12 November 2009

aku dan cita-cita...

Aku ingat lagi dulu-dulu waktu sekolah rendah ada isi satu kad. Ada tiga ruangan cita-cita kena isi. Masa kecil macam-macam nak jadi. Cikgu, polis, jururawat, doktor dan macam-macam lagi lah. Aku pun tak ingat cita-cita apakah yang paling kerap dipilih olehku untuk diisi pada ruangn cita-cita itu. Eheks.

Itu adalah cita-cita rasmi atau istilah lain, cita-cita budak pandai..(ehh? ada ke?). Kalau cita-cita yang bukan-bukan atau mengarut dan macam poyo ialah... heheh. Aku kadang-kadang (masa kecil) aku ada cita-cita nak jadi penyanyi. Wah macam best je kalau betol jadi. Bila masuk sekolah menengah pun masih ada cita-cita nak jadi penyanyi tapi bukan solo. Ada band sendiri. Wahaha. Dan jadi pemuzik juga (aku memang poyo). Pendek kata jadi artis la. hahah. Dan dalam masa yang sama aku jadi kartunis dan pelukis. Hoho...murnikah cita-cita sebegitu? Toink..

Bila masuk sekolah menengah, aku bercita-cita nak jadi saintis. Best juga kerja dalam makmal. Kaji sesuatu, selidik sesuatu. Kalau bukan saintis, yang seangkatan dengannya macam penyelidik, ahli astronomi dan apa-apa la yang berkaitan dengan sains. Aku memang minat sangat subjek sains.

Tapi bila naik tingkatan empat aku terpaksa melupakan cita-cita jadi saintis sebab aku tak masuk kelas sains, just masuk kelas akaun. Walaupun result PMR aku Sains dan Math A, tetapi masih tak layak untuk masuk kelas Sains Tulen yang hanya 7A ke atas boleh masuk. Abah tak bagi aku pindah sekolah untuk ambil sains tulen sbb nanti dah tak belajar bahasa Arab di sekolah biasa atau sekolah teknik. Tak apa lah aku ikut cakap abah (anak yang baik lagi taat..).

So mulai saat itu aku mula rasa samar-samar aku nak jadi apa bila dewasa (sekarang dah dewasa sikit la. hahah). Aku betul-betul tak tahu mana arah tuju aku. Minat aku cenderung ke lain, tapi aku belajar benda lain. Macam mana ni? Dulu-dulu waktu kecil aku pernah juga ada cita-cita nak jadi pereka fesyen, arkitek dan apa-apa la yang lukis-lukis nih. Sebab aku memang suka melukis. Tak kira la lukis orang ke, pemandangan ke, pelan bangunan dan rumah ke.. Apa saja. Lepas SPM aku pernah temuduga untuk kos yang aku pilih nak masuk U tempatan, seni bina landskap. Tapi waktu itu aku sudah salah lukis. Tak ikut arahan. Bodoh juga masa itu. Tapi itu ialah ketentuan Allah. Sebenarnya Allah tak bagi aku teruskan dalam bidang itu.(nanti aku akan cerita di entri lain kali).

Aku juga ada cita-cita nak jadi...err.. malu pula nak cakap. Aku minat juga kerja yang ada pakaian seragam nih. Seperti polis, kastam, jururawat. Macam best. Segak je bila pakai uniform polis. kihkihkih... Selain itu dulu-dulu ada juga cita-cita nak jad penulis. Tak kisah la penulis novel ke cerpen ke atau pengarang akhbar ke (wahh...besar punya cita-cita..).

Right now... cita-cita ku yang besar lagi murni ialah nak jadi Pegawai Hal Ehwal Islam. Wah bunyi macam bagus-bagus je. heheh. Actually, aku nak 'melarikan diri' dari jadi cikgu. (jahatkah aku?). No, aku rasa aku tak ada bakat untuk jadi cikgu, boleh? Guru tasmik Quran tak apa, atau guru ajar tajwid dan Quran. Itu aku tak kisah. Tapi kalau yang lain... errr....tak pasti.

Abah asyik cakap lepas habis belaja di sini, ambil  Diploma Pendidikan setahun dan terus jadi cikgu. Tolonglah...aku tak pernah setuju(protes dalam hati je tak berani nak bangkang abah.kui3). Setahun itu buang masa lagi. Aku nak terus kerja. Alasan abah, cikgu ada ijazah terus gred DG41, gaji besar dan apa-apa lagi tah abah bebel aku tak ingat. Hmm...gred jawatan memang dipandang orang sekarang.

Memang pening dengan cita-cita sendiri. Nak jadi itu lah, ini lah. Cita-cita memang penting. Daripada cita-cita dan angan-angan lah kita akan terus berusaha sedaya upaya untuk capai cita-cita tersebut (usaha tangga kejayaan). Tapi jangan sekadar impian dan angan-angan kosong tanpa ada usaha untuk gapai impian itu. Itu angan-angan mat jenin namanya...heheh...

p/s : susah-susah jadi surirumah sepenuhmasa ja tapi kena kawen dengan lelaki kaya. hihi..

2 comments:

Lala said...

awak...jadi cikgu ni best la....lala amek bidang perguruan...tapi nnt insyaallah akan ajar budak2 pemulihan...slow learner...seronok tau...bakat boleh diasah...xtau mengajar boleh belajr mcm mane nk ajar budak2...

seimura said...

ye.. jd cikgu mmg pekerjaan yg amat mulia... tp daku mmg xberbakat n kurang keyakinan diri... mcm mana 2?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...