27 November 2009

seni bina landskap

Assalamualaikum.

Selamat hari raya qurban. Salam Aidil Adha. Ini adalah tahun kedua beraya (raya haji) di perantauan.. tapi bukan itu yang aku nak cerita cuma mahu imbas cerita dulu-dulu...

Aku nak cerita pasal seni bina landskap yang pernah aku sebut pada entri sebelum-sebelum ini...(klik).
Kisah berlaku pada tahun 2003 bulan April. Sebelum itu after dapat result SPM kan ada isi borang UPU. Ada lapan kos kita boleh pilih ikut keutamaan. Aku pun dah tak ingat entah kos apa yang aku pilih. Yang pasti salah satunya 'Seni Bina Landskap'.

Waktu surat temuduga datang aku masih berada di Maahad Johor (belum masuk MARSAH lagi). Interview itu dibuat dekat UITM cawangan Melaka. Maka pada hari temuduga tersebut aku berangkat ke sana ditemani abah dan adikku Fitri.

Ramai betul orang yang datang untuk interview juga. Semua kos yang berkaitan dengan lukis-lukis seperti arkitek, landskap, kejuruteraan dan macam-macam lagi. Lepas daftar tunggu lah giliran untuk ditemuduga. Ada dua sesi temuduga. Satu suruh lukis, satu lagi interview lisan dengan penginterview. So bahagian pertama ialah melukis secara beramai-ramai.

Aku nak cerita kebodohan aku time mereka suruh melukis. (adoi, nak cerita pun aku jadi malu..mesti orang ketawakan aku guling-guling roftl). Meja disusun dalam bentuk bulatan gitu berlapis-lapis. Aku duduk agak belakang juga la so ramai la orang di hadapan aku. Sebelum itu mereka dah bagi kertas lukisan siap dengan pensel semua suruh kami lukis.

Yang peliknya tiada kertas arahan suruh lukis apa. Aku macam pelik. Nak lukis apa nih? 1 jam masa diberi. Aku tengok orang sebelah aku dah mula melukis dengan khusyuk gitu. Aku yang lurus lagi naif ini pergi lukis macam landskap gitu (inspirasi dari kawasan Maahad Johor). Ada pokok hiasan, kolam dsb. Aku seronok dan confident sangat lah waktu itu kononnya.

Dah dekat sejam, aku mula jeling orang sebelah kiri dan kanan aku. Ehh? Dia orang lukis apa ni? Tak ada bentuk landskap langsung pun? Tak ada taman-taman ke apa ke. Yang aku nampak dia orang lukis bentuk-bentuk macam kon, piramid, empat segi dsb. Aku mula tak sedap hati. Aku tinggikan leher tengok orang lain pun sama lukis bentuk-bentuk. Ehh?? Apa dah berlaku ni??

Time panjangkan leher itulah baru aku perasan dekat tengah-tengah ada satu meja dan atas meja itu tersusun objek-objek berbentuk kon, segi tiga, segi empat dan lain-lain. Hah?? Aku sudah salah lukis?? Patut la dia orang semua lukis bentuk-bentuk sebegitu. Rupanya memang ada objek disediakan dan kami perlu lukis objek-objek tersebut secantik mungkin. Laaa.....aku dah salah.... bodohnya aku!! Kenapa aku tak perasan meraka ada sediakan objek?. Aku rasa akulah orang paling dungu waktu itu coz cuma aku seorang yang tak lukis objek-objek yang disediakan tapi pandai-pandai lukis landskap konon-kononnya. Bodohnya!!! Rasa macam nak hentak kepala kat dinding! Danggg!!!

Aku dah mula gabra dan macam nak menangis... La macam mana ni? Masa dah nak habis lagi. Sial betul aku boleh tak perasan dari awal objek-objek tuh. Tapi aku mintak juga kertas baru untuk lukis objek-objek yang disediakan. Tapi dengan masa tak smpai 5 minit apa yang aku dapat lukis?? Wahh aku memang malang!! Kesiannya diriku!! Bodoh bodoh bodoh!! Banyak kali aku menyumpah dalam hati.

Dah cukup aku tak mahu kenang lagi kisah memalukan lagi membodohkan yang berlaku itu. Aku boleh jadi tension dan menyesal sangat-sangat. Huwaaa.....

Tapi di sebalik kisah bodoh dan menyayat hati ini ada hikmah yang tersembunyi rupanya dan aku baru je tahu info ini. Rupa-rupanya orang yang kerja bahagian lukis lansdkap ini lebih terdedah dengan rasuah! Risiko untuk 'disuap' lebih besar. Yang merasuah tentu la mereka yang kaya dan berpangkat. Dan jika menolak rasuah itu boleh jadi akan dibuang kerja dan di blacklist dari mana-mana badan kerajaan dan swasta. Haa..dahsyat bukan penangan mereka yang punya kuasa dan pangkat?

Syukur AlhamduLillah aku terhindar dari perbuatan keji lagi dimurkai Allah itu (rasuah). So aku bersyukur seadanya dengan diriku sekarang di bidang yang aku ambil. Tak perlu menyesal dengan kisah lalu itu.

p/s :- lukis orang lidi sudahlah. hahaha...

5 comments:

Boneka tak sakit said...

hahah lwk juga! ko gelojoh tu silap ko!
ah2 kan.. ko megaku ko pandai lukis kartun sila l;ah post kartun2 ko! :P

aku suka lukis kartun tapi aku lukis tak chantek arrr!!

Hisham said...

salam...nape u x pilih seni bina badan....hehehhe
salam aidiladha dri sy yg daif ni..wasalam

seimura said...

boneka tak sakit..
haah tu la..gelojoh campur over confident..alahai..

alamak aku malu la nk post.. kartunaku bkn lawa pon.huhu..


hisham..
seni bina badan xde, seni pertahankan diri adalah...heheh...
selamat hari raya gak...

Fatt Chin Choy said...

hehehe
ko lukis landksap mcm pelukis ker? kekeke

nasib baik

seimura said...

Ah fatt..
tu la bodo betol time 2. ade ke aku lukis landskap kwasan sekolah aku?
len kali bertindak mengikut arahan ok?? huhuh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...