Showing posts with label teguran dan nasihat. Show all posts
Showing posts with label teguran dan nasihat. Show all posts

28 July 2018

Persepsi, Provokasi dan Prejudis

Assalamualaikum.

   Haaa nampak tak bulan ni tiba-tiba aku rajin post entri baru kat blog? Banyak masa terluang nampak? Masa terluang apa nya. Sambil ngempeng baby okay.

   Aku teringat masa berurut dengan bidan masa dalam pantang hari tu. Mak bidan tu peramah habis. Macam-macam cerita diborakkan. Aku pun layankan je. Entah macam mana boleh termasuk cerita tentang aku dulu belajar kat mana dan sampai mana. Bila aku cakap sampai Mesir dia macam terkejut gila. Hahah. Macam tak sangka lah. Yelah aku kan tak kerja, surirumah je, mungkin dia ingat aku belajar sampai SPM je ke tak tau lah. Lepas tu biasa lah soalan cliche kenapa tak kerja, sayang sijil ko. Aku pun cerita lah dulu pernah kerja lepas tu berhenti bla bla bla. Ya persepsi makcik orang kampung, kalau surirumah tu mesti tak berpelajaran tinggi. Tak semua lah makcik begitu. Sebahagian besar lah.

    Kisah lain. Bila ada seseorang konon dengan rendah diri berkata, "Yela, aku tak belajar tinggi macam kau. Aku sedar la diri aku bodoh tak pandai macam kau."
Ini aku tak tau lah ayat betul rendah diri atau ayat perli sebenarnya nak kata aku berlagak. Rasa macam, apa hal kau ni aku ada hina kau ke sampai kau cakap pasal belajar tinggi apa semua?
Nak je aku jawab, haah memang aku belajar tinggi pun sebab kena naik kapal terbang, kan tinggi melepasi awan tu kan? Saje konon melawak la tapi tak jawab gitu pun.
Ayat seperti di atas tu ada unsur provokasi tapi kita buat tak tau je lah malas layan.

    Situasi lain pula. Paling menyampah bila orang cakap begini, "Nama je ambil aliran agama tapi perangai teruk sama macam orang biasa yang tak ada sliran agama."
"Nama je ustaz ustazah tapi perangai teruk."
Contohnya lah peramgai suka berbalah, bergaduh, mungkin ada maki hamun ke mencarut ke mengutuk ke. Kiranya maksud dia 'golongan agamawan atau aliran agama' ni gagal memberi contoh yang baik kepada orang lain yang bukan aliran agama. Prejudis seorang netizen.
Aku cuma nak cakap, ustaz ustazah pun manusia biasa. Bukan sempurna. Dan bukan semua golongan agamawan itu perangai kurang sabar ke apa ke. Dah kalau kau asyik provok mengutuk itu ini, siapa pun akan rasa marah dan tercabar lalu dihambur semula kata-kata kesat (kalau ada) kat kau.
Sebab tu ada hadith suruh diam bila kita tengah marah. Kalau tengah berdiri disuruh duduk. Kalau tak reda juga pergi ambil air sembahyang/ wuduk.
Kesimpulannya tak kisah kau ustaz ke bukan, tetap kena jaga akhlak. Tittle 'orang biasa' (bukan aliran agama) itu bukanlah tiket untuk kau sesuka hati nak bermulut jahat.

      Jika tiada kata-kata yang baik mahu diucapkan (atau ditulis di ruang media sosial), lebih baik kamu diam. Maka diam itu adalah lebih baik daripada berkata-kata tetapi menyakitkan hati orang. Pesanan untuk diri sendiri jua.

22 July 2018

Malaysia Baharu? Benarkah?

Assalamualaikum.

Entri kali ini ada berbaur politik sikit. Sambil mengimbas pasca pilihanraya umum baru-baru ini. Semua dah tahu kita dah ada kerajaan baharu. Jadi apa yang aku tulis adalah pendapat peribadi aku sahaja dan tiada unsur hasutan atau sebagainya. Juga tak bermaksud untuk membangkitkan perbalahan. Kita santai-santai sahaja ya.

     PRU hari tu aku tak dapat mengundi sebab masih dalam pantang. Sebab lain pula adalah kerana tempat mengundi aku masih di Maokil sedangkan zauji di Tenggaroh. Situasi sama macam tahun 2013 dulu lah. Seorang timur, seorang barat. Sekitar tahun 2016 kononnya aku nak ubah alamat la nak tukar tempat mengundi di Tenggaroh. Masa tu ura-ura kata pru akan diadakan sekitar Mac 2017. Jadi bila aku kira-kira eh tak cukup enam bulan tempoh matang ni, dah tak boleh tukar la. Redha je lah. Tup tup pru tak jadi buat tahun 2017. Dan aku pun dah lupa terus pasal daftar pemilih nak tukar tempat mengundi. Sampai lah akhir nya dah muncul tahun 2018 dan aku terlepas lagi nak tukar alamat dan tempat mengundi. Eh panjang pulak intro haa. Belum sampai klimaks lagi ni. Haha. Harap bersabar baca sampai habis ye sebab super panjang entri kali ini.

    Seperti yang aku pernah cerita dulu-dulu dalam blog ini, aku adalah penyokong kerajaan, bukan pembangkang. Bermakna siapa juga yang menang pru, aku sokong. Jadi yang dulu tu memang aku sokong Barisan Nasional dan UMNO lah kan. Cuma aku tak dapat peluang mengundi tahun 2013 dan 2018. Untuk 2018 aku masih berharap BN menang walaupun peluang mungkin agak tipis dan bakal kalah dengan PH (Pakatan Harapan).

     Saat kira undian. Aku tak tengok sangat tv. Sibuk dengan baby newborn kan. Dalam WhatsApp ada tersebar kiraan undian di Johor PH memonopoli menang sebahagian besar parlimen dan adun. BN hanya menang sikit je. Aku mula tak sedap hati. Alamak, Johor yang kubu kuat umno bn ni pun dah kalah, rasanya PH bakal menang keseluruhan ni. Situasi agak kecoh bila sampai tengah malam pun masih belum siap kira undi di beberapa negeri. Rumours kata ada yb suruh kira semula lah, ketua tak nak sign lah. Macam macam. Akhirnya pada pukul 5.00 pagi lah baru diumum secara rasmi PH telah menang mengalahkan BN. Wow sangat tak sangka. Selepas 61 tahun akhirnya UMNO tumbang. Sedih juga sikit tapi redha je. Mudah-mudahan ada sinar baharu untuk Malaysia bila PH ambil alih.

    Ingatkan dah menang dah tak ada lah lagi perbalahan dan gaduh sesama penyokong parti. Rupanya masih tak habis kecohnya bila mana sebahagian manifesto PH gagal ditepati atau tidak menepati manifesto perlaksanaannya. Ah sudah. Pembangkang (BN dan PAS) mulalah menghasut dan mengapikan rakyat melaui media sosial terutamanya di FB. Penyokong kerajaan PH pula bermatian mempertahankan. Sampai sekarang ini pun masih berlaku hasutan, ejekan, perlian antara satu sama lain tak kira lah kerajaan ke pembangkang ke. Orang PAS dan BN hentam orang PH. Hai aku pun pening lah.

   Walaupun aku ni penyokong UMNO BN, tapi aku tak taksub. Bila mana PH dah jadi kerajaan, aku pun ok je. Tak menentang. Jangan tanya pulak kenapa aku tak sokong PAS. Eh suka hati aku lah hahaha. Yang jadi masalah ni bila masing-masing 'menganjing' antara satu sama lain. Contoh ayat: hah inilah yang korang pilih kan? Temgok apa jadi? (Ayat penyokong BN dan PAS).

    Ye aku tahu setiap orang bebas bersuara tapi tolong berhati-hati jangan sampai ada unsur hasutan, kecaman, sindiran, perlian. Tak elok lah macam tu. Daripada kau sibuk api-api kan keadaan adalah lebih baik berdoa semoga kerajaan baharu ini dapat mentadbir negara dengan lebih baik di samping dapat menyatukan rakyat. Sesiapa sahaja pun yang memerintah, kita doakan yang baik-baik sahaja. Mesti ada yang nak cakap aku lalang kan? Eleh dulu sokong Umno BN sekarang sokong PH pulak. Lorr. Apa masalah nya? Dah PH menang dan dah jadi kerajaan, kita patuh je lah. Bukan masalah setia tak setia dengan parti yang disokong, tapi inilah pilihan rakyat betul tak? Majoriti memilih. Kalau PAS menang pun, aku akan beri sokongan yang padu. Tidak akan jadi pembangkang.

    Paling tak suka bila ada pula yang terlebih rajin membuat perbandingan antara kerajaan dahulu dengan kerajaan sekarang. Itu pun ada unsur hasutan tau tak? Tak takut ke kena dakwa atas Akta Hasutan? Boleh masuk penjara kalau sabit kesalahan. Sebenarnya ramai yang masih belum move on. Yang penyokong BN masih tak move on BN kalah kali ini. Yang penyokong PAS masih tak move on sebab tak menang dan tak dapat jadi kerajaan. Boleh tak berhenti ejek mengejek sindir menyindir hasut menghasut? Tak boleh ke kita bersatu? Tak apa lah kita beri peluang PH kali ini jadi kerajaan dan lihat bagaimana Malaysia ditadbir dan diuruskan. Kalau banyak skandal ke apa lima tahun lagi kita kasi tukar je lah. Pilihan kan di tangan anda?

    Ada pula yang kata PH ni BN 2.0 atau senang kata tak ada beza BN dan PH. Kalau benar pun biar je lah apa masalah nya? Memang lah kebanyakan menteri PH dulu ex BN dan UMNO. Sebenarnya mereka nak kata kerajaan korup la tu. Maaf cakap lah ada ramai penyokong PAS yang terlalu ekstrem galak mengutuk, mercerca, memaki hamun kepimpinan kerajaan. Aku tak hormat langsung dengan orang macam ni, menyampah lagi ada. Cuba lah berlapang dada menerima kekalahan (PAS dan BN) dan tolong berhenti jadi penghasut. Kadang- kadang mereka ini tak sedar yang kata-kata atau status mereka di media sosial ada berbaur hasutan dan mengundang kebencian pada sesiapa yang membaca. Kenapa mesti nak semaikan rasa benci di hati orang terhadap kerajaan? Kenapa ye korang ni buat macam ni?

    Aku masih berharap ada sinar di sebalik kekecohan yang masih belum reda ni. Bagi peluang kerajaan baharu ini menjalankan tanggungjawab serta kerja mereka. Berhenti mengungkit dengan tujuan menghasut. Cuba bertenang dan cakap yang baik-baik sahaja.

   Ohoi bateri low. Kalau aku rajin aku buat part 2. Kalau rajin. Hahahaha. Kbai.

09 October 2017

Kahwin Muda? Jangan berlagak sangat.

Assalamualaikum.

   Hambar. Bulan September langsung tak ada entry baru. Padah asyik tukar hp sana sini. Lemau. Takpe lah. Slow-slow kira update ye.

   Topik kali ini agak panas iaitu isu jodoh dan perkahwinan. Aku perasan lah ada la segelintir puak-puak yang bernikah di usia muda ni (awal 20-an atau bawah usia 20 tahun) semacam ada sikap berlagak dan angkuh di samping memperlekehkan orang yang kahwin lewat atau kahwin bukan pada usia muda.

Contoh la ayat dia, "Rugi tak kawen awal. Best."
"Kawen awal la boleh dapat anak awal pastu anak dah besar kita masih muda dan kuat lagi."
"Bagus tau kawen muda dapat elak maksiat"
"Kenapa ek orang suka kawen lambat? Tak takut ke jadi andartu bujang terlajak?"

Sekadar beberapa contoh ayat berlagak berunsur provokasi pun ada. Ada sesetengah tu kata lah kahwin umur 17-18 dan rezeki terus hamil dan dapat anak, pun berlagak jugak tau dah jadi ibu muda. Dah tu memperlekehkan orang lain pulak yang tak kahwin awal macam dia. Siap cakap konon sanggup korbankan masa muda remaja, tak apa takde hang out dengan kawan-kawan asalkan aku bahagia dengan suami dan anak. Padahal agaknya dalam hati ada memberontak jugak tu siapa tahu kan? Hahahah.

     Pertama sekali, jodoh tu rahsia Allah. Ada yang sampai cepat, ada yang lambat. Dah tertulis di luh mahfuz. Jadi tak perlu sibuk hal orang tanya bila nak kahwin apa semua tu. Itu semua kerja Allah. Kau usaha la macam mana pun pikat orang sana sini, bercinta bagai nak rak tapi kalau Allah tak izinkan, memang tak kahwin juga. Kita hanya mampu berdoa je selebihnya atas ketentuan Allah. Jangan nak pertikai jodoh orang lain lambat ke cepat yang penting kau tu jaga rumahtangga sendiri tak perlu sibuk hal orang.

   Kedua. Aku tertanya-tanya jugak yang kahwin awal nak mampus ni umur 16-17 korang tak sekolah ke atau tak ambil SPM? Biasanya perempuan yang kahwin tak awal ni sebab diorang sambung belajar lepas tu kerja dulu bukan macam korang kecik2 gatal nak kahwin tak nak sambung belajar. Haha ini bahasa kasarnya lah. Ada juga yang masih belajar kat kolej atau Universiti berkahwin. Tak ada masalah pun kalau pandai bahagi masa. Tapi yang langsung tak sambung belajar terus kahwin tu perlu ke mengutuk orang lain yang sambung belajar dan tak kahwin awal macam kau? Orang lain bukan gedik macam ko gatal nak kawen awal. Hohoh.

    Ketiga. Aku tengok yang kahwin kemain awal dan terus dapat anak ni (ibu muda belasan tahun) macam kurang matang (tak semua). Biasa lah jiwa muda ni darah muda remaja lain sikit. Cepat stress. Cepat naik angin. Tak dapat kawal emosi dengan baik. Kalau kat status facebook tu time mood dia marah-marah bermacam kata makian dan carutan keluar. Padahal ibu anak tiga tu (contoh). Kau rasa di mana kematangan dia dan tahap pendidikan dia? Belum masuk lagi bahasa budak wechat semua keluar, taip entah apa-apa diubah huruf dalam perkataan konon hipster. Dah jadi mak kan? Mengeja pun masih tak betul ke? Memalukan. Bila ditegur melenting. Tapi kuat meroyan di media sosial orang tu salah orang ni salah dikutuk dimaki. Apa guna kahwin muda tapi sikap masih kebudakan dan tak matang-matang?

   Keempat. Perkahwinan adalah satu benda yang serius, bukan main-main. Pastikan sudah bersedia fizikal dan mental. Bersedia untuk pikul tangungjawab. Dan perkahwinan ini bukan satu pertandingan beb. Siapa paling cepat kahwin dia lah hebat. Siapa paling cepat dapat anak dia lah paling hebat. Ada berapa ramai pasangan muda yang bercerai di Malaysia ni? Jadi tidak salah pun kalau seseorang tu terlalu memilih atau selektif, pasti dia mahu yang terbaik dan dalam masa yang sama dia menjadikan diri dia yang terbaik juga dan layak atau sekufu dengan pasangan. Kahwin bukan satu trendsetter. Orang lain kahwin muda, kau pun gelabah nak kahwin muda jugak dan cepat-cepat cari pakwe. Jangan ikut orang. Percaya pada jodoh Allah dah tetapkan siapa yang terbaik untuk kau cuma cepat atau lambat je sampai.

   Kelima. Perlu kikis dan buang sikap suka banding membandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain. Usah ada iri hati dan hasad dengki. Kikis juga sikap takbur dapat kahwin awal sebaliknya bersyukur. Rezeki setiap orang lain-lain. Ada orang rezeki dapat kahwin awal, ada orang rezeki dapat sambung belajar ke peringkat tinggi.

   Done bebel. Hahah. Aku kahwin umur 27. Tak cepat dan tak lambat sangat. Tapi bagi setengah orang umur 27 pun dah kira lambat. Its ok. Kalau aku nak berlagak kat budak mentah yang kahwin awal umur 17 boleh je aku cakap, at least aku ada ijazah. Kau ada apa? Hahaha. Gurau je. Jangan marah.

07 July 2017

Benarkah Induce itu Sangat Sakit?

Assalamualaikum.

     Sejak aku join group kat fb bfmembers dan kelab ibu mengandung, aku jadi rajin komen di setiap post ibu-ibu dalam group tu. Tapi tak lah setiap post, mana yang aku rasa boleh respon lah. Kata orang berkongsi pengalaman gitu. Ceh.

    Salah satu soalan popular di group KIM (kelab ibu mengandung) adalah pasal induce. Dah anak dua baru aku join group tu, hahaha. Dan aku juga tidak hamil anak ketiga ye. Hoho. Belum lagi.

    Apakah itu induce? Bahasa mudahnya ialah 'paksa bersalin'. Mempercepatkan kontraksi atau bukaan jalan. Biasa nya hanya ibu yang bermasalah dengan kehamilan contohnya overdue, GDM, air ketuban kurang, degupan jantung baby tak stabil atau beberapa masalah lain. Kaedah induce juga digunakan untuk ibu yang keguguran (miscarriage) untuk bersalin paksa (baby meninggal dalam perut usia kandungan 6 bulan ke atas).

     Satu ketika dahulu aku (dan bakal ibu) selalu dimomokkan betapa sakitnya induce tu. Berkali ganda sakitnya berbanding kontraksi natural atau normal (tanpa masuk ubat). Semua orang pun takut dengar perkataan induce. Berdoa agar tak kena induce. Sakit gila katanya.

     Oleh kerana aku dah pernah merasa la induce masa bersalin Naim, aku boleh kata sakit kontraksi masa nak bersalin Jannah adalah jauh lebih sakit berbanding induce masa nak bersalin Naim.

    Cerita ini agak panjang ye, hahaha. Tinggal 19.10.2015 pukul 8.00 malam aku terasa macam ada air laju keluar. Aku agak ini air ketuban. Tapi tak berterusan heavy macam masa nak bersalin Jannah dulu. Kali ini sikit-sikit. Aku pakai pad. Tak ada rasa sakit kontraksi jadi aku biar je lah. Mungkin dah turun tanda tapi baru 35w (34w6d actually). Esoknya pun sama masih turun air ketuban tapi tak heavy. Akhirnya lepas zuhur baru gerak ke HSI.

    Dah sampai nak daftar misi minta sijil nikah pulak dah. Peraturan baru katanya. Dulu nak bersalin anak pertama memang wajib bawa sijil nikah, anak kedua dan seterusnya tak perlu. Rules baru anak kedua dan seterusnya pun kena bawa sijil nikah juga. Dah zauji terpaksa patah balik rumah ambil. Dokumen lain memang dah lengkap lah iaitu buku merah. Buku merah anak pertama pun kena bawa tau untuk rujukan katanya.

   Sementara nak tunggu ujian saringan, zauji balik rumah kejap ambil sijil. Dah tiba giliran aku cek jalan, dah 2cm. Tapi masih belum ada contraction. Siap masuk muncung itik lagi tu nak cek apa tah. Kemudian kena cucuk dexa untuk matangkan paru-paru baby. Sakit gila Oit cucuk kat punggung. Rasa macam lumpuh sekejap beberapa saat. Adeh. Lama juga aku di bilik saringan. Sepatutnya cucuk dexa tu kena dua dos (12 jam sekali) tapi oleh kerana air ketuban aku dah kurang dan boleh bersalin bila-bila masa sahaja, aku sempat satu dos je. Nasib baik. Ya ampun sakit gilerr nak kena dua dos tu memang tak sanggup. Oh ye cucuk dexa memang biasa untuk kelahiran pramatang.

    Jam 5.00 aku dah ditolak ke lr (labour room). Dah pasang ctg lah semua. Bermula lah episode kena induce ikut drip kat tangan. Dos rendah. Tak ada kesan, tak ada kontraksi. Aku dah berapa kali kencing dah (guna tiub sebab dilarang berjalan ke tandas dah bila dah dalam lr) pun masih tak ada kontraksi. Dua jam kemudian masuk lagi induce dos lebih tinggi. Masih tak ada kontraksi. Ada sikit-sikit la tak sakit sangat. Akhir sekali induce drip dos paling tinggi. Baru ada kontraksi yang agak kuat tapi tak lah sekuat masa Jannah dulu. Cek jalan dah 5cm. Tak lama lepas tu aku rasa betul-betul kontraksi yang sangat kuat, rasa macam nak berak tu tapi lagi sakit lah. Sebelum tu nurse dah pesan kalau sakit yang kuat tu datang panggil dia (beliau sedang sibuk menulis catatan di buku). Aku pun panggil. Aku yakin memang dah nak keluar betul ni budaknya, hahaha. Dia cek jalan dah 10cm. Tarik nafas, teran dengan kuat, kepala baby keluar, teran lagi sekali, badan baby keluar. Haha selesai lah. Kejap je yang sakit gila tu, dalam lima minit je.

   Jadi apa boleh aku kata, induce tu tak sakit pun, yang sakit gila-gila tu masa kontraksi kuat baby nak keluar. Itu je. Yang tak induce pun merasai sakit kontraksi yang kuat tu. Sama je sakitnya cuma bezanya lama atau tidak je. Masa Jannah memang azab gila aku rasa. Kontraksi setengah jam sekali start dari pukul 6 petang. Kontraksi 10 minit sekali start pukul 7.00 malam. ya Allah berguling lah aku atas katil seorang diri (wad kelas satu) menahan sakit. Pukul 10 baru masuk lr. Alhamdulillah bila anak kedua mudah sangat bersalin. Maybe sebab dah tau teknik meneran yang betul, teknik bernafas yang betul. Cuma yang ngeri bila dijahit hidup-hidup la bawah tu. Peh, bisa.

    Induce bagi setengah ibu mungkin betul sangat sakit. Lain orang, lain pengalaman. Aku ingat lagi masa gugur dulu, kakak depan katil aku dah induce tiga hari masih tak bersalin lagi, jalan memang tak buka. Oh ye, induce ada dua kaedah iaitu masuk ubat di vagina untuk buka jalan atau drip di tangan macam yang aku kena. Yang masuk ubat tu pun ada dosnya bermula dos rendah, sederhana dan tinggi. Ada orang dos rendah je dah boleh bersalin, ada yang lambat bukaan jalan terpaksa tingkatkan dos. Apa pun rezeki masing-masing dan ujian masing-masing. Kan ke dosa nak diampunkan. Bersalin je, gugur semua dosa yang lalu bersih suci macam baby baru lahir. Bertarung dengan maut tau ibu bersalin ni.

     Begitulah ceritanya pengalaman di induce. Bukan kita yang minta tapi keadaan memaksa (amboi) demi menyelamatkan nyawa ibu dan anak. Seperti juga ceaserian dan epidural, induce bukan suka-suka ibu boleh minta ye dari hospital. Haha. Hanya kandungan bermasalah saja dan pihak nurse, doktor, pakar lebih tahu apa yang terbaik buat ibu.

30 June 2017

Perjuangan Puasa Ganti dan Puasa Enam

Assalamualaikum.

   Salam 6 Syawal. Bersiaran dari pusat rawatan. Alhamdulillah dah dapat dua hari puasa qadha. Biasanya dulu waktu bujang, raya kedua aku dah start puasa ganti sebab takut tak sempat habiskan puasa qadha dan puasa enam. Seperti yang aku pernah cerita dalam blog ini beberapa tahun lepas, aku asingkan dua puasa ini (wajib dan sunat).

2012 : Puasa Ramadhan sebulan penuh + puasa enam di bulan Syawal. Ini tahun pertama bergelar isteri dan aku tengah mengandung 8 minggu masa masuk bulan puasa.

2013 : Puasa Ramadhan sebulan penuh + puasa enam di bulan Syawal. Alhamdulillah dua tahun berturut-turut dapat puasa penuh. Yay. Masa ini aku masih belum datang haid sebab tu dapat puasa penuh. Walaupun masih menyusukan anak dan bekerja tapi masih mampu bertahan puasa.

2014 : Gagal mempertahankan rekod puasa penuh sebab datang bulan. Masa Syawal puasa ganti 7 hari + puasa enam, total 13 hari puasa di bulan Syawal. Masih lagi bf Jannah waktu puasa.

2015: Puasa Ramadhan sebulan penuh + puasa enam di bulan Syawal. Masa ini tengah mengandungkan Naim dan masih menyusukan Jannah. Alhamdulillah masih larat puasa.

2016 : Puasa Ramadhan sebulan penuh + puasa enam di bulan Syawal. Sama kesnya sebab masih belum datang haid. Masih fully bf Naim.

2017 : Kena qadha puasa 7 hari + 6 hari puasa enam, total 13 hari.

    Aku start asingkan puasa ganti dan puasa enam ni masa umur belasan tahun sampai la umur 26 tahun. Gigih la aku puasa 13-15 hari di bulan Syawal. Perjuangan ini tidak mudah. Banyak pancaroba. Haha. Kena kuat semangat.  Yelah walaupun puasa aku tetap ikut orang beraya. Orang lain makan aku tak makan. Tapi aku ok je takde la terliur. Hahah.

     Aku paling cuak kalau terkena bersalin masa bulan puasa. Amboi jenuh wei nak ganti tu. Aku kesian jugak la pada ibu-ibu yang bersalin masa bulan Ramadhan, paling kesian bersalin 1 Ramadhan. Sebulan tu kena qadha. Jadinya aku mencuba sebaik mungkin untuk tidak hamil yang edd nya jatuh pada bulan Ramadhan. Hahaha. Anda pasti boleh.

   Seperti sedia maklum, puasa ni bagus untuk kesihatan. Kalau jenis yang bukan 'eat clean', elok sangat lah berpuasa untuk membantu detoks badan secara semulajadi. Contohnya aku sendiri lah yang suka makanan bergoreng, suka minum air manis, makanan banyak kolesterol, tak makan sayur. Pendek kata takde berkhasiat sangat. Aku masih tak mampu la nak 'eat clean' yang langsung tak ambil gula pasir, tak makan nasi (kalau ambil guna betas perang), tak makan roti, takde guna kicap, sos, takde bergoreng atau berminyak dan cuma makan real food yang benar-benar berkhasiat dan 'bersih' sahaja. Bersih bermaksud tiada GMO dan serba serbi organik sahaja.

    Biasa la orang kita, dah sebulan puasa, bila raya je 'balas dendam' makan macam-macam dengan kuantiti yang banyak. Rendang, kuah kacang, sayur lodeh, sup tulang, laksa, sate dan pelbagai lagi. Kalau rendang atau sup atau kari ke bukan setakat ayam, ada itik, lembu, kambing, paru, hati. Belum masuk lagi yang masak kicap lah, masak merah, masak kurma. Jadi bila dah makan macam-macam selama seminggu raya tu, dah boleh lah start puasa untuk bagi rehat dan bertenang sikit perut tu. Dah sumbat segala juadah raya termasuk kuih raya yang manis-manis, detoks la sikit dengan puasa enam. Hihi. Macam yang aku tengah buat la sekarang ni. Tapi aku puasa ganti dulu.

     Jadi kepada kaum wanita khususnya, jangan malas deh nak puasa ganti dan puasa enam. Mengandung dan menyusukan anak bukan alasan tak boleh puasa. Kalau yang tak mengandung dan menyusukan anak, pasti lagi boleh puasa tanpa ada masalah. Ala, korban lah sikit kan. Malam kan boleh makan. Melantak je la banyak mana pun. Haha.

    Bukan apa, orang perempuan ni lazimnya suka sangat bertangguh untuk ganti puasa. Boleh kata 70% orang perempuan suka ganti puasa pada bulan Syaaban. Hujung-hujung Syaaban baru terkial-kial nak ganti. Alahai. Ayuh berubah wahai ladies. Kalau tak nak ganti masa bulan Syawal sekalipun, paling kurang jangan bertangguh sampai bulan Syaaban. Zulqaedah ada, Zulhijjah ada. Muharram, Safar, Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Awal, Rejab. Amik ko semua bulan aku sebut. Haha.

    Kepada yang berjaya ganti puasa di bulan Syawal tambah puasa enam, tahniah diucapkan. Anda hebat kerana berjaya tempuh dugaan kuat ketika musim raya. Hehe. Bukan senang. Kalau spesis mak-mak yang ada anak kecil ni, nak kena suap anak makan lagi, fuh dugaan dan cobaan. Sabar je lah.

     Selamat berjuang ye ibu-ibu.

18 June 2017

Tak Perlu Poyo Sangat

Assalamualaikum.

     Bila tiba bulan Ramadhan je antara yang paling popular adalah bazar Ramadhan atau pasar Ramadhan (singkatannya param). Tak dinafikan bazar dan param ini menambah kemeriahan bulan puasa.

     Tetapi muncul pula puak-puak poyo yang konon anti bazar Ramadhan atau jenis tak beli juadah di param la konon, prefer masak sendiri. OK lah bagus lah tu masak sendiri tapi tak perlu poyo nak bangga sangat kau tu bila tak jejak bazar Ramadhan.

    Contoh ayat popular bila update status di Facebook;

Dah tiga minggu puasa masih belum pernah jejak bazar Ramadhan. Alhamdulillah.

Yes. Berjaya tak pernah lagi beli kat bazar Ramadhan.

Ramadhan kali ini belum pernah lagi pergi param. Siapa macam saya like sikit.

     Eh beb ni aku nak tanya. Hina sangat ke orang yang beli juadah di bazar Ramadhan? Teruk sangat ke kalau beli makanan kat bazar Ramadhan?

    Kalau pun kau ada pengalaman buruk bila membeli makanan di bazar Ramadhan, tak boleh la pukul rata semua peniaga adalah sama dan semua makanan pun tak sedap. Masih ada peniaga yang ikhlas berniaga dan mencari rezeki halal.

   Ok lah kita tolak tepi cerita kuih karipap oksigen ke, murtabak inti bawang semata-mata, air tebu basi, makanan mahal nak mampus. Mana yang tak berkenan di hati, tak usah beli. Bukan semua peniaga tu meniaga hanya asal boleh atau nak kaut untung besar tapi makanan hampeh. Tak semua la macam tu. Kena bijak memilih.

   Macam aku sendiri sesekali suka juga round satu bazar Ramadhan dan beli apa yang aku teringin. Bukan lah hari-hari mesti membeli kat bazar. Dan biasa nya makanan yang aku nak tu susah nak jumpa dan aku tak reti masak makanan tu. Contohnya nasi kerabu, ayam percik, char kuey teaw. Contoh je la. Dalam masa yang sama support orang Melayu berniaga. Tapi beli jangan sampai membazir la kan. Itu paling penting sebenarnya.

     Memang la home cook adalah terbaik. Tak dinafikan pun. Bagus la kalau hang 30 hari puasa tu memang masak sendiri je juadah sahur dan berbuka tak pernah beli makanan kat luar. Tapi tak perlu nak bangga sangat semua nak canang kat fb. Bila kau buat status konon tak pernah jejak bazar Ramadhan tu, serious ramai yang rasa meluat dan menyampah gila bila baca. Kau tak pernah jejak bazar Ramadhan so what? Kau expect orang lain boleh ikut la cara kau tu yang tak membeli di bazar Ramadhan? Atau kau harap kau boleh jadi 'contoh' atau ikutan? Atau kau harap boleh menjadi 'rakyat mithali'? Terbaik lah aku ni tak pernah beli kat param. Bangga.
Huh boleh blah.

       Pendek kata macam ni lah. Kalau kau tak pernah lagi pergi param untuk tahun ni (Azam Ramadhan la konon) itu terserah pada diri ngko tapi tak perlu update status kat FB ke twitter ke no need. Diam-diam je sudah. Poyo gila tau tak? Macam la orang kisah kau pergi bazar Ramadhan atau tidak. Orang lain sikit pun tak kisah la. Tapi orang rasa sinis dan menyampah bila kau update status gitu. Hahah. Sebab ada riak di situ. Huk aloh.

   
    

13 June 2017

Botol Susu, Susu Formula

Assalamualaikum.


    Acapkali aku terbaca status FB ibu-ibu yang bercerita struggle nya nak stop kan penggunaan botol susu terutama bagi anak yang dah mula bersekolah samada taska atau tadika. Dalam hati aku yang part jahat (devil) akan pandang sinis sambil berkata, itu lah siapa suruh ajar guna botol, kan dah susah nak berhenti. Mendapat lah. Opss... Itu sindiran tajam dari part jahat tau. Lagi pun dalam hati je. Tak bermaksud aku mengecam. Maafkan saya.

    Yes, aku tak dapat nafikan yang botol susu dah memang satu keperluan untuk baby yang ibunya bekerja. Take note, only babies, not include the toddlers. Tak kisah la samada EBM atau FM, botol susu boleh kata wajib ada lah untuk semua baby. Walaupun baby tu EBF ada juga stand by botol susu untuk waktu kecemasan. Tetapi yang silapnya adalah bila masih memberi anak minum susu dalam botol bila usia anak dah melepasi dua tahun. Sepatutnya masa umur dua tahun dah stop kan. Minum pakai cawan je. Ada ke budak umur dua tahun masih belum pandai pegang cawan?

    Sebagai seorang bekas bayi (aku lah tu) yang memang tak pernah minum guna botol susu masa kecil, aku yakin orang lain pun boleh hidup lah tanpa botol susu. Hahah. Macam kes aku masa bayi memang refuse botol susu. Sama lah dengan anak-anak aku pun refuse botol susu. Orang akan cakap, yelah kau senang la surirumah je tak bekerja, bf je tak perlu susah-susah guna botol susu. Heh. Ramai je surirumah yang beri anaknya minum guna botol susu. Jadi apa bezanya?

    Perdebatan susu badan vs susu formula sampai bila-bila pun tak akan habis. Hehe. Tapi yang aku nak tegaskan ialah betapa susu formula itu sudah tidak diperlukan lagi setelah anak berusia dua tahun gais. Aku tengok mak-mak semua risau dan gelabah je nak bagi minum susu apa ye kat anak lepas wean off susu badan (lepas umur dua tahun). Duh. Bagi je lah makan nasi dan makanan berkhasiat. Real food. Susu dah tak payah bagi dah. Apa kebenda yang orang obses sangat 'mesti bagi susu formula lagi untuk tumbesaran yang sihat, otak cerdas, badan cergas, kuatkan tulang dan gigi (kalsium katanya), immune badan (tak mudah jatuh sakit)' dan pelbagai lagi lah alasan 'kebaikan' masih perlu bagi minum susu untuk budak. Tak payah terpedaya sangat dengan iklan promosi kebaikan susu (formula milk) sekian-sekian. Nak bagi Biar yang fresh bukan susu tepung tak kira lah susu kambing ke susu lembu ke susu kerbau ke. Sudah-sudah lah tu banggakan sangat jenama-jenama susu popular dan mahal yang dicanang penuh khasiat dan kebaikan. Puih.

     Bukan apa. Aku tengok ramai juga budak kerap jatuh sakit walaupun minum susu FM (yang katanya meningkatkan immune). Demam, batuk, selesema. Yang hyper lagi lah teruk. Terlebih gula. Yelah kalau dah dalam sehari sampai 8-10 botol susu FM 9oz kau rasa? Ish. Tak patut.

     Lepas tu terdengar la keluhan parents, barang mahal lah, kos hidup tinggi lah, pampers susu anak lagi sebulan dah berapa. Padahal kos beli susu yang beratus RM setiap bulan itu dah boleh di cut off, dah boleh jimat banyak. Sekali lagi aku tekankan, tak perlu lagi susu FM untuk toddler berusia dua tahun ke atas. Jangan risau budak tak cukup zat ke apa kalau tak minum susu (FM). Itu semua mitos sahaja. Asalkan diberi real food macam kita orang dewasa makan, dah cukup dah. Sebagai contoh la anak aku si Jannah. Tak minum FM langsung lepas wean off. Alhamdulillah OK je, jarang demam atau sakit. Cergas dan cerdas. Bijak, cepat belajar. Nutrients dalam susu formula tu bukan seperti yang dicanang dalam iklan. Mungkin ada la 5% khasiat je. Entah apa lagi kurang. Who knows?

       Sebenarnya perbelanjaan bulanan dan tahunan banyak boleh jimat bila anak stop minum susu FM bermula umur dua tahun. Duit susu formula dah boleh jimat setiap bulan. Duit botol susu dan puting juga boleh jimat. Katalah tukar botol enam bulan sekali, puting tiga bulan sekali. Bukan murah tu. Banyak juga kos mantenen budak yang masih hisap susu botol ni. Lagi pun kau tak penat ke asyik kena bancuh susu, basuh dan cuci botol setiap hari. Kalau sehari lapan kali anak hisap susu botol, lapan kali kena bancuh susu dan cuci botol susu. Belum masuk lagi tengah malam terpaksa bangun dari tidur bila anak merengek nak susu, pergi bancuh susu. Tidur pun terganggu. Cukuplah dua tahun je anak hisap botol susu tu ha. Yang terbaik tak payah guna botol langsung, df je. Tapi tak pe lah bagi ibu bekerja yang terpaksa bagi susu botol juga kat anak. Ingat. Sampai umur dua tahun je tau. Tak payah terpengaruh sangat dengan dakyah masih perlu minum susu untuk lengkapkan nutrients. Auta je semua tu.

    Kenapa aku terlalu prejudis dengan susu formula? Hmm. Sebab susu ibu adalah terbaik. Lagi satu sebab aku menyampah gila dengan lambakan iklan susu formula di pasaran. Paling menyampah bila siap claim khasiat dan kebaikan setinggi gunung, terlalu melebih-lebih.

    Tak mati lah anak kau kalau tak minum susu tepung tu. Ok lah hak masing-masing nak bagi anak minum susu tepung. Yup memang hak engko la aku tak peduli pun. Tapi yang aku meluat bila kau mengeluh pasal duit susu lah, susu naik harga lah, dan macam-macam lagi lah. Kalau tak nak aku kutuk baik kau diam je, hahaha. Dah kau yang memilih jalan tu (still bagi FM untuk above two years old), so kau hadap je lah. Itu sebab nya bila update status di FB ke Instagram ke Twitter ke jangan terlalu open sangat semua nak diluahkan. Bila kena kecam tahu pula sentap. Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepian pantai. Cuba tengok macam aku. Nak mengutuk mengecam aku tulis dalam blog, bukan dalam FB. Ceh. Ada kaitan ke?

    Lagipun bila aku tengok budak dah besar (5, 6, 7 tahun umurnya) masih hisap botol susu, aku rasa macam geli pun ada. Dah besar kot. Kalau ye pun masih degil nak bagi minum FM untuk budak dah besar, bagi lah dalam cawan je atau gelas. Ataupun botol air yang ada straw tu pun boleh juga yang penting bukan botol susu (yang ada puting). Tapi aku takde la nak tegur anak orang 'eh masih hisap botol lagi? Kan dah besar'. Aku no komen je tak cakap apa-apa. Jaga air muka budak dan mak bapak budak.

    Sebenarnya, tak akan ada sesiapa pun akan kecam kau bila kau tak bagi susu FM kat anak bila dah lepas umur dua tahun. Jangan takut dikecam. Paling-paling pun orang cuma tanya 'eh kau bagi minum susu apa eh kat anak kau?'. Jawab je dengan jujur. Aku tak bagi apa-apa susu pun, dah boleh makan kan. Makan je macam kita orang dewasa. Susu tak penting. Lepas tu orang tak akan bertanya lagi. Kalau banyak tanya sangat siap pakej sindir sinis, kau lempang je muka orang tu. Hahaha. Takde lah tergamak ye.

      Akhir kata, maaf lah andai ada readers yang tersinggung dengan post ni. Ini sekadar pendapat dan kupasan peribadi aku je. Pilihan di tangan anda. 

06 June 2017

Please Respect and Don't Complaints

Assalamualaikum.

     Kalau seseorang wanita itu (baca; isteri dan ibu) memilih untuk tidak bekerja, jangan banyak tanya kenapa. Bekerja yang dimaksudkan di sini adalah yang memerlukan isteri itu mesti keluar dari rumah dalam tempoh beberapa jam dan ada tempat kerja contohnya pejabat, sekolah/ pusat pengajian tinggi, kilang, pasaraya, kedai dan sebagainya. Kerja dengan orang. Kalau orang tu tak nak bekerja dan nak jadi surirumah je itu pilihan dia dan mesti ada alasan tersendiri yang kau orang tak perlu sibuk nak tahu dan selidik dalam-dalam.

   Katakan lah aku ada 10 alasan sekalipun, perlu ke aku nak cerita satu persatu pada setiap orang yang bertanya? Kalau ada 100 orang bertanya? Huh jenuh la nak explain der. Biasanya kalau orang tanya memang jawapan standart aku, aku tak nak hantar anak-anak aku ke orang lain untuk asuh dan jaga dan anak aku takut orang. Sebenarnya yang lebih tepat aku tak percaya orang lain untuk jaga anak aku. Ya aku memang prejudis. Hahahah. Dengan banyak kes dera kat rumah pengasuh la taska lah lagi lah aku prejudis semua orang adalah sama, tak ada yang ikhlas. Tapi aku tak kan cakap pasal ni pada orang yang bertanya sebab nak menjaga hati. Ya, kebanyakan yang bertanya adalah ibu bekerjaya yang memang hantar anak ke pengasuh dan taska. So please stop asking and asking dude kalau tak mahu dengar jawapan yang bakal mengguris hati anda. Hahaha. Ya saya tahu anda memilih untuk bekerja dan terpaksa juga serahkan anak ke pengasuh atau taska, anda tiada pilihan. Anda bekerja juga untuk bantu suami dan bantu kewangan famili, tak ada siapa pun nak marah atau halang.

    Selain alasan prejudis aku yang tak percaya orang, alasan utama yang kedua adalah demi untuk memberi susu badan sepenuhnya untuk anak. Direct feeding bukan botol. Aku tahu tahap mana kemampuan aku. Jadi agak mustahil untuk anak aku dapat fully bf sampai dua tahun bila aku bekerja. Sebab aku spesis tak rajin nak kumpul stok. Mengepam OK tapi bab nak mencuci pump dan kelengkapannya macam botol susu dan sebagainya, hah yang ini paling leceh. Banyak masa terbuang. Df juga paling senang dan terbaik. Khasiat pun berlipat kali ganda. Alasan ini juga akan mengguris hati ibu-ibu lain yang bekerja dan mengepam. Jadi aku tak pernah cakap dengan orang pasal ni, hanya tulisan di blog aku ini sahaja. Inilah dua alasan kuat aku kenapa tak bekerja. Dua-dua pun berkaitan anak.

     Then what? Akan keluar lah pula ayat, 'rugi lah belajar tinggi, tapi sijil tak digunakan untuk dapatkan kerja bagus'. Ini mentality kuno lagi kolot. Biasa nya orang yang berumur la pangkat makcik dan nenek. Demi nak jaga hati, aku jawab je la, insyaAllah akan datang akan guna sijil tu cari kerja. Dalam proses. Klise sangat uolls. That's why kadang-kadang aku malas nak ziarah, akan ada soalan kenapa tak kerja bla bla bla. Sayang la ada ijazah bla bla bla. Cukup lah sekadar satu soalan, jangan dipanjangkan lagi dengan soalan lain atau komplen atau nasihat ke apa. Next topic please. Sebab biasa nya soalan seterusnya tu atau nasihat atau pesanan atau ceramah free sedikit sebanyak telah membuatkan ibu tak bekerja ini tersinggung atau terasa hati. Contoh soalan femes tajam dan sinis hingga menusuk hati jantung paru-paru;
"Tak teringin ke nak balas jasa mak bapak. Tolong mak bapak. Kalau bekerja kan boleh bantu orang tua?"
What the hell question is this?
 Kalau maksud 'balas jasa' itu adalah pemberian dalam bentuk material dan duit, perlu ke orang nak bercerita yang dia memang ada bagi?
"Eh makcik, setiap bulan memang saya bagi sekian sekian lah kat mak abah saya walaupun saya tak bekerja. Makcik apa tau? Jangan menyibuk boleh tak?"
Hah, kang tak pasal dicop anak muda biadap pula kalau cakap macam tu kan. Hew hew hew. Ini lah dilemma orang muda bila menerima kata-kata sinis dan pedas daripada orang tua. Bila senyap dikatanya pasif, bila lantang bersuara dikatanya kurang ajar. Paling tidak pun terpaksa senyum kelat.

   Sebenarnya sindiran atau kata-kata sinis seperti itu ada juga keluar dari mulut orang muda atau yang seangkatan umur. Tapi aku tak pernah lah kena. Ayat-ayat di atas tu sekadar contoh je. Mungkin ibu-ibu lain yang macam aku tak bekerja pernah kena? Seolah-olah hina sangat wanita yang tak bekerja ni ye. Low class. Susahkan suami? Ya memang ada dan wujud mentaliti macam ni.

30 May 2017

Perlu ke makan supplement?

Assalamualaikum.

    Ahlan Ya Ramadhan. Dah masuk malam kelima Ramadhan. Dah berlalu empat hari umat Islam berpuasa. Alhamdulillah.

      Era 2000-belasan ini dah semakin banyak supplement atau makanan tambahan dijual. Pelbagai jenama produk telah berada di pasaran samada online atau offline. Sejauh mana keberkesanan sesuatu produk itu tak dapat dipastikan. Hanya bergantung pada testimonial pengguna. Kalau yang serasi dengan badan, Alhamdulillah. Persoalannya, perlu ke supplement dalam pemakanan harian kita?

    Supplement yang dimaksudkan adalah samada dalam bentuk kapsul, tablet, pil, cecair (contohnya jus), serbuk yang perlu dibancuh untuk diminum, sachet. Yang asal usulnya dari bahan tertentu yang dikatakan sumber vitamin, zat besi, kalsium dan sebagainya diadun atau diproses supaya senang dimakan.  Itu yang jadi dalam bentuk tablet, sachet, serbuk atau jus.
Adalah benar-benar selamat untuk di consume?

   Sejujurnya aku tak ada consume apa jua jenis supplement 'moden' yang melambak di pasaran. Pertama sekali sebab aku jenis tak konsisten dan malas nak makan ikut time. Jadi memang kurang atau tak akan berkesan kot, hahaha. Sebab lain ialah aku tak berapa percaya. Mungkin agak prejudis. Tapi tidak bermakna aku tak suka orang lain yang suka ambil supplement atau aku kecam. Dan aku pun tak hasut orang lain supaya jangan percaya produk sekian-sekian. Pilihan masing-masing, terserah anda. Hehe.

    Beberapa bulan lepas ada keluar berita seorang artis tu masuk hospital. Tak ada penyakit kronik pun. Then doktor kata puncanya akibat terlalu banyak makan supplement dan buah pinggang terpaksa bekerja lebih keras. Entah aku pun tak tahu sangat lah dari segi perubatan. Mungkin dia ambil lebih dari dua tiga jenis supplement. Terlalu banyak. Orang kata makan supplement untuk badan lebih sihat dan bertenaga tapi ini malah bertambah sakit pula. Boleh nak makan supplement tapi berpada-pada. Kadang-kadang orang terlalu obses nak cantik, nak fit, nak putih, nak sihat bertenaga. Padahal sistem dalam badan ada yang tak mampu nak memproses atau meresap 'kebaikan' sesuatu supplement itu. Teeettt.

     Biasalah teknik pemasaran, semua pun akan cakap 1001 kebaikan produk masing-masing.

   Baru-baru ini tersebar pula pasal satu thread (macam twitter kalau tengok) pesanan beberapa orang doktor yang melarang makan supplement kalau tak ada keperluan. Nampak tak? Doktor sendiri tak galakkan. Doktor tersebut dah berhadapan dengan banyak kes pesakit yang masuk hospital sebab sakit angkara supplement. Supplement sintetik yang diproses telah mengakibatkan kerosakan pada organ hati dan buah pinggang. Kes paling banyak kerosakan organ hati. Tak mampu nak urai atau proses supplement tersebut.

    Sebenarnya hanya perlu kembali kepada makanan yang asli tanpa proses (real food). Contoh terbaik adalah madu (pastikan yang betul asli). Selain itu kurma. Makanan begini mudah didapati, banyak dijual. Contoh lain macam oren, delima, badam, habbatussauda dan lain-lain. Buah-buahan tempatan kita pun tak kurang hebatnya dan amat bagus dijadikan amalan pemakanan harian seperti guava (jambu), tembikai, limau madu, nenas dan lain-lain. Makan je yang betul asli dan real. Asalkan bersih dan halal. InsyaAllah sihat sentiasa. Amin.

09 May 2017

Realiti Kehidupan di Mesir

Assalamulaikum.

    Baru-baru ini telah tersebar salah satu confession IIUM yang tajuknya 'Kelebihan Belajar di Mesir' yang mana penceritaannya tidak begitu realistik dan kami (kami merujuk kepada ex-student yang pernah belajar sana dan dah tamat pengajian) yakin confessor itu adalah 'budak baru'. Yup, baru beberapa bulan je duduk sana.

      Lepas tu ada confession baru bagi membalas dan cerita apa yang lebih real (orang lain). Hakikatnya hanya yang dah belajar sana bertahun-tahun je yang tahu bagaimana susah senangnya kehidupan di sana. Amboi. Hahaha.

    Negara Mesir bukanlah terlalu elok dan juga tak lah teruk sangat. Tapi bagi sesiapa yang dah selesa sangat duduk negara sendiri (Malaysia) haruslah bersedia fizikal mental bila merantau di negara Mesir yang kemajuannya agak ketinggalan sedikit berbanding Malaysia.

      Salah satu point yang adik baru tu cerita adalah pasal surau dan masjid senang nak jumpa di mana-mana termasuk di universiti dan mall. Nak solat pun mudah tak perlu pakai telekung, janji tutup aurat boleh terus solat. Oh ye adik confessor tu perempuan. Ya dik. Memang betul surau dan masjid bersepah tapi hakikatnya tempat khas untuk wanita jarang ada kalau ada pun kecil. Dah tu kotor lagi tak bersih sangat. Belum lagi pasal tandas. Kau cuma baru berjalan di mall atau universiti je jadi aku agak Kau belum pergi jaulah makam/ masjid dan tempat bersejarah. Dengan tandas kotor, jangan harap ada getah paip, baldi atau gayung untuk tadah air. Kami biasa nya standby botol air mineral yang kosong untuk tadah air untuk beristinjak! Pada sesiapa yang tak tahu Mesir adalah negara kedua terkotor di dunia selepas negara India. Kalau setakat tandas dan surau di airport dan mall memang bersih dan tip top la macam Malaysia. Kalau yang tepi-tepi jalan tu... Hmmm...

      OK baru teringat nama samaran confessor tu Makino ke apa tah so aku panggil budak tu Makino je. Point lain Makino cakap pasal musim sejuk paling rendah 12°c. Tak silap aku dulu masa di Mansurah paling sejuk bawah 10. Mungkin dalam 5 atau 6. Tapi Makino ni belum rasa musim panas hehe.

      Point seterusnya pasal service delivery yang sangat mudah di Mesir. Kalau rindu nak makan KFC tak payah tunggu balik Malaysia katanya, order je delivery kat Mesir nuu. Adoi dasar budak mentah. Kalau nak tahu lah, ada lagi fast food ala KFC yang tempatan punya lagi sedap aku rasa dan harga lagi murah. Welatain dan Albaik. Jadi menurut Makino, makanan senang dapat lah dan servis pun cepat gila 20 minit dah sampai. Aku dapat simpulkan Makino ni budak kaya. Sebab biasanya kitorang dulu masak sendiri je ikut giliran. Sesekali ada lah juga call delivery servis tapi tak lah selalu. Jadi point Makino kelebihan belajar di Mesir ni salah satunya delivery food yang mudah dan senang? Adeh, Malaysia pun banyak la food delivery servis.

     Point seterusnya public transport senang dapat. Metro, tremco, taxi, bus. Ok Makino ni duduk Kaherah rupanya. Metro tu ada di Cairo je. Dia tak ada cerita pulak yang kalau nak naik tremco tu kena berebut dan bertolak-tolak dengan Arab. Hanya yang berjiwa kental je la boleh bertahan, haha. Kalau kau spesis lembik lembap sopan memang tak dapat lah naik, kena tolak sampai jatuh lagi ada. Arab Mesir ni kasar dan ganas. Aku dulu prefer jalan kaki je lah kalau tempat tak jauh sangat. Senaman sihat gitu. Kalau nak jimat masa baru lah naik tremco ke taxi ke tuk-tuk ke.

     Ada satu point yang lawak nak mampus. IKEA. Katanya kat Malaysia tak pernah pergi sebab parents tak bawa. Aku pun tak pernah pergi IKEA kat mana-mana pun Hahah. Then Makino kata selalu shopping di IKEA Mesir. Aduh. Ini kelebihan belajar di Mesir ke? Tak ada kaitan langsung. Bukan ke kita datang Mesir ni untuk menimba ilmu, bukan untuk shopping di IKEA dik oiii. Entah apa-apa la budak mentah ni.

    Point seterusnya currency. Katanya geneh jatuh teruk. RM1 bersamaan LE4. Tapi ada yang balas walaupun jatuh teruk tapi kos hidup dah semakin tinggi. Sewa rumah naik berganda mahalnya, makanan dan barang pun mahal berganda. Jadi tak ada bezanya walaupun geneh dapat banyak. Dulu masa zaman aku RM1=LE2.

    Lagi satu point kelakar, harga minuman berkarbonat murah gila. Siap cerita favorite dia Pepsi dan orang Mesir suka minum Pepsi jadi murahlah harganya. Apa benda la minuman tak berkhasiat yang kau suka minum. Bangga pula tu bercerita. Dia tak tahu kot Pepsi tu antara yang students Malizi boikot selain McDonald's, KFC. Hahaha. Baiklah kau beli asob (air tebu) ke jus mangga ke jauh lebih berkhasiat dan fresh lagi. Murah pun murah. Pasal Pepsi yang mudah didapati di mana-mana di Mesir ini pun tidak layak dijadikan point kelebihan belajar di Mesir.

      Point seterusnya, mudah mengamalkan Islam di negara Mesir yang penduduknya 90% beragama Islam. Ini lagi satu poyo. Habis tu kat Malaysia susah ke nak amalkan cara hidup Islam? What so ever. Bagi aku Malaysia jauh lebih baik terutama dari aspek kebersihan. Di Malaysia pun senang jumpa Surau dan Masjid. Tandas bersih. Kalau Mesir? Hmmm macam yang aku cerita awal tadi. Wanita Mesir Islam kalau kau tengok pakaiannya lagi teruk, tudung lilit tak tutup dada pun, baju fit. Tapi yang bagusnya students Arab Mesir adalah dilarang memadai seluar. Mesti kena pakai skirt labuh. Baju tak labuh takpe janji jangan pakai seluar. Haha. Yang berjubah berniqab tu ramai lah juga senang jumpa di mana-mana dan bukan sesuatu yang pelik. Kalau di Malaysia berjubah hitam tudung hitam niqab hitam memang akan dipandang ganjil lah haha, sebab kita tak biasa nampak. Kalau di Mesir dan Arab Saudi pemandangan itu biasa.

      Aku tidak lah bermaksud nak kondem negara Mesir tapi kalau nak bercerita tu biarlah realistic, bukan yang indah-indah sahaja. Kata orang hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Walau macam mana hebat pun negara orang terutama negara maju macam England ke Jepun ke, negara tempat tumpah darah dan dibesarkan inilah tetap yang terbaik.

    Orang kata Mesir bumi tarbiyah. Memang betul tu. Mendidik jadi manusia lebih sabar, tabah dan kuat. Contoh nya kalau nak dapatkan visa pelajar. Kau tanya lah semua Malizi yang belajar sana, jawapan sama, susah gila nak dapatkan visa dan boleh sampai tahap putus asa lah. Sebab? Kerenah orang Arab Mesir lah di jawazat. Bukroh mumkin bukroh (esok). Esok si Misri ni maksudnya seminggu, dua minggu, sebulan, setahun pun ada. Itulah maksud 'esok' pada diorang. Dokumen dah lengkap pun punya susah nya lah nak dapatkan cop visa. Bila dah dapat je visa, tahap gembira kitorang sampai celebrate la makan-makan kat Welatain ke Wesaya ke. Hahaha.

       Sepatutnya Makino kena tambah, budaya masyarakat Mesir yang gemar memberi Salam di mana-mana sahaja. Ini memang terbaik. Hatta naik bas atau tremco pun mereka akan beri Salam. Masuk kedai beri Salam. Berselisih di jalan pun beri Salam pada hal tak saling mengenali pun. Salam 'alaik. Salam 'alaik.

    Lagi satu, orang Mesir suka pasang bacaan ayat Al-Quran di mana-mana saja. Boleh kata semua kedai mereka tak kiralah kedai runcit ke kedai topup ke kedai makan ke kedai jual baju/ buku dan semua kedai lah mereka akan pasang audio bacaan Quran imam-imam tersohor. Sama juga dalam kenderaan awam. Jarang sangat nak dengar mereka pasang lagu Arab. Suasana begini aku cuma pernah rasa di Mesir sahaja. Di Malaysia jarang lah ada begini. Ada tu ada tapi sikit sangat.

     Begitulah serba sedikit realiti kehidupan di Mesir. Nak lagi real semua aku ada cerita dalam blog ni tahun 2009-2011 masa tengah belajar sana. Penuh suka duka, lucu, pahit manis semua ada. Hahaha.

06 May 2017

Dah Berhutang Tak Reti Nak Bayar

Assalamualaikum.

      Peringatan: Ini adalah Entri maki hamun. Tak payah terkejut sangat bila baca.

      Pagi-pagi lagi aku dah hangin satu badan. Aku rasa semua pun bersetuju dengan aku, bila kita nak tuntut hutang orang ni dah serupa pengemis. Kita rasa segan selalu mintak dibayar hutang sedangkan yang berhutang macam tak ada perasaan bersalah langsung buat tak tahu je. Eh sialnya lah perangai.

    Cerita malang aku pasal hutang ni asal-usulnya berpunca daripada main kutu atau main undi. Tahun 2016 punya cerita, aku banyak join group kutu. Disember 2016 last lah aku join kutu. Selepas itu aku terus berazam tidak akan main kutu lagi dengan mana-mana orang pun.

     Kisahnya aku selalu memang ambil last turn. Salah satu group kutu yang aku join main amaun agak bersar RM500 sebulan main 10 orang. Group yang ini direct akaun player, tak perlu kumpul dekat mak kutu. Jadinya ada seorang player ni pending bayar. Pm aku kata ada masalah, lambat sikit dapat bayar. Dah sebulan berlalu masih pending aku pun suruh bayarlah. Lepas tu alasan baru bersalin pulak, nanti dia minta tolong suaminya bank in secara ansuran. Aku OK lagi lah. Dah la nak bayar secara ansuran. Otak dia lah.

      Tiga minggu berlalu tanpa khabar berita. Aku whatsapp cuma ada satu tick. Sah aku kena block. Aku usaha cari nombor hp waris dia dan akhirnya dapat nombor suaminya. Aku pun whatsapp elok-elok cakap pasal hutang bini dia. Ada bagi amaran juga tapi masih tak ada marah. Lepas tu OK la ada respon. Esok nya dia bank in RM50. Dua hari lepas tu bank in lagi RM50. Baki hutang ada lagi RM400. Masa tu pertengahan February 2017.

   Sebulan lepas itu aku whatsapp lagi remind ada lagi baki RM400 dan bagi sekali lagi nombor akaun. Orang macam ni aku tau mesti takde simpan pun nombor akaun bank aku dan jenis clear chat. Dia jawab InsyaAllah. Hmm...aku tak sedap hati. Beberapa hari lepas tu aku whatsapp lagi cuma dapat satu tick. Jahanam suami nya pulak block aku. Aku still sabar lagi OK takpe aku bagi masa, bagi peluang.

     Setiap bulan aku remind. Pakai SMS dan whatsapp walaupun keparat tu dah block aku aku still whatsapp.

    Hari ni aku dah nekad. Aku guna nombor PRDH whatsapp ingatkan pasal hutang. Hey blue tick oiii. Lepas tu aku cakap tolong respon. Jadi satu tick je. Haram jadah punya orang dia block juga nombor tu. Aku dah menyirap gila aku terus call jantan tu guna nombor aku. Lepas beri Salam, soalan aku simple je,
"Ingat saya lagi tak?"
Dia boleh jawab,
"Siapa ni ek?*
Eeiiii macam cibai jawapan dia. Nampak sangat samada dia dah buang nombor aku atau Saje buat-buat tak ingat. Sial.
Aku pun explain lah semua. Masa ni suara aku dah tinggi sikit la sampai Naim pun terjaga menangis. Paling buat aku lagi marah ayat dia,
"Saya pelik juga siapa ni kan tiba-tiba je saya tak tau apa-apa."
Kepala bana kau. Pada hal beberapa bulan lepas masa dalam whatsapp dia sendiri cakap yang bininya ada bagitau pasal hutang duit kutu dengan aku dan minta tolong dia bayar secara ansuran. Ini sekelip mata dah lupa semua tu? Memang dasar laki bini tak guna. Ni kalau berdepan ni nak aje aku lempang.
Then si laki ni berjanji akan bank in dalam pukul 10.30 nanti, sekarang ni tengah kerja.
Untunglah tadi aku masih dapat kawal kemarahan aku dan suara aku walaupun agak tinggi tapi tak lah sampai menengking. Biadap punya manusia. Buat-buat tak ingat dan tak kenal pulak. Syaiton sungguh.

      Sabar pun ada hadnya. Dah berapa bulan dah pending. Gila betul. Memang betul aku menyesal main kutu dengan orang macam ni. Jadi pengajaran kat aku. Oleh kerana kes orang tak bayar atau lambat bayar, aku haramkan diri aku untuk join kutu. Aku ni prejudis. Aku akan anggap semua orang pun sama akan datangkan masalah pada aku walaupun yang buat salah tu cuma seorang dua. Ye kadang-kadang kena buat hati kering. No sympathy no empathy pada orang yang pernah buat hal dengan aku. Lantaklah. Hidup kena kejam kalau tak nak ditindas.

       Kalau dikira dengan jumlah hutang yang orang berhutang dengan aku, memang dah boleh buat pergi buat umrah dengan duit tu. Tapi apa boleh buat, orang tak dapat nak bayar sekaligus, bagi can lah bayar secara ansuran. Aku ni spesis boros sebab tu lah aku main kutu so boleh la buat simpanan. Bila aku dah start simpan emas, aku terus stop join kutu baru. Just habiskan mana yang aku dah join je. So guys, say no to kutu. Walaupun semua adalah trusted player, anda perlu juga berwaspada.

      

03 May 2017

Common Sense

Assalamualaikum.

     Kali ini ada mengimbau kisah silam sikit la. Sekitar 14  ke 15 tahun lalu selepas SPM. Aku pun tak berapa ingat result dah keluar ke belum cerita aku ni Hahah. Sebab ceritanya pasal aku pergi ke sekolah setelah beberapa bulan tak ke sana.

       Seperti yang aku ada cerita dulu-dulu di blog ini aku bersekolah di Kluang. Balik asrama kena naik turun bas. Bas tin tong atau bas sambung-sambung. Jauh dan susah payah penuh onak ranjau berduri lah kiranya setiap kali nak balik asrama atau dari asrama nak pulang ke kampung. Wah gitu. Suka duka budak hostel/ asrama lah.

      Pada satu hari ada seorang kawan aku call ajak ke sekolah. Aku tak berapa ingat apa tujuan dia nak ambil sijil berhenti atau buat sijil berhenti yang baru sebab hilang. Dia ajak aku teman lah. Pergi seorang macam bahaya sikit. Aku pun setuju lah setelah dapat kebenaran abah. Aku pun dengan senang hati teman lah dengan naik bas semua lah sampai sekolah. Letih memang letih lah balik hari kan. Aku sampai rumah pun lewat petang jugak.

      Bermulalah episode kena marah dan kena leter dengan abah sebab lambat sampai rumah. Dan yang paling aku ingat sampai sekarang antara isi leteran abah tu,
"Kawan kau tu ada belanja makan tak? Atau bayarkan duit tambang kau separuh ke?"
Aku geleng.
"Habis tu kau teman bodoh gitu je? Takde hasil apa-apa? Patut nya kawan kau tu dah minta tolong kau teman dia, paling kurang dia bayar la duit makan kau masa kau orang makan kat kedai. Jadi orang jangan baik sangat sampai orang ambil kesempatan."
Aku diam je le. Yelah manalah aku nak terfikir benda tu semua. Masih mentah.

     Tapi dari peristiwa itu aku belajar sesuatu lah. Kita bila minta tolong orang, haruslah ada sedikit ganjaran untuk pertolongan orang tu. Minta tolong perkara yang susah tau atau memenatkan. Lagi pula yang melibatkan duit. Contoh tumpang kereta orang, hulur duit minyak sikit. Dia tolak tak mengapa lah, kita offer belanja makan. Kalau orang minta tolong kita sesuatu yang agak sukar dibuat, cakap baik-baik, maaflah tak dapat tolong. Kalau perkara yang kecil boleh lah ikhlaskan je. Tapi kalau sampai mengambil masa kita, tenaga, duit lagi keluar, perlu berfikir dua tiga kali juga. Jadi orang jangan terlalu naif. Ini bukan soal berkira, tapi soal perlu kasihan diri sendiri dahulu sebelum kasihan pada orang lain. Faham ke tak faham? Hahah.

      Bak kata pepatah, buat baik berpada-pada. Betul lah tu. Buat baik pun biar kena dengan tempat dan keadaan. Jangan sampai orang ambil kesempatan atau pijak kepala. Dalam tak sedar rupanya kita seolah-olah 'dibuli'. Bila dah minta tolong, paling kurang pun ucapkan terima kasih dan kata-kata penghargaan. Sejuk hati mendengarnya. Hihi. Ikhlas ke tak ikhlas tu hanya Allah yang tahu. Usah pertikaikan keikhlasan orang.

      Sekian coretan untuk hari ini ye. 

01 May 2017

Didikan Menutup Aurat Sejak Usia Kecil

Assalamualaikum.

    Entri pembuka tirai bagi Mei 2017. Hari Pekerja atau Hari Buruh hari ni. Bulan Mei juga ada Hari Ibu, Hari Guru, Hari Jururawat (eh yeke) dan apa-apa saja lah hari istimewa. Hahah.

     Tajuk macam serious je kan, tapi sebenarnya kupasan santai sahaja. Hehe. Era zaman 2000-an hingga kini dah mula banyak dijual pakaian muslimah tak kira untuk dewasa dan kanak-kanak. Era 20-belasan (hingga 2017 kini) tudung kanak-kanak pun makin banyak keluarkan. Satu perkembangan yang bagus. Kesedaran tenang aurat dah semakin meluas dan semakin baik. Wah gitu.

    Tetapi agaknya anak kecil perlu dilatih bermula umur berapa ye? Ini berbeza pandangan dan pendapat. Setiap ibu bapa pasti ada target tersendiri. Tak semestinya perlu tutup habis semua (terutama bagi kanak-kanak perempuan/ toddler) tetapi cukup sekadar tampil sopan. Maksud sopan adalah tak pakai skirt pendek, seluar pendek, gaun pendek, baju tanpa lengan bila keluar berjalan di luar bila dah mencapai umur dua atau tiga tahun ke atas. Kalau Bawah dua tahun atau setahun tak apa lagi sebab masih bayi kan. Tapi kalau dah boleh berjalan rasanya eloklah pakaian sopan sikit hihi.

        Macam Jannah. Umurnya setahun lebih aku dah tak pakaikan seluar pendek bila keluar rumah berjalan. Seluar tiga suku ok lagi. Kalau pakai gaun pun walaupun labuhnya Bawah lutut aku tetap pakaikan seluar panjang atau legging. Kalau setakat dalam rumah tak kisah la pakai baju lobang2 ke sleeveless ke hehe. Ya, baju tak ada lengan pun aku dah tak pakaikan bila keluar rumah sejak umur Jannah masuk setahun. Rasa macam tak sopan. Haha.

    Umur Jannah dua tahun, no more seluar tiga suku pun. Mesti seluar panjang. Baju tanpa lengan memang dah tak pernah beli lagi. Lengan pendek ok lagi. Masuk tiga tahun umur Jannah, aku mula biasakan baju lengan panjang bila keluar berjalan. Kadang-kadang ada juga lah lengan pendek. Dan sekarang empat tahun memang dah tak pakaikan baju lengan pendek lagi bila keluar. Mesti lengan panjang. Baju muslimah labuh saiz dia pun dah banyak dijual, senang dapat. Cuma baru-baru nak jinakkan dengan pakai tudung pulak sekarang ni. Hehe. Sebab biasa dah aku jumpa budak-budak sebaya dia (3-4 years old) pakai tudung bila ternampak kat mall atau Taman permainan. Comel je.

     Kadang-kadang bila ternampak anak Melayu sebaya Jannah masih pakai skirt pendek dan gaun tanpa lengan, aku pula yang macam segan sendiri pada hal itu anak orang. Haha. Kesedaran untuk siapkan Jannah dengan sopan dan Islamic ni memang secara semula jadi je timbul dalam diri. Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya. Lepas tu di tambah pula dengan kes-kes pedofilia yang semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini, lagi menambah rasa bimbang. Itu pentingnya kita sebagai ibu bapa perlu peka dan bijak. Jangan pakaikan yang seksi dah. Walaupun masih kecil tapi perlu juga pakai sopan dan tak seksi.

     Sama juga dengan kanak-kanak lelaki. Aku kalau tengok budak dah sekolah tadika dan rendah, keluar masih pakai seluar pendek, aku rasa macam segannya lahai terbayang kalau anak aku si Naim pun pakai macam tu. Aduh tak sopan. Jadi aku berazam Naim pun akan aku pakaikan seluar panjang sahaja bila keluar berjalan bila umurnya masuk dua tahun. Sekarang Naim setahun enam bulan. Kiranya seluar tiga suku pun aku tak mau pakaikan dah. Kalau dalam rumah je takpe lagi. Sama juga baju tanpa lengan pun aku tak nak pakaikan dah kalau keluar rumah. Walaupun orang kata ala takpe lah budak lelaki tapi bagi aku budak lelaki pun perlu sopan juga pakaiannya. Bukanlah nak kena pakai macam ustaz jubah bagai. Hehe. Cukup sekadar bukan seluar pendek dan bukan baju tanpa lengan.

      Jannah oleh kerana aku dah biasakan pakaikan baju lengan panjang, dia tak merungut panas ke apa ke walaupun cuaca panas. Jadi aku harapkan berkekalan sampailah dia meningkat remaja. Cuma baru sekarang je aku baru mula nak biasakan dia pakai tudung pulak. Nanti dah biasa dengan tudung, boleh biasakan pakai stoking pula. Tapi stoking ni aku letak target atas umur 10-12 tahun. Kalau dapat lagi awal lagi bagus hehe.

    Masa aku kecil dulu abah dah suruh pakai tudung dan baju lengan panjang bila keluar rumah sejak umur 10-11 tahun. Masa tu mana ada jual T-shirt lengan panjang, susah nak jumpa. So aku pakai baju kurung dengan seluar kalau nak bermain atau aktiviti kokurikulum di sekolah. Dulu lain, sekarang lain. Dulu tak ramai yang pakai tudung, sekarang ramai walaupun ada sebahagian nya mungkin cuma ikut trend je. Bila keluar rumah sidai kain tak pakai tudung pulak. Konsep tutup aurat yang salah. Di halaman rumah sendiri tak pakai tudung bila menyapu ke siram pokok bunga. Itu pun satu hal juga.

      Apa pun pilihan di tangan anda sebagai ibu bapa. Anak pakai seksi ke sopan ke adalah mengikut acuan ibu bapanya. Alasan masih kecil untuk diajar berpakaian sopan adalah alasan lapuk. Hehe. Tapi paling mustahak sebenarnya adalah ibu bapa yang perlu beri contoh yang baik untuk diikut anak-anak. Jangan lah mak pakai seksi sendat ketat sana sini, macam mana nak jadi teladan yang baik? Seksi yang aku maksudkan di sini adalah muslimah yang pakai tudung tapi baju ketat dan seluar ketat. Aptb.

26 April 2017

Master of Breastfeeding

Assalamualaikum.

   Entri kali ini entri mak-mak gitu. Mungkin 20 tahun lagi kalau panjang umur dan blogspot masih ada entri nenek-nenek pula. Haha.

      Dah lama juga tak ada post pasal breastfeeding journey. Kali ni nak cerita lah. Naim pun dah setahun enam bulan. Ada lagi enam bulan nak dapat certificate PhD dalam penyusuan. Hahaha.

0-24 bulan = PhD
0-18 bulan = Master
0-12 bulan = Ijazah
0-6 bulan = Diploma
0-3 bulan = Sijil

    Oleh kerana Jannah dulu sampai umur dia 36 bulan (tiga tahun) aku susukan dia, jadi aku tambah la pangkat jadi professor.

     Zaman sekarang ni era 2012 dan ke atas dah semakin banyak artikel kesedaran tentang pentingnya dan hebatnya susu ibu. Dalam tempoh lima tahun ini aku dah buat pemerhatian. Antaranya ialah;
1 - Nursing bra dah semakin banyak dijual dan mudah didapati samada di pasaraya atau online. Harga pun berpatutan.
2 - Pakaian mesra nursing semakin banyak dijual dan mudah juga didapati. Semua syarikat atau butik pun berlumba-lumba buat baju bf friendly atau nursing friendly.
3 - Pam susu pelbagai jenama baru dah mula muncul dengan rekaan yang menarik. Termasuk kelengkapannya storage bag bottle dan lain-lain.
4 - Bilik menyusu di pasaraya besar semua dah diwujudkan. Dulu mungkin Jusco (Aeon) je ada kemudahan nursing room.
5 - Yang paling terbaru. Supplement tambah susu katanya. Pun banyak syarikat berlumba-lumba membuat supplement untuk meningkatkan produktiviti susu. Tak kira lah dalam bentuk tablet, serbuk, sachet, jus dan pelbagai lagi.

    Perkembangan yang baik. Semakin ramai yang celik pasal susu ibu. Syabas kepada ibu-ibu yang berusaha keras untuk beri yang terbaik buat anak iaitu susu ibu. Tak lama pun. Dua tahun je. Aku pun suka juga membaca pengalaman ibu-ibu lain sepanjang tempoh penyusuan mereka. Cabaran dan dugaan setiap orang tak sama. Ramai juga yang kecundang masa anak sulung dan anak kedua. Ada yang anak kelima barulah dapat beri susu ibu secara exclusive selama 6 bulan. Anak-anak sebelum tu semua campur FM atau FM sepenuhnya. OK tak apa. Masih belum terlambat. Yang penting keazaman dan kesungguhan itu ada.

     Aku walaupun agak berjaya dalam bab breastfeeding ini tapi rasa macam tak sesuai atau tak layak je nak cakap pasal susu ibu. Kalau orang tanya tips pun aku rasa aku bukan orang yang tepat. Sebab aku cuma surirumah, tidak bekerja. Memang senanglah. Bila-bila je boleh df. Aku tak mengepam. Biasa juga aku baca perlu juga buat stok walaupun tak bekerja sebab kita tak tahu apa yang bakal berlaku di masa hadapan. Contohnya sakit sampai masuk wad berhari-hari ke. At least ada lah stok nak bagi minum baby. Bagi pendapat aku, jangan visualize benda yang buruk contohnya jatuh sakit sampai masuk wad. Kadang-kadang apa yang kita terlalu waspada hingga khuatir sesuatu yang buruk berlaku, tiba-tiba benda buruk itu benar-benar terjadi.

     Supplement? Sejujurnya memang aku tak ada amalkan makan atau minum apa-apa supplement. Sebab aku bukan seorang yang konsisten makan ikut waktu. Itu bukan aku. Contoh kena makan tiga kali sehari sebelum makan. Oh no. Protokol macam ni aku memang out la. Pernah juga lah (bukan supplement tambah susu) untuk seminggu pertama paling lama lepas tu jadual entah ke mana. Dan akhirnya ubat/ makanan tambahan itu tersadai tak dimakan dan expired begitu sahaja. Lagi satu masalah ialah aku jenis kurang minum air masak/ air putih. Apa jua supplement pun mesti kena banyak minum air masak at least dua liter sehari untuk tindak balas lebih efektif dalam badan (katanya lah hihi). Aku minum ikut suka hati aku. Bila haus minum lah. Kalau kata sesaja minum air masak begitu sahaja demi nak mencapai target dua liter sehari memang tak lah. Hahaha.

       Cara aku cuma kaedah supply dan demand sahaja. Tak ada supplement. Tak ada jadual Pam sebab memang tak mengepam. Tak ada konsisten makan makanan penggalak susu macam kurma ke, longan ke, bayam ke (sekadar beberapa contoh). Selagi ada demand, selagi itu susu sentiasa ada. Yang penting cukup untuk baby. Tak perlu nak meriah melimpah ruah, tapi yang penting cukup. Sudah memadai. Ibu-ibu selalu dimomokkan susu badan tak cukup lah, kurang lah, cair lah. Cair atau pekat itu bukan ukuran susu tu berkhasiat atau kurang khasiat, lebih kenyang atau tidak. Tak ada kaitan. Inilah kesalahan sesuatu produk bila promote. Konon beza susu makin pekat lah, meriah lah. Ridiculous.

       Sebenarnya dalam menjayakan penyusuan selama yang boleh (sekurang-kurangnya dua tahun) adalah ilmu. Ya ilmu. Kena banyak membaca. Baca dan praktik. Selain itu boleh bertanya kepada ibu yang berpengalaman atau doktor atau nurse. Jangan malu untuk bertanya. Setiap orang cabarannya berbeza. Kena bijak mengatasi dan tidak mudah mengalah. Berdoa dan minta Allah permudahkan perjalanan penyusuan. Jangan dilayan segala stress atau perkara negatif. Emosi ibu kena jaga juga tau. Kena sentiasa tenang dan happy.

      Setakat ini aku masih belum berhenti bf anak selama empat tahun ini. Bermula sejak Jannah lahir dan sampai lah Naim sekarang ini. Bersambung-sambung hehe. Sebab masa mengandungkan Naim pun aku tak stop bf Jannah. Alhamdulillah diberi kekuatan. Anda juga pasti boleh. Chaiyok.

    Orang kata bf boleh kuruskan badan? Itu bagi yang berat badan naik banyak gila masa hamil. Ada yang naik sampai puluh kilogram. Ada yang senang turun selepas bersalin, ada yang makan masa bertahun nak turun ke berat asal. Rezeki masing-masing. Hehe. Bagi aku sendiri, tak ada beza sangat sebab aku dah memang kurus, masa hamil pun tak nampak gemuk. Hahah. Tapi ada beza masa mengandungkan Jannah naik 13kg, masa Naim cuma naik 5kg. Hohoho.

     Akhir kalam, teruskan perjuangan dalam menyusukan anak. Jangan mengalah dan terus berusaha.

29 March 2017

Tidak Tertekan Anak Lambat Berjalan dan Lambat Tumbuh Gigi

Assalamualaikum.

     Hahaha. Tajuk tu ala-ala tajuk berita di akhbar atau majalah. Bajet retis. Terpengaruh dengan metroonline dan rotikaya punya pasal sebab akhir-akhir ini aku selalu baca kat Google dua website tu. Koh koh koh.

      Naim dah 17 bulan (setahun lima bulan). Masih belum berjalan walaupun dah boleh berdiri sendiri dah lama jugak. Berdiri sendiri bangun dari duduk. Sesekali adalah Naim melangkah dua, tiga tapak atau lima, enam tapak lepas tu dia cangkung atau duduk. Hahaha. Boleh lah. Takpe lah lambat pun. Mak OK je langsung tak stress. Risau pun tak. Dah memang belum masanya lagi. Normal je sebenarnya, bukan sesuatu yang pelik atau ganjil. Please respect. Tak perlu dipertikaikan kenapa lambat berjalan.

     Gigi baru tumbuh sebatang bahagian Bawah depan. Hehe. Pasal gigi ni memang 100% dengan kuasa Allah lah yang boleh keluarkan gigi tu manusia mana boleh. Kenapa aku cakap macam tu? Perkembangan budak nak merangkak dan berjalan pun kuasa Allah 100%. Apa bezanya?

    Bezanya ialah mulut orang yang bercakap.
"Kena latih ni usha lebih pakaikan kasut ke apa ke."
"Cuba bawa jumpa pakar. Mana tau pakar boleh buat sesuatu?".
" Try buat fisioterapi tengok macam mana."
"Pagi lepas Subuh dirikan kaki dia atas rumput. Orang tua kata cepat berjalan nanti."

Atas ni antara contoh kata-kata 'nasihat' mereka yang 'concern'. Contoh je. Padahal kau tahu kan budak nak berjalan ni atas kehendak Allah. Bukan atas kuasa manusia yang lemah ni. Sama juga dengan budak yang speech delay (lambat bercakap). Dah memang belum sampai waktunya seorang toddler itu untuk fasih bercakap, mana boleh dipaksa. Kalau dah tertulis umur 7 tahun baru boleh bercakap dengan lancar, kena terima lah takdir yang telah tertulis. Usaha memang usaha, tetapi orang lain jangan menyibuk dan mengeluarkan cadangan yang boleh mengecilkan hati. Wth sampai suruh jumpa pakar dan buat fisio? Ingat cacat ke anak orang tu? The kids just delay je. OK faham tak delay? Bukan langsung tak boleh berjalan cuma lambat sahaja.

      Serious aku memang tak rasa tertekan pun anak lambat berjalan. Jalani hidup macam biasa dan gembira. Asalkan anak sihat tubuh badan, tak ada sakit, Syukur Alhamdulillah.

   Kalau pasal gigi tu aku kesian si Naim sebab dia dah makan macam-macam. Haha.  Tak apa. Sabar menunggu. 

24 March 2017

When They Call Me Ustazah

Assalamualaikum.

    Sejujurnya sejak dulu sampai sekarang pun aku masih rasa tidak layak dipanggil ustazah. 'Dulu' tu means tahun 2007 masa aku jadi guru kafa atau bahasa mudah Cikgu sekolah agama Johor. Rasa tak layak ada banyak sebab. Dari segi ilmu, akhlak dan lifestyle masih belum mencapai standart ustaz ustazah. Ah, nak terangkan pun tak tau la kome boleh faham ke. Haha.

    Dulu masa mengajar sekolah agama sekejap memang haruslah dipanggil ustazah. Hehehe. Tak lama pun 3 bulan je lepas tu jadi pembantu tadbir kat maij. Setahun lepas tu sambung belajar Mesir pulak.

      Bertitik tolak di Mesir lah panggilan ustazah itu kembali. Biasa lah sana, pelajar lelaki Azhari dipanggil ustaz, yang perempuan dipanggil ustazah. Masa berkomunikasi sesama ikhwah akhawat pun memang kena guna ustaz ustazah. Selebihnya tu saya, ana. Biasa lah tu. Melainkan pelajar perubatan, kita panggil doktor terus walaupun belum jadi doktor lagi (bakal doktor).

    Mula-mula rasa janggal juga. Tapi lama kelamaan jadi biasa. Yelah dulu zaman sekolah dan diploma panggil nama je (berlainan jantina). Kat Mesir jadi lain. Hehe. Kira panggilan paling sopan dan terhormat. Gitu. Tak kan la nak panggil senior/ Abang/ bae (muntah jap).

    Dah tamat belajar, balik Malaysia. Mengajar kat satu sekolah swasta ni, jadi ustazah juga sebab mengajar pai, psi, pqs, bak dan bat (nampak tak aku malas nak taip perkataan penuh dan malas caps lock Hahaha). Ada sesetengah murid panggil aku Cikgu. Tak kisah pun. Sama je maknanya.
Lepas tu mengajar sekolah tahfiz swasta jadi guru tasme' alQuran mestilah dipanggil ustazah juga. Hoho.

      Genap umur Jannah setahun, aku pun quit atas sebab tertentu. Tahun yang sama zauji buka pusat rawatan. Ingat lagi premis  di Jalan Kebudayaan berdekatan dengan Bank Rakyat. Kedai tingkat atas yang asalnya spa muslimah owner jual. Ok itu cerita lain lah. Nak cerita pasal panggilan ustazah ni kita sambung ye.

      Satu hari tu, masa di pusat rawatan. Pesakit sedang dirawat zauji. Warisnya duduk menunggu di sofa. Isteri pesakit memang peramah dan suka berbual. Dah banyak kali datang. Setiap kali datang mesti tanya nama aku (orang tua biasa lah pelupa banyak Hahaha). Aku memang perkenalkan diri nama je takde guna ustazah pun. Tapi anak-anak makcik tu (dah berkahwin dan bawa anak) memang panggil aku ustazah. Yelah sebab isteri ustaz memang biasa nya ustazah jugak la kot orang agak. Hahah.
Tiba-tiba makcik tu tanya soalan,
"Awak ni Cikgu ke ada mengajar mana-mana?"
Aku jawab,
"Tak lah. Saya surirumah je tak bekerja. Cuma tolong ustaz sikit-sikit."
Then dia tanya pula macam ni,
"Tapi kenapa dipanggil ustazah?"

Hohoho. Mungkin pada makcik ni yang dipanggil ustazah mesti la kena mengajar kat sekolah ke, kolej ke. Gitu kot fikiran orang tua. Kakakakaka. Aku pun jawab,
"Dulu pernah lah mengajar sekolah tahfiz tapi dah berhenti."
Kemudian makin banyak lah soalan beliau tanya kenapa berhenti, tak nak mengajar lagi ke dan macam-macam lagi. Aku jawab jawapan standart je lah.

      OK sekarang bila melayan whatsapp atau SMS client yang bertanya pasal rawatan atau nak buat temujanji. Bila aku dah perkenalkan diri sebagainya ustazah, client akan panggil ustazah atau puan. OK lah puan tu pun ok standart. Tapi ada juga panggil akak. Ok masih boleh terima lagi. Yang lagi teruk panggil awak. Ades. Apa punya orang lah. Teruk betul la communication skill dia. Padahal kita sudah memperkenalkan diri sebagai sekian sekian. Kalau aku tak perkenalkan diri, orang panggil ustaz/ tuan/ encik tu biasa lah. Yang panggil awak awak ni aku pun tak tahu lah umur dia berapa, mak orang ke bukan. Yelah dalam whatsapp je kan bukan nampak muka. Hahah.

      Panggil puan pun ok. Panggilan hormat. Orang tua ke muda ke boleh panggil dengan gelaran puan tu. Ustazah pun boleh. Tak ada masalah. Hehehe. Panggil nama je pun aku ok (biasa nya yang pangkat kakak atau makcik/ lebih tua dari aku). Sebab biasa nya aku tak berjumpa atau bertentang mata dengan pesakit atau waris. Aku cuma susun temujanji dalam alam maya je. Boleh kata 90% pesakit aku tak pernah tengok muka mereka depan-depan. Hanya kenal dalam whatsapp sahaja tak pernah jumpa orangnya.

        Kawan blogger pun ada juga yang panggil ustazah. Masa zaman kegemilangan blog dulu lah 2009-2011. Kawan Facebook, kawan cyber social media, schoolmate classmate. Mana-mana yang kenal dan tahu den pernah belajar kat Mesir dedulu. Tak lah ramai sangat tapi adalah juga. Hahaha. Hashtag #bukanoranghebat #biasabiasaje #sederhanawasotiyah.

     Kalau kengkawan yang kenal perangai aku diorang panggil aku ustazah rock. Kau ada? Hahaha. Kbai.


16 March 2017

Hati Kering

Assalamualaikum.

   Dalam kehidupan ini kadang-kadang perlu ada sikap kejam sedikit agar tidak sewenangnya diperkotak-katikkan dan memberi pengajaran terhadap orang lain. Baik macam mana pun hati nurani kau jangan sampai makan diri. Yang faham bagus, yang tak faham mohon terjun lombong.

     Ini cerita hati ke hati lah wei. Ceh. Sebagai seorang yang telah diamanahkan untuk menyusun temujanji adakalanya terpaksa melayan kerenah sesetengah client/ pesakit yang menyakitkan hati dan buat hati ini panas je rasa nak memaki dan mencarut. Hahahah. Kalau jumpa whatsapp dengan spesis client yang begini memang aku pejam mata kejap sambil tarik nafas sambil istighfar dalam hati bagi menahan mulut dan hati aku dari memaki hamun menyumpah seranah mencarut. Sabarrr...

     Paling kejam aku buat pun aku akan block beberapa spesis @#$%&! Ni haaa... Entah dah berapa Ramai aku dah block aku pun tak pernah kira tapi yang pasti nya ada sebab yang munasabah, bukan sesaja nak block orang kat whatsapp. Antaranya aku boleh senaraikan la guna nombor bagi jelas. Amboi.

1 - Jenis batal temujanji tak bagitau. Ini tahap aku macam nak hempuk kamus almiftah kat muka orangnya. Kau dah buat temujanji sekian. Aku dah masuk dalam list. Dah update di group whatsapp. Sampai masa orangnya belum tiba. Bila tanya dalam group, dengan mudahnya kau kata tak jadi datang. Minta maaf pun tak ada. Perawat dah standby. Yang lagi teruk terus senyap seribu bahasa tak respon langsung. Memang biadap kau kan. Nah amik aku block terus nombor kau dan nama kau pun black list. Jangan harap nak buat temujanji lagi.

2 - Jenis angkuh berlagak tak bertempat. Ini tak ramai dan jarang jumpa. Banyak tanya. Soalan pula seolah-olah macam memperlekehkan orang, bukan betul nak tanya pun. Yelah mungkin dia fikir orang biasa-biasa je yang buat rawatan ini. Memang biasa-biasa tapi yang terpilih sahaja yang berkebolehan merawat tau, anugerah dari Allah.

3 - Lebih kurang sama dengan yang nombor 1. Batal temujanji last minit. PM aku. Bila aku suruh bagitau kat group dia tak buat pun. Tujuan aku suruh update kat group agar perawat pun tahu orang yang batalkan temujanji tu. Huh memang block la. Hahaha. Kejam kan? Lantak lah. Hahaha.

4 - Jenis asyik tanya pusat rawatan buka tak hari ni? Konon macam nak datang tapi acuh tak acuh. Entah jadi entah tidak. Hiyyy nak je aku lempang. Nak confirm kan nak datang atau tidak tu punya lama dan susah. Aduss. Tolong lah hormat masa orang lain. Kalau rasa tak pasti tak perlu nak tanya dan nak buat temujanji. Bila kita tanya balik boleh ke datang, jadi ke nak datang. Tutup waktu sekian, rehat waktu sekian. Ehh haram tak dijawabnya. Heh. Korang tau dah kan tindakan aku seterusnya? Block spesis ini. Settle.

Mungkin ada beberapa lagi tapi aku tak berapa ingat. Haha. Nampak tak aku kejam bersebab tau tak. Bila melibatkan masa itu Emas ni, memang aku strict habis. Dah buang masa perawat tunggu lama tu satu hal, dah merugikan peluang pesakit lain untuk mendapatkan rawatan pada slot yang orang batal tak info atau info berlalu lambat. Block untuk beri pengajaran kepada si pelaku agar mereka boleh berfikir dan tahu bukan senang-senang dan sesuka hati je nak buat hal dengan PRDH. Kah kah.

Aku pun manusia biasa. Dalam whatsapp aku dah cukup berhemah dan berdiplomasi bila berbicara  (amboi3), tapi dalam hati Allah je yang tahu bagaimana aku menahan dan berperang dari makian carutan sumpahan bila terjumpa spesis menyakitkan hati, cerewet, angkuh, kerek, dak wicet dan lain-lain. Ahahahaha.

   Eh nanti la kita sambung pasal kejam tak kejam ni. Kalau ada sambungan lah kan. Hahaha. Kbai.

11 January 2017

Perkembangan Setiap Baby Tak Sama

Assalamualaikum.   
Welcome 2017. Nak update blog tak sempat sempat. Lagi pulak baru pindah rumah ni. Banyak lagi benda belum settle.  Ni baru renew data tengah laju internet, ada baiknya aku post entry baru. Haha.
Naim dah berusia setahun dua bulan. Masih belum tumbuh gigi. Sebatang pun takde. Masih belum boleh berjalan. Hanya memapah je. Berjalan dengan berpaut pada kerusi, meja atau apa saja yang berdekatan.
Perkembangan lambat? Sebenarnya aku ok je tak risau sangat. Risau sikit je lah tapi tak ada lah sampai nak stress. Asalkan anak sihat Alhamdulillah. Biarkan saja orang lain nak buat perbandingan ke apa. Abaikan. Anak kau normal bukan oku.
Jannah dulu umur setahun tujuh bulan baru berjalan. Aku ingat lagi masa Jannah umur setahun tiga bulan dan masih belum berjalan, ada lah seorang hamba Allah ni cadangkan aku bawa Jannah pergi jumpa pakar kanak-kanak atau paediatric. Dalam hati aku, kau ni kenapa sibuk. Aku tahu kau concern tapi tak perlu bagi cadangan macam tu. Anak aku cuma lambat berjalan, tak ada masalah lain pun. Aku buat tak tahu je.
Nah sekarang Jannah pun dah nak masuk empat tahun umurnya. Normal je seperti kanak-kanak lain. Paling membanggakan Jannah begitu petah bercakap. Langsung tak pelat. Semua perkataan disebut dengan jelas, betul dan sempurna. Walaupun mulut dia yang kecoh tak berhenti bercakap tu kadang merimaskan (haha), tapi dah memang dia fasih bercakap sejak usia dua tahun lagi. Ini kelebihan anak aku. Anak orang lain pula ada kelebihan lain.
Nasihat aku kepada ibu bapa di luar sana (terutama mak mak lah), usah terlalu risau dengan perkembangan anak anda. Dia lambat berjalan ke, lambat bercakap ke, tak perlu risau sangat. Anak anda normal. Tak perlu gelabah sampai nak jumpa pakar bagai. Jalani hidup seperti biasa. Sesetengah budak memang ada perkembangannya lambat, itu perkara biasa tak ada apa yang serius. Kalau asyik sakit je yang itu perlu risau lah.
Lagi satu, orang sekeliling tolong berhenti membuat perbandingan.
'Eh anak aku gigi dah banyak.'
'Eh, belum tumbuh gigi lagi ke.'
Mungkin pada kau ayat kau biasa je tapi boleh jadi ia mengguris hati ibu bapa yang anaknya masih belum tumbuh gigi. Lagipun itu kan kuasa Allah nak bagi tumbuh lambat atau cepat. Sama juga dengan berjalan dan bercakap.
Kalau asyik nak fikir apa yang orang mengata, memang murung je lah sepanjang hayat. Buat tak tahu je dan stay positive. Paling penting apa tau? Anak-anak dapat cukup kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapanya. Anak tak terabai. Sesibuk mana pun ibu dan ayah dengan kerjaya, jangan sampai tiada masa untuk anak terutama anak kecil. Bonding time omputeh panggil. Bermesra, bergurau, peluk, cium, mendengar dia bercerita, bermain bersama, menyanyi atau apa saja aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak ketika bonding time.
Anak happy, parents happy.

01 August 2016

Pentingnya Tahu Bahasa Arab

Assalamualaikum.   .  
   Wah tajuk tak boleh blah. Dunia hari ini orang terlalu pentingkan Bahasa Inggeris.  Seolah-olah macam ni,  kau pandai speaking, cerahlah masa depan kau.  Hohoh.
    Sebenarnya Bahasa Arab lagi penting. Bahasa Al-Quran tu.  Bahasa syurga.  Aku tak ada lah mahir sangat berbahasa Arab. Orang awam yang tak sekolah Arab pun kena tahu lah sikit-sikit yang asas. Kalau tak mau belajar, bertanya pada orang yang ahli.
     Ada banyak cabang daripada topik ini yang boleh dikembangkan dan dibincangkan. Tapi aku cuma nak sentuh pasal 'nama'. Nama khas. Nama orang atau nama tempat (contoh nama sekolah).
  Nama orang. Kita mesti selalu dengar nama Aidil. Biasanya sebab orang tu lahir mass hari raya lah. Aidilfitri atau aidiladha. Tapi hanya 'Aidil' sahaja diambil.  Sebenarnya nama itu tiada makna dan salah dari segi tatabahasa. Aidil berasal dari perkataan 'aid yang bermaksud hari keraian atau hari raya. عيد.  Bila disambung jadi Aidilfitri عيدالفطري. Ada tambah ال . Dah kalau Aidil macam mana pula ejaan Jawi atau Bahasa Arab nya? عيديل? Atau ايديل? Itulah pentingnya tahu sikit asas Bahasa Arab. Kalau tak tahu, tanya lah pada ustaz ke, tok imam ke atau sesiapa saja yang tahu Bahasa Arab. Nak bagi nama anak bukanlah setakat sedap didengar ada bunyi Arab kononnya tapi maknanya salah atau tak ada makna. Silap-silap bawa makna yang buruk pula.
    Berhati-hati kalau nak beri mama anak yang berakhir dengan 'ul' atau 'il'. Contoh; Khairul, Khairil, Shahrul, Nurul. Kalau nak guna, kena ada sambungan lagi satu nama di belakang. Contoh Khairul Anwar. Mohd Khairul tak sesuai. Khairul berasal dari perkataan Khair yang bermaksud kebaikan. خير. Contoh خيرالانوار (sebaik-baik cahaya). Kalau Mohd Khairul محمد خيرول. Salah tu.
    Beberapa tahun lepas lah aku ada dipelawa jadi guru tasmik satu sekolah tahfiz swasta yang baru ditubuhkan. Pengasasnya hanya cikgu biasa yang bukan sekolah Arab pun.  Itu tak apa la. Silapnya dia tidak bertanya kepada orang yang ahli masa dia cari nama untuk nama sekolah. Bunyi macam sedap. Bunyi Arab. Tapi tatabahasanya salah. Agak aib lah kalau sekolah Tahfiz nama Arabnya salah. Adess.
   Masa mula-mula aku dengar nama sekolah tu aku dah rasa pelik. Then masa hari pertama dikumpulkan semua murid dan tenaga pengajar, ada seorang ustaz ni tegur ejaan nama sekolah yang tak kena dan salah. Aku pun turut menyokong. Haha.  So ejaan nya pun ditukar. Nak tahu ke apa nama sekolah tu? Hahaha.
   Nama asal Hudatul Islam هدةالاسلام.  Bukan semua perkataan Arab tu boleh letak ta' marbutah ة untuk melambangkan itu isim muannas atau nak disambung dengan ال. Perkataan asal adalah هدى. Jadi ejaan yang betul adalah هدى الإسلام Huda Al-Islam.
   Jadi itulah serba sedikit perbincangan hari ini ye tuan puan. Lain kali sambung.  Hahaha.  Anak aku dah bangun. OK bai.

22 July 2016

Tekanan Ditekan Tertekan

Assalamualaikum.   
   Salam Jumaat. Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi wa sallim. Allahu Akbar. La Ilaha illa Allah.
    Astaghfirullahal'azim. Ya Allah, aku pohon tingkatkan kesabaran aku ke level paling tinggi. Aku manusia biasa. Tak mampu nak menahan amarah. Nafsu dan bisikan syaiton merajai hingga hilang rasional kadang kala. Astaghfirullahal'azim. Astaghfirullah.
      Gila dan paranoid. Aku tak tahu apa klasifikasi yang sesuai untuk menterjemah sikap aku dan apa yang aku rasa. Kadang-kadang hampir hilang pedoman bila panas baran aku datang. Puncanya apa? Stress ke? Tekanan? Ditekan? Tertekan? Ya Allah ampuni hamba-Mu ini. 
     Aku stress sebab apa ye? Aku kan cuma surirumah. Bukan bekerja pun. Nak stress pasaipa? Ye. Tapi orang lain tak rasa apa yang aku lalui. Cuba letak diri kau dalam kasut aku. Adakah kau mampu hadapi? Ujian setiap orang kan berbeza-beza.
     Aku perlukan masa dan ruang untuk diri aku sendiri. Masa untuk bertenang. Tanpa gangguan sesiapa termasuk anak-anak. Aku pernah terbaca satu artikel yang dikongsi oleh seorang ibu tentang kehidupan dia.
    Lebih kurang begini kisah dia. Mempunyai tiga orang anak kecil umur 5 tahun, 3 tahun dan 7 bulan. Surirumah. Setiap hari mesti marah anak-anaknya. Yup. Letih urus anak dan buat kerja rumah. Senang kata dalam keadaan tekanan. Wei, mak mana yang suka marah anaknya yang masih kecil dan tak tahu apa. Kalau seorang ibu tu selalu marah anak adalah kerana ibu itu dalam keadaan stress dengan pelbagai perkara.
     Sambung cerita. Satu hari dia berbincang dengan suaminya. Ya, suaminya pun perasan kenapa la isterinya kerap marah-marah dan masam muka. Maka setelah berbincang dan bersetuju, satu solusi dapat buat. Dalam sehari akan diperuntukkan sejam hingga dua jam 'masa untuk diri sendiri' bagi si isteri. Tanpa anak-anak, tanpa suami. Tak kisah la dia nak baca Quran ke, pergi spa ke, apa-apa je lah aktiviti untuk menenangkan diri.
   Guess what? Selepas dapat 'masa untuk diri sendiri' tu, si ibu tadi rasa lebih gembira dan tak ada stress langsung bila mengurus anak-anak dan rumahtangga. Dan tak ada marah-marah lagi kat anak kecil. Lebih bahagia dan happy. Rumahtangga dapat diurus dengan baik. That's we call quality.
     Subhanallah. Tolak ansur begini lah dapat melahirkan keluarga sakinah dunia akhirat. InsyaAllah amin.
       Kuncinya adalah sabar. Mungkin tak semua orang bertuah dapat jadi seperti ibu tadi. Mempunyai 'masa untuk diri sendiri'. Termasuk lah aku ni ha. Kah kah kah. Berangan boleh la der. Pfffttt. Ceharemm.
   Tapi tak apa lah. Bahagian masing-masing. Bersandar hanya pada Allah yang Satu. Mungkin ramai yang macam aku. Tak tahu nak mengadu pada siapa. Kadang-kadang kami ni perlukan seseorang untuk meluahkan isi hati kami. Mungkin suami. Mungkin mak. Tapi biasanya kami memilih untuk diam saja memendam rasa. Tak ada orang akan faham pun. Tak ada orang boleh tolong pun. Mana-mana isteri atau ibu yang sependapat dengan aku boleh drop komen kat entri aku ni. Ahahaha.
     Buatlah sesuatu yang boleh menggembirakan diri sendiri bila anda stress. Macam aku salah satunya aku suka menulis. Macam sekarang ni lah. Tulis blog. Kawal stress anda. Jangan sampai tahap yang kena jumpa pakar psikologi atau kaunselor. Cuba bertenang dan lakukan perkara yang anda minat dan suka. Karaoke ke, mandi sungai ke dan apa saja lah aktiviti yang buat kau rasa happy dan boleh bikin senyum lah. Tak ada lah asyik berkerut je muka. Koh koh koh.
    Paling penting setiap hari jangan gagal untuk berdoa. Ya doa senjata orang mukmin. Doa dipermudahkan segala urusan. Doa supaya sabar selalu. Doa dapat tahan marah. Doa sentiasa lah bersangka baik. Istighfar. Selawat. (Nasihat untuk diri aku ni).
    Dan lagi satu yang mustahak. Bersyukur. Syukur selalu. Alhamdulillah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...