07 December 2012

Jiwa Kacau

Assalamualaikum.

Sebenarnya berpuluh kali juga aku berfikir perlukah aku buat entri yang bakal penuh emosi ini? Dah lama aku tak maki-maki dalam blog aku ni. Haa..

Ok tadi aku dah matikan laptop dan bersedia untuk tidur. Tapi hati aku tak keruan, resah gelisah, gundah gulana, rasa marah yang terpendam macam nak meletop. Banyk kali istighfar pun masih tak stabil emosi aku. Geram, marah, rasa nak maki. Ah, pendek kata rasa macam nak pukul orang. Ceh, bajet gangster.

Semuanya berpunca dari internet la haram jadah betol. Kalau aku tak bukak facebook benda ni semua tak akan terjadi. Ceh.

Banyak web aku bukak tadi; twitter, ratuhati, gmail, facebook. Tapi aku lebih tumpukan pada ratuhati (singkatan RH) sebenarnya. Gmail pula digunakan untuk melihat notification terbaru dari RH lah. Twitter pula just baca timeline. Aku tak follow ramai orang jadi tak banyak la tweet updates ngeheheh.

Bermulalah satu episod di facebook yang membawa kecelakaan lagi malang. My sis in law (singkatan SIL) habaq mai siang tadi pasal pameran kucing di Danga City Mall Sabtu ni. Cuma tak pasti adakah Sabtu dan Ahad or Sabtu sahaja. Aku pun google cari pasal tu dan jumpa link fb 'kelab kucing malaysia' ke apa jadah namanya tah lebih kurang gitulah. Aku baca iklan dan yang aku faham macam hari Sabtu je. Nak kepastian aku pun drop komen kat page tu tanya hari Sabtu je ke atau Sabtu dan Ahad? 

Kau tahu apa admin page tu jawab? 'Sila baca iklan dengan teliti'. Hamboi. Ok takpe lah aku pun berkeras jugak cakap dah baca tapi kurang faham coz kat poster kata 8 dan 9 Dis. Padahal aku dah faham dari awal pun tapi salahnya admin jawab je soalan aku kan? Just simple hokay? Then the admin balas 'sila baca betul-betul iklan dalam page ini jangan bergantung pada poster sahaja'. Lebih kurang gitu lah ayatnya aku pon malas nak bukak page cilakak tu untuk copypaste, macam haram perangai adminnya, tumbuk jugak muka tu karang.

Aku dah mula menyirap. Hangin gak satu badan. Aku balas balik, 'ai, bunyi macam marah je? Apa salahnya jawab je soalan saya. Tak sporting betul'.

Terus tak balas komen aku, kau. Aku nak je taip lebih-lebih cakap admin sombong ke apa ke tapi just cool la. Aku mengamuk la kat twitter. Eceh tak la mengamuk sangat just luahkan yang tak puas hati je tapi tak mention pun page tersebut. 

Satu hal lagi yang tetiba buat aku rasa angin sangat time aku baring ready nak tidur tadi. Hal adik bongsu aku   
(panggil Adek). Time aku tengah syok layan forum RH dalam keadaan bilik gelap, dia masuk bilik tiba-tiba dan tanya ada charger tak? Aku tanya charger apa? Dia jawab Samsung. Aku jawab balik, "Mana aku tau. Aku pun cari charger Samsung aku ni mana hilang tah." Lepas tu dengan emosinya beliau berjalan keluar bilik dengan jalan dihentak-hentak sambil mulut berkata, "Eii..bodohlah". Tak tahu lah bodoh kat diri sendiri ke apa tu aku tak layan pun sebab sibuk dengan internet aku ni ceh.

Bila teringat balik dengan reaksi Adeq tadi hati aku pun diamuk kemarahan dan tak puas hati. Apasal la tadi aku tak balas balik, "Siapa yang bodoh? Kau ke?" Entah kenapa aku rasa macam emosi gila bila terkenang balik perangai jahanam beliau tadi. Dia tu memang lain macam perangainya berbanding adik-beradik lain. Kuat mengamuk, kuat melawan, selfish dan banyak lagi lah negatif yang aku rasa tak ada sesiapa kat dunia ni boleh bertahan dengan perangai dia. 

Jadi dua insiden ini sangat mengganggu emosi aku, terkenang-kenang dan tak puas hati selagi tak dapat lepaskan kemarahan. Eceh. Sekurang-kurangnya bila aku menulis ni aku dah rasa lega la kononnya. Boleh lah. Daripada aku berdendam? Ye tak? Heh, perangai macam keji sehh.

Resolusinya? Jangan harap aku nak datang 'cat show' kat Danga City Mall hari Sabtu ni. Aku akan mencari seribu alasan bagi mengelak balik JB hari Sabtu. Aku nak balik hari Ahad jugak. Lantak lah apa nak jadi pun. Tak pasal aku rasa macam marah dan geram pulak dengan my SIL coz dia yang cetuskan idea ajak pergi tengok cat show. Dah lah my hubby ni peminat kucing, mesti dia kalau boleh tak nak lepaskan peluang punya. Aku suka kucing jugak tapi tak teringin pun nak pergi cat show. Pergi pun boleh, tak pergi pun boleh. Oleh kerana cuma Sabtu, agak keberatan sikit la aku nak pergi. Ini ditambah pulak perangai diva admin page haprak pencinta kucing konon yang sombong nak mampus, lagi aku rasa tak nak pergi langsung!

Okay entri ini memang penuh emosi kan? Kau rasa tak suka? Siapa suruh baca? Huk huk.

Ok lah bai selamat malam.

09 November 2012

Salam Tahun Baru 1434 H

Assalamualaikum.

Ewah, macam awal sikit kot nak wish kekeke. Khamis depan (15/11/2012) bermulalah tahun baru Hijri 1434. Cuti! Yeay! Sebelum tu 13hb (Selasa) pun cuti gak Deepavali. Ceh macam lah aku bekerja nak suka sangat bila cuti padahal dok rumah je. Haha.

Cakap pasal Awal Muharam, biasa lah kita baca doa akhir tahun dan akhir tahun. Aku tak pasti la tahun lepas ke dua tahun lepas, kecoh pulak kononnya amalam baca doa akhir tahun dan awal tahun ni bid'ah? Nabi dan sahabat tak buat pun dulu. Kiranya, doa-doa itu disusun oleh ulama' mutaakhirin je untuk amalan umat Islam selepas zaman Rasulullah dan sahabat.

Sebenarnya kalau pun Rasulullah dan sahabat tak buat, tak semestinya amalan yang kita selalu buat itu salah. Kan ke berdoa itu bagus dan digalakkan untuk menunjukkan kita ni hamba Allah yang lemah dan memerlukan pertolongan-Nya? Berdoa juga menunjukkan rasa syukur kita. Jadi jangan ragu-ragu nak baca ke tak doa akhir tahun ke awal tahun ke, bukan berdosa pun kalau dibuat. Jangan terlalu disempitkan pemikiran. Itu tak boleh, ini tak boleh, apa pun tak boleh.

Lepas awal Muharam, akan menyusul pula 9 dan 10 Muharam yang disunatkan berpuasa. Hari Asyura' lah senang kata (10 Muharam). Amalan 10 Muharam juga banyak seperti yang telah disebut dalam buku-buku agama. Contohnya bercelak, usap kepala anak yatim, baca Yasin tiga kali lepas maghrib mengikut niat tertentu untuk setiap Yasin dan lain-lain. Yang tang baca Yasin pun orang kata bid'ah, Rasulullah tak buat pun. Tak ada salahnya nak buat pun, bukan berdosa pun wei.

Nak buat, buat, tak nak buat sudah. Yang tak mahu buat jangan pula mengecam orang lain yang buat. Eh, boleh faham ke ayat aku nih? Senang kata ginilah, kalau kau tak nak baca doa awal tahun akhir tahun, tak nak baca Yasin tiga kali, terserah lah, itu suka hati kau. Tapi jangan pulak kau mempertikaikan orang lain yang buat amalan itu. Jangan kau kata salah. Orang lain tu buat dapat jugak pahala, kau dapat apa? Zero kan?

Apa pun amalan yang mendatangkan pahala dan mendekatkan diri kepada Allah, tak perlu dipertikai atau dibahas sangat membandingkan itu dan ini. Yang penting ikhlas dan bukan menunjuk-nunjuk. Allah lebih tahu apa yang berada dalam minda dan hati hamba-Nya.

Akhir kalam, selamat menyambut tahun baru, mudah-mudahan tahun yang akan datang ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Maksud lebih baik adalah dari segi amalan kita dan kehidupan kita. InsyaAllah. Ameen.

18 October 2012

Buang Karang Gigi

Assalamualaikum.

Lagi seminggu kita akan menyambut Aidil Adha. Aku tak ada buat qurban. Family aku pun tak. Jadi kita beraya sekadarnya sahaja. Ah, aku bukan makan daging pun ada aku kesah? Hohoho.

Selasa lepas aku pergi Klinik Pesakit Luar Mahmoodiah yang jaraknya amatlah dekat dari rumah aku. Semuanya gara-gara gigi. Yes, karang gigi atau perkataan lainnya plak/ karies. Seminggu sebelum itu time aku buat checkup di KKIA, kena jumpa doktor gigi kejap. Dia just periksa je then bagitahu gigi awak dah banyak karang ni, tak elok dibiarkan.

Doc: Bila kali terakhir buat pemeriksaan gigi?
Aku: Emm... aaa (sambil berfikir bila eh? Belum sempat jawab doc mencelah)
Doc: Masa sekolah?
Aku: Err..err..

Betul la tu kot last masa form 5 dulu kat sekolah. Gila lama patutlah dah berkarang-karang gitu kat gigi. Adess. Dah 10 tahun kot. Doc pesan lagi suruh buang karang, pergi la mana-mana klinik kerajaan atau private. Bahaya kalau dibiarkan, gigi boleh reput atau tanggal. Ngee tak kan lah aku nak jadi rongak dalam usia sekarang ini?

Maka atas kesedaran itulah aku nekad untuk buang semua karang pada gigi aku ini kat klinik. Karang yang tak berapa nak teruk biasanya terlekat pada celah gusi dan gigi di bahagian dalam dan warna kekuningan. Kalau tahap teruk akan bertukar warna hijau dan hitam dan merebak ke bahagian hadapan gigi pula. Lazimnya karang banyak terkumpul di gigi hadapan bahagian bawah (dalam).

Mula-mula datang awal pagi, peh ramai gila umat, parking pun tak ada. Then, balik rumah dululah. Petang dalam jam 3.00 petang baru pergi semula. Orang still ramai tapi tak seramai pagi. Lepas daftar dan ambil nombor giliran, duduk menunggu. Semua yang dipanggil masuk macam kejap-kejap je. Setau aku dulu kalau cabut ke tampal ke cuci ke nak tunggu seorang tu siap bukan main lama. Peralatan dah semakin canggih agaknya dan doc serta nurse buat kerja pantas dan cekap, itu yang kejap je dah siap.

Dah tiba nombor giliran aku dipanggil, peh cuak lak rasa haha. Aku dengan laki aku dapat bilik yang sama tapi beliau masuk dulu. Aku duk tunggu kat luar pintu bilik ada sediakan kerusi. Ngee memang canggih alat dia. Scaller tak silap aku nama dia.

Tiba pulak giliran aku. Dah siap baring atas kerusinya. Tangan kiri kena pegang ada satu tiup ke paip entah. Doktor pun memulakan tugasnya. Doc mula 'tembak' sasaran karang gigi aku yang bawah. Mula-mula tak sakit sangat, ngilu sikit-sikit je tapi bila dah terkena bahagian gusi yang sensitif, agak menahan kesakitan jugak aku. Sampai terhenjut-henjut jugak la sikit-sikit badan aku tahan sakit. Terpejam-pejam mata aku menahan sakit hahah. Dalam hati bilalah nak siap lambat lagi ke. Ngee..

Doc pun tenangkan aku cakap,
"Sabar ye, tahan sikit. Dah lama tak buang kan?"

Ye doc, bukan dah lama tak buang tapi memang tak pernah buang pun sepanjang aku hidup ni. Sakit rupanya 'cuci gigi' nih.

Bila doc dah habis tembak pakai scaller tu, dia suruh kumur kat sinki sebelah. Wo, banyak darah keluar dan karang-karang yang tanggal pun keluar time kumur. Rasa batu dan pasir dalam mulut (itulah karang gigi yang telah dibersihkan). Dah setel kumur-kumur sampai dah tak ada darah lagi baru aku keluar dari bilik tu.

Dan bayaran hanyalah semurah RM2 untuk cuci gigi atau buang karang/ plak gigi. Teramat murah kan kerajaan? Terbaik lah.

Lepas buang karang, gigi (gigi bawah biasanya) akan terasa kesat dan tak licin. Tapi itu biasa. Bukan sebab gigi terhakis, tapi sebab karang dah tak ada. Memang rasa tak selesa dan lidah aku kerjanya asyik tolak-tolak dan main-main kat gigi bawah tu kengkonon nak bersihkan kekesatan yang seakan pasir.

Bila dah buang karang, perlulah menjaga gigi sebaik mungkin. Rajin gosok gigi dan amalkan berkumur-kumur setiap kali lepas makan. Aku target lepas setahun atau enam bulan aku nak cuci gigi lagi (kalau karang muncul lagi). Pemeriksaan gigi enam bulan sekali atau setahun sekali memang penting tau kawan-kawan. Jangan tunggu lagi. Buat pemeriksaan sekarang dan buanglah karang yang melekat pada gigi dan gusi.

Bagi perokok. karang gigi dia lagi teruk dan bahaya. Begitu juga bagi peminum tegar kopi dan minuman berkaffein. Jadi, berhati-hatilah. Kalau kuat minum kopi, pastikan 'bilas' balik dengan minum air masak banyak-banyak dan berkumur sekerap mungkin.

Akhir kata, jagalah kesihatan gigi anda.


02 October 2012

Di Sebalik Kesenangan Itu

Assalamualaikum.

Peh, tajuk nak ala-ala menyentuh jiwa sikit. Bolehlah. Rasa terpanggil nak buat entri begini ekoran daripada perasaan hasad dengki manusia terhadap kelebihan yang ada pada warga FELDA. Auchh.. sensitif yo, jangan sentap okay?

Bila PM umumkan durian runtuh dan bonus untuk warga FELDA (termasuk peneroka, kakitangan dan anak cucu) maka ramai mencebik lagi tidak puas hati. Tak kurang juga mulut jahat si penfitnah bangsat kata Felda rugi la, peneroka diperbodohkan la. Apa benda kau tak puas hati? Kau tak tahu, kau diam-diam ok? Walaupun aku bukan anak peneroka (cucu peneroka sudah pasti) tapi aku anak staff Felda yang mana aku tahu lah bagaimana abah dan rakan-rakannya bertungkus lumus menguruskan ladang, peneroka dan sebagainya.

So, aku cuma nak imbas sedikit kesusahan peneroka dulu-dulu waktu tanah rancangan baru dibuka. Agak dhaif. Rumah kayu buruk, kecil, elektrik tak ada. Macam kais pagi makan pagi jugak lah. Aku waktu kecil duduk di Felda Sungai Retang, Jerantut, Pahang. Memang Felda tersebut dua tiga tahun dibuka. Mak cerita, tak ada bekalan elektrik pun. Pakai generator (betul ke tah eja ni) je itu pun hanya dari 7.00 malam hingga 7.00 pagi. Aku pun tak berapa ingat, maklumlah kecil lagi. Yang pasti bila berpindah ke Felda Tenang, Johor, semua kemudahan dah ada lah. Tahun 1989.

Kalau menurut cerita my hubby waktu beliau kecil hingga sekolah rendah, lagi kesian kau. Dia memang anak peneroka sejati di Felda Tenggaroh 6, Mersing. Ceritanya, sampai dah sekolah rendah darjah dua ke tiga tah masih belum ada bekalan elektrik. Yang ada hanya bermula 7.00 malam hingga 7.00 pagi. Bila time hari raya puasa dan raya haji barulah ada elektrik 24 jam. Tak ada peti ais, tak ada televisyen. Abahnya beli peti ais bila bekalan elektrik dah dibekalkan. Masa baru-baru ada peti ais, hari-hari emaknya buatkan air manis dibekukan di freezer. Ala-ala aiskrim Malaysia tapi dalam cawan. Macam jakun-jakun sikit dulu. Yela, dulu hidup agak susah. Tandas dan bilik air kat luar. Macam aku yang rumah kakitangan ini memang tandas dan bilik air dalam rumah.

Yang paling touching gitu bila beliau balik kampung, sepupu-sepupu cerita pasal Kamen Rider, Power Rangers dia hanya melopong. Tak pernah tengok sebab rumah sendiri tak ada tv. Dalam hati cemburu campur sedih dan rendah diri. Alolololo kesiannya my sayang ni.. Bila abahnya dah beli tv dan radio, berebut pulak dengan kakaknya, bergaduh. Si kakak nak dengar radio, si adik nak tengok tv. Alahai comelnya kisah you waktu kecil bang. Hahah.

Arwah atuk aku (ayahanda kepada abahku) pun peneroka. Aku sempat jugak merasa tandas dan bilik air di luar rumah masa kecil hingga sekolah rendah. Heheh. Tapi rumah atuk memang dah ditambah dari rumah asal so memang luas dan besar. Biasalah anak ramai dan cucu pun ramai. Hek hek.

Tapi sekarang kalau masuk Felda mana pun di Malaysia ini, keadaan dah berubah. Susah dah nak jumpa rumah asal peneroka tanah rancangan yang klasik itu. Semua dah renovate jadi rumah cantik-cantik. Rumah batu. Dah macam banglo pun ada. Perubahan dalam masa 20 hingga 30 tahun memang amat berbeza. Hai kalau cerita sampai esok pun tak habis. Ceh.

Ok aku nak layan Mara Clara episod akhir. Babai..

*Fakta: Dahulu, kedai D'Mart dikenali sebagai PNF.

01 October 2012

Bajet

Assalamualaikum

Wah gitu. Lama tak update blog, tiba-tiba nak cakap pasal bajet ye? Kui kui. Walaupun macam dah basi agaknya kalau nak cerita pasal bajet 2013 tapi aku bukanlah nak ulas pasal bajet pun. Saja nak mengimbau kisah silam sikit. Cewah.

Aku mula ambil tahu apa itu 'pembentangan bajet' pada tahun 2006 yang mana pembentangan sudah tentu untuk 2007. Tak lah ambil tahu sangat, cuma kebetulan abah yang begitu bersemangat nak tahu apa dia Bajet 2007 sampai buka volume televisyen kuat-kuat. Aku tak tengok cuma dengar dari bilik je. Selama ini tidak ku tahu pula abah memang tiap-tiap tahun tengok pembentangan bajet di tv. Di usia mentah baru 21 tahun bukanlah anak-anak muda nak ambil tahu sangat pasal pembentangan bajet. Betul tak?

Time tu Tun Abdullah masih jadi PM jadi dia lah yang bentang. Yang paling aku ingat pengumuman yuran sekolah rendah dan menengah dimansuhkan. Fuh, untung gila adik-adik aku abah tak payah bayar yuran. Sebenarnya yang paling aku ingat ialah kenaikan gaji sehingga 30% bagi kakitangan awam. abah kemain suka dan seronok sebab tu aku hengat. Aku pun tak pasal-pasal tumpang seronok jugak. Ceh.

Yang aku dapat faham, bagi pegawai gred C kenaikan 30%, gred B 20% dan gred A 10%. Kalau silap tolong betulkan lah heheh. Dah tentu bagi abah yang gred C paling banyak kenaikan. Gred C antara gred 17 hingga 26. Aku yang pada masa itu tak berapa faham apakah itu gred jawatan apatah lagi tangga gaji (contoh; P1T1, P1T2) tetapi turut gumbira dengan pengumuman itu padahal aku bukan kakitangan awam pun. Baru je grad kot tahun itu (diploma). Yelah, gembira dan bersyukurlah abah dapat naik gaji, dapat bonus lagi. Untung kerja gomen yek.

Kemudian tahun depannya pada September 2007 aku dapat kerja pembantu tadbir di MAINJ yang mana gaji dibayar ikut skim perkhidmatan awam lah walaupun MAINJ tu badan berkanun kot. Gaji pokok aku starting at 826.13 kot (ceh, ingat lagi kau) berbanding sebelum kenaikan 30% RM600 lebih. Campur elaun sara hidup, elaun rumah, elaun kesusahan dapatlah RM1,200.00 lepas tolak KWSP. Tapi setahun je la aku kerja coz aku dah sambung belajar di Mesir.

Maka sejak itu aku dah tak ikuti atau ambil tahulah pasal pembentangan bajet. Bila dah habis belajar dan balik Malaysia tahun lepas, baru lah aku tonton pembentangan bajet 2012 yang dibentang Datuk Seri Najib. Ngeh ngeh. Gaji naik lagi 13% tapi kali ini sama rata untuk semua gred jawatan. Selain kakitangan awam naik gaji,diumumkan pula bantuan RM500 untuk pendapatan isi rumah bawah RM3000.00, bantuan RM100 untuk pelajar sekolah rendah dan menengah, bantuan baucer buku RM200.00 untuk penuntut IPT. Zaman aku dulu tak ada pun. Sob..sob..

Bajet 2013 aku tak nak ulas sangat lah dah ramai kot yang bercerita atau mengulas. Pasal gula naik 20sen aku tak ambil peduli. Bak kata Pak Najib, orang Malaysia ramai kena diabetis so pandai-pandailah sendiri jaga kesihatan. Telefon pintar ada rebat? Macam tak berapa setuju tapi tak kisah lah. Mungkin sebab aku bukan penggemar gajet so aku tak teruja langsung.

Apa pun, bersyukurlah seadanya dengan apa yang kita ada dan dengan apa yang kita miliki. Allah kata kalau kamu bersyukur, nikmat akan ditambah, kalau kufur, azab amat pedih.

Ok chowww..






30 June 2012

Setengah Tahun Telah Berlalu

Assalamualaikum.

Diam-diam tak diam, sudah separuh 2012 meninggalkan kita. Esok bermula fasa kedua 2012. Ngeh ngeh. Tak lama lagi dah nak masuk Ramadhan. Kejap je masa berlalu rupanya. Diri pun dah main berusia. 

Waktu ini, setahun yang lalu, aku sedang menghadapi final exam di Mesir. Nak kata study maut tu tidaklah. Hehe. Cuma terkenang je. Dengan cuaca yang agak panas (musim panas la katakan), agak mencabar jugak lah. Naik tremco, jalan kaki. aiseh rindu pulak kenangan itu. Ceh.

Kalau duduk Mesir memang kuatlah fizikal dan mental. Sebab ke mana-mana pun lebih banyak jalan kaki berbanding naik kenderaan awam. Tapi tak ada lah rasa letih sangat pun. Malah lagi seronok. Tak kira la musim panas atau sejuk. Kira stamina agak kuat lah. Bila balik Malaysia dah jadi lembik pulak. Jalan lama dan jauh sikit dah macam penat sangat. Kui kui. Itu agaknya beza bumi Anbiyak.

Baru-baru ini apabila Dr. Morsi diumum sebagai presiden Mesir yang baru, bukan main banyak lagi update kat FB daripada kawan-kawan Mesir. Lama gila tu pilihanraya diorang. Berperingkat-peringkat. Kalau tak silap aku start dalam November tahun lepas kot sampai Mac hari tu. Lepas tu kira undi. Maklumlah rakyat Mesir lebih 80 juta orang. Mudah-mudahan dengan pimpinan baru ini Mesir lebih aman dan maju dan berhentilah segala rusuhan. 

Kalau imbas balik rusuhan awal-awal dulu suruh Hosni Mubarak letak jawatan, pehh.. memang tak boleh lupa. Paling aku ingat waktu aku nak balik Mansurah dari Kaherah. Ramses tak ada bas, tremco pun tak ada. Pergi tempat lain iaitu Abud, pun kehabisan bas. Sampai satu tahap tu, orang Arab naik bas ikut tingkap sebab nak dapatkan tempat duduk, tak nak beratur. Bas dah jalan pun orang Arab masih panjat-panjat bas. Aku masa tu dah lah tak berapa nak sihat. Aku mencangkung dan duduk je sementara tunggu ada tremco atau bas kosong.

Tapi itu dulu lah. Tahun lepas. Sebelum pelajar Malaysia di Mesir dihantar pulang ke Malaysia dalam bulan Februari gitu kot. Waktu itu musim sejuk. Dapatlah balik Malaysia free gitu. Balik Mesir semula pun free. Peh, memang the best ever lah kerajaan Malaysia. Weeeeee.

Sekarang dah dekat 10 bulan dah kot aku di Malaysia since aku balik habis bulan September tahun lepas. Tahun ini raya kat Malaysia lah. Tahun lepas masih puasa dan raya di Mesir lagi. Mesti rindu suasana Ramadhan di Mesir. Nanti aku update lagi.

Babaiii...


p/s: aku rasa sepanjang Julai ni aku nak buat entry mengimbau kenangan silam di Mesir je semua. Haha


04 June 2012

Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum.

Lama jugak tak update blog. Bulan lepas (Mei) langsung tiada entri baru tapi aku tengok kat overview ramai jugak yang tengok/ baca blog aku, ada 850 viewers. Bagi aku angka itu agak banyak kerana aku bukanlah blogger popular. Itu yang tetiba hari semangat nak update blog. Ceh.

Korang kadang-kadang ada tak google yourself? Muahahaha bunyinya macam perasan glamor tokk tapi aku kekadang ada juga google diri sendiri. Aku google nama pena aku la iaitu Seimura. Ececeh. Dah lama juga tak buat kerja ini, tadi aku pun buat. Salah satu carian aku jumpa Seimura di arakian.com. Arakian adalah salah satu laman web sosial yang pernah aku sign up dulu masa aku di Mesir. Tak silap aku macam tahun 2010 ke 2011 entah. Bila baca balik blog yang aku tulis dalam arakian tu buat aku rasa nak gelakkan diri aku sendiri. Ya, di situ, sisi lain diri aku yang gila-gila, brutal, poyo dan lucu masih tebal. Ngeee...

Oleh kerana aku dah lupa password maka aku tak boleh sign in arakian tu hahah. Tak pe lah. Tak penting pun. Aku kan memang suka merepek menulis tentang apa saja di mana-mana blog milik aku. Macam nak kembali ke masa itu di mana aku sangat outspoken (betul ke word aku ni?) Maksudnya aku main cakap lepas je, nak maki ke nak mengutuk ke nak mencarut ke. Tapi peningkatan umur telah membuat aku berfikir banyak kali untuk cakap lepas macam dulu. Uwek rasa nak muntah pulak. Peningkatan umur konon.

Okey sempena bulan Jun ini aku mahu ucapkan selamat hari bapa buat semua bapa di seluruh dunia. wiwiwiwi. Tak lama lagi nak masuk bulan puasa pulak (bulan depan 19 Julai kot). Kepada kaum wanita, dah habis ganti puasa ke? Kekeke. Ganti, jangan tak ganti.

Okey babai...


14 April 2012

Kasih Seorang Abang



Assalamualaikum.

Babak dalam anime Naruto antara yang paling menyentuh hati bagi aku adalah saat kematian Uchiha Itachi. Touching gila siot mau menangis air mata darah. Dah lah hensem, macho pulak tu, mati dah. 

Beberapa minggu kebelakangan ini aku tak terlepas satu episod pun Naruto Shippuden 3 yang disiarkan di TV3 setiap Jumaat jam 7.00 malam sebab episodnya sangat best iaitu pertarungan antara dua beradik; Uchiha Itachi dan Uchiha Sasuke. Dan juga banyak mengimbas semula ketika mereka masih kecil. Comel.





Sasuke ketika bayi dikendong abangnya, Itachi. Alololo comelnya Itachi. Kekeke.






Part yang kerap diimbas kembali dalam anime Naruto. Part Itachi dukung Sasuke. Sasuke yang sangat comel. Itachi ketika ini berumur 13 tahun dan Sasuke 8 tahun.





Dua beradik hensem.


Misi Sasuke mahu membunuh Itachi yang telah menghapuskan seluruh puak Uchiha ketika Sasuke masih kecil. Sasuke yang berumur 16 tahun datang mencabar Itachi di satu tempat rahsia.





Itachi vs Sasuke. Apa kau ingat macho sangat la tu tayang badan? Abang kau lagi macho la. 





Saat-saat genting ketika Itachi mahu mengambil bola mata Sasuke untuk melengkapkan jutsu Mangekyou Sharingan atau Ameterasu yang dikuasainya. Tapi ternyata hanya genjutsu (jurus ilusi) Itachi sahaja bagi menakutkan Sasuke.





Sasuke yang kehabisan chakura dan tidak berdaya menanti saat-saat kematian tatkala Itachi menghampirinya. Rupanya Itachi hanya menyentuh dahi Sasuke seperti yang selalu dilakukan ketika Sasuke masih kecil dahulu.







"Mata awak adalah milik abang."

Ayat yang kerap diulang oleh Itachi ketika dalam pertarungan yang sangat sengit ini. Sebelum pertarungan bermula Itachi bercerita panjang lebar tentang kisah lampau puak Uchiha mengaitkan mata mangekyou sharingan serta kemampuan Ameterasu. Uchiha Madara dan Uchiha Izuna adik-beradik yang paling hebat dalam puak Uchiha serta sangat istimewa kerana kemampuan mata sharingan mereka yang luar biasa. Namun akibat kuasa yang terlalu istimewa ini mata Uchiha Madara telah menjadi buta maka dia mengambil mata adiknya, Uchiha Izuna untuk mengembalikan penglihatannya dan melengkapkan jurus ameterasu miliknya.





Ketika Itachi menekan dahi Sasuke, sebenarnya Itachi telah menyerapkan kemampuan ameterasu ke dalam mata adiknya. Pemberian terakhir seorang abang kepada adiknya sebelum mati. Kemudian Itachi terkulai dan jatuh ke tanah. Nampak seperti Sasuke memenangi pertarungan ini tapi sebenarnya Itachi yang telah merancang kemenangan untuk Sasuke.








13 April 2012

FELDA Dulu dan Kini



Assalamualaikum.

Wah, tajuk entri serupa dengan tagline blog aku lah -> Dulu dan Kini. Hik hik hik. 

FELDA atau dalam bahasa Melayu/ Malaysia bermaksud Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) diasaskan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada tahun 1956. Federal Land Development Authority (FELDA).

Aku bukanlah nak cerita latar belakang FELDA atau sejarahnya. Cuma mahu berbicara kemajuan FELDA dari tahun ke tahun gitu tapi itu pun bukanlah isi pentingnya. Hak, hak.

Sejak lahir aku dah duduk di FELDA bermula dari Felda Sungai Retang, Jerantut, Pahang hingga berumur empat tahun (1989). Kemudian berpindah ke Felda Tenang, Labis, Johor hingga 1998 dan seterusnya berpindah ke Felda Maokil hingga kini. Abah bukan peneroka tetapi Penyelia atau Pegawai Felda, jadi sebab itulah berpindah-randah. Namun abah adalah anak peneroka Felda Sri Ledang, Ledang (dulu Jementah), Johor.

Oleh kerana aku sekolah asrama maka aku jarang balik kampung (maksud aku balik Felda Maokil la). Setiap kali aku balik, pasti ada perubahan pada sebahagian rumah peneroka di Felda aku. Keadaan ini berlanjutan hingga lah aku menyambung pengajian di Mesir. Hingga kini (2012), kalau kau masuk Felda Maokil dan round-round satu Maokil melihat rumah peneroka, kau akan rasa kagum gila. Semua rumah batu dan macam banglo. Cantik-cantik semuanya, bermacam design dan warna.

Aku kadang-kadang pergi kedai ke atau mana-mana ke memang suka sangat tengok rumah-rumah peneroka kat Maokil yang sangat cantik dan besar pula. Nanti aku akan upload la gambar-gambar sebahagian rumah peneroka di Maokil ini.

Beruntunglah peneroka-peneroka FELDA yang mendapat pelbagai kemudahan dan kesenangan. Setiap peneroka memang diberi peruntukan untuk membaikpulih rumah menjadi lebih selesa. Itu sebabnya masing-masing pun buat renovation pada rumah masing-masing. Bukan setakat rupa bentuk rumah je yang jadi baru dan cantik malah halaman rumah pun turut dihiasi dengan bunga-bunga yang cantik serta tanaman sayur 'edible garden'.

Tapi kalau rumah besar pun kalau cuma duduk berdua je tak best jugak. Anak-anak yang dah bekerja di luar (bandar) dan menetap di luar mesti lah jarang balik. Whatever. Bila raya seronoklah berkumpul sesama anak cucu. Rumah besar dan selesa. Ye dak? Hehe.

Ok lah aku mahu chow dulu. Bai.



09 April 2012

Trip to Hurghada



Assalamualaikum. 

Amboi, berkurun baru lah aku nak buat entry pasal ini. Aku pun dah tak berapa nak ingat la waktu dan jam yang tepat so aku cerita secara rambang sahaja. Aku bertolak ke Hurghada pada 27 Julai 2011 dengan menaiki bas. Ada dua bijik bas yang ke sana untuk trip ini. Umat yang berada di dalamnya datang dari pelbagai pelusuk negeri antaranya Mansurah, Kaherah, Tanta, Iskandariah (Alexandria), Zaqaziq dan lain-lain lagi. 

Bas bertolak dari Kaherah jam 2.00 pagi kot. Perjalanan mengambil masa enam jam lebih kurang tapi bertambah jadi lapan jam agaknya coz ada singgah berhenti solat Subuh. Lokasi pertama kami melawat ialah White Beach. Jom layan gambar. Weeee~






Gambar di snap waktu aku berdiri di atas titi. hik hik.




Sejernih air di laut... (nyanyi sikit).









White Beach at Hurghada.





Apesal kabur plak ni.





Seronoknya mandi-manda.



Aku dan kawan-kawan tanpa membuang masa cari port best dan mandi-manda. The other girls malu-malu la tu kot nak mandi atau jaga imej tak mahu pakai baju renyuk dan tak gosok. Eh? Hahaha. Sebelum masuk dalam White Beach ni kami sempat la beli sunblock dari kedai berhampiran (farmasi). Tapi tak membantu sangat coz hasilnya kulit tetap terbakar dan gelap. Ouchh..

Melepak dan jalan-jalan kat pantai ni sampai zuhur kalau tak silap aku. Lepas tu makan then terus bergerak ke hotel untuk check in.

bersambung...

06 April 2012

Easy Way to Get Google Adsense

Assalamualaikum.

Salam pagi Jumaat buat semua. Hari ini sudah 6 April ye sahabat semua. Tajuk entry in English tapi entri dalam Bahasa Melayu? Hohoho.

Ok kalau korang perasan, aku dah pasang iklan Google Adsense dalam blog aku ini dan juga blog-blog yang lain (gila tamak). Aik, sejak bila aku mula berjinak-jinak dengan dunia pengiklanan dalam website? Banyak ke duit kau dapat? Sebenarnya bukan kerana income semata-mata. Sekadar percubaan dan suka-suka gitu. Lagipun aku tak pasang nuffnang, adverlet (aku salah eja tu), innit dan apa-apa lagi entah aku pun tak berapa nak tahu.

Kata orang, google adsense susah nak approve blog dalam bahasa Melayu. Betul ke? Sebenarnya memang betul. Habis tu blog kau ni apa hal macam senang je? Dah la traffic slow. Unique visitors pun berapa kerat je. Pendek kata tak layak langsung lah untuk apply google adsense. Aha... biar aku bongkar rahsianya. Ceh, macam la orang nak tahu sangat. Hehe, sesiapa yang nak tahu bolehlah terus membaca.

Pertama sekali terima kasih banyak pada Encik...... Errr aku lupa namanya aku cari kejap hahah.

Damn! aku tak ingat password wth? Maklumlah aku dah lama tak bukak e-book tu berkurun dah. Ok sebenarnya begini ceritanya. Akhir tahun lepas ada seseorang telah membeli e-book pasal adsense ini lah then dia bagi kat aku suruh try. Baca dulu lah e-book tu. Nak bukak ada password nya dan aku dah lupa apa dia entah. Ada dalam 200 lebih muka surat gitu aku baca semuanya tanpa ada tinggal satu pun. Eceh.

Memang sangat banyak stepnya untuk dapatkan google adsense. Aku jamin kau akan rasa tension dan pening sampai rasa nak muntah. Hoho. Antaranya yang aku ingat kena buat entry dalam english selama 14 hari berturut-turut. Selepas itu kena pergi blog-blog popular (e-book dah senaraikan), baca entry and drop komen dan letakkan link blog kita. Pun kena buat dalan 14 hari berturut-turut jugak. Dan syarat-syaratnya memang sangat ketat.

Acara kemuncak ialah... jeng jeng. Pada helaian-helaian terakhir e-book tersebut dia telah membongkarkan satu rahsia untuk dapatkan google adsense dengan pantas iaitu sign up akaun indyarocks.com atau akaun docstoc.com. Nak sign up dua-dua pun boleh macam aku buat haha. Tapi akaun google adsense aku di approve melalui indyarocks. Apa-apa hal kena sign up google adsense dulu lah baru sign up indyarocks atau docstoc. Aku pun tak berapa ingat tapi macam itu lah haha.

Walaupun google dah approve lama aku punya adsense tu (akhir tahun lepas) tapi iklan hanya keluar di profle indyarocks aje lah. Hanya sekarang baru aku pasang di blog pula. Nak test gitu. Tapi sangat senang la nak pasang iklan google adsense di mana-mana sahaja bila google dah approve. Soal earnings jangan berharap sangat atau difikirkan sangat. Ada rezeki, ada lah. Kalau blog korang jenis ramai pengunjung, tak rugi la pasang google adsense. Aku pasang ni suka-suka je macam seronok pulak tengok blog aku dah ada iklan. Wakaka.

Ada soalan kah? Boleh tinggalkan di ruangan komen. Shoutbox susah aku nak jawab sebab ruang kecik dan terhad. Ok baiii.

04 April 2012

Ini adalah Keputusan yang Tepat

Assalamualaikum..

Selamat pagi Rabu buat semua. Tak ada istilah #wordless wednesday bagi blog aku ini. Malah hari ini aku akan membebel dengan sebanyak-banyaknya sampai termuntah-muntah korang nak habiskan baca entri kali ini. muahahaha!

Ok rupa-rupanya aku tak update langsung blog aku untuk bulan Mac. Tahun ini sangat tidak produktif ye tuan puan. Actually blog aku yang tak seberapa ini sudah berusia tiga tahun. Aku mula menulis blog start Mac 2009. Iklan kejap. Sila dapatkan akhbar Utusan pada hari ini di mana ada kesah blogger popular Fatin Liyana di ruangan sisipan Mega. Ngahaha tak ada kaitan dengan aku pun.

Saat ini aku berada di rumah a.k.a my hometown, Labis atau lebih tepat di Felda Maokil. Boleh google maps sekarang kalau tak tahu lokasinya di mana. Ahaks. Habis tu kau tak kerja hari ni? Shhh... shut up, nanti aku cerita pasal tu lain kali. Ceh. Best duduk rumah boleh tengok semua cerita kat tv yang aku minat. Ngeh, ngeh. Yang penting jauh daripada tension dan stress. Opss..

Waktu itu aku macam masih taradud (berbelah-bagi) dengan tindakan dan keputusan yang aku buat. Tapi kali ini rasanya aku sudah yakin dengan keputusan aku dan Allah telah tunjukkan jalan. Aku yakin dengan rezeki yang Allah beri untuk aku. Mungkin tempatku bukan di sana atau jodoh tak panjang. Aku tak boleh menipu diri sendiri yang kononnya aku boleh bertahan dan terus bertahan sedangkan hati aku memberontak. Lagipun niat asal aku lain, bukan nak duduk lama.

Kelmarin (Isnin) abah nampak marah betul bila tahu aku dah berhenti kerja. Actually aku belum berhenti lagi cuma ambil cuti tanpa gaji. Tapi lepas-lepas tu abah tak marah pun cuma bagi ceramah untuk guwa la kan as usual hohoho. Walaupun begitu (ceh ayat skema kau) aku juga telah menyenaraikan sebab-sebab aku nak berhenti terus andai benar abah mahu tahu. Jadi aku mahu senaraikan di sini haha.

1) Aku tak faham menatang apa PBS (pentaksiran berasaskan sekolah) tu yang semua cikgu kena buat. Memang semua sekolah pun kena buat tapi aku tak faham dan banyak lagi kerja lain yang lebih penting aku perlu bagi perhatian seperti mengajar.

2) Aku agak pening dengan jawatan dan tugas aku sebagai s/u ko-kurikulum. Rekod setiap pelajar menengah kena buat, pengiraan markah dan macam-macam lagi membuatkan aku bertambah pening dan stress.

3) Aku tak berapa confident nak mengajar bahasa arab tingkatan satu dan dua. Rasa tak layak la derr.

4) Masalah buta jawi. Adoi. Susah nak cari masa untuk buat kelas intensif sebab aku bergerak pun orang yang hantar pergi dan balik.

5) Suasana yang kurang menyenangkan, waktu kerja yang panjang dan tak berapa nak ada rehat. Asal balik kerja je mesti aku macam keletihan gila, malam mesti tidur awal. Betul-betul tak ada life la bak kata kawan aku. hehe.

6) Gaji yang tak seberapa? Aku tak nak sebut sebab yang keenam atau yang terakhir ini sebab duit bukanlah keutamaan atau segalanya. Guru lain pun ok je. Tapi dalam hati masing-masing aku tahu mesti ada rungutan lebih-lebih lagi semua guru menengah ada Ijazah Sarjana Muda you alls.

So wajar ke sebab-sebab yang aku bagi tu untuk aku letak jawatan? Lantaklah orang nak fikir apa. Aku tak tahan cabaran ke, aku mata duitan ke, aku tak ikhlas ke, aku tak ada sifat pendidik ke suka hati lah orang nak cakap apa. Macam aku cakap tadi aku tak boleh menipu diri lagi dan berpura-pura boleh bertahan padahal dalam hati memberontak. Setiap manusia ada tahap dia sendiri tak kisah lah dari segi kesabaran, kecekalan, kemarahan dan lain-lain.

Dan tanggal Isnin lalu, aku pun pulang ke kampung membawa hati yang lara, ceh. Bukan hati yang lara tetapi hati yang masih tertanya-tanya apakah benar tindakan aku ini? Guess what? Malamnya aku bukak internet and tengok laman web spaj ada iklan jawatan kosong. Bersinar-sinar mataku tengok ada dua jawatan yang sesuai dengan kelulusan aku. Eceh.

Tak ada salahnya mencuba. Kalau betul rezeki aku, Allah akan beri, kalau bukan, mungkin lain kali. Yang penting sudah berusaha dan mencuba. Tarikh tutup permohonan 20 April. Aku dah isi borang online dan dah print out. Cuma salinan-salinan sijil yang spaj minta aku belum setelkan lagi. InsyaAllah aku akan setelkan dalam minggu ini dan poskan dalam minggu ini juga. Doakan aku. Hehe.

Al-kisahnya tak silap aku Februari lepas spaj ada buka jawatan kosong Pegawai Syariah S41 dan aku pun mohon juga walaupun bidang aku lain sebenarnya, tak layak kot nak mohon. Tapi saja nak meriahkan permohonan biar nampak macam ramai yang mohon cewah. Padahal ada ramai kot kelulusan Sarjana Muda Syariah Islamiah yang mohon jawatan tu. Sampai sekarang tak ada panggil pun temuduga. Maknanya borang aku dah direject la kot sebab kelulusan tak sesuai. Wakakaa.

Ok cerita lain pulak. Khamis lepas aku sempat pergi UTM ada karnival dan pameran bagi sesiapa yang nak lanjutkan pelajaran gitu. Masuk MHI gitu edisi Jumaat (esoknya). Bukan aku yang masuk tv tapi karnival itu la, tv3 buat liputan. Agak menarik. Aku ada cita-cita nak sambung master tapi bukan dalam masa terdekat ini. Just ambil pamplet dulu la kan. Ngeheheh. Berdasarkan kos aku, aku boleh ambil bahagian Sumber Manusia rupanya selain Tamadun Islam. Terbaik.

10 tahun lalu ketika nak ambil SPM. Mungkin tak siapa pun tahu ke mana hala tuju mereka 10 tahun akan datang. Mungkin masih samar-samar bidang apa lah aku boleh ambil bila masuk U. Setelah 10 tahun ini, aku nampak ramai kawan-kawan aku (batch 11 smakj) yang dah berjaya dalam bidang masing-masing. Yang  jadi doktor, yang jadi akauntan, ustaz selebriti, guru-guru DG41, pensyarah, usahawan dan macam-macam lagi lah. Syabas kawan-kawan. Hehehe.

Kalaulah diberi peluang menaiki mesin masa dan kembali ke 10 tahun lalu, apa yang aku akan buat? Jeng jeng jeng....

4 April 2002...
Apa? Tak ada subjek yang aku boleh skor A? Semua susah maa... BM pun susah nak dapat A. Adess..


ok bai...






17 February 2012

Campur Tolak Darab Bahagi

Assalamualaikum warahmatullah..

Helo, helo, helo. Sorry aku masih tak dapat sambung story jaulah Hurghada. Entah apa-apa tah aku ni macam la busy sangat. Sebenarnya agak busy, aku tak tipu wooo...

And today is 17th February 2012. Wow! Aku tumpang menulis kat laptop seorang akak ni kat bilik guru. Eh? Aku dah jadi cikgu ke sekarang ni? Okay, stop it. Mungkin aku akan diketawakan sebab jiwa aku bukanlah ke arah menjadi seorang pendidik/ guru. Tapi, once aku telah menceburinya, aku akan jalankan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Cewahh. Maksudnya sedaya upaya memajukan diri dan ikhlas benar-benar kerana Allah. Banyak pulak membebel.

Esok aku balik kampung. Wiwiwiwi. Bukan kampung yang bermaksud rumah atok aku, tapi rumah my parents la gitoo. Aku jangka cuti sekolah bulan Mac nanti baru dapat balik sebab agak sibuk tapi inilah namanya rezeki, ngeh ngeh ngeh.

Wei, aku pelik ni kenapa kotak kargo aku tak sampai-sampai lagi ke rumah? Mentang-mentang la Johor paling hujung, kau sengaja lambat-lambat hantar barang ke rumah kami yang duduk Johor ni ye? Ceh, aku marah siapa ni? Hohoho. Aku sebagai wakil anak-anak Johor ingin meluahkan rasa pelik dan musykil kenapa lah lambat sangat nak sampai ustaz oiii. Dah dekat lima bulan ni kot? Padahal kargo yang sebelum tu paling lambat pun tiga bulan. Apa sudah jadi?

Aku rasa agak happy dengan apa yang aku buat sekarang. Yep aku mengajar subjek sekolah menengah yang sukatan mata pelajarannya dah tak sama dengan zaman aku dulu. Semuanya baru. Hek hek. Dalam masa yang sama aku turut belajar dan mengulangkaji. Terutama subjek Pendidikan al-Quran dan As-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah tingkatan empat dan lima. Cuma yang tak berapa best bila ada pelajar buta jawi. Ini merupakan cabaran besar la bagi aku.

Ok aku nak stop sebab macam dah boring, nak mencari hiburan sekejap, huahuahua. Ok bai.





08 January 2012

Hurghada

Assalamualaikum.

Testing. Hai, apa khabar semua.


Hohoho. Rasanya macam dah lama tak letak gambar kan? Gambar di atas ini diambil ketika aku berada di atas bot. Lokasi di Hurghada, Egypt. Aku dan beberapa rakan 'melancong' di sana pada akhir Julai tahun lepas. Sepatutnya aku buat entry catatan perjalanan seperti yang dulu-dulu (Sinai, Dahab, Matruh dan lain-lain) tetapi aku sangat sibuk waktu itu dan tak sempat.  Bila dah balik Malaysia dah ada kelapangan, aku terasa macam dah basi pulak cerita holiday di Hurghada. Haha. Itu sebabnya aku tak buat catatan perjalanan macam dulu-dulu. Cewah, macam la lama sangat.

Tapi aku rasa perlu jugak aku cerita dan kongsi pengalaman melancong ke sana. Beserta gambar-gambar menarik ngeheheh. Tapi nanti lah ek. Kui3.

Ok cukup setakat ini ye kawan-kawan. Babai..


04 January 2012

Aishiteru - Zivillia Band

 Aishiteru - Zivillia Band


Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang ku berpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…

reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
pada ketulusan a a ai aishiteru

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu ku curiga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk ke dalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
pada ketulusan a a ai aishiteru

Bridge:
saatku sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
lupakan segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
ku mohon kau kembali


Kimiga tuokukitemo (even though you're far away)
Kiminoi ga tsunagaru kara (yesterday’s memory bonding us)
Shinjiteruyo shinjiteruyo (I believe in you i believe in you)

03 January 2012

Rindukan Musim Sejuk Di مصير


 

Assalamualaikum.

 

Saat ini setahun yang lalu aku berada di bumi Mesir yang diselimuti kesejukan dek kerana musim sejuk. Malam menjadi lebih panjang. Memang syok woo tido. Hihihi.

 

Pakai baju sejuk dan sweater 24 jam gitu. Tapi kemuncak musim sejuk adalah pada bulan Disember dan Januari. Setiap kali hujan, suhu akan menjadi bertambah sejuk dan waktu itu kau akan melihat asap keluar dari mulut bila bercakap. Kekeke.

 

Tiga tahun bukanlah satu jangka masa yang lama. Bak kata orang, pejam celik pejam celik je, eh, dah habis? Yang kelakarnya, setiap orang yang aku jumpa setelah pulang ke Malaysia tak kira lah saudara mara atau rakan mengatakan ayat yang sama; “Eh, dah habis belajar ek? Macam kejap je ek?” 

 

Sorry tulisan besar sebab aku taip kat word dulu baru copy paste. Dah lama tak post entry. Tadi aku try guna blogger new look kejap. Then bila taip-taip keluar tulisan hape tah, aku pun tukar balik guna yang lama. Biar old skool jangan jadi bangang sebab tak tahu guna yang baru. ok.

Sambung cerita winter. Ngahaha. Semalam Angah call dari Mesir guna ID lowrate aku. Dia minta izin guna ID aku untuk call mak dia, haha. Sebelum dia minta izin tu aku cakap, "Angah kalau nak guna ID Along untuk call orang lain selain Along pun tak pe, guna je." Rindu kat kawan-kawan di Mesir terutama ahli bet akulah, Angah, Achik, Alang dan Anje. Rindu kat mama tuan rumah jugak.


Di saat tempat aku tengah panas terik, aku mulalah teringat suasana di Mesir terutama Mansurah. Kan best kalau sekarang kat Mesir, tengah musim sejuk. Weeee. Bukan tak bersyukur, cuma terkenang bumi yang pernah aku duduki untuk menimba ilmu. Eceh, ayat nak jiwang. Poinnnkkk.


Rindu nak pakai baju tebal-tebal, meredah hujan dan lecak, meredah kedinginan kabus pagi, berjalan kaki dan menaiki tremco. Rindu nak tidur berselimutkan lihaf. Kui3. Rindu nak menaiki puncak Sinai. Wowowo.


Ok baiklah, cukuplah setakat ini merindukan masa lalu. Ngeee. Kalau ada rezeki, pasti aku akan ke Mesir lagi. 


Babai.



 

 

 

 


 


 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...