Showing posts with label Selawat Nuur. Show all posts
Showing posts with label Selawat Nuur. Show all posts

14 August 2010

Selawat Nur beserta shakl (baris).


 صلوات النور مع الشكل



اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّم عَلَى نُورِ الأنْوَارِ وَسِرِّ الأسْرَار وَتِرْيَاقِ الأغْيَار

 وَمِفْتَاحِ بَابِ الْيَسَر سَيْدِنَا وَمَوْلانَا مُحَمَّدٍ الْمُخْتَار وَ آلِهِ الأطْهَار

وَأصْحَابِهِ الأخْيَار عَدَدَ نِعَمِ اللهِ وَإفْضَالِهِ
 
Allahumma solli wa sallim ‘alaa nuril anwaar, wa sirril asror, wa tiryaaqil aghyaar, wa miftaahi babil yasar, saidina wa maulaanaa muhammadinil mukhtaar, wa aalihil at-haar, wa as-habihil akhyaar, ‘adada ni’amillahi wa ifdholih.

Selawat dan salam ke atas cahaya yang menyinar, dan rahsia segala rahsia, dan penawar bagi yang lain-lain, dan kunci pintu kesenangan, saidina maulana Muhammad mukhtar, dan ahli keluarganya yang suci murni, dan sahabat-sahabatnya yang merupakan orang yang baik-baik, banyak nikmat Allah dan kelebihannya.

 
p/s : Terjemahan mungkin tidak berapa difahami. Harap maaf. Huhu.


 

13 August 2010

Selawat Nur

اللهم صل وسلم على نور الأنوار وسر الأسرار وترياق الأغيار ومفتاح

باب اليسار سيدنا ومولانا محمد المختار و آله الأطهار وأصحابه الأخيار 

عدد نعم الله وإفضاله

Ini adalah selawat nur. Aku publish atas permintaan seorang rakan di shout box aku kat sebelah ni. Moga bermanfaat buat semua. Maaf la tak ada baris sebab huruf jawi  (arab) yang di install kat laptop aku ni tidak disertakan baris. Ngeeee. Maaf. Sebarang pertanyaan boleh hubungi aku di alamat emel racunsakti@gmail.com. 
Selamat beramal
 .

 

27 March 2009

selawat nur...

Hmmm...ni pun daripada abah jugak...

Aku ingat lagi time aku sekolah dulu...abah ada cerita tentang seseorang...(abah cerita pada aku dan adik-adik aku..).

Abah ada berbual dengan seorang budak ini... Dia pelajar Mesir.. Dah habis belajar. Abah tanya apa rahsia dia belajar sampai boleh dapat result yang bagus..(aku tak pasti dia mumtaz ke jayid jiddan ke...ntah..)... coz dia study biasa-biasa sahaja... Ala kadar kata orang.

Then budak tu kata... dia amalkan baca selawat nur 100x tiap-tiap lepas asar...(tiap-tiap hari...lepas asar).

so point nya di sini... abah mahu kami..(me and my siblings) ikut cara insan tersebut... amalkan selawat nur 100x tiap-tiap hari lepas asar....untuk mendapat kejayaan cemerlang.

Te problem is... err.... mula-mula aku buat jugak. Tapi bukan hari-hari la... kejap buat..kejap tak... At last terus tak buat..(mmg hampeh). Bila ingat..buat juga tapi tak sampai 100x. Dugaan memang besar...selawat nur kalau dibaca berterusan 100x ambil masa 45 minit tau... Itu yang akhirnya tak teramal pun... Sesungguhnya aku telah dialpakan dengan duniawi..huhuhu...

So...aku nak coba mengamalkannya semula... memang agak berat coz masa yang diambil agak panjang... tapi hendak seribu daya...tak hendak seribu dalih..


update 9 April 2012: Mahukan Selawat Nur? Klik di sini->  Selawat Nur dan Selawat Nur beserta shakl (baris)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...