28 February 2010

ANTARA SIMPATI DENGAN KASIH SEBENAR

Assalamualaikum…

Wo macam tajuk lagu atau cerpen pulak muahahah..

Faham ke maksud tajuk tu? Hmm maksudnya.. ‘cinta’ kerana ‘simpati’ atau benar-benar cinta? Haih aku macam tak pandai nak explain. Hoho.


Situasi :-

Shinrei meluahkan perasaan cintanya pada Akira. Akira pula tak cintakan Shinrei pun. Tapi Akira terima cinta Shinrei dan sudi jadi kekasih Shinrei hanya semata-mata kerana simpati dan kasihan pada Shinrei serta tidak sampai hati kecewakan hati Shinrei. Adakah kasih sayang Akira terhadap Shinrei adalah benar-benar ikhlas atau tak lebih daripada sekadar rasa simpati dan kasihan?

Ok situasi tamat. Heheh. Persoalannya lelaki atau perempuan yang selalu terima seseorang atas dasar kasihan? Jeng jeng jeng…

Kalau benar terima seseorang atas dasar simpati dan bukan kerana betul-betul suka atau sayang, sampai bila hati akan terus bertahan dengan kepura-puraan itu? Aku pasti sesiapa pun pasti tidak akan bertahan dan akhirnya berterus terang maka kecewalah hati pihak satu lagi.

Tetapi ada juga situasi di mana rasa kasih terbit sedikit demi sedikit. Mula-mula memang biasa-biasa saja tak suka pun tapi lama kelamaan perasaan suka dan kasih itu muncul. Rasa ‘cinta’ yang asalnya atas dasar simpati berubah kepada rasa ‘cinta’ sebenar. (cehh ayat aku hoho).


Situasi lain :-

Keikoku baru lepas clash dengan seseorang, tengah dalam zon frust menonggeng habis. Yuyui datang memberi semangat kepada Keikoku. Hati Keikoku mula terisi dgn kehadiran Yuyui. Yuyui memang sukakan Keikoku dan akhirnya meluahkan rasa cintanya. Keikoku yang lebih berhati-hati rasa ragu-ragu tapi terima juga cinta Yuyui. Pun sama atas dasar simpati sebab Yuyui dah banyak tolong pulihkan semangat Keikoku. Ikhlaskah Keikoku?

Situasi tamat dan soalan sama seperti di atas. Lelaki atau perempuan yang selalu terima seseorang atas dasar simpati?

Hmm soal hati dan perasaan ini memang sukar untuk dibicarakan. Cinta Allah dan Rasul itu lebih utama bukan?

Tetapi fitrahnya kita sebagai insan memang ingin rasa dikasihi dan disayangi seseorang yang special gito(wow!). Dan kita juga sebenarnya mampu mengukur sejauh mana kejujuran dan keihlasan seseorang itu melalui kata-katanya, tulisannya dan perbuatannya termasuk body language.

Wah, sejak aku balik dari bengkel KELAP (Kem Latihan Penulis) tempoh hari aku semakin pandai mengarang dan hasilkan kata-kata. Weeee jiwang kah aku? Skema kah aku?

Aku Sang Puteri


p/s : entri ini aku telah taip lama dlm word waktu umah aku xde line internet selama lbh 10 hari. entri suka2 n boring2 hak hak. sila enjoy dgn membacanya. weeee~

Puteri?? Perasankah aku? Ngeeeee hahaha. Hmm memang perasan. Agagaga…

Seperti entri aku tidak lama dulu, aku maknakan nama SITI itu PUTERI. So bagi sesiapa yg pangkal namanya SITI, anda juga adalah PUTERI. Hahaha. Maka berbanggalah dgn pangkal nama SITI pd nama anda. Hak hak hak.

Bila sebut ‘puteri’, orang akan terbayang seorang gadis cantik dan menawan di istana atau taman bunga di istana. ‘sang puteri’ itu ditemani dayang2 sedang main buaian atau sedang duduk di tepi kolam ikan. ‘sang puteri’ itu juga digambarkan sgt cantik, lemah lembut, suara merdu dan dipuja jejaka2.

Ok stop! Hahaha. Itu adalah ‘puteri’ zaman dahulu yg duduk istana dan betul2 anak raja, bukan puteri olok2. Hoho.

Wahai gadis2… kamu juga merupakan seorang puteri. Puteri dalam keluarga. Tak gitu? Beruntung ayahandaku dan bondaku yg memiliki tujuh orang puteri. Weeee haha. Nama kami semua ada SITI tau. Haha.

Tapi namaku yg paling best dan mengancam maknanya iaitu Puteri Cahaya Permata Biru Kehijauan. Lalalalala~

Suka hati korang nak kata aku perasan ke apa tapi itu memang makna namaku. Nama atau alamat blog aku ni memang nama aku lah sebenarnya kalau kamu bijak. Hahah.

Cuma… hmmm. Nama Puteri Cahaya Permata Biru Kehijauan tu panjang sgt pulak. Maka aku pendekkan jd ‘putericahayapermata’ sahaja dan ‘biru kehijauan’ tu aku tinggalkan.

Haha itulah asal usul camne aku dpt idea guna nama ‘putericahayapermata’ ini hak hak. So xkira lah org nak panggil seimura ke puteri ke terpulang. Ramai juga yg guna nama puteri utk id tp nama seimura rasanya mcm aku sorang. Cehh haha.

Aku adalah Cik Siti dan aku juga adalah Sang Puteri. Lalalalalala~

* Aku peduli apa org nk ckp aku perasan. Ade aku kisah? Huahahaha.

27 February 2010

SI KECIL MOLEK VS SI TINGGI LAMPAI


Wo perbincangan apakah ini? Agaga…

Aku adalah seorang ‘budak’ yg bersaiz kecil dan tak tinggi. Sbnrnya aku memang jeles ngn awek tinggi sebab aku ‘kurang ketinggian’ hak hak hak. Aku selalu berangan kalau aku ni gadis tinggi yg berketinggian 167cm dan ke atas. Hohoho.

Tapi sedihnya tinggi aku tak sampai pun 160cm apatah lg nak sampai 170 hahah. Yelah factor baka juga mempengaruhi. Mak dan abah pun tak tinggi.

Hmmm tapi yg anehnya adik aku yg lelaki tu tinggi beliau 176cm! Jauh gila beza dgn abah. Adeshh. Dgn aku lagi jauh..(20cm wooo). Melampau lah beliau ‘mencuri’ ketinggian aku sebanyak beberapa cm agaknya.

So aku bayangkan kalau aku ni lelaki boleh jadi tinggi aku mencapai 172 atau 173 (hahha aku memandai je). Jadi sila bayangkan aku ni lelaki dgn ketinggian begitu, kurus tinggi, berkulit cerah, kacak, macho dan comel @ jambu mcm mamat Korea dan Jepun. Agagagaga…

Eh ape aku merepek tah. Tapi aku bersyukur juga la dgn ketinggian aku skrg ini. Tak la rendah sgt, sedang2 kot kata org. Paling best sbnrnya awek saiz comel cam aku nih, lincah, agresif dan senang menyelit di celah2 ramai orang, senang melarikan diri, boleh menyamar jadi bdk sekolah dan kdg2 diberi layanan istimewa sbb disangka ‘budak kecil’ hahahah.

Kalau aku si tinggi lampai mesti susah gak nak cari pakwe tinggi hak hak hak. Dan biasanya si tinggi ni kaki panjang, tentu payah nak pandu keta comel cam kancil. Tapi yg untungnya pakaian yg dijual di pasaran kebanyakan utk si tinggi ala model. Cehh.

Baik si kecil molek mahupun si tinggi lampai, masing2 ada kelebihan dan kekurangan. Aku ada cita2 untuk mereka fesyen atau pakaian khas untuk mereka yg kurang tinggi seperti aku mengikut kategori; 145cm – 148cm, 149cm – 152cm, 153cm – 156cm.
Weeee comelnya…hahah.

Whatever tinggi ke rendah ke tak penting. Yang penting berat mesti ideal dgn tinggi. BMI mahu normal maa… (aku underweight tapi aku tetap bahagia dgn keadaan itu hak hak hak).


p/s : aku tetap ada angan2 mahu tambah tinggi. Weeeee~


26 February 2010

JEJAKA CHINESE / JAPANESE LOOK


p/s : Maaf aku menghilang beberapa hari kerana ada bengkel di Kaherah. Aku berada di Kaherah sejak Isnin lalu. Ptg td kul 1 baru aku sampai Mansurah. Entri ini adalah entri simpanan dlm word kalau2 aku sibuk dan xsempat post apa2 entri terbaru.

Serius aku sejak kecil memang minat mamat muka cina. Hohoh. Taste aku mmg mamat muka cina. Heheh.

Aku mmg mudah ‘jatuh hati’ atau ‘jatuh suka’ bila pandang jejaka Chinese look atau Japanese look. Hak hak.  Pendek kata mamat mata sepet lah. Agagaga.. (adakah ini bermaksud Korean look pun termasuk?)

Bukan setakat muka cina atau jepun, malah rambut pun sama. Halus, lurus dan lembut. Ditambah lak ngn kulit cerah. Memang aku blh jatuh chenta hak hak hak. Ops.. maksudnya aku suka tengok mereka lah. Hensem, comel, sweet. Okay musti org kata aku pompuan gatal. Ah peduli apa aku! Hahahah.

Persoalannya adakah mereka juga boleh jatuh hati pada aku? Huahuahua. Ade gak kawan2 kata muka aku pun Chinese look tapi aku rasa itu dusta! Huhuh. Mungkin sebab mata aku yg agak kecil dan sepet tp aku rasa xde langsung wajah Chinese tu! Menipo lah diorang nih. Dush!

Mamat Japanese look yg paling aku ‘poja’ ialah abg Douglas (vokalis Hoobastank, beliau mixed Japanese n Scottish). Selain beliau, mamat Taiwanese iaitu abg Ken (F4). Lagi sorang Alex Yoong. Weeee hensem nya mamat2 ni!!

Aku merasa amat bangga jika ada jejaka Japanese look atau Chinese look mengurat aku agagagaga…. Ops sorry aku bukan promote diri sila abaikan ayat poyo tersebut huhuh.

Taste aku adalah begitu. Taste anda pula bagaimana? Lalalalala~


22 February 2010

ADA APA DENGAN NAMAMU SITI?

Assalamualaikum.

Aku bangga dgn namaku. Abah yg bg nama ni. Terima kasih abah. Aku suka namaku walaupun mcm nama lelaki. Huhuh.

Dulu mase aku sekolah rendah aku xsuka dgn nama ‘siti’ hak hak. Sebab ade yg kata makna ‘siti’ tu nenek. Xtau la betul ke tak. Lg satu sebab aku xsuka nama ‘siti’ ni sbb Siti Nurhaliza yg baru2 muncul mase tu perasan cam bagus! Kenapa lah kau jadi penyanyi wahai Siti? Menyibuk je pangkal nama sama dgn aku! Ahahahaha (marah peminat Siti bace nih). Ceh padahal Siti Nurhaliza lahir dulu so aku ke yg ikut dia? Aku sampai skrg xminat langsung pada beliau! Aku juga memang benci bila cikgu2 konon2 salah sebut nama aku jd nama Siti Nurhaliza. Aku xbangga langsung dipanggil Siti Nurhaliza tu, menyampah lagi ada!

Tapi aku pujuk jugak hati ini (cehh). Siti juga nama isteri nabi2. Hmm okay lah. Aku bangga juga dgn nama ‘siti’. Cewah haha. Ape yg best pasal nama ‘siti’ ni dlm famili aku? Okay. Semua anak2 abah yg perempuan berpangkal nama ‘siti’. Bukan itu sahaja, malah semua anak perempuan adik abah (pakcik gua la) pun berpangkal nama ‘siti’. Tapi pakcik aku tu lg best, anak2 dia yg perempuan (sepupu2 gua) berpangkal nama ‘siti nur’. Berbeza ngn adik beradik aku, hanya tiga org ada ‘siti nur’ di depan, yg lain just ‘siti’ sahaja.

Kekadang kwn2 aku dengki panggil gua ‘siti’. Adeiii geli okay? Cam nak termuntah pun ada. Orang yg dipanggil ‘siti’ ni biasanya orangnya lemah lembut gitu kan? (contohnya Siti Nurhaliza hak hak). Bila dipanggil begitu aku buat2 xdengar. Then kawanku yg saje dengki lantas berkata, ‘Siti, ko xdgr ke aku pggl ko ni? Ape salahnya panggil Siti? Melatih ko jd gadis lemah lembut lg sopan santun’ . Otak dia hahah. Tau la aku ganas dan garang. Cehh.

Aku ada sorang kawan sekolah (lelaki) yg panggil aku ‘ct’ tp aku dh lost contact ngn beliau. Kami selau berutus surat dulu tp guna ganti nama ‘aku kau’ je. Xde yg spesel. Tp dia kerap panggil gua ‘siti’ or ‘cik siti’.

Bila kerja kt MAIJ, aku dipanggil ‘siti’ oleh bos aku dan sorg staff (lelaki). Awal2 ramai staff panggil aku ‘siti’ jugak tp dah lama tu panggil namaku yg biasa. Sebab kdg2 aku cam xperasan yg ‘siti’ tu nama aku hak hak. Contoh situasi camni..

Bos : Siti, tolong taipkan semula surat ni sekarang.
Aku : (diam je selamba. Xde respon)
Bos : Siti? Awak dengar ke tak arahan saya ni?
Aku : Eh? Err ok2 bos. Ingatkan bos cakap ngn org lain. Maaf2 bos. (sambil sengih kerang).

Cam bodoh kan situasi tersebut? Aku boleh xperasan yg ‘siti’ tu nama aku atau lebih jelas, aku xingat yg bos mmg panggil aku ‘siti’. Melampau betul aku ni agaga..

Aku rasa mereka yg panggil aku ‘siti’ ni ada beberapa sebab;

Yang pertama : Namaku ‘siti nur…….’ Cam panjang n susah nak sebut maka panggil ‘siti’ je sng. Huhuh.

Yang kedua : Namaku yg belakang tu nama lelaki. Jd xmahu org confuse yg aku ni lelaki maka panggil aku ‘siti’. Hahah.

Yang ketiga : Sebab pangkal nama sama dgn Siti Nurhaliza iaitu ‘siti nur’. Oleh kerana Siti Nurhaliza dipanggil ‘siti’ je sbb ringkas maka xpasal2 aku dipanggil ‘siti’ utk ringkas. Boleh gitu? (asyik2 Siti Nurhaliza! Benci betul!)

Yang keempat : Saje ngada2 nak panggil aku ‘siti’. Lempang kang! Hak hak. Konon2 cam manja gitu. Ngeeeeee~ (uwekk!!)

Yang kelima : Mungkin panggilan ‘siti’ amat sesuai untuk aku yang ayu dan jelita nih muahahahahaha!!! (uwekkk muntah darah dengar! Perasan tahap dewa! Ciss!)


Ahahahahaha!! Entri yang merepek ini korang layankan aje lah. Siti oh Siti tahukah kamu bahawa terdapat beribu2 mungkin berjuta wanita yang pangkal namanya ‘Siti’?


P/S: Nama anak2 aku yg perempuan pun nanti aku akan letak ‘siti nur’ jugak sbg pangkal nama. Cewahh aku dah berangan. Agagagaga…

21 February 2010

ANAK SULUNG? ANAK TENGAH? ANAK BONGSU?

Assalamualaikum...

Hmm aku ada banyak baca tentang kajian karektor-karektor anak sulung, tengah, bongsu atau tunggal termasuk dalam hal mencari pasangan berpandukan urutan kelahiran seseorang itu. Haha.

Hasil kajian tersebut memang ada benarnya. Kajian karektor anak sulung memang tepat dan kena dengan aku. Apa yang aku boleh rumuskan.. aku seorang anak sulung yang…

1 - Ingin Menguasai
- aku rasa semua anak sulung ada sikap ini (sila mengaku wahai anak sulung). Sebab aku adalah paling tua jadi adik-adik aku wajib hormat aku muahahaha. Tapi sifat ingin menguasai ini bukan sahaja terhadap adik-adik malah terhadap sesiapa sahaja sebenarnya termasuk kawan-kawan, kekasih atau orang bawahan (kalau aku ketua muahahaha).

2 - Manja
- aku mengaku aku sebenarnya seorang yang manja ngeeeee~. Kalau nak tahu, abah yang isikan borang-borang aku masuk sekolah menengah, maahad, marsah, upu, matrikulasi dan borang-borang apa lagi tah. Aku tinggal tandatangan sahaja. Betapa manjanya aku agagaga. Tapi jangan salah faham. Abah tolong isikan sebab takut aku salah isi dan borang rosak pula. Hahah. Malah abah yang fotostat segala macam ic, sijil-sijil dsb. Pendek kata bab-bab sekolah dan pelajaran nih memang abah uruskan segala-galanya termasuk isikan borang yang sepatutnya aku kena isi sendiri. Ngeeee… hoho itu cuma salah contoh akan kemanjaan diriku di mana abah yang buat semua aku tinggal tandatangan. Teruk betul! Hak hak.

3 - Keras kepala atau degil
- hoho ini memang sangat-sangat tepat. Aku memang sangat-sangat keras kepala dan degil.

4 - Sifat tidak mahu kalah
- wuii aku memang dari dulu begini. Sentiasa nak menang je kalau gaduh atau bertengkar. Dah namanya pun keras kepala hahah. Tapi bila makin dewasa aku jadi makin rasional dan tidaklah asyik nak menang je kalau berbalah. Kalau betul aku salah, aku mengalah dan diam. Tapi kalau aku rasa aku tak salah dan kata-kata aku benar, memang aku akan terus perjuangkan. Cehh..

5 - Bertanggungjawab
- Ceh macam puji diri agaga. Tapi sebagai anak sulung aku memang lebih rasa bertanggungjawab terhadap adik-adik. Cehh ayat cam poyo.

6 - Caring / ambil berat
- aku bukan jenis tunjuk sgt akan ke’caring’an diriku ini tapi ada masa-masa nya orang akan perasan la aku ni caring. Hahah poyo lagi ayat aku (macam nak lempang). Serius kadang-kadang orang tak sangka aku camtu sebab aku kan ala-ala ganas gito hak hak.

7 - Ingin melindungi
- hmm ye aku seboleh-bolehnya akan melindungi adik-adik, famili, kawan-kawan dan sesiapa sahaja yang aku sayang. Weeee haha.

8 - Pendamai
- aku memang suka jadi pendamai bila ade siapa-siapa bertegang urat atau bertengkar. Tak baik la gaduh-gaduh ni, rilex-rilex sudah wei. Huhu. Hmm aku macam ade terbaca biasanya anak tengah dan bongsu memang suka jadi batu api. Hahaha jangan marah!

9 - Lebih suka memerhati
- aku lebih suka memerhati daripada bercakap atau keluarkan pendapat. Dan aku mudah setuju dgn pendapat orang kalau dirasakan relevan. Kalau dalam mesyuarat ke apa aku jarang sangat bagi cadangan atau komen apa-apa. Aku lebih suka diam.

10 - Ego
- ngeee anak sulung memang semuanya ego belaka. Yelah, dia paling tua. Semua kena ikut cakap dia. Jgn membantah. Haha.

11 – Tegas dan garang
- aku jenis tetap pendirian dan tidak akan ubah keputusan yang telah aku buat. Aku memang tegas dan berkeras dengan apa yang aku buat dan mahu tak kira apa pun. Dan aku memang budak garang ahahahaha.

12- Berdikari
- Biasalah semua anak sulung memang begini. Aku lebih suka buat kerja sendiri tanpa minta pertolongan orang. Pendek kata tak mahu menyusahkan orang. Aku bukan jenis suka ajak kawan  untuk menemani aku mana-mana. Ye lah, kita pun tahu mereka mungkin ada kerja lain nak dibuat dan kita tidak mahu mengganggu atau mengambil masa mereka semata-mata untuk menemani kita.


Anak tengah pula sangat-sangat perahsia dan kurang percaya orang lain. Suka pendam rasa dan mudah tertekan. Penyayang dan pandai ambil hati.

Anak bongsu pula manja dan selalu inginkan perhatian. Kadang-kadang rasa terpinggir dan rasa tidak dipedulikan maka ada sedikit sikap mudah putus asa. Mudah beralah dan sentiasa tenang. Sukar mengawal situasi dan perlukan dorongan.

Anda pula bagaimana? Hahaha.

20 February 2010

SINAI PART 7 (episod akhir Jaulah Sinai)

SINAI PART 7

Sambungan…. ( 2 Februari 2010 )

1.45 PM – meninggalkan penginapan menuju Hamam Firaun
- tidur je xde amik gambar hak3.




3.45 PM – tiba di Hamam Firaun


 Jalan yang rosak akibat dilanda banjir beberapa bulan yang lalu.



 Pintu masuk Hamam Firaun.


Hamam dlm bahasa arab bermaksud bilik air. Tapi Hamam Firaun ini bukan lah bilik air tetapi seperti bilik sauna. Penuh berwap dan panas. Firaun (Raja Mesir zaman dahulu) selalu ‘memanjakan diri’ dgn ‘bersauna’ di sini. Sauna ini sbnrnya memang bagus utk kesihatan.

Dalam Hamam Firaun ni ade tujuh peringkat wap panas. Mula2 panas2 biasa kemudian jadi lebih panas dan makin panas. Sesiapa je boleh masuk tapi kena merangkak atau jalan itik sebab tempatnya rendah. Seperti biasa aku dan Rukia yg sentiasa bersemangat ini masuk dulu meninggalkan yg lain. Agaga..



Penuh wap daa… xnampak apa.


Panas wo dalam ni… berpeluh2 kami. Nasib baek bawa tuala kecil. Ngeee..


Apa pun tak nampak. Berwap la katakan….




Peh memang panas sgt2 peluh menitik2 wa cakap lu tapi best sgt sbnrnya. Serius aku ckp ni memang sgt best dan seronok masuk dalam tu. Ikut hati nak sampai hujung tp xbwk lampu picit plak. Gelap dah kt bhgn dlm tu. Keluar2 je muka masing2 merah macam kena rebus. Fuhh..



4.15 PM – meninggalkan Hamam Firaun




Ini bukan waktu malam atau maghrib. hehe.


Pandai tak aku snap pic papan tanda ni ketika kereta sdg bergerak laju? Dan aku duduk kt tgh2 antara Orihime dan Tatsuki.
Cantik pemandangan hadapan. (encik renji sdg memandu dgn penuh berhemah sementara encik yumichika pula?)

Aku xtau ape tah nama tempat yg kami berhenti singgah untuk bergambar nih.
Batang pokok aneh itu seakan2 kalimah Allah sbnrya (dlm jawi).
Matahari hampir terbenam.
Dahan pokok td yg juga aneh.
Ohh sang matahari kamu sungguh cantik.



5.25 PM – tiba di kubu Israel tahun 1973



Mari masuk ke dalam kawasan kubu tentera Israel.

Tiba2 handphone Sony Ericsson K770i aku pun habis bateri. Ciss. Maka xdpt la ambil gmbr2 seterusnya yg lebih menarik. Adeshh..
Ok cerita di sebalik kubu tentera Israel ini ialah. Bagaimana cerdiknya mereka dpt membina kubu bawah tanah sehingga xdpt dikesan oleh sesiapa pun. Kalau lihat dari atas hanya padang pasir yg tandus yg tiada apa tp sbnrnya bawah pasir tandus ini terbinanya kubu tentera Israel.
Perang antara Israel dan Mesir berlaku di sekitar tahun 1973. Waktu itu tentera Mesir sudah ramai tumpas. Bila lalu kawasan ini sahaja kena bom, kena tembak atau periuk api meletup. Persoalannya dari mana tembakan itu datang? Langsung tak dapat dikesan.
Arakian sehingalah salah seorang Sheikh Universiti Al-Azhar pd masa itu bermimpi bahawa terdapat kubu tentera Israel bawah tanah di kawasan ini. Maka strategi dilakukan dgn menyimbah dan menyiram air ke seluruh kawasan ini. Setelah itu pasir jadi basah dan mendap maka terserlahlah kubu Israel yg selama ini tersembunyi di sebalik pasir yg rata ini. 
Pada saat itu tentera Mesir dgn pantasnya mengebom semua kubu2 yg ada dan menembak semua askar Israel yg ada pd waktu itu yg telah keluar dari tempat persembunyian mereka.


6.00 PM – meninggalkan kubu Israel dan pulang ke Kaherah

Maka berakhir sudah catatan perjalanan (cehh) yg penuh bermakna ini. AlhamduLillah aku diberi peluang untuk menjelajah tempat2 bersejarah ini.

Penghargaan;
Terima kasih kpd Tatsuki yg menganjurkan (hoho) jaulah bersama rakan Shoubra (adoii mati aku kalau org berkaitan bace ni dush!).

Terima kasih kpd Rukia yg mula2 beria mengajak aku join jaulah ni. Asalnya aku mahu pergi ngn DPMM (Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah tp beliau menyuruh aku tarik diri hak hak.

Terima kasih kpd Renji (driver Avanza) yg susah payah membawa kami jalan jauh wo. Beliau juga amat2 berpengatahuan dan byk info2 serta sejarah yg beliau ceritakan kepada kami. Beliau juga ala2 leader gito hak hak.

Terima kasih kpd Mayuri yg juga byk info dia ceritakan kpd kami.

Terima kasih kepada semua yg terlibat dlam jaulah ini hik hik. Girls; Rukia, Tatsuki, Orihime, Matsumoto, Ururu, Karin dan Yuzu. Boys; Renji, Yumichika, Ishida, Ikkaku. Kami semua satu kos / bidang muahahaha. Tak lupa Mayuri dan adik2 medic Russia.

* jaulah = ekspedisi <--- mcm salah eja. hak hak.


p/s: aku pasti kamu semua rindukan entri merepek dari aku. nantikan selepas ini. weeeee~ haha~



SINAI PART 6


SINAI PART 6

Sambungan…. ( 2 Februari 2010 )

9.10 AM – akhirnya sampai jugak kt bawah..



 Dari kiri; Ishida, Orihime dan Rukia.



à pandang kamera.

Rukia bersama sang unta yang bertindak mengikut arahan ---




10.05 AM -
Pemandangan lembu samiri.



Pemandangan lembu samiri dari jauh sebelum di zoom.




Okay dah zoom. Perhati betul2 batu itu berbentuk lembu sebenarnya. Dua kaki di hadapan yg agak jelas bentuknya.




Masih dalam mod zoom. Heheh.



10.25 AM -
Makam Nabi Harun A.S


 Naik atas jom!


 Haii... kena mendaki lagi.. huhu.





Nampak lambang salib? Gereja? 



Ok memang terdapat banyak gereja di bumi Mesir ini. Tapi gereja yg penuh sejarah ini bukanlah bermaksud agama Kristian yg sekarang ini.

Mesir merupakan bumi anbiyak. Kebanyakan nabi dan rasul diutuskan untuk membawa umat yang sesat kembali kepada Allah adalah dari kalangan Bani Israel. Dan kebanyakan nabi dan rasul juga berasal dari Mesir.

Agama yg dibawa Nabi Musa dan Nabi Harun adalah agama yg benar dan mengesakan Allah. Gereja itu merupakan tempat ibadat mereka yg beriman kepada Allah. Jgn salah sangka gereja tersebut merupakan gereja Kristian zaman ini yg sesat.

Zaman nabi dan rasul sebelum kedatangan Nabi kita Muhammad S.A.W dan agama Islam kita tidak tahu bagaimana cara ibadat mereka. Maka gereja tersebut tidak lebih drpd sekadar tempat ibadat umat2 terdahulu yg beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Sekian hihi.




Pandangan dari luar makam Nabi Harun.


Al-Fatihah.





10.50 AM – balik ke penginapan

12.15 PM – makan dan solat


Bersambung lg daa…..

SINAI PART 5

SINAI PART 5

Sambungan…. ( 2 Februari 2010 )

7.55 AM – teruskan perjalanan

Jom turun tangga!
Besau2 anak tangga ni.
Ohh sang mentari…
Aku baru lepas turun tangga ini.
Banyaknya anak tangga!
Baru lepas turun tangga ini juga.
Rumah usang.
Baru nampak rumput hijau. Drpd td hanya batu bata je kelihatan.
Jauh lagi ke nak sampai bawah ni?
Rukia dan Matsumoto sedang turun tangga.
 

Hampir sampai ke bawah..(dah sampai pun..).


Cerita:- turun memang senang tapi sebenarnya kaki lagi lenguh dan sakit sebab semuanya kena turun tangga. Setiap kali kaki melangkah turun anak tangga, akan terasa sgt sakit kat lutut.

Benarlah aku kurang stamina tapi aku tetap cergas. Weeeee~

Bersambung….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...