Showing posts with label ulang tahun. Show all posts
Showing posts with label ulang tahun. Show all posts

20 March 2019

Sedekad Aku Dulu dan Kini

Assalamualaikum.

   Ya hari ini 20 March 2019 adalah ulangtahun yang ke-10 blog aku ini 'Aku Dulu dan Kini'. Angka yang amat istimewa. Diam tak diam dah sedekad aku tulis blog. Satu pencapaian yang agak membanggakan bagi blogger picisan macam aku.

    Imbas kembali tahun 2009 dulu aku mula buat blog ketika aku di Mesir, tahun 1. Daripada aku bujang sampai lah berkahwin sampai lah dah anak tiga. Masih setia menulis blog dan akan terus menulis selagi hayat dikandung badan kerana menulis adalah 'jiwa' aku. Aku berharap blogspot akan terus wujud dan tak dihapuskan. Dah berapa banyak media sosial yang telah hapus macam Friendster, My Space, Yahoo Messenger dan lain- lain. Semuanya hanya tinggal kenangan dah tak wujud dalam dunia internet.

    Penulisan semakin matang seiring peningkatan usia blog dan usia penulis blog. Hehehe. Kepala gila-gila tu tetap ada, santai dan serius tetap ada. Yang makin hilang adalah maki hamun. Hahahaha. Siapa yang baca blog aku ini sejak 2009 tahu lah bagaimana cara aku yang dulu-dulu kalau marah dan emosi. Nak tengok aku maki hamun boleh stalk twitter aku hahaha. Tweet aku adalah lebih telus dan terbuka. Facebook aku masih acah-acah suci sikit-sikit tapi bukan level ustazah ok. Paling penting aku suka taip penuh dan tak ada short form. Itulah sisi kematangan aku yang tidak akan berubah.

     Tahun 2018 paling tidak produktif. Cuma ada tujuh entri sahaja dalam masa 12 bulan sepanjang 2018. Alahai. Bukanlah penulis tegar namanya kan. Harapnya tahun 2019 ini dapat lebih rajin tulis blog. Konon lah harap azam tercapai. Haha.

2009 - Kehidupan di Mesir
2010 - Masih di Mesir 100%
2011 - Mesir sampai bulan September then balik Malaysia, dah habis pengajian.
2012 - Tahun berkahwin. Kehidupan baru sebagai mutazawijin.
2013 - Kali pertama bergelar ibu. Banyak cerita pasal Jannah.
2014 - Masih berkisar tentang kehidupan.
2015 - Tahun yang agak sedih dan berduka namun masih menulis macam biasa pelbagai topik.
2016 - Macam-macam topik juga termasuk entri mak-mak gitu, keibubapaan, penyusuan dll.
2017 - Seperti 2016.
2018 -  Seperti 2017 tapi tak berapa aktif menulis.

    Banyak yang aku kongsi berdasarkan pengalaman sendiri contohnya masa keguguran dan proses cuci, pasal penyusuan susu ibu, pasal anak eczema dan macam-macam lagi. Mana yang bermanfaat boleh lah menjadi panduan, mana yang aku merapu tu, baca sebagai hiburan sahaja. Mana yang aku tulis berdasarkan pendapat dan pendirian aku, aku tak minta orang lain bersetuju dengan aku, terserah pada penerimaan masing-masing. Kita raikan perbezaan dan jangan berbalah. Kau tak setuju atau nak bangkang, suka hati kau lah tapi kena hormat cara aku dan jangan buat onar di tempat orang. Hehehe. Adab itu kena jaga.

       Followers tak ramai? Sebenarnya sejak dulu pun aku tak kisah sangat pun pasal pengikut sebab aku menulis untuk suka-suka je, hilangkan bosan dan aku memang suka menulis sebagai salah satu terapi. Menulis blog ini tak ubah macam tulis diari. Kau bebas menulis apa sahaja. Cuma bezanya kalau diari tu mungkin kau seorang je yang baca, kalau blog ni, satu dunia boleh baca penulisan kau. Malah ada di kalangan pembaca blog tidak mempunyai blog sendiri pun (blogspot), pendek kata bukan seorang blogger. Contohnya readers taip random je kat google pasal 'molar pregnancy' dan blog aku pun ada tersenarai dalam carian tersebut dan pembaca pun klik.

    Nak jadi penulis blog kena rajin. Pertama sekali kena rajin menaip dengan penuh setiap perkataan. No short form! Aku sendiri sebagai pembaca, cukup menyampah bila membaca ayat atau karangan yang banyak short form. Rasa nak maki hamun kaw-kaw hahahaha. Walaupun penulisan kau tu bermanfaat tapi bila banyak short form, aku anggap penulisan kau adalah sampah. Bagaimana kau nak memberi manfaat kepada orang ramai sedangkan penulisan teruk hauk macam budak tak habis sekolah? Nak tanya jugak SPM kau dulu mata pelajaran Bahasa Melayu/ Malaysia dapat E ke? Biar kita tak belajar tinggi tak mengapa tapi bab penulisan kita menulis dengan tatabahasa yang betul dan tepat, tak ada menggunakan kata singkatan. Itu belum lagi yang bahasa rojak kejap BM kejap BI. Adoi lagi serabut teman membacanya kome oii.

      Dulu masa awal-awal aku tulis blog memang banyak sangat short form. Bila baca balik rasa nak hantuk kepala ke dinding pun ada. Teruk benau lah. Sudahlah banyak short form, bahasa pasar pulak tu. Malu sungguh la aku ke yang tulis ni? Hahaha. Aku pula memang tak rajin nak edit semula bagi cantik sikit karangan aku dulu-dulu tu kah kah. Setelah beberapa bulan barulah aku insaf dan ada kesedaran untuk mula menaip perkataan penuh dan menggunakan tatabahasa yang betul, mengikut standart Bahasa Melayu. Huruf besar huruf kecil, noktah, koma semua lah. Terselit bahasa pasar sikit-sikit tu tak apa lah normal lah tu. Bukan blog serius pun, blog santai je.

     Oh ye pasal blogspot dan blogger. Aku pun tak berapa ingat macam mana aku sign up ye dulu hahaha. Aku tak ingat aku buat emel gmail dulu ke buat blog dulu. Haha. Rangkaian google ni meluas sungguh. Dulu ada google chrome je dengan gmail. Tahun demi tahun google bergabung pula dengan twitter dan YouTube. Lepas tu muncul pula google plus. Bergabung pula dengan Instagram. Lepas ni apa lagi? Hehe.

      Akhir kata, majulah arena blogspot dan blogger untuk negara.

23 August 2017

Negaraku Sehati Sejiwa

Assalamualaikum.

     Alahai lemaunya lah bulan Ogos ni aku baru nak update blog. Hambar. Haha..

      Tahun ini merdeka ke 60 tahun uolls. Aku teringat pula hujung bulan lepas masa di PRDH hari Jumaat tengok tv3 rancangan WHI baru mula. Aku tak ingat apa topik hari tu tapi biasa lah awal rancangan diorang pergi buat survey kat orang ramai. Part 1 soalan tanya tahun ini ulangtahun kemerdekaan negara kita yang ke berapa. Boleh kata 90% jawab salah. 39 lah, 48, 55. Ada lah seorang dua jawab tepat 60 tahun. Adus memalukan. Apa kejadah 39 tahun. Itu zaman 90an punya, ini dah 2017 ko ni duduk zaman apa? Kesian.

    Part 2, tanya apa tema/ motto kemerdekaan tahun ini. Ah sudah. Aku pun tak tahu hahaha. Sehati sejiwa kot ulang tema tahun sudah. Kakaka. So kebanyakan jawab tak tahu atau kurang pasti. Ada yang dapat jawab dengan tepat tau. Memang aku tabik spring la betul tinggi semangat patriotik. Aku malu sendiri sebab aku pun tak tahu. Haha. Jawapannya ialah 'Negaraku Sehati Sejiwa'. Ohhh baru aku tahu. Aku jamin ramai lagi macam aku, tak tahu apa tema tahun ini. Hahah.

      Sejurus selepas itu aku pun terus google. Ahahaha. Memang Negaraku Sehati Sejiwa tema kemerdekaan 2017 yang ke 60 tahun. Dah 60 tahun rupanya. How times flies. Rasa macam baru hari tu je 50 tahun. Yang siap ada keluar not kertas RM50 edisi 50 tahun merdeka. Masa itu kemain sayang nak guna duit tu woii yelah limited edition. Tapi demi kelangsungan hidup terpaksa guna jugak lah. Untunglah sesiapa yang masih simpan wang kertas RM50 edisi merdeka 50 tahun tu. Kenangan. Boleh jadi barang antik.

     Aku teringat juga masa sekitar tahun 20002 ke 2003. Ada satu rancangan tv yang buat survey macam whi tu lah. Tanya tahun ni yang ke berapa punya hari kemerdekaan. Tapi masa tu wartawan tanya artis. Penyanyi, pelakon. Tiada seorang pun dapat jawab dengan tepat bhaii. Hahahaja. Memalukan lah satu Malaysia tengok. Nampak macam artis murahan dan cetek pengetahuan dan tak ambil berat pasal negara sendiri serta isu semasa. Kasihan. Haha.

      Kita sebagai rakyat Malaysia perlu juga cakna pasal ni. Bukan nak suruh hafal sejarah bulat-bulat tanpa tinggal sedikit pun, tapi sekurang-kurangnya tahu lah pasal 31 Ogos 1957. Dah beberapa tahun ini ada tambah lagi satu Hari Malaysia 16 September. Yang ini orang tak tahu dah berapa tahun pun tak apa lagi sebab kita baru je raikan dan sambut mula beberapa tahun lepas. Tapi aku ingat ia tahun 1963, tahun mak lahir. Haha. Tarikh yang menggabungkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. We are one. Sesuai sangat lah negaraku sehati sejiwa. Bersatu tak kira bangsa dan agama.

    Tahun ini 31 Ogos jatuh hari Khamis. Esoknya 1 September Jumaat raya haji 10 Zulhijjah. Ini yang orang panggil merdeka raya. Haha. Dulu raya puasa pernah juga jatuh pada 30 Ogos. Merdeka raya berulang lagi lah ni. Hehehe.

     Ok lah bai nanti ada masa aku update blog lagi. Haha.
        

23 April 2016

Empat Tahun

Assalamualaikum. 
   Semalam, 22 April 2016 genaplah empat tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah.
   Tak ada apa yang istimewa. Tak ada celebration pun. Sebab yang pertama, ada kat Tenggaroh. Pukul 10.00 lebih baru  gerak nak balik JB. Banyak masa habis di perjalanan sahaja. Singgah Sedili hantar madu. Lama juga menyinggah kat situ. Boring. Haha. Lepas tu sampai Kota dalam pukul 12.00 terus lunch. Then gerak ke Ulu Tiram. Solat Jumaat di Masjid Tiram. Lepas tu singgah rumah sil. Then baru gerak ke JB.
   Sampai Angsana. Makan mee rebus. Lepas tu cari vcd. Jalan-jalan lebih kurang. Dalam pukul 6.00 baru gerak balik Skudai. Malamnya aku dan anak-anak berkurung je dalam bilik tengok tv, zauji lepas solat Isyak terus stay kat bawah pastu dia kuar pukul 2.00 pagi baru balik rumah.
    Nothing special pun. Tapi aku ok je tak kisah. Aku ada bagi surprise box orang pos dari KL. Tapi tak best dah jadinya sebab dah malam baru lah zauji tahu. Aku plan sebulan lepas bajet sampai rumah tengahari time tu kami memang di rumah. So menjadi lah surprise tu kan. Tapi malangnya dah nak maghrib baru sampai rumah. Ni semua gara-gara balik Tenggaroh. Tak ada salah balik Tenggaroh tapi yang spoil sebab bertolak balik JB lambat dan banyak singgah. Tak apa lah. Aku hanya merancang, tapi Allah sebaik-baik perancang.
   Tak mengharap apa-apa pun. Ada Alhamdulillah, tak ada pun aku tak kecewa atau sedih. Ada ramai lagi pasangan suami isteri yang tak sambut pun anniversary, lagi teruk siap ada yang terlupa tarikh. Wakakaka. Sempoi je kan.
   Semoga berkekalan hingga ke syurga insyaAllah.

20 March 2015

Selamat Ulangtahun

Assalamualaikum..  

     Hai semua. Hari ini adalah ulang tahun blog ini yang keenam. Wahhh... sudah enam tahun laa. Alhamdulillah masih bernyawa. Walaupun kadang lama tak update dan tak ada entri baru tapi sekurang-kurangnya masih ada viewers dan pembaca. Weeee~

     Sekarang aku memang update blog pakai smartphone je, senang. Kalau bukak kat laptop kadang lambat loading. Atau kadang-kadang kena kacau. Ada saja halangan. Ceh, konon. Dengan android,  aku menaip sambil baring pun boleh. Anytime anywhere lah katanya. Tapi tak lah sampai bawa masuk ke dalam bilik air. That's not me.

      Kadang-kadang aku rindu juga zaman kegemilangan (ceh) blog aku dulu-dulu. Dulu aku lebih out spoken. Sesuka hati nak tulis apa. Nak kutuk, nak maki, nak puji, nak luah tak puas hati dan apa-apa sahaja lah. Kata orang tu, tulisan yang jujur dan tak hipokrit. Lantak lah orang nak cakap apa. Pedulikan.

    Sekarang, seiring dengan peningkatan usia (ewah) aku dah kurang atau pun dah tak ada  lah nak memaki mengutuk atau cakap apa saja yang tak puas hati. Biasa-biasa saja. Bukan lah nak jadi hipokrit tapi dah semakin matang mengawal perasaan dan lebih berlapang dada. Wahh gitu kau. Kekeke.

    Walaupun blog aku ini lebih kepada kisah hidup aku, bukan spesis blog formal yang penuh informasi tapi aku enjoy menulis. Followers tak ramai pun aku tak kisah. Gah nya satu blog itu bukan hanya kerana sebab followers yang ramai, hehe. Aku selalu juga tengok statistik viewers blog aku ni. Boleh tahan juga ramai yang baca setiap bulan. Yelah,  bukan blog glamour hanya blog picisan. Bukan glamour yang aku cari. Heheh.

    Identiti aku dengan nickname Seimura juga kekal misteri di mana tak ada satu pun gambar myself aku upload di sini. That's my style. That's so me.

12 December 2014

My Baby

Assalamualaikum.


   Amboi, batak tak aku bila hari ni aku update entri lagi? Dua hari berturut-turut. Miahaha. Tak apa lah derr. Hari ini hari yang istimewa tau. Jumaat, 12 Disember 2014 genap usia Jannah 22 bulan atau setahun 10 bulan. Hari ini juga, 19 Safar 1436 merupakan hari lahir aku dalam bulan Islam dan tahun Hijrah yang ke xx. Hihihi.

   Alhamdulillah atas kurniaan-Mu Ya Allah. Ini bermakna Jannah lagi dua bulan je nak masuk umur dua tahun. Yeay. Bermakna juga lagi dua bulan aku nak sempurnakan misi 'haulain kamilain' iaitu menyusukan Jannah selama dua tahun. Yo, Jannah masih fully breastfeed, belum campur lagi dengan susu formula. Tahniah untuk diriku boleh pergi sejauh ini. Alhamdulillah.

  Walaupun Jannah sudah bergelar toddler tapi aku masih anggap dia baby. Baby forever gitu. Kalau pergi mana-mana pun orang yang tak kenal mesti tanya berapa bulan ni sebab...

Pertama: Badan Jannah yang kecil dan comel. Tak macam umur setahun lebih. Hahaha. Jannah dah lama tak check up so hari tu aku ukur sendiri tinggi dia baru 75-76cm je. Biasanya gegel dah 78cm ke atas. Atas 80cm pun ada. Contohnya macam Anisah yang mak aku jaga tu, badannya lagi besar dan lagi tinggi daripada Jannah dan aku rasa tinggi Anisah 80cm lebih kot. Padahal Anisah muda 4 bulan dari Jannah. Hoho.

Kedua: Rambut Jannah sikit macam baby2 lagi. Halus, nipis dan tak memanjang pun aku tengok. Hahaha. Sebab aku tengok anak orang lain umur setahun lebih rambut lebat dan panjang, tapi Jannah sikit je, hihi.

   Tapi tahap kecerdikan Jannah setara la dengan umur dia. Dah pandai cakap sikit-sikit. Dah boleh faham arahan dan ikut arahan. Pandai minta sesuatu. Kuat protes. Tantrum. Cepat mengikut apa orang buat dan cakap. Dan kuat ingatan. Psssttt...mekap pun pandai kau. Nampak aku pakai bedak mula la mintak jugak, 'dak..dak'. Pandai pakai sendiri lagi. Nampak aku pakai lipstik ke celak ke maskara ke dia pun nak jugak. Ambil botol minyak suruh bukak nak pakai kat rambut.

  Gigi Jannah dah bertambah dua batang iaitu geraham bawah kiri dan kanan. Anak lain sebaya dia maybe dah penuh 20 batang gigi, Jannah baru 10 batang je total, haha. Tapi aku perasan la perubahan rahang, gusi dan mulut Jannah bila dah mula tumbuh gigi geraham ini. Aku perasan melalui senyuman Jannah atau time dia ketawa. Sebelum tumbuh geraham, bila dia ketawa mulutnya tak terbukak luas, just nampak ngam-ngam gigi-gigi kacip dia yang 8 batang tu. Tapi sekarang bila ketawa mulutnya dan rahang terbuka luas nampak la gusi untuk geraham kat bahagian dalam. So dari situ aku tahu, Jannah bukanlah lambat tumbuh gigi tapi ruang untuk gigi geraham naik tu tak ada pun sebelum ini. Kalau baby lain memang dah rahang dia besar dan gusi untuk geraham pun dah ada maka cepatlah tumbuh giginya kan.

  Cakap pasal gigi, Jannah sekarang gosok gigi sendiri, tak mau aku gosok kan. Sebelum tu bukan main susah nak gosok gigi dia yang 8 batang tu, hehe. Sejak seminggu ke dua minggu lepas ni dia sendiri yang minta berus gigi dan ubat gigi kalau dalam bilik air nak mandi. Kalau ubat gigi kat berus gigi dah habis, siap minta tambah lagi ubat gigi. Dia telan la tu. Ubat gigi Kodomo Lion kan berperisa, sedap dan manis. Hahah. Dia tengok aku syok dan best je gosok gigi sendiri, dia pun nak jugak la gosok gigi sendiri. Haha, gitu.

  Sama jugak macam potong kuku. Dulu kalau time potong kuku dia, kena umpan sambil tengok video-video kat handset bagi dia leka. Kalau tak, kemain susah, tak mau duduk diam. Kena kepit-kepit kaki dengan tangan dia tak bagi bergerak. Sekarang, dia sendiri minta pulak. Sebab selalu tengok umi dan abahnya potong kuku. Nanti dia hulur tangan dia suruh potongkan kuku. Haha, good girl. Kalau nampak ketip kuku je tunjuk-tunjuk sambil sebut, 'kuku..kuku'.

  Sekarang hobi dia paling suka menconteng. Ambil pen dan buku nota kosong, lepas itu conteng lah apa yang dia nak. Macam-macam gaya, dari duduk sampai meniarap lepas tu duduk balik. Bila dah siap atau bosan pandai pulak pergi simpan dekat rak. Agak-agak nak menconteng semula, ambil balik yang dia simpan kat rak.

  Perkembangan lain, dah pandai bagitau kalau dia yak. 'Yak..yak.. Bok..bok..' (sambil tunjuk bilik air suruh cebok kan). Kadang-kadang pernah jugak dia sebut yak, yak tapi bila cek tak yak pun. Beberapa minit lepas tu baru ada bau dan cek balik memang yak. Rupanya sebelum yak dia dah bagitau dulu, haha. Tapi aku belum start potty training lagi. Tunggu dia umur dua tahun baru la aku latih sikit-sikit. Tak perlu terkejar-kejar sangat nak ajar anak itu dan ini. Biar secara semulajadi je.

  Eh dah la panjang pulak ceritanya. Kalau cerita pasal Jannah ni mau sampai 10 muka surat belum tentu habis kalau taip kat Word tu, haha. Oleh kerana aku jarang update blog, itu yang kadang-kadang cerita pasal anak je, cerita diri sendiri tak ada apa yang menarik. Hahaha.

Happy 22 months to Jannah.
Happy birthday to ummi Jannah.

27 March 2014

Sudah Lima Tahun!

Assalamualaikum.

Daripada hari tu nak update blog tak sempat-sempat lagi. Ada je halangan. Ceh, gitu. Mac pun dah nak sampai ke hujungnya dah. Takpe lah, janji ada satu entri setiap bulan pun jadi lah. Bagi blog ni 'bernyawa'.

Diam tak diam dah lima tahun dah usia blog aku ni. Dah masuk sekolah tadika dah. Hew hew hew. Tanggal 20 Mac lepas, genap lima tahun aku di arena blogging. Bermula 20 Mac 2009 hingga lah sekarang. Blog yang masih hidup dan masih bertahan. Sayang ooo...

Blog dari zaman bujang, bergelar isteri dan bergelar ibu dah. Hiks. Kalau ikutkan agak lewat jugak aku main blog masa tu, umur 23. Budak-budak sekarang umur 14, 15 dah tulis blog. Kelass kau dik. Tapi blog budak-budak berkisar tentang apa je, tak best. Hahaha.

Masa tahun 2011 dulu aku siap buat contest sempena ulangtahun blog ni. Poyo je padahal bukan blog fofular pun. Haha. Kadang-kadang rindu jugak zaman rancak berblog dulu. Rajin blogwalking. Paling best dapat berkenalan dan menambahkan rakan-rakan alam maya. Sebahagian masih keep in touch sampai sekarang melalui FB. Zaman kegemilangan blog aku dulu sekitar 2010-2011. 2010 paling gemilang la. Setiap entri mesti banyak komen daripada kawan-kawan blogger. Walaupun follower tak ramai tapi ada pengkomen tegar dan setia gitu. Dulu lah...  Haha.

Masa awal-awal tulis blog dulu, aku tulis banyak shortform. Bila baca balik aku naik menyampah. Kakaka. Seiring dengan pertambahan usia (wahh gitu) tahun 2010 aku mula menaip perkataan penuh dan tiada lagi short form. Dan berterusan hingga kina dan selamanya. Wiwiwi..

Blogging ni kan worldwide gitu. Seluruh dunia boleh baca tulisan kita, Kalau kita taip shortform, macam mana google nak translate bagi orang baca? Betul tak? 

Aku kan, selalu tengok statistik blog aku ni. Entri paling banyak viewers ialah entri 'Buang Karang Gigi'. Malah kalau kau taip kat google pasal 'karang gigi' link blog aku ni akan menduduki paling atas hasil carian google. Wawawee.. Ada jugak sumbangan aku di arena penulisan nih. Hahahah, ada kaitan ke?

Ok lah. mau chow. babai.

12 February 2014

Selamat Hari Lahir Siti Nurjannah

Assalamualaikum

Hari ini 12 Februari 2014. Alhamdulillah, genap setahun umur Jannah. Cepat je masa berlalu. Kejap je dah setahun permata hati umi dan abah ni. Semoga membesar menjadi anak yang solehah dan taat perintah Allah dan Rasulullah. Amin.

Siti Nurjannah 5 jam selepas dilahirkan.





Jannah umur sebulan.


Gambar terbaru pagi tadi. Umur setahun. hihi.


Biasa la orang akan tanya 'dah pandai apa?', 'dah pandai apa?'. Kadang-kadang aku malas nak jawab sebab aku terasa yang bertanya tu macam nak banding-bandingkan dengan anak dia atau anak orang lain walaupun cuma dalam hati. Hahahahaa jahatnya aku sangka buruk pulak kan. Sebab, aku jenis yang tak bertanya anak orang lain dah pandai apa, dah pandai apa, so aku ada sedikit tak suka la orang tanya aku macam tu. Kakaka.

Sebelum orang tanya lebih lanjut, baik aku bagitau siap-siap kat sini apa yang Jannah dah pandai. Muahahaha. Yang pasti, Jannah masih belum boleh jalan lagi dan masih belum tumbuh gigi langsung. Hari-hari aku belek gusi Jannah kalau-kalau ada putih-putih atau keras-keras gigi nak keluar tetapi hampa. Haha. Tapi bagus jugak belum ada gigi, aku takut kena gigit time bf. Ngehehehe.

Makin hari makin seronok layan keletah Jannah. Makin hari makin bijak. Dah pandai ikut atau ajuk orang cakap atau buat. Contoh kalau kita jegilkan mata, dia pun buat jugak. Kengkonon nak marah dia atau takutkan dia, last-last gelak tengok dia ikut.

Dah pandai nak mintak dukung kalau abah dia baru balik kerja atau dari surau. Manja ni. Kalau tengok kita siap-siap nak keluar kan, dia mula lah resah gelisah nak ikut, mulut bising sambil tangan terkapai-kapai suruh ambil dia. Kalau bab mintak makanan, memang dah pandai sejak umur 9, 10 bulan dulu. Mulut bising, kuat membebel.

Suka tengok azan kat tv3. Paling suka tengok iklan Whoopee. Kemain gelak. Hahaha. Paling kelakar bila tengok drama ada scene marah-marah dan tinggi suara, tiba-tiba Jannah nanges. Alolo. Perasaan macam orang dalam tv tu marah kat dia. Hahaha, emosi lebih Jannah ni. 

Alhamdulillah juga, Jannah masih menyusu susu ibu hingga saat ini, ketika umurnya dah masuk setahun. Mudah-mudahan dapat bertahan hingga umur dua tahun. Jannah masih tak minum susu formula tau, susu ibu sepenuhnya. Aku harus berbangga dengan pencapaian ini. Haha. Tahniah untuk diri sendiri. 

Banyak lagi nak membebel tapi Jannah asyik kacau. Ini pun berhenti setiap perenggan layan si Jannah. Hahaha. Ok lah. Kita sambung lain kali ye. Daa...

01 April 2011

Anniversary

Assalamualaikum.

Sebenarnya ia sudah 11 hari berlalu. 20 Mac merupakan ulangtahun kedua blog yang tak berapa nak best ni. Hahah. Aku mula tulis blog tahun 2009, agak lambat la jugak bagi umur aku ni pada waktu itu. muahaha.

Tak ada sambutan apa-apa. Cuma nak habaq mai ceq dah dua tahun berblog. Bukan blogger otai tetapi bukan newbie. Hohoho.

Aku tak sempat nak update time tarikh 20 Mac tu sebab, itu tarikh aku baru je tiba di Cairo International Airport. Terima kasih kepada kerajaan Johor yang support tambang kami anak-anak Johor untuk pulang ke Mesir semula. Weee.

Ok itu sahaja untuk pagi ini. Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.


23 January 2011

19.02.1432 – Special Day

Assalamualaikum

19.02.1432 (23.01.2011)
19 Safar 1432 (23 Januari 2011)
Ahad
4.00 AM

19.02.1406 (03.11.1985)
Ahad
4.00 AM

Aku dilahirkan pada hari Ahad, jam 4.00 pagi pada tarikh 19 Safar 1406. Tahun ini 19 Safar jatuh pada hari Ahad, hari aku dilahirkan. Itu pasal aku kata hari ini istimewa. Weeee~

p/s: must call my mom.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...