08 July 2010

Serius Gua Rasa Letih dan Macam Tak Larat Sebenarnya

Assalamualaikum...


Musim panas ni memang mudah rasa letih dan cepat penat. Hadui.. Gua dah la memang tak berapa tahan dengan cuaca panas nih. Boleh pitam wooo..

Tengahari tadi lepas zuhur aku dan housemates pergi majlis kenduri kahwin di markaz DPJA. Lepas tu aku, Angah dan Achik menuju rumah Faridah yang baru je dapat baby boy. Ziarah la kiranya. Alang plak ikut rombongan ke Tanta, ade majlis akikah beramai-ramai gitu di sana.

Malam ini, turn aku kena jaga baby and mom. Wo! Pelik tak gua yang bujang dan tak ada pengalaman ni kena jaga ibu baru lepas bersalin beserta her baby? Oh itu tidak pelik di Mesir sebenarnya. Siapalah yang ada untuk jaga? Mak dan mak mertua jauh di Malaysia, bidan lagi la tak ada. So kawan-kawan lah yang akan tolong jaga.

Sebelum ni pun dah pernah jaga ibu-ibu baru lepas bersalin ni tapi kali ini masih fresh kata orang. Baru je bersalin pagi tadi ke malam tadi tah. Tak la susah sangat sebenarnya bila jaga si ibu. Just buatkan makanan, bagi makan dan ubat ikut time. Kira macam nurse jugaklah gitu cuma tak pakai uniform. Muahahah.

Tapi bab jaga baby gua tak berani beb! Dah la anak kawan aku tu halus je, just 2.4 kg. ngeeee… Kecil dan tak sampai hati la nak pegang. Huk huk. Kalau dah sebulan lebih tu okay la aku nk kendong. Kalau dah beberapa bulan, dah tak lembik, tak pe la nak dukung. Tapi kalau baru-baru lahir ni…. Alamak.. seriau la bak kata orang Kedah. Ngeeee~

Tapi aku dan Achik jaga untuk malam ini sampai esok pagi je la. Esok tukar shift pulak, nurse lain lak yang jaga. Hahah. Tiba-tiba teringat anak jiran aku kat Malaysia tu yang mak aku jaga. Afif namanya, dah lima bulan dan dah pandai meniarap. Mak aku cerita, pantang letak, baringkan, cepat aje si kecil tu meniarap, tak tunggu lama. Afif tak takut orang dan nak didukung oleh sesiapa sahaja (kan ke ada spesis baby yang takut orang, nak ngan mak ayah dia je). Punyalah suka meniarap, nak pakaikan lampin pun susah, kena adik aku pegang tangan dan badan dia kuat-kuat, baru la boleh nak pakaikan lampin ke seluar ke. Huhuh.

Eh apehal gua cerita pasal baby dan budak kecil plak tetiba nih. Sebenarnya aku nak cakap yang aku rasa sangat letih tapi kena gagahkan diri juga la ke rumah kawan aku tu sebelum maghrib ni nanti. Haiyaa..


p/s : Aku nak kahwin di Malaysia dan dapat anak di Malaysia. Dalam pantang, mak aku atau mak mertua yang jaga. Eh apsal aku cakap kat sini? Agagagaga.

8 comments:

ber_u_wang said...

dah patut kawen ni sebab suka kat baby... ha ha ha






larik sebelum kena balaing....

seimura said...

errr uncle jgn cakap gito la. malo la saya mcm nak nyorok dlm laci. (sambil tutup muka ngn bantal..auw cam gediks je? ngeeee..)

Tawel Sensei said...

Bila mahu kahwin ni Seimura? Haha ok la tu jaga budak kecik. Boleh dapat pengalaman. Kui2

seimura said...

Bila ye? ASAP. Ngeh ngeh ngeh.

Tawel Sensei said...

Ok, nanti aku hantar mak aku datang rumah kau raya ni. Muahaha.

seimura said...

Aaaaaa??? (sambil garu kepala dan muka terpinga-pinga). hahahahahah.

Faarihin said...

wahai cik seimura.. sudah sampai seru tu.. huhuhu.. (^__^)

seimura said...

Ye cik Faarihin. ASAP. lalalalala~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...