19 December 2013

Aku dan Komik Part 1

Assalamualaikum.

Since blog ni dah jadi ala-ala blog mak-mak or blog makcik-makcik, dah jarang ada entri mengimbau kenangan silam gitu. Dan entri merapu dan lawak. Dan entri ala-ala selfie (auch). Penulisan berubah mengikut arus peningkatan usia. Amboi-amboi. 

Bagi yang mengenali diriku samada alam realiti atau alam maya, pasti tahu yang aku ni penggemar komik. Suka tengok kartun dan anime. Suka baca komik dan manga. Suka melukis. Otaku. Dan sebagainya. Tapi tahukah anda sejarah awal yang menyebabkan aku terjebak dalam kancah kekomikan dan kekartunan ini? Jeng jeng jeng. Mari kita imbas kembali naik mesin masa ke tahun 1992. Yahooo...

Tahun 1992 majalah komik paling popular adalah GILA-GILA. Majalah komik NO 1 la kat Malaysia. Ujang masih belum mendapat tempat di hati peminat ketika itu. Gila-gila dah wujud sejak tahun 1980-an lagi you alls. Abah tiap-tiap bulan mesti beli Gila-Gila dan aku lah pembaca setia. 

Profesor Serba Tau. Siapa yang masih ingat? PST ni kira maskot Gila-gila lah. Macam Din Beramboi maskot Ujang. Aku suka betul baca kolum PST ni, lawak tak hingat,  hahaha. Komik panel paling aku suka ialah Manjalong karya Cik Li. Pasal seorang kanak-kanak bernama Along dengan pakciknya nama Cik Li, heheh. Lepas tu, Tiga Dara Pingitan karya Cabai. Ini antara yang aku ingat la. Banyak lagi antaranya Lagak A. Mamud, From Taiping With Love dan lain-lain.

bersambung....

15 December 2013

Si Penghuni Syurga

Assalamualaikum.

Amboi-amboi, sejak-sejak akhir tahun nak masuk tahun baru ni makin rajin pula update blog ye. Yang sebenarnya aku dah kebosanan handset aku tak ada dua hari ni, kuang asam. Semalam la, tertinggal kat madrasah. Pastu zauji kata tunggu hari Isnin la pergi kerja baru ambil balik beg yang tertinggal. Peh, mati kutu jugak aku handset takde. Tak dapat nak what's app, haha. 

Kadang-kadang aku masih teringat kat arwah Sofea Insyirah, anak En Azwan (C.Wan) dan Pn Siti Nor Saodah (C.Nor) yang merupakan bekas jiran kami kat rumah Maokil. Sofea mak yang jaga masa ibu ayah dia pergi kerja. Pengasuh la senang cerita. Tapi itu dulu lah, tahun 2012 sebelum C.Wan dan C.Nor pindah Felda Pemanis.

Ramadhan tahun lepas (2012) aku duduk seminggu kat Maokil. Jadi sempat la jumpa Sofea yang masa tu baru empat bulan. Semangat badan dia. Masa newborn kecil je, 2.4kg tak silap aku. Itulah last jumpa sebab aku pun duduk JB kan. Lepas tu, akhir tahun 2012 pulak Sofea sekeluarga pindah rumah. Memang tak pernah jumpa lagi sampai lah 2013 ni dah akhir tahun pun. Tapi aku selalu la tengok gambar dan video Sofea kat handset abah. C.Nor rajin hantar gambar Sofea terbaru.

Jumaat lepas, mak call khabarkan berita buruk. Sofea dalam keadaan kritikal. Tersentap aku dengar. Mak cerita, ada darah beku kat kepala Sofea, baru lepas operate. Asal ceritanya Sofea asyik menangis je tak henti-henti (Khamis). C.Wan dan C.Nor pun bawa pergi Hospital Segamat untuk cek. Sampai hospital je Sofea terus pengsan dan koma. Lepas x-ray rupanya ada darah beku kat kepala. YA ALLAH. Sepantas kilat Sofea dihantar ke HKL untuk rawatan lanjut. Dalam pukul  1.00 pagi (Jumaat) pembedahan buang darah beku pun dilakukan. Mak kata tempurung kepala Sofea dah tak ada. Lepas operate, Sofea masih koma. T_T. YA ALLAH, kesiannya anak kecil ini. Mengalir airmataku.

Lepas itu masih belum ada update terbaru pasal Sofea. Weekend lepas aku balik Maokil. Kemungkinan besar Sofea jatuh kat rumah bs (babysitter) tapi bs tak bagitau. Adui kesiannya. Hari Isnin baru lah mak call bagitau Sofea dah meninggal dunia. Inna Lillah wa Inna IlaiHi Roji'un. Syurga buatmu wahai Sofea. Umur baru setahun lapan bulan.

Adik aku cerita dia baca status FB C.Wan masa Sofea masih koma hari tu, C.Wan dah bersedia dengan segala kemungkinan. Andai nyawa Sofea tak panjang, dia suami isteri redha. Tabahnya. Sedih betul. Sofea anak sulung. C.Nor sekarang tengah mengandung anak kedua. Mak kata C.Wan tak sampai hati nak buat laporan polis pasal kes Sofea. Jadi, doktor yang cek Sofea yang buat report. Dan update seterusnya aku tak tahu. Hehe.

Memang ibu bapanya sangat tabah. Yelah, Allah tak kan beri ujian yang tak mampu hambaNya pikul/ lalui. Kalau aku, haii tak tau lah macam mana nak hadapi. Mungkin aku tak setabah mereka. Hanya Allah yang tahu kemampuan hamba-Nya. Sentiasa lah bersyukur atas nikmat yang Allah beri. Alhamdulillah.


Gambar Sofea paling latest kat PD November lalu.




Sofea umur setahun.



Sofea 9 bulan.



Sofea 5 bulan ++.



Sofea 10 bulan ++.


Mohon sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Sofea Insyirah.




14 December 2013

MTaF

Assalamualaikum

Siang tadi sekolah aku (Maahad Tahfiz al-Firdaous MTaF) ada buat program sikit. Aku pun tak berapa tau dan clear sangat tentatifnya. Cuma dua hari lepas, Us Mohd Jais (owner/ pengasas MTaF) ada bagitau aku, METRO (akhbar) nak datang buat liputan ke apa tah dan aku kena berucap sikit lah as a Mudirah. Gulp. Tapi dah bincang-bincang balik, wakilkan kepada zauji berucap sebab takut Jannah tak stabil pulak hahah.

Pagi tadi pukul 9.00 lebih kami sampai. Pagi tu gotong-royong dulu. Ikutkan start 9.30 tapi lambat jugak mula. Dalam pukul 11.00 baru mula. Haha. Aku pun bawak Jannah jalan-jalan kat kawasan luar. Tak lama tu ada van TV3 masuk. Wah. Jauh tu dari KL datang haha. Aku pun tak tau yang TV3 datang. Kiranya Metro dan TV3 kolabrasi la kot, aku agak je ngeheheh.

Aku masuk dalam rumah semula. Zauji plak pergi sembang la dengan orang Metro dan TV3 sambil bawak pusing kawasan rumah. Aku duduk kat tepi meja komputer. Tak lama tu ada salah sorang krew datang kat aku. Ehen, ehem... Perempuan muda. Dia tanya, "Ini adik awak ke? (sambil tengok Jannah). Amboi, nampak muda sangat ke aku ni dia tanya gitu kan, haha. Aku pun jawab, "Tak lah. Ini anak saya." Pastu kan, muka dia terkejut. Duh, tak payah la kaget sangat, haha. Then dia tanya lagi. "Ooo.. awak pun belajar sini sekali kan?" Baca... BELAJAR. 

Entah kenapa aku macam terkedu jap sambil kerut kening. Belum sempat aku jawab member dia dah panggil dan dia pun pergi. Sebenarnya aku lambat jawab tu tengah fikirkan jawapan paling best, hahaha. Aku nak jawab, "Tak lah. Saya tenaga pengajar di sini." Skema kau, haha. Nak cakap aku guru besar, mesti dia lagi tak percaya kan, haha. Nak cakap ustazah, macam baik-baik benor, kiki. Tenaga pengajar bunyi macam formal dan terhormat gitu. Poyo. Aku terfikir-fikir, aku rasa krew tu jauh lagi muda dari aku kot, kalau tak awal 20-an, mesti dalam 18, 19 tahun gitu. Gaya aku belum cukup nampak macam guru ke atau aku yang awet muda? Cececehhh..

Ok lupakan cerita yang 'aku nampak muda sangat' tu, sampai esok tak habis kang. Jadinya, wartawan-wartawan yang datang tu tolong gotong-royong sekali. Aku pun tak pasti mana satu orang TV3, mana satu orang Metro. Dalam pukul 12.00 aku kena balik Taman Impian Emas coz zauji jadi imam Zuhur. Masa nak keluar tu nampak la barang-barang sumbangan berupa beras berkampit-kampit, beg-beg sekolah, telekung-telekung, kipas elektrik, sos, kicap, susu tin pekat, biskut dan macam-macam lagi. Dah macam program bersamamu TV3 dah aku rasa, hihi.

Pukul 2.00 petang kami sampai semula di madrasah. Rupa-rupanya nama program tu "Titipan Kasih". Katanya nanti masuk TV3 siaran 22hb. (tapi muka aku tak masuk tv pun, hihi). Us Jais kata kira macam program realiti tv la diorang ni tapi yang mencari pengacara. Ada empat orang finalis. Entah yang mana satu aku pun tak tau. Masa aku datang semula pukul 2.00 tu diorang semua dah gerak balik KL. 

AlhamduLillah banyak sumbangan pelajar-pelajar MTaF dapat. Syukur. Us Jais memang terbaik lah dari segi 'marketing'. Hiks. Aku pun dapat jugak beg dan telekung. Dapat kipas sebijik dan payung. Kata Us Jais esok orang TNB pulak nak datang. Tak pasti la nak beri sumbangan jugak ke apa. 

Tapi memang betul la, kalau kita betul-betul ikhlas nak memartabatkan agama, pasti Allah akan bantu dan permudahkan jalannya. Macam Us Jais ini lah. Bersungguh-sungguh mengasaskan dan mewujudkan sekolah tahfiz sendiri. Kalau nak cerita dari awal macam mana perjalanan penubuhan madrasah ini memang berliku-liku jua. Panjang ceritanya. Mungkin aku boleh buat entri khas yang lain akan datang.

Oh ye, MTaF ada masuk Metro semalam mukasurat 42 kalau tak silap. Tapi main story bukan pasal tahfiz pun, sabar je lah wartawan ni. Masa wartawan tu datang aku ada. Us Jais kenalkan.

Oi, dah pukul 11.00 lebih rupanya. Mujur esok Ahad. Ok nitezz alll.. Babai.


06 December 2013

Random Story

Assalamualaikum.

Dah lama tak emosi-emosi dalam blog macam dulu-dulu. Haha. Untuk entri random ni ada yang berbaur emosi, ada berbentuk pendapat dan lain-lain. Layankan je lah.


Bukan Aku yang Kerek

Ok ini semalam punya cerita lah. Semalam hari ketiga aku tak dapat datang kerja sebab Jannah demam. Aku dah sms students cakap aku tak dapat datang. Dalam pukul 9.00 pagi, makcik yang biasa datang madrasah mengaji dengan aku call, tanya ada kelas tak. Aku pun cakap tak ada sebab Jannah masih demam. Lepas tu dia cakap dia ada kenal seorang nurse ni maybe boleh membantu. Tak sangka lah pulak aku nurse tu ada kat sebelah dia! Lepas tu terus bagi telefon pada nurse untuk bercakap dengan aku.

Aku masa tu dah mula rasa tak suka. Haha. Normal lah baby demam kan. Then.. she is speaking yaww. Eh kau ni bajet sangat nak cakap omputeh pehal? Cakap je la dalam BM. Aku mula naik menyampah. Ok i guess she is an Indian lady. Sebab macam ada bunyi-bunyi India bila dia speaking tu, haha. Dia cakap omputeh aku balas cakap Melayu. Hahaha lantak la kan.

Aku cakap lebih kurang gini, "Saya rasa normal je demam macam ni. InsyaAllah akan baik sendiri nanti. Lagipun panas badan dia dah berkurangan."

Lepas tu dia cakap apa tah. Agaknya kengkonon tak faham la aku cakap apa kan sebab dalam BM. Puiii! Lepas tu aku macam dengar dia berbual dengan makcik yang mengaji dengan aku tuh. Aku tanpa buang masa terus matikan telefon sambil mengomel, ishh sebokkk je lah kau ni. Dah la speaking konon. Aku balas cakap Arab kang ternganga kau tak faham.

Moralnya, tak payah nak speaking sangat lah wei. Nyampah tau tak? Ok takpe lah niat makcik tu baik nak tolong aku tapi boleh tak dengar dulu penjelasan aku sebelum memandai pergi pass handset pada nurse tu? Maybe dalam hal ni nampak macam aku berlagak atau kerek, orang nak tolong tapi aku menyombong. Terima kasih sudi mahu membantu tapi nurse tu jauh lebih kerek sebab cakap omputeh. Hangguk kau.


Rumah Masih Belum Settle

Ini pun kategori entri emosi jugak ni hahaha. Seperti yang aku cerita kat entri sebelum ni, pemilik rumah sebelum ini masih belum habis angkat semua barang-barang dia. Sebab rumah dia masih belum siap. Masih dalam renovation. Katanya lagi dua minggu baru siap (anggaran). Seminggu sudah berlalu. Hari ini atau esok perabot yang kami order akan dihantar ke rumah. Serabut tol. Mana nak letak tak tau sebab bilik depan masih belum clear lagi. Aiyyaa..

So kami decide kemaskan/ bungkuskan/ kumpulkan barang-barang dia kat bilik depan tu pindah ke bilik belakang. Tapi barang-barang kami yang kat bilik belakang tu kena keluarkan dulu lah. Banyak kerja sebenarnya tapi apa boleh buat, hadap je la woi. Apa pun tak boleh. Huhuh.



03 December 2013

Pindah Rumah

Assalamualaikum.

Dah masuk Disember 2013. Entri ke-16 untuk tahun ini. Tahun 2012 cuma ada 16 entri je. 2013? Adakah ini post terakhir untuk tahun ini? Kita tungguuu..

Kali ni takde gambar nak publish, tak sempat. Entri akan datang. Ni Jannah tengah tido maka aku sempatkan diri update blog sambil makan megi kari. Heheheh. Sekarang ni aku dah duduk kat rumah baru. I mean bukanlah rumah baru pun, cuma baru berpindah rumah je. Heheh.

Khamis lepas (28/11) lori sudah angkat barang yang besar-besar iaitu TV, kabinet tv, mesin basuh, peti ais, sofa, katil, tilam. Hari Jumaat baru kami pindah dan tidur sana. Oleh kerana pemilik sebelum ni masih belum habis angkut keluar barang-barang dia, kami pun masih belum berkemas sangat. Barang dari kuaters pun belum habis angkat sebab rumah sekarang ni masih belum kosong sepenuhnya. Sabar menunggu.

AlhamduLillah akhirnya hasrat kami nak mendiami rumah bawah dah tercapai. Walaupun bukan untuk selamanya tapi bersyukur sangat dah ni. Ok aku belum cerita asal-usul cerita pindah rumah ni ye. Hiks.

Syawal yang lepas zauji ada dapat tawaran untuk jadi Imam kat satu surau. Imam solat lima waktu. Imbuhan/ elaun tu adalah tapi yang paling best ada rumah disediakan. Tak perlu bayar. Setelah seminggu dua berfikir dan menimbang pelbagai perkara akhirnya zauji menerima tawaran tersebut. Walaupun jauh sikit dengan tempat kerja tapi masih boleh di adjust dari segi masa.

Asalnya pihak AJK surau mintak mula bertugas awal November tapi oleh kera na imam yang lama masih belum boleh nak kosongkan rumah jadinya ditangguh pulak awal Disember. Itulah ceritanya. Kiranya zauji ni imam 1. Ada tiga orang yang jadi imam kat surau ni. Bertugas mengikut giliran. Surau Al-Fateh, Taman Impian Emas.

Sempena pindah rumah ni jugak kami ada beli perabot baru. Tilam queen saiz, almari baju jenis sliding macam Jepun tu, kabinet dapur, rak pinggan mangkuk, meja kopi dan err.. mesin parut kelapa. Tapi semua tu belum sampai lagi la. 

Ok stop dulu lain kali sambung haha. Babai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...