Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

20 March 2019

Investment - ASNB - ADAM50

Assalamualaikum.

     Hai bertemu lagi kita. Sebenarnya entri kali ini boleh kata kesinambungan dengan entri sebelum ini yang pasal kwsp atau epf sebab dua-dua ini adalah dari satu cabang yang sama iaitu pelaburan (investment).

     Aku memang ada install apps maybank2u kat handset supaya senang nak buat transaksi atau nak cek akaun. Walaupun tak berapa ada duit sangat pun hahahaha. Aku topup/ reload pun pakai m2u je mana ada pakai kad topup dah. Ketinggalan zaman la wei wakaka. Dunia hujung jari maa. Hahaha berlagak tak?

    Tempoh hari aku saja godek-godek apps m2u aku. Entah macam mana aku terjumpa 'wealth'. Sebelum itu ada 'fix deposit', 'loan', aku klik semua kosong sebab memang tak ada buat. Tapi bila aku klik pada 'wealth', eh ada sesuatu lah. Amboi sejak bila aku ada 'harta' ni weh? Ahahahaha. Lantas aku pun klik pada ASNB under wealth tadi tu. Oiii ada duit lah rupanya ratus-ratus jugak. Aku terus dalam kebingungan bila masa aku ada buka akaun ASNB ye? Aduduh. Siap ada dua lagi aku punya amanah saham. Satu ASNB, satu lagi Amanah Saham 1 Malaysia. Yang AS1M tu aku ingat pernah buat masa kat pejabat pos Labis tak silap aku tahun 2009 masa aku cuti balik Malaysia (lepas exam tahun 1 kat Mesir aku balik). Aku deposit RM100 je pun lepas tu tak pernah tambah sampai sekarang. Katanya dulu (2009) kalau buka asb tu duit beranak lepas 20 tahun dapat berapa puluh ribu tah walaupun tak tambah duit. Kah kah aku pun percaya dan buat. Ada lagi bukunya sampai sekarang warna kuning. Tak ada lah beranak banyak pun aku cek baki terkini baru RM179 je setelah 10 tahun hahahah.

    Berbalik pada ASNB pula yang masih aku bingung dan tak ingat bila entah aku ada buka akaun ni kekeke. Mungkin ada dapat penyata tapi pos ke alamat Maokil. Mungkin je lah. Boleh je nak cek kat cawangan ASNB bagi je nombor akaun dan nombor kad pengenalan.

    ADAM50 nama panjangnya aku tak ingat. Mantan PM Najib Razak yang memperkenalkan masa pembentangan bajet 2018 dulu. Bayi yang lahir mulai 1 January 2018 hingga 31 Disember 2022 layak dapat RM200 asnb. Bukan cash tapi saham dikreditkan ke dalam asnb dan hanya boleh dikeluarkan bila anak berusia 18 tahun. Tapi sayangnya setelah kerajaan PH menang PRU dan ambil alih pentadbiran, ADAM50 dimansuhkan. Hanya untuk bayi yang lahir tahun 2018 je dapat. Alasannya sebab tak dapat sambutan. Hanya dalam 10-20% je bayi yang dah daftar ADAM50. Aku pun tak daftar lagi untuk Aqil. Sebenarnya bukan tak dapat sambutan, tapi agak susah nak buat sebab kena pergi ASNB atau maybank atau pejabat pos untuk buat. Kalau yang duduk kampung kena pergi bandar. Yang duduk bandar pula kena yang kerja office hour pun susah juga nak buat. Agak sukar la.

    Tarikh tutup nak daftar ADAM50 31 Mac 2019. Jadi aku bercadang minggu depan ni cuti sekolah tidak boleh tidak wajib daftar juga untuk Aqil. Antara syaratnya ibu atau bapa perlu ada akaun ASNB juga. So cantiklah sebab aku dah ada ASNB dah settle tak perlu daftar baru. Gitu.

04 March 2019

Anak Prolonged Jaundice, Apa yang Aku Buat?

Assalamualaikum.

    Hai hai hai reminder bulan ini adalah bulan ulangtahun ke-10 blog aku ni. Diam tak diam dah sedekad usia blog peribadi aku ni. Tak sangka masih bertahan dan masih menulis blog walaupun sekarang orang lebih suka menulis di status Facebook untuk capaian lebih ramai viewers. Tak mengapa aku kan old skool sikit kah kah.

   Berbalik kepada tajuk post kali ini yang agak panjang hahaha. Jaundice atau kuning bukan lagi asing pada anak-anak aku. Aku berdarah O positive dan tiga orang anak aku ikut darah aku O positive. Memang 'wajib' lah kena kuning. Aku ingat lagi masa Jannah jaundice dulu masa berpantang kat Maokil. Masa tu aku tengah berurut dan misi datang cek biasalah kan. Dia tengok Jannah kuning dan suruh bawa ke klinik. Aku masih ingat lagi kata-kata nurse tu, kuning ni bahaya kalau tinggi sangat boleh menyebabkan baby terencat akal. Kau boleh bayangkan tak perasaan aku sebagai ibu baru waktu itu. Terus rasa down sangat-sangat sampai mengalir airmata. Sobs. Gigih pergi klinik kat Chaah tau bukan Maokil untuk cek kuning. Ambil darah kat kaki Jannah. Sampai lah beli susu kambing Karihome untuk turunkan kuning dia baru lah bacaan kembali normal. Tak ingat berapa kali ulang alik klinik tapi dalam umur Jannah 16 hari camtu dah tak perlu ke klinik.

     Masa Naim pulak. Dah lah pramatang, jaundice lagi. Masa tu pantang sendiri je kat JB. Pernah pergi sekali je kot klinik untuk cek kuning lepas tu tak pergi dah. Zauji pun busy masa tu. Dah lah klinik kat Kempas jauh setengah jam jugak naik kereta. Tapi nurse 'tak kejar' dan tak call pun mungkin sebab patient ramai so diorang pun tak alert sangat. Lama-lama kuning Naim pun hilang sendiri dalam 20 hari macam tu la haha.

     Tiba turn Aqil. Yeah hari kedua dah nampak kuning. Nurse suruh pergi klinik. Hari ketiga pergi klinik dengan terkepit-kepit haha. Prosedur biasa lah, ambil darah kat kaki baby dan cek bacaan. 13 ke 14 entah tinggi jugak. Biasanya setiap hari atau setiap dua hari perlu ke klinik untuk cek bacaan. En suami cakap tak nak datang cek kuning hari-hari. Kena sign surat tanggung risiko sendiri dan aku pun willing sign sebab aku pun malas nak ulang alik pergi klinik setiap hari plus tak sampai hati tengok baby kena cucuk ambil darah. You know what. Datang setiap hari pun mereka tak ada jalan penyelesaian pun. Setiap hari akan cakap benda yang sama, kena kerap susukan baby untuk turunkan kuning dia. Biar baby berak banyak untuk turunkan kuning. Kejut baby kalau tidur lama sangat. Baby kuning kuat tidur. Jangan jemur. Dan bla bla bla. Aku dah hadam sangat. Dah tiga orang anak kan. Bukan aku nak berlagak atau angkuh ye, tapi biarlah kami dengan cara kami. Bukan sampai tolak vaksin pun. Cuma refuse cek kuning kat klinik, itu aje.

      Bila tak ke klinik setiap hari cek kuning sampai bacaan jadi normal, aku lebih gembira sebenarnya. Risau anak jaundice tu memang lah. Tapi kerisauan aku akan bertambah bila bacaan kuning tak turun-turun atau makin bertambah. Nanti aku mulalah rasa stress dan down. Murung. Bila stress boleh jejaskan production susu. Silap-silap boleh jadi postpartum depression (nauzubillah). Jadi biarlah aku tidak tahu langsung bacaan kuning baby. Itu lebih baik untuk menjaga emosi aku. Guys, ada tiga orang anak yang aku kena jaga, bukan cuma seorang bayi. Aku tak ada babysitter, aku tak ada confinement lady, aku tak ada orang gaji. Berpantang sendiri. Dengan suami sahaja membantu. Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?

    Aqil hari tu aku rasa dia prolonged jaundice sebab dah umur sebulan masih nampak kuning. Menjelang habis pantang baru lah dah tak ada langsung kuning, warna kulit biasa je lah. Apa yang aku buat sepanjang anak jaundice? Aku tak buat apa-apa. Aku cuma susukan macam biasa ikut demand dia. Dan aku refuse cek kuning di klinik sebab aku tak mahu stress bila bacaan makin tinggi atau tak turun-turun. Alhamdulillah dah 10 bulan umur Aqil sekarang. Membesar dengan sihat.

Bateri low plak aku chow dulu lah. Bai.

14 July 2017

4 Day Rules --> Tak buat pun takpe.

Assalamualaikum.

    Golongan mak-mak moden pasti biasa dengar atau pernah dengar istilah ini. 4 day rules. Kononnya rules untuk memperkenalkan solid food buat pertama kali untuk baby umur 6 bulan.

    Entah siapa yang cipta #4dayrules ni pun aku tak tahu lah. Yang pasti dari negara barat. Kalau tak Amerika, negara Eropah. Hahaha. Memang kebanyakan tips-tips untuk ibu hamil dan penjagaan bayi dicedok dari sana kan kalau search di internet pun. Mana yang elok dan sesuai dengan adat dan budaya kita, boleh je kita ikut. Tapi tak semestinya perlu taksub. Eh mesti buat macam ni, mesti buat macam tu. Jangan protocol sangat.

     4 day rules bermaksud try and error selama 4 hari. Contohnya beri makan solid food pertama puri buah pisang. Beri makan baby puri pisang sahaja dalam tempoh 4 hari dan perhatikan penerimaan bayi dari segi najis dia atau alergi. Kalau ok tak ada masalah bermakna serasi dengan bayi dan boleh teruskan. Kalau ada cirit ke apa jangan teruskan. Lepas 4 hari puri pisang, tukar menu lain pula contohnya puri epal. Pun sama 4 hari juga.

    Nak cerita lah juga masa Jannah dulu aku ada buat juga lah puri-puri ni. Siap beli baby bullet lagi kau. Beli online je. Aku rasa ada lah dalam dua minggu ke tiga minggu aku rajin buat puri dan simpan. Jannah makan tapi tak banyak. Aku pun fed up lepas tu takde buat puri lagi dah. Aku bagi nestum dan biskut baby bite atau baby guide. Sebab Jannah pun dah pandai pegang sendiri. Tapi aku tak ikut betul 4 day rules tu. Kali pertama je. Lepas tu ah lantak lah. Hahahah. Sebab tengok Jannah pun ok takde sakit perut ke muntah ke so tak payah tunggu sampai empat hari untuk tukar menu. Nestum pun Jannah tak makan sangat. Tak habis pun satu pack. Oh ye aku start bagi Jannah solid food umur 8 bulan.
Sebulan kemudian dia dah mula makan macam-macam. Bubur, roti, nasi. Walaupun tak ada gigi lagi tapi dia menunjukkan minat nak makan tu. Jadi selamat tinggal solid food baby, welcome to makanan orang dewasa. Kah kah.

    Bila tiba part Naim, aku langsung takde buat puri. Baby bullet tu pun aku dah jual balik lama dah, masa Jannah umur setahun kot. Aku terus bagi bubur nasi. Naim pun jenis pemakan. Apa je bagi dia tak tolak. No 4 day rules dah. Hahaha.

    Tapi aku kagum lah dengan mak-mak yang rajin buat puri untuk bayinya. Aku ni malas tu satu hal lah, anak-anak aku kan kuat ngempeng. Ada masa pulak aku nak bikin puri. Masak pun kadang tak sempat. Bila Naim dah setahun lebih ni la baru kurang ngempengnya sebab dah banyak main. Ada geng lagi dengan kakak memang syok la bermain.

      Lagi satu yang termasuk dalam rules memperkenalkan makanan separa pepejal untuk bayi adalah no sugar and no salt. Kalau nak bubuh garam pun sikit je. Tapi seeloknya jangan letak garam langsung. Kalau nak ada rasa masin letak ikan bilis yang dah dikisar. Senang kata biar tawar pun tak apa. Baby lagi kan. Kalau ikut rules sebenar umur setahun ke atas baru lah bagi makanan atau minuman yang ada gula dan garam. Tapi aku mana nak ikut rules poyo ni, wakaka. Umur 9 bulan anak-anak aku dah makan macam orang dewasa makan. Takde nya no salt no sugar.

    Kenapa aku kata poyo? Ok konon lah no sugar no salt. Habis tu baby yang memang minum susu formula sejak lahir tu apa cerita? Dah tentu FM pun tinggi gula. Atau baby yang campur bf dan FM. Atau baby yang minum FM sejak umur 6 bulan. Jadi jangan nak poyo konon nak ikut rules no gula no garam bawah umur setahun. Hahaha.

    Yelah katanya bagi home made food lah, takde bagi process food. Macam aku semua pun aku bagi. Nugget, kentang goreng, yang frozen2 tu lah tapi tak lah kerap. Ada sesetengah orang tak bagi langsung procces food ni. Bagi yang home made atau real food je atau lebih 'jaga' cuma bagi yang benar-benar healty food sahaja. Terpulang lah pada kerajinan mak-mak sekalian.

    Kepada yang rajin nak buat 4 day rules aku bagi lah panduan sedikit berdasarkan pembacaan aku tiga empat tahun lepas. Hahaha. Masih tersemat dalam ingatan walaupun aku takde buat sepenuhnya pun. Kakaka.

Umur baby 6 bulan:
Puri pisang
Puri labu (perlu rebus dahulu)
Puri epal
Puri avocado (amboi omputeh sangat)
Puri kentang (macam kentang putar)
Dan beberapa lagi buah dan sayuran lain.

Umur baby 7 bulan:
Bubur nasi blend ditapis. Blend sayuran macam lobak atau brokoli.
Bubur + ikan bilis kisar.

Umur baby 8 bulan:
Bubur nasi biasa tanpa blend atau tapis.
Perkenalkan ikan dan ayam. Potong kecil-kecil.
Perkenalkan seafood. Ada setengah orang tunggu umur setahun baru bagi seafood.
Kalau ada alergi hold dulu jangan bagi.

Umur baby 9 bulan:
Nasi lembik atau bubur biasa. Tambah sayuran. Pelbagaikan lauk ikan dan ayam.

Umur 12 bulan/ setahun:
Makanan orang dewasa. Nasi putih dengan lauk dan sayur. Dah tak perlu 4 day rules bila umur 8-9 bulan sebenarnya. Hehe.

Sekian. Terima kasih. Hihi.

11 July 2017

Babywearing - My Booba

Assalamualaikum.

     Penggunaan babywearing atau nama kampungnya 'alat dukung baby' (aku yang cipta istilah ni hihi) semakin meluas di kalangan ibu-ibu moden masa kini. Kalau di luar negara boleh dikatakan setiap ibu mesti memiliki satu babywearing. Kalau di Malaysia, dalam 10 orang ibu yang mempunyai bayi, hanya seorang je menggunakan babywearing.

       Aku pakai babywearing jenama Booba. Salah satu jenama famous. Aku beli second hand atau preloved je dari seorang kenalan. RM250. Harga asal RM400 lebih something. Yup memang mahal tapi berkualiti tinggi. Boleh pakai tujuh keturunan. Selain Booba, ada Ergo dan beberapa jenama famous lain yang harga RM400-500 atau lebih yang menjadi pilihan ibu-ibu. Dah macam harga stroller pun ada. Hehe.

     Aku beli masa Naim umur 3 bulan. Memang sedap je Naim duduk dalam Booba siap tertidur lagi bila berjalan. Sampai lah umur Naim 8 bulan aku dah jarang keluar rumah sebab eczema Naim tu. Tersadai lah kejap tak digunakan. Bila umur Naim dah setahun dan eczema dia pun semakin pulih tinggal bahagian kaki je, baru lah aku pakai semula Booba bila keluar rumah berjalan di mall ke apa. Aku prefer babywearing berbanding stroller sebab easy to wear gitu. Stroller susah nak kena lipat masuk dalam kereta, bila nak guna kena buka balik. Buang masa. Lepas tu nak sorong lagi kalau ramai orang payah. Ye cukup lah pengalaman masa Jannah baby dulu duduk dalam stroller. Lagi pula anak-anak aku jenis suka berdukung.

     Tapi yang akward nya bila aku pakai Booba pergi pasar lambak kampung atau bazar Ramadhan kawasan kampung. Semua orang pun tengok je. Yelah biasa la ibu-ibu yang duduk kawasan kampung yang rumah nya dekat je dengan pasar bawa anak kecil atau baby dukung biasa je. Kononnya cuma 'orang Bandar' je yang pakai macam orang putih tu babywearing. Hahaha.

    Memang kreatif dan inovatif siapa yang merekacipta babywearing. Kalau yang jenis mahal si pereka sudah kaji material apa yang paling selamat dan kukuh, tidak membebankan tulang belakang si pemakai, bayi pun selesa, struktur tulang bayi pun tidak terjejas. Sangat membantu ibu-ibu. Anak pun selesa dalam dakapan ibu. Biar lah alah membeli tapi menang memakai. Biar mahal tapi berbaloi, tahan lama, tahan lasak dan berkualiti tinggi. Terbaik.

   

     

07 July 2017

Benarkah Induce itu Sangat Sakit?

Assalamualaikum.

     Sejak aku join group kat fb bfmembers dan kelab ibu mengandung, aku jadi rajin komen di setiap post ibu-ibu dalam group tu. Tapi tak lah setiap post, mana yang aku rasa boleh respon lah. Kata orang berkongsi pengalaman gitu. Ceh.

    Salah satu soalan popular di group KIM (kelab ibu mengandung) adalah pasal induce. Dah anak dua baru aku join group tu, hahaha. Dan aku juga tidak hamil anak ketiga ye. Hoho. Belum lagi.

    Apakah itu induce? Bahasa mudahnya ialah 'paksa bersalin'. Mempercepatkan kontraksi atau bukaan jalan. Biasa nya hanya ibu yang bermasalah dengan kehamilan contohnya overdue, GDM, air ketuban kurang, degupan jantung baby tak stabil atau beberapa masalah lain. Kaedah induce juga digunakan untuk ibu yang keguguran (miscarriage) untuk bersalin paksa (baby meninggal dalam perut usia kandungan 6 bulan ke atas).

     Satu ketika dahulu aku (dan bakal ibu) selalu dimomokkan betapa sakitnya induce tu. Berkali ganda sakitnya berbanding kontraksi natural atau normal (tanpa masuk ubat). Semua orang pun takut dengar perkataan induce. Berdoa agar tak kena induce. Sakit gila katanya.

     Oleh kerana aku dah pernah merasa la induce masa bersalin Naim, aku boleh kata sakit kontraksi masa nak bersalin Jannah adalah jauh lebih sakit berbanding induce masa nak bersalin Naim.

    Cerita ini agak panjang ye, hahaha. Tinggal 19.10.2015 pukul 8.00 malam aku terasa macam ada air laju keluar. Aku agak ini air ketuban. Tapi tak berterusan heavy macam masa nak bersalin Jannah dulu. Kali ini sikit-sikit. Aku pakai pad. Tak ada rasa sakit kontraksi jadi aku biar je lah. Mungkin dah turun tanda tapi baru 35w (34w6d actually). Esoknya pun sama masih turun air ketuban tapi tak heavy. Akhirnya lepas zuhur baru gerak ke HSI.

    Dah sampai nak daftar misi minta sijil nikah pulak dah. Peraturan baru katanya. Dulu nak bersalin anak pertama memang wajib bawa sijil nikah, anak kedua dan seterusnya tak perlu. Rules baru anak kedua dan seterusnya pun kena bawa sijil nikah juga. Dah zauji terpaksa patah balik rumah ambil. Dokumen lain memang dah lengkap lah iaitu buku merah. Buku merah anak pertama pun kena bawa tau untuk rujukan katanya.

   Sementara nak tunggu ujian saringan, zauji balik rumah kejap ambil sijil. Dah tiba giliran aku cek jalan, dah 2cm. Tapi masih belum ada contraction. Siap masuk muncung itik lagi tu nak cek apa tah. Kemudian kena cucuk dexa untuk matangkan paru-paru baby. Sakit gila Oit cucuk kat punggung. Rasa macam lumpuh sekejap beberapa saat. Adeh. Lama juga aku di bilik saringan. Sepatutnya cucuk dexa tu kena dua dos (12 jam sekali) tapi oleh kerana air ketuban aku dah kurang dan boleh bersalin bila-bila masa sahaja, aku sempat satu dos je. Nasib baik. Ya ampun sakit gilerr nak kena dua dos tu memang tak sanggup. Oh ye cucuk dexa memang biasa untuk kelahiran pramatang.

    Jam 5.00 aku dah ditolak ke lr (labour room). Dah pasang ctg lah semua. Bermula lah episode kena induce ikut drip kat tangan. Dos rendah. Tak ada kesan, tak ada kontraksi. Aku dah berapa kali kencing dah (guna tiub sebab dilarang berjalan ke tandas dah bila dah dalam lr) pun masih tak ada kontraksi. Dua jam kemudian masuk lagi induce dos lebih tinggi. Masih tak ada kontraksi. Ada sikit-sikit la tak sakit sangat. Akhir sekali induce drip dos paling tinggi. Baru ada kontraksi yang agak kuat tapi tak lah sekuat masa Jannah dulu. Cek jalan dah 5cm. Tak lama lepas tu aku rasa betul-betul kontraksi yang sangat kuat, rasa macam nak berak tu tapi lagi sakit lah. Sebelum tu nurse dah pesan kalau sakit yang kuat tu datang panggil dia (beliau sedang sibuk menulis catatan di buku). Aku pun panggil. Aku yakin memang dah nak keluar betul ni budaknya, hahaha. Dia cek jalan dah 10cm. Tarik nafas, teran dengan kuat, kepala baby keluar, teran lagi sekali, badan baby keluar. Haha selesai lah. Kejap je yang sakit gila tu, dalam lima minit je.

   Jadi apa boleh aku kata, induce tu tak sakit pun, yang sakit gila-gila tu masa kontraksi kuat baby nak keluar. Itu je. Yang tak induce pun merasai sakit kontraksi yang kuat tu. Sama je sakitnya cuma bezanya lama atau tidak je. Masa Jannah memang azab gila aku rasa. Kontraksi setengah jam sekali start dari pukul 6 petang. Kontraksi 10 minit sekali start pukul 7.00 malam. ya Allah berguling lah aku atas katil seorang diri (wad kelas satu) menahan sakit. Pukul 10 baru masuk lr. Alhamdulillah bila anak kedua mudah sangat bersalin. Maybe sebab dah tau teknik meneran yang betul, teknik bernafas yang betul. Cuma yang ngeri bila dijahit hidup-hidup la bawah tu. Peh, bisa.

    Induce bagi setengah ibu mungkin betul sangat sakit. Lain orang, lain pengalaman. Aku ingat lagi masa gugur dulu, kakak depan katil aku dah induce tiga hari masih tak bersalin lagi, jalan memang tak buka. Oh ye, induce ada dua kaedah iaitu masuk ubat di vagina untuk buka jalan atau drip di tangan macam yang aku kena. Yang masuk ubat tu pun ada dosnya bermula dos rendah, sederhana dan tinggi. Ada orang dos rendah je dah boleh bersalin, ada yang lambat bukaan jalan terpaksa tingkatkan dos. Apa pun rezeki masing-masing dan ujian masing-masing. Kan ke dosa nak diampunkan. Bersalin je, gugur semua dosa yang lalu bersih suci macam baby baru lahir. Bertarung dengan maut tau ibu bersalin ni.

     Begitulah ceritanya pengalaman di induce. Bukan kita yang minta tapi keadaan memaksa (amboi) demi menyelamatkan nyawa ibu dan anak. Seperti juga ceaserian dan epidural, induce bukan suka-suka ibu boleh minta ye dari hospital. Haha. Hanya kandungan bermasalah saja dan pihak nurse, doktor, pakar lebih tahu apa yang terbaik buat ibu.

30 June 2017

Perjuangan Puasa Ganti dan Puasa Enam

Assalamualaikum.

   Salam 6 Syawal. Bersiaran dari pusat rawatan. Alhamdulillah dah dapat dua hari puasa qadha. Biasanya dulu waktu bujang, raya kedua aku dah start puasa ganti sebab takut tak sempat habiskan puasa qadha dan puasa enam. Seperti yang aku pernah cerita dalam blog ini beberapa tahun lepas, aku asingkan dua puasa ini (wajib dan sunat).

2012 : Puasa Ramadhan sebulan penuh + puasa enam di bulan Syawal. Ini tahun pertama bergelar isteri dan aku tengah mengandung 8 minggu masa masuk bulan puasa.

2013 : Puasa Ramadhan sebulan penuh + puasa enam di bulan Syawal. Alhamdulillah dua tahun berturut-turut dapat puasa penuh. Yay. Masa ini aku masih belum datang haid sebab tu dapat puasa penuh. Walaupun masih menyusukan anak dan bekerja tapi masih mampu bertahan puasa.

2014 : Gagal mempertahankan rekod puasa penuh sebab datang bulan. Masa Syawal puasa ganti 7 hari + puasa enam, total 13 hari puasa di bulan Syawal. Masih lagi bf Jannah waktu puasa.

2015: Puasa Ramadhan sebulan penuh + puasa enam di bulan Syawal. Masa ini tengah mengandungkan Naim dan masih menyusukan Jannah. Alhamdulillah masih larat puasa.

2016 : Puasa Ramadhan sebulan penuh + puasa enam di bulan Syawal. Sama kesnya sebab masih belum datang haid. Masih fully bf Naim.

2017 : Kena qadha puasa 7 hari + 6 hari puasa enam, total 13 hari.

    Aku start asingkan puasa ganti dan puasa enam ni masa umur belasan tahun sampai la umur 26 tahun. Gigih la aku puasa 13-15 hari di bulan Syawal. Perjuangan ini tidak mudah. Banyak pancaroba. Haha. Kena kuat semangat.  Yelah walaupun puasa aku tetap ikut orang beraya. Orang lain makan aku tak makan. Tapi aku ok je takde la terliur. Hahah.

     Aku paling cuak kalau terkena bersalin masa bulan puasa. Amboi jenuh wei nak ganti tu. Aku kesian jugak la pada ibu-ibu yang bersalin masa bulan Ramadhan, paling kesian bersalin 1 Ramadhan. Sebulan tu kena qadha. Jadinya aku mencuba sebaik mungkin untuk tidak hamil yang edd nya jatuh pada bulan Ramadhan. Hahaha. Anda pasti boleh.

   Seperti sedia maklum, puasa ni bagus untuk kesihatan. Kalau jenis yang bukan 'eat clean', elok sangat lah berpuasa untuk membantu detoks badan secara semulajadi. Contohnya aku sendiri lah yang suka makanan bergoreng, suka minum air manis, makanan banyak kolesterol, tak makan sayur. Pendek kata takde berkhasiat sangat. Aku masih tak mampu la nak 'eat clean' yang langsung tak ambil gula pasir, tak makan nasi (kalau ambil guna betas perang), tak makan roti, takde guna kicap, sos, takde bergoreng atau berminyak dan cuma makan real food yang benar-benar berkhasiat dan 'bersih' sahaja. Bersih bermaksud tiada GMO dan serba serbi organik sahaja.

    Biasa la orang kita, dah sebulan puasa, bila raya je 'balas dendam' makan macam-macam dengan kuantiti yang banyak. Rendang, kuah kacang, sayur lodeh, sup tulang, laksa, sate dan pelbagai lagi. Kalau rendang atau sup atau kari ke bukan setakat ayam, ada itik, lembu, kambing, paru, hati. Belum masuk lagi yang masak kicap lah, masak merah, masak kurma. Jadi bila dah makan macam-macam selama seminggu raya tu, dah boleh lah start puasa untuk bagi rehat dan bertenang sikit perut tu. Dah sumbat segala juadah raya termasuk kuih raya yang manis-manis, detoks la sikit dengan puasa enam. Hihi. Macam yang aku tengah buat la sekarang ni. Tapi aku puasa ganti dulu.

     Jadi kepada kaum wanita khususnya, jangan malas deh nak puasa ganti dan puasa enam. Mengandung dan menyusukan anak bukan alasan tak boleh puasa. Kalau yang tak mengandung dan menyusukan anak, pasti lagi boleh puasa tanpa ada masalah. Ala, korban lah sikit kan. Malam kan boleh makan. Melantak je la banyak mana pun. Haha.

    Bukan apa, orang perempuan ni lazimnya suka sangat bertangguh untuk ganti puasa. Boleh kata 70% orang perempuan suka ganti puasa pada bulan Syaaban. Hujung-hujung Syaaban baru terkial-kial nak ganti. Alahai. Ayuh berubah wahai ladies. Kalau tak nak ganti masa bulan Syawal sekalipun, paling kurang jangan bertangguh sampai bulan Syaaban. Zulqaedah ada, Zulhijjah ada. Muharram, Safar, Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Awal, Rejab. Amik ko semua bulan aku sebut. Haha.

    Kepada yang berjaya ganti puasa di bulan Syawal tambah puasa enam, tahniah diucapkan. Anda hebat kerana berjaya tempuh dugaan kuat ketika musim raya. Hehe. Bukan senang. Kalau spesis mak-mak yang ada anak kecil ni, nak kena suap anak makan lagi, fuh dugaan dan cobaan. Sabar je lah.

     Selamat berjuang ye ibu-ibu.

23 June 2017

Bagaimana Cara Nak Wean Off (putus susu badan)

Assalamualaikum.

    Lusa nak raya patutnya cerita raya tapi aku post pasal wean off pulak. Hahah. Universal la sikit. Tak semestinya kena ikut tema.

    Dilema ibu-ibu menyusukan anak adalah bagaimana cara nak wean off. Memang cabaran besar. Penuh drama airmata lah senang kata, haha. Hanya mak-mak yang bf anak je tahu dan faham macam mana perasaan dan pengalaman tu.

    Untuk putus susu ada beberapa sebab. Sebab utama biasanya sebab dah ada adik. Haha. Sebab lain mengandung. Kalau anak bongsu, dah sampai umur perlu putuskan susu iaitu dua tahun atau tiga tahun atau empat tahun. Apa yang aku nak kongsi dan bagi tips ini adalah kerana si kakak atau Abang sudah ada adik. Dan sedia maklum, aku tak beri minum susu formula.

     Naim lahir ketika Jannah berumur dua tahun 8 bulan dan masih Menyusu badan. Sepatutnya nak wean off masa umur Jannah genap dua tahun tapi tak sampai hati. Jadi masa mengandungkan si Naim aku masih fully bf Jannah walaupun Jannah dah makan macam-macam. Lepas Naim lahir Jannah still bf. Gilir-gilir. Kejap kakak kejap adik. Dah pening juga macam mana nak stop kan si Jannah ni. Takpe lah selagi mampu bf dua-dua aku teruskan je.

     Sampai lah umur Naim tiga bulan dia makin kerap menyusu dan lama. Jannah dah banyak mengalah juga. Aku pun mulakan step nak stop kan.

Step pertama: Stop bf waktu siang.
Bagi makan banyak sampai kenyang. Nasi, biskut roti. Bagi minum air Milo dan air masak. Sesekali bagi air kotak coklat dutch lady. Aku dah cuba bagi susu kambing (tepung/ FM) perisa coklat tapi dia tak nak. Jadi aku terus tak bagi.

Step kedua: Stop bf masa nak tidur siang.
Normal anak yang bf ni suka ngempeng masa nak tidur. Aku lekakan dia dengan mainan atau tengok TV sampai tertidur. Kadang-kadang bagi main handset sampai tertidur.
Lepas dah berjaya dua step ni kira bagus dah. Ambil masa seminggu jugak.

Step ketiga: Stop bf waktu malam masa nak tidur.
Ini paling mencabar dan susah. Jannah nanges aku pun nanges. Sedih sangat tak sampai hati. Kesian. Tapi sebagai mak kena kentalkan hati. Cakap dan pujuk baik-baik. Bagi kata-kata pujian. Contohnya, "kakak dah besar dah tak boleh susu. Bagi adik pulak. Kesian adik. Kakak kan budak baik, cantik."
Kemudian masa nak tidur tu peluk dia. Biasanya aku sambil ngempengkan Naim, Jannah baring sebelah Naim sambil pegang tangan aku dan aku usap-usap kepala dia. Sambil cakap, "Ummi sayang kakak. Kakak budak baik kan". Dan teruskan bercakap dan pujuk sampai lah dia tertidur sendiri. Ini pun ambil masa seminggu jugak. Kalau dah tidur dan tengah malam dia terbangun biasa nya nak susu, haaa ni bapaknya kena main peranan. Tolong ambilkan air dan bagi anak minum.

   Aku pun tak sangka berjaya juga wean off Jannah. Hahaha. Petua orang suruh letak minyak angin la sirap la halia la aku tak pernah guna. Mungkin bagi orang lain cara tu efektif kot tapi aku tak yakin nak buat. Si Naim pula tunggu ada adik baru lah aku nak wean off. Sama lah masa Jannah.

     OK sekian untuk hari ini ye. Nak pergi anyam ketupat. Kbai.

13 June 2017

Botol Susu, Susu Formula

Assalamualaikum.


    Acapkali aku terbaca status FB ibu-ibu yang bercerita struggle nya nak stop kan penggunaan botol susu terutama bagi anak yang dah mula bersekolah samada taska atau tadika. Dalam hati aku yang part jahat (devil) akan pandang sinis sambil berkata, itu lah siapa suruh ajar guna botol, kan dah susah nak berhenti. Mendapat lah. Opss... Itu sindiran tajam dari part jahat tau. Lagi pun dalam hati je. Tak bermaksud aku mengecam. Maafkan saya.

    Yes, aku tak dapat nafikan yang botol susu dah memang satu keperluan untuk baby yang ibunya bekerja. Take note, only babies, not include the toddlers. Tak kisah la samada EBM atau FM, botol susu boleh kata wajib ada lah untuk semua baby. Walaupun baby tu EBF ada juga stand by botol susu untuk waktu kecemasan. Tetapi yang silapnya adalah bila masih memberi anak minum susu dalam botol bila usia anak dah melepasi dua tahun. Sepatutnya masa umur dua tahun dah stop kan. Minum pakai cawan je. Ada ke budak umur dua tahun masih belum pandai pegang cawan?

    Sebagai seorang bekas bayi (aku lah tu) yang memang tak pernah minum guna botol susu masa kecil, aku yakin orang lain pun boleh hidup lah tanpa botol susu. Hahah. Macam kes aku masa bayi memang refuse botol susu. Sama lah dengan anak-anak aku pun refuse botol susu. Orang akan cakap, yelah kau senang la surirumah je tak bekerja, bf je tak perlu susah-susah guna botol susu. Heh. Ramai je surirumah yang beri anaknya minum guna botol susu. Jadi apa bezanya?

    Perdebatan susu badan vs susu formula sampai bila-bila pun tak akan habis. Hehe. Tapi yang aku nak tegaskan ialah betapa susu formula itu sudah tidak diperlukan lagi setelah anak berusia dua tahun gais. Aku tengok mak-mak semua risau dan gelabah je nak bagi minum susu apa ye kat anak lepas wean off susu badan (lepas umur dua tahun). Duh. Bagi je lah makan nasi dan makanan berkhasiat. Real food. Susu dah tak payah bagi dah. Apa kebenda yang orang obses sangat 'mesti bagi susu formula lagi untuk tumbesaran yang sihat, otak cerdas, badan cergas, kuatkan tulang dan gigi (kalsium katanya), immune badan (tak mudah jatuh sakit)' dan pelbagai lagi lah alasan 'kebaikan' masih perlu bagi minum susu untuk budak. Tak payah terpedaya sangat dengan iklan promosi kebaikan susu (formula milk) sekian-sekian. Nak bagi Biar yang fresh bukan susu tepung tak kira lah susu kambing ke susu lembu ke susu kerbau ke. Sudah-sudah lah tu banggakan sangat jenama-jenama susu popular dan mahal yang dicanang penuh khasiat dan kebaikan. Puih.

     Bukan apa. Aku tengok ramai juga budak kerap jatuh sakit walaupun minum susu FM (yang katanya meningkatkan immune). Demam, batuk, selesema. Yang hyper lagi lah teruk. Terlebih gula. Yelah kalau dah dalam sehari sampai 8-10 botol susu FM 9oz kau rasa? Ish. Tak patut.

     Lepas tu terdengar la keluhan parents, barang mahal lah, kos hidup tinggi lah, pampers susu anak lagi sebulan dah berapa. Padahal kos beli susu yang beratus RM setiap bulan itu dah boleh di cut off, dah boleh jimat banyak. Sekali lagi aku tekankan, tak perlu lagi susu FM untuk toddler berusia dua tahun ke atas. Jangan risau budak tak cukup zat ke apa kalau tak minum susu (FM). Itu semua mitos sahaja. Asalkan diberi real food macam kita orang dewasa makan, dah cukup dah. Sebagai contoh la anak aku si Jannah. Tak minum FM langsung lepas wean off. Alhamdulillah OK je, jarang demam atau sakit. Cergas dan cerdas. Bijak, cepat belajar. Nutrients dalam susu formula tu bukan seperti yang dicanang dalam iklan. Mungkin ada la 5% khasiat je. Entah apa lagi kurang. Who knows?

       Sebenarnya perbelanjaan bulanan dan tahunan banyak boleh jimat bila anak stop minum susu FM bermula umur dua tahun. Duit susu formula dah boleh jimat setiap bulan. Duit botol susu dan puting juga boleh jimat. Katalah tukar botol enam bulan sekali, puting tiga bulan sekali. Bukan murah tu. Banyak juga kos mantenen budak yang masih hisap susu botol ni. Lagi pun kau tak penat ke asyik kena bancuh susu, basuh dan cuci botol setiap hari. Kalau sehari lapan kali anak hisap susu botol, lapan kali kena bancuh susu dan cuci botol susu. Belum masuk lagi tengah malam terpaksa bangun dari tidur bila anak merengek nak susu, pergi bancuh susu. Tidur pun terganggu. Cukuplah dua tahun je anak hisap botol susu tu ha. Yang terbaik tak payah guna botol langsung, df je. Tapi tak pe lah bagi ibu bekerja yang terpaksa bagi susu botol juga kat anak. Ingat. Sampai umur dua tahun je tau. Tak payah terpengaruh sangat dengan dakyah masih perlu minum susu untuk lengkapkan nutrients. Auta je semua tu.

    Kenapa aku terlalu prejudis dengan susu formula? Hmm. Sebab susu ibu adalah terbaik. Lagi satu sebab aku menyampah gila dengan lambakan iklan susu formula di pasaran. Paling menyampah bila siap claim khasiat dan kebaikan setinggi gunung, terlalu melebih-lebih.

    Tak mati lah anak kau kalau tak minum susu tepung tu. Ok lah hak masing-masing nak bagi anak minum susu tepung. Yup memang hak engko la aku tak peduli pun. Tapi yang aku meluat bila kau mengeluh pasal duit susu lah, susu naik harga lah, dan macam-macam lagi lah. Kalau tak nak aku kutuk baik kau diam je, hahaha. Dah kau yang memilih jalan tu (still bagi FM untuk above two years old), so kau hadap je lah. Itu sebab nya bila update status di FB ke Instagram ke Twitter ke jangan terlalu open sangat semua nak diluahkan. Bila kena kecam tahu pula sentap. Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepian pantai. Cuba tengok macam aku. Nak mengutuk mengecam aku tulis dalam blog, bukan dalam FB. Ceh. Ada kaitan ke?

    Lagipun bila aku tengok budak dah besar (5, 6, 7 tahun umurnya) masih hisap botol susu, aku rasa macam geli pun ada. Dah besar kot. Kalau ye pun masih degil nak bagi minum FM untuk budak dah besar, bagi lah dalam cawan je atau gelas. Ataupun botol air yang ada straw tu pun boleh juga yang penting bukan botol susu (yang ada puting). Tapi aku takde la nak tegur anak orang 'eh masih hisap botol lagi? Kan dah besar'. Aku no komen je tak cakap apa-apa. Jaga air muka budak dan mak bapak budak.

    Sebenarnya, tak akan ada sesiapa pun akan kecam kau bila kau tak bagi susu FM kat anak bila dah lepas umur dua tahun. Jangan takut dikecam. Paling-paling pun orang cuma tanya 'eh kau bagi minum susu apa eh kat anak kau?'. Jawab je dengan jujur. Aku tak bagi apa-apa susu pun, dah boleh makan kan. Makan je macam kita orang dewasa. Susu tak penting. Lepas tu orang tak akan bertanya lagi. Kalau banyak tanya sangat siap pakej sindir sinis, kau lempang je muka orang tu. Hahaha. Takde lah tergamak ye.

      Akhir kata, maaf lah andai ada readers yang tersinggung dengan post ni. Ini sekadar pendapat dan kupasan peribadi aku je. Pilihan di tangan anda. 

09 June 2017

Travel Alone di Negara Orang

Assalamualaikum.

   Bulan puasa macam ni mula lah aku teringat Mesir. Hahaha. Tempat jatuh lagi dikenang katanya. Teringat kenangan berpuasa di Mesir dan terkait pula dengan kenangan lain di Mesir.

    Ada satu kisah yang aku tak pernah cerita pada sesiapa. Agak bahaya dan menyeramkan juga. Berlaku masa tahun akhir dah habis exam. Tengah tunggu result la macam tu. Aku tak ingat la aku travel seorang diri ke mana tah masa tu Kaherah ke Tanta entah nak balik Mansurah. Masa tahun tiga (tahun akhir) aku memang biasa travel seorang diri kalau nak ke mana-mana (Luar muhafazah Mansurah) sebab tak nak susahkan sesiapa untuk teman aku. Yelah masing-masing mesti ada hal kan nak dibuat.

     Masa tu aku ada beli anggur sekilo ke dua kilo entah. Tengah murah. Aku tunggu tremco di tepi jalan. Tiba-tiba ada satu kereta pak Arab berhenti depan aku. Bukan teksi ye. Dia tanya nak ke mana. Aku jawab Mansurah. Kemudian dia ajak tumpang kereta dia sebab dia pun nak ke Mansurah. Aku teragak-agak. Dalam hati kata kalau tumpang OK jugak jimat duit tambang aku sikit. Aiyo berani betul. Sambil aku toleh kiri kanan tengok ada student Malizi tak terutama ustaz/ ikhwah, hahaha. Aku tengok line clear tak ada Malizi aku pun dengan penuh keberanian naik kereta pak Arab tu duduk sebelah seat driver. Dalam hati berdoa banyak-banyak jangan la jadi apa-apa perkara buruk. Tawakal habis.

     Biasa lah dalam perjalanan pak Arab ajak sembang. Tanya macam-macam. Wah aku pun ramah jugak dok tanya nama, kerja apa dan macam-macam. Basa-basi lah konon. Kah. Yelah, ambil hati sikit lah dah tumpang kereta orang. Euwww terpaksa lah. Pangkat pakcik. Kalau orang muda hensem boleh la aku nak ngorat (uwek). Jauh jugak la dah berlalu perjalanan ni dalam setengah jam ada jugak kot.

   Lepas tu pak Arab minta aku selak niqab nak tengok muka katanya. Aduh. Aku cakap la tak boleh. Dia takde lah mendesak tapi cuba memujuk. Memang tak lah aku nak tunjuk muka aku. Aku dah mula cuak. Dah la masa sembang dia cakap teringin nak nikah dengan Malizi lah apa lah. Adoi cari nahas aku naik kereta pak Arab ni. Dalam hati tak putus berdoa Allah selamatkan aku dari 'bencana' ni.

     Kemudian ada jumpa macam satu perhentian ni dia nak singgah jap. Kalau kat Malaysia macam RnR kecik yang ada tandas, surau dan kedai makan sikit tapi totally different la. Mesir kan asal boleh je. Haha. Aku dan dia pun turun kereta. Orang memang ramai la di hentian tu. Dia pesan suruh tunggu dia nak buang air dan merokok. Bila dia hilang je dari pandangan aku pun berdiri tepi jalan mengharapkan ada la tremco lalu untuk aku naik tak kisah la dari arah mana pun asalkan aku dapat larikan diri dari orang tua tadi. Rezeki aku nampak ada tremco dari jauh. Aku tahan dan tremco berhenti. Tremco tu di seberang jalan. Aku lari cepat-cepat dan terus naik tremco. Mujur ada tempat duduk. Huhuh. Babai pakcik. Tremco tu pula sebenarnya patah balik arah tempat aku naik kereta pakcik tu tadi, bukan ke arah Mansurah. Aku tak kisah nekad je. Sampai Utubis (stesen pengangkutan awam) sana nanti aku naik la tremco ke Mansurah pulak.

      Dah sampai Utubis, aku turun dan naik tremco ke Mansurah. Bila lalu tempat yang tadi (rnr) aku tengok kereta pakcik tu dah tak ada. Fuh, nasib lah kau pakcik. Aku dah buang masa berjam juga la turun naik tremco siap patah balik semua tapi tak apa lah. Inilah namanya pengalaman hidup. Tapi berani Biar bertempat ye adik-adik, jangan ikut macam aku. Wakaka.

     Itulah salah satu cerita masa travel seorang diri. Sebenarnya aku paling kerap pergi Tanta sebab ada seorang kawan aku mutazawijin (berkahwin) duduk sana. Aku kerap ziarah. Kebetulan ada satu masa tu dia baru lepas bersalin dan berpantang kat sana. Sebab lain aku ke Tanta sebab nak pergi pasar dia ala-ala Sikah di Mansurah.  Macam-macam ada jual dan murah. Pernah beberapa kali aku pergi balik hari je woi, tak tidur sana pun. Mansurah - Tanta tak jauh sangat, sejam lebih perjalanan. Kalau Mansurah - Kaherah tiga jam. Pengangkutan awam ke Tanta samada aku naik tremco atau kereta peagot (kereta panjang ada enam seat penumpang).

     Pernah juga travel masa bulan Ramadhan seorang diri, siap berbuka dalam peagot/ tremco lagi. Biasa nya aku standby setakat roti je satu sebab nanti akan ada Arab tunggu tepi jalan dan edar makanan serta air kepada setiap kenderaan yang lalu lalang. Kurma, air, roti, kusari (aku lupa eja macam mana). Terbaik la orang Arab time Ramadhan memang suka sedekah makanan kepada sesiapa pun samada kenal atau tidak, orang tempatan atau orang luar, semua dia bagi.

      Tapi ingat ye. Kalau nak travel seorang diri di negara orang, pastikan kau dah biasa pergi tempat itu beramai-ramai sebelum berani gerak seorang diri. Kiranya dah hafal tempat mana nak berhenti, tempat mana nak naik bas atau pengangkutan awam lain. Amboi siap bagi tips lagi tu. Hahaha. 

30 May 2017

Perlu ke makan supplement?

Assalamualaikum.

    Ahlan Ya Ramadhan. Dah masuk malam kelima Ramadhan. Dah berlalu empat hari umat Islam berpuasa. Alhamdulillah.

      Era 2000-belasan ini dah semakin banyak supplement atau makanan tambahan dijual. Pelbagai jenama produk telah berada di pasaran samada online atau offline. Sejauh mana keberkesanan sesuatu produk itu tak dapat dipastikan. Hanya bergantung pada testimonial pengguna. Kalau yang serasi dengan badan, Alhamdulillah. Persoalannya, perlu ke supplement dalam pemakanan harian kita?

    Supplement yang dimaksudkan adalah samada dalam bentuk kapsul, tablet, pil, cecair (contohnya jus), serbuk yang perlu dibancuh untuk diminum, sachet. Yang asal usulnya dari bahan tertentu yang dikatakan sumber vitamin, zat besi, kalsium dan sebagainya diadun atau diproses supaya senang dimakan.  Itu yang jadi dalam bentuk tablet, sachet, serbuk atau jus.
Adalah benar-benar selamat untuk di consume?

   Sejujurnya aku tak ada consume apa jua jenis supplement 'moden' yang melambak di pasaran. Pertama sekali sebab aku jenis tak konsisten dan malas nak makan ikut time. Jadi memang kurang atau tak akan berkesan kot, hahaha. Sebab lain ialah aku tak berapa percaya. Mungkin agak prejudis. Tapi tidak bermakna aku tak suka orang lain yang suka ambil supplement atau aku kecam. Dan aku pun tak hasut orang lain supaya jangan percaya produk sekian-sekian. Pilihan masing-masing, terserah anda. Hehe.

    Beberapa bulan lepas ada keluar berita seorang artis tu masuk hospital. Tak ada penyakit kronik pun. Then doktor kata puncanya akibat terlalu banyak makan supplement dan buah pinggang terpaksa bekerja lebih keras. Entah aku pun tak tahu sangat lah dari segi perubatan. Mungkin dia ambil lebih dari dua tiga jenis supplement. Terlalu banyak. Orang kata makan supplement untuk badan lebih sihat dan bertenaga tapi ini malah bertambah sakit pula. Boleh nak makan supplement tapi berpada-pada. Kadang-kadang orang terlalu obses nak cantik, nak fit, nak putih, nak sihat bertenaga. Padahal sistem dalam badan ada yang tak mampu nak memproses atau meresap 'kebaikan' sesuatu supplement itu. Teeettt.

     Biasalah teknik pemasaran, semua pun akan cakap 1001 kebaikan produk masing-masing.

   Baru-baru ini tersebar pula pasal satu thread (macam twitter kalau tengok) pesanan beberapa orang doktor yang melarang makan supplement kalau tak ada keperluan. Nampak tak? Doktor sendiri tak galakkan. Doktor tersebut dah berhadapan dengan banyak kes pesakit yang masuk hospital sebab sakit angkara supplement. Supplement sintetik yang diproses telah mengakibatkan kerosakan pada organ hati dan buah pinggang. Kes paling banyak kerosakan organ hati. Tak mampu nak urai atau proses supplement tersebut.

    Sebenarnya hanya perlu kembali kepada makanan yang asli tanpa proses (real food). Contoh terbaik adalah madu (pastikan yang betul asli). Selain itu kurma. Makanan begini mudah didapati, banyak dijual. Contoh lain macam oren, delima, badam, habbatussauda dan lain-lain. Buah-buahan tempatan kita pun tak kurang hebatnya dan amat bagus dijadikan amalan pemakanan harian seperti guava (jambu), tembikai, limau madu, nenas dan lain-lain. Makan je yang betul asli dan real. Asalkan bersih dan halal. InsyaAllah sihat sentiasa. Amin.

01 May 2017

Didikan Menutup Aurat Sejak Usia Kecil

Assalamualaikum.

    Entri pembuka tirai bagi Mei 2017. Hari Pekerja atau Hari Buruh hari ni. Bulan Mei juga ada Hari Ibu, Hari Guru, Hari Jururawat (eh yeke) dan apa-apa saja lah hari istimewa. Hahah.

     Tajuk macam serious je kan, tapi sebenarnya kupasan santai sahaja. Hehe. Era zaman 2000-an hingga kini dah mula banyak dijual pakaian muslimah tak kira untuk dewasa dan kanak-kanak. Era 20-belasan (hingga 2017 kini) tudung kanak-kanak pun makin banyak keluarkan. Satu perkembangan yang bagus. Kesedaran tenang aurat dah semakin meluas dan semakin baik. Wah gitu.

    Tetapi agaknya anak kecil perlu dilatih bermula umur berapa ye? Ini berbeza pandangan dan pendapat. Setiap ibu bapa pasti ada target tersendiri. Tak semestinya perlu tutup habis semua (terutama bagi kanak-kanak perempuan/ toddler) tetapi cukup sekadar tampil sopan. Maksud sopan adalah tak pakai skirt pendek, seluar pendek, gaun pendek, baju tanpa lengan bila keluar berjalan di luar bila dah mencapai umur dua atau tiga tahun ke atas. Kalau Bawah dua tahun atau setahun tak apa lagi sebab masih bayi kan. Tapi kalau dah boleh berjalan rasanya eloklah pakaian sopan sikit hihi.

        Macam Jannah. Umurnya setahun lebih aku dah tak pakaikan seluar pendek bila keluar rumah berjalan. Seluar tiga suku ok lagi. Kalau pakai gaun pun walaupun labuhnya Bawah lutut aku tetap pakaikan seluar panjang atau legging. Kalau setakat dalam rumah tak kisah la pakai baju lobang2 ke sleeveless ke hehe. Ya, baju tak ada lengan pun aku dah tak pakaikan bila keluar rumah sejak umur Jannah masuk setahun. Rasa macam tak sopan. Haha.

    Umur Jannah dua tahun, no more seluar tiga suku pun. Mesti seluar panjang. Baju tanpa lengan memang dah tak pernah beli lagi. Lengan pendek ok lagi. Masuk tiga tahun umur Jannah, aku mula biasakan baju lengan panjang bila keluar berjalan. Kadang-kadang ada juga lah lengan pendek. Dan sekarang empat tahun memang dah tak pakaikan baju lengan pendek lagi bila keluar. Mesti lengan panjang. Baju muslimah labuh saiz dia pun dah banyak dijual, senang dapat. Cuma baru-baru nak jinakkan dengan pakai tudung pulak sekarang ni. Hehe. Sebab biasa dah aku jumpa budak-budak sebaya dia (3-4 years old) pakai tudung bila ternampak kat mall atau Taman permainan. Comel je.

     Kadang-kadang bila ternampak anak Melayu sebaya Jannah masih pakai skirt pendek dan gaun tanpa lengan, aku pula yang macam segan sendiri pada hal itu anak orang. Haha. Kesedaran untuk siapkan Jannah dengan sopan dan Islamic ni memang secara semula jadi je timbul dalam diri. Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya. Lepas tu di tambah pula dengan kes-kes pedofilia yang semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini, lagi menambah rasa bimbang. Itu pentingnya kita sebagai ibu bapa perlu peka dan bijak. Jangan pakaikan yang seksi dah. Walaupun masih kecil tapi perlu juga pakai sopan dan tak seksi.

     Sama juga dengan kanak-kanak lelaki. Aku kalau tengok budak dah sekolah tadika dan rendah, keluar masih pakai seluar pendek, aku rasa macam segannya lahai terbayang kalau anak aku si Naim pun pakai macam tu. Aduh tak sopan. Jadi aku berazam Naim pun akan aku pakaikan seluar panjang sahaja bila keluar berjalan bila umurnya masuk dua tahun. Sekarang Naim setahun enam bulan. Kiranya seluar tiga suku pun aku tak mau pakaikan dah. Kalau dalam rumah je takpe lagi. Sama juga baju tanpa lengan pun aku tak nak pakaikan dah kalau keluar rumah. Walaupun orang kata ala takpe lah budak lelaki tapi bagi aku budak lelaki pun perlu sopan juga pakaiannya. Bukanlah nak kena pakai macam ustaz jubah bagai. Hehe. Cukup sekadar bukan seluar pendek dan bukan baju tanpa lengan.

      Jannah oleh kerana aku dah biasakan pakaikan baju lengan panjang, dia tak merungut panas ke apa ke walaupun cuaca panas. Jadi aku harapkan berkekalan sampailah dia meningkat remaja. Cuma baru sekarang je aku baru mula nak biasakan dia pakai tudung pulak. Nanti dah biasa dengan tudung, boleh biasakan pakai stoking pula. Tapi stoking ni aku letak target atas umur 10-12 tahun. Kalau dapat lagi awal lagi bagus hehe.

    Masa aku kecil dulu abah dah suruh pakai tudung dan baju lengan panjang bila keluar rumah sejak umur 10-11 tahun. Masa tu mana ada jual T-shirt lengan panjang, susah nak jumpa. So aku pakai baju kurung dengan seluar kalau nak bermain atau aktiviti kokurikulum di sekolah. Dulu lain, sekarang lain. Dulu tak ramai yang pakai tudung, sekarang ramai walaupun ada sebahagian nya mungkin cuma ikut trend je. Bila keluar rumah sidai kain tak pakai tudung pulak. Konsep tutup aurat yang salah. Di halaman rumah sendiri tak pakai tudung bila menyapu ke siram pokok bunga. Itu pun satu hal juga.

      Apa pun pilihan di tangan anda sebagai ibu bapa. Anak pakai seksi ke sopan ke adalah mengikut acuan ibu bapanya. Alasan masih kecil untuk diajar berpakaian sopan adalah alasan lapuk. Hehe. Tapi paling mustahak sebenarnya adalah ibu bapa yang perlu beri contoh yang baik untuk diikut anak-anak. Jangan lah mak pakai seksi sendat ketat sana sini, macam mana nak jadi teladan yang baik? Seksi yang aku maksudkan di sini adalah muslimah yang pakai tudung tapi baju ketat dan seluar ketat. Aptb.

26 April 2017

Master of Breastfeeding

Assalamualaikum.

   Entri kali ini entri mak-mak gitu. Mungkin 20 tahun lagi kalau panjang umur dan blogspot masih ada entri nenek-nenek pula. Haha.

      Dah lama juga tak ada post pasal breastfeeding journey. Kali ni nak cerita lah. Naim pun dah setahun enam bulan. Ada lagi enam bulan nak dapat certificate PhD dalam penyusuan. Hahaha.

0-24 bulan = PhD
0-18 bulan = Master
0-12 bulan = Ijazah
0-6 bulan = Diploma
0-3 bulan = Sijil

    Oleh kerana Jannah dulu sampai umur dia 36 bulan (tiga tahun) aku susukan dia, jadi aku tambah la pangkat jadi professor.

     Zaman sekarang ni era 2012 dan ke atas dah semakin banyak artikel kesedaran tentang pentingnya dan hebatnya susu ibu. Dalam tempoh lima tahun ini aku dah buat pemerhatian. Antaranya ialah;
1 - Nursing bra dah semakin banyak dijual dan mudah didapati samada di pasaraya atau online. Harga pun berpatutan.
2 - Pakaian mesra nursing semakin banyak dijual dan mudah juga didapati. Semua syarikat atau butik pun berlumba-lumba buat baju bf friendly atau nursing friendly.
3 - Pam susu pelbagai jenama baru dah mula muncul dengan rekaan yang menarik. Termasuk kelengkapannya storage bag bottle dan lain-lain.
4 - Bilik menyusu di pasaraya besar semua dah diwujudkan. Dulu mungkin Jusco (Aeon) je ada kemudahan nursing room.
5 - Yang paling terbaru. Supplement tambah susu katanya. Pun banyak syarikat berlumba-lumba membuat supplement untuk meningkatkan produktiviti susu. Tak kira lah dalam bentuk tablet, serbuk, sachet, jus dan pelbagai lagi.

    Perkembangan yang baik. Semakin ramai yang celik pasal susu ibu. Syabas kepada ibu-ibu yang berusaha keras untuk beri yang terbaik buat anak iaitu susu ibu. Tak lama pun. Dua tahun je. Aku pun suka juga membaca pengalaman ibu-ibu lain sepanjang tempoh penyusuan mereka. Cabaran dan dugaan setiap orang tak sama. Ramai juga yang kecundang masa anak sulung dan anak kedua. Ada yang anak kelima barulah dapat beri susu ibu secara exclusive selama 6 bulan. Anak-anak sebelum tu semua campur FM atau FM sepenuhnya. OK tak apa. Masih belum terlambat. Yang penting keazaman dan kesungguhan itu ada.

     Aku walaupun agak berjaya dalam bab breastfeeding ini tapi rasa macam tak sesuai atau tak layak je nak cakap pasal susu ibu. Kalau orang tanya tips pun aku rasa aku bukan orang yang tepat. Sebab aku cuma surirumah, tidak bekerja. Memang senanglah. Bila-bila je boleh df. Aku tak mengepam. Biasa juga aku baca perlu juga buat stok walaupun tak bekerja sebab kita tak tahu apa yang bakal berlaku di masa hadapan. Contohnya sakit sampai masuk wad berhari-hari ke. At least ada lah stok nak bagi minum baby. Bagi pendapat aku, jangan visualize benda yang buruk contohnya jatuh sakit sampai masuk wad. Kadang-kadang apa yang kita terlalu waspada hingga khuatir sesuatu yang buruk berlaku, tiba-tiba benda buruk itu benar-benar terjadi.

     Supplement? Sejujurnya memang aku tak ada amalkan makan atau minum apa-apa supplement. Sebab aku bukan seorang yang konsisten makan ikut waktu. Itu bukan aku. Contoh kena makan tiga kali sehari sebelum makan. Oh no. Protokol macam ni aku memang out la. Pernah juga lah (bukan supplement tambah susu) untuk seminggu pertama paling lama lepas tu jadual entah ke mana. Dan akhirnya ubat/ makanan tambahan itu tersadai tak dimakan dan expired begitu sahaja. Lagi satu masalah ialah aku jenis kurang minum air masak/ air putih. Apa jua supplement pun mesti kena banyak minum air masak at least dua liter sehari untuk tindak balas lebih efektif dalam badan (katanya lah hihi). Aku minum ikut suka hati aku. Bila haus minum lah. Kalau kata sesaja minum air masak begitu sahaja demi nak mencapai target dua liter sehari memang tak lah. Hahaha.

       Cara aku cuma kaedah supply dan demand sahaja. Tak ada supplement. Tak ada jadual Pam sebab memang tak mengepam. Tak ada konsisten makan makanan penggalak susu macam kurma ke, longan ke, bayam ke (sekadar beberapa contoh). Selagi ada demand, selagi itu susu sentiasa ada. Yang penting cukup untuk baby. Tak perlu nak meriah melimpah ruah, tapi yang penting cukup. Sudah memadai. Ibu-ibu selalu dimomokkan susu badan tak cukup lah, kurang lah, cair lah. Cair atau pekat itu bukan ukuran susu tu berkhasiat atau kurang khasiat, lebih kenyang atau tidak. Tak ada kaitan. Inilah kesalahan sesuatu produk bila promote. Konon beza susu makin pekat lah, meriah lah. Ridiculous.

       Sebenarnya dalam menjayakan penyusuan selama yang boleh (sekurang-kurangnya dua tahun) adalah ilmu. Ya ilmu. Kena banyak membaca. Baca dan praktik. Selain itu boleh bertanya kepada ibu yang berpengalaman atau doktor atau nurse. Jangan malu untuk bertanya. Setiap orang cabarannya berbeza. Kena bijak mengatasi dan tidak mudah mengalah. Berdoa dan minta Allah permudahkan perjalanan penyusuan. Jangan dilayan segala stress atau perkara negatif. Emosi ibu kena jaga juga tau. Kena sentiasa tenang dan happy.

      Setakat ini aku masih belum berhenti bf anak selama empat tahun ini. Bermula sejak Jannah lahir dan sampai lah Naim sekarang ini. Bersambung-sambung hehe. Sebab masa mengandungkan Naim pun aku tak stop bf Jannah. Alhamdulillah diberi kekuatan. Anda juga pasti boleh. Chaiyok.

    Orang kata bf boleh kuruskan badan? Itu bagi yang berat badan naik banyak gila masa hamil. Ada yang naik sampai puluh kilogram. Ada yang senang turun selepas bersalin, ada yang makan masa bertahun nak turun ke berat asal. Rezeki masing-masing. Hehe. Bagi aku sendiri, tak ada beza sangat sebab aku dah memang kurus, masa hamil pun tak nampak gemuk. Hahah. Tapi ada beza masa mengandungkan Jannah naik 13kg, masa Naim cuma naik 5kg. Hohoho.

     Akhir kalam, teruskan perjuangan dalam menyusukan anak. Jangan mengalah dan terus berusaha.

28 February 2017

Emas Sebagai Simpanan part 2

Assalamualaikum.

   Hari terakhir February. Update blog la bagi aktif semula walaupun zaman kegemilangan blogging dah lama berlalu. Hahaha.

   Sambung cerita pasal Emas la deyy. Nak ceritanya, duit raya dan duit orang sumbang untuk Jannah dan Naim memang aku lah pegang. Konon-konon nak masuk dalam bank la, bukakan akaun untuk mereka. Tabung Haji ke, Agro Bank ke, Maybank ke. Tapi tak jugak pergi bank. Abah nya sibuk dengan macam-macam kerja dan hal. Sudah nya aku pun dah terguna semua duit anak-anak untuk beli barang cash. Tapi aku ganti balik tau.

     Aha, aku ganti dengan emas. Kalau ganti dengan duit jugak jawab nya aku akan terguna lagi. Emas yang sama nilainya dengan duit mereka yang aku terrrpakai. Hahaha. Alhamdulillah dah settle hutang aku, semua duit Jannah dan Naim aku dah tukar kepada simpanan emas. Gold bar, dinar emas dan syiling emas. Dah settle hutang dengan anak-anak baru lah aku simpan emas untuk diri sendiri. Alhamdulillah berjaya. Haha.

    Jadi sampai sekarang aku maintain beli emas 999 setiap bulan. 1 gram 1 bulan 1 keluarga motto power gold. Time ada duit lebih, beli lebih. Ha gitu. Masa bulan Disember tahun lepas turn aku dapat Kutu ribu riban (main banyak group), cepat-cepat aku beli emas. Termasuk langsaikan hutang aku dengan Jannah dan Naim. Hoho. Emas ni aku beli aku dapat emasnya. Dapat pegang dan simpan. Bukan melabur atau beli emas tapi emasnya tak nampak atau tak dapat (syarikat pegangkan). Emas tulen ok.

    Harga emas pun dah makin naik. Dijangka pada tahun 2020 nanti harga emas 1 gram RM500! Sekarang pun dah RM205 (harga ahli) segram. Wow. Kalau 20 tahun lepas harga nya baru RM50 segram, sekarang ni main ratus-ratus lah. Makin lama makin mahal. Itu yang orang kata, emas untuk orang kaya je sebab hanya orang kaya dan banyak duit je boleh beli. Pada hal tak semestinya. Kalau nak tunggu kaya baru nak beli emas, alamatnya memang tak kan beli ler.

     Konsep menyimpan yang sebenar adalah tolak dahulu 10-30% daripada pendapatan atau gaji setiap bulan, selebihnya baru lah dibelanjakan. Bukan dah belanja, kalau ada lebih baru simpan. Biasa nya memang tak akan ada lebihan tu, mesti habis punya lah. Tolak awal-awal 10-30% untuk simpanan atau tabungan, kemudian baru lah bayar segala komitmen (hutang, bil, barang keperluan dan sebagainya).

   Cara aku, aku tolak 10-30% tu tukar jadi simpanan emas. Kalau simpan dalam bentuk Wang, dikhuatiri aku yang boros ni kang ada terguna pula. Hahaha. Kalau dah jadi emas, mustahil lah nak terrrguna. Payah tu. Nak kena pergi pajak gadai lah pulak untuk tukar jadi duit. Sayang pun sayang, baik simpan. Aha, main psikologi kat situ.

     Jadi bagi sesiapa yang ada sifat boros macam aku ni, aku syorkan kome beli lah emas dan buat saving emas. Gerenti boleh kawal keborosan anda. Haha. Ataupun ada yang simpanan asyik bocor. Punca bocor sebab nafsu nak shopping. Ada juga yang macam ni tau.

   Takut kena keluar kan zakat bila simpan emas? Alahai. Bayar je la bukan banyak pun kena. Itu kalau simpanan kau dah cukup haul dan nasabnya. Selagi belum cukup, belum layak pun kena bayar zakat. Ada la kiraannya. Boleh rujuk website zakat negeri masing-masing ye. Setiap negeri berbeza cara pengiraannya. Macam aku sendiri masih belum layak. Makna kata simpanan aku masih sedikit. Hehe.

    Mungkin akan bersambung part 3. Hahaha. Kbai .

12 January 2017

Perancang Keluarga/ Family Planning

Assalamualaikum.  

Bersiaran dari Tenggaroh 6. Esok akan ke JB dan stay sana sampai Ahad. Topik perbincangan kita pada kali ini adalah family planning atau perancang keluarga. Penting ke family planning ni?

Sebelum itu aku beri definisi ringkas pasal perancang keluarga. Senang kata perancangan untuk menambah anak berapa tahun sekali bergantung pada perbincangan antara ibu bapa dan doktor atau nurse. Biasanya misi dan doktor akan cadangkan jarak kan kehamilan paling kurang dua tahun (dalam buku pink pun ada tulis).

Biasa juga kita dengar wanita bersalin setiap tahun. Samada golongan ini merancang atau tidak, wallahu a'lam. Ada yang memang tak merancang pun. Ada yang merancang tapi rezeki Allah bagi tetap lekat juga.

Kaedah merancang keluarga ada banyak. Makan pil perancang, injection, pasang implant, pemakaian kondom dan pelbagai lagi. Ada juga yang merancang sendiri dengan mengelak bersama ketika waktu subur.

Kebanyakan wanita apabila menyusukan anak, akan lambat datang haid. Dalam buku pun ada tulis, salah satu kaedah merancang keluarga adalah menyusukan bayi secara exclusive. Tapi kaedah ini tidak efektif juga.

Biasa orang kata kalau menyusukan bayi, susah lekat atau tidak akan mengandung (sebab belum datang haid lagi). Tapi ada juga yang terbabas dan termengandung juga. Ha, macam mana tu?

Dalam kes ini, seorang ibu yang masih menyusukan anak masih belum datang haid. Jadi si ibu ni main redah je lah bersama dengan suami (melakukan hubungan kelamin) bila-bila masa je. Bulan depan cek upt positive. Eh, kata menyusukan anak tak kan mengandung lagi.

Aha, itulah silap kamu. Tidak alert dengan cervical mucus (CM) kamu. Walaupun kita masih belum datang haid, kita masih boleh kenal pasti bila kita bakal datang haid.

Contohnya begini. Katakan lah seorang wanita dah enam bulan masih belum datang haid sejak habis nifas. Dalam tempoh enam bulan ini CM kelihatan biasa saja. Air wadi atau keputihan yang biasa dialami wanita. Bila masuk bulan ketujuh, didapati ada kelainan pada cervical mucus. Sudah keluar egg white (EW) lah. EW ini adalah tanda wanita itu sedang subur. Dah ada ovum. Kalau tidak peka dan berhati-hati, dalam tempoh subur tu kau pergi ML (make love) pula lepas tu pancut dalam (maaf lucah sikit bagi senang faham), memang boleh jadi baby lah. Sebab itu lah kau boleh mengandung jugak walaupun belum datang haid. Telur tu dah ada dalam ovari. Telur yang tidak disenyawakan barulah akan turun jadi darah haid. Ceritanya sekarang telur itu sudah pun disenyawakan. Hihi.

Mesti pernah dengar kan ada wanita yang bertahun tak datang haid. Beranak setiap tahun atau setiap dua tahun. Mana tak nya, belum sempat jadi haid ovum tu dah disenyawakan terlebih dahulu. Jadi kaedah 'merancang sendiri' tanpa makan pil perancang atau injection atau implan, tidak akan berkesan kalau tak pandai nak agak bila waktu subur.

Cara nak tahu waktu subur? Kena peka dengan CM dan EW. Kalau banyak duit boleh beli OPK (ovulation predictor kit) untuk tahu waktu subur yang tepat dan elakkan bersama dalam seminggu waktu subur itu. Perlu diingat ye. Walaupun ovulasi telur yang betul-betul matang hanya 24 jam sahaja, tetapi sperma boleh hidup dalam rahim wanita 3-5 hari.

Kalau yang jenis haid teratur dan tetap setiap bulan, lagi senang nak kira bila hari suburnya. Bagi haid yang tak teratur, perlu mahirkan diri mengenali cervical mucus anda. Kenal pasti egg white. Biasanya beberapa hari sebelum ovulasi CM akan jadi warna putih susu. Semakin hampir ovulasi, CM akan menjadi semakin jernih warnanya. Hari ovulasi, egg white akan keluar dengan banyak nya. Ciri-ciri EW adalah berwarna jernih dan apabila diregangkan guna dua jari (telunjuk dan ibu jari) EW itu tidak putus.

Ini aku nak ajar cara merancang keluarga ke nak ajar cara untuk hamil? Kah.

Pengalaman aku lah. Dulu masa Jannah umur 6 bulan baru aku datang haid. Tapi aku tak perasan pun CM dan EW aku. Tahu-tahu je dah datang bulan. Ahahaha. Tapi bila time Naim ni aku lebih alert. Ada satu hari tu aku perasan banyak betul EW keluar. Dalam hati aku, ini hari ovulasi ni. Mesti aku dah nak uzur balik nanti. Maklum lah, dah setahun lebih umur Naim aku masih belum period. Dua minggu lepas tu memang betul aku datang bulan. Yang pertama kali sejak lepas bersalin dan habis nifas Disember 2015. Haha.

Panjang pula entri kali ini ye. Entri kewanitaan keibuan keisterian tau ni. Harap dapatlah membantu dan mencerahkan lagi bagi mereka yang tertanya-tanya kenapa masih termengandung walaupun masih BF baby dan belum datang haid. Selalu dengar kes terbabas ter excident lah sampai termengandung padahal baby kecil lagi. Jenis main redah je ni tak pakai protection. Hehe.

#bukanentrilucah
#kongsipengetahuandanpendapat

27 November 2016

Merawat Eczema

Assalamualaikum...  
   Naim dah pun berusia 13 bulan. Masih belum tumbuh gigi. Masih belum berjalan. Masih berdiri berpaut. Mak tak kisah anak lambat berjalan. Asalkan sihat Alhamdulillah.
     Yang paling membahagiakan, eczema Naim semakin pulih sejak menginjak umur setahun. Muka dah bersih habis. Kembali licin dan mulus. Tangan pun dah licin bersih. Ada kesan parut sikit-sikit. Badan pun dah bersih licin. Tinggal kaki je masih ada lagi tapi tak lah seteruk dulu.
    Walaupun tangan Naim dah bebas eczema, aku masih balut dengan bandage sebab nak elak Naim menggaru. Kalau garu pun tak direct ke kulit lah sebab ada bandage.
    Cakap pasal balut bandage ni aku teringat masa check up Naim setahun di KKIA. Biasa lah nurse tanya ada berubat di klinik ke, jumpa pakar ke, aku cakap tak ada. Rawat sendiri je sapu guna vco. Tiba-tiba nurse tanya,
"Awak kerja bahagian medical ke, maybe doctor atau nurse? "
Dalam hati aku, amboi ada rupa doctor perubatan ke muka aku ni? Kah. Aku jawab,
"Tak ada lah. Saya surirumah je. "
Reaksi nurse macam tak percaya.
"Ataupun pernah belajar perubatan ke dulu? "
Aku geleng sambil senyum jawab, "Tak ada lah. Saya bukan pelajar medic atau nurse."
Nurse senyum.
"Ok. Saya ingat awak memang kerja di klinik atau hospital, tengok balutan ni cantik elok je macam professional."
Ok part dia cakap aku balut pakai bandage cantik elok tu aku dah kembang gila bangga. Ahahahaha. Mungkin dia tak sangka orang biasa macam aku (yang bukan belajar medical atau nurse) mampu balut dengan kemas. Dia siap tanya, bukan pergi hospital atau klinik ye untuk nurse balutkan. Hahaha.

    Sebenarnya bagi aku buat benda tu (balut menggunakan bandage) simple je semua orang boleh buat kot, cuma bezanya kemas atau kurang kemas. Habis kalau dah setiap hari selama empat bulan hidup aku bergelumang dengan bandage (ceh, macam aku pula yang sakit), dah tentu la bab membalut membungkus ni aku dah hadam sangat, pakar. Kakaka.
    Harapan aku agar eczema Naim akan terus pulih bila semakin meningkat umur dia. Ye lah, eczema ni tak ada ubat. On off. Ada yang boleh sembuh, ada yang sampai dewasa dan ke tua masih menghidap eczema. Kena control makan, pantang makan, pantang sabun dan macam-macam pantang lagi. Eczema tak boleh sembuh sepenuhnya tapi boleh dikawal daripada menjadi lebih teruk. Tapi ada juga yang boleh pulih terus dengan izin Allah. Rezeki masing-masing.  InsyaAllah aku yakin Naim pun boleh bebas eczema satu hari nanti. Amin.

29 August 2016

Yang Halus Mulus

Assalamualaikum.  
    Semalam shopping baju budak-budak dan baju bapak budak di Pasarayaku. Tak plan pun. Jannah tetiba minta nak beli baju. Layankan aje. Hahah.
     Untuk Naim belikan leggings siap stoking. Yang dijual semua gegel punya. Lantak lah beli je. Sebab utama nak pakai leggings untuk elak Naim menggaru terus ke kulit. So tak perlu susah-susah membalut kaki dengan bandage lagi. Sarung leggings lepas sapu minyak. Senang cerita. Haha tak pasal Adik pakai seluar gugirl. Takpe lah dik, pakai dalam rumah je.
      Semalam bawa jalan aku pakaikan Naim baju lengan panjang dan seluar panjang. Tapi muka Naim still nampak la eczema dia. Semalam juga daftar nombor baru u mobile untuk internet unlimited katanya. Haha. Habis lah Jannah layan youtube sampai lebam kang.
     Berbalik cerita pasal Naim. Paling malas dan lemah nak menjawab kat orang bertanya bila terserempak di luar samada kedai ke mall ke. Tanya kenapa dengan Naim tu. Ye, aku faham rakyat Malaysia ni memang sangat concern tapi bila aku jawab eczema ada pula yang terpinga-pinga tak faham atau tak pernah dengar. Kalau time aku malas nak layan aku cakap ruam atau arlegik je. Kalau arlegik pun tak faham jugak sila lah masuk sekolah rendah dan menengah semula. Kakaka.
    Sedih je tengok kulit Naim sekarang dah tak halus dan mulus macam dulu. Takpa dik, dugaan dan ujian untuk adik.
     

25 August 2016

Naim 10 Bulan

Assalamualaikum.  
    Kali ini aku sertakan gambar Naim ala ninja setelah berbalut. Hehe. Gambar kaki dan tangan Naim dengan luka eczema aku tak dapat nak tangkap. Susah oii. Pantang balutan dibuka, mula lah tangan dia nak menggaru. Mustahil dapat ambil gambar.
      Bila pegang tangan dia, dia gesel-gesel kaki atas kaki dia sebab gatal tapi tak dapat garu. Tenaga dia kuat oi, susah dipegang. Time dia meronta keraskan badan, berpeluh jugak nak handle. Ahahah. Memang kena dua orang dewasa 'buat' dia. Kalau kat klinik atau hospital ni, kena dua orang nurse lah handle. Hahaha.

01 August 2016

Pentingnya Tahu Bahasa Arab

Assalamualaikum.   .  
   Wah tajuk tak boleh blah. Dunia hari ini orang terlalu pentingkan Bahasa Inggeris.  Seolah-olah macam ni,  kau pandai speaking, cerahlah masa depan kau.  Hohoh.
    Sebenarnya Bahasa Arab lagi penting. Bahasa Al-Quran tu.  Bahasa syurga.  Aku tak ada lah mahir sangat berbahasa Arab. Orang awam yang tak sekolah Arab pun kena tahu lah sikit-sikit yang asas. Kalau tak mau belajar, bertanya pada orang yang ahli.
     Ada banyak cabang daripada topik ini yang boleh dikembangkan dan dibincangkan. Tapi aku cuma nak sentuh pasal 'nama'. Nama khas. Nama orang atau nama tempat (contoh nama sekolah).
  Nama orang. Kita mesti selalu dengar nama Aidil. Biasanya sebab orang tu lahir mass hari raya lah. Aidilfitri atau aidiladha. Tapi hanya 'Aidil' sahaja diambil.  Sebenarnya nama itu tiada makna dan salah dari segi tatabahasa. Aidil berasal dari perkataan 'aid yang bermaksud hari keraian atau hari raya. عيد.  Bila disambung jadi Aidilfitri عيدالفطري. Ada tambah ال . Dah kalau Aidil macam mana pula ejaan Jawi atau Bahasa Arab nya? عيديل? Atau ايديل? Itulah pentingnya tahu sikit asas Bahasa Arab. Kalau tak tahu, tanya lah pada ustaz ke, tok imam ke atau sesiapa saja yang tahu Bahasa Arab. Nak bagi nama anak bukanlah setakat sedap didengar ada bunyi Arab kononnya tapi maknanya salah atau tak ada makna. Silap-silap bawa makna yang buruk pula.
    Berhati-hati kalau nak beri mama anak yang berakhir dengan 'ul' atau 'il'. Contoh; Khairul, Khairil, Shahrul, Nurul. Kalau nak guna, kena ada sambungan lagi satu nama di belakang. Contoh Khairul Anwar. Mohd Khairul tak sesuai. Khairul berasal dari perkataan Khair yang bermaksud kebaikan. خير. Contoh خيرالانوار (sebaik-baik cahaya). Kalau Mohd Khairul محمد خيرول. Salah tu.
    Beberapa tahun lepas lah aku ada dipelawa jadi guru tasmik satu sekolah tahfiz swasta yang baru ditubuhkan. Pengasasnya hanya cikgu biasa yang bukan sekolah Arab pun.  Itu tak apa la. Silapnya dia tidak bertanya kepada orang yang ahli masa dia cari nama untuk nama sekolah. Bunyi macam sedap. Bunyi Arab. Tapi tatabahasanya salah. Agak aib lah kalau sekolah Tahfiz nama Arabnya salah. Adess.
   Masa mula-mula aku dengar nama sekolah tu aku dah rasa pelik. Then masa hari pertama dikumpulkan semua murid dan tenaga pengajar, ada seorang ustaz ni tegur ejaan nama sekolah yang tak kena dan salah. Aku pun turut menyokong. Haha.  So ejaan nya pun ditukar. Nak tahu ke apa nama sekolah tu? Hahaha.
   Nama asal Hudatul Islam هدةالاسلام.  Bukan semua perkataan Arab tu boleh letak ta' marbutah ة untuk melambangkan itu isim muannas atau nak disambung dengan ال. Perkataan asal adalah هدى. Jadi ejaan yang betul adalah هدى الإسلام Huda Al-Islam.
   Jadi itulah serba sedikit perbincangan hari ini ye tuan puan. Lain kali sambung.  Hahaha.  Anak aku dah bangun. OK bai.

22 July 2016

Tekanan Ditekan Tertekan

Assalamualaikum.   
   Salam Jumaat. Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi wa sallim. Allahu Akbar. La Ilaha illa Allah.
    Astaghfirullahal'azim. Ya Allah, aku pohon tingkatkan kesabaran aku ke level paling tinggi. Aku manusia biasa. Tak mampu nak menahan amarah. Nafsu dan bisikan syaiton merajai hingga hilang rasional kadang kala. Astaghfirullahal'azim. Astaghfirullah.
      Gila dan paranoid. Aku tak tahu apa klasifikasi yang sesuai untuk menterjemah sikap aku dan apa yang aku rasa. Kadang-kadang hampir hilang pedoman bila panas baran aku datang. Puncanya apa? Stress ke? Tekanan? Ditekan? Tertekan? Ya Allah ampuni hamba-Mu ini. 
     Aku stress sebab apa ye? Aku kan cuma surirumah. Bukan bekerja pun. Nak stress pasaipa? Ye. Tapi orang lain tak rasa apa yang aku lalui. Cuba letak diri kau dalam kasut aku. Adakah kau mampu hadapi? Ujian setiap orang kan berbeza-beza.
     Aku perlukan masa dan ruang untuk diri aku sendiri. Masa untuk bertenang. Tanpa gangguan sesiapa termasuk anak-anak. Aku pernah terbaca satu artikel yang dikongsi oleh seorang ibu tentang kehidupan dia.
    Lebih kurang begini kisah dia. Mempunyai tiga orang anak kecil umur 5 tahun, 3 tahun dan 7 bulan. Surirumah. Setiap hari mesti marah anak-anaknya. Yup. Letih urus anak dan buat kerja rumah. Senang kata dalam keadaan tekanan. Wei, mak mana yang suka marah anaknya yang masih kecil dan tak tahu apa. Kalau seorang ibu tu selalu marah anak adalah kerana ibu itu dalam keadaan stress dengan pelbagai perkara.
     Sambung cerita. Satu hari dia berbincang dengan suaminya. Ya, suaminya pun perasan kenapa la isterinya kerap marah-marah dan masam muka. Maka setelah berbincang dan bersetuju, satu solusi dapat buat. Dalam sehari akan diperuntukkan sejam hingga dua jam 'masa untuk diri sendiri' bagi si isteri. Tanpa anak-anak, tanpa suami. Tak kisah la dia nak baca Quran ke, pergi spa ke, apa-apa je lah aktiviti untuk menenangkan diri.
   Guess what? Selepas dapat 'masa untuk diri sendiri' tu, si ibu tadi rasa lebih gembira dan tak ada stress langsung bila mengurus anak-anak dan rumahtangga. Dan tak ada marah-marah lagi kat anak kecil. Lebih bahagia dan happy. Rumahtangga dapat diurus dengan baik. That's we call quality.
     Subhanallah. Tolak ansur begini lah dapat melahirkan keluarga sakinah dunia akhirat. InsyaAllah amin.
       Kuncinya adalah sabar. Mungkin tak semua orang bertuah dapat jadi seperti ibu tadi. Mempunyai 'masa untuk diri sendiri'. Termasuk lah aku ni ha. Kah kah kah. Berangan boleh la der. Pfffttt. Ceharemm.
   Tapi tak apa lah. Bahagian masing-masing. Bersandar hanya pada Allah yang Satu. Mungkin ramai yang macam aku. Tak tahu nak mengadu pada siapa. Kadang-kadang kami ni perlukan seseorang untuk meluahkan isi hati kami. Mungkin suami. Mungkin mak. Tapi biasanya kami memilih untuk diam saja memendam rasa. Tak ada orang akan faham pun. Tak ada orang boleh tolong pun. Mana-mana isteri atau ibu yang sependapat dengan aku boleh drop komen kat entri aku ni. Ahahaha.
     Buatlah sesuatu yang boleh menggembirakan diri sendiri bila anda stress. Macam aku salah satunya aku suka menulis. Macam sekarang ni lah. Tulis blog. Kawal stress anda. Jangan sampai tahap yang kena jumpa pakar psikologi atau kaunselor. Cuba bertenang dan lakukan perkara yang anda minat dan suka. Karaoke ke, mandi sungai ke dan apa saja lah aktiviti yang buat kau rasa happy dan boleh bikin senyum lah. Tak ada lah asyik berkerut je muka. Koh koh koh.
    Paling penting setiap hari jangan gagal untuk berdoa. Ya doa senjata orang mukmin. Doa dipermudahkan segala urusan. Doa supaya sabar selalu. Doa dapat tahan marah. Doa sentiasa lah bersangka baik. Istighfar. Selawat. (Nasihat untuk diri aku ni).
    Dan lagi satu yang mustahak. Bersyukur. Syukur selalu. Alhamdulillah.

07 April 2016

Anti-susu formula

Assalamualaikum...
    Rasa macam batak pulak setiap hari update entri baru. Kah. Sangkeng. Aku kan memang suka menulis sejak dulu. Ini aku nak asah semula bakat menulis yang ada pada diri aku. Acececeh. Kalau tak berbakat, tak ada lah aku menang pertandingan menulis cerpen masa zaman berpersatuan di Mansurah, Mesir dulu. Kau hado? Hahahah. Ok stop it.
    Aku ini boleh kata anti kepada susu formula atau formula milk (fm). Sebagaimana ramainya rakyat Malaysia yang anti-vaksin dan berkeras dengan hujah mereka, begitulah aku yang anti-fm. Tapi aku bukan anti-vaksin. Aku menyokong penuh vaksinasi dan imunisasi tanpa ragu.
     Jannah dulu masa baby kami dah sumbat fm susu kambing Karihome. Masa tu masih sangat kurang pengetahuan pasal susu ibu. Yelah, pertama kali bergelar ibu bapa. Seperti yang aku dah cerita panjang lebar pada post terdahulu perjalanan penyusuan (breastfeeding journey) masa Jannah kecil. After Karihome tukar Anmum nak lebih jimat. Lepas itu Dutch Baby pula, lagi murah.  Dah stabil sikit kewangan tukar semula Anmum. Itulah fm terakhir Jannah minum dan selepas itu dia refuse. Baki susu yang tak habis kami bagi baby orang lain. Sejak itu aku berazam tidak sekali-kali beri Jannah fm sampai umur dua tahun.
      Dah berjaya bf sampai dua tahun, masih belum wean off dan aku tambah azam tak akan beri fm. Susu segar tak apa. Dan kini umur Jannah tiga tahun lebih dan dah wean off kami tak beri fm. Pernah cuba beri susu kambing (susu tepung coklat), dia tak mahu! Siap buat muka macam nak muntah. Dah tersadai susu itu dalam almari tak tahu nak bagi siapa. Haha. Jannah suka milo (macam mak nya juga) so aku buatkan milo setiap hari. Hah, kang ada pula yang kecam aku tak boikot produk Nestle. Dush. Ada aku kisah?
    Bagi aku tak wajib pun beri fm pada anak. Yang aku perasan, mak-mak mula gelabah nak beri fm apa kat anak lepas putus susu badan, dan yang dah memang beri fm sejak bayi pun gelabah juga nak beri susu apa lepas umur dua tahun. Aku macam... eh rilek la. Susu formula tu tak penting langsung! Tak minum pun tak apa. Asalkan kau beri makanan berkhasiat pada anak, yang bukan makanan proses. Take note susu formula pun makanan yang diproses (termasuk juga Milo) yang tak bagus diambil dalam kuantiti banyak dan bertahun-tahun. Itu belum lagi aku cakap pasal GMO kang ada yang melopong pula.

   Lagi satu yang mak-mak suka panik, gelabah dan risau bila anak tak mahu minum susu tepung (fm). Atau anak dah kurang minum susu, contoh dulu boleh minum sampai 6-7 botol 10oz jadi kurang dua botol je sehari. Chill gais. Macam mana aku nak terangkan pada kalian ye, tak minum pun tak apa, tak ada kesan buruk pun anak kau tak nak minum susu. Orang kata nanti kurang zat la, kurang kalsium la, tak membesar dengan sihat lah, tulang dan gigi tak kuat lah. Itu hanya mitos. Percaya atau tidak, khasiat pada susu tepung tu sebenarnya mungkin hanya tinggal 5%. Tolong percaya bahawa anak kau tak akan terjejas langsung kesihatan dan tumbesaran dia bila dia tak minum susu.
    Aku memang menyampah dengan iklan susu formula yang berleluasa tak kira lah di televisyen, radio, signboard dan di mana-mana je lah pasal kebaikan susu jenama masing-masing. Strategi pemasaran memang macam itu. Lengkap dengan DHA lah segala bagai. Yang ada ekstrak buah-buahan lah, madu lah. Itu semua poyo. Biasa lah. Syarikat nak produk mereka laku, dicanang lah macam-macam ayat manis agar orang terpengaruh dan beli. Paling benci konon sel otak berhubung dan anak lebih bijak dan kreatif lepas minum susu cap xxx. Kepala otak hang! Bijak bukan pasal susu tepung yang diminum. Pffftt..
   Fyi, aku memang tak minum susu tepung dari kecil. Mak aku cerita, bagi botol ke dalam cawan ke memang aku tolak tak mahu minum. Dan sampai sekarang. Time hamil pun tak minum. Alhamdulillah sihat juga aku sampai sekarang. Sekolah pandai jugak (ok abaikan ayat ini). Aku cuma nak beri testimony, budak yang tak minum langsung fm ini masih sihat tubuh badan dan tulang, gigi pun tak ada rosak masih kuat dan tak rapuh. Aku percaya ramai lagi yang macam aku, spesis tak minum susu tepung.
    Lagi satu, susu bukanlah makanan utama atau wajib bagi anak yang dah berusia dua tahun ke atas. Beri makanan berkhasiat yang macam orang dewasa makan la. Lebihkan buah dan sayur. Makan nasi dan lauk macam kita mak bapaknya, minum jus buah-buahan. Kau jangan gelabah sangat boleh tak pasal anak tak mahu minum susu? Boleh jimat perbelanjaan bila kau dah tak beli susu tepung. Katakan tidak pada susu tepung atau susu formula. Sumber kalsium banyak lagi dari makanan lain selain susu.
     Terpulang pada masing-masing nak beri anak minum susu fm sampai sekolah pun. Cuma macam aku cakap sebelum ini, kau mak-mak tak perlu risau bila anak dah kurang minum fm atau dah tak mahu minum fm. Anak kau tak akan jatuh sakit hanya sebab tak minum susu. Tak pernah lagi ada kes anak kecil meninggal dunia sebab kurang minum fm atau tak minum fm langsung. Tak pernah. Tak perlu risau lebih-lebih. Fm itu aku boleh cakap hanya makanan tambahan aje. Tak wajib pun oii.
     So, oleh kerana aku tak minum susu tepung, aku pun ajar Jannah tak minum fm ke? Itu dia yang tak nak. Aku pun tak paksa. Kalau dia nak, memang aku beri susu kambing (yang kedua terbaik selepas susu ibu). Tapi baguslah Jannah tak nak sebab aku memang tak suka fm. Menipu banyak. Hahaha.
     Kita pun kalau boleh elak makanan yang diproses. Tak dapat avoid semua, avoid sebahagian pun jadi lah kan. So aku avoid susu tepung. Tak beli langsung. Makanan proses lain memang ada beli tapi tak lah selalu dan wajib ada. Pun bukan makan atau minum hari-hari. Contohnya, Milo, minuman 3in1, jajan, megi, nuggets, kentang goreng dan pelbagai lagi. Hampir semua produk susu atau tenusu yang diimport dari luar negara adalah mengandungi GMO yang boleh menyebabkan kanser. Ayuh gais. Cegah sebelum terlambat. Tak dapat avoid semua, avoid lah sebahagian.
    Ok. Sekian daripada aku yang anti-susu formula.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...