Showing posts with label Dumyat. Show all posts
Showing posts with label Dumyat. Show all posts

07 March 2010

Kerang dan Dumyat


 
Salah sebuah pantai yang berada di Dumyat.


 
Kulit-kulit kerang yang terdampar di pinggir pantai.


 
 Besar betul kerang ini!


 
Banyaknya kerang!


 
 Kerang-kerang (dan juga kulit-kulit kerang) di persisiran pantai Dumyat.


 

 

 



Pantai ini terletak agak jauh dari ( رأس البر ) tetapi masih berada dalam kawasan Dumyat. Pantai ini akan menjadi tumpuan orang ramai apabila kerang-kerang 'naik' ke atas pantai. Biasanya bila angin kuat ala-ala ribut melanda laut, ia akan 'menolak' kerang-kerang ke tepi pantai.

Maka berduyun-duyun lah 'peminat kerang' datang pantai dengan membawa guni lalu mengutip kerang-kerang yang ada. Bukan kena bayar pun, kutip je la berguni-guni pun tak ada orang nak marah.

Tapi aku dan ahli bet aku datang sini hanya sekadar untuk berjalan-jalan bukan mahu mengutip kerang. Aku pula 'pembenci kerang' jadi lagi lah aku tak hairan langsung dengan kerang-kerang ini. Nak kutip apatah lagi. Tak kuasa aku.

Kami hanya menghirup udara segar sambil melihat keindahan ciptaan Allah. Pantai juga salah satu terapi untuk tenangkan fikiran gitu. Damai je rasa. Tapi tak ada la sampai nak mandi-manda di sini. Kalau untuk mandi-manda ada lagi pantai lain yang lebih cantik.

Angin terlalu kuat dan ombak pun terlalu kuat jadi tak sesuai nak mandi di sini. Kami hanya berkelah dan makan-makan sahaja (bawa bekal dari rumah).

Haii...aku masih teringat bagaimana budak-budak rumah sebelah begitu bersemangat mengutip kerang hingga berguni-guni dan bawa balik rumah. Ohhh aku memang pembenci kerang dan juga sekutunya; kupang, kepah dsb.

04 March 2010

Ra'sul Bar ( رأس البر )

رأس البر atau Ra'sul Bar adalah pertemuan di antara Sungai Nil dengan Laut Mediterranean. رأس bermaksud 'kepala' dalam bahasa Arab. Ra'sul Bar terletak di Dumyat (Damietta), Mesir. Perjalanan ke Dumyat dari Mansurah mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Mari tengok gambar. Weeeeee~


Laut Mediterranean.

Antara hotel yang terdapat di kawasan ini.


 
 
 


 
Peta dalam bahasa Arab (tulisan jawi).

Map in English. Heheh.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...