Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

24 June 2017

Ketupat dan Raya


Assalamualaikum.

     29 Ramadhan 1438. Alhamdulillah. Esok raya dah. Tahun ini buat kali pertama meraikan 1 Syawal di Tenggaroh. Sebelum ni mesti balik kampung rumah atok di Parit Yusof. Atok pun dah tak ada jadi tahun ni mil fil tak mahu balik kampung.

    Semalam pulun anyam ketupat. Yang ketupat bawang tu zauji buat, ketupat pasar aku buat. Boleh kata 90% ketupat aku buat seorang, Hehe. Satu kepuasan bila anyam ketupat ni. Setahun sekali je kan. Walaupun aku pandai anyam ketupat bawang dan ketupat sate, aku lebih suka anyam ketupat pasar sebab bentuknya cantik. Ketupat bawang gemuk. Ketupat sate nipis sangat pula.

    Tak pasti la generasi muda hari ini ramai ke yang pandai anyam ketupat. Aku mula belajar anyam ketupat masa umur 10 tahun kalau tak silap. Abah yang ajar step by step. Terima kasih abah. Dah 22 tahun berlalu kemahiran anyam ketupat masih power. Haha berlagak tak?

    Hari tu dalam Facebook ada orang iklan nak upah orang untuk anyam ketupat. Kalau aku kat JB aku nak je buat. Sebiji upahnya 25sen. Memang sikit je. Tapi kalau aku ambil upah menganyam tu bukan sebab duit, tapi lebih kepada kepuasan diri sendiri. Kata orang nak lepas gian. Sehari aku mampu anyam lebih 100 biji kelonsong ketupat tau. Takde hal punya.

      Walaupun sekarang ni dah banyak jual ketupat segera atau boleh buat nasi himpit je, tapi sesetengah orang Melayu masih mencari ketupat asli yang guna daun kelapa tu. Oldskool. Tak lapuk ditelan zaman. Ini lah tradisi kita orang Melayu yang tak patut dilupakan. Tak raya lah kalau tak ada ketupat. Tak lengkap lah raya kita tanpa ketupat.

     Tapi aku sekadar pandai menganyam ketupat je. Nak isi beras banyak mana aku tak tahu, nak rebus berapa lama pun aku tak tahu. Yang aku tahu tinggal makan je. Heheh. Soon kena belajar juga kot. Errrr...yeke.

    OK guys. Selamat menyambut hari raya esok. Maaf Zahir dan batin. Bye.

18 June 2017

Tak Perlu Poyo Sangat

Assalamualaikum.

     Bila tiba bulan Ramadhan je antara yang paling popular adalah bazar Ramadhan atau pasar Ramadhan (singkatannya param). Tak dinafikan bazar dan param ini menambah kemeriahan bulan puasa.

     Tetapi muncul pula puak-puak poyo yang konon anti bazar Ramadhan atau jenis tak beli juadah di param la konon, prefer masak sendiri. OK lah bagus lah tu masak sendiri tapi tak perlu poyo nak bangga sangat kau tu bila tak jejak bazar Ramadhan.

    Contoh ayat popular bila update status di Facebook;

Dah tiga minggu puasa masih belum pernah jejak bazar Ramadhan. Alhamdulillah.

Yes. Berjaya tak pernah lagi beli kat bazar Ramadhan.

Ramadhan kali ini belum pernah lagi pergi param. Siapa macam saya like sikit.

     Eh beb ni aku nak tanya. Hina sangat ke orang yang beli juadah di bazar Ramadhan? Teruk sangat ke kalau beli makanan kat bazar Ramadhan?

    Kalau pun kau ada pengalaman buruk bila membeli makanan di bazar Ramadhan, tak boleh la pukul rata semua peniaga adalah sama dan semua makanan pun tak sedap. Masih ada peniaga yang ikhlas berniaga dan mencari rezeki halal.

   Ok lah kita tolak tepi cerita kuih karipap oksigen ke, murtabak inti bawang semata-mata, air tebu basi, makanan mahal nak mampus. Mana yang tak berkenan di hati, tak usah beli. Bukan semua peniaga tu meniaga hanya asal boleh atau nak kaut untung besar tapi makanan hampeh. Tak semua la macam tu. Kena bijak memilih.

   Macam aku sendiri sesekali suka juga round satu bazar Ramadhan dan beli apa yang aku teringin. Bukan lah hari-hari mesti membeli kat bazar. Dan biasa nya makanan yang aku nak tu susah nak jumpa dan aku tak reti masak makanan tu. Contohnya nasi kerabu, ayam percik, char kuey teaw. Contoh je la. Dalam masa yang sama support orang Melayu berniaga. Tapi beli jangan sampai membazir la kan. Itu paling penting sebenarnya.

     Memang la home cook adalah terbaik. Tak dinafikan pun. Bagus la kalau hang 30 hari puasa tu memang masak sendiri je juadah sahur dan berbuka tak pernah beli makanan kat luar. Tapi tak perlu nak bangga sangat semua nak canang kat fb. Bila kau buat status konon tak pernah jejak bazar Ramadhan tu, serious ramai yang rasa meluat dan menyampah gila bila baca. Kau tak pernah jejak bazar Ramadhan so what? Kau expect orang lain boleh ikut la cara kau tu yang tak membeli di bazar Ramadhan? Atau kau harap kau boleh jadi 'contoh' atau ikutan? Atau kau harap boleh menjadi 'rakyat mithali'? Terbaik lah aku ni tak pernah beli kat param. Bangga.
Huh boleh blah.

       Pendek kata macam ni lah. Kalau kau tak pernah lagi pergi param untuk tahun ni (Azam Ramadhan la konon) itu terserah pada diri ngko tapi tak perlu update status kat FB ke twitter ke no need. Diam-diam je sudah. Poyo gila tau tak? Macam la orang kisah kau pergi bazar Ramadhan atau tidak. Orang lain sikit pun tak kisah la. Tapi orang rasa sinis dan menyampah bila kau update status gitu. Hahah. Sebab ada riak di situ. Huk aloh.

   
    

04 July 2016

Kerja Rumah di Kampung

Assalamualaikum.  
  Dah nak habis Ramadhan. Lama juga aku tak update entri baru ye. Bila tulis je, separuh jalan then simpan dalam draft. Samada terputus idea atau anak kacau. Hahahaha.
   Sempena nak raya ni aku nak imbau kenangan silam la sikit. Cerita balik kampung gitu. Cerita balik rumah atuk dari zaman sekolah rendah masuk sekolah menengah dan alam kolej sebelum aku berumah tangga. Hohohoh.
   Aku ni ada la sikap pemalas sikit tapi tak ada lah teruk bebenor kerja tidur je. Hahaha. Tapi nak cerita juga lah. Bukan mengungkit atau membangkit tapi cuma nak kenang je memori dulu-dulu.
   Aku tak ada lah nak tolong masak. Itu semua kerja orang dewasa. Hahah. Tapi ini satu aku nak kabo. Kalau bab cuci dan basuh pinggan mangkuk cawan sudu jug dan segala bagai, nah memang aku lah orangnya yang buat. Bekerjasama dengan adik aku. Kalau di rumah atuk mak, muka anak-anak Tolip ni yang selalu keje basuh pinggan. Kalau kat rumah atuk  abah, dengan sepupu kadang-kadang. Seingat aku sejak aku umur 11 tahun sampai umur 20 tahun jugak. Hahaha.
   Bab isi kuih raya. Kalau tetamu datang, kerja kami yang budak remaja ni memang topup kuih raya dalam balang kuih. Sediakan cawan gelas dan hidang air. Kadang entah berapa kali ulang alik dapur dan ruang tamu. Hahaha. Situasi ni sama je kat rumah atuk mak atau atuk abah. Macam biasa lepas tu muka yang sama cuci gelas. Tapi rasa seronok je. Dah namanya raya.
   Bila aku dah besar sikit (sekolah menengah ), aku ambil alih tugas basuh baju family aku. Basuh mesin je. Lepas tu sidai kain. Angkat bila dah kering dan lipat. Faham je lah bila semua balik umatnya ramai macam mana. So aku dah plan baik punya, paling awal aku cop mesin basuh, paling awal cop ampaian. Wakakaka. Kadang aku tolong juga jemurkan pakaian famili makcik pakcik aku. Terbaik kan? Ahahaha.
   Bab menyapu memang aku tak ada buat. Itu orang lain buat. Hahaha. Aku tolong yang ringan dan biasa je. Contohnya hidang juadah raya, sarapan lunch dan dinner. Kemas bila semua selesai makan. Dan rutin tetap, basuh pinggan. Hahaha.
  Bila ingat balik, seronoknya lahai. Masa tu sepupu aku semua kecil-kecil lagi. Yang besar cuma kami tiga orang yang pertama ni dengan sepupu belah mak ada la tiga orang juga tapi ramai lelaki. Kalau yang belah abah ada empat orang sepupu perempuan yang dah besar. Kalau turn diorang kat rumah atuk satu lagi, memang aku dan adik aku je lah keje basuh pinggan. Tapi aku ok saja. Katanya berbakti selagi belum kahwin. Hahaha. Poyo je.
    Ohoi bateri low plak. Nanti sambung lagi lah. Hahaha bai.

16 August 2013

Aidilfitri 1434










Assalamualaikum.

Sepanjang Ramadhan hari tu tak sempat update walau satu entri pun. Haiyaa. AlhamduLillah Ramadhan tahun ini aku berjaya puasa penuh lagi macam tahun lepas. Yeay! Tahniah untuk diri sendiri. *lambai tangan pada peminat*

Yup sejak habis nifas 12 April hari tu, aku belum pernah datang haid lagi. Biasanya fully bf atau exclusive bf memang melambatkan kedatangan haid tapi tak semua wanita begitu. Mak aku dulu setahun lebih lepas bersalin baru datang haid semula. Ada seorang nurse KKIA cerita dia 11 bulan tak datang bulan. Ada seorang lagi kawan aku, ngam-ngam setahun lepas bersalin baru datang bulan. Setiap wanita adalah berbeza.

AlhamduLillah puasa dengan menyusukan anak Allah permudahkan. Tak ada lah sampai rasa nak pitam ke pengsan ke keletihan teramat sangat ke. Semuanya seperti biasa, puasa ke tak puasa sama je rasanya. Production susu pun macam biasa tak berkurang pun. Sentiasa cukup for my little princess.

Satu Syawal hari tu giliran beraya rumah my parents. Hiks. Rabu 7 Ogos baru bertolak balik ke Maokil. Adik beradik aku semua ada kecuali Fitri yang terpaksa bekerja malam raya dan pagi raya. Buka puasa 29 Ramadhan di Maokil. Hihi. Sebelum balik Maokil siap buat ketupat sikit then sambung plak kat rumah mak hoho.

 Ketupat yang aku dan hubby anyam kat JB.

Bersedia untuk direbus.


Bersedia untuk dimakan. 

Pagi 1 Syawal lepas solat raya dan makan-makan dalam pukul 9.00 lebih kami bertolak ke Sri Ledang, rumah atok belah abah. Both atok lelaki dan atok perempuan dah takde (sobs..). Tak ada orang pun. Abah buat tahlil ringkas. Then lepa zuhur ziarah kubur atok lak. 


Jannah yang ketiduran kat rumah atok.

Lepas ziarah kubur barulah gerak ke Kampung Tiong Bharu plak, rumah atok belah mak. Ramai juga pakcik makcik kat rumah atok tengah rehat-rehat. So inilah peluang Jannah jumpa tok-tok sedara dia sambil kumpul duit raya kikiki. Dalam pukul 5.00 petang gerak balik Maokil semula. Malamnya baru le my only bro sampai rumah siap bawak kawan dia orang Kelantan yang tak dapat balik beraya coz kehabisan tiket (so sad) jadinya beraya di Maokil la beliau.


Pagi 2 Syawal barulah kami anak-beranak bertolak ke Kampung Parit Yusof rumah atok hubby. Gerak pagi jalan tak jem. Ok la, sampai rumah atok dalam pukul 11 gitu. Sebelum tu siap singgah kat pekan beli tudung raya aku hihi. Pastu petang dalam pukul 3.00 petang kami (termasuk keluarga SIL, PIL) ziarah rumah mak long kat Batu Pahat.



Malam rehat sambung raya esok plak. 3 Syawal, famili besar Pak Mustaffa (my FIL hehe) adik beradik dia semua sama bergerak ke Melaka beraya di rumah mertua Busu (adik bongsu FIL, pok su kami le heheh).

Jannah pakai baju baru yang nenek beli dari nek su. weee~


Lepas tu adik beradik FIL pergi open house ayah mertua Busu kat Linggi. Jadi famili Pak Mus ni beraya sendiri beraya rumah sepupu abah laks. Sampai rumah je Jannah mengamuk nanges last2 nenek sana suruh mandikan. Lepas solat semua, kami bergerak ke Bandar Hilir. Nak jenjalan bandar Melaka kahate nyer.. Layan je lah woii..


 Cuba teka Jannah tengah buat apa tu? Haha.





Masa ni jem teruk kat Little India sebelum sampai Taming Sari tu. Jannah tido bangun tido bangun banyak kali pon masih tak sampai lagi.


Maghrib lepak jap kat surau warisan ke apa tah nama dia hehe. 


Lepas maghrib baru la nak bertolak balik semula ke kampung. Sempat gak beli baju Jannah, t-shirt aku dan beg sebagai souvenir heheh. Malam baru le sampai rumah atok dan terus tido sampai pagi. Esok paginya siap-siap balik Maokil semula. PIL dan young SIL ikut sekali merangkap beraya sebelum mereka balik Tenggaroh. Kami plak petang lepas Zuhur bertolak balik JB. See? Sekejap je kan kami beraya kat kampung? Khamis sampai Ahad je, Ahad dah balik JB walaupun cuti masih panjang sampai Ahad lagi satu.


Adoi panjang plak entri ni ye. Ok stop dulu sambung lain kali. Daa..



09 July 2013

Like A Stalker

Assalamualaikum.

Wah esok mula puasa. Yeay. Nak sahur apa esok ye. emm.. emm.. Sardin ok gak. Buka puasa? Amboi-amboi kemain lagi. Mulai esok kelasku bertempat di masjid-masjid terpilih. Ececeh. :p

Emm.. pernah tak anda rasa macam... ada peminat misteri? Jeng jeng. Ataupun haters tapi nak ambil tahu jugak kisah hidup korang. Contoh lah kengkonon aku ni selebriti blogger (olok-oloknya) then ramai peminat dan juga ramai haters. Si haters ni walaupun suka mengutuk dan mengeji tapi still jugak baca blog aku dan komen-komen kat blog aku. 

Dulu aku pernah jugak ala-ala diburu stalker (ceh perasan popular). Dia baca blog aku, jadi kawan kat FB, add YM aku dan selalu jugak sembang-sembang tapi lama-lama aku tak layan. Sampai tahap aku blok dia dan aku siap deactivate FB dan buka akaun lain sebab dia selalu kacau. Dan paling tak best masa sebelum tu beliau siap doakan sesuatu yang tak baik buat aku sebab aku 'tolak' dia. 

Memang perkara ini yang paling aku takut dalam alam maya; stalker. Sebab tu lah tak berani letak gambar sendiri kat laman maya ni ngeee..

Stalker ni antara lain sikap dia selalu memprovok kita dan menakut-nakutkan kita dengan ugutan atau doakan yang buruk untuk kehidupan kita. Dalam kata lain, oleh kerana dia terlalu 'obses' dengan seseorang tu sampai sanggup lakukan apa saja tetapi dalam senyap dan dalam diam. Dan paling hebat apa saja tentang kita dia tahu beb. Sebab dia selidik dalam-dalam dan ambil tahu semuanya. Kalau lebih berani dia akan korek rahsia kita daripada kawan-kawan yang rapat dengan kita (contoh kawan FB).

Wui ngeri dan seram woi. Macam ni lah yang pernah jadi kat aku dulu. Stalker ni add kawan baik aku kat FB jadi kawan dia dan tanya perihal aku. Naseb baek kawan aku ni tak cerita apa-apa sebab dia rasa something tak kena je dengan orang ni. Benda ni jadi masa aku masih kat Mesir dulu la. Bila balik Malaysia kawan aku cerita balik, wah berderau darah aku. Tapi masa tu memang aku dah remove semua friend dan bukak akaun baru so aku dah tak risau. 

Aku diganggu stalker ni sekitar tahun 2010 kalau tak silap aku. Ketika zaman kegemilangan (ceh gemilang la sangat) blog aku dulu-dulu meriah dengan komen-komen setiap kali update blog haha. Zaman rajin blogwalking dan tambah kawan melalui blog. 

Seiring dengan pertambahan usia dan status yang berubah, blog aku kalau pengikut blog aku (followers or silent readers) sejak zaman 2009, 2010 dulu perasan, dah jadi ala-ala blog mak-mak dah sekarang. Pasal anak. Dah makcik-makcik dah saya ni yaww. Kalau baca balik entri masa 'muda-muda' dulu boleh gelak sorang2 dan macam nak delete. Sebab cam haroommm gak tulisan aku dulu-dulu benci I (sekarang pun masih ceharommm sikit-sikit kadang-kadang).

Tak kisah lah. Janji readers boleh 'baca' kejujuran dalam setiap penulisan aku. Cewahh. Ni aku nak kongsi la sikit tentang sesuatu..



Kau nampak tak? Kau nampak tak? Aku rasa macam nak bangga jugak la aku punya blog dah ke tampat yang ke 6 juta. Kau ada? *loser*. Bukan apa. Dulu-dulu kalau aku punya blog tempat yang ke 25 juta lebih. Tak sangka sekarang dah makin meningkat naik ke tangga 6 juta. Satu pencapaian yang agak baik la bagi blog picisan lagi tak glamer macam blog aku nih. Sobs *kesat air mata*

Jadi aku berterima kasih juga kepada yang baca blog aku walaupun yang silent reader termasuk stalkers (kau tengok ada huruf 's' belakang mungkin banyak stalker hahah) dan termasuk jugak haters (kalau ada. ada lah kot agaknya haw haw).

Kadang-kadang, kat mulut kita cakap benci dan tak suka orang tu tapi selalu jugak ambil tahu pasal dia, contoh rajin baca blog dia dan baca status dia kat FB atau Twitter. Ini stalker atau secret admirer? Bincangkan.



03 July 2013

Menjelang Ramadhan

Assalamualaikum.

Kita sudah masuk setengah tahun kedua 2013. Kengkonon nak buat entri 30 Jun hari tu tapi tak sempat daa.  Saje nak naikkan statistik yang view blog aku ni. Haha.

Minggu lepas aku dah beli baju raya dua pasang. Ngeh-ngeh. Tahun ini tema kebaya untuk aku kih kih kih. Bukan sekadar untuk bergaya semata-mata tapi lebih kepada memudahkan aku untuk bf. Sebabnya susah nak cari nursing wear berbentuk jubah atau baju kurung kat kedai-kedai atau butik biasa. Biasanya orang jual online. Hubby pulak tak berapa suka beli online coz tak dapat tengok sendiri material nya dan tak boleh pilih depan mata live. Lagi satu takut rosak la, takut kena tipu lah (alasan my hubby).

Untuk Jannah awal-awal dah beli hari tu. Beli dengan kawan dua pasang, kat Jakel dua pasang. Semua kurung moden gitu. Tapi hari tu masa test kat badan dia, labuh gila bajunya dah macam jubah. Masa tu Jannah baru tiga bulan lebih. So aku bajet raya nanti umur dia enam bulan dah boleh fit la kot. Agaknya aje. Kalau masih besar, pakaikan baju baby la yang cantik-cantik di pasaran samada gaun atau pun jenis baju dan seluar sepasang (kain t-shirt) yang girlish punya heheh.

Ramadhan tahun ni aku macam boleh bayangkan bersahur macam mana. Si kecik tu suka bangun jam 2.00 pagi, 4.00 pagi, 5.00 pagi nak susu. Mesti dia nak join sahur sekali punya haha. Aku memang kena bangun super awal supaya sempat masak dan sediakan sahur dan sempat makan. Target aku nak minum air masak sebotol besar tu time sahur (1.5 liter). Aku ni memang pemalas sikit nak minum air masak. Air manis suka pulak. Musyquwais.

Hehe Ramadhan tahun lepas aku langsung tak memasak mabuk punya pasal. Juadah berbuka memang hubby le yang masak atau beli kat bazaar. Waktu sahur pulak aku tinggal panaskan lauk je biasanya haha.

Teringat pulak Ramadhan kat Mesir. Rindu beb. Seronok je sahur dan buka puasa dengan kawan-kawan serumah. Kadang-kadang ada jemputan berbuka ke rumah orang Arab. Aku ada cerita kat entri dulu-dulu. Lagi pulak sekarang ni musim panas, musim anggur tengah murah gila. Musim panas je la ada buah anggur. Hari-hari beli sekilo. Bestnya. rindunya bumi Mansurah.

Target Ramadhan tahun ni dapat khatamkan 30 juzuk al-Quran, dapat sekali pun jadi la. Insya-Allah. Amin.


Last but not least. My little princess yang manja.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...