Assalamualaikum.
Sebelum aku menghentam, aku nak tanya dulu. Adakah blog aku ini berat? Adakah blog aku loading lambat? Sila jawab di ruang komen di bawah. Aku guna pop up windows, sila tekan 'comment' baru kotak komen akan keluar. Ceh, macam la orang tak tau. Ye la, mana tau, ada yang baru berjinak-jinak di alam blog, tak tahu macam mana nak komen entri blogger yang guna pop up windows. Auchh.
Aku rasa blog aku ini tersangat lah ringan dan loading dengan begitu pantas. Tiada widget merepek-repek yang tak perlu. Tiada pasang lagu. Tiada gambar, tiada header, tiada animasi bergerak dan sebagainya. Sangat simple dan sempoi. Ada shoutbox pun dah cukup bagus la tu, senang orang nak tegur. Dan paling penting, aku tak ada nuffnang! Noktah.
Sambung kembali. Aku dah start cuti semester so aku rajin gila blogwalking serta drop komen di entri-entri kawan-kawan blog yang aku follow. Kalau aku dah start sibuk, tak sempat la aku nak jenguk blog sendiri apatah lagi blog orang lain. Tapi aku amatlah kurang senang dengan blog-blog berat, malas nak bukak dan tunggu dia loading beb. Sakit hati aku kalau lambat sangat, aku rasa nak maki je. Kau tahu tak sebab apa blog kau berat nak mampos? Meh sini aku bagitau;
1- Animasi bergerak.
Ini termasuk la animasi konon-konon ada salji/ hujan/ daun-daun/ bintang-bintang atau apa saja yang bergerak dan berguguran jatuh ke bumi. Blog akan jadi berat okay?
Selalu blog-blog orang perempuan ada animasi siap kotak dialog di sudut bawah kiri blog yang berkata, 'selamat datang', 'follow saya ye?' dan apa-apa lah dialog yang seangkatan atau seerti dengannya. Adess, ini pun beratkan proses loading la beb. Dah tu mengganggu tumpuan nak membaca entri. Kalau tempalate tu kau pandai susun kedudukan dia supaya tak diganggu animasi konon comel tu, tak apa lah jugak. Tapi tetap menambah keberatan blog kau beratus-ratus kilobyte.
2- Lagu
Aku akui, masa awal aku berblog dulu, aku ada letak lagu jugak tapi bukan autoplay. Tak lama pun, dalam sebulan ke dua bulan aku dah remove. Rasa macam menyemak dan tak perlu. Dah tu, mengganggu fokus nak baca entri beb. Dan pasang lagu jugak memberatkan blog.
3- Banyak sangat widget html javascript.
Contoh widget tak penting tapi tak la berat sangat kot. (ye ke)
Ye, aku tahu, kau letak jam, supaya orang tahu sekarang jam berapa. Jam tak penting. Di laptop atau komputer masing-masing dah ada jam sendiri. Aku dulu pernah jugak letak jam waktu Mesir. So, orang Malaysia boleh tahu la, Mesir sekarang pukul berapa. Ohh..kat Mesir petang, Malaysia malam. Tapi aku dah buang setengah tahun yang lalu. uhuk.
Suhu/ temperture (macam salah eja lak). Ini jarang kot orang letak melainkan pelajar oversea. gagaga.
Traffic yang boleh track pengunjung dari mana. Huhuh. Dulu aku pernah letak jugak tapi tak lama. Saja suka-suka. Tapi lama-lama aku sedar, tak penting langsung kewujudan dia. Ceh.
Blog list/ Link list yang terlalu banyak. Eh, beratkan blog ke? Hmm mungkin kot. Kalau nak letak blog list, tak payah lah show all kan?
4- Banyak sangat gambar.
Gambar yang terlalu banyak kilobyte serta megabyte nya. Berat ooo nak loading. Nyampah tau tak?
Dah aku rasa setakat ini dulu kot. Ceh, banyak rupanya nak cakap lagi. Hahah. Bersambung selepas ini.
Babai.
p/s: Esok petang, (Rabu, 26 Januari) aku akan berangkat ke Kaherah untuk beberapa hari. Mungkin sampai 30 Januari. So, selama beberapa hari ini aku akan 'menghilang'. kekeke. jangan rindu aku tau. ceh. :p