21 December 2010

Its ok. Telah berakhir. Tamat sudah.

Assalamualaikum.

Ye aku tau kau dah tak perlukan aku. Dah lupakan aku. Aku pula masih ada cebisan ingatan terhadapmu. Bukan merindu, cuma tanda ingatan kau masih seorang teman. Tak mengapa. Aku lebih bahagia dengan keadaan sekarang. Tanpa ‘sesiapa’.

Aku tak punya pengganti. Aku juga tidak mencari. Menunggu datang dengan sendiri? Tidak juga terus terbuka hati. Tidak akan terus terima. Biar masa menentukan segala.

Apa benda entah aku mengarut. Rasa macam dah lama gila kut tak upload gambar di blog aku ini. Tunggu lah entri selepas ini. Perjalanan dan jaulah ke Nuweiba’, satu nama tempat di bumi Mesir ini yang terletak di selatan semenanjung Sinai. Nuweiba’ masih berada dalam kawasan Toba (Taba) tapi masih belum memasuki kawasan Sinai. Namun laluan untuk ke Nuweiba’, Toba, Dahab dan Sinai adalah sama! Jadi ia mengingatkan aku pada kenangan melancong ke Dahab dan Sinai.

Jaulah kali ini bukanlah sekadar pergi melancong suka-suka tetapi sebenarnya lebih kepada kursus atau program. Bermula pada hari Khamis lalu (16 Disember 2010) dan berakhir keesokan harinya, Jumaat (17 Disember 2010). Asalnya sampai Sabtu tapi ada masalah apa entah program dipendekkan. Sebenarnya juga mungkin masa banyak dihabiskan dalam perjalanan. Sinai kan jauh? Pergi dan balik (Nuweiba’) mengambil masa dalam 14 jam tidak termasuk singgah berhenti makan dan solat. Wow.

Ok permisi dulu. Daa…

14 December 2010

Kau Mengaku je la! Lempang kang !

Hey aku tengah marah ni! Marah ni tau tak! Rasa nak lempang laju-laju muka orang. Aaaaaaaa!!!!!!! Marahnya!

Aku nak tuduh tak sampai hati. Tapi aku ada suspect. Why why why???? Kenapa kau buat aku macam ni hah?!! Ahhh tension betul. Lebih tension hal ini berbanding tension dengan kelembapan laptop aku mengalahkan kura-kura dan siput babi. Tak. Aku lebih tension dengan laptop aku. Dan bertambah tension dengan lalat yang kadang-kadang datang mengganggu-gugat aku tengah menaip ini. Aku baru lepas mandi okay? Wangi beb kenapa kau kacau aku hah lalat?! Arghh semua benda buat aku tension la! Rasa macam nak ponteng kuliah je kejap lagi ni. AAAAAAAAA!!!!!!!

Ok pernah tak kalian punya emel atau apa sahaja akaun berkaitan internet cuba diceroboh orang? Seseorang cuba masuk akaun anda dengan meneka password tapi dia gagal meneka. Sampai satu tahap dia dapat warning daripada internet lah. Dan apabila anda pula log in, ia gagal. Ini kerana sebelum itu sudah beberapa kali password dicuba bercanggah dan akaun anda terus dikunci. Bangkai betul.

Persoalannya siapa pula stalker (??) yang berusaha sedaya upaya meneka password anda? Peminat rahsia? Peminat misteri? Pendengki? Jeng jeng jeng…

Inilah yang berlaku pada aku. Sebelum ini emel yahoo aku jadi macam ini. Setiap kali sign in gagal. Aku terus syak la ada orang nak cuba buka emel aku tapi aku tak tanya dia pun. Tapi mujurlah 24 jam kemudian emel boleh dibuka. Kembali normal. Tak sempat aku nak buat soal-siasat kepada suspect. So aku diamkan sahaja tidak menyoal suspect. Hoho.

Kali ini akaun facebook (fb) pula. Dah dua hari gagal di log in. aduss. Aku mengesyaki orang yang sama tapi aku belum buat soal siasat lagi. Tapi betul ke dia orang yang disyaki? Aaaaaa aku tak mahu la tuduh menuduh. Mana tahu bukan dia tapi orang lain? Tak ke malu aku nanti sebab main tuduh je. Tapi kalau betul la dia orangnya, satu ayat aku nak cakap,

‘Kau mengaku je lah wei!!!’

Apa hal kau nak hack akaun aku? Kau sayang aku lebih ke? Atau kau terlalu dengki kat aku? Marah betul!

Adakah orang ini pembaca blog aku? Adakah dia seorang blogger? Tak kisah lah sesiapa tapi tolonglah mengaku dan nyatakan alasan kenapa kau berbuat demikian (cuba ceroboh akaun aku). Aku tak marah kalau kau mengaku. Tapi aku amat marah bila aku still tertanya-tanya mengapakah jadi begini. Hmm atau fb yang bermasalah? No, bukan fb tapi ini adalah kes orang meneka password tapi tak dapat. Tak pasal-pasal aku pun terus tak boleh buka akaun sendiri. Dush!

The Winter Has Come

Assalamualaikum...

Kelmarin hujan sepanjang hari + angin kuat. Memang betul-betul sejuk wo. Bila bercakap ni keluar wap dari mulut. Berasap. Biasa lah, bila hujan, itu menandakan suhu akan menjadi lebih sejuk.

Cerita hari kelmarin juga. Kelas aku jam 1.30 pm dan hampir pukul satu aku nak keluar rumah dah. Keluar je dari pintu bawah, tengok hujan agak lebat. Aku naik rumah semula cari payung di bilik Angah. Aku mana ada payung, pinjam payung Angah la. haha. Payungnya cantik sangat, warna purple ada bunga-bunga gitu. Gila cantik dan vouge kot? Ah lantak la pakai je.

Waktu yang sama adalah budak sekolah menengah perempuan tamat sekolah. So bertembung la. Aku tengok orang arab semua selamba je redah hujan tanpa pakai payung. Dush. Dah tu semua pandang-pandang aku. Apa yang pelik sangat tah. Adehh. Ye la, Mesir kan hujan cuma 3 atau 4 kali je dalam setahun, so mereka tak hairan la nak pakai payung. Teringat pula time musim panas setiap kali jalan di luar aku pakai spek hitam, semua pandang-pandang aku. Hek eleh.

Jalan semua lecak dan agak banjir. Kotor habis kasut, kaki seluar dan kaki jubah. Tak apa lah, rintangan dalam menuju tempat menimba ilmu (poyo). Tapi memang amat-amat sejuk sebab hujan dan angin yang agak kuat. Huhuh.

Cerita pagi semalam pula. Dalam 5.30 pagi aku turun dari rumah bagi menjalankan misi 'mendaki pokok'. Alkisah dua hari sebelum itu angin bertiup kencang disertai hujan. Jubah yang ku sidai di ampaian lalu diterbangkan angin dan ia tersangkut di pokok di hadapan rumah aku, bukan terjatuh di tanah.  Aku try sauk (??) guna kayu dari balkoni rumah aku tapi tak sampai, kayu tak cukup panjang. Maka tersangkut la di pokok.

Aku memang tunggu masa tak ada orang baru lah aku boleh panjat pokok tu. Pagi-pagi buta lah. Aku bawak kerusi plastik satu letak di tepi pokok. Panjat kerusi, barulah panjat pokoknya. Agak bersusah payah hahah (takut jatuh wei, sakit tu). Dahan-dahan pokok itu agak kurus tau so aku bimbang jugak kalau ia tak mampu nak menampung berat badan aku lalu patah. Auchh.. Akhirnya jubah aku berjaya capai dan jatuhkan terus di tanah. Time nak turun yang aku ada sikit cuak ni. Panjat reti, turun tak reti. Adehh. Tapi berjaya juga la turun. haha. Dah la sejuk. Aku pun naik atas rumah.

Sampai rumah je aku tengok jaket dan seluar aku kotor habis. Bukan setakat pakaian tapi muka aku pun kotor jugak. (kotoran tanah). Ceh pada hal bukan lah meredah hutan tapi dia punya kotor bukan main. Ngahaha. Apa lagi. Aku pun terus rendam segala pakaian yang kotor. Kaki aku pula rasa macam sengal dan sakit cramp (macam salah eja) gitu.  Nampak sangat dah lama tak bersenam. Hahahah. Tapi sebab sejuk pun ia juga. Tapi sakit tu kejap je la, tak lama pun.

Cerita untuk hari ini pula. Hehe sekarang pagi tak ada cerita menarik pun. Cuma berborak dalam ym dengan kawan-kawan di Malaysia. Hik hik hik.  Semalam dah call mak. Lama berbual. Sejam lebih. Dah lama juga tak call.  Last masa raya haji kot. Uhuk.

Ok aku tau entri aku ni boring. Sapa suruh baca? hahahah.  Permisi dulu ya? Daa...

11 December 2010

Pengalaman Fly?

Lokasi : Belakang Dewan Lukmanul Hakim
Tahun : 2002
Waktu : 12 malam

Sherry : Wei aku pernah dengar budak laki pernah nampak hantu masa lalu sini.
Alex : Err ye ke? Ah jangan takut. Jom cepat panjat pagar ni.
Jessy : Aku tak la takut hantu tapi lebih takut kalau ada binatang berbisa kat dalam semak-semak ni. Lipan ke, kala jengking ke. Ngeee~
Sherry & Alex : Gulp..
Sherry : Kalau macam tu jom cepat kita terjun.


Lokasi seterusnya : Jalan ‘dalam’ sebelum menuju jalan tar.

Alex : Fuh dah lepas pagar dan semak-semak tadi dah agak lega lah.
Jessy : Yup betul. Tapi malam ni tak la gelap sangat kan?
Sherry : Haii… jauh juga nak sampai ke railway station ni rupanya.
Jessy : Ceh kau macam la tak biasa. Tiap kali outing pun mesti jalan kaki menapak baru la sampai Bandar.
Alex : So mana port kita ni? Nak makan kat mana?
Sherry : Ahaa.. aku ada port makan yang sedap. Memang tak tutup sampai pagi tau.
Jessy : Yelah, orang dah ada pengalaman buat kerja macam ni. Hahahah.
Alex : Ahahaha haah la kan? Untung juga duduk blok sains kan? Tak ada guard. Haha. Aspuri kitorang susah la.
Sherry : Ala aku pun baru berapa kali je.


Lokasi : Salah satu kedai mamak di Bandar Kluang, Johor.

Alex : Wah memang sedap la roti canai kat kedai tadi. Lain kali boleh pergi lagi. Haha.
Jessy : Haah betul tu. Lain kali kita pergi studio jamming pula.
Alex : Studio jamming yang kat BCB ke? Bukan ke budak-budak paranoid selalu main kat situ?
Sherry : Memang bukak sampai pagi ke? BCB bukan ke tutup pukul 10 malam?
Jessy : Tapi yang tingkat atas sekali tak tutup rasanya.
Alex : Apa-apa hal kita mesti cepat sampai asrama. Esok dah la aku bertugas, kena sampai kelas awal. Uhuk.


Lokasi : Kelas 5 Ibnu Arabi

Cikgu Ixora : Alia dan Jasmin! Study sampai jam 4 pagi ke sampai tertidur dalam kelas saya? Berdiri di luar kelas sekarang!

Nama karektor telah diubah. Namun nama kelas dan semua lokasi yang tersebut adalah yang sebenar. :p. cuba teka watak aku ialah nama apa? (eh alamak kantoi plak aku turut terlibat dalam babak ini hahah).

Info tambahan : Nama-nama kelas di Smakj ; Ibnu Arabi, Ibnu Rusydi, Ibnu Qayyim, Ibnu Sina, Ibnu Taimiyyah.

10 December 2010

Menyaksikan Kematian Diri Sendiri

Mesir dalam keadaan darurat. Benar-benar darurat. Mana-mana student Malaysia yang didapati berkeliaran di luar rumah akan ditangkap dan dikurung.

Pengisytiharan ‘darurat besar-besaran’ ini baru sahaja diumumkan. Sesiapa yang memang kebetulan berada di rumah memang terselamatlah. Yang berada di luar ketika diisytihar darurat bagaimana pula? Terpaksa melarikan diri, bersembunyi di mana-mana, bergerak dalam kumpulan yang kecil atau menyamar seperti orang arab.

Ketika ini pula aku dan dua orang rakan baru pulang dari rumah kawan yang mengadakan majlis makan-makan. Kami juga dikejar oleh orang arab yang mahu menangkap kami. Berlari sekuat dan sepantas yang mungkin mengelakkan diri daripada ditangkap. Ala-ala macam adegan dalam filem The Bounce Supermacy (macam salah eja tu).

Kami menahan sebuah taxi. Pemandu taxi suruh cepat-cepat masuk dan menurutnya akan ‘menyelamatkan’ kami dari terus dikejar. Aku paling akhir masuk dalam taxi dan duduk tepi sekali paling kanan (tepi pintu). Kacak juga pemandu taxi ini. Kurus dan macho. Ceh sempat pula aku memuji dalam hati padahal nyawa kami dalam bahaya sekarang ini. Ibarat telur di hujung tanduk. Di sebelah beliau mungkin rakan beliau.

Kemudian dia dan rakannnya menggari tangan kami bertiga yang duduk di seat belakang ini. Gari itu rupanya bersambung dengan pintu kereta bahagian hadapan kanan dan kiri. Hek eleh. Ingatkan selamat lah bila naik taxi ini. Rupanya digari dan ‘ditangkap’ juga. Alahai.

Tiba-tiba ada sebuah kereta polis mengejar taxi yang kami naiki ini. Sebelum itu ada road block dan taxi yang kami naiki membelok ke arah jalan lain. Maka adegan kejar-mengejar antara kereta polis dan taxi pula berlaku. Pemandu taxi memandu dengan had kelajuan yang amat tinggi. Segala kon-kon di jalan raya dirempuh. Penghadang jalan juga dirempuh. Amat cemas. Pemandu taxi ini amat cekap memandu walaupun laju dan merbahaya. Sampai satu tahap siap lalu atas beberapa anak tangga bagi melarikan diri dari polis. Kereta jenis apa yang kami naiki ini kami pun tak perasan tadi tapi agak tahan lasak. Ouch..

Tiba di satu kawasan di mana ada banyak juga kereta yang kejar mengejar antara satu sama lain. Serabut dan merbahaya. Then tanpa disangka salah satu tayar kereta yang berada di hadapan taxi kami meletup (tayar belakang sebelah kiri) dan kereta mengundur ke belakang. Ketika itu aku sudah terbayangkan kereta itu ‘tergostan’ tanpa kawalan merempuh taxi kami dan dua kereta ini akan terundur ke belakang merempuh tembok yang jauhnya beberapa meter dari insiden tayar meletup. Dan pastilah yang paling parah nanti adalah kami bertiga yang duduk di seat belakang.

Ketika sedang membayangkan kematian mengerikan itu pandanganku tiba-tiba menjadi gelap. Sedar-sedar sahaja aku tengah berdiri dengan sihatnya dan bagai tiada apa berlaku. Namun ku lihat di sekelilingku mayat dan mangsa kemalangan ngeri bergelimpangan. Ada yang sedang nazak. Semua mengalami kecedaraan parah. Malah aku tidak berseorangan berdiri dan berjalan melihat suasana ngeri itu. Rakan-rakan ku dan dua orang lagi turut bersama aku. Kami berlima berjalan dan masing-masing dapat melihat ‘diri sendiri’ terbaring kaku cedera parah. Aku mencari di manakah ‘diri aku’ tercampak dan bagaimana kah keadaan ‘diriku’.

Nah aku telah menemuinya. Ku lihat tiada apa lah yang serius. Tiada anggota yang terputus atau tercerai, tiada darah. Cuma ku lihat calar balar di tangan dan muka. Dan wajahku amat pucat. Mungkin kecederaan dalaman? Beginikah kematianku? Beginikah cara aku mati? Inikah kesudahan hidupku? Ya. Rohku yang telah keluar dari jasad telah melihat sendiri jasadku yang kaku tak bernyawa. Ketika ini baru aku sedar dan nampak yang aku amat kurus. So skinny. Wo!

“When darkness turns to light, it ends tonight..”

Alarm handset aku berbunyi pada jam 3.00 pagi. Astaghfirullah… mimpi ngeri apakah ini? Aku termenung panjang. Mimpi macam real beb. Best juga kalau dijadikan filem kot? Ngeee…

Itu la orang kata, sebelum tidur basuh kaki tapi tak buat. Ni terus tidur je. Doa tidur tak baca, tiga Qul tak baca, ayat kursi tak baca. Hah kan dah mimpi yang bukan-bukan. Habis selama ini terus tidur je tak ada lah mimpi ngeri selalu. Ceh menjawab pula tu. Jangan ingat kau tu ‘kebal’ sangat dan pendinding diri dah kuat walaupun banyak ayat Quran kau dah hafal. Insaf la wei. Huish. Mana ada rasa kebal. Cuma…

Satu perangai buruk aku, aku kadang-kadang tidur dulu tanpa solat Isyak terlebih dahulu. Bukan saja-saja tapi ada alasan tersendiri. Supaya senang bangun malam. Tidur pun tak la lena sangat sebab fikir ‘aku masih belum solat Isyak, mesti kena bangun’. Tapi walau macam mana pun, solat di awal waktu adalah lebih aula. Kita mana nak tahu kalau kita mati dalam tidur? Betul tak?

Mencuba perbaiki diri….

Hebatnya Kuasa Cinta

Assalamualaikum…

“Andai saya diberi peluang hidup semula sebanyak lima kali. Saya mahu menyintai orang yang sama pada setiap kali peluang hidup itu iaitu sebanyak lima kali juga. Orang itu adalah kamu”

Dialog dalam satu babak dalam manga dan anime Bleach. Ketika Inoe Orihime menyembuhkan Ichigo Kurosaki pada malam Inoe mahu berangkat meninggalkan Karakura Town mengikut Ulquirra. Ah cerita banyak pun kalau orang yang tak minat anime tak tau juga. Stop. Hoho.

Bukan nak cerita pasal anime Bleach. Cuma aku teringat dialog itu. Aku tengok di youtube je waktu itu. Di bawah video kan ada komen-komen. Salah satu komen ulang semula dialog itu dan mengatakan ia amat touching. Ye memang menyentuh perasaan. Nak menunjukkan betapa dalamnya cinta dia itu sehinggakan kalau diberi lima nyawa (lima kali hidup kembali) akan menyintai orang yang sama sebanyak lima kali juga. Antara lain dialog dia..

“Dan hanya ingin berada di sisi kamu selamanya sepanjang lima kali peluang hidup semula itu.”

Mari berbicara tentang ‘cinta’ (cewah..:p macam poyo je).

Aku berpegang pada pepatah aku ‘suka tak semestinya dapat memiliki’. Kita boleh menyukai seseorang atau beberapa orang tapi kita tidak boleh memiliki semuanya. Tamak kah nak semua sekali? Aku pernah mengatakan pepatah ini kepada beberapa teman. Kita kena sedar jodoh itu di tangan Allah. Walau kita suka, sayang atau cinta sekalipun tapi kalau dah memang bukan jodoh, tetap tidak akan dapat disatukan. Tapi kita masih punya senjata iaitu doa. Berdoalah dan bermohonlah kepada Allah.

Kata orang, kadang kala bila kita terlalu sayangkan seseorang dan ingin lihat dia bahagia, kita perlu lepaskan dia.

“Sebab aku sayang dia la aku tinggalkan dia. Aku tak nak dia terus menderita bila dengan aku. Aku harap dia dapat bertemu dengan orang yang sesuai dan boleh bahagiakan dia.”

Macam pernah dengar tapi dari mana entah? Drama ke, novel ke, filem ke tapi yang pasti lebih kurang macam itu lah ayatnya. Sayang tak semestinya akan atau terus memiliki tapi melepaskan juga boleh dikira sebagai sayang. Kompleks juga nak faham.

Adehh ngantuk la pulak. Haha. Sambung lain kali je lah ye. Nak tidur melayan mimpi. Oh ye. Tadi dah hujan. Best juga main hujan ketika balik dari Maahad tadi. Ini bermakna suhu akan menjadi lebih sejuk. Lagi best la tidur dalam lihaf. Weeee~ tata…

06 December 2010

Bulan Depan Birthday Aku.. Saje nak buat pengumuman. lalalalala~

Assalamualaikum..

Peh gila bersawang aku punya blog ni. Haha. Ceh padahal belum la lama sangat aku tak update. Hhohoho. Selamat tahun baru semua. Salam Ma'al Hijrah. Esok cuti, yeay!!!

Aku nak bercerita la sikit la peristiwa tengahari tadi time dah nak tiba Maahad. Kira-kira lagi dalam 20 langkah la gitu nak masuk pintu Maahad (aku tak kira pun. :p). Aku berjalan di tepi bangunan, sebelah kanan. Aku nampak ada 'seekor' (aku tengah marah ni) tuk-tuk (sejenis kenderaan beroda tiga) dari arah bertentangan. Mula-mula 'dia' jalan kat tengah. Maksud aku driver nya drive betul-betul di tengah jalan la. Then driver memandu ke tepi sikit. Aku macam tak sedap hati tengok tuk-tuk ni. Haish..

Seperti yang ku jangka, si bangang pemandu tuk-tuk tersebut pura-pura nak langgar aku tapi tak kena la. Dah la dia drive laju nak mampus. Apa perasaan kalian kalau ada kenderaan tiba-tiba cuba atau sengaja langgar kalian? Walaupun hanya 'buat-buat' atau pura-pura hampir melanggar, bukankah itu satu tindakan yang amat kurang ajar? Mesti berderau darah kan? Boleh kena lemah jantung. Biadap betul la. 

Maka aku dengan lancar nya memaki "sial la kau ni" dengan nada perlahan dan tuk-tuk tu pun dah berlalu. Tangan kiri aku mengepal penumbuk (hampir nak keluar jari... teeettt.. faham-faham je la). Then cepat-cepat aku istingfar banyak-banyak di mulut dan dalam hati. Marah tau tak?? Aku ada buat salah apa kat kau hah sampai kau 'gurau kasar' tahap biadap lagi tak boleh dimaafkan? Orang Arab ni kalau yang jahat atau kurang ajar.. memang rasa nak,,
Haiii... sabarlah wahai diri...

Cerita maki tamat. Hahah. Oh tak ada kaitan dengan tajuk entri nampaknya. Saja je nak buat pengumuman, bulan depan iaitu bulan Safar (sekarang dah masuk Muharam di Malaysia heheh) adalah bulan aku dilahirkan. Tahun 1406. Tahun baru ini 1432 kan? Haha poyo plak aku mahu promote. Laalalala..

Hmm aku kat cc je ni. Nak balik dah. Minta maaf atas salah silap. Daaa...

 p/s : aku ketagih main game pc sekarang. siapa ada ubat?


25 November 2010

Akhirnya Telah Ku Temui

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama ku mencari, akhirnya dapat juga ku temu 'si dia'. Auchh gedikkss!! Please jangan salah faham. 'Si Dia' bukan lah seorang insan atau seekor haiwan. Hoho.

Aku ni ada masalah 'terlupa password'. Hahahah. Banyak sangat akaun kat internet ni ntah apa-apa tah aku rajin sign up. Dan password setiap satu berbeza pula tu, tak ada yang sama. Itu pasal lah boleh lupa. Pandainyaa.. Uhuks. Tapi sekarang ada juga beberapa akaun yang menggunakan password yang sama. Kali ini juga aku telah mencatat di tempat rahsia (ceh) semua password aku. Ngahahah.

Hari ini birthday Sarah, 25 November. Happy birthday to you Si Sagittarius. Ada buat makan-makan ke kat rumah baru? Weeee haha.

Aku sebenanrnya dah lupa nak tulis apa. Tadi macam banyak idea. Tak pe lah, lain kali je aku update lain. And blogwalking sekali. ok tata~

18 November 2010

Daging Lembu dan Darah Lembu


11.15 pm – Wednesday

Assalamualaikum..
Oleh kerana kita masih dalam mood raya korban maka entri kali ini pun ada kaitan dengan daging korban.

Aku baru balik dari markaz ni. Teman Angah. Dia ada meeting. Tapi meeting di dewan, aku pun tunggu di rumah atas sambil baca Kreko. Di markaz ada lagi daging fresh baru sampai. Semalam kambing, hari ini lembu pula. Setelah diagih-agihkan, rumah kami diminta ambil satu bungkus (sekilo). Tapi kami perlu ambilkan untuk jiran kami sekali maka kena bawa dua kilo.

Mulanya aku berkeras tak mahu bawa salah satu plastic tapi sebab Angah dah merayu hingga melutut dan cium kasut baru aku (okay itu tipo) aku pun mengalah la, bawa juga lagi satu bungkusan daging lembu korban yang masih fresh hingga darahnya menitik-nitik keluar dari plastic sepanjang perjalanan balik ke rumah (masih ada tipu sikit).

Kami naik taxi untuk pulang ke rumah. Aku yang bijak sangat ini meriba atau memangku plastic bungkusan daging. Then Angah tanya kenapa riba kan? Letak je kat tepi seat. Oh ye jugak. Poyo plak aku dengan rela meriba padahal bau daging itu pastinya akan melekat di jubah aku.

Sampai destinasi, kami turun dari taxi. Aku rasa dan pegang jubah aku. Basah! Pehh ini mesti dari plastic daging. Ciss. Maka aku pun terus raba dan pegang bahagian bawah plastic bungkusan daging. Tangan aku basah. Dan bila aku melihat ke jari aku. What??? Darah??

“Angah! Tengok ni!” kataku kepada Angah sambil tunjuk jari aku yang ada darah.

“Aaaaa…. Tak suka! Tak suka!” aku merungut sambil hentak kaki.

Peh marahnya aku!! Dah tentu la jubah aku turut terkena darah daging lembu ni sebab aku pangku dan riba bungkusan ini tadi! Tapi jubah aku warna agak gelap so tak nampak la apa-apa kesan basah. Memang menyirap. Sampai rumah nanti mesti terus kena rendam dan basuh. Pada hal jubah ni boleh pakai dua hari (aku kan pakai tshirt dan seluar di dalam jubah).

Tiba di rumah. Guess what? Rupanya tudung aku turut terkena darah lembu! Wahh lagi la aku geram. Tadi masa berjalan di luar kan gelap, tak nampak. Dah masuk rumah baru lah terserlah tompok-tompok darah daripada daging lembu di tudung aku yang berwarna cerah. Aaaaaaaaa!!! Benci benci benci.

Aku telah pun  merendam jubah dan tudung tersebut. So dalam peti ais rumah aku ini ada daging unta, daging kambing dan daging lembu. Entah bila la mereka (merujuk kepada ahli rumah aku) akan masak daging-daging yang banyak ini. Haii~~

p/s: Kejadian malam ini membuatkan aku bertambah tak suka kepada lembu atau daging lembu. Warghhh. (ayat emosi).

14 November 2010

Salam Aidil Adha

Assalamualaikum..

Kuliah cuti seminggu sempena raya haji bermula Jumaat lepas (12 November) hingga Jumaat ini (19 November). Dah lama tak merasa cuti lama (cehh). Maklum la, kuliah 6 hari seminggu (Sabtu - Khamis). Dah tu setiap Jumaat ada usrah pula. Boleh dikatakan tiada cuti langsung. Huhu.

Untuk pengetahuan sahabat di Malaysia atau di luar Mesir, Mesir sambut raya Haji pada hari Selasa, 16 November. Awal sehari daripada Malaysia. Mengapa begitu? Oh aku tidak tahu. Yang pasti kalendar Mesir punya bulan Zulkaedah hanya 29 hari, mungkin Malaysia punya kalendar bulan Zulkaedah 30 hari. Kenapa berbeza ni? Oh sila tanya ahli falak. Lalalalaa~

Tahun ini Mansurah (di kalangan pelajar Malaysia) buat korban seekor unta dan sembilan ekor khoruf (spesis kambing). Itu info setakat ini lah, tak tahu lah kalau bertambah lagi selepas ini. Ini adalah tahun ketiga aku sambut Aidil Adha di bumi Mesir. Wow. Aku siap dah beli baju raya dan kasut raya beb untuk raya haji kali ini. (errr???). Aduhai, kasut aku tu tapaknya sudah kopak-kopak maka aku terpaksa juga beli kasut baru. *sadis*. Seperti biasa, kasut sport la bukan sandle atau kasut cun. Biar lasak dan tahan lama. Mana tahu nak naik Sinai lagi. (hah??). Weeeee~

So tak ada plan nak berjalan ke mana-mana ke raya ni? Beraya di Mansurah je ke? Hai nampaknya begitulah. Malas nak raya di Kaherah atau tempat lain. Pergi jemputan rumah terbuka sekitar Mansurah je. ekekeke. Tapi bab makan daging yang gua ada sikit benci ni. (hoho..pembenci daging?)

Selamat menyambut Aidil Adha buat semua. Walaupun macam awal je aku wish ni tapi tak pe lah ye. Nasihat aku kepada penggemar daging (muahaha) jangan makan banyak sangat, takut banyak penyakit datang. Ngeeee~

p/s: 'baju raya' yang aku maksudkan bukan lah baju kurung mahupun kebaya. noktah.



04 November 2010

Suram lagi Kusam

Wei! Ko nak biarkan blog kau ni berlapuk je ke tanpa update? Dah la tak blogwalking. Pemalas!

Helo! Sorry sikit. Bukan sengaja tak nak update atau blogwalking tapi rumah aku tak ada line internet dah 11 hari! Ni pun update dari cc je. (ayat loser)

Apa? 11 hari? Apehal ko bengap sangat boleh bertahan selama itu? Kan kau bayar?

Aku malas lah. Biarlah. Tak ada kepentingan sangat.

Kau ni sungguh kasihan dan menyedihkan.

Tak apa lah. Aku redha je dengan ketentuan ini. (ceh)


*************


Nak mengimbau kenangan silam. Judulnya 'The 3rd November Story'.

Sewaktu dajah satu dulu, aku pernah tak datang sekolah sebab demam. Esoknya datang sekolah, aku tanya kawan aku ada homework ke? Dia kata ada subjek English. Aku pun tengok soalan di buku tulis dia, salin semula. Konon nak buat dan hantar jugak homework walaupun aku tak datang semalamnya. (pelajar cemerlang?).

Semalam belajar nombor. Aku dah terlepas sebab tak datang. Aku tengok soalan di buku kawan aku, isi tempat kosong, tarikh kamu dilahirkan. Kawan aku punya tarikh lahir, 7th April 1985. Maka aku dengan penuh yakin tulis tarikh lahir aku 3th November 1985 tanpa bertanya pada kawan ku. Ouchh...

Bila teacher dah tanda dan pulangkan buku, aku punya tarikh dibetulkan, 3rd bukan 3th. Aku terpinga-pinga. Salah ke? Tak lama lepas tu baru aku tahu fungsi 'st', 'nd', 'rd' dan 'th'. Itu la pepatah mengatakan, 'malu bertanya sesat jalan'. Adeshh.

Kau rasa story kali ini semasa aku kecil dulu comel tak?

24 October 2010

Hagah Dari Tanta

Assalamualaikum...

Sebenarnya ia bukan dari Tanta tetapi dari Malaysia. Yup seorang sahabat baikku mengirim sedikit 'buah tangan' melalui rakan yang pulang ke Mesir setelah bercuti di Malaysia beberapa bulan.

Thanks a lot to my dearest friend Rina Kurimi (bukan nama sebenar. lalala..) kerana sudi kirim makanan dari Malaysia. Hari tu dia bagi mesej di FB cakap ada hal penting nak tanya. Petang itu aku terus call dia dari sini. Rupa-rupanya nak tanya aku mahu makanan apa untuk dia kirim (sudah tentu makanan yang tiada di Mesir. huhu.) Aku pun tak ada la teringin sangat nak makan apa-apa tapi sebut je la beberapa yang aku mahu. Ekeke.

Pagi semalam bertolak ke Tanta ziarah kawan aku. Sakura (bukan nama sebenar juga. hak hak) yang baru sampai dari Malaysia 12 Oktober lalu. Sebelum ini dia sekeluarga (dah kahwin dan ada seorang anak) duduk di Mansurah tapi kali ini mengikut suaminya duduk di Tanta. Suaminya, Abdullah Fahmi (ini adalah nama sebenar okay?) menyambung pengajian peringkat Master di Tanta. Sakura lah yang bawa barang aku yang dikirim oleh Kurimi rina. Hehehe.

So apakah barang makanan itu? Jeng jeng. Tak ada lah spesel. Milo, keropok ikan mentah, magie kari, kerepek ubi, maruku dan beberapa balang biskut raya. haha. Bersyukur la kan. Bukan ke aku tak balik Malaysia tahun ini? Hehehe. 

Biasa lah, orang belajar jauh dan duduk jauh dari tanah air begini lah nasibnya. hihihi. Tapi pengalaman itulah yang paling berharga dalam hidup. 


19 October 2010

Kembali Berlima

Assalamualaikum..

Ahli rumah aku dah cukup lima orang sekarang. Achik dan Angah sudah kembali pulang ke Mesir setelah bercuti di Malaysia selama beberapa bulan. Bermakna Raya Haji nanti kami semua ada bagi menyambut raya bersama-sama. Hehehe.

Dua hari lepas (17 Oktober) kami satu rumah jemput Angah di airport. Aduh agak lawak pula bila terkenang. Angah naik flight Qatar Airways yang dijadualkan tiba jam 5.00 pm waktu Mesir. Tak kisah lah tentang waktu tiba tetapi yang jadi musykilah adalah terminal tiba (arrival).

Angah kata di Terminal 1. Terminal 1 pun ada arrival dan departure. Aku dan Alang terus menuju ke tempat tiba. Masuk-masuk je, eh tak ada manusia pun melainkan pekerja di airport (cleaner, guard dan pekerja kedai makan). Hoh. Kami pergi ke tempat berlepas pula (bersebelahan tapi jauh juga jalan kaki, hujung bangunan). Ramai betul orang tapi mustahil la Angah kat terminal berlepas pula. Adoi. Call Angah tanya kat mana, dia pun tak berapa pasti tapi betul Terminal 1. Uiks.

Aku dan Alang berpatah balik tempat tiba tadi. Receptionist (macam salah eja) pula tiada di tempatnya. Nak tanya la kan flight Qatar Airways tiba di terminal mana. Maka kami tanya pada pak guard yang yang jaga pintu keluar masuk barang penumpang kapal terbang. Aku susun ayat baik punya dalam bahasa Arab, dia jawab dalam English. Orang-orang Arab kadang-kadang mcam ni la (yang kerja bank atau syarikat telekomunikasi contohnya), kita speaking Arabic, dia speaking English. Tapi English yang bunyi atau slanga Arab yang kadang-kadang makin tak faham dan susah nak tangkap dia cakap apa. Hoho.

"You turn left, arrival number three." Ok. Yang aku faham, keluar la dari tempat tiba ini, belok kiri, nombor tiga tapi masih dalam bangunan ini. Kami menyelusuri sepanjang bangunan ini, tak ada tulis pula arrival no 3. Atau senang kata pintu nombor tiga la. Semua pintu tertutup melainkan pintu tadi (arrival) dan departure yang mana kedua-duanya pintu paling hujung. Pintu arrival tadi adalah untuk flight Gulf Air (tempoh hari kami jemput Achik di sana). Pintu kedua pula untuk Qatar Airways berlepas (tempoh hari hantar Angah di sini, aku masih ingat). Dan pintu terakhir adalah tempat Gulf Air berlepas ( tempoh hari hantar Achik di situ).

Bingung. Jangan-jangan salah terminal? Terminal 3? Uish tak kan la. Terminal semua jauh-jauh belaka. Then mata ku terpandang satu lagi bangunan nun di sebelah sana. Tapi masih dalam kawasan Terminal 1 cuma bangunan lain. Aku dan Alang berjalan ke sana. Dari jauh aku dapat baca tulisan 'Cairo International Airport Hall 3'. Aku rasa Angah kat bangunan tu. Pak guard Arab tu kata nombor tiga tu Hall 3 la maksud dia. Huh. Aku tak sangka pula 'number three' yang dia cakap tu rupanya 'Hall 3' yang berada di bangunan lain. Aku ingatkan pintu nombor tiga dalam bangunan yang sama. Dan aku tak sangka juga rupanya ada lebih daripada satu bangunan dalam satu terminal! Adesh.

On the way ke bangunan tu, aku call Angah. Dia kata musyrif dah jumpa dia dan dia pun dah keluar dari bangunan itu. Tengah berbual ni, nampak Angah dari jauh dan ustaz tengah tolak troli Angah. Fuh memang benarlah Angah di bangunan sana. Hadui pening jugak aku. Mujur lah tak salah terminal. Hahah. Tak lama tu azan maghrib pun berkumandang. Kami bertolak pulang ke Mansurah jam 6.00 pm dan sampai rumah jam 9.00 pm. 

Oh ya, sebahagian kawasan terminal 1 masih dalam renovation (apasal macam salah eja ye? hak hak). Tak tahu la nak tambah apa lagi entah. Hehe biasalah, namanya pun International Airport, mesti la mahu yang terbaik walaupun tak canggih mana. (Tiba-tiba teringat KLIA. Kui3).

Cerita pasal airport dan terminal di airport tamat. muahahaha.



10 October 2010

Setelah Empat Hari....

Assalamualaikum...

Akhirnya setelah empat hari internet rumah aku 'mogok', 'dia' kembali memunculkan dirinya pada tarikh keramat ini. 10.10.10. Amboi-amboi, kau sengaja tak nak bagi aku update blog la tu.

Cerita di sebalik line internet yang hampeh selama empat hari ini bersama tarikh 10/10/10 ini adalah... Hhohoho. Semalam aku berdoa dan berharap, mudah-mudahan hari ada line internet yang lancar (bukan putus-putus ok?) kerana aku nak update blog pada hari ini. Ngeeee. Aku macam update blog lima hari sekali pula sekarang ini hahah. Alhamdulillah akhirnya ada line..

Hari ini, 10 Oktober 2010 adalah hari konvokesyen bagi graduan-graduan Al-Azhar di Mesir. Wow! Majlis dibuat di bangunan Al-Azhar Conference Centre (ACC). Eh cop betul ke 'conference'? Ah tak kisah lah yang penting singkatannya ACC. Graduan Syariah Islamiah, Usuluddin, Bahasa Arab dan Takhasus Qiraat berkonvo beramai-ramai. Tapi sebenarnya ramai juga yang telah pulang awal ke Malaysia, tak join konvo.

Ok jangan tanya aku, "Habis ko tak konvo sekali ke?". Aku hempuk karang. Aku belum habis belajar ok? Ada baki lagi setahun. Dan aku berada di tahun akhir sekarang. Baru je naik akhir September lepas. So adakah aku akan join konvo tahun depan? Jawapannya rahsia.. Lalalalalala~

Ok la update ringkas je. Nak siap-siap gi sekolah. weeeeee..

05 October 2010

Tabiat Huduh Time Pedicure??


Assalamualaikum..

Oh ini bukan pedicure yang dibuat di spa atau salun (salun? Ada ke?). Paling penting bukan orang lain buatkan pedicure tapi diri sendiri. Kuing3. Pernah ke kalian lakukan pedicure? Hohoho.

Pedicure yang aku maksudkan adalah pedicure yang sempoi sahaja tanpa mengilatkan kuku kaki dengan bahan tertentu. Heheh. Just bersihkan kotoran pada kuku, potong kuku dan ‘asah’ kuku. Tak sesuai pula asah kuku. Apa nak panggil eh? Ah apa-apa saja lah.

Nak tanya sikit. Kui3. Pernahkah atau selalu kah korang, masa bersihkan kotoran di kuku kaki, time cungkil-cungkil kotoran (ayat macam pengotor ke haha), then bila dapat keluarkan, korang menghidu bau kotoran itu? Kah kah kah, aku selalu buat begitu ok? Dah tahu baunya kurang menyenangkan tapi tetap nak hidu juga. Muahahaha. Ini adalah tabiat huduh semasa kerja-kerja pedicure dilakukan. Hak hak hak.

Hahahah poyo kut entri aku ni. Ahahaha. 



01 October 2010

Puasa Ganti / Qadha' Puasa

Assalamualaikum...

Dua hari lepas masa tengah borak-borak dengan mak, aku cakap la aku puasa pada hari itu. Mak pelik dan bertanya,

Mak : Eh, lambatnya? Biasa kan awal Syawal dah puasa?

Aku : Oh memang dah hari tu. Tapi itu puasa ganti. Yang ini puasa enam. Asingkan. Hari tu, habis je puasa ganti, tak boleh puasa plak. Raya sakan kejap. Heheh.

HOhoho. Mak aku memang dah sedia maklum aku memang jenis ganti puasa atau puasa enam di awal Syawal. Beberapa tahun kebelakangan ini, 2nd Syawal aku dah start puasa. AlhamduLillah setakat ini aku tak pernah ganti puasa selain daripada bulan Syawal, bermakna awal-awal aku dah ganti, tak mahu pening-pening. ngahahaha. (ini bukan riya' atau berlagak okay? Just bersyukur diizinkan oleh Allah dapat melakukannya. Mudah-mudahan Allah terus beri aku kekuatan di tahun-tahun akan datang kalau umurku panjang. amin).

Okay cerita puasa ganti dan puasa enam. Hmm.. Ada khilaf berkenaan boleh ke gabungkan dua jenis puasa ini? Jawapannya tak boleh. Tak boleh niat puasa ganti dan puasa enam sekaligus. Tak boleh. 

Situasi 1 : Niat puasa ganti dan puasa enam sekaligus.
Tak boleh. Tiada dalam Islam boleh gabungkan yang wajib dengan yang sunat.

Situasi 2 : Niat puasa ganti di bulan Syawal dengan harapan dapat sekali pahala puasa enam.
Berkenaan pahala ini bukanlah kuasa kita untuk mengetahuinya. Itu semua rahsia Allah. Tapi of course bila kita dah ganti puasa, terlepas kifarah. Ganti puasa itu wajib. Tapi jangan mengharap dapat sekali pahala puasa enam walaupun dilakukan pada bulan Syawal.

Situasi 3 : Niat puasa enam sahaja di bulan Syawal. Bermakna hanya puasa sunat tanpa mengganti puasa terlebih dahulu.
Tidak digalakkan. Kerana yang wajib itu terlebih utama ditunaikan, baru lah melakukan yang sunat. Tentang pahala atau ganjaran seolah-olah puasa setahun juga tidak dapat dipastikan boleh dapat atau tidak. 

Situasi 4 : Niat puasa ganti di bulan Syawal tetapi cuma 6 hari. Contoh; Seorang wanita kena ganti puasa sebanyak 8 hari. Dia niat puasa ganti di bulan Syawal tetapi cuma 6 hari. Baki lagi 2 hari diganti pada bulan lain.
Masih tak sempurna, masih tak habis ganti puasa. Kononnya enam hari itu dapatlah pahala puasa enam.

Situasi 5 : Niat puasa ganti dan langsaikan hutang terlebih dahulu. Selesai mengganti semua puasa, barulah buat puasa enam. 
Yang ini adalah terbaik dan disyorkan. Selesaikan yang wajib dahulu baru lakukan yang sunat. Pahala lagi besar dan memang confirm dapat ganjaran seolah berpuasa setahun.

Kesimpulannya, jangan gabungkan puasa wajib dengan puasa sunat sekaligus. Maksudnya dari segi niat. Maka aku dengan syadid nya mengatakan, habiskan ganti semua puasa, baru buat puasa enam. Contoh kalau kau haid sampai 10 hari, habiskan ganti dulu, baru buat puasa enam. Bermakna total kau kena puasa 16 hari di bulan Syawal.

Ok itu aku yang syadid. Ada juga lah kelonggaran untuk kaum wanita ini. Contohnya kalau kau tidak berkemampuan nak puasa sampai 16 hari, ganti yang 10 hari itu. Mudah-mudahan dapat juga lah pahala puasa enam sebab dilakukan pada bulan Syawal. Tapi jangan berharap sangat.

Tak mampu? Kalau kau boleh puasa 21 hari di bulan Ramadhan (contoh kalau kau datang haid 9 hari), tak kan lah kau tak boleh puasa 15 hari ( 9 + 6 ) di bulan Syawal? Sebenarnya boleh tapi cuma mind set kita mengatakan 'tak larat'. Hanya 15 hari, tak lah banyak sangat rasanya. Lain la kalau kau datang haid sampai 15 hari sebulan, memang agak sukar nak mengganti berturut-turut.

Di Malaysia raya Aidilfitri disambut terlampau beria dan berlebihan. Setiap hari ada sahaja open house (alasan tak boleh nak puasa sebab banyak jemputan open house. hmmm). Sebenarnya raya sebenar hanya sehari sahaja iaitu 1 Syawal. Tak apa kalau nak beraya, ziarah kenalan atau kerabat, tapi kalau bab makan, memang sangat berlebihan rasanya.

Berbalik kepada cerita puasa ganti. Kebanyakan muslimah memang liat sikit nak ganti puasa. Ini adalah kenyataan. Berdasarkan pengalaman, sebahagian rakan-rakan ku sendiri lah yang ku lihat (yang bujang), jenis ganti puasa 'hujung-hujung' iaitu di bulan Sya'ban. Malah ada yang tak sempat habis ganti sebab dah masuk Ramadhan! Maka dah kena bayar fidyah tu. Adoii kenapa lah kau lambat-lambat kan ganti puasa? Kan dah tak sempat?

Sebenarnya kita mampu ganti awal tapi banyak alasan. Alasan kaum hawa ini biasanya;
"Alaa... lama lagi. Setahun lagi ada. Rilek la."
- Amboi, amboi. Mati itu akan menjemput kita bila-bila sahaja. 

"Bila ye nak ganti? Hmm bulan depan la.. Bulan ini busy sikit banyak kerja. Letih."
- Tengok-tengok bulan depan juga bagi alasan yang sama, busy, banyak kerja, letih. Dan juga bulan-bulan seterusnya sampai lah masuk Sya'ban. Hah. Time ini terdengarlah rungutan penyesalan, "Aduh, menyesal tak ganti puasa awal-awal dulu. Padan muka aku. Sempat ke nak habis ganti ni?"

Lain lah kalau ibu mengandung ke, tengah menyusukan anak ke, memang lah ada kelonggaran sedikit tapi tak bermakna tak perlu puasa! Puasa tetap kena ganti dan fidyah tetap kena bayar. Ingat, benda yang wajib ini jika kita tidak ambil peduli (contoh tak ganti puasa) dan tiba masanya nyawa kita diambil, kita telah berhutang dengan Allah. Na'uzubillah.

Kita cuba jadikan diri kita lebih baik dan lebih baik. Aku menulis dan menegur untuk diriku jua. Maaf atas segala salah silap dan kekurangan. Moga kita semua sentiasa dalam peliharaan Allah s.w.t. Amin.

p/s:- Boleh lihat di sini untuk keterangan lebih lanjut berkenaan puasa ganti. Afwan.


29 September 2010

Dieksploitasi atau Mengeksploitasi Diri Sendiri?

Assalamualaikum...

Terus terang, aku sangat benci program realiti tv 'gadis melayu' atau yang seangkatan dengannya yang pesertanya wanita terutama wanita bertudung!!

Dunia oh dunia yang semakin jauh dari landasan agama (Islam). Untuk apa diadakan program seperti ini? Pada aku ia seolah-olah 'mengeksploitasi' wanita.  Mungkin tuduhan ini agak kejam dan ramai yang akan hentam aku tapi aku ada hujah dan alasan tersendiri mengapa aku katakan begitu.


Muslimah Dan Aurat

Okay tak kisahlah kau bertudung tapi tutup aurat tak sempurna itu agak kisah dan peduli. Baju kau ketat. Tudung pula style nampak leher dan cuping telinga. Apakah ini? Imej muslimah kah begini? Kau tak tahu ke terjemahan Surah An-Nuur ayat 30 yang suruh labuhkan tudungmu atau hijabmu menutup dada?
Siapa salah? Penganjur dan juga penaja serta gadis yang rela hanya menurut arahan. Ptuihh!! Kalau tak diadakan program carian gadis melayu kononnya atau apa sahaja, maka wanita pun tidak akan menyertai. Yang wanita pula bangga sangat dan merebut-rebut datang ujibakat. Bod*h.


Muslimah Dan Tabarruj

Yep tabarruj atau berhias berlebihan. Solek tebal, pakai pakaian cantik dan lawa untuk tatapan umum. Tak takut dosa ke wei? Dah aku malas nak ulas.


Muslimah Dan Dunia Glamor

Kau masuk pertandingan mesti sebab nak popular kan? Ayat prejudis daripada aku. Memang iya betul tak? Lepas tu kau promote supaya orang undi kau. Siap ada kelab peminat di Facebook ye? Yang paling best, parents dan family bagi galakan. Cehh. Bangga sangat ek mak ayah, anak perempuan dia masuk tv, glamor, orang kenal, ramai peminat.
Wahai si ayah atau suami atau abang atau adik lelaki atau anak lelaki, kau tahu tak di akhirat nanti wanita akan menghalang kalian daripada masuk ke syurga. Baru nak melangkah tiba-tiba anak perempuan / isteri / saudara perempuan panggil dan dakwa kau, " Ya Allah, dia ini semasa di dunia langsung tidak menasihati aku dan menegur aku bila aku tak tutup aurat dan bla bla bla (dan sebagainya). Jangan bagi dia masuk syurga".

Sengaja aku guna 'muslimah' bukan 'wanita' kerana mahu fokus kepada wanita yang beragama ISLAM. 

Sama juga ceritanya dengan pencarian cover girl atau gadis majalah Nur dan Dara.com. Aku memang cukup benci dengan cover gadis muslimah untuk dua majalah ini. Majalah kononnnya islamic tetapi??? Hmmm..memang bangang la juga, maaf cakap la. Aku memang hilang hormat dengan majalah seperti ini walaupun pengisiannya 'agak bagus'.


Ahh kesimpulannya aku memang benci dengan semua ni! 
Detail: 1) Benci dengan penganjur program atau majalah berkaitan.
           2) Benci dengan muslimah yang menyertai.
           3) Benci dengan si pengundi dan peminat. haha.
Ouchh macam melampau cakap benci. Aku sebenarnya kurang senang la. Sebagai seorang Islam, kita sepatutnya tidak menyokong program seperti 'gadis melayu' (just contoh) itu. Ini semua keduniaan semata-mata. Semua mahukan kemasyhuran la tu.  

Maaf la kalau aku emosi. Mudah-mudahan kita sentiasa terpelihara dan sentiasa dalam rahmat Allah. Ameenn.

Ada sesiapa nak hentam aku balik? Silakan. Aku sedia menjawab dan membidas. 


28 September 2010

Tak Faham...

Assalamualaikum...

Saje nak update tapi cerita tak best pun. Just nak mengadu kerana kepelikan melanda diri. dush!

Baru kejap je ni tadi aku try call abah. No handset la. Ada orang angkat. Tapi suara lelaki yang tak dikenali. Adakah aku salah nombor? Tak mungkin!!

Ni aku mula nak marah ni. Aku try dua, tiga kali jugak tadi. aku cakap helo banyak kali untuk pastikan aku tak salah nombor. At last orang sana matikan call. Gua pulak dah tak berani nak call lagi, takut betul-betul salah nombor ke. Lagi satu, membazir kredit la juga kan call tapi just cakap helo helo helo then dimatikan. Grrrr....

Update: Dapat call, dengar suara mak aku sekali je. Then aku nampak lambang speaker kat lowrate ni bermasalah, line tak jalan. Tapi mic aku okay je. Wahhh aku mula nak marah. Samada line sana yang kiok atau line sini. Tapi line sini mustahil la tak elok, semalam aku call kawan aku ok je. Ini bermakna line celcom di rumah aku di Felda Maokil tu yang bengong!!!! Marahnya!!!!

Aku try dail lagi ada operator jawab macam s**l. Apa tah dia cakap, tak jelas sangat. Konon-konon aku dail nombor yang salah. Bangkai!

update : Aku dail nombor Fatimah setelah diberi oleh Sarah. Dapat. Tapi oarng sana tak dengar suara aku agaknya. Aku dengar je suara mak. Penat aku cakap helo dan macam-macam lagi lah tapi tiada respon dan mereka turut cakap helo juga banyak kali. warggghhh kenapa dengan lowrate ini hah?? (salahkan lowrate pula, tadi salahkan line). Sabar, sabar, aku tengah puasa ni. Hey marah betul rasa nak memaki dan menyumpah je. (dah maki pun tadi sambil ketuk meja).

update : Dapat call. Setelah aku main-main wayar headfon dan mic, Alhamdulillah, dapat la cakap kejap tadi. Lepas tu putus-putus la pulak! Adoooiiiiii. Permainan apakah ini??? Perlukah aku hempas satu set computer ini?? (monitor + pc + keyboard + mouse + headphone).

update : Alhamdulillah dapat gak call dan bercakap. Tapi dah last-last tu putus-putus juga. Tapi overall ok lah juga...(ayat sedapkan hati huhu). Line agaknya yang bermasalah sikit. (mujur tak hempas set computer ni muahaha).

Ok lah aku nak balik rumah. Letih dah lepak cc sejak balik dari Maahad tadi. Dah dua jam dalam ni. OK babai.

23 September 2010

Bukan Menyepi

Assalamualaikum..

Nampaknya aku benar-benar cuti raya sakan. Oh sebenarnya bukan begitu. Rumahku tak ada line internet sejak 3 Syawal sampai sekarang! Melampau betul la. Ini pun aku saje nak singgah cc main internet.

Sabtu ini kuliah bakal bermula. Sedar tak sedar aku dah berada di tahun tiga (tahun akhir). Oleh kerana ramai yang masih bercuti di Malaysia maka kehadiran ke kuliah dijangka hanya mencapai bawah 25%. Ouchh. Yang berada di Mansurah atau Mesir pun belum tentu datang kuliah, itu menjadikan peratusan kehadiran hanya 25% atau kurang. 

Ahad ini rumahku bakal menerima kehdiran orang baru. Weeee. Bukan baby ok? Tapi pelajar baru, tahun satu. Kos sama dengan aku. Maka nanti akan ada 4 orang ahli rumahku dengan bidang pengajian yang sama. Aku tahun tiga, Achik dan Alang tahun dua, adik baru tahun satu. Nampaknya Angah seorang la kuliah lain. Hehehe.

Rasanya macam dah terlambat betul untuk ucapkan selamat hari raya. Hahaha tak apa lah. Salam aidilfitri semua. Maaf zahir batin.

01 September 2010

10 Malam Terakhir Ramadhan

Assalamualaikum..

Dah masuk bulan Sepetember. Ramadhan juga dah masuk fasa 10 malam akhir. Salah satu daripada 10 malam akhir ini merupakan Lailah al-Qadr. Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.

Sama-sama lah kita berusaha mendapatkan malam yang amat istimewa itu. Aku pernah terbaca di Majalah Ujang tahun bila tah, di ruangan agama sikit. Ada seorang Imam (taraf ulama' dan wali) ke sahabat Rasulullah aku pun dah tak ingat telah buat satu rumus tentang Lailatul Qadr ini.

Tapi aku tak hafal la rumus itu sebab just baca sekali lalu. Itu pun aku rasa dalam tujuh atau lapan tahun yang lalu. Tak ingat aku dah habis sekolah ke belum entah. Imam atau Sahabat tersebut telah menemui Lailatul Qadr boleh dikatakan setiap tahun. Oleh itu beliau telah membuat satu rumus malam bilakah akan berlakunya Lailatul Qadr.

Apa yang aku boleh kata, rumus itu menjelaskan jika hari pertama puasa jatuh pada hari sekian, Lailatul Qadr akan jatuh pada sekian haribulan. Contoh: Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad, maka Lailatul Qadr jatuh pada malam 21 Ramadhan. Dan begitulah seterusnya, yang pasti akan jatuh pada malam ganjil.

Walau apa pun, itu hanyalah rumus berdasarkan pengalaman beliau sepanjang hidupnya yang bertuah dan dapat menemui Lailatul Qadr. Kita jangan lah pula menumpukan hanya pada malam tertentu sahaja dalam beribadat bersungguh-sungguh nak mendapatkan Lailatul Qadr. Siapalah kita berbanding Sahabat Rasulullah dan wali-wali Allah.

Maka teruskanlah beribadat bersungguh-sungguh bukan sahaja pada bulan Ramadhan tetapi juga pada bulan-bulan yang lain. Cuma fadhilat yang amat besar itu hanya terdapat pada Lailatul Qadr. Semoga Ramdhan kali ini dapat menjadikan diri kita lebih baik lagi berbanding sebelum ini. Amin.

24 August 2010

Tonik, Tomato dan Scott's Emulsion

Assalamualaikum...

Pernahkah sewaktu kalian kecil dahulu 'dipaksa' makan itu dan ini?  Kecil tak la kecil sangat kot, dah sekolah rendah la. Ada tiga 'benda' yang paling aku ingat abah paksa kami tiga beradik pada waktu itu untuk memakannnya tiap-tiap hari Auchh..

Tonik - sejenis minumam tenaga ke apa tah dalam botol kecil macam botol minyak wangi yang kecil tu. Rasanya manis. Ada jenama dia apa tah aku lupa. Haha.

Abah beli macam satu kotak gitu dan dalamnya ada tersusun botol-botol kecil minumam tonik. Cantik kotak dan susunannya. Mahal juga benda tu kot. Hehe. Time tu aku dalam darjah satu atau dua. Abah suruh minum tapi tak la hari-hari. Sedap la jugak tapi manis sangat dan biasalah rasa ubat-ubatan sikit muahahaha.

Tomato. Pernah abah paksa kami tiga beradik makan tomato mentah sehari sebiji seorang. Gulp! Gua dah la tak makan sayur kan? Terpaksa la menahan rasa tak lalu di tekak menelan tomato bak memakan sebiji epal. Tapi ii tak la bertahan lama. Ada la dalam seminggu je kot lepas tu abah dah tak ada beli tomato banyak-banyak. Kui kui kui.

Scott's Emulsion warna putih. Gulp! Rasa yang sangat lain macam, macam rasa ikan mentah pun ada. Dipaksa minum satu ke dua sudu teh setiap hari. Ngeeee sangat meloyakan tekak tapi terpaksa telan jugak la. Kalau yang perisa oren tak pe la, sedap. Ini yang warna putih beb. Aduyai. Kadang-kadang aku mengelat, time abah tak nampak, aku buang Scott's Emulsion yang dah dituang ke sudu. Aku buang ke sinki. Ngeh ngeh.

Nasib baik tak ada paksa telan 'pil pandai' muahahaha!!




22 August 2010

Hari-hari telur, kau tak boring ke?

Assalamualaikum..

Agak lama juga beta tak update blog beta. Di harapnya rakyat jelata di bawah naungan beta tidak tertunggu-tunggu cerita terbaru sang puteri yang disayangi ramai ini. Ouchh tiba-tiba aku macam dengar ada orang nak muntah. Oh its not my fault. Lalalalala~

Suka-duka berpuasa Ramadhan di rantau orang. Barangkali itu tajuk lebih dramatik untuk entri kali ini.  Tapi aku sengaja buat tajuk yang bunyi macam lawak sikit haha. Adoi letih gila puasa time musim panas wo! Dugaan, dugaan. 

Sepanjang dah 10 ke 11 hari tah puasa ini, boleh dikatakan aku dan Alang kerap berbuka dan bersahur dengan lauk yang berasaskan telur ayam. Memang kami beli satu papan pun hari tu, senang. So ko tak boring ke hari-hari makan telur ni? Jawapan aku tak boring langsung coz aku memang suka makan telur ayam sejak dari kecil. Weeeeee~

So adakah kami dikira malas masak atau malas beli lauk sampaikan tiap-tiap hari lauk telur? Oh sungguh kejam soalan itu okay? Tapi aku bagi lah juga jawapan dan alasan kenapa kami tak beli lauk, rela makan telur tiap-tiap hari. Mari lihat..

1- Kami hanya tinggal berdua jadi kalau beli lauk mentah, susah nak habis. Kang busuk atau tak elok pulak tak dimasak cepat-cepat.

2 - Peti ais rumah kami bermasalah. Adoii.. Kejap sejuk kejap tak. So tak boleh jugak nak simpan lauk untuk tempoh masa lebih dua hari. Tetap akan busuk. Rugi la kan? Dan peti ais rumah aku tu aku perasan 'beliau' mula ala-ala 'rosak' sejak Julai lalu, sebelum puasa lagi. Sabar aje lah.

3- Suq agak jauh dari rumah, memang agak bercinta nak ke sana di musim panas terik ini. Hohohoho.

Tapi walau apapun alasan nombor 1 dan 2 adalah yang paling tepat dan terbaik. Kadang-kadang aku beli jugak ayam Koki (satu jenama seperti Ayamas di Malaysia) yang dah salut tepung tinggal goreng je. Buat lah sambal ke apa ke buat cicah. Ok apa? Bukan pemalas beb tapi seperti ku katakan tadi, tinggal berdua ini, tak pe lah kot, sempoi-sempoi sudah masak memasak. Hoho.

Dan paling best jugak setakat ini tak pernah beli sayur langsung muahahaha. So makan lauk je tanpa sayur. Sayur di sini sangat-sangat murah dan kalau beli memang confirm susah nak habis. Last-last nanti layu dan buang begitu sahaja. Membazir tu. Aku pulak tak makan sayur ahahahaha. So siapa pula nak habiskan sayuran yang banyak itu nanti? Alang memang tak mampu la nak habiskan seorang. Huk huk.

Telur oh telur. Hahah. Kira okay apa? Berbanding sahur dan buka makan megi yang tak berkhasiat tu baik makan lauk telur kan? Selalu juga lah kami dapat undangan berbuka puasa di rumah orang arab tapi aku tak pernah pergi lagi setakat ini, Alang je rajin hahaha. Masa Tahun Satu dulu aku rajin juga penuhi undangan berbuka puasa di rumah orang Arab tapi tahun ini entah kenapa macam tak ada feel sangat. Ceh mengada je kot aku ni. Ah biar la.

Eh tiba-tiba teringin nak makan megi. Ok lah aku nak chow dulu masak megi hak hak hak. Babai.




14 August 2010

Lawak di Bulan Puasa

Assalamualaikum...

Sedar tak sedar dah empat hari kita berpuasa kan? Dan hari-hari berlalu (macam ayat novel) aku bersahur dan berbuka hanya berdua sahaja dengan Alang. Yang lain enak bersahur dan berbuka di tanahair, di kampung halaman masing-masing. Sob..sob.. 

Tengahari tadi, (tak la tengah hari sangat). Pagi pun tak pagi sangat la. Dalam pukul 10 kot aku tidur. Aku terjaga jam 11.30 pagi (jam di laptop dan juga jam dinding). Azan zuhur jam 12.00 tengahari. So aku angkat kain di jemuran, pergi tandas dan siap-siap la untk solat. Ngeh ngeh.

Sementara tunggu azan (lagi 10minit) aku main internet kejap. Bila jam menunjukkan pukul 12, tak azan pun. Atau mungkin aku tak dengar? Jam 12.15, aku pun solat. Dalam rakaat kedua tiba-tiba aku baru teringat. Eh, jam laptop dan jam dinding rumah aku tu belum tukar lagi la. Dush! Aku terus batalkan solat aku (solat zuhur..adeshh).

Ye, waktu sebenar ialah 11.15, bukan 12.15. Awal Ramadhan hari tu, tukar jam di Mesir. Tambah satu jam. Bermakna sudah beza 6 jam dengan Malaysia, bukan 5 jam lagi. Aku pun tak hengat sudah tambah satu jam. HAdui, lawak betol la. Patut la tak azan Zuhur lagi. Belum masuk waktu la dol!

p/s: sangat panas~




Selawat Nur beserta shakl (baris).


 صلوات النور مع الشكل



اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّم عَلَى نُورِ الأنْوَارِ وَسِرِّ الأسْرَار وَتِرْيَاقِ الأغْيَار

 وَمِفْتَاحِ بَابِ الْيَسَر سَيْدِنَا وَمَوْلانَا مُحَمَّدٍ الْمُخْتَار وَ آلِهِ الأطْهَار

وَأصْحَابِهِ الأخْيَار عَدَدَ نِعَمِ اللهِ وَإفْضَالِهِ
 
Allahumma solli wa sallim ‘alaa nuril anwaar, wa sirril asror, wa tiryaaqil aghyaar, wa miftaahi babil yasar, saidina wa maulaanaa muhammadinil mukhtaar, wa aalihil at-haar, wa as-habihil akhyaar, ‘adada ni’amillahi wa ifdholih.

Selawat dan salam ke atas cahaya yang menyinar, dan rahsia segala rahsia, dan penawar bagi yang lain-lain, dan kunci pintu kesenangan, saidina maulana Muhammad mukhtar, dan ahli keluarganya yang suci murni, dan sahabat-sahabatnya yang merupakan orang yang baik-baik, banyak nikmat Allah dan kelebihannya.

 
p/s : Terjemahan mungkin tidak berapa difahami. Harap maaf. Huhu.


 

13 August 2010

Selawat Nur

اللهم صل وسلم على نور الأنوار وسر الأسرار وترياق الأغيار ومفتاح

باب اليسار سيدنا ومولانا محمد المختار و آله الأطهار وأصحابه الأخيار 

عدد نعم الله وإفضاله

Ini adalah selawat nur. Aku publish atas permintaan seorang rakan di shout box aku kat sebelah ni. Moga bermanfaat buat semua. Maaf la tak ada baris sebab huruf jawi  (arab) yang di install kat laptop aku ni tidak disertakan baris. Ngeeee. Maaf. Sebarang pertanyaan boleh hubungi aku di alamat emel racunsakti@gmail.com. 
Selamat beramal
 .

 

12 August 2010

Ramadhan Datang Lagi

Assalamualaikum..

Fuhh... lamanya tak update blog. Sibuk mengatasi segala-galanya. Cewahh. Bayangkan lah baru hari ini aku dapat rehat daripada segala macam aktiviti dan program yang memenatkan. Dan sepanjang Ramadhan ini aku dah tak mahu ke mana-mana. Mahu stay Mansurah, kampung halaman yang disayangi dan dirindui. Ekeke..

Beberapa minggu kebelakangan ini sungguh sibuk. 2 minggu lebih. Malam tadi baru sampai Mansurah, tu  pun tidur rumah kawan. Pagi tadi baru lah sampai rumah. Percaya atau tidak, bila dicampur tolak, aku tidur lebih kurang 10 jam siang tadi. Bukan la tidur straight 10 jam tapi bila dah di total. Puasa 15 jam dan tidur 10 jam. Makruh dan jangan ikut perangai ini. Aku sangat-sangat letih dan penat, dah tu demam la pulak. Ni baru ok sikit walaupun tak berapa sihat lagi. Mudah-mudahan puasa pada hari esok dan seterusnya aku lebih cergas dan bertenaga. Ameeennn...

Rindu Malaysia? Biasa-biasa je, hhahahah. Sebenarnya dah lama tak call Malaysia, tak sempat-sempat. Nak call malam ni, semua dah tidur. Oh ye, sekarang dah tukar jam lagi. Bermakna beza waktu Mesir dan Malaysia adalah enam jam. Malaysia cepat 6 jam daripada waktu Mesir.

Sekarang tinggal berdua je dengan Alang, yang lain semua di Malaysia. Ok je tak kisah pun. Hihi. Teringat masa tahun satu dulu pun puasa di Mansurah. Sebulan. Tahun lepas puasa di Malaysia. Tahun ini kembali pada tahun 2008, puasa dan raya di sini. Tahun depan (tahun akhir), 2011 juga bakal puasa dan raya di Mesir juga kot. Tak mahu pulang awal. Abah pun suruh konvo tahun depan. Tak kisah la mana-mana. Pulang awal boleh, pulang lewat pun boleh. Tapi hati aku macam lebih berat kepada pulang lewat, dalam September atau Oktober 2011. Hohoho.

Ceh tiba-tiba dah cakap pasal tahun 2011 pula. Jauh lagi tu. Hehehe. Teringat pula semalam di ACC waktu pengisytiharan puasa oleh mufti Mesir. Wow, sungguh bertuah kami dapat jemputan ke sana. Weeeee. Semua mufti, menteri, sheikh Azhar republik Mesir ini turut ada dalam dewan ACC sewaktu pengisytiharan puasa semalam. Kami masuk ke dalam ACC lalu karpet merah lagi. Bangga jap hahaha.

Ok gua mahu rehat. Baru lepas makan ubat. Banyak kerja nak buat ni. Basuh baju dan lain-lain (housework). Masih belu terlambat rasanya nak wish selamat menunaikan ibadah puasa buat semua. Selamat berterawikh, selamat bersahur dan selamat berbuka. Sama-sama kita meningkatkan amalan di bulan yang pebuh barakah ini dan harapannya berterusan hingga ke bulan-bulan yang lain juga. Ameenn. Salam ramadhan buat semua.

P/s : Target khatam Quran 30 juzuk (baca dengan tengok Quran) Ramadhan tahun ini. Paling kurang sekali, average tiga kali, kalau mampu enam atau tujuh kali. Ganbatte!!!

01 August 2010

Nak Pengsan Kejap Boleh Tak? Hahahah..

Assalamualaikum...

Ape tah tajuk entri aku? Macam poyo gila hahahah. Konon macam busy sangat la sampai nak terasa pengsan. Ceh memang teramat poyo. Dush!!

Kejap lagi jam 8.30 am hantar Achik ke airport. Ramai juga yang pulang ke Malaysia pada tarikh 1 Ogos ini. Huhuhu. Semalam tiba Mansurah lebih kurang jam 8.00 pm. Then akan terus stay Kaherah (seperti yang aku pernah beritahu dalam entri sebelum ini huhu). Agak letih dan penat jugak la. Lebih-lebih lagi time musim panas ni. Fiewww!!


Can you see my eyes are shining bright? Cause I'm out here on the other side... OPss tetiba nyanyi lagu My Chemical Romance plak. Ya aku just nak tanya gitu, 'kau nampak tak mata aku bersinar-sinar ni?' Wink wink!! Bersinar penuh dengan kegembiraan dan penuh energy. Bukan layu dan kuyu penuh kelesuan dan kelemauan. Sembunyikan sinar malap keletihan di matamu tapi pamerkan sinar terang kegembiraan, keterujaan dan keceriaan. Weeeeeee~
Ok la aku nak blah.  Nak makan, nak siap-siap. Chow..

p/s : Ada jual ABC tak kat bazar nanti?

29 July 2010

Wow! KAKA duduk sebelah aku dalam bas!!

Assalamualaikum...

Sempat lak aku update blog ye hahaha. Kat cc di Kaherah ni. Mesyuarat habis tengah hari tadi so petang aku meronggeng keluar melepak di cc. Weeeeee~

Peh tajuk mesti mau gempak kan? Hohoho. Ini bukan mimpi tapi realiti beb! Tapi tajuk salah sikit. Bukan bas tapi tremco. Haha. Ceritanya begini. Jeng jeng jeng....

Pada suatu pagi yang hening aku menaiki sebuah tremco dan duduk seat belakang sekali. Aku di Hayyu Sabiek mahu menuju Hayyu 'Asyir. Tak la jauh sangat, tambang 75sen je. Tapi aku mana la mahir sangat kawasan Kaherah. Ngeeee~

Eh lari tajuk haha. Tak lama tu ada seorang jejaka arab masuk duduk sebelah aku. Sekali pandang sejibik Kaka siot! Kening dia, hidung dia. Ahahaha. Bro, mintak nombor telefon boleh? Ekekeke.

Bengong je. Ok la babai. LAlalalala~

28 July 2010

Inspirasi Blogger Boy??

Assalamualaikum...

Tiba-tiba teringat cerita bersiri Blogger Boy  yang pernah disiarkan melalui channel 8tv tahun lepas. Tapi aku tak sempat nak tengok kesudahan cerita itu sebab dah pulang ke Mesir. Lagipun aku malas nak tengok kat youtube. Hak hak hak.

Mulanya adik aku si Sarah yang promote drama tu pada aku. Tengok kat iklan, memang macam best. So aku pun layan la. Tak pernah missed sepertimana kami melayan drama Nur Kasih. Wow! Hahahahah. Cerita yang sangat cool dan santai pada aku. Mengisahkan si hero (aku dah lupa namanya, tolong ingatkan aku balik Sarah. Haha) yang berblogging menceritakan kehidupan hariannya dalam bentuk lukisan dan komik, bukan dalam penulisan. Sangat-sangat cool bukan?

Tapi yang lawaknya blog dia dituduh blog gay kerana karektor dalam komik dia itu lebih kurang je watak lelaki dan perempuan. Watak si gadis berambut pendek dan kelihatan seperti lelaki. Ouchhh!! Dah tu setiap watak hanya guna huruf pertama nama watak. Contoh Nina (heroin) hanya tulis N. So mana la orang nak tahu itu adalah watak girl? Hoho.

Tiba-tiba aku macam dapat inspirasi untuk berblog ala-ala macam tu. Hanya melalui lukisan komik beserta dialog. Wahahah. Tapi aku juga suka menulis. So tak pe lah, aku tulis je lagi best. Ngahahah. Walaupun aku ada juga melukis yang menceritakan kehidupan aku tapi bukan sama betul seperti realiti. Semua watak aku 'lelaki' kan. Eh macam tak betul ayat aku ni ahahaha. Abaikan sahaja tak payah faham. Lalalalala~

Okay aku nak sambung buat kerja. Saje je nak update blog walaupun cerita tak best. Hahah.

p/s : 
- Petang ini aku akan ke Kaherah lagi dan stay sampai Sabtu ( 31 Julai ).
- 31 Julai pulang ke Mansurah.
- 1 Ogos hantar Achik ke Mator.
- 1 hingga 6 Ogos terus stay di Kaherah. So mungkin tak akan update blog. huhuhu.


27 July 2010

Matrouh --> Iskandariah --> Mansurah

sambungan..

12 Julai 2010 - Ahad

Selepas Pantai 'Agiba, kami menuju ke Suq Libya yang terletak di kota Matruh. Tiada apa yang menarik sangat, lebih kurang je macam ma'rad atau kedai-kedai jual pakaian dan sebagainya. Malam itu kami sampai rumah dalam pukul 11 malam. 


13 Julai 2010 - Selasa

Pagi : Bersiap-siap dan berkemas-kemas untuk pulang. Check in jam 11 am.

12.00 pm : Angkut kurma. Hihihi. Aku tak beli banyak pun sebab aku tgak balik Malaysia. Mereka yang balik Malaysia beli sampai berpuluh-puluh kotak gitu. Kurma yang dalamnya isi badam dan coklat. Di sini harga kurma agak murah berbanding tempat-tempat lain.

1.00 pm : Bertolak meninggalkan Matruh. Kami singgah solat di masjid. Cuaca agak panas. Fuhhh~

6.00 pm : Tiba di Iskandariah. Kami sempat makan-makan di rumah Ririn dan Soifon. Terima kasih kepada Soifon kerana belanja kami juadah-juadah khas dari Bazar Alex. Kebetulan DPMI anjurkan bazar yang bermula pada hari ini (13 Julai).

7.00 pm : Meninggalkan Alex menuju ke Mansurah. Weeee~

10.00 pm : Tiba di rumah.


Maka berakhirlah percutian musim panas di Matruh dan Siwa. Hehehe. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Renji, Izuru dan Soifon yang bertukar-tukar memandu. Haha. Jauh tu perjalanan. 

Renji dan Izuru yang telah tamat pengajian bakal pulang ke Malaysia awal Ogos nanti. All the best untuk kalian. Tahniah untuk Renji yang bakal menamatkan zaman bujang Syawal nanti. Maaf la tak dapat datang majlis hang. Aku tak balik la tahun ni. Kui kui.

Renji, Izuru, Orihime, Yuzu, Yuroichi, Soifon dan Ririn! Korang memang best dan sporting. weeeee~



25 July 2010

Matrouh : Pantai 'Agiba

Sambungan..

12 Julai 2010 - Isnin

Selepas Hamam Cleopatra, kami menuju ke Pantai 'Agiba atau bahasa arabnya Bahru Al-'Ajiba yang bermaksud 'pantai ajaib' atau 'laut ajaib'. Di gelar 'pantai ajaib' kerana laut ini boleh kelihatan seperti tujuh warna pada waktu tertentu. Tetapi tujuh warna itu bukanlah warna pelangi ye tuan-puan. Tujuh warna itu adalah warna biru dan hijau berperingkat-peringkat. Biru cair, biru pekat dan apa-apa lagi lah. Kena datang tengok sendiri baru tahu. Nak gambarkan pun payah juga. Hahhah.

Shot foto dari atas.

Ramai gak orang.

Sapa nak mandi boleh mandi.

Masa ni tak cukup tujuh warna pun lagi. huhu.

Mula-mula hijau, kemudian beransur tukar biru. Weeee~

Cantik.

Gambar ni senget atau laut ni senget? 

Sejernih dan secantik 'laut ajaib'.

Shot dari tangga pulak.

Ini kamera orang lain. 

Ini pun sama kamera oarang lain.


Boleh tengok betapa ramainya orang arab berkunjung ke sini.


Dah, dah. Balik cepat, dah nak masuk azan maghrib ni. 


Langit mula gelap dan kami pun beredar. Kata orang arab, pada tarikh 21 Julai tiap-tiap tahun baru boleh nampak tujuh warna tu. Ada pendapat lain juga kata, kelihatan tujuh warna itu pada waktu maghrib dan lepas subuh (terbenam matahari dan terbit matahari). Tak kisah lah tak dapat tengok laut jadi tujuh warna, janji gua dah pernah sampai tempat ini. Bukan semua orang bertuah dapat berkunjung ke sini walaupun belajar di Mesir.

bersambung..

p/s : aku agak sibuk sekarang ini. belum sempat nak blogwalking. sorry. huhu.


24 July 2010

Matrouh : Pantai Rommel dan Hamam Cleopatra

Sambungan...

12 Julai 2010 - Isnin

Selepas bergambar di Muzium Rommel, kini tibalah masa yang dinanti-nantikan. Mandi laut!!! Yahoooo!!!!









Sebelum mandi laut kami bertujuh naik banana boat dahulu. Best wo! Sorry, pic on the banana boat is not available to appear at this blog. Muahahaha!! (macam salah english aku tu. ah biar la. agagaga). Part paling best adalah apabila kami yang duduk atas the banana 'dijatuhkan' oleh bot. OMG! Air masuk hidung. Pedih, pedih. Ngahahaha.

Lepas round2 laut dengan banana boat, baru la kami bermandi-manda. Weeeeeee~ Best gilerr. Airnya sejuk dan jernih. Dan Pantai Rommel ini memang cantik!


1.30 pm : Pulang ke penginapan.
- Aku sempat tidur kejap sementara tunggu turn bilik air. Muahaha.

5.30 pm : Menuju ke Hamam Cleopatra.

Patung Cleopatra.


Jauh jugak menapak.

Petang-petang ramai lak orang. huhu.


Nun di sana itulah terletaknya Hamam Cleopatra.



Penat lah pulak. Sambung nanti lah. Ahahahaha. Tata.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...