Showing posts with label Rancangan TV. Show all posts
Showing posts with label Rancangan TV. Show all posts

27 May 2016

Novel Sampah, Drama Sampah

Assalamualaikum..
    Entri kali ini edisi kritik dan kecam novel sampah dan adaptasi novel sampah. Sabar. Belum hurai lagi. Ada banyak lagi caci maki yang bakal keluar ni karang. Ahahahahah.
     Sejak lima enam tujuh tahun lepas sampai sekarang, jadi trend cerita dalam novel popular diangkat menjadi drama rantaian atau filem. Ada sesetengah ok la ada pengajaran, ada sesetengah ada pengajaran tapi hmm...
   Definisi 'sampah' yang tersangat 'sampah' pada pandangan dan pendapat aku ialah bila ada cerita rogol dan hamil luar nikah serta cerita terlanjur (berzina). Tolonglah. Sangat sampah. Gila babi punya sampah. Apa dah tak ada idea lain? Geli lah. Bongok ke apa otak kau ni sebagai penulis novel/ penulis skrip/ pengarah? Bodoh sangat.
   Cerita terlanjur ni dari dulu lagi dah wujud dalam drama tv atau filem sebelum zaman novel cintan popular. Aku cukup benci. Walaupun hanya rekaan, adalah tidak patut sama sekali dibuat jadi drama atau filem. Seolah-olah macam, eh boleh lah berzina lepas tu nikah je lah. Bangang. Zina tu dosa besar. Ikut hukum hudud kena sebat bagi yang bujang, rejam sampai mati bagi yang dah berkahwin. Eh, senang-senang je reka cerita yang ada pasal terlanjur dah tu mengandung pulak. Tak fikir sensitiviti kita sebagai orang Islam dan bangsa Melayu yang penuh adat dan sopan. Pergaulan bebas sampai ke ranjang yang kau nak jadikan modal buat novel atau drama ye. Bodohnya.
    Walaupun realiti memang banyak terjadi lah kes zina sampai mengandung dan buang anak, kadang aku terfikir juga, jangan-jangan ini pengaruh drama tv. Drama yang selalu cerita pasal pergaulan bebas anak muda lelaki dan perempuan. Ditambah pula sifat ingin mencuba. Darah muda. Tak kuat iman. Setan lagi menghasut.
    Sebenarnya lagi pelik bila ada cerita si dara yang baru sekali kena rogol atau baru pertama kali 'main' terus hamil. Hmm.. musykil. Ada sesetengah drama, dah mengandung tu samada gugurkan atau terus hamil sampai bersalin dan bela anaknya. Ok lah, anak tu tak bersalah walaupun luar nikah. Tapi tak perlu sampai buat drama dalam tv.
      Dah tiba masanya cerita pasal rogol ke zina ke diharamkan terus dari dibikin atau ditayangkan. Memang lah tak tunjuk babak zina atau rogol tu tapi jalan cerita tu ha, bagi elok sikit lah jangan sampai ada juga terselit cerita terlanjur, termengandung. Tak berkualiti langsung. Itu pasal aku panggil sampah. Puii.
    Contoh skrip atau dialog drama / novel;
1 - Saya mengandungkan anaknya. (Terlanjur, belum nikah).
Eh serius lah jijik gila siot. Apehal korang bercinta sampai terlanjur dan mengandung lagi? WTH.
     Lepas tu kan, cerita playboy yang dengan bangganya telah meniduri ramai gadis dan perempuan. Omg. Kegilaan apakah ini? Serious bangang. Kalau pun kalian novelis tak boleh buat atau reka cerita cintan Islamic, at least JANGAN selitkan cerita terlanjur, rogol, diperangkap dan 'main' atau yang seumpamanya lah. Please stop that rubbish!
    Yang lagi pelik. Boleh pula novel sampah ni jadi best seller sampai diangkat menjadi drama dan filem. Bodoh Gila. Dah la kuat berangan watak utama mesti nak kaya raya hartawan projek juta-juta. Maaf, aku bukan cemburu novel korang popular dan laku keras. Cuma bagi teguran je sikit. Hentikan lah terselit cerita terlanjur termengandung terperangkap termain terperkosa dan yang sewaktu dengannya. Nak sebut pun aku geli lah jijik tapi terpaksa jugak sebab nak bagi orang faham.
    Grrr.. Ah sudahlah aku nak stop dulu. Kang lagi banyak aku memaki hamun novel sampah ni. Aptb. Kbai.

01 April 2016

Clever Girl

Assalamualaikum..  
  Salam 1 April 2016. Lately aku rajin pula update blog. Kah kah. Since dah install semula blogger.com kat handset, rajin lah sikit nak menaip entri baru. Wah gitu.
   Aku ada nak ulas pasal rancangan clever girl tv3 tu. Rata-rata mengutuk dan memberi komen negatif tentang rancangan itu terutama golongan agamawan dan ustaz-ustaz. Ok lah pendapat masing-masing.
  Aku tak ada lah sokong atau bantah. Tapi aku tengok rancangan itu dari sudut positif. Orang kita ni biasa lah, pandang yang negatif saja. Apa yang aku suka tengok masa part soalan berbentuk kuiz dan ada pilihan jawapan. Masa siaran langsung lah. Kan ada part aktiviti-aktiviti luar yang rakaman tu aku tak berapa nak tau, haha.
  Berbalik pada part soalan. Aku suka tengok sebab ada soalan yang memang aku tak tahu jawapan. Bila diberitahu jawapan tepat, secara tak langsung menambah pengetahuan penonton. Yang reramai kondem rancangan ini, anda tahu ke semua jawapan pada soalan yang diberikan? Mustahil tahu semua. Itu yang aku kata menonton rancangan itu dari sudut positif untuk menambah pengetahuan kita atau at least refresh apa yang pernah kita belajar dulu di sekolah atau universiti.
  Aku pun bukan penonton setia. Aku tengok mana yang sempat je. Tapi bagi aku not bad. Walaupun kadang ada jawapan dari peserta yang salah biarpun soalan senang, itu biasa lah. Tak berapa nak clever lah di mata penonton. Hahaha. Tapi masih ok la. Biar lah orang nak mengutuk peserta bimbo ke apa sebenarnya orang lain jeles tu tak dapat masuk tv. Ok gurau je.
  Soalan-soalan semua general. Ada pasal hiburan, sejarah, pengetahuan am, sains, geografi dan macam-macam lagi. Aku pun join jawab atau teka jawapan (sebab ada pilihan abcd). Tapi bila tiba soalan fizik aku melopong tak faham sebab aku tak pernah belajar sains tulen. Ahahaha. Tak apa lah, tambah pengetahuan bila dapat tahu jawapan yang betul.
   Yang latest Ahad lepas ada satu soalan berapa bmi yang dianggap obes. Bapak senang gila soalan, tak payah ada pilihan ABCD pun aku tahu jawapannya. Hahahah. Ada satu peserta tekan buzzle dan konfiden jawab 45 padahal tak ada pilihan jawapan tu pada abcd. Kot ye pun nak hentam tengok lah pilihan jawapan. Aku dah ketawa berdekah-dekah. Jawapan salah. Lagi seorang peserta jawab 25 jawapan C tak silap aku. Aku ketawa lagi. Salah la jawapannya. Hahahaha. 30 lah dol. Itu pun tak tahu, kesian betul. Lawak gila aku rasa. Mungkin soalan itu senang gila bagi aku tapi susah gila bagi semua peserta clever girl. Muahaha. So aku salah seorang clever girl Malaysia sebenarnya. Hahahah.
   Adui, lawak siot. Tapi aku tak tengok sampai habis sebab nak keluar makan malam tu. Macam mana pun rancangan clever girl agak menarik juga la kerana ada soalan-soalan yang pelbagai, senang ada, susah ada. Soalan turutan rnr pun ada woi yang aku tengok minggu lepasnya. Bukan semua tol plus kat semananjung ni kita tahu, betul tak? Pengetahuan am tu. Secara tak langsung tambah pengetahuan daerah-daerah negeri lain selain negeri kita sendiri. Thats good.
   Tak kisah la pada ramai yang mengutuk dan mengecam rancangan ini dari peserta, penganjur semua dikutuk. Biar orang nak kata apa. Pada aku, ada bagus dan positifnya rancangan clever girl ini. Tak suka tak apa, tak perlu tonton pun tapi jangan la mengutuk lebih-lebih. Aku menyampah juga bila baca komen atau pendapat golongan ustaz pasal rancangan ni, negatif aje yang kau tengok kan. Puii hahaha.
  

14 April 2012

Kasih Seorang Abang



Assalamualaikum.

Babak dalam anime Naruto antara yang paling menyentuh hati bagi aku adalah saat kematian Uchiha Itachi. Touching gila siot mau menangis air mata darah. Dah lah hensem, macho pulak tu, mati dah. 

Beberapa minggu kebelakangan ini aku tak terlepas satu episod pun Naruto Shippuden 3 yang disiarkan di TV3 setiap Jumaat jam 7.00 malam sebab episodnya sangat best iaitu pertarungan antara dua beradik; Uchiha Itachi dan Uchiha Sasuke. Dan juga banyak mengimbas semula ketika mereka masih kecil. Comel.





Sasuke ketika bayi dikendong abangnya, Itachi. Alololo comelnya Itachi. Kekeke.






Part yang kerap diimbas kembali dalam anime Naruto. Part Itachi dukung Sasuke. Sasuke yang sangat comel. Itachi ketika ini berumur 13 tahun dan Sasuke 8 tahun.





Dua beradik hensem.


Misi Sasuke mahu membunuh Itachi yang telah menghapuskan seluruh puak Uchiha ketika Sasuke masih kecil. Sasuke yang berumur 16 tahun datang mencabar Itachi di satu tempat rahsia.





Itachi vs Sasuke. Apa kau ingat macho sangat la tu tayang badan? Abang kau lagi macho la. 





Saat-saat genting ketika Itachi mahu mengambil bola mata Sasuke untuk melengkapkan jutsu Mangekyou Sharingan atau Ameterasu yang dikuasainya. Tapi ternyata hanya genjutsu (jurus ilusi) Itachi sahaja bagi menakutkan Sasuke.





Sasuke yang kehabisan chakura dan tidak berdaya menanti saat-saat kematian tatkala Itachi menghampirinya. Rupanya Itachi hanya menyentuh dahi Sasuke seperti yang selalu dilakukan ketika Sasuke masih kecil dahulu.







"Mata awak adalah milik abang."

Ayat yang kerap diulang oleh Itachi ketika dalam pertarungan yang sangat sengit ini. Sebelum pertarungan bermula Itachi bercerita panjang lebar tentang kisah lampau puak Uchiha mengaitkan mata mangekyou sharingan serta kemampuan Ameterasu. Uchiha Madara dan Uchiha Izuna adik-beradik yang paling hebat dalam puak Uchiha serta sangat istimewa kerana kemampuan mata sharingan mereka yang luar biasa. Namun akibat kuasa yang terlalu istimewa ini mata Uchiha Madara telah menjadi buta maka dia mengambil mata adiknya, Uchiha Izuna untuk mengembalikan penglihatannya dan melengkapkan jurus ameterasu miliknya.





Ketika Itachi menekan dahi Sasuke, sebenarnya Itachi telah menyerapkan kemampuan ameterasu ke dalam mata adiknya. Pemberian terakhir seorang abang kepada adiknya sebelum mati. Kemudian Itachi terkulai dan jatuh ke tanah. Nampak seperti Sasuke memenangi pertarungan ini tapi sebenarnya Itachi yang telah merancang kemenangan untuk Sasuke.








20 December 2011

Kakak Tiri Cinderella

Assalamualaikum.

Dah tiga hari berturut-turut hujan berterusan di bumi Maokil ini. Ok sebenarnya seluruh negeri Johor hujan berterusan. Hari ini Maokil agak cerah cuma ada lagi gerimis halus kejap turun kejap berhenti. Daerah paling teruk terjejas adalah Kluang. Segala info pasal banjir boleh lah ke sini. :-)

Mula-mula aku berfikir-fikir, kakak tiri ke adik tiri? Tapi bila mengenang cerita dongeng disney, Cinderella mana ada adik tiri, kakak tiri ada la. Toinggg!!! Dah tentu lah kakak tiri. That's the title 'Cinderella's Stepsister'.

Aku bukanlah kaki drama Korea. Jauh sekali kaki Kpop. Euwww kaki?? Biasa-biasa dah la dik, tak perlu fanatik sangat. Kalau ada siar di tv, tengok je. Tapi kalau terlepas episod pun tak kisah. aku pun bukan spesis suka download cerita banyak-banyak atau tengok di youtube ke internet ke bukan.

Tapi drama Korea yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 5.00 - 6.00 petang di tv2 ini telah menarik minat aku aku untuk terus menontonnya tanpa ketinggalan satu episod pun. Genre agak berat, sedih dan sangat emosi.  Langsung tak ada part kelakar, lawak atau bodoh-bodoh. Lain dengan drama Korea yang stereotype (macam salah eja) > pasal budak sekolah tinggi, nyanyi-nyanyi, konflik percintaan, mesti ada unsur lawak, semua sama je konsepnya. Boring.

Jalan cerita best tapi agak slow. Tak apa lah. Tak lah sama aje dengan drama Korea lain. Pelakon lebih banyak menggunakan ekspresi wajah samada sedih, marah, dendam dan lain-lain. Berlakon macam ini lagi susah berbanding dengan dialog. Ekspresi muka diorang memang sangat menjadi. Kadang-kadang membuat penonton geram dan rasa nak maki je. Haha.

Watak paling utama dah tentulah si kakak tiri, Eun Jo. Jadi, bermaksud yang Hye Seon itu lah si Cinderella nya. Bukan Cinderella yang malang pun tetapi cinderella yang sangat kuat cemburu dan ada sedikit jahat. Pelakon watak Eun Jo yang dulu berlakon dalam Auntumn In My Heart, jadi adik perempuan watak ketika kecil, watak dewasa Song Hye Kyo yang mainkan. Dah besar dah dia sekarang. Haha. Jangan tak tau, Moon Geun-young  meraih banyak award hasil dari keberkesanan beliau membawa watak si kakak tiri Cinderella, Eun Jo.

Pendek kata, ceritanya memang best la bagi aku, lain dari yang lain. Mungkin bukan taste korang cerita lembap/ slow macam ni tapi aku suka. Terbaikk.

ok tata.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...