29 April 2017

Picky Eater

Assalamualaikum.

     Dia kan, kalau time tengah rajin nak update blog, cenggini lah rupa dia. Entri berturut-turut gitu. Hahaha. Tengah rajin dan tengah ada masa. Haaa itu yang sebetulnya. Yang jadi draft tu kekal jadi draft aku tak sambung. Koh koh koh.

      Yang picky eater tu adalah aku. Biasa nya istilah picky eater ni orang guna untuk kanak-kanak kecil yang susah nak makan dan berlalu memilih. Tapi yang aku nak cerita ni pasal diri aku sendiri yang terlalu memilih makanan dan cerewet gila. Itu tak makan, ini tak makan. Sampaikan adik aku dan kawan aku pernah kata, aku ni lebih banyak tak makan daripada makan. Maknanya makanan yang aku tak makan adalah lebih banyak daripada makanan yang aku makan. Malah kalau buat senarai makanan yang aku makan dan tak makan, nescaya senarai makanan yang aku tak makan tu adalah lebih banyak dan panjang berbanding makanan yang aku makan. Hah begitu sekali betapa picky eater tahap dewa. Hahahah.

       Sejak kecil sampai sekarang masih memilih. Tapi sebenarnya dah agak berkurangan bila semakin meningkat dewasa. Sejak masuk asrama umur 13 tahun dan juga bila sambung belajar di Mesir. Dah boleh lah adapt makanan yang dulu aku tak suka. Hahaha. Contohnya laksa. Aku mula belajar makan dan tekak menerima laksa bila aku di negara orang. Haha. Boleh la makan tapi bukanlah dalam kuantiti yang banyak. Pernah la sekali masa ikut marhaban masa remaja dulu. Ada satu rumah ni hidang laksa Penang kot. Nampak macam menyelerakan aku ambil banyak juga. Baru beberapa suap aku dah stop dan termenung jap. Mak aku terus cakap, ko bukan makan laksa yang ambil banyak tu kenapa. Heheh.

        Aku pun tak tahu lah ikut perangai siapa. Sebab mak abah makan je semua, takde memilih. Bagi yang dah faham dan tahu aku tak makan itu ini, mereka akan ingat. Terima kasih. Haha. Macam sayur pun dulu semua aku tak makan. Bila makin besar dan dewasa, ada lah sebahagian sayur yang aku boleh makan, tekak boleh telan tapi tetap dengan kuantiti yang sedikit atau sederhana. Kalau banyak memang tidaklah. Sekarang ni dah menurun ke Jannah pulak, sama tak nak makan sayur. Hahaha. Habis lah.

     Punyalah banyak benda aku tak makan sampaikan orang kata dengan nada bergurau, senang bela ni, jimat. Hahaha. Mungkin bagi sesetengah orang akan kata aku mengada, tapi aku peduli apa. Hahah. Walaupun aku tak makan atau tak suka satu makanan itu, aku tak ada lah sampai buat muka jijik atau tak suka, jauh sekali mencemuh. Contoh kalau dah terhidang, aku cuma tak sentuh je la makanan tu, aku ambil makanan lain yang kena dengan selera aku. Ala biasa lah. Setiap orang pun mesti ada juga satu atau dua makanan yang tidak disukai dan tak makan. Ataupun kurang gemar, makan sekadar jamah sikit.

     Orang biasa nya akan anggap aku manusia pelik bila tak makan satu makanan tu. Contohnya aku tak suka dan tak makan nasi beryani, nasi Arab, nasi minyak. Bagi kebanyakan orang nasi Arab atau Mandy tu sedap tapi bagi aku tak boleh masuk la dengan tekak aku. Kalau pergi kenduri kahwin memang aku ambil nasi putih. Haha. Contoh lain aku tak makan asam pedas. Memang boleh buat orang kerut kening kepelikan. Orang Johor tak makan asam pedas? Ini luar biasa. Mi bandung dulu pun aku tak makan. Belajar makan bila kat Mesir. Hahah lagi aneh. Bahan tak ada jual di Mesir kena bawa dari Malaysia (udang kering), boleh pula aku baru nak berjinak-jinak makan Mi bandung.

      Tapi ada juga makanan yang aku tak suka makan tu memang tak digalakkan pun untuk dimakan. Makruh dan boleh bawa mudarat pada badan. Contohnya organ dalaman haiwan seperti hati, jantung, paru-paru. Selain itu kepala ikan, bawang, kerang, asam jeruk dan jenis diperam seperti budu, cencalok, tempoyak. Maaf ye aku bukan bias bila sebut budu tu, sekadar menyebut beberapa contoh je. Hehe. Contoh lain sushi (sebab mentah atau separuh masak tapi tak semua lah). Aku pernah la cuba makan sushi hmmm...memang tak kena dengan tekak aku. Lagi satu halawiat (manisan-manisan) biasa nya orang Arab memang suka makan, uii memang le aku tak makan, manis sangat.

     OK sekarang ni penulisan aku agak terganggu sedikit. Nun jauh di sana ada pasang karaoke orang kawen (majlisnya esok). Biasa lah kampung. Di ruang tamu pula zauji sejak tadi tengok apa tah kat YouTube nyanyi-nyanyi jugak. Huk aloh betoi la.  Adik dah tido. Hmm nampak gaya aku kena stop lah ni hahaha. Ok bai.

26 April 2017

Master of Breastfeeding

Assalamualaikum.

   Entri kali ini entri mak-mak gitu. Mungkin 20 tahun lagi kalau panjang umur dan blogspot masih ada entri nenek-nenek pula. Haha.

      Dah lama juga tak ada post pasal breastfeeding journey. Kali ni nak cerita lah. Naim pun dah setahun enam bulan. Ada lagi enam bulan nak dapat certificate PhD dalam penyusuan. Hahaha.

0-24 bulan = PhD
0-18 bulan = Master
0-12 bulan = Ijazah
0-6 bulan = Diploma
0-3 bulan = Sijil

    Oleh kerana Jannah dulu sampai umur dia 36 bulan (tiga tahun) aku susukan dia, jadi aku tambah la pangkat jadi professor.

     Zaman sekarang ni era 2012 dan ke atas dah semakin banyak artikel kesedaran tentang pentingnya dan hebatnya susu ibu. Dalam tempoh lima tahun ini aku dah buat pemerhatian. Antaranya ialah;
1 - Nursing bra dah semakin banyak dijual dan mudah didapati samada di pasaraya atau online. Harga pun berpatutan.
2 - Pakaian mesra nursing semakin banyak dijual dan mudah juga didapati. Semua syarikat atau butik pun berlumba-lumba buat baju bf friendly atau nursing friendly.
3 - Pam susu pelbagai jenama baru dah mula muncul dengan rekaan yang menarik. Termasuk kelengkapannya storage bag bottle dan lain-lain.
4 - Bilik menyusu di pasaraya besar semua dah diwujudkan. Dulu mungkin Jusco (Aeon) je ada kemudahan nursing room.
5 - Yang paling terbaru. Supplement tambah susu katanya. Pun banyak syarikat berlumba-lumba membuat supplement untuk meningkatkan produktiviti susu. Tak kira lah dalam bentuk tablet, serbuk, sachet, jus dan pelbagai lagi.

    Perkembangan yang baik. Semakin ramai yang celik pasal susu ibu. Syabas kepada ibu-ibu yang berusaha keras untuk beri yang terbaik buat anak iaitu susu ibu. Tak lama pun. Dua tahun je. Aku pun suka juga membaca pengalaman ibu-ibu lain sepanjang tempoh penyusuan mereka. Cabaran dan dugaan setiap orang tak sama. Ramai juga yang kecundang masa anak sulung dan anak kedua. Ada yang anak kelima barulah dapat beri susu ibu secara exclusive selama 6 bulan. Anak-anak sebelum tu semua campur FM atau FM sepenuhnya. OK tak apa. Masih belum terlambat. Yang penting keazaman dan kesungguhan itu ada.

     Aku walaupun agak berjaya dalam bab breastfeeding ini tapi rasa macam tak sesuai atau tak layak je nak cakap pasal susu ibu. Kalau orang tanya tips pun aku rasa aku bukan orang yang tepat. Sebab aku cuma surirumah, tidak bekerja. Memang senanglah. Bila-bila je boleh df. Aku tak mengepam. Biasa juga aku baca perlu juga buat stok walaupun tak bekerja sebab kita tak tahu apa yang bakal berlaku di masa hadapan. Contohnya sakit sampai masuk wad berhari-hari ke. At least ada lah stok nak bagi minum baby. Bagi pendapat aku, jangan visualize benda yang buruk contohnya jatuh sakit sampai masuk wad. Kadang-kadang apa yang kita terlalu waspada hingga khuatir sesuatu yang buruk berlaku, tiba-tiba benda buruk itu benar-benar terjadi.

     Supplement? Sejujurnya memang aku tak ada amalkan makan atau minum apa-apa supplement. Sebab aku bukan seorang yang konsisten makan ikut waktu. Itu bukan aku. Contoh kena makan tiga kali sehari sebelum makan. Oh no. Protokol macam ni aku memang out la. Pernah juga lah (bukan supplement tambah susu) untuk seminggu pertama paling lama lepas tu jadual entah ke mana. Dan akhirnya ubat/ makanan tambahan itu tersadai tak dimakan dan expired begitu sahaja. Lagi satu masalah ialah aku jenis kurang minum air masak/ air putih. Apa jua supplement pun mesti kena banyak minum air masak at least dua liter sehari untuk tindak balas lebih efektif dalam badan (katanya lah hihi). Aku minum ikut suka hati aku. Bila haus minum lah. Kalau kata sesaja minum air masak begitu sahaja demi nak mencapai target dua liter sehari memang tak lah. Hahaha.

       Cara aku cuma kaedah supply dan demand sahaja. Tak ada supplement. Tak ada jadual Pam sebab memang tak mengepam. Tak ada konsisten makan makanan penggalak susu macam kurma ke, longan ke, bayam ke (sekadar beberapa contoh). Selagi ada demand, selagi itu susu sentiasa ada. Yang penting cukup untuk baby. Tak perlu nak meriah melimpah ruah, tapi yang penting cukup. Sudah memadai. Ibu-ibu selalu dimomokkan susu badan tak cukup lah, kurang lah, cair lah. Cair atau pekat itu bukan ukuran susu tu berkhasiat atau kurang khasiat, lebih kenyang atau tidak. Tak ada kaitan. Inilah kesalahan sesuatu produk bila promote. Konon beza susu makin pekat lah, meriah lah. Ridiculous.

       Sebenarnya dalam menjayakan penyusuan selama yang boleh (sekurang-kurangnya dua tahun) adalah ilmu. Ya ilmu. Kena banyak membaca. Baca dan praktik. Selain itu boleh bertanya kepada ibu yang berpengalaman atau doktor atau nurse. Jangan malu untuk bertanya. Setiap orang cabarannya berbeza. Kena bijak mengatasi dan tidak mudah mengalah. Berdoa dan minta Allah permudahkan perjalanan penyusuan. Jangan dilayan segala stress atau perkara negatif. Emosi ibu kena jaga juga tau. Kena sentiasa tenang dan happy.

      Setakat ini aku masih belum berhenti bf anak selama empat tahun ini. Bermula sejak Jannah lahir dan sampai lah Naim sekarang ini. Bersambung-sambung hehe. Sebab masa mengandungkan Naim pun aku tak stop bf Jannah. Alhamdulillah diberi kekuatan. Anda juga pasti boleh. Chaiyok.

    Orang kata bf boleh kuruskan badan? Itu bagi yang berat badan naik banyak gila masa hamil. Ada yang naik sampai puluh kilogram. Ada yang senang turun selepas bersalin, ada yang makan masa bertahun nak turun ke berat asal. Rezeki masing-masing. Hehe. Bagi aku sendiri, tak ada beza sangat sebab aku dah memang kurus, masa hamil pun tak nampak gemuk. Hahah. Tapi ada beza masa mengandungkan Jannah naik 13kg, masa Naim cuma naik 5kg. Hohoho.

     Akhir kalam, teruskan perjuangan dalam menyusukan anak. Jangan mengalah dan terus berusaha.

16 April 2017

Ini Adalah Cara Aku

Assalamualaikum.

     Dah namanya pun blog peribadi. Jadi sudah tentulah cerita pasal life aku dan pendapat peribadi aku bagi pelbagai topik yang diketengahkan. Tak puas hati? Tak paksa pun untuk baca. Bukan angkuh tapi haters gonna hate kan. Ada aku kisah? Hahahaha.

    Bagi readers yang follow blog ini Sejak dulu dah tentu mengetahui yang aku jarang sangat letak gambar sendiri. Ada lah beberapa keping masa zaman entries jaulah Mesir dulu-dulu itu pun semua aku dah delete agaknya. Hahaha. Aku pun dah lama tak cek. Ini memang style aku lah. Tidak akan upload foto diri sendiri ke laman sosial. Sejak zaman friendster lagi kot. Myspace. Sampai lah ke zaman Facebook, Twitter dan instagram sekarang ini. Cuma ada album gambar kahwin je la kat Facebook tahun 2012 tu. Hoho.

      Trend lah sekarang ni kan selfie dan upload ke laman sosial. Tak kira lah lelaki ke perempuan ke, tua muda, remaja dewasa orang tua, artis ke ustaz ustazah ke Ramai yang kaki selfie lantas gambar di upload ke media sosial. Aku kalau upload pun gambar anak-anak je. Gambar mak nya nan hado. Keh keh keh. Well, ini adalah cara aku. Sampai bila-bila pun akan kekal begini. Kat galeri hp aku pun mana ada gambar selfie aku. Sekeping pun tak ada. Hahaha. Mungkin ada setengah orang yang bukan jenis upload gambar selfie dia ke media sosial tapi kat galeri hp banyak gambar selfie. Untuk simpanan sendiri je, takde upload bagai.

      Tapi tidak lah bermakna aku mengecam mereka yang kaki selfie dan kaki upload gambar sendiri ke media sosial (terutama perempuan). Itu hak masing-masing. Asalkan terkawal sudah lah. Kalau yang melebih sangat rasa meluat juga dalam hati ni tapi let it go je. Takde sampai nak unfriend. Ahaha. Berlapang dada sahaja. Dia punya Facebook dan Instagram, dia punya suka lah nak muat naik (amboi Bahasa Malaysia/ Melayu katanya Hahah) gambar sendiri lapan juta kali sehari pun. Asalkan mereka bahagia. Walaupun hakikatnya sebahagian daripada mereka mungkin kesunyian. Kesunyian jadi perlukan komen dan like sedikit lah bila muat naik gambar. Ops, jangan marah haaa. Saje je bagi panas line.

     Jadi orang yang tak upload gambar sendiri ke laman sosial ni jenis yang kurang keyakinan diri ke? Hahaha sebab ada yang kata gitu. Kurang keyakinan diri sebab tak cantik ke gemuk ke apa ke. Setiap orang ada alasan tersendiri. Ada orang memang penyegan dan pemalu teramat (aku lah salah seorangnya. Bluek). Ada orang jenis menjaga exclusive diri, tak semudah itu orang nak tengok wajahnya. Ada orang sebab jaga syariat dan ikhtilat. Ada orang sebab rasa tak ada keperluan pun nak muat naik. Anda yang mana? Hehe.

      Oleh sebab itu aku tidak sesuai menjadi peniaga online. Aduh tetiba plak kan. Yelah, untuk meraih kepercayaan pembeli untuk membeli produk kita, mestilah kena tonjolkan diri. Jadi orang pun tahu bukan scammer atau fake account. Nama pun mesti nama sebenar, bukan nama samaran. Kalau jual kosmetik, mesti lah kena muat naik gambar sendiri untuk orang lain tengok dan nilai. Itu contoh je lah. Jadi dengan identiti aku yang serba misteri ini, gambar sendiri tak ada, nama samaran bukan nama sebenar, orang pun dalam keraguan entah lelaki ke perempuan. Kakaka. Pernah orang pm fb aku panggil Abang, Encik. Hohohoh. Aptb. Yang lagi kelakar ada orang ingat aku pilot atau kelasi kapal. Kapten lah katakan. Amboi amboi. Boleh add fb guwa Kapten Unohana ye (ceh sempat promote hak tuih).

      Berbalik pada cerita asal. Gambar di laman sosial. Gambar selfie ke orang tolong snap ke, jangan harap la aku akan upload di laman sosial. Melainkan ada yang tag nama aku, baru lah ada. Itu pun kalau gambar terlalu dekat aku remove tag dan delete. Sorry guys. Haha. Ai tak suka. Lagi pun ai bukan retis nak kena ada gambar di laman sosial bagi peminat tengok. Gitu.

     

Semakin Tua


  • Assalamualaikum.


    Sebenarnya kan, aku ada empat entries yang masih menjadi draft dan tidak dipublish. Biasa nya bila tengah syok menaip tu tiba-tiba ada hal dan terpaksa pause gitu. Konon-konon nak sambung taip dan habiskan bila ada masa free tapi hampeh. Ideanya sudah tak kembali mencurah dan topik pun macam dah basi. Maka kekal lah ia menjadi draft.

     Macam hari ni aku terus je klik new post. Hahahah. Tengok lah nanti kalau rajin aku habiskan menulis yang masih terbengkalai tu. Kalau tak rajin, aku delete je senang cerita. Hohohoh.

     Di usia aku yang dah masuk 30-an ni, ada sesuatu yang merunsingkan aku.  Cuba teka apa dia?
Kulit berkedut? Bukan.
Stamina makin berkurangan atau kurang fit? Bukan.
Berat badan bertambah? Bukan.

   Jeng jeng jeng. Jawapannya ialah Gigi. Hahaha. Yup gigi (teeth). Aku risau gigi aku semakin mereput atau berlubang sampai kena cabut. Oh no. Sensitif kalau pasal gigi ni.

    Beberapa minggu lepas aku perasan gigi atas aku ni bahagian hadapan ada macam terhakis sikit. Sekali pandang orang tak akan perasan pun tapi bila look closer (amboi speaking) akan nampak. Oleh kerana kedudukan gigi aku rapat-rapat (tak jarang) jadi bagi aku agak nampak tak lawa lah macam ada lubang. Aku dah risau gila sebenarnya. Siap cakap dengan zauji aku nak 'buat gigi' yang macam dia pernah buat dulu.

       Pernah dengar tak 'gigi pecah'? Dia macam struktur atau bentuk gigi tu terpecah atau crack. Macam batu bata tu kalau pecah bahagian bucunya. Gitu lah lebih kurang. Gigi yang terpecah sedikit itu boleh dibuat semula. Adalah kaedah nya dan bahan khas yang dentist guna untuk baiki gigi tu. Selepas treatment tu gigi akan terbentuk seperti asal. Biasanya untuk gigi kapak lah yang lapan batang tu. Gigi taring pun boleh. Yelah bila kita sengih mesti nampak semua gigi depan. Mesti mau cantik maa.

      Sebenarnya semua gigi aku yang 32 batang ni memang masih elok dan kuat. Alhamdulillah masih penuh. Biasa juga aku dengar belia yang sebaya aku atau akhir 20-an sudah kehilangan beberapa batang gigi geraham. Yang asalnya berlubang tapi dah tak boleh ditampal lagi dah. Senang kata dah rosak dan perlu dicabut. Ada sesetengah kes lain pulak susunan gigi geraham tak rata dan bertindih, perlu juga dicabut sebatang dua untuk bagi lebih ruang kat gigi ngam dengan gusi. Dan paling biasa bila wanita hamil yang kekurangan kalsium pun gigi boleh reput dan rapuh. Tak kuat. Maka terpaksa juga dicabut gigi yang yang rosak akibat kekurangan kalsium (dah disedut oleh janin).

    Jadi aku tak nak lah umur belum masuk 40-50 tahun gigi dah mula rongak. Itu bukan isunya sekarang. Yang sekarang ni aku nak bikin gigi aku yang dah tersopak sikit ni jadi kembali seperti asal. Gigi tak putih tak apa tapi asalkan tak ada sopak. Hah gitu. Tapi entah bila masa yang sesuai nak pergi buat tu tak tahu lah. Dengan anak dah dua orang ni aku tengah bayangkan macam mana zauji handle sepanjang aku dalam bilik doktor untuk buat gigi. Hahaha. Kalut tak kalut lah.

      Baru-baru ni masa scroll wall fb aku, ternampak satu video pasal buat gigi ni lah. Dalam video tu gigi orang tu lagi teruk pecahnya. Hampir separuh daripada sebatang gigi tu hilang. Gigi kapak paling depan tu bahagian atas. Tapi durasi sebenar aku tak tahu berapa lama masa diambil sebab video tu dicepatkan fast forward. Rumit juga nak membuatnya. Step by step. Tapi hasilnya memang superb. Sebiji serupa dengan gigi asal. Terbaik.

      Kalau kalian kenal penyanyi tu. Azmi vokalis Caliph Buskers. Masa awal kemunculan dia pertama kali keluar TV masa AJL 29 nyanyi lagu Roman Cinta. Gigi dia macam rongak. Sebenarnya tak rongak terus tapi cuma pecah yang agak besar sampai kelihatan seperti rongak. Beberapa bulan lepas tu dia pergi buat gigi dan gigi beliau kembali 'penuh'. Point nya aku nak cakap, kalau pecah yang besar pun boleh dibuat apatah lagi yang sikit je macam gigi aku ni mesti lagi boleh. Hahaha. Hmmm tapi bila lah boleh buat tu. Murung kejap bila fikir.

      Sebenarnya dulu aku tak tahu pun yang gigi terpecah atau tersopak atau tersompek boleh di repair. Maksudnya tak ada lah sampai kena cabut gigi asal dan bikin gigi palsu. Hanya bila zauji buat beberapa tahun lepas tu lah baru aku tahu. Dah hampir lima tahun aku tengok gigi zauji yang dia buat dulu tu masih kuat. Kecanggihan teknologi. Thumbs up.

    Ini aku rasa karang gigi dah muncul semula. Last buang karang tu tahun 2012. Jadi sekarang ni persoalannya aku nak kena buang karang gigi dulu atau nak terus repair gigi aku yang terpecah sikit ni? Adoi. Dilema sungguh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...