18 October 2012

Buang Karang Gigi

Assalamualaikum.

Lagi seminggu kita akan menyambut Aidil Adha. Aku tak ada buat qurban. Family aku pun tak. Jadi kita beraya sekadarnya sahaja. Ah, aku bukan makan daging pun ada aku kesah? Hohoho.

Selasa lepas aku pergi Klinik Pesakit Luar Mahmoodiah yang jaraknya amatlah dekat dari rumah aku. Semuanya gara-gara gigi. Yes, karang gigi atau perkataan lainnya plak/ karies. Seminggu sebelum itu time aku buat checkup di KKIA, kena jumpa doktor gigi kejap. Dia just periksa je then bagitahu gigi awak dah banyak karang ni, tak elok dibiarkan.

Doc: Bila kali terakhir buat pemeriksaan gigi?
Aku: Emm... aaa (sambil berfikir bila eh? Belum sempat jawab doc mencelah)
Doc: Masa sekolah?
Aku: Err..err..

Betul la tu kot last masa form 5 dulu kat sekolah. Gila lama patutlah dah berkarang-karang gitu kat gigi. Adess. Dah 10 tahun kot. Doc pesan lagi suruh buang karang, pergi la mana-mana klinik kerajaan atau private. Bahaya kalau dibiarkan, gigi boleh reput atau tanggal. Ngee tak kan lah aku nak jadi rongak dalam usia sekarang ini?

Maka atas kesedaran itulah aku nekad untuk buang semua karang pada gigi aku ini kat klinik. Karang yang tak berapa nak teruk biasanya terlekat pada celah gusi dan gigi di bahagian dalam dan warna kekuningan. Kalau tahap teruk akan bertukar warna hijau dan hitam dan merebak ke bahagian hadapan gigi pula. Lazimnya karang banyak terkumpul di gigi hadapan bahagian bawah (dalam).

Mula-mula datang awal pagi, peh ramai gila umat, parking pun tak ada. Then, balik rumah dululah. Petang dalam jam 3.00 petang baru pergi semula. Orang still ramai tapi tak seramai pagi. Lepas daftar dan ambil nombor giliran, duduk menunggu. Semua yang dipanggil masuk macam kejap-kejap je. Setau aku dulu kalau cabut ke tampal ke cuci ke nak tunggu seorang tu siap bukan main lama. Peralatan dah semakin canggih agaknya dan doc serta nurse buat kerja pantas dan cekap, itu yang kejap je dah siap.

Dah tiba nombor giliran aku dipanggil, peh cuak lak rasa haha. Aku dengan laki aku dapat bilik yang sama tapi beliau masuk dulu. Aku duk tunggu kat luar pintu bilik ada sediakan kerusi. Ngee memang canggih alat dia. Scaller tak silap aku nama dia.

Tiba pulak giliran aku. Dah siap baring atas kerusinya. Tangan kiri kena pegang ada satu tiup ke paip entah. Doktor pun memulakan tugasnya. Doc mula 'tembak' sasaran karang gigi aku yang bawah. Mula-mula tak sakit sangat, ngilu sikit-sikit je tapi bila dah terkena bahagian gusi yang sensitif, agak menahan kesakitan jugak aku. Sampai terhenjut-henjut jugak la sikit-sikit badan aku tahan sakit. Terpejam-pejam mata aku menahan sakit hahah. Dalam hati bilalah nak siap lambat lagi ke. Ngee..

Doc pun tenangkan aku cakap,
"Sabar ye, tahan sikit. Dah lama tak buang kan?"

Ye doc, bukan dah lama tak buang tapi memang tak pernah buang pun sepanjang aku hidup ni. Sakit rupanya 'cuci gigi' nih.

Bila doc dah habis tembak pakai scaller tu, dia suruh kumur kat sinki sebelah. Wo, banyak darah keluar dan karang-karang yang tanggal pun keluar time kumur. Rasa batu dan pasir dalam mulut (itulah karang gigi yang telah dibersihkan). Dah setel kumur-kumur sampai dah tak ada darah lagi baru aku keluar dari bilik tu.

Dan bayaran hanyalah semurah RM2 untuk cuci gigi atau buang karang/ plak gigi. Teramat murah kan kerajaan? Terbaik lah.

Lepas buang karang, gigi (gigi bawah biasanya) akan terasa kesat dan tak licin. Tapi itu biasa. Bukan sebab gigi terhakis, tapi sebab karang dah tak ada. Memang rasa tak selesa dan lidah aku kerjanya asyik tolak-tolak dan main-main kat gigi bawah tu kengkonon nak bersihkan kekesatan yang seakan pasir.

Bila dah buang karang, perlulah menjaga gigi sebaik mungkin. Rajin gosok gigi dan amalkan berkumur-kumur setiap kali lepas makan. Aku target lepas setahun atau enam bulan aku nak cuci gigi lagi (kalau karang muncul lagi). Pemeriksaan gigi enam bulan sekali atau setahun sekali memang penting tau kawan-kawan. Jangan tunggu lagi. Buat pemeriksaan sekarang dan buanglah karang yang melekat pada gigi dan gusi.

Bagi perokok. karang gigi dia lagi teruk dan bahaya. Begitu juga bagi peminum tegar kopi dan minuman berkaffein. Jadi, berhati-hatilah. Kalau kuat minum kopi, pastikan 'bilas' balik dengan minum air masak banyak-banyak dan berkumur sekerap mungkin.

Akhir kata, jagalah kesihatan gigi anda.


02 October 2012

Di Sebalik Kesenangan Itu

Assalamualaikum.

Peh, tajuk nak ala-ala menyentuh jiwa sikit. Bolehlah. Rasa terpanggil nak buat entri begini ekoran daripada perasaan hasad dengki manusia terhadap kelebihan yang ada pada warga FELDA. Auchh.. sensitif yo, jangan sentap okay?

Bila PM umumkan durian runtuh dan bonus untuk warga FELDA (termasuk peneroka, kakitangan dan anak cucu) maka ramai mencebik lagi tidak puas hati. Tak kurang juga mulut jahat si penfitnah bangsat kata Felda rugi la, peneroka diperbodohkan la. Apa benda kau tak puas hati? Kau tak tahu, kau diam-diam ok? Walaupun aku bukan anak peneroka (cucu peneroka sudah pasti) tapi aku anak staff Felda yang mana aku tahu lah bagaimana abah dan rakan-rakannya bertungkus lumus menguruskan ladang, peneroka dan sebagainya.

So, aku cuma nak imbas sedikit kesusahan peneroka dulu-dulu waktu tanah rancangan baru dibuka. Agak dhaif. Rumah kayu buruk, kecil, elektrik tak ada. Macam kais pagi makan pagi jugak lah. Aku waktu kecil duduk di Felda Sungai Retang, Jerantut, Pahang. Memang Felda tersebut dua tiga tahun dibuka. Mak cerita, tak ada bekalan elektrik pun. Pakai generator (betul ke tah eja ni) je itu pun hanya dari 7.00 malam hingga 7.00 pagi. Aku pun tak berapa ingat, maklumlah kecil lagi. Yang pasti bila berpindah ke Felda Tenang, Johor, semua kemudahan dah ada lah. Tahun 1989.

Kalau menurut cerita my hubby waktu beliau kecil hingga sekolah rendah, lagi kesian kau. Dia memang anak peneroka sejati di Felda Tenggaroh 6, Mersing. Ceritanya, sampai dah sekolah rendah darjah dua ke tiga tah masih belum ada bekalan elektrik. Yang ada hanya bermula 7.00 malam hingga 7.00 pagi. Bila time hari raya puasa dan raya haji barulah ada elektrik 24 jam. Tak ada peti ais, tak ada televisyen. Abahnya beli peti ais bila bekalan elektrik dah dibekalkan. Masa baru-baru ada peti ais, hari-hari emaknya buatkan air manis dibekukan di freezer. Ala-ala aiskrim Malaysia tapi dalam cawan. Macam jakun-jakun sikit dulu. Yela, dulu hidup agak susah. Tandas dan bilik air kat luar. Macam aku yang rumah kakitangan ini memang tandas dan bilik air dalam rumah.

Yang paling touching gitu bila beliau balik kampung, sepupu-sepupu cerita pasal Kamen Rider, Power Rangers dia hanya melopong. Tak pernah tengok sebab rumah sendiri tak ada tv. Dalam hati cemburu campur sedih dan rendah diri. Alolololo kesiannya my sayang ni.. Bila abahnya dah beli tv dan radio, berebut pulak dengan kakaknya, bergaduh. Si kakak nak dengar radio, si adik nak tengok tv. Alahai comelnya kisah you waktu kecil bang. Hahah.

Arwah atuk aku (ayahanda kepada abahku) pun peneroka. Aku sempat jugak merasa tandas dan bilik air di luar rumah masa kecil hingga sekolah rendah. Heheh. Tapi rumah atuk memang dah ditambah dari rumah asal so memang luas dan besar. Biasalah anak ramai dan cucu pun ramai. Hek hek.

Tapi sekarang kalau masuk Felda mana pun di Malaysia ini, keadaan dah berubah. Susah dah nak jumpa rumah asal peneroka tanah rancangan yang klasik itu. Semua dah renovate jadi rumah cantik-cantik. Rumah batu. Dah macam banglo pun ada. Perubahan dalam masa 20 hingga 30 tahun memang amat berbeza. Hai kalau cerita sampai esok pun tak habis. Ceh.

Ok aku nak layan Mara Clara episod akhir. Babai..

*Fakta: Dahulu, kedai D'Mart dikenali sebagai PNF.

01 October 2012

Bajet

Assalamualaikum

Wah gitu. Lama tak update blog, tiba-tiba nak cakap pasal bajet ye? Kui kui. Walaupun macam dah basi agaknya kalau nak cerita pasal bajet 2013 tapi aku bukanlah nak ulas pasal bajet pun. Saja nak mengimbau kisah silam sikit. Cewah.

Aku mula ambil tahu apa itu 'pembentangan bajet' pada tahun 2006 yang mana pembentangan sudah tentu untuk 2007. Tak lah ambil tahu sangat, cuma kebetulan abah yang begitu bersemangat nak tahu apa dia Bajet 2007 sampai buka volume televisyen kuat-kuat. Aku tak tengok cuma dengar dari bilik je. Selama ini tidak ku tahu pula abah memang tiap-tiap tahun tengok pembentangan bajet di tv. Di usia mentah baru 21 tahun bukanlah anak-anak muda nak ambil tahu sangat pasal pembentangan bajet. Betul tak?

Time tu Tun Abdullah masih jadi PM jadi dia lah yang bentang. Yang paling aku ingat pengumuman yuran sekolah rendah dan menengah dimansuhkan. Fuh, untung gila adik-adik aku abah tak payah bayar yuran. Sebenarnya yang paling aku ingat ialah kenaikan gaji sehingga 30% bagi kakitangan awam. abah kemain suka dan seronok sebab tu aku hengat. Aku pun tak pasal-pasal tumpang seronok jugak. Ceh.

Yang aku dapat faham, bagi pegawai gred C kenaikan 30%, gred B 20% dan gred A 10%. Kalau silap tolong betulkan lah heheh. Dah tentu bagi abah yang gred C paling banyak kenaikan. Gred C antara gred 17 hingga 26. Aku yang pada masa itu tak berapa faham apakah itu gred jawatan apatah lagi tangga gaji (contoh; P1T1, P1T2) tetapi turut gumbira dengan pengumuman itu padahal aku bukan kakitangan awam pun. Baru je grad kot tahun itu (diploma). Yelah, gembira dan bersyukurlah abah dapat naik gaji, dapat bonus lagi. Untung kerja gomen yek.

Kemudian tahun depannya pada September 2007 aku dapat kerja pembantu tadbir di MAINJ yang mana gaji dibayar ikut skim perkhidmatan awam lah walaupun MAINJ tu badan berkanun kot. Gaji pokok aku starting at 826.13 kot (ceh, ingat lagi kau) berbanding sebelum kenaikan 30% RM600 lebih. Campur elaun sara hidup, elaun rumah, elaun kesusahan dapatlah RM1,200.00 lepas tolak KWSP. Tapi setahun je la aku kerja coz aku dah sambung belajar di Mesir.

Maka sejak itu aku dah tak ikuti atau ambil tahulah pasal pembentangan bajet. Bila dah habis belajar dan balik Malaysia tahun lepas, baru lah aku tonton pembentangan bajet 2012 yang dibentang Datuk Seri Najib. Ngeh ngeh. Gaji naik lagi 13% tapi kali ini sama rata untuk semua gred jawatan. Selain kakitangan awam naik gaji,diumumkan pula bantuan RM500 untuk pendapatan isi rumah bawah RM3000.00, bantuan RM100 untuk pelajar sekolah rendah dan menengah, bantuan baucer buku RM200.00 untuk penuntut IPT. Zaman aku dulu tak ada pun. Sob..sob..

Bajet 2013 aku tak nak ulas sangat lah dah ramai kot yang bercerita atau mengulas. Pasal gula naik 20sen aku tak ambil peduli. Bak kata Pak Najib, orang Malaysia ramai kena diabetis so pandai-pandailah sendiri jaga kesihatan. Telefon pintar ada rebat? Macam tak berapa setuju tapi tak kisah lah. Mungkin sebab aku bukan penggemar gajet so aku tak teruja langsung.

Apa pun, bersyukurlah seadanya dengan apa yang kita ada dan dengan apa yang kita miliki. Allah kata kalau kamu bersyukur, nikmat akan ditambah, kalau kufur, azab amat pedih.

Ok chowww..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...