Showing posts with label emosi xstabil. Show all posts
Showing posts with label emosi xstabil. Show all posts

28 January 2019

Kemurungan Tersembunyi Part 2

*Aku hampir gila*

Hari ni betul2 dah sampai limit kesabaran aku. Yes selama lima hari ni aku bertahan dan bersabar tapi hari ni kecundang dan hampir2 nak bunuh orang! Sikit lagi aku nak jadi tak waras dan hilang pertimbangan.

Pukul 6.15pm aku tengah minum petang satu family si Aqil dah meragam tak tau apa dia nak. Try susukan dia meniarap dan turun dari pangku. Merengek. Aku pun bawak masuk bilik mungkin Aqil nak baring2 kat tilam. Air aku pun masih belum habis minum sebenarnya.

Dah masuk bilik baringkan. Menyusu sekejap lepas tu meniarap. Lepas tu masih merengek tak stabil. Panjat2 badan. Pastu menyelar sampai ke hujung katil macam nak turun. Aku turunkan eh dia menangis pulak. Aku naikkan balik atas katil. Baringkan. Eh meniarap lagi menyelar ke tebing katil. Aku turunkan lagi. Merengek lagi. Naikkan semula. Proses berulang2 sampai aku jadi naik darah. Dengan merengek dia, menangis dia. Last sekali sambil aku marah2 dengan muka bengis aku angkat dan hempas atas tilam (hempas rendah je pun tinggi dua inci dari tilam). Aku dah geram sangat. Apa lagi melalak kuat lah si Aqil. Aku biar je dia melalak. Mujur mak masuk dan terus ambil Aqil bawak keluar.

Aku terus masuk bilik air sambil mulut mengomel menyumpah memaki (nada suara perlahan macam berbisik). Aku ambil wuduk. Belum solat Asar lagi kan.

Sebelum pakai telekung aku duduk jap atas sejadah tarik nafas. Dengar suara Aqil masih melalak walaupun neneknya dukung sambil pujuk. Aku masih membebel.

Serius aku dah penat lah hadap semua ni.
- baby tak nak dengan orang lain
- baby berkepit 24 jam tak boleh berenggang
- baby melalak bila tak nampak aku
- baby melalak bila tinggal kejap je pun pergi bilik air ke dapur ke
- baby tidur (siang) kejap2 sangat tak sempat aku nak bernafas.
Selama lima hari aku hadap benda ni dan hari ni kecundang tak dapat bersabar lagi.

Orang tak akan faham betapa aku penat mental dan fizikal dengan perangai super clingy baby. Masa untuk diri sendiri langsung tak ada. Bukan masa untuk rehat ye tapi masa untuk;
- mandi dan buang air dengan tenang
- solat dengan tenang
- makan dan minum dengan tenang tanpa gangguan.

Struggle nya seorang aku bila waktu tengah makan pun baby berkepit sebelah, memanjat badan, tak duduk diam.
Bila baby tidur laju2 aku kendiri (mandi bersihkan diri dll). Asyik nak berdukung lagi satu hal. Langsung tak boleh buat apa2. Sikit lagi aku boleh jadi gila kalau berterusan macam ni hari demi hari. Jangan sampai dah hilang satu nyawa barulah terbukak mata semua orang. Baru nak ambil berat. Baru nak ambil tahu. Baru nak ambil peduli.

Alhamdulillah mak, abah, adik2 aku memahami dan banyak tolong aku. Kalau lah aku tak duduk dengan famili sendiri lima hari ni sementara zauji pergi Sibu, aku tak tahu lah apa jadi dengan diri aku dan anak2. Kemurungan teruk lah aku takde siapa tolong. Seorang diri mengurus tiga orang anak. Memang boleh jadi tak waras.

Mak aku yang sentiasa memahami. Setiap kali masuk waktu solat kalau mak aku tengok baby asyik berkepit dan tak tidur, mak mesti tanya "kau dah sembahyang ke belum?"
Kalau aku jawab belum, mak akan terus ambil baby tolong dukung jap. Melalak pun melalak lah asalkan aku dapat tunaikan kewajipan. Hanya mak sendiri je yang akan prihatin macam tu. Ya hanya mak sendiri yang faham anak kandungnya. Terima kasih banyak mak. Jasamu tak terbalas.

Orang lain ingat aku ni banyak sangat masa terluang sebab tidak bekerja. Ya aku hanya surirumah. Tugas aku cuma jaga anak je. Mudah je kan pada pandangan mata orang. Hakikatnya tiada siapa pun tahu. Sangat struggle. Aku perlu buat kerja rumah. Aku perlu memasak. Aku perlu susukan baby. Alu masih perlu urus anak-anak yang lain. Tapi ada orang fikir aku ada banyak masa lapang, aku banyak berehat, aku hanya bermalasan. Nak aje aku sumpah seranah maki hamun spesis ni. Bawak bersabar.

Satu je aku pohon. Mind your own business please. Jangan sibuk hal rumahtangga orang. Setiap ibu bapa itu ada cara sendiri nak didik anak. Lagi satu jangan sedap nak memerintah dan mengarah orang. Kau tak tahu pun apa kesusahan yang orang lalui setiap hari. Tak kan semua nak cerita kat media sosial? Aku bukan macam kau setiap hari update status Facebook dengam upload gambar apa benda yang kau buat setiap hari. Ok yelah untuk kenang-kenangan katanya. Apa-apa je lah.

Aku tak merungut pun. Aku tak mengeluh. Aku bersyukur. Baby memang lah sifatnya begitu. Manja dan rasa tak selamat bila ibunya tak berada di sisi dia. Bila dalam dakapan ibu rasa tenang dan selamat. Itu normal bagi bayi. Yang tak normal ialah orang lain yang mengeji mengata macam-macam. Ah malas aku nak cakap lah sendiri mau ingat lah.

Done membebel. Okbai.

06 May 2017

Dah Berhutang Tak Reti Nak Bayar

Assalamualaikum.

      Peringatan: Ini adalah Entri maki hamun. Tak payah terkejut sangat bila baca.

      Pagi-pagi lagi aku dah hangin satu badan. Aku rasa semua pun bersetuju dengan aku, bila kita nak tuntut hutang orang ni dah serupa pengemis. Kita rasa segan selalu mintak dibayar hutang sedangkan yang berhutang macam tak ada perasaan bersalah langsung buat tak tahu je. Eh sialnya lah perangai.

    Cerita malang aku pasal hutang ni asal-usulnya berpunca daripada main kutu atau main undi. Tahun 2016 punya cerita, aku banyak join group kutu. Disember 2016 last lah aku join kutu. Selepas itu aku terus berazam tidak akan main kutu lagi dengan mana-mana orang pun.

     Kisahnya aku selalu memang ambil last turn. Salah satu group kutu yang aku join main amaun agak bersar RM500 sebulan main 10 orang. Group yang ini direct akaun player, tak perlu kumpul dekat mak kutu. Jadinya ada seorang player ni pending bayar. Pm aku kata ada masalah, lambat sikit dapat bayar. Dah sebulan berlalu masih pending aku pun suruh bayarlah. Lepas tu alasan baru bersalin pulak, nanti dia minta tolong suaminya bank in secara ansuran. Aku OK lagi lah. Dah la nak bayar secara ansuran. Otak dia lah.

      Tiga minggu berlalu tanpa khabar berita. Aku whatsapp cuma ada satu tick. Sah aku kena block. Aku usaha cari nombor hp waris dia dan akhirnya dapat nombor suaminya. Aku pun whatsapp elok-elok cakap pasal hutang bini dia. Ada bagi amaran juga tapi masih tak ada marah. Lepas tu OK la ada respon. Esok nya dia bank in RM50. Dua hari lepas tu bank in lagi RM50. Baki hutang ada lagi RM400. Masa tu pertengahan February 2017.

   Sebulan lepas itu aku whatsapp lagi remind ada lagi baki RM400 dan bagi sekali lagi nombor akaun. Orang macam ni aku tau mesti takde simpan pun nombor akaun bank aku dan jenis clear chat. Dia jawab InsyaAllah. Hmm...aku tak sedap hati. Beberapa hari lepas tu aku whatsapp lagi cuma dapat satu tick. Jahanam suami nya pulak block aku. Aku still sabar lagi OK takpe aku bagi masa, bagi peluang.

     Setiap bulan aku remind. Pakai SMS dan whatsapp walaupun keparat tu dah block aku aku still whatsapp.

    Hari ni aku dah nekad. Aku guna nombor PRDH whatsapp ingatkan pasal hutang. Hey blue tick oiii. Lepas tu aku cakap tolong respon. Jadi satu tick je. Haram jadah punya orang dia block juga nombor tu. Aku dah menyirap gila aku terus call jantan tu guna nombor aku. Lepas beri Salam, soalan aku simple je,
"Ingat saya lagi tak?"
Dia boleh jawab,
"Siapa ni ek?*
Eeiiii macam cibai jawapan dia. Nampak sangat samada dia dah buang nombor aku atau Saje buat-buat tak ingat. Sial.
Aku pun explain lah semua. Masa ni suara aku dah tinggi sikit la sampai Naim pun terjaga menangis. Paling buat aku lagi marah ayat dia,
"Saya pelik juga siapa ni kan tiba-tiba je saya tak tau apa-apa."
Kepala bana kau. Pada hal beberapa bulan lepas masa dalam whatsapp dia sendiri cakap yang bininya ada bagitau pasal hutang duit kutu dengan aku dan minta tolong dia bayar secara ansuran. Ini sekelip mata dah lupa semua tu? Memang dasar laki bini tak guna. Ni kalau berdepan ni nak aje aku lempang.
Then si laki ni berjanji akan bank in dalam pukul 10.30 nanti, sekarang ni tengah kerja.
Untunglah tadi aku masih dapat kawal kemarahan aku dan suara aku walaupun agak tinggi tapi tak lah sampai menengking. Biadap punya manusia. Buat-buat tak ingat dan tak kenal pulak. Syaiton sungguh.

      Sabar pun ada hadnya. Dah berapa bulan dah pending. Gila betul. Memang betul aku menyesal main kutu dengan orang macam ni. Jadi pengajaran kat aku. Oleh kerana kes orang tak bayar atau lambat bayar, aku haramkan diri aku untuk join kutu. Aku ni prejudis. Aku akan anggap semua orang pun sama akan datangkan masalah pada aku walaupun yang buat salah tu cuma seorang dua. Ye kadang-kadang kena buat hati kering. No sympathy no empathy pada orang yang pernah buat hal dengan aku. Lantaklah. Hidup kena kejam kalau tak nak ditindas.

       Kalau dikira dengan jumlah hutang yang orang berhutang dengan aku, memang dah boleh buat pergi buat umrah dengan duit tu. Tapi apa boleh buat, orang tak dapat nak bayar sekaligus, bagi can lah bayar secara ansuran. Aku ni spesis boros sebab tu lah aku main kutu so boleh la buat simpanan. Bila aku dah start simpan emas, aku terus stop join kutu baru. Just habiskan mana yang aku dah join je. So guys, say no to kutu. Walaupun semua adalah trusted player, anda perlu juga berwaspada.

      

22 July 2016

Tekanan Ditekan Tertekan

Assalamualaikum.   
   Salam Jumaat. Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi wa sallim. Allahu Akbar. La Ilaha illa Allah.
    Astaghfirullahal'azim. Ya Allah, aku pohon tingkatkan kesabaran aku ke level paling tinggi. Aku manusia biasa. Tak mampu nak menahan amarah. Nafsu dan bisikan syaiton merajai hingga hilang rasional kadang kala. Astaghfirullahal'azim. Astaghfirullah.
      Gila dan paranoid. Aku tak tahu apa klasifikasi yang sesuai untuk menterjemah sikap aku dan apa yang aku rasa. Kadang-kadang hampir hilang pedoman bila panas baran aku datang. Puncanya apa? Stress ke? Tekanan? Ditekan? Tertekan? Ya Allah ampuni hamba-Mu ini. 
     Aku stress sebab apa ye? Aku kan cuma surirumah. Bukan bekerja pun. Nak stress pasaipa? Ye. Tapi orang lain tak rasa apa yang aku lalui. Cuba letak diri kau dalam kasut aku. Adakah kau mampu hadapi? Ujian setiap orang kan berbeza-beza.
     Aku perlukan masa dan ruang untuk diri aku sendiri. Masa untuk bertenang. Tanpa gangguan sesiapa termasuk anak-anak. Aku pernah terbaca satu artikel yang dikongsi oleh seorang ibu tentang kehidupan dia.
    Lebih kurang begini kisah dia. Mempunyai tiga orang anak kecil umur 5 tahun, 3 tahun dan 7 bulan. Surirumah. Setiap hari mesti marah anak-anaknya. Yup. Letih urus anak dan buat kerja rumah. Senang kata dalam keadaan tekanan. Wei, mak mana yang suka marah anaknya yang masih kecil dan tak tahu apa. Kalau seorang ibu tu selalu marah anak adalah kerana ibu itu dalam keadaan stress dengan pelbagai perkara.
     Sambung cerita. Satu hari dia berbincang dengan suaminya. Ya, suaminya pun perasan kenapa la isterinya kerap marah-marah dan masam muka. Maka setelah berbincang dan bersetuju, satu solusi dapat buat. Dalam sehari akan diperuntukkan sejam hingga dua jam 'masa untuk diri sendiri' bagi si isteri. Tanpa anak-anak, tanpa suami. Tak kisah la dia nak baca Quran ke, pergi spa ke, apa-apa je lah aktiviti untuk menenangkan diri.
   Guess what? Selepas dapat 'masa untuk diri sendiri' tu, si ibu tadi rasa lebih gembira dan tak ada stress langsung bila mengurus anak-anak dan rumahtangga. Dan tak ada marah-marah lagi kat anak kecil. Lebih bahagia dan happy. Rumahtangga dapat diurus dengan baik. That's we call quality.
     Subhanallah. Tolak ansur begini lah dapat melahirkan keluarga sakinah dunia akhirat. InsyaAllah amin.
       Kuncinya adalah sabar. Mungkin tak semua orang bertuah dapat jadi seperti ibu tadi. Mempunyai 'masa untuk diri sendiri'. Termasuk lah aku ni ha. Kah kah kah. Berangan boleh la der. Pfffttt. Ceharemm.
   Tapi tak apa lah. Bahagian masing-masing. Bersandar hanya pada Allah yang Satu. Mungkin ramai yang macam aku. Tak tahu nak mengadu pada siapa. Kadang-kadang kami ni perlukan seseorang untuk meluahkan isi hati kami. Mungkin suami. Mungkin mak. Tapi biasanya kami memilih untuk diam saja memendam rasa. Tak ada orang akan faham pun. Tak ada orang boleh tolong pun. Mana-mana isteri atau ibu yang sependapat dengan aku boleh drop komen kat entri aku ni. Ahahaha.
     Buatlah sesuatu yang boleh menggembirakan diri sendiri bila anda stress. Macam aku salah satunya aku suka menulis. Macam sekarang ni lah. Tulis blog. Kawal stress anda. Jangan sampai tahap yang kena jumpa pakar psikologi atau kaunselor. Cuba bertenang dan lakukan perkara yang anda minat dan suka. Karaoke ke, mandi sungai ke dan apa saja lah aktiviti yang buat kau rasa happy dan boleh bikin senyum lah. Tak ada lah asyik berkerut je muka. Koh koh koh.
    Paling penting setiap hari jangan gagal untuk berdoa. Ya doa senjata orang mukmin. Doa dipermudahkan segala urusan. Doa supaya sabar selalu. Doa dapat tahan marah. Doa sentiasa lah bersangka baik. Istighfar. Selawat. (Nasihat untuk diri aku ni).
    Dan lagi satu yang mustahak. Bersyukur. Syukur selalu. Alhamdulillah.

31 March 2016

Dear Stalker

Assalamualaikum...   
  Dunia ni pelik. Bukan dunia yang pelik tapi perangai orang dalam dunia ni yang pelik. Kenapa mesti nak stalk orang lain kemudian mengadu domba? Syaiton betul la perangai kau ni kan?
   Dear stalker,
Kau kenapa ek masih sibuk nak tahu pasal hidup aku? Eh, aku tak kisah kau nak stalk tapi perlu ke copy paste entri aku bagi orang lain baca? Apa tujuan kau? Kau sengaja nak apikan orang lain supaya benci aku? Kau ni apa masalah. Kata dah move on tapi hati kau masih busuk nak hancurkan dan porak perandakan hubungan kekeluargaan orang lain? Whats your problem dear?
Dear stalker,
Kau jangan sampai aku tumbuk dan lempang muka kau satu hari nanti. Tak payah nak plastik sangat konon nampak baik, jaga hubungan dengan Allah kononnya tapi dengan manusia kau khianat dan dengki tak sudah-sudah. Aku tak kacau hidup kau, kenapa kau mesti nak kacau hidup aku?
Dear stalker,
Sebenarnya aku tak sangka kau sudi menjadi pembaca setia blog aku. Kiranya aku ni penting juga la pada kau ye. Heh. Penting sebab nak hancurkan aku. Kau dendam dengan aku ke? Apa benda yang kau sakit hati sangat dengan aku sampai kau tergamak nak sebarkan apa yang aku tulis pada orang yang berkaitan? Apa niat kau? Apa yang kau dapat bila buat semua tu? Hati kau rasa puas bila berjaya buat orang benci aku? Busuknya hati kau buat aku macam ni.
Dear stalker,
Apa alasan kau? Oh, kau nak kata... dah dia tulis dalam blog, satu dunia boleh baca. Hello si busuk hati, orang lain baca tapi sekadar baca. Bukan macam kau pergi copy paste dan mengadu domba. Apasal jahat sangat kau ni ha? Kau tak takut dosa?  Kau tak takut kalau orang tak redha dan tak maafkan kau dunia akhirat akibat perbuatan kau ni? Walau mulut aku jahat, tulisan aku jahat, tapi aku tak mengadu domba dengan tujuan nak rosakkan hubungan kekeluargaan orang lain. Perbuatan kau ni boleh menyemai kebencian di hati orang. Tolonglah bertaubat!
Dear stalker,
Selagi aku boleh sabar, aku sabar. Aku cuba lah untuk redha dan memaafkan. Its ok kau buat aku macam ni. Bak kata kau yang berulang sejak dulu, 'semua orang buat silap'. Eh cakap memang senang beb. Tapi kesilapan yang disengajakan sampai buat hati orang lain terluka, kau ingat mudah ke nak sembuh? Kau sengaja kan nak orang lihat aku ni mulut jahat dan tulisan jahat. Kau je lah yang suci. Kau je lah yang baik. Pergi jahanam.
Dear stalker,
Tolong berhenti buat kerja macam ni. Tolong berhenti mengadu domba. Ini blog aku,  aku punya suka nak tulis apa. Yang kau sibuk sangat apa hal? Tak puas hati cakap depan la bukan sembunyi tapi dalam masa yang sama api-apikan orang lain. Ingatlah balasan Allah dan kaffarah. So kau rasa aku akan maafkan kau? Kau ada rasa nak minta maaf kat aku ke? Huh. Aku kenal sangat perangai kau. Kau tak kan mengaku dan minta maaf. Kau pasti cari alasan.
Dear stalker,
Please move on. Tak perlu nak menyibuk hal orang. Betapa jahatnya perbuatan kau ni sampai orang lain boleh sangka buruk dengan aku. Aku ingat kau dah berubah. Rupanya makin teruk lagi ada. Kau ni umpama duri dalam daging dan gunting dalam lipatan. Kalau kau tak nak sakit hati, jangan baca blog aku. Tak payah ambil tahu hal aku. Aku tak serang kau dah kira untung. Macam lah orang tak kenal kau tu kaki screen shot lepas tu mengadu domba.
Dear stalker,
Satu je aku nak pesan. Kau jangan berani nak tunjuk muka kau depan aku. Aku akan tumbuk muka kau nanti. Kau masa nak sebar copy paste kau tak fikir akibat kan? Jangan menyesal.
Aku tak main-main. Aku tak simbah asid dah untung.

19 April 2015

Hati Perempuan

Assalamualaikum..
  Maaf, ini bukan nak ulas cerita bertajuk Hati Perempuan daripada novel atau drama tv. Ini cerita hati perempuan yang real, bukan rekaan atau imaginasi.
    Hati seorang perempuan asalnya lembut, tak ada yang keras. Walaupun mulut jahat ke atau terlepas kata-kata menyakitkan hati orang lain, namun hati perempuan itu bukanlah sejahat mulutnya.
   Aku keliru sebenarnya. Tak tahu siapa yang benar, siapa yang tak jujur. Hanya doa yang dapat ku pohon setiap masa agar Allah memberi aku petunjuk. Bukan mahu mencari siapa salah, aku hanya mahu tahu kebenaran dan kesahihan. Itu sahaja. Barulah kekeliruan dan kekusutan ini akan berakhir. Ya, hanya pada Allah tempat mengadu dan meminta.
      Hati perempuan ini, selalu berdoa kepada Allah. Saat hati disakiti, terus berdoa dalam hati, Ya Allah, berikan aku ketabahan dan kekuatan. Kita hamba memang lemah. Tak ada kekuatan dan daya melainkan dengan kehendak Allah. Allah yang pegang hati kita. Dia berkuasa membolak-balikkan hati. Oleh itu kita jangan angkuh, berlagak dan bercakap besar. Setinggi mana ilmu dan kekuatan kita ada, jika Allah tak izinkan, memang tak akan terjadi apa-apa.
    Hati aku ini, kadangkala diracuni fikiran dan minda jahat, untuk doakan yang buruk untuk orang yang buat aku terluka. Tapi lembutnya hati perempuan ini, boleh dan mudah memaafkan. Kadangkala bila datang idea jahat atau dendam, macam-macam yang aku rancang untuk lakukan,  tapi bila sampai masanya aku jadi tak sampai hati dan tak jadi buat. Adakah aku terlalu lembut hati atau hati perempuan memang begini?
     Busuk hati? Hasad dengki? Minta Allah jauhkan rasa negatif itu. Minta Allah jauhkan segala sifat mazmumah. Ameen.
     Alhamdulillah. Bersyukur atas segala nikmat yang Allah beri. Semuanya datang dari Allah. Tidak kira lah kebahagiaan, kegembiraan, ujian dan apa sahaja. Asalkan kita sentiasa ingat pada Allah, hati kita akan menjadi tenang. Besar mana pun masalah yang datang, ujian dan dugaan yang menimpa, bila kita ingat Allah dan kembali pada-Nya, hati akan rasa tenang dan damai. Allah sentiasa bersama kita.
     Semoga segala kekusutan dan kekeliruan ini akan berakhir secepat yang mungkin. Aku tidak mencipta sengketa. Bukan aku yang buat huru-hara. Bukan aku punca semua ini berlaku. Ini semua adalah kehendak Allah jua. Kalau lah dia faham tentang ini. 
     Sabar. Sabarlah dalam menghadapi ujian ini. Ya Allah, damaikan semua hati mereka. Tunjukkan lah kebenaran.

09 April 2015

Doa Seorang Isteri dan Ibu

Assalamualaikum...
   Alhamdulillah. Allah menguji tanda sayang. Walau berat mana ujian yang Allah beri, ketahuilah yang kita mampu untuk menghadapinya. Allah tidak akan memberatkan satu ujian itu melainkan dengan kemampuan hamba-Nya.
    Tetapi, tidak sekali-kali aku melakukan perkara syirik dan khurafat. Nauzubillahi min dzalik. Aku dah hilang akal ke atau terdesak sangat ke sampai nak guna ilmu sihir lah, penunduk la, guna-guna lah. Apa aku cetek sangat ke pengetahuan agama? Akidah aku dah terpesong sangat? MasyaAllah. Kenapa begitu sekali tuduhan daripada orang yang aku hormat dan sayang? Ya Allah Yang Maha Melihat, kuatkan dan tabahkan diri ini. Ameen.
    Kalau pun memang tak suka aku, benci aku, janganlah sampai menuduh aku seteruk itu. Tak apa lah. Hanya Allah yang tahu hati aku, diri aku macam mana. Biar dibenci manusia tapi Allah lebih tahu akan hamba-Nya. Ya Allah Yang Maha Mendengar, tolong beri aku kekuatan untuk menghadapi semua ini. Ameen.
      Ujian demi Ujian bertimpa-timpa. Alhamdulillah. Ujian juga adalah hadiah dari Allah. Sebagai peringatan agar aku tidak lalai dan hanyut. Alhamdulillah. Aku juga bersyukur diuji sebegini. Allah ingin mengangkat darjat hamba-Nya dengan memberi ujian yang berat dan bagaimana hamba itu mengatasinya dengan sabar dan redha. Ya Allah Yang Maha Mengetahui, hanya pada-Mu segala pergantunganku. Ameen.
      Hari ini, aku juga mendoakan yang baik-baik untuk 'mereka'. Semoga Allah mudahkan semua urusan dan cepat-cepat pulang. Walau hati disakiti, pedih dan terluka, aku tetap doakan yang baik-baik. Tak apa lah, mengalah bukan bererti lemah. Sebaliknya aku sedang membina kekuatan dan ketabahan diri. Allah sahaja yang tahu hati aku. Ya Allah Yang Maha Agung, tolong pulihkan semangatku, kuatkan semangatku, kuatkan hatiku untuk redha dengan semua ini. Ameen.
    Walau sakit ini sukar sembuh atau mungkin tak akan sembuh sampai bila-bila pun, aku kena kuat untuk teruskan hidup ini. Ujian ini mungkin hanya kecil sahaja nak dibandingkan dengan orang lain yang Allah uji lagi besar ujiannya. Tetapi, ujian yang melibatkan hati dan jiwa ini sebenarnya amat perit lagi daripada ujian fizikal atau yang boleh nampak contohnya harta dan keperluan.
Ya Allah Yang Maha Penyayang, jaga dan pelihara lah hati ini agar selalu dekat dengan-Mu Ya Allah. Jangan sekali-kali hatiku dibiar lalai dari mengingati-Mu. Ameen.
    Allah sebaik-baik perancang. Allah sedang merencana yang terbaik buat hamba-Nya yang lemah ini. InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja. Yakinlah dengan apa yang telah Allah atur, pasti itu yang terbaik buat kita. Bersangka baik dengan semua ujian yang Allah beri. Bukan untuk menyusahkan atau menyeksa, tetapi kerana Allah ingin memberi ganjaran lebih untuk hamba-Nya yang sabar.

01 April 2015

Semakin Hampir

Assalamualaikum...
   Semakin hari, semakin hampir hari 'derita' ku akan bermula. Aku masih tetap bertegas dengan pendirian dan doaku pohon tanpa jemu. Setiap hari, setiap masa aku berdoa benda yang sama tanpa gagal. Seandainya tidak dimakbulkan Allah, aku redha. Allah ingin memberi yang lebih baik lagi untuk aku.
     Dan seandainya doaku termakbul. Alhamdulillah. Aku bersyukur sangat. Allah menyebelahi aku. Bermakna 'mereka' tidak diredhai Allah. Aku dalam golongan 'teraniaya' dan 'dizalimi'. Hati aku dilukai. Hati aku bagai ditoreh, dihiris, ditikam sehingga hancur berkecai. Sakit. Memang sakit. Sakitnya itu di sini. Di hati. Sangat sakit. Pedih. Aku yang amat terluka. Aku memang tak akan maafkan pengkhianatan ini sampai bila-bila.
    Mulut memang mudah mengatakan...
Semuanya takdir Allah..
Allah yang gerakkan hati ini...
Allah yang atur semua ini...
Allah yang timbulkan perasaan suka dan cinta ini...
Tak tau macam mana boleh terjadi. Perasaan itu datang sendiri.. tanpa dipaksa. Timbul sendiri..
Ah, sudahlah! Semuanya dusta! Kau yang tak setia. Kau pengkhianat. Kau tamak. Kau yang tak bersyukur. Kau sentiasa mahu lebih.
Dan kau pula. Kau pengkhianat juga.
Ah aku benci semua ini.

07 December 2012

Jiwa Kacau

Assalamualaikum.

Sebenarnya berpuluh kali juga aku berfikir perlukah aku buat entri yang bakal penuh emosi ini? Dah lama aku tak maki-maki dalam blog aku ni. Haa..

Ok tadi aku dah matikan laptop dan bersedia untuk tidur. Tapi hati aku tak keruan, resah gelisah, gundah gulana, rasa marah yang terpendam macam nak meletop. Banyk kali istighfar pun masih tak stabil emosi aku. Geram, marah, rasa nak maki. Ah, pendek kata rasa macam nak pukul orang. Ceh, bajet gangster.

Semuanya berpunca dari internet la haram jadah betol. Kalau aku tak bukak facebook benda ni semua tak akan terjadi. Ceh.

Banyak web aku bukak tadi; twitter, ratuhati, gmail, facebook. Tapi aku lebih tumpukan pada ratuhati (singkatan RH) sebenarnya. Gmail pula digunakan untuk melihat notification terbaru dari RH lah. Twitter pula just baca timeline. Aku tak follow ramai orang jadi tak banyak la tweet updates ngeheheh.

Bermulalah satu episod di facebook yang membawa kecelakaan lagi malang. My sis in law (singkatan SIL) habaq mai siang tadi pasal pameran kucing di Danga City Mall Sabtu ni. Cuma tak pasti adakah Sabtu dan Ahad or Sabtu sahaja. Aku pun google cari pasal tu dan jumpa link fb 'kelab kucing malaysia' ke apa jadah namanya tah lebih kurang gitulah. Aku baca iklan dan yang aku faham macam hari Sabtu je. Nak kepastian aku pun drop komen kat page tu tanya hari Sabtu je ke atau Sabtu dan Ahad? 

Kau tahu apa admin page tu jawab? 'Sila baca iklan dengan teliti'. Hamboi. Ok takpe lah aku pun berkeras jugak cakap dah baca tapi kurang faham coz kat poster kata 8 dan 9 Dis. Padahal aku dah faham dari awal pun tapi salahnya admin jawab je soalan aku kan? Just simple hokay? Then the admin balas 'sila baca betul-betul iklan dalam page ini jangan bergantung pada poster sahaja'. Lebih kurang gitu lah ayatnya aku pon malas nak bukak page cilakak tu untuk copypaste, macam haram perangai adminnya, tumbuk jugak muka tu karang.

Aku dah mula menyirap. Hangin gak satu badan. Aku balas balik, 'ai, bunyi macam marah je? Apa salahnya jawab je soalan saya. Tak sporting betul'.

Terus tak balas komen aku, kau. Aku nak je taip lebih-lebih cakap admin sombong ke apa ke tapi just cool la. Aku mengamuk la kat twitter. Eceh tak la mengamuk sangat just luahkan yang tak puas hati je tapi tak mention pun page tersebut. 

Satu hal lagi yang tetiba buat aku rasa angin sangat time aku baring ready nak tidur tadi. Hal adik bongsu aku   
(panggil Adek). Time aku tengah syok layan forum RH dalam keadaan bilik gelap, dia masuk bilik tiba-tiba dan tanya ada charger tak? Aku tanya charger apa? Dia jawab Samsung. Aku jawab balik, "Mana aku tau. Aku pun cari charger Samsung aku ni mana hilang tah." Lepas tu dengan emosinya beliau berjalan keluar bilik dengan jalan dihentak-hentak sambil mulut berkata, "Eii..bodohlah". Tak tahu lah bodoh kat diri sendiri ke apa tu aku tak layan pun sebab sibuk dengan internet aku ni ceh.

Bila teringat balik dengan reaksi Adeq tadi hati aku pun diamuk kemarahan dan tak puas hati. Apasal la tadi aku tak balas balik, "Siapa yang bodoh? Kau ke?" Entah kenapa aku rasa macam emosi gila bila terkenang balik perangai jahanam beliau tadi. Dia tu memang lain macam perangainya berbanding adik-beradik lain. Kuat mengamuk, kuat melawan, selfish dan banyak lagi lah negatif yang aku rasa tak ada sesiapa kat dunia ni boleh bertahan dengan perangai dia. 

Jadi dua insiden ini sangat mengganggu emosi aku, terkenang-kenang dan tak puas hati selagi tak dapat lepaskan kemarahan. Eceh. Sekurang-kurangnya bila aku menulis ni aku dah rasa lega la kononnya. Boleh lah. Daripada aku berdendam? Ye tak? Heh, perangai macam keji sehh.

Resolusinya? Jangan harap aku nak datang 'cat show' kat Danga City Mall hari Sabtu ni. Aku akan mencari seribu alasan bagi mengelak balik JB hari Sabtu. Aku nak balik hari Ahad jugak. Lantak lah apa nak jadi pun. Tak pasal aku rasa macam marah dan geram pulak dengan my SIL coz dia yang cetuskan idea ajak pergi tengok cat show. Dah lah my hubby ni peminat kucing, mesti dia kalau boleh tak nak lepaskan peluang punya. Aku suka kucing jugak tapi tak teringin pun nak pergi cat show. Pergi pun boleh, tak pergi pun boleh. Oleh kerana cuma Sabtu, agak keberatan sikit la aku nak pergi. Ini ditambah pulak perangai diva admin page haprak pencinta kucing konon yang sombong nak mampus, lagi aku rasa tak nak pergi langsung!

Okay entri ini memang penuh emosi kan? Kau rasa tak suka? Siapa suruh baca? Huk huk.

Ok lah bai selamat malam.

17 October 2011

Can Anyone Help Me?

Assalamualaikum.

Ini adalah entri emosi. Siapa yang tak tahan baca entri penuh makian ini, sila berambus jauh-jauh, jangan baca. Nanti kau rasa nak maki aku pulak. eh bukan. Kau akan fikir.. "Eh, budak belajar Mesir macam ni ke?". Boleh blah orang-orang macam ni okay?

Maybe aku ini kolot atau ketinggalan zaman. Netbook yang aku guna ini guna OS Windows 7 Pro. Terus terang aku lebih suka XP berbanding 7. Dan aku pun tak berapa pandai pakai 7. Ok tak kisahlah tu. Konon 7 lebih user friendly ek? Itu may be Windows 7 Starter kot? Ke aku yang kolot sangat?

Windows 7 Professional Service Pack 1, nama OS dalam netbook ni. Kau tahu tak apa yang buat aku marah sangat dengan OS cilakak ni? Pasal download gambar daripada internet. Aku tak tahu la OS bangang ni simpan kat mana gambar-gambar yang aku download, aku tak jumpa. Biasanya kan terus simpan kat folder my pictures atau file downloads, terus senang nak cari. Dan bila aku nak upload semula gambar tu, tak ada. Bukan tak ada tapi dia (OS) simpan kat menatang mana tah.

So hari ini baru aku tau. Aku dengan bersusah payah perlu pergi ke My computer > local disk C > users > p2nb > downloads. Nah, baru jumpa file downloads. Aku yang buta IT kot. So bolehkah sesiapa bantu aku untuk masalah ini, untuk lebih cepat dapatkan file downloads itu tanpa perlu klik banyak step? Adakah perlu buat partition ( aku salah eja kot tu huhu)? Maksudnya jadikan local disk C, local disk D, asingkan yang mana program files, yang mana applications dan apa-apa lagi lah. Please somebody help me.

Pendek kata memang aku tak berapa mahir la guna OS windows 7 ni lebih-lebih lagi yang PRO ni ha. Sebelum ni aku pernah main komputer atau laptop yang guna 7 versi starter, home ke, ok je tak ada lah rumit sangat. Hai entah le. Aku yang bengap kot tak reti guna. Dush!

Tolong bantu saya. Ok bai.


14 December 2010

Kau Mengaku je la! Lempang kang !

Hey aku tengah marah ni! Marah ni tau tak! Rasa nak lempang laju-laju muka orang. Aaaaaaaa!!!!!!! Marahnya!

Aku nak tuduh tak sampai hati. Tapi aku ada suspect. Why why why???? Kenapa kau buat aku macam ni hah?!! Ahhh tension betul. Lebih tension hal ini berbanding tension dengan kelembapan laptop aku mengalahkan kura-kura dan siput babi. Tak. Aku lebih tension dengan laptop aku. Dan bertambah tension dengan lalat yang kadang-kadang datang mengganggu-gugat aku tengah menaip ini. Aku baru lepas mandi okay? Wangi beb kenapa kau kacau aku hah lalat?! Arghh semua benda buat aku tension la! Rasa macam nak ponteng kuliah je kejap lagi ni. AAAAAAAAA!!!!!!!

Ok pernah tak kalian punya emel atau apa sahaja akaun berkaitan internet cuba diceroboh orang? Seseorang cuba masuk akaun anda dengan meneka password tapi dia gagal meneka. Sampai satu tahap dia dapat warning daripada internet lah. Dan apabila anda pula log in, ia gagal. Ini kerana sebelum itu sudah beberapa kali password dicuba bercanggah dan akaun anda terus dikunci. Bangkai betul.

Persoalannya siapa pula stalker (??) yang berusaha sedaya upaya meneka password anda? Peminat rahsia? Peminat misteri? Pendengki? Jeng jeng jeng…

Inilah yang berlaku pada aku. Sebelum ini emel yahoo aku jadi macam ini. Setiap kali sign in gagal. Aku terus syak la ada orang nak cuba buka emel aku tapi aku tak tanya dia pun. Tapi mujurlah 24 jam kemudian emel boleh dibuka. Kembali normal. Tak sempat aku nak buat soal-siasat kepada suspect. So aku diamkan sahaja tidak menyoal suspect. Hoho.

Kali ini akaun facebook (fb) pula. Dah dua hari gagal di log in. aduss. Aku mengesyaki orang yang sama tapi aku belum buat soal siasat lagi. Tapi betul ke dia orang yang disyaki? Aaaaaa aku tak mahu la tuduh menuduh. Mana tahu bukan dia tapi orang lain? Tak ke malu aku nanti sebab main tuduh je. Tapi kalau betul la dia orangnya, satu ayat aku nak cakap,

‘Kau mengaku je lah wei!!!’

Apa hal kau nak hack akaun aku? Kau sayang aku lebih ke? Atau kau terlalu dengki kat aku? Marah betul!

Adakah orang ini pembaca blog aku? Adakah dia seorang blogger? Tak kisah lah sesiapa tapi tolonglah mengaku dan nyatakan alasan kenapa kau berbuat demikian (cuba ceroboh akaun aku). Aku tak marah kalau kau mengaku. Tapi aku amat marah bila aku still tertanya-tanya mengapakah jadi begini. Hmm atau fb yang bermasalah? No, bukan fb tapi ini adalah kes orang meneka password tapi tak dapat. Tak pasal-pasal aku pun terus tak boleh buka akaun sendiri. Dush!

06 December 2010

Bulan Depan Birthday Aku.. Saje nak buat pengumuman. lalalalala~

Assalamualaikum..

Peh gila bersawang aku punya blog ni. Haha. Ceh padahal belum la lama sangat aku tak update. Hhohoho. Selamat tahun baru semua. Salam Ma'al Hijrah. Esok cuti, yeay!!!

Aku nak bercerita la sikit la peristiwa tengahari tadi time dah nak tiba Maahad. Kira-kira lagi dalam 20 langkah la gitu nak masuk pintu Maahad (aku tak kira pun. :p). Aku berjalan di tepi bangunan, sebelah kanan. Aku nampak ada 'seekor' (aku tengah marah ni) tuk-tuk (sejenis kenderaan beroda tiga) dari arah bertentangan. Mula-mula 'dia' jalan kat tengah. Maksud aku driver nya drive betul-betul di tengah jalan la. Then driver memandu ke tepi sikit. Aku macam tak sedap hati tengok tuk-tuk ni. Haish..

Seperti yang ku jangka, si bangang pemandu tuk-tuk tersebut pura-pura nak langgar aku tapi tak kena la. Dah la dia drive laju nak mampus. Apa perasaan kalian kalau ada kenderaan tiba-tiba cuba atau sengaja langgar kalian? Walaupun hanya 'buat-buat' atau pura-pura hampir melanggar, bukankah itu satu tindakan yang amat kurang ajar? Mesti berderau darah kan? Boleh kena lemah jantung. Biadap betul la. 

Maka aku dengan lancar nya memaki "sial la kau ni" dengan nada perlahan dan tuk-tuk tu pun dah berlalu. Tangan kiri aku mengepal penumbuk (hampir nak keluar jari... teeettt.. faham-faham je la). Then cepat-cepat aku istingfar banyak-banyak di mulut dan dalam hati. Marah tau tak?? Aku ada buat salah apa kat kau hah sampai kau 'gurau kasar' tahap biadap lagi tak boleh dimaafkan? Orang Arab ni kalau yang jahat atau kurang ajar.. memang rasa nak,,
Haiii... sabarlah wahai diri...

Cerita maki tamat. Hahah. Oh tak ada kaitan dengan tajuk entri nampaknya. Saja je nak buat pengumuman, bulan depan iaitu bulan Safar (sekarang dah masuk Muharam di Malaysia heheh) adalah bulan aku dilahirkan. Tahun 1406. Tahun baru ini 1432 kan? Haha poyo plak aku mahu promote. Laalalala..

Hmm aku kat cc je ni. Nak balik dah. Minta maaf atas salah silap. Daaa...

 p/s : aku ketagih main game pc sekarang. siapa ada ubat?


04 November 2010

Suram lagi Kusam

Wei! Ko nak biarkan blog kau ni berlapuk je ke tanpa update? Dah la tak blogwalking. Pemalas!

Helo! Sorry sikit. Bukan sengaja tak nak update atau blogwalking tapi rumah aku tak ada line internet dah 11 hari! Ni pun update dari cc je. (ayat loser)

Apa? 11 hari? Apehal ko bengap sangat boleh bertahan selama itu? Kan kau bayar?

Aku malas lah. Biarlah. Tak ada kepentingan sangat.

Kau ni sungguh kasihan dan menyedihkan.

Tak apa lah. Aku redha je dengan ketentuan ini. (ceh)


*************


Nak mengimbau kenangan silam. Judulnya 'The 3rd November Story'.

Sewaktu dajah satu dulu, aku pernah tak datang sekolah sebab demam. Esoknya datang sekolah, aku tanya kawan aku ada homework ke? Dia kata ada subjek English. Aku pun tengok soalan di buku tulis dia, salin semula. Konon nak buat dan hantar jugak homework walaupun aku tak datang semalamnya. (pelajar cemerlang?).

Semalam belajar nombor. Aku dah terlepas sebab tak datang. Aku tengok soalan di buku kawan aku, isi tempat kosong, tarikh kamu dilahirkan. Kawan aku punya tarikh lahir, 7th April 1985. Maka aku dengan penuh yakin tulis tarikh lahir aku 3th November 1985 tanpa bertanya pada kawan ku. Ouchh...

Bila teacher dah tanda dan pulangkan buku, aku punya tarikh dibetulkan, 3rd bukan 3th. Aku terpinga-pinga. Salah ke? Tak lama lepas tu baru aku tahu fungsi 'st', 'nd', 'rd' dan 'th'. Itu la pepatah mengatakan, 'malu bertanya sesat jalan'. Adeshh.

Kau rasa story kali ini semasa aku kecil dulu comel tak?

28 September 2010

Tak Faham...

Assalamualaikum...

Saje nak update tapi cerita tak best pun. Just nak mengadu kerana kepelikan melanda diri. dush!

Baru kejap je ni tadi aku try call abah. No handset la. Ada orang angkat. Tapi suara lelaki yang tak dikenali. Adakah aku salah nombor? Tak mungkin!!

Ni aku mula nak marah ni. Aku try dua, tiga kali jugak tadi. aku cakap helo banyak kali untuk pastikan aku tak salah nombor. At last orang sana matikan call. Gua pulak dah tak berani nak call lagi, takut betul-betul salah nombor ke. Lagi satu, membazir kredit la juga kan call tapi just cakap helo helo helo then dimatikan. Grrrr....

Update: Dapat call, dengar suara mak aku sekali je. Then aku nampak lambang speaker kat lowrate ni bermasalah, line tak jalan. Tapi mic aku okay je. Wahhh aku mula nak marah. Samada line sana yang kiok atau line sini. Tapi line sini mustahil la tak elok, semalam aku call kawan aku ok je. Ini bermakna line celcom di rumah aku di Felda Maokil tu yang bengong!!!! Marahnya!!!!

Aku try dail lagi ada operator jawab macam s**l. Apa tah dia cakap, tak jelas sangat. Konon-konon aku dail nombor yang salah. Bangkai!

update : Aku dail nombor Fatimah setelah diberi oleh Sarah. Dapat. Tapi oarng sana tak dengar suara aku agaknya. Aku dengar je suara mak. Penat aku cakap helo dan macam-macam lagi lah tapi tiada respon dan mereka turut cakap helo juga banyak kali. warggghhh kenapa dengan lowrate ini hah?? (salahkan lowrate pula, tadi salahkan line). Sabar, sabar, aku tengah puasa ni. Hey marah betul rasa nak memaki dan menyumpah je. (dah maki pun tadi sambil ketuk meja).

update : Dapat call. Setelah aku main-main wayar headfon dan mic, Alhamdulillah, dapat la cakap kejap tadi. Lepas tu putus-putus la pulak! Adoooiiiiii. Permainan apakah ini??? Perlukah aku hempas satu set computer ini?? (monitor + pc + keyboard + mouse + headphone).

update : Alhamdulillah dapat gak call dan bercakap. Tapi dah last-last tu putus-putus juga. Tapi overall ok lah juga...(ayat sedapkan hati huhu). Line agaknya yang bermasalah sikit. (mujur tak hempas set computer ni muahaha).

Ok lah aku nak balik rumah. Letih dah lepak cc sejak balik dari Maahad tadi. Dah dua jam dalam ni. OK babai.

07 June 2010

Aku Redha Tapi......

Assalamualaikum...

Ini kisah sedih. Kalau baca tak rasa sedih, buat-buat sedih pun jadi la..

Petang tadi, lebih kurang jam 6 petang aku keluar rumah, teman kawan aku pergi klinik. Kami berjiran je  pun, depan rumah, satu imarah (bangunan). Biasanya aku bawa beg galas, tapi kali ini aku tak bawa.

Kami menaiki tremco ke bandar Tir'ah dan turun di 'hujung jalan'. Maksudnya selepas 'jalan' ini, tremco akan berpatah balik ke kawasan Dirasat, lalu tempat aku tadi, bandar Salam. Klinik itu agak jauh, kami perlu menapak lagi. Dah banyak kali pergi situ tapi kawan aku ni ada banyak sangat appointment (macam salah eja kot) dengan doktor (dentist) sebab dia pasang besi pada gigi dia. Oh aku bukan nak cerita pasal beliau ok?

Sampai di klinik, aku terperasan sesuatu. Eh, mana handset aku ye? Tadi aku pegang. Aku raba poket. Tak ada. Sah, tercicir di mana-mana ni. Aku terduduk di kerusi termenung sekejap. Aku bagitahu kawan aku. Aku masih mengimbas-imbas sepanjang aku keluar rumah tadi handset aku di mana ye? Seingat aku aku pegang je, tak masuk dalam poket. Errr...

Aku ingat-ingat semula, dalam tremco tadi aku pegang tingkap dan kerusi sahaja, aku tak pegang handset aku pun. Adakah aku letak atas riba? (Aku pegang handset guna tangan kiri). Mungkin terjatuh masa nak bangun dan turun dari tremco tadi? Kalau jatuh mesti la bunyi dan aku sedar. Aduii. Aku masih buntu. Kawan aku bagi cadangan jangan misscall dulu mana tauy terselit kat kusyen tempat duduk ke tadi. Dia cadangkan cari tremco tadi dan naik semula, cari. Kalau ada rezeki, ada la, kalau tak ada, redha je.

Actually aku tak kisah kehilangan handset tersebut tapi aku risau gambar-gambar aku dalam tu yang belum aku transfer. Aduss. Ada gambar tak pakai tudung lagi. Biasanya aku delete tapi aku dah tak sempat. Adeii. Aku mula bayangkan yang bukan-bukan. Andainya yang jumpa handset aku tu buat jahat. transfer gambar aku ke komputer, upload di internet dan sebarkan. Ahh tidakkk!!! Na'uzubillahh...

Doktor masih belum datang. Aku keluar kejap dari klinik. Aku menyusuri semula jalan yang kami lalu tadi kot2 la tercicir ke. Mulut aku tak henti-henti berselawat atas nabi. Sambil mengingat semula sejak bila aku mula tak pegang handset aku. Sejak naik tremco ke, atau dah separuh jalan ke.

Akhirnya sampai tempat tremco berhenti tadi. Aku menunggu termco yang kami naik tadi. Aku ingat dan cam konduktor tremco tadi. Dia pakai kemeja corak bunga-bunga kecil campur lambang love. Agak 'girlie' atau 'gay' kot corak macam tu.

Tremco yang ditunggu pun tiba setelah menunggu dalam 10 minit kot. Ye aku memang sangat cam konduktor ini kerana aku cam  corak kemejanya. Ngeh ngeh. Aku naik dan duduk. Ohh.. 'lantai' tremco ini ada alas, jadi kalau handset aku jatuh tadi pun memang tak dengar punya. Maka aku bercadang naik sampai Dirasat dan Mauqaf then patah balik ke Tir'ah. Dala perjalanan yang agak lama itu aku tak henti-henti berdoa mudah-mudahan jumpa la.

Sambil-sambil tu aku mula mengenang apalah dosa-dosa aku hingga diuji begini. Ye aku memang banyak buat salah dan dosa. Aku juga mohon keampunan pada Allah moga diampunkan segala dosa-dosaku samada aku sedari atau tidak.

Aku juga bernazar aku mahu puasa tujuh hari berturut-turut jika handset aku dijumpai. Dan aku tetap akan tunaikan nazar tersebut walaupun handset aku gagal ditemui. Bukankah nazar itu untuk mendekatkan diri kita kepada Allah? Habis kalau tak dapat apa yang kita nak, kita tidak menunaikan nazar tersebut?

Sampai di hujung mauqaf, semua penumpang turun. Aku mula cek semua bawah kerusi, celah-celah dan semua aku teroka. Malangnya... tiada menemukannya. Aku agak kecewa tapi aku redha je la. Tremco patah balik menuju Tir'ah dan aku langsung tak turun dari tremco ini sejak tadi.

Sepanjang perjalanan menuju ke Tir'ah aku masih tak putus-putus berselawat (di mulut) dan berdoa (dalam hati). Sesungguhnya aku memang redha dengan kehilangan handset aku itu tetapi....

Tetapi aku berdoa semoga handset itu tercampak di mana-mana lalu hancur dilanggar kenderaan. Aku tak mahu sesiapa menjumpai handset aku itu. Aku mahu ia musnah. Aku tak redha sesiapa yang guna handset aku itu dan aku tak redha sesiapa buka folder gambar. Sebab itu kalau boleh aku mahu handset itu musnah dan tidak dijumpai sesiapa. Ya Allah, kabulkan permintaanku ini, aku redha dengan kehilangannya tapui aku mahu ia musnah! Aminn...

Aku pergi semula ke klinik tadi. Rupa-rupanya kawan aku dah balik. Alamak kesiannya dia. Aku tinggalkan dia lama sangat kot tadi, dia pun cek sekejap je agaknya. Aduh, maafkanku teman.

Lalu aku keluar dari klinik, sempat singgah kedai buah beli anggur. Aku tak tahu pukul berap sekarang ini tapi langit masih cerah. Aku tahan taxi dan turun di Salam.

Sesungguhnya aku memang redha dan sangat-sangat redha. Dan aku tetap akan tunaikan nazarku. Moga Allah berikanku kekuatan dalam menempuh ujian dan dugaan yang Dia bagi. Aku masih muhasabah diri. Memang banyak salah dan silap aku, dosa aku. Sungguh aku katakan aku tak kisah langsung handset yang canggih dan mahal (tak la mahal dan canggih sangat pun) milik aku hilang tapi aku sangat kisah perihal gambar-gambar dalam handset aku tu!

Tak pe la. Ada hikmah di sebalik semua ini. Aku nak balik. Dah nak Isyak ni (lagi setengah jam kot). Mesti adik-adik aku kat rumah tu risau aku pergi mana la. Ok lah teman, doakan aku terus tabah. Assalamualaikum.


p\s : Aku baru pakai handset aku tu dalam lapan bulan. Sungguh kasihan.




05 March 2010

Berikan Aku Kekuatan dan Ketabahan

Assalamualaikum....

Entah kenapa, mood aku pada petang ini sangat-sangat merudum. Down dan terus down. Apa yang membuat mood aku begitu down? Apa dan siapa??

Aku pernah berazam sebelum ini untuk mengurangkan atau menghentikan terus entri yang penuh emosi. Tapi kali ini aku tewas. Aku tak boleh tahan diri aku daripada menaip entri ini. Aku masih cuba tahan diri dari terus memaki. 

Sedih, down, marah, geram dan rasa mahu menyumpah dan memaki. Sabar, sabar. Berikanlah aku kekuatan dan ketabahan hati. Bukankah aku sebenarnya seorang yang sangat cekal dan tabah? Bukan mudah tewas dengan ujian dan dugaan yang hanya sedikit mengetuk dinding perasaan.

Aku kadang-kadang cuba untuk jadi seorang pendendam tapi tak pernah berjaya pun. Mesti akhirnya aku memaafkan dan tak sampai hati pula nak balas dendam. Dan akhirnya aku melupakan sahaja hajat untuk membalas dendam. Adakah hati aku terlalu lembut? Ohh ini bukan puji diri, cuma pertanyaan.

Kadang-kadang, orang yang nampak baik itu bukan benar-benar baik pun. Pasti ada kekurangan pada dia. Bukan setakat 'kekurangan' tapi perkataan paling sesuai adalah 'kejahatan' yang orang tidak akan sangka. Dan kejahatan itu hanya 'seorang' sahaja yang tahu dan orang itu pula pandai menjaga rahsia dan tidak pernah menceritakan kepada sesiapa akan 'aib' dan 'kejahatan' 'orang baik' tadi. Dan 'si penjaga rahsia' tadi yang sangat-sangat malang tidak dipedulikan langsung oleh 'orang baik'. Seperti kacang lupakan kulit atau habis madu sepah dibuang. Hmm... adakah 'si penjaga rahsia' hanya sekadar 'satu persinggahan?' * terus pasang lagu tersebut.

Maka pembaca pun tertanya-tanya siapakah 'si orang nampak baik' dan 'si penjaga rahsia' itu? Jeng jeng jeng....


















bersambung....... 


huahahahaha saje nak buat saspen. sape marah sila angkat kaki. weeeee~






29 January 2010

AKU MAHU BAWA DIRI.....

Assalamualaikum....

Hmm ntah nape aku rase sgt2 kecil hati skrg. Bukan seorang yg kecilkan hati aku tapi beberapa orang. Tak perlu la aku sebut namanya dan terangkan apa perkara yg buat aku kecil hati.

Aku serius nak bawa diri. Ini mugkin entri terakhir aku setakat ini. Tak pasti bila lg aku akan update. Aku mcm dah malas nak berblog. Esok petang aku akan berangkat bawa diri ke satu tempat. Aku mahu cari ketenangan di sana.

Kenapa tah tiba2 aku jd sgt2 sensitif petang td. Tiba2 jadi mudah tersinggung. Padahal sebenarnya hal itu kecil je tp aku yg sensitif lebih2.

Ah bencinya!!! Aku mcm nak tutup blog ni dan cuma aktifkan blog lg satu. Hati aku sgt2 sakit dan marah. Macam nak lari dari rumah pun ada. Aku dah hilang mood skrg ni. Aku xmahu cakap ngn sesapa skrg ni. Dikhuatiri aku emosi dan marah2 org yg xbersalah.

Maafkan aku kerana wt entri mcm ni. Sorry again. Babai..




16 January 2010

AKU RASA NAK DELETE BLOG... MAAFKAN AKU..

Assalamualaikumwarahmatullah...

Adakah ini mungkin entri terakhir aku?? Aku rasa nak berhenti berblogging sebab aku rase sgt2 sedih, marah, sakit hati dsb kerana...

Skrg (waktu aku menaip ni) jam 10.25 mlm 15 Januari 2010, kat Malaysia dh pukul 4.25pg 16Jan 2010. Hari ni pengunjung blog aku lebih 30 org. Blog aku ni jarang capai pengunjung sebanyak itu. Yang membuat aku bertambah hairan, ramai pula pengunjung dari Mesir (belas2 org). Sbl ni xpernah pun warga Mesir (student Malaysia) view blog aku ni. Kalau ada pun ade la 2, 3 org.

Ini kerana aku xpernah war2 kan kewujudan blog aku ni kpd warga Al-Azhar. Kwn2 blogger aku semua hanya kawan alam maya yg semuanya di Malaysia. Ade la seorang dua kot kwn Mesir yg tau pasal blog aku ni tp bukan pembaca setia.

Aku sgt2 terkilan dgn komen2 drpd anonymous commenter berhubung entri ini . Apa tujuan bg komen mcm tu? Nak hentam aku kah? Dah le pengkomen xdpt dikenal pasti siapa dia. So berani la mereka bg komen mcm tu ye? Aku xtau mereka tu blogger atau bukan tp yg pasti aku sgt2 berkecil hati.

Pesanan buat anonymous commenter :- Aku mungkin kenal korang, mungkin juga tak kenal. Ini blog aku so suka hati aku la aku nak tulis apa! Aku ade ganggu hidup korang ke jahanam? Ada?? Sekurang2 nya aku xhipokrit mcm korang ni bangsat! Aku menulis sekadar luahkan rasa hati dan mmg dtg dari hati. Aku tak berpura2 dan aku tunjuk inilah diri aku sebenar. Kalau betul la xpuas hati n nk bg teguran xperlu kata2 pedas dan pedih mcm tu dan xperlu jd anonymous!! Korang ni BACUL OK?? Kalau betul berani dan PENDAKWAH konon2nya...sila tunjuk dirimu sbnr. Jgn berselindung di sebalik id yg xdpt dikesan! Sila minta maaf dgn aku atau aku tak redha dgn korang!! Ini serius!!

Makhluk2 ni benar2 merosakkn mood aku ptg td lepas balik dari rumah kawan, bile aku tgk blog aku n tgk komen.... eh?? Xsangka la kan ade anonymous reader gitu n lbh xsangka la komen yg mcm sial n mcm bagus diberi. Dan bile tgk widgeo aku lbh2 xsangka seramai 13org dr Egypt view blog aku. Mujur aku xpasang traffic n ip address, kalau x mgkn aku dh dpt kesan dari mana. Gerak hati aku yakin mengatakan pengkomen2 misteri tersebut mmg student Mesir nih. Tp xtau la kalau bukan. Aku tetap nak maki. Sial la korang ni tau tak??!!!

Kepada kwn aku yg aku cerita dlm entri tu, andai dia bace blog aku n entri ni...aku minta maaf banyak2 andai kau tersinggung. Aku sayangkan kau dan aku xpernah pun buruk2 kan kau dlm tulisan aku. Aku tahu kau mungkin dlam situasi yg sulit n sukar pd waktu itu so aku maafkan n redha je. Tapi aku insan biasa yg xlepas drpd perasaan marah n xpuas hati so aku tulis kt blog. Jujurnya aku xberdendam atau apa2. Aku benar2 sayangkan kau sahabat. Maafkan aku sekali lagi.

Kepada rakan2 blogger, aku pun sayangkan korang. Terima kasih kerana sudi membaca n berkongsi kisah hidup aku, cerita aku dan emosi aku. Maafkan aku jika ada yg terasa, tersinggung, terkecil hati dsb dgn aku. Maaf sgt2. Aku hanya manusia biasa yg amat2 tidak sempurna. Mungkin benar aku nak delete blog n hanya jd silent reader blog kalian. Maafkan aku sekali lagi...

Dengan ini aku selaku pemilik blog ini mahu memperkenalkan diri tp maaf xde gambar nak tunjuk muka aku yg kacak ni...

nama : Siti Nurfairus Binti Tolip
tarikh lahir : 3 November 1985
asal : Johor
status : single
ym : putericahayapermata_seimura@yahoo.com & racunsakti@yahoo.com

Sekian terima kasih.

p/s:-
mood ; agak stabil skrg
suhu malam ini ; 9 darjah celcius
waktu skrg ; 11.20 pm
blog aku lg satu; blog lukis2


02 January 2010

Aku Benar-benar Terluka...

ceh xpasal2 wt entri pasal kecil hati n terluka plak. tp serius aku btl2 kecik hati ngn seseorg. sedih sgt2. luka kt hati mmg sgt2 menyakitkn...sgt2 sakit xterluah oleh kata2. kenapa ya manusia begitu kejam melukai perasaan org lain? kenapa begitu tegar??? kenpa?? kenapa??

sakiiiiit sangat. sakittttt sgt, sakiiiiit sgt. itu je aku blh kata. aku xmau menyumpah seranah n memaki hamun skrg ni. aku cuba tahan. walaupun sangat sakiiiiit tp aku cuba bertahan. sakit n pediiiih sgt. sakit ok sakit sgt2. ah sial la!! kenapa aku lembik sgt ni ha??!! bodoh bodoh bodoh!! aku termaki2. ah aku peduli apa! aku nak org tau yg aku rase marah n terluka dgn ko yg mcm bagus sgt tu mangkok!!!!

ini sgt2 gila. aku kt cc skrg ni sbb line kt umh aku xbrape elok. lg 2minit mgkn azan mgrb tp aku msh xbalik lg. aku saje nk buat perangai gila. kat mesir ni student pompuan (malaysian) xdibenarkn berada di luar rumah slps waktu mgrb. dilarang. mst ade kt umh sbl mgrb. tp aku sengaja nk langgar peraturan. aku benar2 memberontak!!

sial la ko mangkok!!! ko yg wt aku jd mcm ni bangkai!!! bangsat sungguh insan nih!!! ye aku mmg mulut jahat suka maki2. tp aku xkan maki2 tanpa sebab. bile org wt bangsat ngn aku aku xkan teragak2 utk memaki2 beliau! brengset!! siaaalllll!!! rase nak rejam ko ngn batu bata kt sblh umah aku tu (umh jiran tgh renovate umah). Cilakak!!

ok aku sengaja nk wat perangai degil lg terjal nk balik umah dkat2 wktu isyak. umh aku xla jauh sgt ngn cc ni tp still bahaya seorg gadis jalan sorang2 mlm2. tp aku sengaja nk wt mcm negara sendiri. ceh kalau negara sendiri pun xpnah la jln sorg2 mlm2 melainkan bus smpai lmbt kt terminal larkin, so sorang2 la jalan. tp negara sendiri lain, kita berani.

grrrr....aku mmg anak degil ngn nakal. ah aku xpeduli. aku tetap nk balik malam. mintak2 xterserempak ngn ustaz2 (student lelaki Makaysia digelar n dipanggil ustaz). kalau terserempak mati lah aku kena soal jwb lak adeshhh. dasar degil punya budak. ah biarlah suka hati aku lah. hahahaahaha.

ok aku rase tenang dh luah kt cni. aku xla membenci dan berdendam cuma aku rase geram, marah, kecewa dan sedih. rase mcm nk nangis tp xjd nangis sbb aku dh tulis kt cni. bodo betul la ko mangkok!! suka sakitkn hati aku kn?? hey aku tumbok muka ko kang baru tau. aku pun ade taekwondo n silat. nak aje aku banting ko ke lantai. walaupun aku kurus tp tenaga aku kuat jgk nk pukul n banting org. lg plak saiz ko lbh kurang saiz aku je. aku siku je dada ko pn ko dh blh terkulai. ceh mcm ganaz sgt haku ni gila betol.

nasib baik la ko jauh dpisahkan oleh byk benua. kalau tidak..... grrr aku dh pijak2 ko tau x? potong kang baru tau. potong jari. ceh sampai hati ke nk kerat jari org? melampau2 je aku jd samseng.

ok azan mgrb dah berkumandang n kejap lg misi aku terlaksana iaitu nk balik dekat2 waktu isyak hahahaha. aku mmg gila. wo entri ni lbh pnjg drpd biasa lantak korang la larat nk bace ke x aku xamik kisah.

aku dah lame xmelukis so mlm ni aku nk melukis. melukis blh tenangkan cket jiwa aku yg kacau n fikiran aku yg kusut. hahaha. biadab betul beliau ni buat aku jd cmni, sial!

p/s :- serius aku rase betol2 nk bg penumbuk kt muka dia. dush!!!

24 December 2009

Ini Adalah Satu Ujian

U know what? Kdg2 aku rase best sgt duk Mesir ni.. kdg2 rase cm nk blik Malaysia kalau ade sesuatu yg xmemuaskan hati aku ni…

Bukan senang duduk Negara org….
Aku xtahu la kalau Negara lain tp kt Mesir (terutama Mansurah) ni susah betul nk perbaharui visa. Byk sgt cekadak n kdg2 aku hampir putus asa. Bayangkan la kami siap kena pergi balai polis, bg alamat rumah kt polis. Takut sgt kami buat keganasan agaknya.

Prosedur dptkn visa (iqamah)…
1st kena gi jawazat (imigresen) isi borang nk buat visa. Perlu ada tasdiq (pengesahan belajar drpd pengetua maahad) yg ori selain salinan passport. Dah selesai isi siap setem semua dia (arab) kata dtg lg sebulan. Tp sbl tu pergi balai polis (amnu daulah) cek dokumen kita dh ade kt sana ke belum. Dokumen akan dihantar ke balai polis.
2nd pergi balai polis lepas sebulan. Kalau nama dh ada, polis mintak lg salinan tasdiq n salinan passport. Then suh bg alamat rumah. Slps itu mereka akan hantar semula dokumen ke jawazat.
3rd kena gi jawazat semula cek nama dh ade ke belum. Kdg2 sampai 5,6 kali dtg nama msh blum naik (mgkn dokumen msh kt balai polis).

Prosedur2 tersebut memakan masa berbulan2. ntah ape yg lama sgt n susah sgt xtau la. Tinggal bg cop je pun kt passport bkn susah sgt. Susah nak ke mana2 tmpt yg jauh kalau xde visa, silap2 blh kena tangkap sbb seolah2 mcm pendatang tanpa izin.

Mcm awal thn hr 2 aku xdpt gi Sinai sbb visa xsiap. Sinai sempadan dgn Israel so visa sgt penting. Polis kt sane akn cek passport n kalau xde visa mmg kena tahan polis. Maklum je la perang antara Israel ngn Palestin yg msh lum sudah so dikhuatiri lah kot2 ade antara pelancong2 yg diculik askar. (xde la gitu haha). Lbh kpd sbb2 keselamatan je sbnrnya.

So smpai skrg aku msh lum dptkn visa. Visa aku tamat 25 Mei hari tu (aku dh ade kt Malaysia, aku blik 18 Mei). Aku sampai Kaherah 1 November hari tu. Td baru aku g balai polis n bg alamat rumah. Maknanya lg satu prosedur iaitu ke jawazat semula utk dptkn cop visa setahun (visa pelajar).

Harap2 semua urusan dimudahkan Allah. Amin. Doakan aku dpt setelkn urusan visa aku ni secepat mungkin n aku leh lega cket, boleh mengaji dgn tenang. Terima kasih semua. Sayang u all.

p/s : - ni hari keenam xde line internet kt umah aku. Sabar…sabar…

Ahad - 20 Disember 2009 – 10pm

12 December 2009

Aku bukan sengaja ok?



Aku sambil basuh baju ni (mesin yang basuh). Macam tak nak tidur malam ini sebab banyak kerja nak kena buat..(ceh macam busy sangat, poyo). Boleh tahan la busy. Hahah.

Aku bukanlah jenis duduk depan laptop 24 jam. Banyak lagi kerja lain aku nak buat. Kadang-kadang malas nak online ym (yahoo messenger) tapi aku kena online jugak mana tau ada info-info daripada kawan-kawan di sini pasal kelas ke program ke apa dan kadang-kadang ada tazkirah yang mereka rajin forward.

So biasanya aku buat invisible sebab tak mahu diganggu. Bukan perasan glamer tapi aku takut tak terlayan. Bila tak layan mulalah ada insan berkecil hati. Aduss.

PERHATIAN :- AKU BUKAN SENGAJA BALAS YM LAMBAT ATAU TAK MAHU LAYAN TAPI KADANG-KADANG MEMANG ADA HAL MENGEJUT YANG MEMAKSA AKU MENINGGALKN PC. SO TAK KAN AKU NAK KENA BAGITAU SETIAP ORANG YANG AKU CHAT AKU NAK KE MANA, KE MANA. PERLU KE? HABIS KALAU AKU CHAT DGN 10 ORANG, SETIAP ORANG AKU KENA BERITAHU?? KALAU SEMPAT AKU AKAN TINGGALKN STATUS MENYATAKAN AKU KE MANA DAN BUAT APA. TAPI KALAU NAK CEPAT MEMANG AKU AKAN TINGGALKN PC DAN MEJA MACAM TU JE.

MENGERTILAH YANG AKU MEMANG KADANG-KADANG SANGAT SIBUK DAN TAK SEMPAT NAK DUDUK PUN (APATAH LAGI BARING). LAGI SEKALI AKU KATA... AKU BUKAN SENGAJA BALAS LAMBAT ATAU TAK MAHU LAYAN. AKU BUKAN SOMBONG DAN BUKAN PILIH BULU. AKU LAYAN SEMUA ORANG SAMA RATA.

SEBENARNYA AKU SANGAT KECIL HATI DENGAN MEREKA YANG MENYANGKA DAN MENGATAKAN AKU SOMBONG DAN TAK NAK LAYAN CHAT KAT YM. AKU BUKAN SENGAJA. KENAPA PULA MEREKA INI YANG NA KECIL HATI DENGAN AKU?? AKU YANG PATUT KECIL HATI OK SEBAB KORANG SANGKA BURUK DAN TUDUH AKU MACAM-MACAM (SOMBONG DSB).

Serius aku cakap aku memang malas nak online dan kalau online pun aku invisible je. Sampai satu tahap memaksa aku set 'appear permanently offline to this contact' pada ID beberapa teman tapi bukan untuk selamanya. Samada time itu sahaja atau selama beberapa hari. Sebab apa aku buat macam tu? Sebab aku tak mahu mereka kecil hati bila aku tak layan (bila diorang tegur aku dulu). Pada hal aku bukan sengaja tak nak layan tapi ada seban tertentu macam aku tengah sibuk atau tak ada mood nak bual dengan sesiapa.

Aku tak boleh nak puaskan hati semua orang. Sudah tentu kawan-kawan dan budak rumah aku kat sini lebih penting daripada kawan alam maya. Aku tak mahu jadi 'hamba internet' atau 'hamba ym'. Maafkan aku kerana tak bisa jaga hati semua orang.

p/s :- kadang-kadang aku rasa menyesal pasang internet kat laptop aku ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...