23 April 2016

Empat Tahun

Assalamualaikum. 
   Semalam, 22 April 2016 genaplah empat tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah.
   Tak ada apa yang istimewa. Tak ada celebration pun. Sebab yang pertama, ada kat Tenggaroh. Pukul 10.00 lebih baru  gerak nak balik JB. Banyak masa habis di perjalanan sahaja. Singgah Sedili hantar madu. Lama juga menyinggah kat situ. Boring. Haha. Lepas tu sampai Kota dalam pukul 12.00 terus lunch. Then gerak ke Ulu Tiram. Solat Jumaat di Masjid Tiram. Lepas tu singgah rumah sil. Then baru gerak ke JB.
   Sampai Angsana. Makan mee rebus. Lepas tu cari vcd. Jalan-jalan lebih kurang. Dalam pukul 6.00 baru gerak balik Skudai. Malamnya aku dan anak-anak berkurung je dalam bilik tengok tv, zauji lepas solat Isyak terus stay kat bawah pastu dia kuar pukul 2.00 pagi baru balik rumah.
    Nothing special pun. Tapi aku ok je tak kisah. Aku ada bagi surprise box orang pos dari KL. Tapi tak best dah jadinya sebab dah malam baru lah zauji tahu. Aku plan sebulan lepas bajet sampai rumah tengahari time tu kami memang di rumah. So menjadi lah surprise tu kan. Tapi malangnya dah nak maghrib baru sampai rumah. Ni semua gara-gara balik Tenggaroh. Tak ada salah balik Tenggaroh tapi yang spoil sebab bertolak balik JB lambat dan banyak singgah. Tak apa lah. Aku hanya merancang, tapi Allah sebaik-baik perancang.
   Tak mengharap apa-apa pun. Ada Alhamdulillah, tak ada pun aku tak kecewa atau sedih. Ada ramai lagi pasangan suami isteri yang tak sambut pun anniversary, lagi teruk siap ada yang terlupa tarikh. Wakakaka. Sempoi je kan.
   Semoga berkekalan hingga ke syurga insyaAllah.

13 April 2016

Dilema Ibu EBF

Assalamualaikum...
   20 April ini genaplah umur Naim enam bulan. Alhamdulillah. Baby exclusive bf dah melepasi tahap Diploma, hahaha. Enam bulan ebf. Tahniah, tahniah.
    Kebanyakan ibu-ibu dah excited nak beri makanan separa pepejal kat baby bila dah masuk umur 6 bulan. Tapi aku tak excited langsung tapi rasa bimbang. Dah kenapa bimbang pula?
    Aku kalau boleh nak delay daripada beri makan baby sampai umur dua tahun. Dua tahun hanya susu ibu semata-mata. Tapi aku tahu bukan semudah yang disangka. Sebab? Orang di sekeliling akan menyibuk nanti. Dah boleh makan kan? Kenapa tak beri makan lagi bubur ke. Termasuk nurse di KKIA yang akan suruh beri puri dan bubur. Konon takut susu ibu tak cukup. Wth?
    Baru-baru ni balik rumah mertua. Sementara aku tengah makan, sil tolong pegang si Naim. Ada ke fil ku nak suap buah tembikai kat Naim? Nasib baik tak jadi. Dalam hati aku dah menyirap. Naim baru 5 bulan lebih. Usus belum kuat dan matang nak cerna makanan selain susu. Nanti kalau Naim sakit masuk hospital, aku mak nya ni yang susah.
   Hari tu masa kat Bakri, mak aku ada cakap, nanti Naim dah umur 6 bulan dah boleh bagi makan ek Naim? Aku diam je. Oh my. Macam mana aku nak terangkan dan yakinkan semua orang bahawa susu ibu sahaja sudah cukup untuk bayi bawah umur dua tahun. Ini adalah satu cabaran. Buat aku rasa macam tak nak balik kampung mana-mana. Tak mahu hadap mereka yang beria nak beri Naim makan.
   Serius dilema sungguh jadinya. Raya nanti Naim dah lapan bulan lebih. Aku sampai tahap tak mahu orang lain pegang Naim. Takut di belakang aku mereka pandai-pandai je suap Naim makanan. Adakah ini sejenis fobia? Hahaha.
    At least kalau tak dapat sampai dua tahun fully ebf, dapat setahun pun jadi lah. Kira kejayaan besar juga lah bagi aku. Bukan senang. Ebf senang, tapi nak menghadapi kata-kata orang sekeliling yang bukan senang. Nak susun ayat, tak nak sampai orang terkecil hati, lebih-lebih lagi orang tua. Kalau orang muda tak pe lagi tak perlu nak jaga sangat ayat.
     Ah, nanti la aku fikir macam mana. Hahahaha.
   

07 April 2016

Anti-susu formula

Assalamualaikum...
    Rasa macam batak pulak setiap hari update entri baru. Kah. Sangkeng. Aku kan memang suka menulis sejak dulu. Ini aku nak asah semula bakat menulis yang ada pada diri aku. Acececeh. Kalau tak berbakat, tak ada lah aku menang pertandingan menulis cerpen masa zaman berpersatuan di Mansurah, Mesir dulu. Kau hado? Hahahah. Ok stop it.
    Aku ini boleh kata anti kepada susu formula atau formula milk (fm). Sebagaimana ramainya rakyat Malaysia yang anti-vaksin dan berkeras dengan hujah mereka, begitulah aku yang anti-fm. Tapi aku bukan anti-vaksin. Aku menyokong penuh vaksinasi dan imunisasi tanpa ragu.
     Jannah dulu masa baby kami dah sumbat fm susu kambing Karihome. Masa tu masih sangat kurang pengetahuan pasal susu ibu. Yelah, pertama kali bergelar ibu bapa. Seperti yang aku dah cerita panjang lebar pada post terdahulu perjalanan penyusuan (breastfeeding journey) masa Jannah kecil. After Karihome tukar Anmum nak lebih jimat. Lepas itu Dutch Baby pula, lagi murah.  Dah stabil sikit kewangan tukar semula Anmum. Itulah fm terakhir Jannah minum dan selepas itu dia refuse. Baki susu yang tak habis kami bagi baby orang lain. Sejak itu aku berazam tidak sekali-kali beri Jannah fm sampai umur dua tahun.
      Dah berjaya bf sampai dua tahun, masih belum wean off dan aku tambah azam tak akan beri fm. Susu segar tak apa. Dan kini umur Jannah tiga tahun lebih dan dah wean off kami tak beri fm. Pernah cuba beri susu kambing (susu tepung coklat), dia tak mahu! Siap buat muka macam nak muntah. Dah tersadai susu itu dalam almari tak tahu nak bagi siapa. Haha. Jannah suka milo (macam mak nya juga) so aku buatkan milo setiap hari. Hah, kang ada pula yang kecam aku tak boikot produk Nestle. Dush. Ada aku kisah?
    Bagi aku tak wajib pun beri fm pada anak. Yang aku perasan, mak-mak mula gelabah nak beri fm apa kat anak lepas putus susu badan, dan yang dah memang beri fm sejak bayi pun gelabah juga nak beri susu apa lepas umur dua tahun. Aku macam... eh rilek la. Susu formula tu tak penting langsung! Tak minum pun tak apa. Asalkan kau beri makanan berkhasiat pada anak, yang bukan makanan proses. Take note susu formula pun makanan yang diproses (termasuk juga Milo) yang tak bagus diambil dalam kuantiti banyak dan bertahun-tahun. Itu belum lagi aku cakap pasal GMO kang ada yang melopong pula.

   Lagi satu yang mak-mak suka panik, gelabah dan risau bila anak tak mahu minum susu tepung (fm). Atau anak dah kurang minum susu, contoh dulu boleh minum sampai 6-7 botol 10oz jadi kurang dua botol je sehari. Chill gais. Macam mana aku nak terangkan pada kalian ye, tak minum pun tak apa, tak ada kesan buruk pun anak kau tak nak minum susu. Orang kata nanti kurang zat la, kurang kalsium la, tak membesar dengan sihat lah, tulang dan gigi tak kuat lah. Itu hanya mitos. Percaya atau tidak, khasiat pada susu tepung tu sebenarnya mungkin hanya tinggal 5%. Tolong percaya bahawa anak kau tak akan terjejas langsung kesihatan dan tumbesaran dia bila dia tak minum susu.
    Aku memang menyampah dengan iklan susu formula yang berleluasa tak kira lah di televisyen, radio, signboard dan di mana-mana je lah pasal kebaikan susu jenama masing-masing. Strategi pemasaran memang macam itu. Lengkap dengan DHA lah segala bagai. Yang ada ekstrak buah-buahan lah, madu lah. Itu semua poyo. Biasa lah. Syarikat nak produk mereka laku, dicanang lah macam-macam ayat manis agar orang terpengaruh dan beli. Paling benci konon sel otak berhubung dan anak lebih bijak dan kreatif lepas minum susu cap xxx. Kepala otak hang! Bijak bukan pasal susu tepung yang diminum. Pffftt..
   Fyi, aku memang tak minum susu tepung dari kecil. Mak aku cerita, bagi botol ke dalam cawan ke memang aku tolak tak mahu minum. Dan sampai sekarang. Time hamil pun tak minum. Alhamdulillah sihat juga aku sampai sekarang. Sekolah pandai jugak (ok abaikan ayat ini). Aku cuma nak beri testimony, budak yang tak minum langsung fm ini masih sihat tubuh badan dan tulang, gigi pun tak ada rosak masih kuat dan tak rapuh. Aku percaya ramai lagi yang macam aku, spesis tak minum susu tepung.
    Lagi satu, susu bukanlah makanan utama atau wajib bagi anak yang dah berusia dua tahun ke atas. Beri makanan berkhasiat yang macam orang dewasa makan la. Lebihkan buah dan sayur. Makan nasi dan lauk macam kita mak bapaknya, minum jus buah-buahan. Kau jangan gelabah sangat boleh tak pasal anak tak mahu minum susu? Boleh jimat perbelanjaan bila kau dah tak beli susu tepung. Katakan tidak pada susu tepung atau susu formula. Sumber kalsium banyak lagi dari makanan lain selain susu.
     Terpulang pada masing-masing nak beri anak minum susu fm sampai sekolah pun. Cuma macam aku cakap sebelum ini, kau mak-mak tak perlu risau bila anak dah kurang minum fm atau dah tak mahu minum fm. Anak kau tak akan jatuh sakit hanya sebab tak minum susu. Tak pernah lagi ada kes anak kecil meninggal dunia sebab kurang minum fm atau tak minum fm langsung. Tak pernah. Tak perlu risau lebih-lebih. Fm itu aku boleh cakap hanya makanan tambahan aje. Tak wajib pun oii.
     So, oleh kerana aku tak minum susu tepung, aku pun ajar Jannah tak minum fm ke? Itu dia yang tak nak. Aku pun tak paksa. Kalau dia nak, memang aku beri susu kambing (yang kedua terbaik selepas susu ibu). Tapi baguslah Jannah tak nak sebab aku memang tak suka fm. Menipu banyak. Hahaha.
     Kita pun kalau boleh elak makanan yang diproses. Tak dapat avoid semua, avoid sebahagian pun jadi lah kan. So aku avoid susu tepung. Tak beli langsung. Makanan proses lain memang ada beli tapi tak lah selalu dan wajib ada. Pun bukan makan atau minum hari-hari. Contohnya, Milo, minuman 3in1, jajan, megi, nuggets, kentang goreng dan pelbagai lagi. Hampir semua produk susu atau tenusu yang diimport dari luar negara adalah mengandungi GMO yang boleh menyebabkan kanser. Ayuh gais. Cegah sebelum terlambat. Tak dapat avoid semua, avoid lah sebahagian.
    Ok. Sekian daripada aku yang anti-susu formula.

06 April 2016

Bahasa Melayu Tinggi

Assalamualaikum...
   Hai hai hai. Mak update entri baru lagi dalam blog mak ni. Ahaks. Asalnya nak buat status kat FB je lagi ramai boleh baca tapi sebab aku rasa karangan ini mungkin panjang lebih 1000 patah perkataan, aku batalkan niat. Ceh. Tulis dalam blog je pun ok walaupun pembaca tak seramai di Facebook.
    Semalam ternampak di wall FB kawan aku share status ada screen shot perbualan antara seorang seller dan customer mungkin. Hari ni tiba-tiba dah viral screen shot tu. Asalnya status Dr Harlina Siraj (kalau tak kenal boleh Google). Isi screen shot tu simple je, Dr Harlina tegur kalau boleh jangan guna awak, guna Puan atau title dia Dr memandangkan umur dia dah 50.
   Aku kan rajin baca komen orang. Hahaha. Ramai sokong, lebih ramai yang mengutuk kata riak lah berlagak lah. Komen positive pun banyak juga kata etika professional kerja dan lain-lain. Aku like semua komen positive. Aku tak ketinggalan turut beri komen. Nak jugak kau. Hahaha.
   Orang kita ni kebanyakan terlalu negative. Orang tu beri teguran untuk kebaikan, tapi ramai kondem. Baca dari sudut positif. Memang betul ganti nama atau diri 'awak' itu kurang sesuai. Ini namanya skill komunikasi. Bukan semua pelanggan itu muda dan sebaya anda.
    Macam aku sendiri yang menjadi p.a zauji bila menjawab whatsapp dan mesej sesiapa yang nak buat temujanji rawatan. Memang aku guna tuan/ puan. Dan aku menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Taip perkataan penuh dan tiada short form. Nampak skema dan terlalu protokol tapi itu adalah yang terbaik. Bila pelanggan/ pesakit baca, akan memberi persepsi pada fikiran mereka, 'ok, pusat rawatan ini memang professional '. Ia juga melambangkan taraf pendidikan seseorang.
  Kau cuba bayangkan kalau aku guna 'awak' dengan pesakit yang awalnya aku tak tau umur, orang tua, apa terdetik di hati mereka? Eh, macam tak hormat orang, tak jadi lah aku nak buat rawatan kat tempat ni. Memang kita tak tahu umur bila dalam whatsapp atau SMS, itulah perlunya communication skills beb. Guna ganti nama yang paling umum iaitu tuan/ puan tak kira lah dah berkahwin atau belum. Kalau dari awal pelanggan/ pesakit dah kenalkan diri dia Haji/Hajah, Doktor, Cikgu, Prof, Ustaz/ Ustazah, maka kita panggil dia dengan title dia lah. Bukan soal riak atau berlagak. Ini adalah adab bila kita berkomunikasi. Macam pengalaman aku sendiri dah beratus malah beribu yang whatsapp atau sms nak buat temujanji atau sekadar bertanya soalan, memang rasa lebih senang guna tuan/ puan. Kadang-kadang bila pesakit itu sendiri bahasakan diri dia pakcik/ makcik, akak, barulah aku guna gelaran itu juga. Atas rasa hormat juga aku tetap panggil tuan/ puan walaupun mereka dah bahasakan diri pakcik atau makcik.
    Apa pula panggilan pesakit terhadap aku selaku yang mewakili pak ustaz jawab mesej mereka? Samada Ustaz, Tuan atau Encik. Abang pun ada (biasanya pesakit bangsa India), haha. Yelah sebab nombor tu memang asalnya nombor pak ustaz. Kalau yang jenis tanya dengan siapa saya whatsapp ni, baru lah aku kenalkan diri dan mereka start panggil aku ustazah atau puan. Pernah juga ada whatsapp tanya pasal rawatan main panggil awak, awak je. Ish, bagi aku memang kurang beradab. Tak sesuai langsung. Pusat rawatan ni, bukan jual tudung online. Nasib baik tak ada panggil sis atau bro.
    Aku memang respect habis pada mereka yang whatsapp taip perkataan penuh tak ada short form langsung. Ayat tersusun dan nampak professional dan terpelajar. Guna Bahasa Melayu Tinggi bila bertanya soalan dan menceritakan masalah atau sakit yang dihadapi. Aku nak like 1000 kali orang macam ni. Hahaha.
    Sebenarnya dalam dunia bisnes online, adalah lebih baik guna BMT. Kalau tak guna BMT pun, paling kurang, jangan terlalu banyak short form. Paling bagus bila taip perkataan penuh. Kita sebagai pembeli ni bila baca, haa baru semangat rasa nak membeli. Kalau banyak sangat short form, boleh membantutkan hasrat nak membeli.
   Lagi satu bila seller terlebih mesra panggil sayang, yunk, dear, pun aku rasa tak sesuai. Ini pendapat aku je lah, jangan kecam pulak, hahah. Boleh nak mesra, manja dengan harapan memancing hati pembeli, tapi jangan over sangat. Sebab kalian masing-masing tak mengenali pun. Nak bersayang-sayang pula. Kalau dengan orang yang memang kita close dan rapat tu lain lah cerita.
     Dalam komunikasi dalam whatsapp juga, lebih manis bila kita banyak guna perkataan 'maaf' bergantung pada situasi pertanyaan atau perbualan dan juga ucapan 'terima kasih'. Dua ungkapan keramat ini bisa sejuk kan hati pembaca. Wah gitu.
    BMT sesekali tidak akan mencampur-adukkan dengan Bahasa Inggeris ketika berkomunikasi dalam whatsapp atau buat status di mana-mana laman sosial. Ini lagi satu penyakit jugak. Kejap kau speaking omputeh, kejap kau cakap Melayu. Pening orang yang baca artikel atau status panjang kau bila kau guna bahasa rojak. Dah la rojak, banyak short form lagi. Bertambah stress orang yang baca. Walau status kau isinya bernas tak kisah la berbentuk nasihat ke, tazkirah ke, bila kau guna bahasa rojak, orang boleh hilang rasa hormat. Kalau ditambah pula banyak short form, lagi la buat orang rasa menyampah nak hadam apa yang kau cuba sampaikan. Stress mak tau bila baca. Grrr...
  Eh panjang pula aku membebel kan. Dah cakap dah lebih 1000 patah perkataan gamaknya ni, hahaha.
   
    
    

05 April 2016

Perempuan dan Barang Branded?

Assalamualaikum...
   Yuhuu! Rajin kan mak update blog? Sesambil la kata orang. Apa saja topik terlintas di fikiran, ada masa kita tulis. Tak ada masa simpan je dulu. Aha.. gitu..
   Tajuk best tak kali ni? Sebenarnya bukan nak fokus cerita pasal barang branded tapi asalnya pasal barang mahal tak kisah la makanan ke, toileteries ke, pakaian ke whatever la yang harga agak mahal dan berfikir banyak kali sebelum beli.
   Sambil mengimbau kenangan silam juga sikit-sikit. Aku bukanlah dari keluarga senang. Biasa-biasa je. Dulu sekolah rendah tak pernah makan kfc pun. Itu isu lain. Isu abah was-was akan kehalalannya. Hahah. Bila masuk asrama, baru ada peluang makan kfc bila time outing. Rasanya setahun sekali je kot. Ahahah. Itu pun kawan order kan kat kaunter, aku tunggu belakang. Hahah. Ye la aku kan budak kampung, mana reti benda ni semua. Lepas tu bila dah masuk alam IPT, baru pandai order sendiri, kakaka. Dulu masa budak mana lah ada duit sangat, rasa sayang gila duit nak makan kfc. Bila dah masuk alam pekerjaan, seiring dengan zaman fast food bersepah, senang nak jumpa kat mana-mana pun francais, boleh kata selalu la makan. Dulu zaman aku sekolah francais tak banyak macam sekarang.
    Habis cerita kfc, cerita pasal coklat cadbury pula. Dulu time duduk asrama bila tengok anak orang kaya makan coklat cadbury yang bar besar tu, wahh.. untungnya. Aku kalau teringin beli yang kecil je lah, mahal kan. Lepas tu kinder bueno, ferrero rocher, fikir banyak kali kalau nak beli. Haha. Banyak lagi la kalau pasal makanan dan makan tempat mahal ni, pizza hut la, kenny rodgers la dan macam-macam lagi. Aku  standart makan kat warung-warung je.
   Kalau pasal mekap dan alat mandian, sampai sekarang pun aku guna yang biasa je. Dulu duduk asrama aku guna sabun mandi jenis buku je. Takde lah guna jenis gel. Mahal kot. Kali pertama beli Shokobutsu masa kat kolej. Kelas kau. Orang kampung macam aku ni mana pernah guna shower gel. Hahah. Syampu pun biasa-biasa je sunsilk. Bila zaman dah kerja, bedak ke lipstik ke guna silky girl (sampai sekarang setia dengan silky girl). Bila time hantaran kawen, maybelline uolls, hahaha. Tapi tak lah semahal Mac ke apa tah jenama lain yang ratus-ratus tu. I bukan perempuan mentenen tinggi.
    Bila dah ada duit sendiri, selera aku masih biasa lagi, tak ada lah ghairah nak pakai barang mahal. Handset biasa je tak de sampai ipong. Beg tangan dan kasut? Tak pernah harga ratus-ratus, ribu jauh sekali. Hatta pakaian dalam pun, paling mahal triumph. Hey, bra dan spender pun ada harga sampai ratus-ratus tau. Tapi mak ni ukur baju di badan sendiri. Hahaha. Tak mampu mak nak beli yang mahal gilos ni.
   Aku tak kecam tau perempuan yang mentenen tinggi barang semua nak branded. Hak masing-masing. Kata orang tu, beli yang mahal tu sebagai reward untuk diri yang susah payah cari duit. Why not? Hasil titik peluh sendiri. Tak minta duit orang pun kan. Walaupun mahal tapi kualiti terbaik. Berbaloi.
   Bab tudung pula. Ahaa... tengah viral sekarang pasal Fareeda yang video pelanggan berasak-asak dan tolak menolak rempuh merempuh. Aku tak klik untuk tengok video tu sebab nak jimat data, haha. No komen. Nak beli tudung mahal nak mampos macam tu memang tidak lah. Hahaha. Tak apa, minat orang kan lain-lain. Kau mampu beli, beli je tak salah pun, hihi. Begitu juga telekung Siti Khadijah yang beratus harganya. Kalau yang ini, aku teringin juga. Hahaha, bab solat tak apa mahal pun. Kata orang kainnya lembut gila, sedap sangat pakai. Yelah, mahal mesti la material terbaik.
    Asalkan kau mampu, tak ada hal nak pakai barang semua yang branded. Tapi jangan sampai biar papa asal bergaya. Salah konsep tu. Utamakan yang lebih penting dalam hidup. Makan minum terutamanya. Sampai ikat perut demi nak beli barang mahal, silap tu. Bersederhana lagi bagus lah. Hehe.
  

02 April 2016

Mak Mak Sangat

Assalamualaikum...
   Haaa.. tengoklah betapa rajin update entri baru. Dah tiga hari berturut-turut uolls. Hahahah. Di hujung jari katanya. Anytime anywhere. Evolusi teknologi.
   Baru kejap ni tadi aku terbaca status facebook kawan aku. Baru dua jam berpisah dengan anak sulungnya (sebaya Jannah) dah kerinduan. Kawan aku tu sama seperti aku, surirumah sepenuh masa, sentiasa dengan anak 24 jam. Jaga sendiri, asuh sendiri, tak pernah bagi orang lain jaga. So aku faham sangat perasaan dia tu. Anak happy je tak ada apa-apa, mak yang risau lebih dan rindu padahal bukan lama sangat sampai setengah hari ke. Hahah. Mak-mak sangat tau.
Mak mana lah yang tak sayang anak kan. Orang tak waras atau gila je yang tak ada perasaan sayang kat anak sendiri. Mengandung, melahirkan. Ingat senang ke. Macam-macam ujian.
   Teringat juga semalam masa nak solat dalam surau kat Jusco. Seperti biasa aku dan zauji bergilir pegang Naim. Jannah main permainan. So after zauji solat, turn aku pulak. Time aku bentang sejadah aku nampak seorang ibu kat sebelah aku tengah solat sambil ada baby baring tepi sejadah. Aku terus teringat Naim. Tetiba rasa sebak dan rindu. Kah. Mak mak sangat. Aku terfikir jugak. Camne dia ambil wudhuk tadi ye dengan baby. Tak lama tu ada dua orang budak perempuan datang bawa telekung dan sejadah. Ohh.. kakak-kakak nya ada tolong jaga la tadi ni. Hihi. After habis solat, dia susukan anaknya. Rilex dan santai je. Aku yang terkejar-kejar kot Naim nak susu kat abahnya. Haha.
  
   Biasa lah bila dah ada anak, keutamaan mesti anak dulu. Hehe. Pergi mana-mana pun mesti berangkut semua. Mana boleh tinggal kat atok ke nenek ke. Istilah dating berdua je suami isteri hampir mustahil dan memang mustahil selagi anak-anak masih kecil. Bagi yang tak ada pengasuh la macam aku ni, surirumah. Kalau yang bekerja kan ke hantar pengasuh. Ada can la dating berdua je. Gitu. Kalau pun boleh tinggal kejap kat atok nenek jaga, tak tergamak la nak tinggal. Itu aku lah. Haha.
    Sejak ada anak ni perasaan agak sensitif kalau berkaitan baby dan anak kecil. Lebih-lebih lagi bila baca cerita pasal kematian baby, atau ibu. Contoh ibu yang meninggal dunia setelah beberapa jam selepas bersalin. Peh... sedih gila bila tengok muka baby nya. Mak dah tak ada. Tak sempat nak merasa pelukan ibu, menyusu badan. Adoi sedihnya lah boleh mengalir airmata. Sayu sangat hati mengenangkan nasib si anak.
  Kalau cerita kematian baby pun sedih gila. Ada yang sempat beberapa hari je,  sebulan, empat bulan, setahun, dan sampai ajal baby tu. Memang tabah betul ibunya. Hanya orang terpilih je Allah beri ujian tu. Cuba bayangkan kalau terjadi pada diri sendiri, mampu ke menghadapi. Cuba menyelami perasaan berada dalam kasut ibu itu. Uii sedih.
   Insaf. Insaf dan sedar yang semuanya hanya pinjaman. Bila-bila Allah nak tarik, Dia akan ambil semula. Bukan hak kita. Semua milik Allah.
  
   

01 April 2016

Clever Girl

Assalamualaikum..  
  Salam 1 April 2016. Lately aku rajin pula update blog. Kah kah. Since dah install semula blogger.com kat handset, rajin lah sikit nak menaip entri baru. Wah gitu.
   Aku ada nak ulas pasal rancangan clever girl tv3 tu. Rata-rata mengutuk dan memberi komen negatif tentang rancangan itu terutama golongan agamawan dan ustaz-ustaz. Ok lah pendapat masing-masing.
  Aku tak ada lah sokong atau bantah. Tapi aku tengok rancangan itu dari sudut positif. Orang kita ni biasa lah, pandang yang negatif saja. Apa yang aku suka tengok masa part soalan berbentuk kuiz dan ada pilihan jawapan. Masa siaran langsung lah. Kan ada part aktiviti-aktiviti luar yang rakaman tu aku tak berapa nak tau, haha.
  Berbalik pada part soalan. Aku suka tengok sebab ada soalan yang memang aku tak tahu jawapan. Bila diberitahu jawapan tepat, secara tak langsung menambah pengetahuan penonton. Yang reramai kondem rancangan ini, anda tahu ke semua jawapan pada soalan yang diberikan? Mustahil tahu semua. Itu yang aku kata menonton rancangan itu dari sudut positif untuk menambah pengetahuan kita atau at least refresh apa yang pernah kita belajar dulu di sekolah atau universiti.
  Aku pun bukan penonton setia. Aku tengok mana yang sempat je. Tapi bagi aku not bad. Walaupun kadang ada jawapan dari peserta yang salah biarpun soalan senang, itu biasa lah. Tak berapa nak clever lah di mata penonton. Hahaha. Tapi masih ok la. Biar lah orang nak mengutuk peserta bimbo ke apa sebenarnya orang lain jeles tu tak dapat masuk tv. Ok gurau je.
  Soalan-soalan semua general. Ada pasal hiburan, sejarah, pengetahuan am, sains, geografi dan macam-macam lagi. Aku pun join jawab atau teka jawapan (sebab ada pilihan abcd). Tapi bila tiba soalan fizik aku melopong tak faham sebab aku tak pernah belajar sains tulen. Ahahaha. Tak apa lah, tambah pengetahuan bila dapat tahu jawapan yang betul.
   Yang latest Ahad lepas ada satu soalan berapa bmi yang dianggap obes. Bapak senang gila soalan, tak payah ada pilihan ABCD pun aku tahu jawapannya. Hahahah. Ada satu peserta tekan buzzle dan konfiden jawab 45 padahal tak ada pilihan jawapan tu pada abcd. Kot ye pun nak hentam tengok lah pilihan jawapan. Aku dah ketawa berdekah-dekah. Jawapan salah. Lagi seorang peserta jawab 25 jawapan C tak silap aku. Aku ketawa lagi. Salah la jawapannya. Hahahaha. 30 lah dol. Itu pun tak tahu, kesian betul. Lawak gila aku rasa. Mungkin soalan itu senang gila bagi aku tapi susah gila bagi semua peserta clever girl. Muahaha. So aku salah seorang clever girl Malaysia sebenarnya. Hahahah.
   Adui, lawak siot. Tapi aku tak tengok sampai habis sebab nak keluar makan malam tu. Macam mana pun rancangan clever girl agak menarik juga la kerana ada soalan-soalan yang pelbagai, senang ada, susah ada. Soalan turutan rnr pun ada woi yang aku tengok minggu lepasnya. Bukan semua tol plus kat semananjung ni kita tahu, betul tak? Pengetahuan am tu. Secara tak langsung tambah pengetahuan daerah-daerah negeri lain selain negeri kita sendiri. Thats good.
   Tak kisah la pada ramai yang mengutuk dan mengecam rancangan ini dari peserta, penganjur semua dikutuk. Biar orang nak kata apa. Pada aku, ada bagus dan positifnya rancangan clever girl ini. Tak suka tak apa, tak perlu tonton pun tapi jangan la mengutuk lebih-lebih. Aku menyampah juga bila baca komen atau pendapat golongan ustaz pasal rancangan ni, negatif aje yang kau tengok kan. Puii hahaha.
  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...