22 May 2010

Jangan Memandai Kalau Tak Tahu Okay??


Assalamualaikumwarahmatullah…

Aku macam dah jarang update blog. Walaupun aku dah habis exam dan dah start cuti, aku macam malas nak buat entri. Hahaha. Entri kali ini hanya untuk menghentam mereka yang tidak berapa tahu atau tak tahu langsung tentang sesuatu perkara tapi buat-buat tahu. Let’s check it out!

Rabu lepas (19 Mei 2010) telah berlaku satu kemalangan langgar lari di Mansurah ini melibatkan junior aku. Berita ini keluar dalam Metro. Klik di sini.

Apa yang sangat lawak dan buat aku rasa nak marah pun ada adalah fakta lokasi yang salah! Tajuk pun dah salah okay?

“ 3 Siswi Malaysia Cedera Nahas di Kaherah”

What the fun? Kejadian itu berlaku di Mansurah, bukan Kaherah. Kemudian pada perenggan pertama berita tersebut,

KUALA LUMPUR: Tiga siswi Malaysia yang menuntut di Ma’had Qiraat Al-Azhar, Mansurah cedera selepas dilanggar sebuah kereta dipandu laju ketika melintas sebatang jalan di Mansurah, Kaherah, Mesir, kelmarin. “

Mansurah, Kaherah, Mesir? What the fun hah??? Sepatutnya hanya perlu tulis Mansurah, Mesir.

Tahukah kamu wahai orang yang menulis berita bahawa Mansurah dan Kaherah itu adalah negeri berbeza malah jauh beratus kilometer.

Sama juga macam Malaysia yang ada 14 buah negeri di dalamnya. Mesir pun begitu. Bukan satu negeri sahaja iaitu Kaherah. Mansurah satu negeri lain, Kaherah satu negeri lain. Kaherah merupakan ibu Negara Mesir. Tolonglah jangan bagi fakta yang salah kepada rakyat Malaysia. Buat malu je wei!

Aku rasa wartawan yang tulis berita luar Negara perlu diwajibkan kursus geografi mengenali negeri-negeri, bandar-bandar yang terdapat di Negara lain. Habis kalau dah wartawan MALAS membaca, tidak mengkaji, sampai bila pun akan bagi maklumat yang salah kepada orang ramai.

Ceh aku emosi lebih-lebih pula. Huhu. Kepada adik-adik juniorku yang kecelakaan (bahasa indon), moga kalian terus tabah dengan ujian ini. Ada hikmah di sebalik kejadian.


P/s : Macam nak bagi senarai negeri-negeri yang terdapat di Mesir ini kepada wartawan terbabit. Hohoho.









6 comments:

amirah said...

ape da...wartawan pon xtau psl ni..malu2
kata up to date??,,adeh

ada said...

kah kah kah, kelakar plak aku baca,. ko g tulis emel bagi kat metro,.

ada said...
This comment has been removed by the author.
ace~ said...

haha.bole plak wartawan x tau..ape daaa..

seimura said...

amirah...

haah tu la. ape la diorang ni. tak patut betul.



ada...

agagaga malas lah aku nak tulis emel bagai. huhuh.



ace...

itu namanya wartawan yang hampeh. huh.

~::Iffat @ Wonderfatts::~ said...

tapi kan...macam ada sesuatu yang melindungi jek..kalau kat malaysia,kalau jenis kena langgar sampai tercampak ni tak padam, jalan..pastu dicover suratkhabar on the spot. pastu esok masuk suratkhabar page cover. Subhanallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...