Showing posts with label maki n keji hahah. Show all posts
Showing posts with label maki n keji hahah. Show all posts

06 May 2017

Dah Berhutang Tak Reti Nak Bayar

Assalamualaikum.

      Peringatan: Ini adalah Entri maki hamun. Tak payah terkejut sangat bila baca.

      Pagi-pagi lagi aku dah hangin satu badan. Aku rasa semua pun bersetuju dengan aku, bila kita nak tuntut hutang orang ni dah serupa pengemis. Kita rasa segan selalu mintak dibayar hutang sedangkan yang berhutang macam tak ada perasaan bersalah langsung buat tak tahu je. Eh sialnya lah perangai.

    Cerita malang aku pasal hutang ni asal-usulnya berpunca daripada main kutu atau main undi. Tahun 2016 punya cerita, aku banyak join group kutu. Disember 2016 last lah aku join kutu. Selepas itu aku terus berazam tidak akan main kutu lagi dengan mana-mana orang pun.

     Kisahnya aku selalu memang ambil last turn. Salah satu group kutu yang aku join main amaun agak bersar RM500 sebulan main 10 orang. Group yang ini direct akaun player, tak perlu kumpul dekat mak kutu. Jadinya ada seorang player ni pending bayar. Pm aku kata ada masalah, lambat sikit dapat bayar. Dah sebulan berlalu masih pending aku pun suruh bayarlah. Lepas tu alasan baru bersalin pulak, nanti dia minta tolong suaminya bank in secara ansuran. Aku OK lagi lah. Dah la nak bayar secara ansuran. Otak dia lah.

      Tiga minggu berlalu tanpa khabar berita. Aku whatsapp cuma ada satu tick. Sah aku kena block. Aku usaha cari nombor hp waris dia dan akhirnya dapat nombor suaminya. Aku pun whatsapp elok-elok cakap pasal hutang bini dia. Ada bagi amaran juga tapi masih tak ada marah. Lepas tu OK la ada respon. Esok nya dia bank in RM50. Dua hari lepas tu bank in lagi RM50. Baki hutang ada lagi RM400. Masa tu pertengahan February 2017.

   Sebulan lepas itu aku whatsapp lagi remind ada lagi baki RM400 dan bagi sekali lagi nombor akaun. Orang macam ni aku tau mesti takde simpan pun nombor akaun bank aku dan jenis clear chat. Dia jawab InsyaAllah. Hmm...aku tak sedap hati. Beberapa hari lepas tu aku whatsapp lagi cuma dapat satu tick. Jahanam suami nya pulak block aku. Aku still sabar lagi OK takpe aku bagi masa, bagi peluang.

     Setiap bulan aku remind. Pakai SMS dan whatsapp walaupun keparat tu dah block aku aku still whatsapp.

    Hari ni aku dah nekad. Aku guna nombor PRDH whatsapp ingatkan pasal hutang. Hey blue tick oiii. Lepas tu aku cakap tolong respon. Jadi satu tick je. Haram jadah punya orang dia block juga nombor tu. Aku dah menyirap gila aku terus call jantan tu guna nombor aku. Lepas beri Salam, soalan aku simple je,
"Ingat saya lagi tak?"
Dia boleh jawab,
"Siapa ni ek?*
Eeiiii macam cibai jawapan dia. Nampak sangat samada dia dah buang nombor aku atau Saje buat-buat tak ingat. Sial.
Aku pun explain lah semua. Masa ni suara aku dah tinggi sikit la sampai Naim pun terjaga menangis. Paling buat aku lagi marah ayat dia,
"Saya pelik juga siapa ni kan tiba-tiba je saya tak tau apa-apa."
Kepala bana kau. Pada hal beberapa bulan lepas masa dalam whatsapp dia sendiri cakap yang bininya ada bagitau pasal hutang duit kutu dengan aku dan minta tolong dia bayar secara ansuran. Ini sekelip mata dah lupa semua tu? Memang dasar laki bini tak guna. Ni kalau berdepan ni nak aje aku lempang.
Then si laki ni berjanji akan bank in dalam pukul 10.30 nanti, sekarang ni tengah kerja.
Untunglah tadi aku masih dapat kawal kemarahan aku dan suara aku walaupun agak tinggi tapi tak lah sampai menengking. Biadap punya manusia. Buat-buat tak ingat dan tak kenal pulak. Syaiton sungguh.

      Sabar pun ada hadnya. Dah berapa bulan dah pending. Gila betul. Memang betul aku menyesal main kutu dengan orang macam ni. Jadi pengajaran kat aku. Oleh kerana kes orang tak bayar atau lambat bayar, aku haramkan diri aku untuk join kutu. Aku ni prejudis. Aku akan anggap semua orang pun sama akan datangkan masalah pada aku walaupun yang buat salah tu cuma seorang dua. Ye kadang-kadang kena buat hati kering. No sympathy no empathy pada orang yang pernah buat hal dengan aku. Lantaklah. Hidup kena kejam kalau tak nak ditindas.

       Kalau dikira dengan jumlah hutang yang orang berhutang dengan aku, memang dah boleh buat pergi buat umrah dengan duit tu. Tapi apa boleh buat, orang tak dapat nak bayar sekaligus, bagi can lah bayar secara ansuran. Aku ni spesis boros sebab tu lah aku main kutu so boleh la buat simpanan. Bila aku dah start simpan emas, aku terus stop join kutu baru. Just habiskan mana yang aku dah join je. So guys, say no to kutu. Walaupun semua adalah trusted player, anda perlu juga berwaspada.

      

27 May 2016

Novel Sampah, Drama Sampah

Assalamualaikum..
    Entri kali ini edisi kritik dan kecam novel sampah dan adaptasi novel sampah. Sabar. Belum hurai lagi. Ada banyak lagi caci maki yang bakal keluar ni karang. Ahahahahah.
     Sejak lima enam tujuh tahun lepas sampai sekarang, jadi trend cerita dalam novel popular diangkat menjadi drama rantaian atau filem. Ada sesetengah ok la ada pengajaran, ada sesetengah ada pengajaran tapi hmm...
   Definisi 'sampah' yang tersangat 'sampah' pada pandangan dan pendapat aku ialah bila ada cerita rogol dan hamil luar nikah serta cerita terlanjur (berzina). Tolonglah. Sangat sampah. Gila babi punya sampah. Apa dah tak ada idea lain? Geli lah. Bongok ke apa otak kau ni sebagai penulis novel/ penulis skrip/ pengarah? Bodoh sangat.
   Cerita terlanjur ni dari dulu lagi dah wujud dalam drama tv atau filem sebelum zaman novel cintan popular. Aku cukup benci. Walaupun hanya rekaan, adalah tidak patut sama sekali dibuat jadi drama atau filem. Seolah-olah macam, eh boleh lah berzina lepas tu nikah je lah. Bangang. Zina tu dosa besar. Ikut hukum hudud kena sebat bagi yang bujang, rejam sampai mati bagi yang dah berkahwin. Eh, senang-senang je reka cerita yang ada pasal terlanjur dah tu mengandung pulak. Tak fikir sensitiviti kita sebagai orang Islam dan bangsa Melayu yang penuh adat dan sopan. Pergaulan bebas sampai ke ranjang yang kau nak jadikan modal buat novel atau drama ye. Bodohnya.
    Walaupun realiti memang banyak terjadi lah kes zina sampai mengandung dan buang anak, kadang aku terfikir juga, jangan-jangan ini pengaruh drama tv. Drama yang selalu cerita pasal pergaulan bebas anak muda lelaki dan perempuan. Ditambah pula sifat ingin mencuba. Darah muda. Tak kuat iman. Setan lagi menghasut.
    Sebenarnya lagi pelik bila ada cerita si dara yang baru sekali kena rogol atau baru pertama kali 'main' terus hamil. Hmm.. musykil. Ada sesetengah drama, dah mengandung tu samada gugurkan atau terus hamil sampai bersalin dan bela anaknya. Ok lah, anak tu tak bersalah walaupun luar nikah. Tapi tak perlu sampai buat drama dalam tv.
      Dah tiba masanya cerita pasal rogol ke zina ke diharamkan terus dari dibikin atau ditayangkan. Memang lah tak tunjuk babak zina atau rogol tu tapi jalan cerita tu ha, bagi elok sikit lah jangan sampai ada juga terselit cerita terlanjur, termengandung. Tak berkualiti langsung. Itu pasal aku panggil sampah. Puii.
    Contoh skrip atau dialog drama / novel;
1 - Saya mengandungkan anaknya. (Terlanjur, belum nikah).
Eh serius lah jijik gila siot. Apehal korang bercinta sampai terlanjur dan mengandung lagi? WTH.
     Lepas tu kan, cerita playboy yang dengan bangganya telah meniduri ramai gadis dan perempuan. Omg. Kegilaan apakah ini? Serious bangang. Kalau pun kalian novelis tak boleh buat atau reka cerita cintan Islamic, at least JANGAN selitkan cerita terlanjur, rogol, diperangkap dan 'main' atau yang seumpamanya lah. Please stop that rubbish!
    Yang lagi pelik. Boleh pula novel sampah ni jadi best seller sampai diangkat menjadi drama dan filem. Bodoh Gila. Dah la kuat berangan watak utama mesti nak kaya raya hartawan projek juta-juta. Maaf, aku bukan cemburu novel korang popular dan laku keras. Cuma bagi teguran je sikit. Hentikan lah terselit cerita terlanjur termengandung terperangkap termain terperkosa dan yang sewaktu dengannya. Nak sebut pun aku geli lah jijik tapi terpaksa jugak sebab nak bagi orang faham.
    Grrr.. Ah sudahlah aku nak stop dulu. Kang lagi banyak aku memaki hamun novel sampah ni. Aptb. Kbai.

31 March 2016

Dear Stalker

Assalamualaikum...   
  Dunia ni pelik. Bukan dunia yang pelik tapi perangai orang dalam dunia ni yang pelik. Kenapa mesti nak stalk orang lain kemudian mengadu domba? Syaiton betul la perangai kau ni kan?
   Dear stalker,
Kau kenapa ek masih sibuk nak tahu pasal hidup aku? Eh, aku tak kisah kau nak stalk tapi perlu ke copy paste entri aku bagi orang lain baca? Apa tujuan kau? Kau sengaja nak apikan orang lain supaya benci aku? Kau ni apa masalah. Kata dah move on tapi hati kau masih busuk nak hancurkan dan porak perandakan hubungan kekeluargaan orang lain? Whats your problem dear?
Dear stalker,
Kau jangan sampai aku tumbuk dan lempang muka kau satu hari nanti. Tak payah nak plastik sangat konon nampak baik, jaga hubungan dengan Allah kononnya tapi dengan manusia kau khianat dan dengki tak sudah-sudah. Aku tak kacau hidup kau, kenapa kau mesti nak kacau hidup aku?
Dear stalker,
Sebenarnya aku tak sangka kau sudi menjadi pembaca setia blog aku. Kiranya aku ni penting juga la pada kau ye. Heh. Penting sebab nak hancurkan aku. Kau dendam dengan aku ke? Apa benda yang kau sakit hati sangat dengan aku sampai kau tergamak nak sebarkan apa yang aku tulis pada orang yang berkaitan? Apa niat kau? Apa yang kau dapat bila buat semua tu? Hati kau rasa puas bila berjaya buat orang benci aku? Busuknya hati kau buat aku macam ni.
Dear stalker,
Apa alasan kau? Oh, kau nak kata... dah dia tulis dalam blog, satu dunia boleh baca. Hello si busuk hati, orang lain baca tapi sekadar baca. Bukan macam kau pergi copy paste dan mengadu domba. Apasal jahat sangat kau ni ha? Kau tak takut dosa?  Kau tak takut kalau orang tak redha dan tak maafkan kau dunia akhirat akibat perbuatan kau ni? Walau mulut aku jahat, tulisan aku jahat, tapi aku tak mengadu domba dengan tujuan nak rosakkan hubungan kekeluargaan orang lain. Perbuatan kau ni boleh menyemai kebencian di hati orang. Tolonglah bertaubat!
Dear stalker,
Selagi aku boleh sabar, aku sabar. Aku cuba lah untuk redha dan memaafkan. Its ok kau buat aku macam ni. Bak kata kau yang berulang sejak dulu, 'semua orang buat silap'. Eh cakap memang senang beb. Tapi kesilapan yang disengajakan sampai buat hati orang lain terluka, kau ingat mudah ke nak sembuh? Kau sengaja kan nak orang lihat aku ni mulut jahat dan tulisan jahat. Kau je lah yang suci. Kau je lah yang baik. Pergi jahanam.
Dear stalker,
Tolong berhenti buat kerja macam ni. Tolong berhenti mengadu domba. Ini blog aku,  aku punya suka nak tulis apa. Yang kau sibuk sangat apa hal? Tak puas hati cakap depan la bukan sembunyi tapi dalam masa yang sama api-apikan orang lain. Ingatlah balasan Allah dan kaffarah. So kau rasa aku akan maafkan kau? Kau ada rasa nak minta maaf kat aku ke? Huh. Aku kenal sangat perangai kau. Kau tak kan mengaku dan minta maaf. Kau pasti cari alasan.
Dear stalker,
Please move on. Tak perlu nak menyibuk hal orang. Betapa jahatnya perbuatan kau ni sampai orang lain boleh sangka buruk dengan aku. Aku ingat kau dah berubah. Rupanya makin teruk lagi ada. Kau ni umpama duri dalam daging dan gunting dalam lipatan. Kalau kau tak nak sakit hati, jangan baca blog aku. Tak payah ambil tahu hal aku. Aku tak serang kau dah kira untung. Macam lah orang tak kenal kau tu kaki screen shot lepas tu mengadu domba.
Dear stalker,
Satu je aku nak pesan. Kau jangan berani nak tunjuk muka kau depan aku. Aku akan tumbuk muka kau nanti. Kau masa nak sebar copy paste kau tak fikir akibat kan? Jangan menyesal.
Aku tak main-main. Aku tak simbah asid dah untung.

08 March 2016

Let Bygones Be Bygones

Assalamualaikum...
Alhamdulillah. Syukur atas segala nikmat atau ujian yang Allah beri. Lebih banyak kita bersyukur, lebih banyak nikmat akan Allah tambah. Tapi kalau kufur nikmat, azab Allah sangat pedih.
Sekarang ni aku kat Bakri. Balik kampung gitu. Heaven yang amat bila duduk dengan mak dan abah. Alhamdulillah. Mak abah pun happy cucu-cucunya ada. Erti kebahagiaan sebenar yang berbeza bagi setiap orang. Wahh gitu. Ahakz.
Yang dah lepas tu biarkan berlalu. Kalau ingat balik jadi sakit hati dan marah. One word just for her... "padan muka"! Balasan untuk orang yang porak perandakan hidup orang lain. Kebenaran dah muncul dan Allah dah tunjuk siapa wajah dan diri kau sebenar. Apa pun aku sentiasa doakan kau sembuh dari penyakit kau tu.
Alhamdulillah. Akhirnya pendatang dah berambus. Hahaha. Huru-hara sejak kau datang. Kehadiran 2016 ini memberi sinar baru. Cewah. Lantak hang lah dah block aku kat semua social media, ada aku kisah? Aku pun tak ingin nak tau pasal kehidupan kau. Cuma satu je pesan aku, lepas ni kalau kau ditakdir bertemu jodoh lain, perangai tu biar elok sikit.
Hidup ini kan umpama roda. Sekejap di atas, sekejap di bawah. Move on je lah. Pasal orang itu, asalkan dia dah tak kacau rumahtangga orang lain, kira selamat lah dia. Jaga diri baik-baik lah agar tak jatuh cinta dengan suami orang. Kah!
Mulut aku jahat? Memang lah. Lagi jahat daripada ini pun ada. Dah dekat tujuh tahun aku tulis blog (20 March ni cukup 7 tahun). Macam-macam aku pernah tulis. Setakat makian tu dulu biasa sangat. Tapi semua orang berubah termasuk aku. Lebih meningkat umur, lebih matang cara penulisan. Wahhh.. matang kau.
Fasa yang 'buruk' itu telah berlalu. Tak cakap diri aku baik atau jahat. Tapi sekurang-kurangnya aku bukan kaki mengadu macam si polan tu. Mengadu kat Allah tak apa. Tapi kalau mengadu pada manusia sampai pecah belah, sangka buruk dan masam muka, itu perangai syaiton, brader sister. Panggg sekali baru tau.
Masa bahagia bukan main ayat indah dan status kau. Bila dah benci bukan main kurang ajar dan biadap ayat kau. Memang layak lah aku label kau perempuan...........  dalam diari aku yang kau kengkonon 'terrrr...baca' tu.
Ah malas aku nak ingat pasal kau. Aku tak bermusuh tapi kau yang block aku macam nak bermusuh dan putus saudara. Tapi tak ngaku. Puihh. Hati kau hitam. Hah kan dah keluar mulut jahat aku. Hahaha.
Ok bai.

06 December 2013

Random Story

Assalamualaikum.

Dah lama tak emosi-emosi dalam blog macam dulu-dulu. Haha. Untuk entri random ni ada yang berbaur emosi, ada berbentuk pendapat dan lain-lain. Layankan je lah.


Bukan Aku yang Kerek

Ok ini semalam punya cerita lah. Semalam hari ketiga aku tak dapat datang kerja sebab Jannah demam. Aku dah sms students cakap aku tak dapat datang. Dalam pukul 9.00 pagi, makcik yang biasa datang madrasah mengaji dengan aku call, tanya ada kelas tak. Aku pun cakap tak ada sebab Jannah masih demam. Lepas tu dia cakap dia ada kenal seorang nurse ni maybe boleh membantu. Tak sangka lah pulak aku nurse tu ada kat sebelah dia! Lepas tu terus bagi telefon pada nurse untuk bercakap dengan aku.

Aku masa tu dah mula rasa tak suka. Haha. Normal lah baby demam kan. Then.. she is speaking yaww. Eh kau ni bajet sangat nak cakap omputeh pehal? Cakap je la dalam BM. Aku mula naik menyampah. Ok i guess she is an Indian lady. Sebab macam ada bunyi-bunyi India bila dia speaking tu, haha. Dia cakap omputeh aku balas cakap Melayu. Hahaha lantak la kan.

Aku cakap lebih kurang gini, "Saya rasa normal je demam macam ni. InsyaAllah akan baik sendiri nanti. Lagipun panas badan dia dah berkurangan."

Lepas tu dia cakap apa tah. Agaknya kengkonon tak faham la aku cakap apa kan sebab dalam BM. Puiii! Lepas tu aku macam dengar dia berbual dengan makcik yang mengaji dengan aku tuh. Aku tanpa buang masa terus matikan telefon sambil mengomel, ishh sebokkk je lah kau ni. Dah la speaking konon. Aku balas cakap Arab kang ternganga kau tak faham.

Moralnya, tak payah nak speaking sangat lah wei. Nyampah tau tak? Ok takpe lah niat makcik tu baik nak tolong aku tapi boleh tak dengar dulu penjelasan aku sebelum memandai pergi pass handset pada nurse tu? Maybe dalam hal ni nampak macam aku berlagak atau kerek, orang nak tolong tapi aku menyombong. Terima kasih sudi mahu membantu tapi nurse tu jauh lebih kerek sebab cakap omputeh. Hangguk kau.


Rumah Masih Belum Settle

Ini pun kategori entri emosi jugak ni hahaha. Seperti yang aku cerita kat entri sebelum ni, pemilik rumah sebelum ini masih belum habis angkat semua barang-barang dia. Sebab rumah dia masih belum siap. Masih dalam renovation. Katanya lagi dua minggu baru siap (anggaran). Seminggu sudah berlalu. Hari ini atau esok perabot yang kami order akan dihantar ke rumah. Serabut tol. Mana nak letak tak tau sebab bilik depan masih belum clear lagi. Aiyyaa..

So kami decide kemaskan/ bungkuskan/ kumpulkan barang-barang dia kat bilik depan tu pindah ke bilik belakang. Tapi barang-barang kami yang kat bilik belakang tu kena keluarkan dulu lah. Banyak kerja sebenarnya tapi apa boleh buat, hadap je la woi. Apa pun tak boleh. Huhuh.



07 December 2012

Jiwa Kacau

Assalamualaikum.

Sebenarnya berpuluh kali juga aku berfikir perlukah aku buat entri yang bakal penuh emosi ini? Dah lama aku tak maki-maki dalam blog aku ni. Haa..

Ok tadi aku dah matikan laptop dan bersedia untuk tidur. Tapi hati aku tak keruan, resah gelisah, gundah gulana, rasa marah yang terpendam macam nak meletop. Banyk kali istighfar pun masih tak stabil emosi aku. Geram, marah, rasa nak maki. Ah, pendek kata rasa macam nak pukul orang. Ceh, bajet gangster.

Semuanya berpunca dari internet la haram jadah betol. Kalau aku tak bukak facebook benda ni semua tak akan terjadi. Ceh.

Banyak web aku bukak tadi; twitter, ratuhati, gmail, facebook. Tapi aku lebih tumpukan pada ratuhati (singkatan RH) sebenarnya. Gmail pula digunakan untuk melihat notification terbaru dari RH lah. Twitter pula just baca timeline. Aku tak follow ramai orang jadi tak banyak la tweet updates ngeheheh.

Bermulalah satu episod di facebook yang membawa kecelakaan lagi malang. My sis in law (singkatan SIL) habaq mai siang tadi pasal pameran kucing di Danga City Mall Sabtu ni. Cuma tak pasti adakah Sabtu dan Ahad or Sabtu sahaja. Aku pun google cari pasal tu dan jumpa link fb 'kelab kucing malaysia' ke apa jadah namanya tah lebih kurang gitulah. Aku baca iklan dan yang aku faham macam hari Sabtu je. Nak kepastian aku pun drop komen kat page tu tanya hari Sabtu je ke atau Sabtu dan Ahad? 

Kau tahu apa admin page tu jawab? 'Sila baca iklan dengan teliti'. Hamboi. Ok takpe lah aku pun berkeras jugak cakap dah baca tapi kurang faham coz kat poster kata 8 dan 9 Dis. Padahal aku dah faham dari awal pun tapi salahnya admin jawab je soalan aku kan? Just simple hokay? Then the admin balas 'sila baca betul-betul iklan dalam page ini jangan bergantung pada poster sahaja'. Lebih kurang gitu lah ayatnya aku pon malas nak bukak page cilakak tu untuk copypaste, macam haram perangai adminnya, tumbuk jugak muka tu karang.

Aku dah mula menyirap. Hangin gak satu badan. Aku balas balik, 'ai, bunyi macam marah je? Apa salahnya jawab je soalan saya. Tak sporting betul'.

Terus tak balas komen aku, kau. Aku nak je taip lebih-lebih cakap admin sombong ke apa ke tapi just cool la. Aku mengamuk la kat twitter. Eceh tak la mengamuk sangat just luahkan yang tak puas hati je tapi tak mention pun page tersebut. 

Satu hal lagi yang tetiba buat aku rasa angin sangat time aku baring ready nak tidur tadi. Hal adik bongsu aku   
(panggil Adek). Time aku tengah syok layan forum RH dalam keadaan bilik gelap, dia masuk bilik tiba-tiba dan tanya ada charger tak? Aku tanya charger apa? Dia jawab Samsung. Aku jawab balik, "Mana aku tau. Aku pun cari charger Samsung aku ni mana hilang tah." Lepas tu dengan emosinya beliau berjalan keluar bilik dengan jalan dihentak-hentak sambil mulut berkata, "Eii..bodohlah". Tak tahu lah bodoh kat diri sendiri ke apa tu aku tak layan pun sebab sibuk dengan internet aku ni ceh.

Bila teringat balik dengan reaksi Adeq tadi hati aku pun diamuk kemarahan dan tak puas hati. Apasal la tadi aku tak balas balik, "Siapa yang bodoh? Kau ke?" Entah kenapa aku rasa macam emosi gila bila terkenang balik perangai jahanam beliau tadi. Dia tu memang lain macam perangainya berbanding adik-beradik lain. Kuat mengamuk, kuat melawan, selfish dan banyak lagi lah negatif yang aku rasa tak ada sesiapa kat dunia ni boleh bertahan dengan perangai dia. 

Jadi dua insiden ini sangat mengganggu emosi aku, terkenang-kenang dan tak puas hati selagi tak dapat lepaskan kemarahan. Eceh. Sekurang-kurangnya bila aku menulis ni aku dah rasa lega la kononnya. Boleh lah. Daripada aku berdendam? Ye tak? Heh, perangai macam keji sehh.

Resolusinya? Jangan harap aku nak datang 'cat show' kat Danga City Mall hari Sabtu ni. Aku akan mencari seribu alasan bagi mengelak balik JB hari Sabtu. Aku nak balik hari Ahad jugak. Lantak lah apa nak jadi pun. Tak pasal aku rasa macam marah dan geram pulak dengan my SIL coz dia yang cetuskan idea ajak pergi tengok cat show. Dah lah my hubby ni peminat kucing, mesti dia kalau boleh tak nak lepaskan peluang punya. Aku suka kucing jugak tapi tak teringin pun nak pergi cat show. Pergi pun boleh, tak pergi pun boleh. Oleh kerana cuma Sabtu, agak keberatan sikit la aku nak pergi. Ini ditambah pulak perangai diva admin page haprak pencinta kucing konon yang sombong nak mampus, lagi aku rasa tak nak pergi langsung!

Okay entri ini memang penuh emosi kan? Kau rasa tak suka? Siapa suruh baca? Huk huk.

Ok lah bai selamat malam.

17 October 2011

Can Anyone Help Me?

Assalamualaikum.

Ini adalah entri emosi. Siapa yang tak tahan baca entri penuh makian ini, sila berambus jauh-jauh, jangan baca. Nanti kau rasa nak maki aku pulak. eh bukan. Kau akan fikir.. "Eh, budak belajar Mesir macam ni ke?". Boleh blah orang-orang macam ni okay?

Maybe aku ini kolot atau ketinggalan zaman. Netbook yang aku guna ini guna OS Windows 7 Pro. Terus terang aku lebih suka XP berbanding 7. Dan aku pun tak berapa pandai pakai 7. Ok tak kisahlah tu. Konon 7 lebih user friendly ek? Itu may be Windows 7 Starter kot? Ke aku yang kolot sangat?

Windows 7 Professional Service Pack 1, nama OS dalam netbook ni. Kau tahu tak apa yang buat aku marah sangat dengan OS cilakak ni? Pasal download gambar daripada internet. Aku tak tahu la OS bangang ni simpan kat mana gambar-gambar yang aku download, aku tak jumpa. Biasanya kan terus simpan kat folder my pictures atau file downloads, terus senang nak cari. Dan bila aku nak upload semula gambar tu, tak ada. Bukan tak ada tapi dia (OS) simpan kat menatang mana tah.

So hari ini baru aku tau. Aku dengan bersusah payah perlu pergi ke My computer > local disk C > users > p2nb > downloads. Nah, baru jumpa file downloads. Aku yang buta IT kot. So bolehkah sesiapa bantu aku untuk masalah ini, untuk lebih cepat dapatkan file downloads itu tanpa perlu klik banyak step? Adakah perlu buat partition ( aku salah eja kot tu huhu)? Maksudnya jadikan local disk C, local disk D, asingkan yang mana program files, yang mana applications dan apa-apa lagi lah. Please somebody help me.

Pendek kata memang aku tak berapa mahir la guna OS windows 7 ni lebih-lebih lagi yang PRO ni ha. Sebelum ni aku pernah main komputer atau laptop yang guna 7 versi starter, home ke, ok je tak ada lah rumit sangat. Hai entah le. Aku yang bengap kot tak reti guna. Dush!

Tolong bantu saya. Ok bai.


14 December 2010

Kau Mengaku je la! Lempang kang !

Hey aku tengah marah ni! Marah ni tau tak! Rasa nak lempang laju-laju muka orang. Aaaaaaaa!!!!!!! Marahnya!

Aku nak tuduh tak sampai hati. Tapi aku ada suspect. Why why why???? Kenapa kau buat aku macam ni hah?!! Ahhh tension betul. Lebih tension hal ini berbanding tension dengan kelembapan laptop aku mengalahkan kura-kura dan siput babi. Tak. Aku lebih tension dengan laptop aku. Dan bertambah tension dengan lalat yang kadang-kadang datang mengganggu-gugat aku tengah menaip ini. Aku baru lepas mandi okay? Wangi beb kenapa kau kacau aku hah lalat?! Arghh semua benda buat aku tension la! Rasa macam nak ponteng kuliah je kejap lagi ni. AAAAAAAAA!!!!!!!

Ok pernah tak kalian punya emel atau apa sahaja akaun berkaitan internet cuba diceroboh orang? Seseorang cuba masuk akaun anda dengan meneka password tapi dia gagal meneka. Sampai satu tahap dia dapat warning daripada internet lah. Dan apabila anda pula log in, ia gagal. Ini kerana sebelum itu sudah beberapa kali password dicuba bercanggah dan akaun anda terus dikunci. Bangkai betul.

Persoalannya siapa pula stalker (??) yang berusaha sedaya upaya meneka password anda? Peminat rahsia? Peminat misteri? Pendengki? Jeng jeng jeng…

Inilah yang berlaku pada aku. Sebelum ini emel yahoo aku jadi macam ini. Setiap kali sign in gagal. Aku terus syak la ada orang nak cuba buka emel aku tapi aku tak tanya dia pun. Tapi mujurlah 24 jam kemudian emel boleh dibuka. Kembali normal. Tak sempat aku nak buat soal-siasat kepada suspect. So aku diamkan sahaja tidak menyoal suspect. Hoho.

Kali ini akaun facebook (fb) pula. Dah dua hari gagal di log in. aduss. Aku mengesyaki orang yang sama tapi aku belum buat soal siasat lagi. Tapi betul ke dia orang yang disyaki? Aaaaaa aku tak mahu la tuduh menuduh. Mana tahu bukan dia tapi orang lain? Tak ke malu aku nanti sebab main tuduh je. Tapi kalau betul la dia orangnya, satu ayat aku nak cakap,

‘Kau mengaku je lah wei!!!’

Apa hal kau nak hack akaun aku? Kau sayang aku lebih ke? Atau kau terlalu dengki kat aku? Marah betul!

Adakah orang ini pembaca blog aku? Adakah dia seorang blogger? Tak kisah lah sesiapa tapi tolonglah mengaku dan nyatakan alasan kenapa kau berbuat demikian (cuba ceroboh akaun aku). Aku tak marah kalau kau mengaku. Tapi aku amat marah bila aku still tertanya-tanya mengapakah jadi begini. Hmm atau fb yang bermasalah? No, bukan fb tapi ini adalah kes orang meneka password tapi tak dapat. Tak pasal-pasal aku pun terus tak boleh buka akaun sendiri. Dush!

06 December 2010

Bulan Depan Birthday Aku.. Saje nak buat pengumuman. lalalalala~

Assalamualaikum..

Peh gila bersawang aku punya blog ni. Haha. Ceh padahal belum la lama sangat aku tak update. Hhohoho. Selamat tahun baru semua. Salam Ma'al Hijrah. Esok cuti, yeay!!!

Aku nak bercerita la sikit la peristiwa tengahari tadi time dah nak tiba Maahad. Kira-kira lagi dalam 20 langkah la gitu nak masuk pintu Maahad (aku tak kira pun. :p). Aku berjalan di tepi bangunan, sebelah kanan. Aku nampak ada 'seekor' (aku tengah marah ni) tuk-tuk (sejenis kenderaan beroda tiga) dari arah bertentangan. Mula-mula 'dia' jalan kat tengah. Maksud aku driver nya drive betul-betul di tengah jalan la. Then driver memandu ke tepi sikit. Aku macam tak sedap hati tengok tuk-tuk ni. Haish..

Seperti yang ku jangka, si bangang pemandu tuk-tuk tersebut pura-pura nak langgar aku tapi tak kena la. Dah la dia drive laju nak mampus. Apa perasaan kalian kalau ada kenderaan tiba-tiba cuba atau sengaja langgar kalian? Walaupun hanya 'buat-buat' atau pura-pura hampir melanggar, bukankah itu satu tindakan yang amat kurang ajar? Mesti berderau darah kan? Boleh kena lemah jantung. Biadap betul la. 

Maka aku dengan lancar nya memaki "sial la kau ni" dengan nada perlahan dan tuk-tuk tu pun dah berlalu. Tangan kiri aku mengepal penumbuk (hampir nak keluar jari... teeettt.. faham-faham je la). Then cepat-cepat aku istingfar banyak-banyak di mulut dan dalam hati. Marah tau tak?? Aku ada buat salah apa kat kau hah sampai kau 'gurau kasar' tahap biadap lagi tak boleh dimaafkan? Orang Arab ni kalau yang jahat atau kurang ajar.. memang rasa nak,,
Haiii... sabarlah wahai diri...

Cerita maki tamat. Hahah. Oh tak ada kaitan dengan tajuk entri nampaknya. Saja je nak buat pengumuman, bulan depan iaitu bulan Safar (sekarang dah masuk Muharam di Malaysia heheh) adalah bulan aku dilahirkan. Tahun 1406. Tahun baru ini 1432 kan? Haha poyo plak aku mahu promote. Laalalala..

Hmm aku kat cc je ni. Nak balik dah. Minta maaf atas salah silap. Daaa...

 p/s : aku ketagih main game pc sekarang. siapa ada ubat?


28 September 2010

Tak Faham...

Assalamualaikum...

Saje nak update tapi cerita tak best pun. Just nak mengadu kerana kepelikan melanda diri. dush!

Baru kejap je ni tadi aku try call abah. No handset la. Ada orang angkat. Tapi suara lelaki yang tak dikenali. Adakah aku salah nombor? Tak mungkin!!

Ni aku mula nak marah ni. Aku try dua, tiga kali jugak tadi. aku cakap helo banyak kali untuk pastikan aku tak salah nombor. At last orang sana matikan call. Gua pulak dah tak berani nak call lagi, takut betul-betul salah nombor ke. Lagi satu, membazir kredit la juga kan call tapi just cakap helo helo helo then dimatikan. Grrrr....

Update: Dapat call, dengar suara mak aku sekali je. Then aku nampak lambang speaker kat lowrate ni bermasalah, line tak jalan. Tapi mic aku okay je. Wahhh aku mula nak marah. Samada line sana yang kiok atau line sini. Tapi line sini mustahil la tak elok, semalam aku call kawan aku ok je. Ini bermakna line celcom di rumah aku di Felda Maokil tu yang bengong!!!! Marahnya!!!!

Aku try dail lagi ada operator jawab macam s**l. Apa tah dia cakap, tak jelas sangat. Konon-konon aku dail nombor yang salah. Bangkai!

update : Aku dail nombor Fatimah setelah diberi oleh Sarah. Dapat. Tapi oarng sana tak dengar suara aku agaknya. Aku dengar je suara mak. Penat aku cakap helo dan macam-macam lagi lah tapi tiada respon dan mereka turut cakap helo juga banyak kali. warggghhh kenapa dengan lowrate ini hah?? (salahkan lowrate pula, tadi salahkan line). Sabar, sabar, aku tengah puasa ni. Hey marah betul rasa nak memaki dan menyumpah je. (dah maki pun tadi sambil ketuk meja).

update : Dapat call. Setelah aku main-main wayar headfon dan mic, Alhamdulillah, dapat la cakap kejap tadi. Lepas tu putus-putus la pulak! Adoooiiiiii. Permainan apakah ini??? Perlukah aku hempas satu set computer ini?? (monitor + pc + keyboard + mouse + headphone).

update : Alhamdulillah dapat gak call dan bercakap. Tapi dah last-last tu putus-putus juga. Tapi overall ok lah juga...(ayat sedapkan hati huhu). Line agaknya yang bermasalah sikit. (mujur tak hempas set computer ni muahaha).

Ok lah aku nak balik rumah. Letih dah lepak cc sejak balik dari Maahad tadi. Dah dua jam dalam ni. OK babai.

10 July 2010

You Can Go If You Don’t Like!!


Assalamualaikum..

Okay grammar kat tajuk entri tu macam ada salah tapi tak pe janji orang faham. Hahahah. Gila sempoi gua nih. :p

Pengumuman, pengumuman. Pembetulan, pembetulan. Aku tak jadi nak ke Cairo hari ini tapi esok petang  (Sabtu) lepas Asar insya-Allah. Mungkin sempat la nak tengok final worldcup pada malam esok. Go Spain, go! Hahahah. Dan seterusnya bertolak ke satu tempat untuk bercuti dan berjalan seusai world cup 2010 tamat dan mengetahui champion nya. Muahahaah..

Apa?? Itu pun nak bagitahu kat semua orang? Hey, suka hati aku lah. Kalau kau tak suka, kau boleh blah okay? Ye memang aku nak bagitahu just sebagai makluman kawan-kawan aku, bukan nak BAGITAHU SATU DUNIA okay??? Kalau dah satu dunia tahu pun apa salahnya?! Ada aku susahkan hidup kau?!

Hey, kenapa marah sangat ni? Macam terasa dengan someone je? Hmmm… lebih kurang begitulah. Who? Hmm.. ada laa..

Ini blog aku dan suka hati aku nak tulis apa. Ini wall aku so suka hati aku nak tulis apa-apa status pun. Wall? Status? FB la maksudnya tu. Dan aku benarkan sesiapa sahaja boleh beri komen pada status aku walaupun bukan dalam friend list aku.

Maafkan aku kalau ada sesiapa terasa. Blog aku walaupun tak glamour tapi aku tahu ramai yang baca walaupun bukan follower aku atau pun bukan blogger. Sebenarnya aku agak segan, bukan bangga. Ngeeeee… Maaf semua, saya bukan artis tapi boleh je nak minta autograph, saya boleh beri. Apa? Nak jadi kekasih saya? Saya minat kaum sejenis la, macam mana ye? Sorry…this page is available for adult only. Pehh…gua dah start merepek. Jangan layan. Huahahahahahhh…

Sudah-sudah lah tu. tak puas hati, cakap la depan-depan okay? Maksud aku, kalau tak puas hati dengan aku la. I am sorry for everything. Line tak berapa kuat nih so aku tak dapat nak blogwalking sangat. Ada yang dapat pun tak dapat nak drop komen. Gua nak rehat, makan, tidur puas-puas hari ini sebab esok mahu jalan jauh. Eh alamak, cakap pasal jalan jauh, beg tak kemas lagi. Waaaa….

14 December 2009

Tolong jgn tunjuk kebodohan kau!



Smlm jam 2.45ptg aku keluar dari kelas. Mase nk turun tangga hujung, kelihatan 3org minah arab sdg bersembang kt tangga. Diorg bisik2 smbil pndg aku. Aku terus turun n kelihatan mereka mcm xmahu ke tepi beri laluan untuk aku turun. Tiba2...

"ASSALAMUALAIKUM!!!!" sergah salah seorg drpd mereka menjerit kt telinga aku dgn begitu kuat sekali sambil tangan dia peluk aku. Bodohnya mereka ni? Ingat aku terkejut sgt ke?? Mcm nak maki guna bahasa Melayu (sbb diorg xfhm so maki je xpe) tp aku kena tonjolkan kesopanan Malaysian hahaha.

Maka aku dgn cool jwb "Waalaikumussalamuwarahmatullah.." dan terus turun meninggalkan mereka di tangga. Aku senyum sendiri mengenangkn aksi bodoh diorg nih. Konon mcm nk buli n mengenakan aku tp aku xterkejut lgsg n reaksi aku biasa je.

Keluar dari kawasan Maahad, sekumpulan bdk2 arab (lelaki umur 8-10thn) main bola sepak kt tgh jalan. Lg satu kebodohan ditunjukkn oleh mereka. Patut bile aku nk lalu ni stop la dulu sepak2 bola. Dah le korang 2 main kt tgh jln. Tp biasalah saje nk dengki tetap main sepak2 kt laluan tu tp aku sempat mengelak la dr terkena bola.

Betul la kata kawan2 n senior2 duduk blaja kt cni mmg kena byk sabar dgn kerenah org Arab sbb diorg mmg kuat gaduh n suka bangga diri. Ini bukan mengutuk tp mmg begitulah sifat org arab sejak dulu iaitu suka berbalah n besar diri.

p/s :- sejuknya..sejuknya...



05 December 2009

Jgn main perli2 aar... aku tumbuk bijik mata ko kang!!!

Nak tau sesuatu???? Aku adalah seorang yg berterus-terang. Aku xmain perli2 ke, balaghah, sindir, lafaz kinayah, lafaz isti'arah, lafaz tasybih....aku xfaham...(kdg2 buat2 xfaham).

Aku benci dgn sindiran. Kalau xpuas hati, ckp depan2 ok?? Xperlu sindir2 atau perli2 gua!!! Cakap n bgtau je terus terang ape ko tak puas hati ngn aku!! Aku xpeduli ko nk ckp belakang ke, ngumpat aku ke, kutuk belakang ke itu suka hati korang. As long as aku xtau....aku maafkan aje (kalau dh tau pun aku still maafkan..).

TetApi kalau perli n sindir depan2....aku mmg benci manusia jenis ni!!! Rase nk tumbok je tulang rahang ko xpun bijik mata ko!! Tak kena maki ngn aku dh cukup bagos tahu???!!!!

p/s 1 :- Sape2 terasa sila minta maaf ngn aku. Aku xredha kang!!!

p/s 2 :- Tibe2 terguna beberapa perkataan arab... Harap maaf klu xfhm.

26 November 2009

BENCI!!! BENCI!!!! BENCI!!!!!


AKU BENCI DGN KAU AKU BENCI!!!!!! KAU MEMANG SIAL!!!!! SIAAAAAALLLLLL!!!!!

aku benci dgn makhluk ni! dia ni buat sial ngn aku! hati jahat aku meronta2 nk doakan yg xbaik n buruk2 untuk dia. hati jahat aku ni terpanggil2 utk doakan kecelakaan utk dia. hati jahat aku ni nak sgt doa biar dia mati cepat. bencinya!!!!! memang dia ni manusia bangkai, cibai, bastard!!! ikut hati aku yg jahat n dirasuk syaitan ni nak aje aku bunuh dia!!! sebelum bunuh aku nk seksa dia biar dia rasa azab yg teramat sgt sebelum menemui ajal!!!

tp hati baik aku ni suruh maafkan je dia. hati baik aku ni suruh doakan yg baik2 utk dia. hati baik aku ni suruh aku bersabar. hati baik aku ni suruh aku redha n bertenang, jgn ikut perasaan jahat. hati baik aku ni suruh aku lupakn aje semua perbuatan jahat dia pd aku. ya...lupakan dan maafkan...dan doakn yg baik2 utk dia...

p/s:- hati jahat aku masih terus memaki dia.... hati baik aku berkata..'Astaghfirullah...'

05 November 2009

setabah n secekal diriku....

tanggal 3 nov yg lepas mgkn antara episod plg sedih n memilukn dlm hidup aku....

genma..(skrg aku gelar arwah..)..

arwah ni mmg jahat n busuk hati. (wahh..aku dh start..) hari 2 bkn main lg nk smbg blik ngn aku. suka2 dia je. lpas dh boring, buang mcm 2 je. manusia jenis apa ni? aku xla patah hati sgt, xla frust sgt. cume bila bersendirian n teringat2... tu yg aku rasa very2 down...

actually...aku tak percaya msh wujud lelaki yg benar2 ikhlas bile berkawan atau berkasihan. pengalaman yg pahit ni buat aku prejudis terhadap kaum adam. lbh2 lg org mcm arwah. nmpk bkn main warak n zuhud tapi.... heh. hanya aku yg tau buruk dia 2.

ape yg blh aku kata... jgn terpedaya dgn luaran seseorg 2. nmpak baik tp sbnrnya??? macam setan. huh. bencinya aku!!! smlm gk aku luahkn perasaanku pd kemak. just for melegakn hati. pas 2 aku kembali ceria mcm biasa.

its ok. buat apa nk frust menonggeng hny krn sampah mcm arwah 2? xde gunanya. msh ramai sayangkn aku. Allah sayangkn aku. mak abah famili n kwn2 semua sayang aku. so ape aku peduli dgn jantan sampah tu? arwah ingt dia 2 bgs sgt? sempurna sgt? hahaha. tgk la aku skrg. msh kuat n ceria. xda la smpai xlalu makan, berkurung dlm bilik, menangis meratapi nasib... ye. rakan2ku melihat akan kekuatanku n ketabahanku...

kata org... mereka yg sentiasa ceria n mcm xda mslh tu... sbnrnye dia sembunyikn akn kesedihan atau kelukaan hatinya di sebalik senyuman, gelak tawa n senda guraunya. jauh di lubuk hati, dia pendam sesuatu mslh yg berat n dugaan perasaan yg amat berat n hny Allah shj yg tau.... xsiapa tahu... aku prnah jumpa org mcm ni...(mgkn aku salah seorg daripadanya?).

dugaan yg Allah bg utk hamba-Nya berbeza2. aku cuma harap...aku tidak dikecewakn lg. manalah ada yg btl2 sempurna kt dunia ni? semua ada kekurangan. aku cuma kesal dgn sikap arwah yg terlalu merendah2kn aku n rasa diri dia 2 hebat sgt, sempurna sgt, bagos sgt. byk kali ckp aku xlayak utk dia. hey! what the hell?? hanya si bodoh n tolol yg berlagak je yg suka ckp mcm 2. mcm bgos sgt. brengset!

tp aku tetap doakn yg baik2 utk arwah. xda gunanya berdendam. cuma klu blh aku harap Allah bg pengajaran cket utk dia supaya sedar diri. jgn berlagak dgn kelebihan yg Allah bg. semua 2 pinjaman je dik. kena syukur. klu kufur, tunggu la azab Allah yg terperi pedihnya.

yang pasti... aku tau aku kuat. Allah yg beri aku kekuatan. aku slalu mohon... Ya Allah... give me a strength... adakah insan lain yg setabah n secekal diriku?

04 October 2009

marah n sakit hati????

aku mmg hangin dgn beberapa insan ni. aku cuba bertindak cool. klu x...mmg dh kena maki cukup2 ngn aku. adakah aku yg kurang sifat sabar? asyik nk naik angin je. asyik nk marah2 je? look....aku klu marah 2 ada sebab. ada benda atau hal yg wt aku marah n panas..bkn mrh2 xtntu pasal. tapi...bolehkah aku mengawal sikap pemarah n panas baranku ini??

tertekankah aku?? ntah la. aku mmg cmni... selagi xlepas, selagi 2 aku asyik memikir n rasa marah berbuku di hati. klu dh bg penumbuk kt muka org yg wt aku marah n sakit hati 2 bru aku puas hati. hahahahaha (ketawa versi jahat). kdg2 klu terlalu geram sbb xdpt lepaskn kemarahan tu..aku smpai leh menangis. aku rase org lain pn cm2 gk. bkn aku je.

nak tau amende aku wt utk redakn kemarahan selain bace Quran atau zikir? ini dia aku senaraikn perkara2 ala2 jahat yg aku biase buat...

1- luahan perasaan di kertas atau diari. aku akn guna nama samaran n xkn guna nama sbnr. cnth nama org yg aku hangin sgt2 2 abu, aku akn tukar jd aiko ke ape ke. bkn stkt 2, malah semua watak yg terlibat dlm penulisan aku 2 akn kutukar namanya xkire la watak baik atau jahat..(baik atau jahat??). aku akn maki habis-habisan org 2. then kertas luahan perasaan 2 akn kubuang n bakar. tp klu dlm diari aku xbuang. biar je. hahah.aku mmg dr dlu suka menulis..

2- ini lg jahat cket. aku akn lukis kartun. org yg aku mrh sgt2 2 jd mangsa kekejaman samada pembunuhan atau kemalangan. cnth org 2 kena tikam ngn pisau. watak yg menikam 2 dh tentu la aku. huwa3. yg ni pn biase aku buang.

3- ini lbh jahat lg n aku jarang buat. aku akn lukis wajah org 2 siap ngn badan la. sempurna. then aku tikam dgn pisau atau gunting. bygkn aku tgh tikam dia btl2. smpai koyak rabak la kertas 2. atau lg jahat aku buat patung org dr kekabu bntal. n tikam dia bertubi2. wahahaha. aku mmg pembunuh. idea ni aku dpt dr komik. jahatnya aku..hahahaha...

4- apahal? xpuas hati? hahaha. yg terakhir ni...hmm...dh tentu dlm internet. mcm blog aku ni le. sama yg cm no 1 iaitu luahan perasaan tp kali ni xdibuang malah jd bhn bacaan org lain plak. ni lg best. spt biasa nama dirahsiakn. heheh.

hadui bru lega cket hati aku dh cte kt post kali ni. sape2 yg nk mintak tips nk redakn marah yg xlepas, blh refer kt aku. aku leh ajar cara yg ala2 kejam tp xnampak. wahh...aku mmg jahat..

02 September 2009

MARA yg macam........(hari yg kecewa)

oo...saat ku menaip ni sekitar kul 3pg 2sept 09. so hari kecewa 2 smlm, 1sept hr selasa. sepenjang hari smlm KL ujan. blh kata ujan spnjg hr. pg kul 9lbh aku n sara naik taxi g bangunan medan mara utk tye bhgn penganjuran pelajaran tentang pinjaman pelajaran bg mahasiswa yg belajar di luar negara. so smpai je kami naik tingkat 3 n aku bertanya pd recieptionist pasal pnjmn yg aku nk la...utk lbh smart aku susun guna dialog...

aku : assalamualaikum puan.. hm sy nk tanya pasal pinjaman pelajaran untuk pelajar yg blaja kt luar negara.

r : luarnegara di mana 2?

a : mesir

r : oh. mcm ni dik. kalau pnjmn pljrn ni dia guna sistem berjadual

a : sistam berjadual? ape 2?

r : kita akan keluarkn iklan melalui website kita utk tawaran pnjaman ni n setelah itu bru blh mohon. iklan keluar biasanya dlm bln disember hingga februari.

aku terkejut campur frust. frust sbb aku snggup dtg dr jauh ke sini tp rupa2nya mcm ni jadinya. mmg aku redha n tenang tp msh rasa kesal terutama pd penolong pegawai mara daerah segamat yg mengesyorkn aku terus ke kl utk tanya pasal ni. what the hell it is??? sorry sbb menyeranah tp aku mmg btl2 sgt kesal.

knp pen.pegawai mara segamat begitu bodoh n dungu xtau apa2 pasal pinjaman pelajaran? hr 2 mase aku dtg tanya. jwpn semua xmeyakinkn. jwpn klise utk melepaskn diri.."sy pn xberani nk ckp apa2 sbb ni semua KL yg uruskn. kami cuma blh bg borang je". hey hey hey. so ape je keje ko dgn jawatan gred 41 tu? dasar begok. menurut pen.pegawai tu mara segamat hanya uruskn utk pnjamn berbentuk perniagaan, perindustrian, pertanian n apa2 lg tah. pelajarn bkn bwh daerah? apa ni? betuk ke apa yg dia ckp tu?

so xde hasil la aku g KL ni? duit byk hbs beb dtg cni. xpe la. bln2 puasa ni kena byk sabar. ni la ujian untukku...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...