27 November 2016

Merawat Eczema

Assalamualaikum...  
   Naim dah pun berusia 13 bulan. Masih belum tumbuh gigi. Masih belum berjalan. Masih berdiri berpaut. Mak tak kisah anak lambat berjalan. Asalkan sihat Alhamdulillah.
     Yang paling membahagiakan, eczema Naim semakin pulih sejak menginjak umur setahun. Muka dah bersih habis. Kembali licin dan mulus. Tangan pun dah licin bersih. Ada kesan parut sikit-sikit. Badan pun dah bersih licin. Tinggal kaki je masih ada lagi tapi tak lah seteruk dulu.
    Walaupun tangan Naim dah bebas eczema, aku masih balut dengan bandage sebab nak elak Naim menggaru. Kalau garu pun tak direct ke kulit lah sebab ada bandage.
    Cakap pasal balut bandage ni aku teringat masa check up Naim setahun di KKIA. Biasa lah nurse tanya ada berubat di klinik ke, jumpa pakar ke, aku cakap tak ada. Rawat sendiri je sapu guna vco. Tiba-tiba nurse tanya,
"Awak kerja bahagian medical ke, maybe doctor atau nurse? "
Dalam hati aku, amboi ada rupa doctor perubatan ke muka aku ni? Kah. Aku jawab,
"Tak ada lah. Saya surirumah je. "
Reaksi nurse macam tak percaya.
"Ataupun pernah belajar perubatan ke dulu? "
Aku geleng sambil senyum jawab, "Tak ada lah. Saya bukan pelajar medic atau nurse."
Nurse senyum.
"Ok. Saya ingat awak memang kerja di klinik atau hospital, tengok balutan ni cantik elok je macam professional."
Ok part dia cakap aku balut pakai bandage cantik elok tu aku dah kembang gila bangga. Ahahahaha. Mungkin dia tak sangka orang biasa macam aku (yang bukan belajar medical atau nurse) mampu balut dengan kemas. Dia siap tanya, bukan pergi hospital atau klinik ye untuk nurse balutkan. Hahaha.

    Sebenarnya bagi aku buat benda tu (balut menggunakan bandage) simple je semua orang boleh buat kot, cuma bezanya kemas atau kurang kemas. Habis kalau dah setiap hari selama empat bulan hidup aku bergelumang dengan bandage (ceh, macam aku pula yang sakit), dah tentu la bab membalut membungkus ni aku dah hadam sangat, pakar. Kakaka.
    Harapan aku agar eczema Naim akan terus pulih bila semakin meningkat umur dia. Ye lah, eczema ni tak ada ubat. On off. Ada yang boleh sembuh, ada yang sampai dewasa dan ke tua masih menghidap eczema. Kena control makan, pantang makan, pantang sabun dan macam-macam pantang lagi. Eczema tak boleh sembuh sepenuhnya tapi boleh dikawal daripada menjadi lebih teruk. Tapi ada juga yang boleh pulih terus dengan izin Allah. Rezeki masing-masing.  InsyaAllah aku yakin Naim pun boleh bebas eczema satu hari nanti. Amin.

20 November 2016

Negara yang teringin dikunjungi... Italy

Assalamualaikum.  
    Tetiba nak update blog malam ni sesambil tonton rancangan The Streets tv3. Lokasi episode malam ini adalah Melbourne, Australia.
    Sejak dari usia aku masih di sekolah rendah, kalau ditanya negara mana yang aku teringin nak pergi kalau diberi peluang, aku akan jawab Itali. Kenapa Italy? Entah lah tak ada jawapan khusus. Mungkin sebab tinggalan sejarahnya? Atau kerana keindahan dan kecantikan tempatnya?
    How do you know about Italy? Sejujurnya aku tak tahu banyak pun. Kakaka. Cuma dulu masa sekolah rendah aku suka baca buku ensiklopedia (adoi betul ke ejaan ni) kalau pergi perpustakaan. Buku-buku jenis tu kan tak boleh pinjam, jadi aku manfaatkan masa dalam perpustakaan je lah nak baca buku-buku macam tu. Ahahaha. Buku jenis ni banyak gambar. Kulit keras dan semua muka surat berwarna, kertas licin. Aku rasa aku tertarik dengan negara Italy lepas baca buku tu kot.
    Aku yang kuat berangan. Mungkin aku pernah tengok tv movie yang berlatarbelakang negara Italy. Yang naik sampan menulusuri tasik melihat keindahan kota waktu malam, dengan lampu-lampu yang cantik. Hahaha. Amboi kecik2 lagi dah pandai.
    Bila naik sekolah menengah. Tengah sembang-sembang dengan beberapa orang kawan pasal negara yang teringin nak pergi melancong. Macam biasa pilihan aku Itali. Kemudian seorang teman berkata, "kalau aku, aku prefer pergi negara yang tak susah nak berkomunikasi. Italy ada bahasa dia sendiri. Kena belajar bahasa dia pulak. "
Aku diam dan berfikir. Yelah betul jugak kata kawan aku. Ah tapi lantak lah. Kalau orang Italy tak reti berbahasa Inggeris, guna bahasa isyarat je lah. Hahaha.
     Dan setelah berbelas tahun berlalu sejak aku form 2 (perbualan aku tadi masa kami form 2 kalau tak silap aku), pilihan aku masih Itali. Tapi aku tak ada lah beria nak kumpul duit ke apa sampai dapat pergi ke Italy tu. Lebih baik aku pergi buat umrah, ye tak? Ini cerita berangan lah kalau ada rezeki terpijak ke, menang peraduan ke, menang cabutan bertuah ke, ada orang nak sponsor ke. Hahahaha.
    
      Dek kerana 'cinta' dan suka pada negara Itali ini, bola sepak pun dah tentu aku sokong pasukan Itali masa World Cup. Makanan Itali semua aku suka terutama pizza. Opss tak semua la, lasagna aku tak minat. Cuma aku tak pernah nak cuba belajar bahasa dia je. Hohoh.
     OK sekian coretan untuk kali ini. Entri santai je wei nak bagi blog ini hidup. Ahaha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...