh train? Eheks. Aku nak jadi striker sebab aku kecil tak sesuai jadi pertahanan. Hohoho.
Kategori : Agak mustahil dan memang mustahil.




Ok tamatlah angan-angan mustahil bahagian satu. Hah? Ada sambungan ke? Ngeeee~



13 December 2009

Wedding dress again


Model bg gaun2 pengantin ini ialah Ueto Aya.



Gaun yg xkembang.



Macam-macam ada...



Dan lagi...



Banyaknya ros di lengan.



Kotak-kotak pun lawa juga.



Putih itu bersih.



Putih itu suci.



Wahh kembang betul...



Putih itu simple dan cantik.



Gabungan pink pudar dan purple pudar. Cantik.



Gaun biru siap ade tali leher dan topi.
Gaun hijau yang amat cantik dan buat aku jatuh cinta. Hahah.

p/s :- Mood aku sangat baik hari ini dan aku betul-betul ceria dan bersemangat gitu.

12 December 2009

Gaun pengantin ala anak patung


Gaun ini akan nampak sangat comel apabila si pemakainya seorang yang comel dan cute seperti model di atas.



Dirimu persis anak patung yang sangat comel.



Turqoise itu mempesonakan, biru itu menawan.



Sesiapa yang berkulit cerah amat sesuai mengenakan gaun warna merah dan pink ini.

p/s :- Inspirasi entri kali ini adalah drpd Cik Muda Sara.

11 December 2009

Ko rasa suara ko sedap???



Semalam umh aku xda line internet. Hari ni pn ptg td bru ada, aku blik dr kelas, lepas asar. Aduhai. Bru nk webcam ngn kwn aku smlm xjd sbb xde line. Hmm..

Aku tgk video2 klip Siti Nurhaliza mase Juara Lagu dolu2 (1996 - 1999). Wahh... kurus btl dia eh dulu. Aku xtau pon..(aku xminat dia so aku xamik tau). Aku cm xcaye je dia sekurus itu dulu. Wow! Hahaha.. Tapi dia mmg cute n cantik la kan walaupun xde mix omputeh ke arab ke. Huhuh.

Aku pun mgkn hmpir jd penyanyi kalau abah xmasukkn aku sekolah arab. Hahaha. Suara aku blh tahan la (cehh). Aku suka gk g karaoke ngn kwn2 dulu time aku keja n baru2 ni blik Malaysia pn smpt gak g karaoke beberapa kali.

Kadang bile org tanya ape cita2, aku ngn berseloroh ckp nk jd penyanyi. Tp ade gk menyokong suh aku jd penyanyi lagu unsur dakwah gitu. Wah3... Dakwah ade byk cara lg bkn menyanyi je. Lg perempuan lak berdakwah ngn menyanyi aku xsetuju sbnrnye. Lebih byk fitnah yg dtg berbanding manfaat n faedah.

So aku ckp aku klu jd penyanyi xmau nyanyi lagu nasyid tp lagu rock. Haha.. Oh tidak2 aku xmungkin menceburkn diri dlm bidang glamor ni nnt Heliza xleh cari makan lak kang. Huahahah. Knp aku sebut nama Heliza ye? Ada ceritanya...hahahah. Lgpun Heliza org nye kecil2 molek cm aku, cute n pakai tudung. Setakat ni xde penyanyi lain secute dia (perempuan n bertudung).

Xpe la.. menyanyi kt bilik karaoke pun ok apa? Lepas gak gian nk menyanyi. Tapi aku lbh suka nyanyi lagu lelaki...hehe. Ade je pic2 mse aku tgh karaoke tp aku xkn upload. Malu doh...hahah.

p/s :- ni semua boneka punya pasal ntah ape2 karaoke kt conference tadi smpai aku wt entri pasal nk jd penyanyi plak.

06 December 2009

Aku seorang PUTERI

HMmm... sbnrnya 'puteri' 2 aku pandai2 je maknakan dgn 'siti'. 'SITI' bermaksud 'PUTERI'. Ni kamus aku. Hahaha. Ye namaku berpangkal 'SITI'. Jeng jeng jeng...

'Siti' atau 'Puteri' adalah lambang pemilik nama itu adalah PEREMPUAN. Kalau 'nur', 'nor', 'nurul' lelaki pun ade guna. Maksudnya lelaki n perempuan blh guna nur nor nurul. Tetapi 'siti' tidak akan digunakan bg nama lelaki. Bapok ke hapa? Hahaha..

Ilham nama PUTERI tu aku dpt pd thn 2006 n hanya aku start guna sbg id ym aku pd 2007. sbnrnya id tu bermaksud namaku sendiri dlm bhs arab. Sape yg pandai teka n cekap, tau la nama sbnrku dr id tersebut atau sng kata..nama blogku ini, alamat blogku ini.

Ramai juga kwn2 tye knp id pnjg sgt? Ade SEIMURA plak blakang. Jwpn aku.. 'ntah..nama 2 spontan je dtg kt kpl aku ni'. Tp setakat ni xde plak yg kutuk aku guna word PUTERI tu. Cnth :- 'hek eleh perasan puteri konon'. 'ko lawa mcm puteri ke?'. 'xagak2 guna puteri' (sekadar contoh shj..).

Xde org komen mengutuk setakat ni. Maknanya nama 'puteri' tu mmg sesuai utk aku la. Hahaha..gurau je. Tapi xsalah rasanya berangan konon2 aku ni seorang 'puteri' yg dipuja2 (wow! perasan betul). Berangan shj ok? Hak hak hak...

Aura Sang Puteri... tibe2 terlintas di fikiranku nk wt novel/ cerpen/ kartun bersiri dgn judul nih. Muahahah. Hmm..ade sambutan ke kalau dikomersialkn? Ahaks.

p/s :- aku 'puteri' di hati siapa ye??

14 November 2009

si gadis comel



Inilah gambar Ueto Aya yang jadi background desktop. Amacam? Comel kan dia? hihihi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...