Showing posts with label saje suka-suka. Show all posts
Showing posts with label saje suka-suka. Show all posts

16 April 2017

Ini Adalah Cara Aku

Assalamualaikum.

     Dah namanya pun blog peribadi. Jadi sudah tentulah cerita pasal life aku dan pendapat peribadi aku bagi pelbagai topik yang diketengahkan. Tak puas hati? Tak paksa pun untuk baca. Bukan angkuh tapi haters gonna hate kan. Ada aku kisah? Hahahaha.

    Bagi readers yang follow blog ini Sejak dulu dah tentu mengetahui yang aku jarang sangat letak gambar sendiri. Ada lah beberapa keping masa zaman entries jaulah Mesir dulu-dulu itu pun semua aku dah delete agaknya. Hahaha. Aku pun dah lama tak cek. Ini memang style aku lah. Tidak akan upload foto diri sendiri ke laman sosial. Sejak zaman friendster lagi kot. Myspace. Sampai lah ke zaman Facebook, Twitter dan instagram sekarang ini. Cuma ada album gambar kahwin je la kat Facebook tahun 2012 tu. Hoho.

      Trend lah sekarang ni kan selfie dan upload ke laman sosial. Tak kira lah lelaki ke perempuan ke, tua muda, remaja dewasa orang tua, artis ke ustaz ustazah ke Ramai yang kaki selfie lantas gambar di upload ke media sosial. Aku kalau upload pun gambar anak-anak je. Gambar mak nya nan hado. Keh keh keh. Well, ini adalah cara aku. Sampai bila-bila pun akan kekal begini. Kat galeri hp aku pun mana ada gambar selfie aku. Sekeping pun tak ada. Hahaha. Mungkin ada setengah orang yang bukan jenis upload gambar selfie dia ke media sosial tapi kat galeri hp banyak gambar selfie. Untuk simpanan sendiri je, takde upload bagai.

      Tapi tidak lah bermakna aku mengecam mereka yang kaki selfie dan kaki upload gambar sendiri ke media sosial (terutama perempuan). Itu hak masing-masing. Asalkan terkawal sudah lah. Kalau yang melebih sangat rasa meluat juga dalam hati ni tapi let it go je. Takde sampai nak unfriend. Ahaha. Berlapang dada sahaja. Dia punya Facebook dan Instagram, dia punya suka lah nak muat naik (amboi Bahasa Malaysia/ Melayu katanya Hahah) gambar sendiri lapan juta kali sehari pun. Asalkan mereka bahagia. Walaupun hakikatnya sebahagian daripada mereka mungkin kesunyian. Kesunyian jadi perlukan komen dan like sedikit lah bila muat naik gambar. Ops, jangan marah haaa. Saje je bagi panas line.

     Jadi orang yang tak upload gambar sendiri ke laman sosial ni jenis yang kurang keyakinan diri ke? Hahaha sebab ada yang kata gitu. Kurang keyakinan diri sebab tak cantik ke gemuk ke apa ke. Setiap orang ada alasan tersendiri. Ada orang memang penyegan dan pemalu teramat (aku lah salah seorangnya. Bluek). Ada orang jenis menjaga exclusive diri, tak semudah itu orang nak tengok wajahnya. Ada orang sebab jaga syariat dan ikhtilat. Ada orang sebab rasa tak ada keperluan pun nak muat naik. Anda yang mana? Hehe.

      Oleh sebab itu aku tidak sesuai menjadi peniaga online. Aduh tetiba plak kan. Yelah, untuk meraih kepercayaan pembeli untuk membeli produk kita, mestilah kena tonjolkan diri. Jadi orang pun tahu bukan scammer atau fake account. Nama pun mesti nama sebenar, bukan nama samaran. Kalau jual kosmetik, mesti lah kena muat naik gambar sendiri untuk orang lain tengok dan nilai. Itu contoh je lah. Jadi dengan identiti aku yang serba misteri ini, gambar sendiri tak ada, nama samaran bukan nama sebenar, orang pun dalam keraguan entah lelaki ke perempuan. Kakaka. Pernah orang pm fb aku panggil Abang, Encik. Hohohoh. Aptb. Yang lagi kelakar ada orang ingat aku pilot atau kelasi kapal. Kapten lah katakan. Amboi amboi. Boleh add fb guwa Kapten Unohana ye (ceh sempat promote hak tuih).

      Berbalik pada cerita asal. Gambar di laman sosial. Gambar selfie ke orang tolong snap ke, jangan harap la aku akan upload di laman sosial. Melainkan ada yang tag nama aku, baru lah ada. Itu pun kalau gambar terlalu dekat aku remove tag dan delete. Sorry guys. Haha. Ai tak suka. Lagi pun ai bukan retis nak kena ada gambar di laman sosial bagi peminat tengok. Gitu.

     

23 February 2017

Kenangan Mengusung Rindu

Assalamualaikum.

   Malam tadi balik JB naik kereta Livina. Ada radio. Haha. Maklum ler, kereta lagi satu tu tak tahu macam mana nak set up frekuensi baru. Ulang-ulang lagu yang sama je daripada CD.

   Macam biasa pilihan pure Johorean mesti lah bestfm. Hahaha. Lagu lama dan baru diorang akan mainkan. Aku pun mengharap best nya kalau keluar lagu Mengusung Rindu. Dah lama tak dengar. Walaupun boleh je cari kat YouTube tapi feel dengar dari radio ni lain weh. Boleh berangan sambil mengimbau kenangan silam. Koh koh koh.

    Nak dekat sejam perjalanan, tetiba betul-betul lagu Mengusung Rindu di mainkan. Dengar je intro aku minta zauji kuatkan sikit volume. Hahaha. Secara automatic mengimbau kenangan 17 tahun dahulu ketika lagu ini baru keluar dan popular. Tahun 2000 masa aku form 3.

   Ada cerita di sebalik rakaman lagu ini di studio. Aku baca kat majalah. Masa arwah Achik (Al-Fatihah) tengah rakam lagu ini, dia macam ternampak kelibat arwah Along Spoon (al-Fatihah) di satu sudut. Asalnya lagu ciptaan Eddie Hamid ini memang untuk kumpulan Spoon. Kiranya macam kesinambungan lagu Rindu Serindu Rindunya dan Memori Sekuntum Rindu. Dah takdir pula vokalisnya mati kena bunuh, maka lagu ini disimpan sementara. Akhirnya jadi rezeki kumpulan Spin untuk dapat lagu ini. Memang meletup habis zaman tu. Zaman lagu tangkap leleh katanya.

   Lagu ini jugak aku kerap bawa masa karaoke. Hahaha. Kawan aku kata aku jiwang karat. Lantak la. Memang aku suka layan lagu jiwang jugak walaupun aku peminat rock. Ceh. Itu cerita 10 tahun lepas lah zaman muda mudi Zaman bujang layan karaoke semua. Sejak balik dari Mesir aku dah tak pernah lagi masuk pusat karaoke tak kira la karaoke jamban ke karaoke exclusive ke. Huahuahua.

Dalam hati ini ada namamu
Nama seorang insan yang aku rindu
Dalam jiwa ini ada sayangmu
Sayangnya dirimu tidak mengerti

Dalam senyum ini ada tangisan
Tangisan seorang insan terluka
Dalam jiwa ini ada pilunya
Pilu yang membuat aku menangis
Oh hibanya

20 November 2016

Negara yang teringin dikunjungi... Italy

Assalamualaikum.  
    Tetiba nak update blog malam ni sesambil tonton rancangan The Streets tv3. Lokasi episode malam ini adalah Melbourne, Australia.
    Sejak dari usia aku masih di sekolah rendah, kalau ditanya negara mana yang aku teringin nak pergi kalau diberi peluang, aku akan jawab Itali. Kenapa Italy? Entah lah tak ada jawapan khusus. Mungkin sebab tinggalan sejarahnya? Atau kerana keindahan dan kecantikan tempatnya?
    How do you know about Italy? Sejujurnya aku tak tahu banyak pun. Kakaka. Cuma dulu masa sekolah rendah aku suka baca buku ensiklopedia (adoi betul ke ejaan ni) kalau pergi perpustakaan. Buku-buku jenis tu kan tak boleh pinjam, jadi aku manfaatkan masa dalam perpustakaan je lah nak baca buku-buku macam tu. Ahahaha. Buku jenis ni banyak gambar. Kulit keras dan semua muka surat berwarna, kertas licin. Aku rasa aku tertarik dengan negara Italy lepas baca buku tu kot.
    Aku yang kuat berangan. Mungkin aku pernah tengok tv movie yang berlatarbelakang negara Italy. Yang naik sampan menulusuri tasik melihat keindahan kota waktu malam, dengan lampu-lampu yang cantik. Hahaha. Amboi kecik2 lagi dah pandai.
    Bila naik sekolah menengah. Tengah sembang-sembang dengan beberapa orang kawan pasal negara yang teringin nak pergi melancong. Macam biasa pilihan aku Itali. Kemudian seorang teman berkata, "kalau aku, aku prefer pergi negara yang tak susah nak berkomunikasi. Italy ada bahasa dia sendiri. Kena belajar bahasa dia pulak. "
Aku diam dan berfikir. Yelah betul jugak kata kawan aku. Ah tapi lantak lah. Kalau orang Italy tak reti berbahasa Inggeris, guna bahasa isyarat je lah. Hahaha.
     Dan setelah berbelas tahun berlalu sejak aku form 2 (perbualan aku tadi masa kami form 2 kalau tak silap aku), pilihan aku masih Itali. Tapi aku tak ada lah beria nak kumpul duit ke apa sampai dapat pergi ke Italy tu. Lebih baik aku pergi buat umrah, ye tak? Ini cerita berangan lah kalau ada rezeki terpijak ke, menang peraduan ke, menang cabutan bertuah ke, ada orang nak sponsor ke. Hahahaha.
    
      Dek kerana 'cinta' dan suka pada negara Itali ini, bola sepak pun dah tentu aku sokong pasukan Itali masa World Cup. Makanan Itali semua aku suka terutama pizza. Opss tak semua la, lasagna aku tak minat. Cuma aku tak pernah nak cuba belajar bahasa dia je. Hohoh.
     OK sekian coretan untuk kali ini. Entri santai je wei nak bagi blog ini hidup. Ahaha.

11 January 2011

Proud to be Johorean

Assalamualaikum.

Ya. Saya bangga menjadi anak Johor! Ape hal kau ni? Tiba-tiba je? Semangat kenegerian adalah dilarang, nanti kau dituduh ‘asobiyah (berpuak-puak). Muehehe.

Tapi aku tetap nak bercakap ala-ala ‘asobiyah sekejap. Hahahah. Termasuk dalam ‘geng’ Johor adalah Kuala Lumpur (KL), Selangor, Melaka dan sebahagian Pahang.

Perhatian! Ini bukan entri politik ok? Bukan pro-UMNO, bukan Pakatan Rakyat. Semua bukan.

Tapi bercakap pasal ‘dialek’ atau ‘loghat’. Ngeh ngeh. Bangga sebab apa? Sebab kami menggunakan Bahasa Melayu atau Bahaya Malaysia (BM) yang sebenar apabila bercakap dan berkomunikasi. Tak ada keluar perkataan yang pelik-pelik atau janggal didengar. Boleh ke kau buat karangan UPSR guna dialek Kelantan atau utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang)? Mesti guna BM standart kan?

Ops.. maaf, sensitive ni. Eh, jangan salah faham. Aku bukanlah nak kutuk atau mengata dialek/ loghat negeri lain. Tidak sama sekali. Aku cuma nak menyatakan rasa bangga kerana aku anak Johor. Heheh.

Apabila kita merantau ke tempat orang (tak kisah la dalam negeri atau luar negeri), kita akan bertemu dan bergaul dengan rakan yang datang dari pelbagai negeri. Bila berkomunikasi, keluar lah dialek negeri masing-masing. Mula-mula kita akan rasa janggal, tapi lama kelamaan kita akan faham apa yang kawan kita itu cakapkan. Memang kadang-kadang susah tapi demi kerana persahabatan (ceh) kita cuba memahami dialek mereka sebaik mungkin. Weeee~

Kedahian: Kami nak pi beli ‘roti’ sat.
Johorean: Roti? Tu, dah beli tu, nak beli apa lagi.
Kedahian: Roti petak, bukan hak ini.
Johorean: Hoh? Petak? (tanda soal yang di kepala)

*Rupa-rupanya ‘roti’ yang dimaksudkan adalah biskut. LOL~

Kadang-kadang aku sengaja je ‘kutuk-kutuk manja’ kawan-kawan aku yang orang utara ni tapi dengan lawak dan gelak ketawa lah. Gula-gula dipanggil ‘coklat’. Habis coklat dipanggil apa? Coklat jugak. Loh. Kentang dipanggil ‘ubi’. Habis ubi dipanggil apa? Ubi ada banyak, ubi keledek, ubi kentang. Bukan. Ubi yang betul-betul ubi la. Adehh. Cuba tengok kamus apa makna ubi dan perbezaan antara ubi, kentang dan keledek (kena tengok kamus bergambar ni. Ekeke). Semalam dipanggil kelmarin. Kelmarin dipanggil 'kelmarin dulu'. Apa ni? Kelmarin bermakna dua hari lepas, bukan semalam. Sila tengok kamus sekarang! Hahah.
* Itu lah aku maksudkan BM sebenar atau BM standart. BM sebenar, kelmarin bermaksud dua hari lepas, bukan semalam! huhuh.

Selalu juga aku dengar orang kata orang Johor ni kalau bercakap kasar bunyinya. Ini aku nak marah ni. Cewah. Kedah lagi kasar kot. Selalu cakap ‘mampuih pi la’ (pergi mampus la). Kelantan pun kasar, nate mu (kamu binatang? Errr). Mungkin pada Kedahian atau Kelantanese itu biasa, tak kasar pun. Johorean pula selalu cakap apa ye, yang bunyi kasar? (fikir kejap.. hoho). Paling kasar pun ‘kepala hotak kau’. Tapi Kedahian dan Kelantanese pun selalu sebut juga; hotak hang, korok mu. Di manakah keadilan? Tak patut cakap orang Johor ni kasar tau. Kecik hati I. :p

Whatever. Sebenarnya, hari ini, Selasa, 11 Januari adalah Hari Hol bagi negeri Johor. Johor cuti la hari ini. Tapi tak ada maknanya bagi aku walau cuti kerana aku berada di Mesir. Ceh.
p/s: sekali lagi diingatkan, bukan entri politik. haha.


05 October 2010

Tabiat Huduh Time Pedicure??


Assalamualaikum..

Oh ini bukan pedicure yang dibuat di spa atau salun (salun? Ada ke?). Paling penting bukan orang lain buatkan pedicure tapi diri sendiri. Kuing3. Pernah ke kalian lakukan pedicure? Hohoho.

Pedicure yang aku maksudkan adalah pedicure yang sempoi sahaja tanpa mengilatkan kuku kaki dengan bahan tertentu. Heheh. Just bersihkan kotoran pada kuku, potong kuku dan ‘asah’ kuku. Tak sesuai pula asah kuku. Apa nak panggil eh? Ah apa-apa saja lah.

Nak tanya sikit. Kui3. Pernahkah atau selalu kah korang, masa bersihkan kotoran di kuku kaki, time cungkil-cungkil kotoran (ayat macam pengotor ke haha), then bila dapat keluarkan, korang menghidu bau kotoran itu? Kah kah kah, aku selalu buat begitu ok? Dah tahu baunya kurang menyenangkan tapi tetap nak hidu juga. Muahahaha. Ini adalah tabiat huduh semasa kerja-kerja pedicure dilakukan. Hak hak hak.

Hahahah poyo kut entri aku ni. Ahahaha. 



04 July 2010

SI TRENDSETTER

Assalamualaikum...

Apa itu trendsetter? Alaa... tak perlu la terangkan, semua pun dah tahu. ' Trendsetter' ini luas. Bukan sekadar pada fesyen pakaian tetapi menyeluruh. Apa sahaja perkara yang dicetuskan oleh seseorang dan kemudian menjadi ikutan, orang itu boleh digelar trendsetter.

So, adakah aku atau kamu pernah atau selalu menjadi trendsetter? Sila pilih jawapan di bawah ;
A – Selalu jadi trendsetter.
B – Pernah jugak la sekali sekala.
C – Tak pernah, biasa aku ikut style atau gaya orang, tak pernah cipta style sendiri.
D – Menatang apa trendsetter tu?

Jika jawapan anda adalah A, anda seorang yang berani mencipta dan mencetus sesuatu fenomena baru dengan trend yang mungkin tak pernah lagi dimulakan oleh orang lain. Anda kreatif dan berani, tak takut dikritik kalau style anda itu agak pelik.

Jika jawapan anda adalah B, anda juga seorang yang kreatif dan berani tapi sempoi dan low profile gitu. Anda juga kadang-kadang jadi trendfollower, kadang-kadang jadi trendsetter.

Jika jawapan anda adalah C, bukan bermakna anda tak berani nak mulakan sesuatau yang baru yang belum dimulakan orang lain, tetapi anda agak pemalu kot? Anda juga memang lebih suka jadi trendfollower.

Jika jawapan anda adalah D, errr… pergi buka kamus! Muahahaha!! (p/s kamus English la tak kan kamus Urdu atau Hokkein pula).

P/s : Aku selalu jugak jadi trendsetter. Chewahhh macam poyo gila mengaku. Dush!!

03 July 2010

Maaf Encik! Saya bukan terrorist!!


Assalamualaikum…

Drama sebabak yang cemas…

Tiit Tiit Tiit Tiit..

Pegawai kastam hensem : Adik, adik ada bawa barang tajam ke cecair ke?

Si budak comel : Hah?? ( dengan muka terpinga-pinga dan mata terkelip-kelip sambil mengimbas kembali. Rasanya dah cek habis-habisan kat rumah tadi. Mana ada bawa pisau ke gunting ke).

Pegawai kastam hensem : Mari abang cek beg adik sekarang.

Si budak comel : Eh jangan, jangan! Biar saya cek sendiri. ( dalam hati: gila apa nak selongkar beg aku? Kang jumpa benda tak sepatutnya pulak. Ngeeee..)

Pegawai kastam hensem : Ada bawa pensil case tak dalam beg ni?

Si budak comel : Haa?? Ada, ada.

Pegawai kastam hensem : Ok keluarkan.

Si budak comel : Ok kejap ye. (sambil seluk dan mencari. Adehh macam-macam ada dalam beg ni payah pulak nak jumpa. Ok dah jumpa.). Ok ini dia.

Pegawai kastam hensem : Ok. ( buka pensil case dan mencari sesuatu). Eh tak ada apa-apa pun benda tajam. Kenapa bunyi ye? (soal si pegawai kastam pada membernya).

Pegawai kastam dua : Eh yelah tak de. Dari mana datangnya bunyi tu?

Kedua-dua pegawai kastam melihat si budak dan juga begnya. Si budak mula tak sedap hati. Macam ada harapan kena selongkar oleh mereka beg aku ni, katanya dalam hati. Tiba-tiba baru si budak teringat..

Si budak comel : Eh kejap. (lantas mengambil pensil case dan mengeluarkan sesuatu). Ini kot? Dalam ni pisau. (bekas kecil berisi mata pisau untuk refill pisau yang tumpul. Ada banyak dalam tu.)


Kedua-dua pegawai kastam mengambil dan mengeluarkan pisau dalam bekas kecil itu.

Pegawai kastam hensem : Ok adik boleh masuk sekarang.

Si budak comel : Eh saya nak pisau tu nak refill pisau saya kalau tumpul nanti. Tak boleh ambil balik ye? Saya bukan nak cederakan orang. Sumpah. ( sambil mengangkat tangan ala-ala berikrar dengan muka tak bersalah dan minta simpati. Cehh).

Pegawai kastam : (sambil senyum dan geleng kepala) Tak boleh la dik. Bahaya. Lagipun ini memang dah polisi dan peraturan. Nanti beli je la yang lain ye? Ok selamat berlepas.


Drama sebabak tamat. Kisah benar yang telah ditokok tambah sedikit bagi sedap cerita. Muahahaha!! Hope korang enjoy membacanya. Weeeeee~


P/S : Bakal dilukis menjadi cerita dalam komik.

10 May 2010

Kerana Aku Adalah Gay!!!

" Wo! Tak sangka la Yulia Volkova suntik botox kat bibir. Konon nak nampak sexy la tu. Tapi hasilnya tak cantik langsung! Pada hal muka dia tu punya lah comel macam anak patung. Sayang betul la."

" Huh?! Sejak bila kau minat dia? Bukan ke kau selama ni layan rock heavy metal je?."

" Haaa??? Tak semestinya. Aku layan je semua music."

" Jom layan klip video Drive, Incubus. Macho gila vocalist dia si Brandon tu."

"Hah?! Aku salah dengar ke ni? Kau tahu tak pernyataan kau ini boleh di salah anggap? Hanya golongan gay je akan cakap macam tu. Ngeeeee"

"Uik? Habis kau layan Red Hot Chillie Peppers tu apa tak gay ke?"

"Apa kaitan RHCP dengan gay pulak ni?"

"Dah tu apa kaitan Incubus dengan gay?"

"Entah aku pun tak faham apa tah yang kita cakap ni. Yang pasti aku lelaki sejati."

"Ceh, macam la kau seorang. Aku pun lelaki sejati"




Sekian. Ini adalah entri merepek, tiada kaitan dengan yang hidup ataupun mati.

01 May 2010

Angan-angan Yang Mustahil


Assalamualaikum..

Wah lamanya aku menyepi. Adakah kalian merinduiku? Weeeeee~
Entri lepas yang ala-ala merajuk itu malu pula bila baca semula, macam rasa nak delete je post tu. Muahaha. Terima kasih pada yang ambil berat dan beri kata-kata semangat.

Aku masih dalam zon exam. Paper seterusnya pada 8 Mei ini. Aku saje nak update blog yang dah mula berkulat dengan rumpai hijau. Hoho macam kat parit pulak. Tapi entri kali ini adalah entri poyo dan boleh bikin pembaca gelak sambil geleng kepala. Mari mulakan.


Aku bocorkan rahsiaku di sini. Jeng jeng jeng… Aku selalu berangan benda yang mustahil akan berlaku di bumi Mansurah atau Mesir ini. Telah aku beri nombor supaya orang mudah faham dan enjoy membacanya. Jom lihat apa dia!




1 – Ada Orang Rakam Video Aku

Keterangan: Ala, bukan la video kehidupan. Tapi video aku sedang berjalan nak pergi Maahad, balik rumah, balik dari kedai ke. Lagi best kalau kawasan yang tiada orang sangat, di waktu petang atau malam, ditemani angin bertiup. Ala-ala klip video lagu-lagu. Weeeeee. 
Kategori : Agak mustahil dan memang mustahil.



2 – Battle Of The Band

Keterangan : Pertandingan biasa universiti anjurkan. Tapi memang mustahil la Azhar atau DPM nak anjurkan. Aku dan band aku masuk pertandingan ini. Aku jadi pemain gitar merangkap vokalis. Style pakaian, ala-ala budak sekolah. Genre muzik mesti lah rock alternative. Ceh. Dah namanya pun berangan, suka hati aku lah. Huahaha.
Kategori : Amat-amat mustahil.



3 – Pertandingan Menyanyi / Karaoke

Keterangan : Bukan kategori nasyid ok? Tapi lagu bebas ikut kehendak peserta. Mesti solo. Walaupun suara aku bukan sedap mana (masih sedap sikit-sikit haha) tapi aku nak sertai jugak andai ada dianjurkan.  Pilihan lagu, dah tentu rock. Pop rock pun boleh la kot.
Kategori : Mustahil juga

4 – Cosplay

Keterangan : Cosplay atau nama penuhnya costume player. Alahai tak kan tak tahu. Pertandingan memperaga pakaian mengikut wata-watak dalam anime. Bukan setakat pakaian malah aksesori, sikap dan kebolehan watak. Jeng jeng. Teka aku akan ambil watak apa? Kui3.
Kategori : Amat-amat mustahil.


5 -  Bola Sepak Wanita

Keterangan :  Alangkah bestnya kalau ada. Ngeh ngeh. Walaupun bukan pandai sangat main pun tapi hentam aje. Lagipun kan boleh train? Eheks. Aku nak jadi striker sebab aku kecil tak sesuai jadi pertahanan. Hohoho.
Kategori : Agak mustahil dan memang mustahil.




Ok tamatlah angan-angan mustahil bahagian satu. Hah? Ada sambungan ke? Ngeeee~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...