20 December 2011

Kakak Tiri Cinderella

Assalamualaikum.

Dah tiga hari berturut-turut hujan berterusan di bumi Maokil ini. Ok sebenarnya seluruh negeri Johor hujan berterusan. Hari ini Maokil agak cerah cuma ada lagi gerimis halus kejap turun kejap berhenti. Daerah paling teruk terjejas adalah Kluang. Segala info pasal banjir boleh lah ke sini. :-)

Mula-mula aku berfikir-fikir, kakak tiri ke adik tiri? Tapi bila mengenang cerita dongeng disney, Cinderella mana ada adik tiri, kakak tiri ada la. Toinggg!!! Dah tentu lah kakak tiri. That's the title 'Cinderella's Stepsister'.

Aku bukanlah kaki drama Korea. Jauh sekali kaki Kpop. Euwww kaki?? Biasa-biasa dah la dik, tak perlu fanatik sangat. Kalau ada siar di tv, tengok je. Tapi kalau terlepas episod pun tak kisah. aku pun bukan spesis suka download cerita banyak-banyak atau tengok di youtube ke internet ke bukan.

Tapi drama Korea yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 5.00 - 6.00 petang di tv2 ini telah menarik minat aku aku untuk terus menontonnya tanpa ketinggalan satu episod pun. Genre agak berat, sedih dan sangat emosi.  Langsung tak ada part kelakar, lawak atau bodoh-bodoh. Lain dengan drama Korea yang stereotype (macam salah eja) > pasal budak sekolah tinggi, nyanyi-nyanyi, konflik percintaan, mesti ada unsur lawak, semua sama je konsepnya. Boring.

Jalan cerita best tapi agak slow. Tak apa lah. Tak lah sama aje dengan drama Korea lain. Pelakon lebih banyak menggunakan ekspresi wajah samada sedih, marah, dendam dan lain-lain. Berlakon macam ini lagi susah berbanding dengan dialog. Ekspresi muka diorang memang sangat menjadi. Kadang-kadang membuat penonton geram dan rasa nak maki je. Haha.

Watak paling utama dah tentulah si kakak tiri, Eun Jo. Jadi, bermaksud yang Hye Seon itu lah si Cinderella nya. Bukan Cinderella yang malang pun tetapi cinderella yang sangat kuat cemburu dan ada sedikit jahat. Pelakon watak Eun Jo yang dulu berlakon dalam Auntumn In My Heart, jadi adik perempuan watak ketika kecil, watak dewasa Song Hye Kyo yang mainkan. Dah besar dah dia sekarang. Haha. Jangan tak tau, Moon Geun-young  meraih banyak award hasil dari keberkesanan beliau membawa watak si kakak tiri Cinderella, Eun Jo.

Pendek kata, ceritanya memang best la bagi aku, lain dari yang lain. Mungkin bukan taste korang cerita lembap/ slow macam ni tapi aku suka. Terbaikk.

ok tata.



22 November 2011

Menuju Tahun Baru


Menuju Tahun Baru

Assalamualaikum.

Tak lama lagi nak masuk tahun baru 1433 Hijrah. Lima hari lagi. Bermakna semakin dekat dengan tarikh lahirku dalam bulan Islam dan umur bakal bertambah lagi. Soalan lazim; apa azam tahun baru?
Target aku, aku dah mula kerja sebelum masuk tahun baru 2012. Hahahah. Bunyi macam loser je sebab masih menganggur. Persoalan; sudah bersediakah aku untuk memasuki alam pekerjaan dan meninggalkan hidup ‘berehat-rehat’ ini? Lalalalala.

Peribahasa menyebut; berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,  bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.  Hujungnya macam pantun atau seloka pun ada. Heheh. 

Kalaulah dulu aku tak sambung belajar, terus bekerja sebagai pembantu tadbir atau kerani sampai sekarang, tentu aku dah pakai kereta sekarang. Ceh. Adakah aku mengambil keputusan yang tepat dengan meninggalkan pekerjaan lantas menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi? Adakah aku salah buat keputusan? Adakah merugikan?

Setelah beberapa bulan aku di Mesir, aku dapat surat temuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam. Kalau aku tak sambung belajar di Mesir dan masih kerja kerani, dah tentu aku akan pergi temuduga itu. Kalau ada rezeki, mungkin dah menyandang jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam. Dalam tempoh tiga tahun jadi Penolong Pegawai, mungkin duit dah banyak disimpan, dah pakai kereta dan mungkin juga aku dah berumahtangga?

Kalau, kalau dan kalau. Itu semua kalau. Tetapi perjalanan yang telah Allah atur adalah lebih baik untuk kita. Jangan menyesal. Itu bukan salah buat keputusan. Itu adalah yang telah tertulis dan ditakdirkan.  Seharusnya kita sentiasa bersyukur dengan apa yang telah Allah tentukan.

Berbalik kepada peribahasa tadi. Apa kau ingat tak susah ke belajar? Mana ada benda yang mudah dan senang di dunia ini? Semua kena usaha, kena buat kerja. Sini bukan syurga. Kau baru bayangkan kau nak apa, benda yang kau nak itu terus muncul depan mata. Nak masuk syurga pun kena buat kerja dan usaha. Dunia adalah tempat bercucuk tanam dan beramal. Betul?

Kita semua pasti ada matlamat, misi dan visi tersendiri dalam hidup. Kita mesti ada target. Matlamat setiap individu adalah berbeza. Perjalanan dan usaha untuk mencapai matlamat, misi dan visi juga bergantung kepada ketekunan dan ketabahan masing-masing. Seperti juga aku dan kamu, akan terus berusaha demi mencapai matlamat dan cita-cita. Kalau sebahagian sudah dicapai, AlhamduLillah.

Tiba-tiba aku teringat akan biodata aku pada September 2007 yang pernah aku berikan kepada beberapa rakan baru. Hohoho. Pada biodata tersebut aku ada tulis; ‘Azam lima tahun akan datang’. Kira macam target la gitoo. Waktu itu aku dah kerja. Azam lima tahun lagi berbunyi ‘menggenggam segulung ijazah’. Bermakna tahun 2012 mesti dah ada Ijazah Sarjana Muda. Wow! Hahaha.

Sebab apa aku letakkan target lima tahun? Kerana waktu itu aku dah bekerja. Jadi aku rancang nak ambil Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). PJJ untuk Ijazah Sarjana Muda mestilah makan masa empat hingga lima tahun sebab bukan fulltime study untuk buat Ijazah. Tapi perancangan Allah itu lebih baik dan Allah adalah sebaik-baik perancang. Akhirnya, belum 2012 aku dah mencapai azam dan cita-cita aku empat tahun yang lalu. AlhamduLillah.

‘Pengalaman telah mendewasakan, mematangkan fikiran. Pahit getir yang telah dilalui, guruku sejati.’ Lirik lagu ‘Sejujur Manakah Kata-kata’ nyanyian kumpulan Spring ini bukan sekadar untuk lagu cinta. Kalau kau amati lirik di atas ini, mendalam sungguh maksudnya, tak semestinya untuk bercinta. Pengalaman amatlah berharga. Usia hanyalah angka.. (eh, ada kaitan ke?). Mestilah ada. Kau ingat umur aku dah berapa? Dah buat Diploma, pernah bekerja, then sambung Ijazah pulak. Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad!

Akhir kalam, semoga Allah sentiasa memberkati hidup kita. Selagi kita masih bernafas, selagi itulah tanggungjawab kita sebagai hamba Allah masih belum selesai. Mudah-mudahan kita semua mati dalam iman dan Islam dan termasuk dalam golongan soleh. Ameen.

Selamat menyambut tahun baru buat semua.

18 November 2011

Bangun Pagi Sebelum Subuh


Assalamualaikum.

Selamat hari Jumaat buat semua. Kekeke. Semoga hari Jumaat yang mulia ini baik-baik saja untuk kalian. Terus teringat lagu ‘Baik-baik Sayang’ tapi itu tiada kaitan.

Topic hangat atau hot chick kita pada kali ini adalah ‘bangun sebelum subuh’. Ouch ini bukan blog gossip ok? Teeet. Samada kita sedar atau tidak, ramai di kalangan kita yang beragama Islam ini terlalu liat untuk bangun sebelum subuh atau sebelum fajar. Is that true? Malah lebih malang ramai yang terlepas solat Subuh lagi, terlajak sampai habis waktu. Is it that worst?

Adakah patut seorang muslim atau muslimah tiap-tiap hari bangun lambat sampai terlepas solat subuh? Wajarkah? Paling teruk adalah apabila golongan agamawan sendiri anggap perkara ini sambil lewa. Alah… waktu subuh panjang lagi ni, tidur dulu lah. Sangat memalukan juga bila student di Mesir juga tidur lewat dan terlepas Subuh. Kalau dah tahu suka sangat bangun lewat atau memang tak boleh nak bangun awal, makanya jangan tidur lambat! Apa kau ingat senang-senang sahaja kah solat itu boleh diqadha’? Ini adalah sesuatu yang sangat aib ok? Adalah sangat aib bila kau belajar tentang hukum hakam tapi bila time bangun pagi dan solat subuh kau hancur dan ke laut. Maaf cakap lah.

Alangkah bagusnya jika seorang ustaz bangun sebelum subuh, kemudian bersihkan diri dan terus menuju ke masjid menunaikan solat Subuh berjemaah. Sebaik-baik solat orang lelaki adalah di masjid dan sebaik-baik solat wanita adalah di rumah. Alangkah bagusnya juga jika kita tidak biasakan diri dengan tidur selepas subuh. Semua tabiat buruk ini boleh diubah. Kita kena paksa diri. Tiada alasan. No reason. Kita, aku dan kalian. Hanya kita yang mampu mengawal diri kita. Hanya kita mampu mengubah diri sendiri menjadi lebih baik.

Bagaimana nak elak dari terrrrbangun lambat ni ye? Tidur awal la dol. Jangan biasakan diri tidur lambat kalau tak boleh nak bangun awal. Setiap orang adalah berbeza. Ada sesetengah kita walaupun tidur lambat tetapi masih boleh bangun awal. Alhamdulillah jika begitu. Ada yang kena tidur awal baru boleh bangun awal. Bukankah Allah menjadikan malam itu untuk kita beristirehat setelah penat bekerja pada waktu siangnya? Dan malam adalah untuk kita tidur. Tidur awal barulah boleh bangun tengah malam (qiyamullail) untuk tahajud. Tak gitu?

Kata orang, tradisi dari masa lalu telah membiasakan hidup kita lantas terbiasa dan sukar untuk melakukan perubahan. Contohnya, kau dah biasa dari kecil tidur lepas subuh ataupun bangun lambat. Bila bangun lambat, solat subuh pun lambat di hujung waktu. Kadang-kadang sampai terlepas. Adakah kita mahu teruskan tradisi bangun lambat ini kepada anak cucu kita di masa akan datang? Jawapannya ada pada diri anda sendiri.

Aku menyeru pada diri sendiri dan juga semua, latihlah diri untuk bangun sebelum subuh. Bukan berjaga sepanjang malam sampai ke pagi, masuk waktu subuh terus solat, kemudian baru tidur. Budak-budak Mesir memang ramai yang buat begini. Tak tidur langsung sampai ke Subuh. Lepas solat Subuh baru tidur sampailah tengahari baru bangun. Tak pasal-pasal student kita di Mesir terikut-ikut perangai orang Arab Mesir yang jenis berjaga malam sampai pagi, lepas subuh baru tidur. Sikap tak bagus ni buat apa kita nak ikut derr?

Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datangnya dari hamba Allah yang kerdil ini. Siapa tengok bola semalam? Aku tengok full match satu famili. Hehehe. Terbaiklah Malaysia. Weeee.

p/s: macam nak bela harimau.



26 October 2011

Menatang Apa Wordless Wednesday ni?

Assalamualaikum.

Hari tu sejak balik Malaysia pasal rusuhan, agak lama aku tak update blog. Then bila pulang ke Mesir semula pun lama tak update. Pendek kata dah tak aktif buat entry dan post entry.

Tapi aku tetap blogwalking sana sini gitu cuma tak rajin drop komen pada entry blog yang aku follow. Dari situ aku mula menyedari sesuatu. Itu pun daripada twitter aku jugak. Istilah wordless wednesday. Kalau di twitter status mereka (bloggers) ada mention #wordlesswednesday, #WW, #ww. Dan setiap entry blog pada hari rabu akan bertulis Wordless Wednesday #1 atau #2 dan seterusnya bergantung kepada jumlah entry yang telah dihasilkan. Trend apakah ini?

Kengkonon setiap hari Rabu tak boleh buat entry 'menulis' atau 'bercakap', hanya letak gambar. Dah namanya pun wordless gitu kan? Hohoho. Tapi aku tak akan ikut trend begini. Kalau akau rasa nak menulis pada hari Rabu, tulis je la. Ngehehe.

Okeh aku nak out. babai.

17 October 2011

Can Anyone Help Me?

Assalamualaikum.

Ini adalah entri emosi. Siapa yang tak tahan baca entri penuh makian ini, sila berambus jauh-jauh, jangan baca. Nanti kau rasa nak maki aku pulak. eh bukan. Kau akan fikir.. "Eh, budak belajar Mesir macam ni ke?". Boleh blah orang-orang macam ni okay?

Maybe aku ini kolot atau ketinggalan zaman. Netbook yang aku guna ini guna OS Windows 7 Pro. Terus terang aku lebih suka XP berbanding 7. Dan aku pun tak berapa pandai pakai 7. Ok tak kisahlah tu. Konon 7 lebih user friendly ek? Itu may be Windows 7 Starter kot? Ke aku yang kolot sangat?

Windows 7 Professional Service Pack 1, nama OS dalam netbook ni. Kau tahu tak apa yang buat aku marah sangat dengan OS cilakak ni? Pasal download gambar daripada internet. Aku tak tahu la OS bangang ni simpan kat mana gambar-gambar yang aku download, aku tak jumpa. Biasanya kan terus simpan kat folder my pictures atau file downloads, terus senang nak cari. Dan bila aku nak upload semula gambar tu, tak ada. Bukan tak ada tapi dia (OS) simpan kat menatang mana tah.

So hari ini baru aku tau. Aku dengan bersusah payah perlu pergi ke My computer > local disk C > users > p2nb > downloads. Nah, baru jumpa file downloads. Aku yang buta IT kot. So bolehkah sesiapa bantu aku untuk masalah ini, untuk lebih cepat dapatkan file downloads itu tanpa perlu klik banyak step? Adakah perlu buat partition ( aku salah eja kot tu huhu)? Maksudnya jadikan local disk C, local disk D, asingkan yang mana program files, yang mana applications dan apa-apa lagi lah. Please somebody help me.

Pendek kata memang aku tak berapa mahir la guna OS windows 7 ni lebih-lebih lagi yang PRO ni ha. Sebelum ni aku pernah main komputer atau laptop yang guna 7 versi starter, home ke, ok je tak ada lah rumit sangat. Hai entah le. Aku yang bengap kot tak reti guna. Dush!

Tolong bantu saya. Ok bai.


30 September 2011

Hari Terakhir

Assalamualaikum.

Sambungan tajuk entri adalah... 'Hari Terakhir September 2011'. 

Tahun ini aku sangat tidak produktif. Jarang gila update blog sejak rusuhan kat Mesir hari tu heheh. Dan sekarang aku telah berada di tanahair Malaysia yang terchenta. Dah hampir tiga minggu. Bukan sombong tak bagitahu semua orang atau tak contact semua orang tapi aku memang begini. Low profile je. Tak suka nak heboh-heboh. Orang tanya baru aku jawab. Bukan cara aku untuk tiba-tiba nak cerita atau bagitahu kat semua orang. Lainlah tulis blog. Aku menulis bukan bercakap. Terserah orang nak baca atau tidak.

Selama tiga minggu ini juga aku masih duduk rumah. Bukan tak mahu cari kerja tapi sijil belum keluar. Sabar sikit tak apa lah. Bak kata abah, "Ko tak payah cari kerja sementara ke apa ke duduk rumah je. Nanti baru bermohon kerja yang setaraf dengan kelulusan ko. Ko jadi orang bawahan ni kena buli je nanti." Dan ada lagi la yang abah cakap. Betul juga kata abah. Belajar bertahun-tahun tak kan lah nak jadi kuli? Hohoho.

Berbalik kepada perkataan 'sombong'. Sambungan dari perenggan atas. Ini aku nak cakap untuk semua, so kau tak payah la nak kecil hati ke apa ke kalau aku cuma mendiamkan diri. Tak kan lah semua benda aku mesti bagitahu kau? contoh ayat, "ooo... balik tak bagitahu pun, senyap-senyap je, kecik hati la camni." Ada aku kesah kau kecik hati ke besar hati ke. Amboi kasar bunyinya bro.

Kepada kawan-kawan tahun akhir yang bakal berkonvokesyen, selamat berkonvo aku ucapkan. hehe. Esok dah masuk bulan Oktober. Semakin hampir penghujung tahun 2011. Harapan aku sebelum masuk tahun depan aku dah bekerja. Ameen. 




29 August 2011

Salam Aidilfitri dari Perantauan.

Assalamualaikum.

Bunyi tajuk entri macam sedih tak sedih la haha. Tapi gua biasa je jiwa kental beb. Ceh. Lama gila kot tak update blog. gila busy ke?


Sebab tak update blog dan blogwalking ialah;

- Adapter laptop aku rosak time nak dekat exam hari tu, aku malas hantar kedai. So aku potong terus line internet rumah aku. Baru-baru ini hantar kedai, arab pun tak boleh baiki. Ikut hati nak aje aku jual tapi abah suruh bawak balik pulak, repair kat Malaysia. Haih, malas betul la nak memikul laptop berat nak mampos ni.

- Dah tak ada internet aku terpaksa pergi CC. Dan cc pulak sejak aku balik dari rusuhan hari tu, dia cas sejam dua hengget. Dulu sebelum rusuhan sehengget je. Sabar je lah wei. Dulu aku lepak sampai lima jam pun lima hengget je, sekarang? Lu kira lah sendiri.

- Hari tu busy exam, pastu busy tolong kawan aku nak balik Malaysia, beli barang nak bawak balik dan asyik keluar rumah sahaja, then busy kemas barang-barang sendiri pulak. Balik tahun akhir atau balik terus tak datang lagi ni memang luar biasa la nak mengemas dan packing barangnya. Toink.

- Dah 'tua-tua' ni dah macam tak berapa nak update blog selalu. Kenapa entah ye. Blog masih bernyawa cuma dah hilang rasa teruja nak update selalu. Tu aku cakap dah 'tua' coz umur makin meningkat dan kerja semakin banyak so tak ada masa nak memaki hamun dalam blog hahahah. Gila.


Ikut hati ada banyak je cerita nak kongsi tapi tak ada kesempatan sangat nak pergi cc dan menulis. Oh, rupanya susah juga tak ada internet kat rumah haha.

Kita hanya merancang, tapi Allah juga sebaik-baik Perancang. Jadi, redha lah dengan apa sahaja plan kita yang tiba-tiba tak jadi, tak diizinkan oleh Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Jangan pernah merungut dan menyesal.

Seperti juga aku dan kamu  yang merancang macam-macam tapi kalau Allah tak izinkan, maka apa yang kita rancang semua berantakan. Kita kena redha. Ada hikmah di sebalik semua itu. Keep smile and faith. Macam salah je grammar aku lantak la hahah.

Ramadhan terakhir di bumi anbiyak. Dan Syawal terakhir di sini. Hargai setiap masa yang ada. Hehe. Siapa sangka masa berlalu begitu pantas dan kita tak sedar dah terlepas waktu-waktu dan detik indah dalam hidup. Cewah ayat.

Ini bila nak balik rumah ni, banyak kerja menanti woi. Hahah aku dah hampir tiga jam kat cc. Tadi call Malaysia, main internet, twitter, baca blog adik aku si Sarah, tulis blog sambil dengar lagu-lagu raya. Layaaannn...

Actually kalau kau nak tahu hati aku agak sedih. Bukan sebab tak dapat raya kat Malaysia tapi adalah sesuatu sebab huhu. La Tahzan. Hey, aku ok lah hahah. Aku nak bagitahu baju raya aku tahun ni aku buat sendiri beb gagaga. Tapi pergi hantar kedai jugak la alter sikit-sikit. Berbakat juga aku rupanya dalam bidang jahitan. Ahaks.

Baiklah cukuplah merepek ape tah kat entri kali ni. Sempena Ramadhan dan Syawal ini, aku mohon maaf atas segala salah silap, termaki hamun, termengutuk lebih-kebih, teremosi lebih-lebih, terkasar bahasa dan apa-apa lah yang ter. Kita menulis ni kadang tak sedar ada singgung hati orang, betul tak? Minta maaf banyak-banyak ye semua zahir dan batin.

Selamat menyambut Aidilfitri. Eid mubarak. Kullu sanah wa antum toiyibin.



26 July 2011

Summer Camp

Assalamualaikum..

Blog ini benar-benar telang bersawang. Sangat lama tidak di update. Sibuk, sibuk dan sibuk. Heheh.

Mode tension dan rasa nak maki: Kenapa semua mic kat headphone kat pc yang aku duduk semua macam SH*T!!! Aku dah dua kali tukar pc tapi semua mic macam sial kau tahu tak? Aku call orang tak dengar tapi aku dengar suara diorang. ini bermakna mic yang bermasalah. MARAH NYE AKU!!!! SABAR,,,,SABAR,......

Jika musim panas tahun lepas aku melancong ke Matruh dan Siwa (boleh rujuk entri-entri lalu), jadi pada tahun ini mahu ke mana pula? Jeng jeng jeng. Tunggu update selepas ini. Keh keh keh...

Penat, penat dan penat. Letih. Sepanjang bulan Julai yang amat meletihkan sebenarnya. Aku habis exam 5 Julai. Bermulalah episod kesibukan dalam hidup aku. eceh. Selepas habis exam je aku stay kat rumah kawan aku, temankan dia di samping teman dia beli barang-barang nak bawak balik Malaysia. Sambil-sambil tu aku beli barang aku juga coz nanti dah masuk Ramadhan sure aku kan duduk rumah sahaja tak keluar ke mana. Panas wo, tak boleh tahan. Dalam masa yang sama, sepanjang 10 Julai hingga 16 Julai aku sibuk dengan kelas talaqi Quran setiap pagi hingga tengahari. Sepanjang tempoh ini juga aku banyak kali berulang-alik antara rumah aku dan kawan aku. Ye la, tanggungjawab pada rumah sendiri pun tak boleh diabaikan > giliran memasak. Dan kerja-kerja rumah basuh baju mengemas dan sebagainya.

18 Julai aku hantar dia ke airport. Selepas itu dapatlah aku berehat beberapa hari sebelum kesibukan lain pula bermula. Hoho. 23 Julai aku ke Kaherah bagi menghadiri walimah kawan aku. 24 dan 25 Julai bersambung pula dengan bengkel Fityan. Malam tadi juga aku bertolak pulang ke Mansurah. Sampai rumah kawan aku jam 3.10 pagi, lagi beberapa minit nak azan subuh. Lepas solat aku tidur. Jam 8.00 lebih barulah aku pulang ke rumah sendiri. Membasuh kain dan sebagainya, jam 11 lebih tadi aku keluar dan tersadai di CC ini. Konon nak call Malaysia tapi mic macam cib*i aku pun update blog, huhuh.

Tadi sebaik sahaj keluar dari rumah aku terasa macam badan aku melayang macam simptom nak pitam. Aku pun berpaut pada dinding sebentar bagi stabil. Mungkin sebab cuaca yang panas sangat dan aku yang kurang rehat. Tapi lepas itu aku ok je boleh menapak ke CC. 

Sbenarnya jam 12 ni aku ada latihan memandu selama satu jam. Malam nanti aku akan bertolak ke Kaherah semula (8.00mlm bertolak). Dari Kaherah pula, jam 1.00 pagi nanti (dah masuk hari Rabu) aku akan bertolak ke tampat lain pula. Bercuti atau melancong selama dua hari (27 dan 28 Julai) di satu tempat yang agak jauh. Di mana? Tunggu entri selepas ini. Dah lama juga tak letak gambar. Mungkin ini percutian terakhir aku sebelum pulang ke tanahair buat selamanya. Sob..sob sedih la pulak. Ye la, aku dah habis belajar dan akan pulang ke Malaysia tak lama lagi.

So aku dah lambat ni nak berlatih bawak kereta. Aku punya test 7 Ogos nanti. Doakan aku. Ok babai...




25 April 2011

Soalan Ala Kontezz. Hadiah Misteri Menanti Anda.



  • Assalamualaikum.
p/s: Ini adalah kisah benar.

Tiba-tiba dia menyebut “Alaf rubu’u miah nein wa talatin” dengan laju. Aku yang tengah pandang borang dengan pen di tangan terping-pinga sebentar. Apa benda ustazah aku sebut nih? Laju sangat aku tak dapat tangkap.

Aku terus pandang papan hitam (papan hijau sebenarnya). Ustazah tulis sesuatu. Lah, nombor rupanya. Tahun Hijriah – 1432 tapi dia tulis dalam nombor arab la. Aku ingat dia sebut apa lah tadi. Gila laju.

Itu peristiwa beberapa minggu lalu sewaktu aku dan rakan-rakan sekelasku mengisi borang Shahadah. Borang untuk final exam nanti. Borang semestinya dalam Bahasa Arab. Siap nak gambar terbaru dua keping dan salinan surat beranak (sijil lahir) dalam Bahasa Arab. Kau ada? Haha, senang je nak terjemah ke Bahasa Arab, pergi JPN dan mintak. Ekeke.

Tahun 1432 yang ustazah aku sebut adalah dalam bahasa Arab Ammiah (bahasa Arab pasar). Itu pasal aku lambat tangkap. Wakaka.

Alaf  (sebutan sebenar ‘alfun’) = seribu
Rubu’u miah (arba’a mi’ah) = empat ratus
Nein wa talatin (ithnain wa thalathin) = tiga puluh dua. *Orang Arab Mesir sebut huruf ‘tha’ jadi ‘ta’ kalau bahasa ammiah. Tak pasti pula orang arab negara lain sama ke tak. Hehe.

Dan nombor ‘puluh’ dalam bahasa arab dia jadi terbalik. Macam di atas tadi. Atau contoh lain;
56 = lima puluh enam = sittah wa khomsin. Dia sebut enam dulu, baru sebut lima puluh.

Sekarang aku ada satu kuiz. Tapi soalannya cuma satu. Hihi. Siapa dapat jawab dengan tepat aku akan bagi hadiah misteri. Jeng jeng jeng. Syarat penyertaan, readers yang sama belajar di Mesir macam aku, tak boleh join. Sebab hadiahnya made in Egypt. Weeeee.

Soalan. Sila terjemah nombor ini ke bahasa Melayu;

Alaf tumunu miah sab’ah wa tis’in.

Jawapan hendaklah dalam bentuk nombor (nombor Arab dan rumi) dan perkataan (rumi sahaja). Boleh jawab dalam ruangan komen di bawah. Sekian terima kasih. Selamat mencuba. Lalalala~

p/s: Nampaknya ada yang kena install huruf jawi/ arab dalam laptop dan computer masing-masing. Kikiki. I likeeeee…




07 April 2011

Perihal Visa

Assalamualaikum.

Lebih kurang dua minggu sebelum aku terbang pulang ke Mesir, kecoh konon-kononnya kalau tak ada visa atau visa dah mati, tak boleh balik ke Mesir. Samada tak boleh balik Mesir ke, tak boleh masuk Mesir ke, lebih kurang macam itu lah. Konon-konon kena tahan kat airport la, penerbangan terbatal la. Adakah hanya sekadar rumor?

Sebelum itu abah ada tanya, kau ada visa tak ni? Aku bagitahu la visa aku dah mati. Dalam proses nak dapatkan cop visa la tempoh hari di Mesir. Tup-tup berlaku pula rusuhan dan kekacauan, maka visa aku masih tak dapat hidup. Dan tu-tup dihantar pulang ke Malaysia. Masih tak dapat cop visa tapi di passport aku si ammu visa dah letakkan tarikh. Jadi masih 'selamat' la. Tak akan ditahan polis Mesir. 

Seorang kawan call tanya pasal visa ni lah. So aku ringkaskan dalam bentuk perbualan;

Kankurou (bukan nama sebenar ngeheheh) atau K: Eh, visa kau dah mati ke?
Seimura (aku) atau S: Dah lama mati bulan 11 tahun lepas. Aku dah pergi jawazat (imigresen) tapi biasa lah arab, lambat gila proses. Tak siap-siap sampai la aku balik sini. (Malaysia).
K: Habis tu kau tak pergi buat visa ke?
S: Tak payah. Visa tu (yang buat di Malaysia) bukan laku pun kat Mesir. Sampai Mesir nanti kena buat visa Mesir jugak.
K: Eh kau ni selamba je. Kau tahu tak cerita ada budak tak dapat balik Mesir sebab visa dah mati atau tak ada visa?
S: Entah tak tau pun. Betul ke?
K: Aku pun tak tahu, dengar orang cerita dan ada jugak kecoh kat facebook.
S: Sahih ke tu? Kau baca facebook sapa? Siapa yang cerita kat kau? Aku nak tanya dia.
K: Aku pun tak tahu sangat tapi memang kecoh la jugak. Ramai tengah beratur panjang buat visa kat Putrajaya tu.
S: Huh. Aku tak akan buat. Aku nak tahu kesahihan cerita betul ke tak dapat balik Mesir kalau tak ada visa. Kalau setakat dengar-dengar cerita orang ni aku tak percaya. Aku nak tanya sendiri 'mangsa' yang tak ada visa dan tak dapat balik Mesir tu. Kau tahu tak siapa-siapa yang kena tahan tu? Bagitahu aku.
K: Aku tak tahu lah siapa-siapa dia. Tapi aku nasihatkan kau je. Jangan sampai tak dapat balik pulak. Aku dengar jugak tiket burn la apa la.
S: Betul ke ni? Aku nak tahu siapa yang kena tahan atau tak dapat masuk Mesir. Bila tahu siapa orangnya baru aku puas hati.
K: Mana lah aku tahu. Suka hati kau lah kalau tak nak buat. Kalau tak dapat balik baru padan muka kau. Aku dah nasihat dan pesan.

Ada lagi yang kami bualkan pasal visa ni tapi kang panjang sangat pulak entri aku ni. Yang pasti aku dan kawan aku tu siap bertekak dan hampir bergaduh jugak la pasal ni. Gahahah. Aku biasalah, tak mahu kalah. Tapi betul la 'perjuangan' aku tu. Aku nak bukti dan cerita yang sahih. Bukan setakat dengar-dengar dari mulut orang. Bila dah kecoh pasal visa ni, semua orang pun berpusu-pusu la pergi Putrajaya dan Embassy Egpyt di Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur untuk buat visa. Bayaran visa RM67. Habis tu, tambang nak ke sana lagi. Kalau orang KL tak apa lagi. Yang jauh-jauh macam aku ni (Johor), Penang ke, Kelantan ke, kan ke banyak duit nak keluar semata-mata nak dapatkan visa?
Dari apa yang aku dengar lagi, ramai gila budak (student Mesir) yang beratur nak buat visa. Kata kawan aku, dapat nombor giliran hari ini, belum tentu akan dipanggil hari ini, esok atau lusa baru dipanggil sebab ramai sangat. Dan visa bukan terus dapat. Kena tunggu seminggu atau 10 hari atau dua minggu baru dapat. So kena pergi dua atau tiga kali Embassy tu. Kau boleh bayangkan berapa ratus duit aku bakal terbang demi untuk mendapatkan visa yang tak laku di Mesir ini.

Aku yang masih tak puas hati, mesej facebook dengan kawan aku yang dah selamat sampai Mesir lagi awal daripada aku, kawan-kawan Kedah. Tanya pasal visa ni lah, betul ke tak boleh masuk Mesir kalau visa dah mati? Dia kata tak adalah, boleh je masuk, tak ada masalah pun. Di airport pun tak ada kena tahan. Fuh, aku lega gila. Masa aku tanya, lagi 10 hari aku nak balik Mesir. Beberapa hari selepas itu aku dapat call cakap penerbangan diawalkan tarikhnya. Aku dapat call hari Isnin, terbang hari Sabtu. Contoh kalau aku pergi embassy jugak nak buat visa, memang aku tak akan dapat visa dalam tempoh sesingkat ini (lima hari).

Akhirnya aku selamat juga tiba Mesir dengan bahagianya. Langsung tak ditahan, langsung tak ditanya. Alhamdulillah aku lepas je. Siapa kata kena tahan? Jangan lah buat cerita bohong, aku tumbuk muka kau kang. Ceh, emo la pulak. Dua hari selepas sampai Mesir, aku terus buat visa di jawazat Mansurah. Kena isi borang baru dan bayar duit setem EGP13 sahaja. Kalau diconvert hanya RM6.80 bukan RM67! *Sambil perli budak-budak yang 'to'ot'/ bendul sangat pergi buat visa di Malaysia. wakakakaaka gelak jahat dan keluar tanduk. Dan yang bestnya sehari je siap visa aku tu. Mintak pagi, petang dah dapat cop. Dan visa aku mati pada 31 Disember 2011.

Sekarang, AlhamduLillah boleh kata 98% student semua dah pulang ke Mesir. Dan kau tahu apa terjadi? Semua sudah rasa menyesal buat visa di Malaysia, rupa-rupanya tak laku di sini (Mesir). Tetap kena pergi jawazat dan buat visa Mesir. Visa Malaysia yang mereka buat yang kononnya laku selama tiga bulan itu hanya laku 2 minggu sahaja di sini. Kalau kau tak ada visa bila duduk di negara orang, kau dikira duduk secara tak sah atau boleh dikata pendatang haram walaupun kau ada passport. Bila duduk secara tak sah atau tak diiktiraf, keselamatan kau tidak terjamin dan tidak mendapat perlindungan yang selayaknya.

Kadang-kadang kita ni terlalu terikut-ikut. Orang buat itu, kita ikut, orang buat ini, kita ikut. Taklid buta bahasa Usuluddin nya. Ceh. Kita terlalu terikut-ikut perbuatan orang tanpa tahu apa keburukannya atau kesan tak baiknya. Kalau benda yang baik tak apa lah jika kita ikut tapi janganlah taklid buta. Entah apa benda aku cakap ni, kau buat-buat faham je lah.

Ok sekian sahaja update untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. :)


02 April 2011

Saya Sayang Malaysia!


p/s: Ini bukan entri patriotic atau politik.

Assalamualaikum.

Wow. Dah masuk bulan April. Blog ini dibuka semula tapi hanya untuk sementara. Minggu hadapan akan diprivatekan. Weee.
Sesiapa di sini pasti pernah mengikuti kursus. Tak kisah lah kursus apa pun. Pasal kerja ke, pelajaran ke atau apa-apa sahaja lah. Ok. Kursus yang memakan masa beberapa hari pasti ada banyak slot. Slot ceramah, GKB (gerak kerja berkumpulan), pembentangan, kuiz dan lain-lain. Pasti anda pernah melalui satu slot begini; urusetia beri sehelai kertas yang penuh dengan pelbagai jenis soalan dan perlu dijawab dengan pantas dalam masa beberapa minit. Tapi sebenarnya tak perlu jawab pun. Faham ke apa yang aku cakap ni? Haha.

Contoh;- Sehelai kertas diberi. Arahan dalam kertas; ‘Sila jawab semua soalan di bawah dalam masa 10 minit sahaja. Sila baca keseluruhan soalan, kemudian baru jawab’. Kebiasaan kita tak akan baca arahan dengan teliti. Bila tengok soalan banyak gila sampai 20 soalan dan kena jawab dalam masa 10 minit, kita mula panic dan kelam kabut. Soalan pula dari pelbagai jenis termasuk matematik, sains, sejarah, pengetahuan am dan sebagainya. Rupa-rupanya tak perlu jawab semua pun. Tiba-tiba pada soalan nombor 17 (contoh), ‘Abaikan semua soalan, jangan jawab. Hanya perlu tulis nama di belakang kertas dan hantar’. OMG. Kenapa aku baru nampak? Penat aku perah otak jawab semua soalan. Damn! Ini kerana kau tak baca arahan dengan teliti. Noktah.

Pertama kali aku ‘terkena’ trick begini adalah pada April 2005, ketika kursus Belia Rokanwaja anjuran FELDA bertempat di Felda Bukit Rokan, Negeri Sembilan. Memang terkena. Semua peserta kursus terkena beb. Muahaha. kelakar bila ingatkan balik. Kali kedua diberi soalan trick begini pada tahun 2007, ketika kursus guru KAFA di Felcra Tebing Tinggi, Segamat, Johor. Tapi aku tak akan terpedaya dengan trick yang sama buat kali kedua. Gagaga. So aku tak jawab satu pun soalan dan bertindak mengikit arahan. Cewah. Haha.

Kali ketiga pula pada Ogos 2008, ketika Kursus Biro Tatanegara (BTN) di Tanjung Rhu, Sepang, Selangor. Dan of course la aku tak akan terkena lagi. Ngahahaha. Bayangkan dah tiga kali. Bagi aku trick begini dah basi dan lapuk. Hohoho.

Mari mengimbau kisah silam. Hihihi. Bukan nak cerita time kursus tahun 2005 atau 2007, tetapi 2008, kursus BTN. Kursus wajib bagi mahasiswa yang mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara. Dengarnya kalau tak sertai atau tak lulus ujian dalam kursus tu (ada ujian beb, jangan main-main, haha) tak boleh pergi luar negara melanjutkan pelajaran. Entah betul ke tidak. Tak ada dapat pun resultnya. Ceh.

Salah satu kisah menarik masa kursus ni ialah pasal soalan trick macam yang aku cakap kat atas tadi. Ok, ini memang sangat lawak. Memandangkan kesemua peserta BTN adalah muda-muda belaka, mungkin mereka kurang pengalaman atau tak ada pengalaman langsung berkursus yang under kerajaan dan kerajaan tanggung ni. Hahahah.

Salah satu slot, kami semua diberi sehelai kertas yang dipenuhi dengan soalan. Hehe. Aku masa dapat je kertas tu, terus senyum-senyum. Dah tak ada benda lain ke nak isi dalam slot. Boring la asyik dapat soalan macam ni. Kena tunggu pula peserta lain yang bendul tak baca arahan jawab semua soalan. Aku terus baca semua soalan tanpa jawab satu pun, hingga lah jumpa arahan yang ku cari-cari. Nombor 13 ke 14 entah. ‘Abaikan semua soalan, tulis nama anda di bahagian atas sebelah kanan kertas ini.’ Kalau tak silap aku la, aku pun tak berapa ingat, hahah. dah settle tulis nama, aku pun duduk rilek je la goyang kaki sambil perhatikan peserta lain yang khusuk betul jawab soalan macam soalan exam pula. Ngeh ngeh.

Salah satu soalan-soalan dalam kertas tu berbunyi arahan begini,

‘Sila bangun dan berdiri di tempat duduk anda, kemudian laungkan slogan ‘Saya Sayang Malaysia!’ sekuat-kuatnya sambil mengangkat tangan kanan anda’. Kalau tak silap aku soalan/ arahan nombor lapan kot, hahahah.

Maka sampai ketikanya bermula lah seorang demi seorang melaungkan ayat itu dengan penuh semangat. Aku macam nak gelak sampai hentak-hentak meja tapi control myself beb. Gagaga. Yang paling lawak sampai aku rasa nak gelak guling-guling atas lantai dan menitiskan airmata ialah apabila salah seorang peserta melaungkan slogan ini;

‘Saya Sayang Merdeka!’

Dengan konfiden nya beliau. Sebenarnya dia sudah salah sebut. Sepatutnya ‘saya sayang Malaysia’.

Fasilitator pun lantas berkata, “Sayang sangat kat Malaysia ni sampai salah sebut.”
Satu dewan gelak besar dengan kekhilafan peserta tadi melaung slogan. Dan ramai lagi lah yang bangun dan melaung slogan ‘Saya sayang Malaysia’ dengan jeritan yang kuat lagi lantang. Syabas anak Malaysia. Sesungguhnya ramai juga yang terkena dengan trick begini. Ahaks.





Bak kata Saiful Apek dalam filem apa tah, “Bertindak mengikut arahan!”
Got it?





Adios.

01 April 2011

Anniversary

Assalamualaikum.

Sebenarnya ia sudah 11 hari berlalu. 20 Mac merupakan ulangtahun kedua blog yang tak berapa nak best ni. Hahah. Aku mula tulis blog tahun 2009, agak lambat la jugak bagi umur aku ni pada waktu itu. muahaha.

Tak ada sambutan apa-apa. Cuma nak habaq mai ceq dah dua tahun berblog. Bukan blogger otai tetapi bukan newbie. Hohoho.

Aku tak sempat nak update time tarikh 20 Mac tu sebab, itu tarikh aku baru je tiba di Cairo International Airport. Terima kasih kepada kerajaan Johor yang support tambang kami anak-anak Johor untuk pulang ke Mesir semula. Weee.

Ok itu sahaja untuk pagi ini. Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.


20 February 2011

Update from My Hometown

Assalamualaikum...

Salam hari Ahad dari bandar Labis, Johor. Hihi.Aku di bandar Labis. Di rumah tiada internet, jadilah aku katak di bawah tempurung, Hoho. CC di Felda aku tu pula tiada internet, Hampeh.

Asalnya tujuan utama aku nak mencari internet adalah kerana nak isi borang lapor diri. Pelajar Johor yang belajar di Mesir yang dah dibawa pulang ke Malaysia dikehendaki isi satu borang dan hantar ke emel YPJ.

Aku selamat tiba di tanahair pada Isnin lalu, 14 Februari 2011. Maaflah aku tak sambung cerita hari-hari terakhir di Mesir iaitu di Iskandariah dan tak cerita juga hari-hari di Jeddah. Aku memang ada tulis di Word tapi macam dah terlampau basi nak post kat blog aku ini. Huahuahua.

Dah tak ada idea nak tulis apa. Lagipun aku kejap je ni. Babai.

04 February 2011

Hari-hari Terakhir di Bumi Anbiya'

Assalamualaikum.

3 February 2011 - Thursday - 9.30 PM

Malam tadi jumpa mama (tuan rumah) dan bincang dengan mama pasal rumah dan sewa. AlhamduLillah, syukur sangat, mama rumah kami seorang yang sangat baik hati dan bertimbang-rasa. Dia suruh tinggal sahaja barang kami di rumah kami, dia sekeluarga tak akan usik. Dan dia tak akan sewakan rumah kami kepada orang lain. Misal kata dalam tempoh setahun kami tak balik sini, setahun akan dijaga rumah kami. Tapi mudah-mudahan tidak sampai setahun. Soal sewa juga mama kata suruh bayar separuh harga sahaja setiap bulan sepanjang ketiadaan kami di sini. Dan mama tidak suruh kami bayar sebelum kami pulang ke Malaysia, tapi akan datang bila dah balik ke sini semula baru bayar. Syukran mama, jazakillah khair.

Pagi hingga tengah hari aku tak berkemas pun, hahah. Sentiasa membaca dan mencari update tentang Mesir dan perpindahan pelajar dan rakyat Malaysia dari semasa ke semasa. Membaca akhbar-akhbar online. Sambil-sambil melipat pakaian dan susun di almari sahaja. Angah dah oder kotak kargo tapi tak sampai lagi. Itu yang aku tak start lagi nak mengemas dan susun dalam kotak. Hihi.

Menjelang tengah hari aku diserang bersin tanpa henti. Simptom influenza tahap kronik lagi kritikal. Tapi masih terkawal gitu. Ceh.

Lepas zuhur, kotak-kotak pun sampai. Aku, Angah dan Achik keluar rumah membuang sampah. Maklumlah, nak tinggal rumah lama, kemas rumah dan buang segala benda yang dirasakan sampah. :p. Lepas buang sampah, kami singgah kedai di mana kami bayar internet dengan dia. Si Arab. Kami nyatakan nak potong line internet Sabtu ini dan bayar sekali bil-bil tertunggak. Keke. Hari ini perintah berkurung bermula jam 5 petang. AlhamduLillah, kawasan rumah kami aman sahaja, tiada rusuhan dan demonstrasi.

Aku memang dah mula rasa tak sihat, bersin berulang kali. Baring-baringkan diri sampai la azan Asar. Then aku terus mengemas apa yang patut. hihi. Susun segala macam fail, buku dan kitab ke dalam kotak. Pakaian juga tak ketinggalan. Aku oder tiga kotak. Setakat ini dua kotak dah siap di 'seal'. Penuh dan agak berat wo. Ada lagi barang tak kemas. Maksud aku barang yang nak ditinggal di sini. Barang nak di bawa ke Jeddah dah siap kemas dan tinggal angkut je. Hehe. Berat barang dibawa tak boleh lebih 7 kilogram termasuk yang carry. Betul ke? Yang aku faham 7 kg itu just luggage (betul ke eja ni? haha).

Flu and fever. Mata aku rasa panas ni. Hidung merah, mata merah dan berair. Tadi Angah tegur, "Eh, Along? Tak sihat ke?". Aku jawab. "Haah." Alang pula berkata, "Hai, Along? Dah nak balik Malaysia ni, patut sehat dan gembira." "Tu lah, Along pun tak tau la, mata panas je ni". Kata aku sambil sentuh kelopak mata.

Khabarnya esok (Jumaat), rusuhan dan demonstrasi besar-besaran bakal berlaku lagi. Dan dari apa yang aku baca, mungkin lebih teruk daripada Jumaat lepas. Waktu bermula dah tentu selepas Solat Jumaat. Doakan keselamatan kami rakyat Malaysia di Mesir. Setakat ini sudah ada lebih seribu pelajar Malaysia yang telah dibawa keluar dari Kaherah dan ada yang telah selamat tiba di Jeddah (mungkin dalam 600 orang).

Ada kemungkinan line internet dan segala talian komunikasi akan disekat esok (bermula 12 malam atau pagi esok). Risau juga keadaan semakin meruncing. Selagi Presiden Mesir sekarang tak mahu letak jawatan, selagi itu Mesir akan terus bergolak. Kami juga ada mendapat arahan lakukan solat hajat mudah-mudahan Hosni Mubarak lekas-lekas letak jawatan.

Maaf lah aku tak sempat nak blogwalking sangat. Aku just baca di google reader, so tak boleh drop komen. Akhir kalam, terus doakan keselamatan dan kesejahteraan kami di Mesir. Moga kita sama-sama sentiasa dalam rahmat Allah dan di bawah perlindungan Allah. Ameen.

Sekian update untuk malam ini. Terima kasih. Heehee.


03 February 2011

Hari-hari Terakhir di Bumi Mesir (sambungan)

Assalamualaikum.

Glosari:-
Imarah = bangunan

1 February 2011 – Tuesday
Sudah masuk bulan baru. Khabarnya, pelajar Indonesia dan Thailand yang berada di Mesir akan dihantar pulang pada hari ini. Bagaimana pula dengan nasib kami pelajar Malaysia?
Sejak beberapa hari lalu, semua mesin ATM di Mesir tidak boleh keluarkan duit. Alang dan Angah selamat sampai rumah jam 2.30 petang. Hari ini tiada apa-apa berita terbaru. Keadaan tenang dan aman. Hehe, tak keluar rumah, tak tau lah keadaan di tempat lain. Kui3. :p

2 February 2011 – Wednesday
Khabar terbaru dari Al-Jazeera. PM kata akan bawa balik semua pelajar Malaysia. Dengarnya kerajaan Malaysia peruntukan RM13 juta bagi mengangkut semua rakyat Malaysia yang berada di Mesir pulang ke tanah air. Sehari, kapal akan membawa 500 orang. Harap-harap bukan sekadar omong kosong. Auchh.

Berita lain yang ku dengar, khabarnya Institusi Al-Azhar akan ditutup selama setahun? Hampir terkeluar biji mata aku bila dengar. Betulkah? Aku mula mencongak umur berapakah aku akan kembali sambung pengajian. Aku hanya tinggal empat bulan sahaja sebenarnya akan habis belajar, lepas itu terus final exam. Ye, aku dah berada di tahun akhir. Pertengahan bulan ini akan start semester akhir.

12.00 PM: Line internet kembali ada. AlhamduLillah
Tanpa membuang masa aku terus call mak di Malaysia. Buka blog, facebook dan ym. Terima kasih kepada rakan-rakan di Malaysia yang concern dengan keadaan aku di sini. Terima kasih juga atas doa kalian. Moga kita semua sentiasa dalam perlindungan-Nya. Amen.

Setakat petang tadi, sudah ada ratusan pelajar perempuan yang dibawa pulang. Aku dan rakan-rakan yang berada di Mansurah hanya menunggu giliran. Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, pelajar perempuan dan yang berkeluarga akan diberi keutamaan, akan dipindahkan dahulu. Yang terakhir akan dipindahkan ialah lelaki-lelaki bujang yang sihat wal ‘afiat.

Bagi kami yang berada di Mansurah, kami akan berkumpul di New Mansoura Hotel, Mansurah jam 10 pagi pada Sabtu ini, 5 Februari. Dari situ, akan bertolak ke Alexandria (Iskandariah). Dari Alex, akan terbang ke Jeddah. Dari Jeddah, akan belayar hingga ke Pelabuhan Klang atau Penang. Abang-abang tentera (errr??) yang akan membawa kami, kekeke. TUDM dan TLDM bergabung. *sambil teringat Son Goku + Bezita dan Son Goten + Trunks. Okay, tak ada kaitan.

8.00 PM: Kami naik tingkat atas, rumah mama dan baba (tuan rumah).
Kami jumpa mama, beritahu kami akan dibawa pulang ke Malaysia Sabtu ini. Berbincang soal sewa rumah dan barang-barang yang kami akan tinggalkan untuk tempoh setahun mungkin (atau kurang) bergantung kepada keadaan Mesir nanti. Sudah tentu bukan balik Malaysia untuk selama-lamanya, pasti akan ke sini lagi menyambung pengajian yang tertangguh.

Tuan rumah kami (orang Arab) sangat baik dengan kami. Sayangkan kami seperti anak sendiri. Terdapat dua buah rumah di imarah ini yang disewakan untuk pelajar Malaysia perempuan. Rumah aku ada lima orang, rumah sebelah ada enam orang. Sedih sebenarnya nak tinggalkan bumi Mesir ini walaupun akan kembali lagi. Entah, rasa lain. Seronok nak balik Malaysia tapi dalam masa yang sama, sedih nak tinggalkan Mesir.

p/s: masih belum siap mengemas barang.

02 February 2011

Hari-hari Terakhir di Mesir.


Glosari:-
Jawazat = Imigresen
Iqamah = Visa
Suq = Pasar
Utubis Dauli = Terminal Bas Negeri
Tremco = Sejenis kenderaan awam seperti van.
Rumah KL = Satu bangunan yang menempatkan anak-anak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berada di Mesir umumnya, Kaherah khasnya. *Setiap negeri mempunyai rumah BKAN masing-masing di Kaherah. BKAN = Badan Kebajikan Anak-anak Negeri.
Musyrif = Pelajar lelaki/ ikhwah (dipanggil ustaz) yang dikehendaki meneman/ penunjuk jalan. (pelajar perempuan/ akhawat tidak dibenarkan berjalan di luar pada waktu malam melainkan ditemani musyrif).
Sabiek = Hayyu Sabiek = Seksyen Tujuh.
DPM = Dewan Perwakilan Mahasiswa/ Mahasiswi

26 January 2011 – Wednesday
Hari yang sangat sibuk. Bangun awal untuk masak sarapan. Lepas sarapan, sidai kain. Then potong ayam, goreng ayam.
9.00 AM: Pergi Jawazat tapi masih tak dapat cop iqamah. Cis. Terus pergi suq, beli cili kering, then pulang ke rumah.
11.00 AM: Sambung memasak. Habis masak, kemas-kemas beg nak balik Kaherah. Makan tengahari merangkap malam jam 3.00 PM.
4.00 PM: Keluar rumah bersama Alang dan Angah menaiki taxi menuju ke Utubis Dauli.
4.45 PM: Tremco bergerak meninggalkan Kota Mansurah menuju Kota Kaherah.
7.30 PM: Tiba di Ramsis, Cairo. Menunggu musyrif untuk balik ke Rumah KL, Sabiek.
8.30 PM: Menaiki tremco menuju ke Sabiek.
9.30 PM: Tiba di rumah KL.
10.30 PM: Aku ‘syahid’ lebih awal daripada Angah dan Alang.

27 January 2011 – Thursday
7.30 AM – 3.00 PM: Kursus Komputer dan Laptop
Pada hari ini, line internet di semua ceruk di Mesir telah diputuskan oleh kerajaan Mesir. Langsung tidak boleh acces internet tak kira lah guna wire network, broadband dan handphone. Rusuhan dan demonstrasi secara besar-besaran dikhabarkan akan berlaku di sekitar Kaherah, Mansurah dan Iskandariah sebaik sahaja selesai Solat Jumaat esok hari.

28 January 2011 – Friday
Line internet masih tiada. Jam 9.00 pagi, line telefon pula diputuskan oleh kerajaan Mesir. Hanya emergency call sahaja yang boleh digunakan. Semua dinasihatkan duduk di rumah sahaja demi menjaga keselamatan. Kawasan yang amat bahaya adalah di sekitar Tahrir, Ramsis dan sebahagian lain di Kaherah.
Tengahari, kami dapat melihat orang-orang Arab berarak melalui jalan depan rumah KL sambil melaungkan ayat-ayat. Tapi mereka bergerak dan membuat demonstrasi secara aman sahaja tanpa membuat huru-hara.
Malam. Pegawai Rumah KL membuat pengumuman di surau rumah KL. Amanat dan pesanan beliau;
1-     Sediakan satu beg berisi passport, kad pengenalan, duit sijil-sijil dan apa saja dokumen penting. Jika tiba-tiba berlaku sesuatu, contoh; kena pindah atau lari, tinggal capai beg itu tanpa perlu kelam-kabut baru mahu mencari di ceruk-ceruk rak buku ke, laci ke fail ke.
2-     Perintah berkurung akan diisytihar pada bila-bila masa sahaja memandangkan keadaan Mesir yang mula tidak aman. Maka perlu menyimpan stok makanan sebanyak mungkin. Ada kemungkinan juga stok makanan dan sumber asasi akan kehabisan di kedai-kedai.
3-     Jika keadaan semakin buruk, kemungkinan besar semua rakyat Malaysia yang berada di Mesir akan dihantar pulang ke Malaysia dengan menaiki kapal terbang tentera.




29 January 2011 – Saturday
7.30 AM: Kursus Komputer dan Laptop hari kedua (hari terakhir). Aku mula rasa tidak sihat. Pening kepala sangat-sangat. Akhirnya jam 10 pagi aku surrender, tinggalkan laptop dan naik ke atas. (kursus diadakan di surau, tingkat bawah sekali). Aku pesan kat Angah suruh bawak naik laptop aku setelah habis kursus nanti.
Pada hari ini line telefon kembali ada, namun line internet masih lagi diblock dan disekat oleh kerajaan Mesir.
Kerajaan Mesir mengisytiharkan perintah berkurung bermula jam 4 petang hingga 8 pagi setiap hari berkuatkuasa mulai hari ini.
Malam. Aku sudah kembali sihat dan pening kepala sudah hilang selepas menelan beberapa biji panadol.
Mendapat arahan daripada Pengerusi DPM Mansurah, menghalang mana-mana pelajar yang berada di Kaherah daripada pulang ke Mansurah atau sesiapa yang mahu keluar dari Mansurah. Seminggu tidak boleh keluar dari muhafazah (daerah/negeri) masing-masing.

30 January 2011 – Sunday
Degil. Aku dan beberapa rakan nekad mahu pulang juga ke Mansurah walaupun dilarang. Wakaka.
11.00 AM: Kami menaiki taxi menuju ke Ramsis. Kereta kebal berada di mana-mana. Kereta kebal askar Mesir berwarna kuning. Kau pernah ke tengok kereta kebal bersepah-sepah di jalan raya di Malaysia secara live? Takut, cuak atau gerun?
Tiba di Ramsis.  Hairan dan pelik. Tiada satu biji tremco ataupun peagot di Ramsis. Sebelum keluar dari rumah KL tadi aku telah dengar rumor mengatakan perkhidmatan bas dan tremco keluar dari kawasan Kaherah telah dihentikan. My bad. Rupanya bukan khabar angin. Kami menuju ke terminal bas. Memang benar dihentikan perkhidmatan bas tapi tak pasti untuk berapa lama.
Di satu lorong kelihatan kawasan kesan kebakaran. (mungkin baru berlaku malam tadi). Beberapa buah kereta terbakar termasuk satu trak polis. Nampaknya bukan sekadar rusuhan biasa tapi agak ekstrem.
Kami menaiki bas menuju ke Abud. Di Abud juga terdapat bas atau tremco untuk pulang ke negeri lain selain Kaherah. Masih ada alternative lain.
Akhirnya kami dapat menaiki satu tremco untuk pulang ke Mansurah (itupun kami terpaksa berebut dengan orang Arab demi mendapatkan tempat). Dan tambangnya jauh lebih mahal daripada biasa iaitu LE30. Biasanya LE11 sahaja. Kami tiada pilihan.
3.00 PM: Tiba di Mansurah tetapi kami diturunkan di Mauqaf Jadid, Talkha, bukan betul-betul di Bandar Mansurah. Dari Mauqaf Jadid, kami menaiki tremco menuju ke Dirasat.
Tiba berhampiran di Masjid Putih, Mansurah, kenderaan tak boleh lalu kerana orang-orang Arab sedang membuat demonstrasi  di jalanraya. Maka tremco terpaksa melalui jalan lain.
Bukan di Kaherah sahaja terdapat banyak kereta kebal dan askar-askar mengawasi, di Mansurah pun sama. Bank HSBC telah dipecahkan dan mengalami kerosakan yang teruk. Ada sebiji kereta kebal bersama beberapa orang askar mengawal dan mengawasi kawasan bank HSBC.
AlhamduLillah aku selamat tiba di rumah jam 4 petang.

31 January 2011 – Monday
Aku hanya duduk di rumah, tak keluar. Basuh baju dan kemas bilik. Heheh. Line internet masih disekat. Tak tahulah sampai bila. Topup semua dah kehabisan di kedai-kedai. Alahai. Di waktu darurat begini, memang susah nak mendapatkan kredit, topup dan sebagainya. Tak boleh nak call family di Malaysia kerana tiada internet. Kadang-kadang aku cemburu tengok kawan-kawan aku yang mak ayah call dari Malaysia untuk bertanya keadaan. Mak dan abah tak nak call aku ke? Tak nak tanya keadaan aku ke, selamat ke tak? (T_T).
Kemungkinan besar kami semua akan dipindahkan ke negara berdekatan yang lebih aman. Mungkin Jordan atau Syria. Jadi kena sentiasa bersiap sedia. Bila-bila masa arahan untuk berpindah akan keluar. Tak tahu atau tak pasti berapa lama kami akan jadi ‘pelarian’ di negara orang.
Setiap orang hanya dihadkan bawa beg berisi barang seberat 10 kilogram. Maka, susun dan plan lah dengan bijak barang apa yang paling penting untuk dibawa. Ngeee.
Mereka yang berkeluarga akan diberi keutamaan. Jika benar akan dipindahkan, akan melalui beberapa peringkat; 1) Yang berkeluarga, ayah, ibu, anak atau sebagainya. 2) Perempuan. 3) Lelaki.


bersambung....

26 January 2011

Aduhai.. blog-blog berat... Please donk...

Assalamualaikum.

Sebelum aku menghentam, aku nak tanya dulu. Adakah blog aku ini berat? Adakah blog aku loading lambat? Sila jawab di ruang komen di bawah. Aku guna pop up windows, sila tekan 'comment' baru kotak komen akan keluar. Ceh, macam la orang tak tau. Ye la, mana tau, ada yang baru berjinak-jinak di alam blog, tak tahu macam mana nak komen entri blogger yang guna pop up windows. Auchh.

Aku rasa blog aku ini tersangat lah ringan dan loading dengan begitu pantas.  Tiada widget merepek-repek yang tak perlu. Tiada pasang lagu. Tiada gambar, tiada header, tiada animasi bergerak dan sebagainya. Sangat simple dan sempoi. Ada shoutbox pun dah cukup bagus la tu, senang orang nak tegur. Dan paling penting, aku tak ada nuffnang! Noktah.

Sambung kembali. Aku dah start cuti semester so aku rajin gila blogwalking serta drop komen di entri-entri kawan-kawan blog yang aku follow. Kalau aku dah start sibuk, tak sempat la aku nak jenguk blog sendiri apatah lagi blog orang lain. Tapi aku amatlah kurang senang dengan blog-blog berat, malas nak bukak dan tunggu dia loading beb. Sakit hati aku kalau lambat sangat, aku rasa nak maki je. Kau tahu tak sebab apa blog kau berat nak mampos? Meh sini aku bagitau;

1- Animasi bergerak.
Ini termasuk la animasi konon-konon ada salji/ hujan/ daun-daun/ bintang-bintang atau apa saja yang bergerak dan berguguran jatuh ke bumi. Blog akan jadi berat okay?
Selalu blog-blog orang perempuan ada animasi siap kotak dialog di sudut bawah kiri blog yang berkata, 'selamat datang', 'follow saya ye?' dan apa-apa lah dialog yang seangkatan atau seerti dengannya. Adess, ini pun beratkan proses loading la beb. Dah tu mengganggu  tumpuan nak membaca entri. Kalau tempalate tu kau pandai susun kedudukan dia supaya tak diganggu animasi konon comel tu, tak apa lah jugak. Tapi tetap menambah keberatan blog kau beratus-ratus kilobyte.

2- Lagu
Aku akui, masa awal aku berblog dulu, aku ada letak lagu jugak tapi bukan autoplay. Tak lama pun, dalam sebulan ke dua bulan aku dah remove. Rasa macam menyemak dan tak perlu. Dah tu, mengganggu fokus nak baca entri beb. Dan pasang lagu jugak memberatkan blog.

3- Banyak sangat widget html javascript.
Contoh widget tak penting tapi tak la berat sangat kot. (ye ke)
Ye, aku tahu, kau letak jam, supaya orang tahu sekarang jam berapa. Jam tak penting. Di laptop atau komputer masing-masing dah ada jam sendiri. Aku dulu pernah jugak letak jam waktu Mesir. So, orang Malaysia boleh tahu la, Mesir sekarang pukul berapa. Ohh..kat Mesir petang, Malaysia malam. Tapi aku dah buang setengah tahun yang lalu. uhuk.
Suhu/ temperture (macam salah eja lak). Ini jarang kot orang letak melainkan pelajar oversea. gagaga.
Traffic yang boleh track pengunjung dari mana. Huhuh. Dulu aku pernah letak jugak tapi tak lama. Saja suka-suka. Tapi lama-lama aku sedar, tak penting langsung kewujudan dia. Ceh.
Blog list/ Link list yang terlalu banyak. Eh, beratkan blog ke? Hmm mungkin kot. Kalau nak letak blog list, tak payah lah show all kan?

4- Banyak sangat gambar.
Gambar yang terlalu banyak kilobyte serta megabyte nya. Berat ooo nak loading. Nyampah tau tak?

Dah aku rasa setakat ini dulu kot. Ceh, banyak rupanya nak cakap lagi. Hahah. Bersambung selepas ini.


Babai.


p/s: Esok petang, (Rabu, 26 Januari) aku akan berangkat ke Kaherah untuk beberapa hari. Mungkin sampai 30 Januari. So, selama beberapa hari ini aku akan 'menghilang'. kekeke. jangan rindu aku tau. ceh. :p




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...