23 January 2010

Kenali rumahku di Mansurah, Mesir. (part 2)


Pintu masuk rumah aku.



Sebelah kiri tu pintu dapur.



Ruang dapur rumahku yg comel dan kecil. Limit leh masuk 3 orang je dlm satu2 masa. Kalau terlebih akan berlaga bontot bile nak lalu huhuh.



Ruang tengah rumah aku. Kami berlima makan kat sini la. Beralaskan saprah n duduk bersimpuh ala2 gadis melayu terakhir. Auww!



Sebelah kiri adalah pintu bilik air, sebelah kanan pintu dapur, tgh2 tu mesin basuh. Dapur n bilik air kecil je xla besar. Kami bersyukur seadanya..



Sebelah kanan adalah pintu bilik aku. Bilik aku plg dekat ngn bilik air.



Aku berdiri kat pintu dapur mase snap gambar ni. Tiga2 tu adalah pintu bilik kami.



Pintu bilik Along (aku) dan Alang.



Pintu bilik Achik dan Adik. (sebelah bilik Along dan Alang)



Bilik Angah. Angah duk sorang sbb bilik ni paling kecil.



Jadual memasak chef2 Al-Mawardy.



Carta organisasi (cehh).



Pehhh sejuk gilos skrg ni aku menggigil2 menaip. Weeee. Pd td time sidai kain berasap2 idung n mulut bile bernafas n bercakap. Dalam umah pun berasap2 bile bercakap (bkn asap rokok ok). Bile sejuk2 ni mata mmg cepat mengantuk dan asyik nak tido je. Kalau dpt tido 18jam sehari alangkah indahnya...hahah. Melampaunye.. kalah baby baru lahir.

Smlm adik aku tetiba wat entri pasal aku kat blog dia n aku serius terharu giler wei. Yg lg best beliau telah memecahkan rahsia aku yg suka menulis n mengarut2 dlm tulisan muahahaha. Memang benarlah ape yg beliau ceritakan pasal aku tu bukan bohong.

Tapi Sarah memang blogger fames la kan aku cuma blogger amatur sekadar memeriahkan dunia blog kuing3..
Tapi mungkin masih ramai confuse sape kakak sape adik ni? Aku adalah kakak sulung yg lahir tahun 1985 dan Sarah lahir tahun 1987. Dah clear skrg? Huhuhu.

Kali ni aku cuma amik gmbr keadaan dlm rumah shj n kedudukan bilik2. Xsangka lak ramai teruja ngn pic2 sbl ni n mintak aku upload lbh byk gmbr lg. Asalnya mmg nk tunjuk pd Sarah n suruh dia save tp dh namanya pun blogger mst la semua org tgk. Hoho.

Di entri lain kali aku akan upload pic2 lain plak. Kat mana dan apa dia? Biarlah rahsia..hua2.

p/s: serius aku ngantuk gile ni mcm nak tido tp ptg ni giliran aku masak lak. Adehh..

22 January 2010

Hari Jumaat Yang Indah


Balkoni rumah aku...

Cinabeng!! Aku mula nak maki!! Hari ni Jumaat, skrg kul 12.06 tgh hari dah masuk waktu Zuhur. Tp lum start khutbah Jumaat lg.

Ape yg aku nak maki ialah line internet aku yg tibe2 cam bangsat!! LEMBAP gile bile upload pic n sgt2 buat aku hangin satu badan! Pd hal pg td ok je aku siap blogwalking lg. Skrg ni amat mustahil nk blogwalking sbb line lembap nak mampus!!

Kdg2 line umah aku ni mmg cam cibai. Kdg2 dia akan jd lembap sgt2 dlm 5minit ke gitu la bergantung. Pastu tibe2 laju balik.





Masih di balkoni. Ampaian tempat kami sidai kain.


Kan aku dah kata line umah aku ni bengong! Jap elok jap xelok. Aduyai.. Skrg ni line laju la pulak, cantik semacam. Ah lupakan pasal line tenet umah aku ni. Jom enjoy tgk gmbr2. Weeee..




Pemandangan dari hujung balkoni rumah aku. Bangunan sebelah sana (sblh tembok) ialah kuliah banin (kuliah pelajar lelaki).




Ok aku zoom cket kat bangunan kuliah banin ni hahaha.


Sori xbyk sgt gmbr aku tunjuk. Tunggu entri lepas ni ye. Hari ni Jumaat, cuti so aku duk umah je xgi mana2. Surirumah time la...ngahahahah.


p/s:- suhu tgh hari ni cuma 8 darjah celcius je percaya tak? percayalah..betul ni cuma 8 darjah celcius je wei! sejuk woo..




21 January 2010

Kenali rumahku di Mansurah, Mesir. (part 1)


 Lorong rumah aku...



Lorong rumah aku.



Pintu grill rumah aku. Sebelah kanan tu garaj keta baba (tuan umah).





Rumah aku tingkat dua seperti gmbr di atas.


Kat tingkat bawah tu aku xtau tempat ape tah.



Tingkat 3 adalah rumah mama (tuan umah). Tingkat 4 umah anak2 dia.



Kat sblh kanan tu ade suis loceng n butang interkom.



Tangga nak naik ke tingkat atas.



Tangga lg satu utk sampai ke rumah aku.



Tadaa... pintu rumah aku. Nama rumah aku; Bait Al-Mawardy.



Pintu rumah sebelah (berhadapan dgn pintu rumah aku).



Tangga nak naik ke rumah mama.


Teruja ke tgk gambar2 ni? Hahaha...biase je kot? Khas utk tatapan Sarah (ko blh copy paste pic2 ni tunjuk kat famili hahah). Dan juga utk tatapan rakan2 blogger yg disayangi. Heheh.

Sedikit info mengenai rumahku...

Alamat : No 21, Syari' Mutafarri' off Syari' Mustasyfa Dauli, Madinat Salam, Mansurah, Mesir ( No 21, Jalan Mutafarri' off Jalan Hospital Besar Negeri, Bandar Salam, Mansurah, Mesir).

Ahli rumah : 5 orang

Sewa sebulan : LE350 @ RM270

Keluasan rumah (eh??) : 2 bilik tidur yg besar (siap balkoni), 1 bilik tidur sederhana, 1 bilik air, satu dapur, 1 ruang tengah.

Kelengkapan sedia ada : Peti ais, kelengkapan dapur, sakhonah (air panas), katil, almari n mcm2 lg lah.

Suhu sekarang : 11 darjah celcius <--------- ini mcm xde kaitan, abaikan.

Sekian dahulu untuk kali ini (skema gile). Gambar2 menarik akan aku upload lain kali. Chow!!
            

20 January 2010

Sentap Sekejap. Adakah Ini Cuma Kebetulan Atau.....

Assalamualaikumwarahmatullah....

Renungkan..
27-11-2009 Jumaat Hari Raya AidilAdha,

18-12-2009 Jumaat Tahun Baru Hijrah,

25-12-2009 Jumaat Sambutan Krismas,

01-01-2010 Jumaat Tahun Baru Masihi,

26-02-2010 Jumaat Sambutan Maulud NABI SAW,

02-04-2010 Jumaat Matinya Yesus Kristus,

28-06-2010 Jumaat Hari Wesak,

05-11-2010 Jumaat Sambutan Depavali,

10-09-2010 Jumaat Hari Raya AidilFitri,

01-01-2010 Jumaat Gerhana Bulan,

15-01-2010 Jumaat Gerhana Matahari;

Kepada semua kenalanku..sepertimana yang kita tahu melalui sabda Nabi MUHAMMAD SAW bahawa hari khiamat juga akan berlaku pada hari JUMAAT...sama2lah kita berdoa,beristigfar memohon keampunan dan keredhoan daripada ALLAH SWT.. renungan bersama..


Aku dpt msg forward ym drpd sorang kawan. (mungkin korang pun ade dpt kot?). Aku agak tersentak dan terfikir2. Aku pun bkn rajin tgk kalendar apatah lg duk Mesir ni mana ade kalendar Malaysia yg highliht setiap cuti n hari2 kebesaran atau perayaan. Mmg aku xtau lgsg la.

Tp aku perasan la raye haji 2009, awal Muharam 1431, tahun baru 2010 semua tu hari Jumaat. Gerhana lak aku xperasan. Kita mmg xtahu bila akan berlakunya hari kiamat tp kita memang perlu selalu perbaiki diri, bertaubat n mohon keampunan drpd ALLAH.

Mungkin mesej di atas agak menggerunkan tp InsyaAllah, selagi masih ada 'alim 'ulama di dunia ni... kita masih ada peluang perbaiki diri.

Antara2 tanda2 kiamat ialah matinya semua 'alim 'ulama (org2 yg berilmu) dan paling hampir ialah apabila nama ALLAH tidak lg disebut oleh manusia di dunia ini.

Kita patut bersyukur kerana azan sentiasa berkumandang di seluruh dunia selama 24 jam sehari semalam dan setiap saat. Ini kerana umat Islam berada di seluruh benua n negara dan time zone kita berbeza2 bg setiap mukim, daerah, negeri, negara dan benua. Di mana ada umat Islam, di situ akan berkumandang azan menandakan masuk waktu solat yg lima waktu.

Ini sangat menakjubkan di mana azan sentiasa berkumandang setiap saat. Subhanallah. Percayalah fakta ini. AlhamduLillah kuasa Islam sbnrnya masih besar di dunia ini. Sama2 lah kita berdoa demi kesejahteraan umat Islam seluruhnya dan mudah-mudahan kita mati dalam iman InsyaAllah... amiinn...(mudah-mudahan jugak mati sblm berlaku kiamat...ngeee...).

Entri ini adalah untuk peringatan diriku jua.



19 January 2010

AKU BLOGGER PALING.....

SIMPLE, SEMPOI DAN MALAS!!!

Sebab apa aku ckp mcm tu? Sebab aku xtukar2 lg template aku ni. Masih pakai classic punya. Pd hal usia blog ni dh dekat setahun kot (akhir Mac ini) dan aku aktif post entri n 'hidupkan' blog aku ni sejak bulan November tahun lepas.

Ok biarlah aku berterus terang yg aku memang TAK RETI tukar template. Gahahahahaha!! (gelak lah kuat2 n guling2 aku xkisah pon!). Keja tukar template sgt2 rumit, kena salin code la, download itu la ini la, xml n ape kejadahnye tu aku tak faham langsung!!

Ia sgt2 leceh n aku MALAS nak buat sbb amik masa yg lama (sbb aku xreti). So kpd sesape yg berhati mulia mahu ajar aku dgn sabar sila tawarkan diri. Heheh. Atau lg mudah, buatkan terus utk aku, aku bg password...(bunyi2 mcm bahaya tawaran ni).

Adehh aku mmg malas la nk tukar template. Buruk sgt ke template classic ni wei? Xceria ke? Aku peduli apa pasal template yg penting aku suka menulis n layout bg aku xpenting langsung.

Hbs tu knp tibe2 aku peduli pasal template n layout ni? Kerana...
1- Ade reader cdgkan tukar layout yg posting dia luas. (bro sham)
2 - Ade org komen blog aku kurang ceria n xceria walaupun entri aku kdg2 best n menarik.
3 - Aku ade pembaca setia (followers n silent reader) *walaupun xramai. So mgkn dlm hati mereka pun berkata aku patut tukar template tp xbgtau aku terus terang takut aku kecik hati. Haha.

Jadi di sini ade beberapa soalan untuk kamu wahai pembaca blog 'putericahayapermata.blogspot.com' @ 'aku dulu dan kini'.

1) Perlukah aku tukar template / layout?  jwpn:- perlu / tak perlu
2) Kalau perlu, template mcm mana yg sesuai ngn blog aku ni?
3) Korang sbnrnye suka bace entri aku atau suka tgk layout blog aku? hahahaha...

Ok sila jawab dgn jujur dan ikhlas pd ruangan komen. Segala cadangan amatlah dialu2kan. Sekian terima kasih.

p/s:- ucap padan muka kpd anonymous sbb dh xleh komen kt blog aku ni. huahahahahahaa!!!

18 January 2010

Jepun dan pengaruhnya.




 

 

 

 

 

 


Aku xde keja upload pic kimono byk2. Tahukah anda bahawa kimono ambil masa berjam2 utk dipakai? Lebih lama drpd menyarung baju pengantin. Aku teringin jugak nk pakai n harap2 satu hari nnt aku dpt pakai kimono ni n bergambar puas2 ngahahahah.

Pengaruh cerita, komik n anime Jepun begitu kuat dlm diri aku hingga nak pakai pakaian tradisional bangsa Jepun! Hihih.

Pakaian tradisional Jepun bg lelaki n perempuan lbh kurang sama shj iaitu ala2 baju silat tp lbh labuh.

Antara anime n manga yg masih kekalkan pakaian tradisi ini ialah :-
Kyo Samurai Deeper ( paling banyak. semua watak).
Samurai X (hampir semua watak).
Kekkaishi (bila dlm pertarungan ).
Bleach (bila dlm pertarungan).

Tapi pakaian tersebut juga bukanlah fesyen yg sama shj. Ade jugak kelainan mungkin ade yg seksi n singkat (kalau watak perempuan) dsb.

Ok pd yg bukan peminat manga n anime mst boring ngn entri aku ni hahahah. Xpe lah kan. Kepada sesiapa yg nak tambah contoh2 anime yg masih pakai pakaian tradisi Jepun adalah dialu2kan.

p/s :- selalu berangan pakai baju tu n main pedang. weeeeee....



Aku Bukan Budak Nerd




 

 

 

 













Assalamualaikum....

Ok kali ni just nak upload2 pic shj xde cerita sgt. Gambar2 ni diambil ketika aku nak cari 'mushaf maudhi'ee' (Quran dgn muka surat berwarna warni mengikut tajuk n cerita dlm setiap Surah). Quran jenis tu mmg xde jual kt Malaysia setakat ini. Sape nak tgk isi kandungan Quran tu mcm mana sila angkat kaki. Aku blh upload lain kali.

Ok kt tempat aku ni, Madinat Salam mmg terkenal ngn gedung kitab2 gitu. Ade byk kedai kitab sbnrnye tp kedai yg plg femes n plg besar Maktabah Al-Fayyad namanya. Korang kalau masuk dlm maktabah ni mmg rasa kagum n teruja sgt2 la wa ckp lu. Baaaaanyak sgt kitab2 mcm2 jenis n kategori, mcm2 saiz..(tp semua dlh bahasa arab la). *lg satu owner n tokey sumer kacak2 belaka muahahahah (xde kaitan). Tapi gambar2 ni bkn kt maktabah Fayyad, maktabah lain.

Aku xla byk beli kitab pun kt kedai2 ni dikhuatiri hanya jadi hiasan di rak tp xbaca pun..(kebanyakan org mcm tu). So aku hanya beli yg mana aku perlukan sahaja. Heheh. Lagi satu aku bkn faham sgt bahasa kitab hahaha. Lg2 kalau penuh sastera gitu. Hihih.

Eh td aku kata mcm xde cerita sgt tp panjang lak aku menaip. Hohoh. Tak kisah la tu. Dan yg paling poyo entri xde kaitan lgsg dgn tajuk. Bangangnya... adehh.

p/s :- sbnrnye tajuk tu aku letak last sekali lepas hbs menaip cerita. Dush!

17 January 2010

AKU NGADA2 JE KOT? POYO BETUL!


Assalamualaikum...
Ok aku xdelete blog. Thanks kpd kwn2 yg support aku. Tq so much. I love all of you very much. Aku sibuk cket skrg nih. Ade mase nanti aku akan masukkan entri n cerita baru. Ok happy Sunday buat kalian. Hari Ahad aku tetap ade kelas cm biasa... (maklum ler, cuti hari Jumaat je). N ade mase nnt aku akn wt blogwalking juga.

p/s:- line tenet umah aku dah cantik n laju betul skrg. boleh lah blogging n blogwalking sampai lebam (malam). muahahahah.

16 January 2010

AKU RASA NAK DELETE BLOG... MAAFKAN AKU..

Assalamualaikumwarahmatullah...

Adakah ini mungkin entri terakhir aku?? Aku rasa nak berhenti berblogging sebab aku rase sgt2 sedih, marah, sakit hati dsb kerana...

Skrg (waktu aku menaip ni) jam 10.25 mlm 15 Januari 2010, kat Malaysia dh pukul 4.25pg 16Jan 2010. Hari ni pengunjung blog aku lebih 30 org. Blog aku ni jarang capai pengunjung sebanyak itu. Yang membuat aku bertambah hairan, ramai pula pengunjung dari Mesir (belas2 org). Sbl ni xpernah pun warga Mesir (student Malaysia) view blog aku ni. Kalau ada pun ade la 2, 3 org.

Ini kerana aku xpernah war2 kan kewujudan blog aku ni kpd warga Al-Azhar. Kwn2 blogger aku semua hanya kawan alam maya yg semuanya di Malaysia. Ade la seorang dua kot kwn Mesir yg tau pasal blog aku ni tp bukan pembaca setia.

Aku sgt2 terkilan dgn komen2 drpd anonymous commenter berhubung entri ini . Apa tujuan bg komen mcm tu? Nak hentam aku kah? Dah le pengkomen xdpt dikenal pasti siapa dia. So berani la mereka bg komen mcm tu ye? Aku xtau mereka tu blogger atau bukan tp yg pasti aku sgt2 berkecil hati.

Pesanan buat anonymous commenter :- Aku mungkin kenal korang, mungkin juga tak kenal. Ini blog aku so suka hati aku la aku nak tulis apa! Aku ade ganggu hidup korang ke jahanam? Ada?? Sekurang2 nya aku xhipokrit mcm korang ni bangsat! Aku menulis sekadar luahkan rasa hati dan mmg dtg dari hati. Aku tak berpura2 dan aku tunjuk inilah diri aku sebenar. Kalau betul la xpuas hati n nk bg teguran xperlu kata2 pedas dan pedih mcm tu dan xperlu jd anonymous!! Korang ni BACUL OK?? Kalau betul berani dan PENDAKWAH konon2nya...sila tunjuk dirimu sbnr. Jgn berselindung di sebalik id yg xdpt dikesan! Sila minta maaf dgn aku atau aku tak redha dgn korang!! Ini serius!!

Makhluk2 ni benar2 merosakkn mood aku ptg td lepas balik dari rumah kawan, bile aku tgk blog aku n tgk komen.... eh?? Xsangka la kan ade anonymous reader gitu n lbh xsangka la komen yg mcm sial n mcm bagus diberi. Dan bile tgk widgeo aku lbh2 xsangka seramai 13org dr Egypt view blog aku. Mujur aku xpasang traffic n ip address, kalau x mgkn aku dh dpt kesan dari mana. Gerak hati aku yakin mengatakan pengkomen2 misteri tersebut mmg student Mesir nih. Tp xtau la kalau bukan. Aku tetap nak maki. Sial la korang ni tau tak??!!!

Kepada kwn aku yg aku cerita dlm entri tu, andai dia bace blog aku n entri ni...aku minta maaf banyak2 andai kau tersinggung. Aku sayangkan kau dan aku xpernah pun buruk2 kan kau dlm tulisan aku. Aku tahu kau mungkin dlam situasi yg sulit n sukar pd waktu itu so aku maafkan n redha je. Tapi aku insan biasa yg xlepas drpd perasaan marah n xpuas hati so aku tulis kt blog. Jujurnya aku xberdendam atau apa2. Aku benar2 sayangkan kau sahabat. Maafkan aku sekali lagi.

Kepada rakan2 blogger, aku pun sayangkan korang. Terima kasih kerana sudi membaca n berkongsi kisah hidup aku, cerita aku dan emosi aku. Maafkan aku jika ada yg terasa, tersinggung, terkecil hati dsb dgn aku. Maaf sgt2. Aku hanya manusia biasa yg amat2 tidak sempurna. Mungkin benar aku nak delete blog n hanya jd silent reader blog kalian. Maafkan aku sekali lagi...

Dengan ini aku selaku pemilik blog ini mahu memperkenalkan diri tp maaf xde gambar nak tunjuk muka aku yg kacak ni...

nama : Siti Nurfairus Binti Tolip
tarikh lahir : 3 November 1985
asal : Johor
status : single
ym : putericahayapermata_seimura@yahoo.com & racunsakti@yahoo.com

Sekian terima kasih.

p/s:-
mood ; agak stabil skrg
suhu malam ini ; 9 darjah celcius
waktu skrg ; 11.20 pm
blog aku lg satu; blog lukis2


15 January 2010

Sekolahku..sekolahmu...


Aku xde mood nak tulis panjang2 so aku upload pic byk2. Ni adalah Maahad Fatayat Qiraat Lil Banat. Ni cuma sebahagian bangunan je yg aku tgkp gmbrnye. Memang gersang pasir je ade pokok2 xde kt Maahad nih.



Pintu masuk kelas aku, Thani Takhasus.



Aku selalu duduk meja di baris kedua.



Ini betul2 old-school wei! Meja n kerusi kayu je beb!



Ye Mesir memang agak konservatif n mengekalkan tradisi gitu. Tak berapa moden.

13 January 2010

AKU RASA X ADIL!!!

Semalam aku terpaksa ponteng Maahad gara2 lama sgt kt Jawazat (Imigresen). Asalnya pagi tu aku berdua ngn kwn aku sama2 gi jawazat utk cek nama kami dah ade ke belum. Kalau dh ade, kami tinggal mintak cop iqamah (visa) dan setel la visa kami (visa pelajar). Jd kami sah lah duduk Mesir ni sbb ade visa.

Then ammu arab tu suruh dtg pukul 1ptg n cek nama, kalau ada, blh terus cop visa, kalau xde, dtg lain kali. Hmm aku xsedap hti pulak ammu ni ckp cmtu. Passport kami ditinggalkan di situ.

Then kami pulang ke rumah masing2. Sampai rumah, kwn aku tu bg msg, suruh ambilkan passport dia skali nnt. Maknanya dia x pergi jawazat la karang, aku pegi sorang.

Aku bajet selesai urusan mgkn dlm stgh jam n kemudian aku blh terus ke Maahad. Tp rupa2nya xsetel. Tunggu lama sgt. Ammu tu pergi uruskan org lain dulu. Dah la tunggu lama, aku cek nama aku xde pon. Berbaloi ke?? Then seperti yg kujangka, dia suruh dtg lg nnt lg 2 minggu.

Aku dh tensen n tertekan tp aku tenang je. Mase tu dh pukul 2.30, buat ape aku dtg Maahad lg? Lambat sgt, diorg pun dh nak hbs blaja agaknya. So aku call kwn aku ckp aku xdtg, coz dh lmbt sgt...

aku : hello Assalamualaikum..

dia : waalaikumussalam..

aku : tgh blaja ek?

dia : haah..

aku : wei nama kita lum ada lg la. dia suruh dtg lg 2minggu. passport ko aku dh amikkan. aku xdtg Maahad la, dh lmbt sgt nih. Esok baru aku bwk passport ko g Maahad.

dia : ala yeke. ala..kesiannya ko...

aku : xpe2 ok je..(dgn suara n gaya macho).

dia : eh maaf sgt tau..

aku : iye..xpe..(dgn gaya n suara macho juga). ok xpe la jumpe esok eh? assalamuaalaikum..

dia : waalaikumussalam..

Dalam hati aku, 'otak ko xpe!! ko ingat aku senang2 ke suka nk buang masa gi jawazat semata2 utk dpt iqamah last2 xdpt pun! dah la aku terpaksa ponteng maahad! mane adil aku sorang je tunggu kt jawazat sedangkan ko pergi kelas n belajar lg pulak! ko ingat aku xnak belajar ke ha???!!! ini x adil ko tau tak??!!!! susah senang biar sama2!'

Ahh bencinya aku!! Sbnrnye aku mmg sgt marah n berasa sgt2 tidak adil situasi ini terhadap diriku. Xpe lah aku maafkan je kwn aku tu tp aku rase sedih n frust sgt2 la. Dah la cop iqamah xdpt pun. Pastu dh terlepas kelas pulak. Sayang tau kelas Maahad tu. Ko ingat ko sorang ke nak jd pandai?? Aku pun nk jd pandai jugak!

Sbnrnya aku susah nak lupakan pasal ni. Bile teringat je hati aku jd geram n marah. Ye dlm bersahabat kita xsepatutnya pentingkan diri sendiri. Susah senang biar sama2. Walaupun aku bukanlah sahabat yg baik tp aku tetap berusaha utk jd sahabat yg baik n tidak pentingkan diri sendiri. Aku berusaha sedaya upaya aku supaya kawan2 aku senang dgn aku n xrasa terbeban dgn aku.

p/s :- aku rase aku mmg macho! huhuh!

DILEMA MASAK


Sekadar gambar hiasan. Xde la sampai pakai topi cheff time memasak tu. Pakai apron tu ye heheh.

Dilema nak masak menu apa. Hahahah. Setiap kali tiba giliran aku masak, mst aku pening fikir nak masak apa. Mksd menu untuk hari aku masak tu. Sebab aku xnak menu berulang. Asyik2 yg sama je. Boring la kan?

Sesempoi2 aku pon, aku akan berusaha utk masak menu yg lain2. Heh kata org, kaum hawa ni kompleks. Hoho ntah lah. Tp rupa2nya bkn aku sorang mengalami dilema cmtu. Orang lain pun ade jugak rase mcm aku..pening nk masak menu apa. Hahaha.


Aku pun xla kreatif utk pelbagaikan masakan. Chewah haha. Hmm ok je masak menu berulang tiap2 hari sbb cara masakan setiap org tu berbeza. Aku dgn cara aku, mereka dgn cara mereka.


Oleh kerana aku tak makan bawang, so aku masak tak guna bawang pun. Mst sukar dpercayai kan sbb bawang tu ade aroma tersendiri dan boleh kata bahan yg wajib digunakan utk memasak. Tp kdg2 aku guna bawang jugak la...syaratnye aku tumbuk halus atau blender halus so aku xnampak akan kezahiran bawang tu..aku telan je la. Hoho. Tp boleh kata 80% setiap kali aku memasak aku xguna bawang! Tapi tetap sedap n menyelerakan juga hahah (*puji diri, jgn amik port).


Tapi walau apa pun kita mmg kena pelbagaikan masakan kita agar org xboring. Wahahah. Serius aku bkn suka memasak pun tp bukan lah xpandai memasak. Kerja rumah paling aku benci ialah memasak dan kerja rumah paling aku suka ialah membasuh pakaian. Kerja lain cam menyapu, menjahit, mengemas dsb pun aku suka gak tp memasak paling aku xgemar. huhuh.

Eh mcm dh keluar tajuk plak. Tp xde masalah pun utk memasak. Aku memasak kerana lbh kpd tanggungjawab, bukan minat. Sekian, terima kasih.

p/s :- turn aku masak hari khamis n sabtu.

11 January 2010

aku dah dpt anak saudara wei!!!



Hahaha... tibe2 nak upload pic strawberi gak lpas tgk blog si putihpurple smlm heheh. Cik putih ungu...tempat ko mst ade salji ek? Tmpat aku xde..jeles nih. Haha.

Walaupun tmpat aku xde salji tp musim sejuk mmg sejuk betol wo... Selalunya bile sidai kain time pg2... Mmg berasap2 mulut n hidung bile bernafas n bercakap. Sejibik cm citer2 Korea yg ade siar kt tv tu. Weeeee...xdpt gi Jepun n Korea... gi Mesir pun jadik le... Hohoh.

Ok aku bkn nk cerita pasal strawberi mahupun musim sejuk tp.... Nk wt pengumuman yg aku dh jd makcik @ mak saudara weh walaupun aku anak sulung. Ceh mcm xde kaitan. Tahniah buat kak isya n abg ngah coz bru dpt baby boy yg agak berat n besar (4kg lbh) tanggal 8 Januari lalu. Si kecil ni lahir melalui pembedahan kt satu klinik kt Mansurah, Mesir ni. Nama lum umum, kami cuma pggl dia Muhammad je. heheh.

.

K.Isya ni sblm kawen thn lepas, dia duk umah aku ni..kakak umah la kiranya, paling tua. Kami satu rumah seramai 5 org mmg rapat la kan. Sbnrnye akak ni dg overdue(mcm salah eja). Sepatutnya beranak bln 12 thn lepas tp xkeluar2, tu yg operate.

Ok aku tau pasni mst org tanya aku pulak bila lagi?? Bangkai tol mcm xde soalan lain. Aku jawab aku bahagia dgn kehidupan aku skrg yg single is simple, couple is trouble. Muahahahah...

p/s:- tibe2 teringin nak makan cempedak. mane nak cari tah. hoho.

10 January 2010

bangkai tol internet umh aku nih!!!



Wui letih2. 2hari lepas sorang lg bdk umh aku blik Malaysia (hbs pengajian). Tu yg agak sibuk 2,3 hari sbl beliau berangkat pulang. Ramai btl org dtg umah. Kitorang plak sibuk masak dll. Cewah.

So Jumaat mlm Sabtu yg lepas kami hantar dia ke mator (airport). Balik drpd mator aku tido je dlm van ngahahah. Kami seramai 12org antar dia, bdk umah aku 5org je.

Dalam perjalanan balik tu...dlm lg sejam nk sampai Mansurah, kabus tebal sgt2. Lgsg xnmpak apa2. Kt cermin tingkap van (tremco) penuh ngn kabus, wap2 lgsg xnmpk jalan. Mmg sejuk sgt2 wo time tu. Aku rase dlm 8 darjah celcius je...

AlhamduLillah Kami selamat sampai umah jam 2pg.. Letih gila la. Tp esoknya (sabtu) aku tetap g kelas mcm biasa. Line internet lak baru hari ni ok. Aduhai...

p/s: ptg ni nak ziarah kawan aku yg tunggu hari nak bersalin anak pertama. weeeee..

06 January 2010

testing justify

Ok ni entri xde faedah dan merapu2 kot. Suhu agak sejuk skrg nih. Belas2 drjh celcius. Skrg ni(siang) mgkn dlm 12 atau 13 darjah celcius kot. Atau lg rendah agaknya.

Aku nak mengadu pasal kotak utk taip entri aku nih pd new post. Aku xtau la ape kena tah dgn tiba2 je icon utk justify dll utk perenggan2 semua dh hilang. Sejak bila tah aku xperasan. 2 sbbnye semua entri aku dah xjustify.

Lg satu bile upload gmbr, xkuar gmbr terus kt kotak ni, bile klik preview bru kuar gmbrnye. Yg kuar kt kotak utk taip2 ni hanyalah huruf2 ape tah maybe kod2 dia lah kot. So aku agak susah la nak bajet2 ruang biler upload pic, bkn pic yg kuar tp kod2 plak. Tu yg aku kena klik preview beberapa kali utk pastikan kedudukan pic dan text xbercelaru lbh2 lg kalau upload byk pic. Adehhh.

Skrg aku berjaya menjustifykan semula text aku. Caranya ialah aku copy paste kod utk justify drpd entri2 terdahulu yg semua justify. Maka jadilah seperti skrg ni. Heheh. Aku mmg xsuka text aku jd align left, align right atau centre. Tak kemas langsung. Aku kan ala2 skema gitu. Cehh hahaha.

So lepas ni aku kena wt cara manual cmni lah iaitu copy paste code. Alahai. Xpe lah, sekurang2nya aku dh jumpa cara ni yg mgkn xberapa bijak. Aku dh pergi ke setting n set update editor tp yg tu lg teruk lak xleh upload pic. Ntah aku xtau ape kena tah ngn setting kt blog aku ni.

p/s :- entri tgh hari lepas wt keja2 rumah (surirumah time heheh)

AKU TIADA IDEA



No idea untuk buat kartun. Melukis mmg senang tp nak cari idea utk kartun satu muka surat tu yg susah. Lg2 pulak kalau konsep komik yg islamic n ade unsur pengajaran. Maaf bos (encik lagendaseni)
, aku benar2 xde idea laaa.

Aku suka lukis gmbr/kartun awek xpakai tudung tp bukan seksi. Tp kalau komik islamic kena la lukis awek pakai tudung n tutup aurat dgn sempurna. Lebih2 lg student2 Al-Azhar (girls) semua pakai jubah n tudung labuh.

Serius aku rasa terbatas untuk berkarya bile kena ikut syarat2 tertentu. So aku xbanyak hantar karya aku utk Al-Fityan walaupun aku salah seorang kartunis komik tersebut.

Tapi aku tetap melukis utk kepuasan diri walaupun xhantar atau xpublish di mana2. Saje2 nak seronok2 melukis. Heheh.

oK aku rase entri kali ni sgt2 boring n meraban. Hohoh.

p/s :- pg td aku berangan menyanyi2 depan webcam siap rakam lg. hahahah.

05 January 2010

AKU POMPUAN GANAZZZZ

Aku Pompuan Ganazz...

Huhuh tibe2 mcm nak tukar nickname Seimura kpd Pompuan Ganaz. Hahahah mcm bodoh dan poyo.

Nak tau sesuatu rahsia?? Aku dipanggil 'pailang', 'taiko', 'gengster' oleh boys batch aku mase aku form 4 n form 5 dulu. Sungguh kurang sopan panggilan2 tersebut ok?? Biadap sungguh mereka2 ni... (aku gelar mereka budak2 sial @ budak2 paranoid).

Sekolah aku dulu lelaki n perempuan diasingkan kelas. Xcampur tp dr form 1 sampai form 3 je. Form 4 baru campur boys n girls mengikut result PMR kami. Maka nama aku tersenarai dlm kelas 4 Ibnu Arabi yg mana semuanya budak pandai2 belaka. Ntah mcm mana aku leh tercampak kt kelas pandai ni. Mgkn sebab aku dpt PMR 5A dan SC Math A. Kelas paling pandai kelas 4 Ibnu Sina aka Kelas Sains Tulen yg mana cuma budak2 7A, 8A & 9A shj yg layak masuk kelas tu.

Tp geng2 bdk2 sial aka paranoid tu kebanyakannya budak2 nakal lg terjal plus jahat yg selalu wt kes n blaja xbrapa pandai huhuh. Aku ngn sorang lg kwn aku, Jess (bkn nama sebenar) yg digelar pailang.

Terus terang kami agak tertekan disaiko oleh geng2 paranoid. Tp wt selambe je mls nak layan. Kami diam je xpernah melawan pun. Cara mereka saiko kami ialah...asal kami lalu je mereka akan jerit ramai2 "wei pailang lalu, pailang lalu. wooo gengster siot". Dan mcm2 lg lah.

Punca pergaduhan kami ni aku xberapa ingat. Cuma ade satu hari tu la aku dan Jess yg nakal n perangai budak2 ni tulis n lukis kt satu kertas. Dlm kertas tu kami kutuk2 geng paranoid ni sbb suka buat bising kt kelas 4 Arabi time rehat n time prep. Kami xsuka n kutuk kaw2 punya dlm kertas tu. Xcukup ngn kutukan kami siap lukis kartun gmbr mereka yg bangang2 n lawak2.

Oh lupa nk bgtau perangai bdk2 laki ni suka selongkar meja bdk2 pompuan time girls xde. Gila seks! (ceh cm xde kaitan perkataan gila seks tu tp mampos la aku geram). Nk jdkan cerita kami lupa buang kertas ng mengangdungi kutukan n lukisan mengutuk geng2 sial. Adeshhh. Maka diorg terjumpa agaknya n terus cerita kt member2 mereka yg seramai lbh kurang 20org kot geng2 paranoid tersebut.

Sejak tu bermula lah episod disaiko oleh geng2 sial. Lama jgk sampai setahun lebih, sampai form 5. After2 tu mcm dh kurang saiko tp still ade baki2 la. Sampai skrg aku msh membenci mereka n mcm xnak maafkan perbuatan mereka tu. Mentang2 la kami ni comot n kebudak-budakan so suka hati diorang je la nak saiko kami. Ciss!!! Aku benci dgn diorang ni la!!! Siallll!!!

Oleh kerana kebencian melampau pd geng2 sial tersebut, aku n Jess xpernah dtg reunion batch yg diadakan berapa thn sekali tah aku pun xpasti. Malah bile ade jemputan kahwin drpd mana2 girls batch kami pun kami xpernah dtg (lbh2 lg yg kt JB). Sbb kami tahu geng2 sial mst ade dtg kt mjls kawen kwn2 kami. Serius kami benci utk bertemu kembali dgn mereka!!!

Aku rase kalau mereka terserempak ngn aku skrg mst diorang pandang aku xkelip2 n merayu2 melutut nk jd couple hahahahah. Poyo aku. Dush! OPs aku rase cerita aku cm xde kaitan ngn tajuk. Ape tah. Ah suka hati aku la ni blog aku. Muahahahah...

p/s :- Teringat kt Jess n kangen banget sama dia.

04 January 2010

AlhamduLillah legalah hatiku...

Assalamualaikum...

Tahun lepas pernah ade sorang senior ckp pd aku.. "kalau hati kita tgh runsing2 ke serabut ke, tepon la mak ayah. lepas tepon kita akan rasa lega. tepon mereka pun dpt pahala yg besar sbb kita menyenangkan hati mereka."

Ok aku memang akui kata2 tu benar sejak aku duk jauh mcm ni dipisahkan benua2. Memang rasa lega dan bahagia sgt lepas dpt ckp ngn mak atau abah. Mereka pun rindukan anak2 mereka yg belajar jauh2 xsemestinya luar negara.

Aku start duk asrama umur 13thn. Memang dari dulu aku sgt2 jarang tepon rumah melainkan ade hal2 penting je. Aku orgnya sgt sempoi, xgemar borak panjang yg xpenting dan merepek2.

Biasanya sebab2 utama aku call parents ialah :-
1) Nak exam. Minta maaf n mintak doakan.
2) Duit belanja habis atau tinggal cket. hahahaha xmalu!
3) Nak balik rumah, cuti sekolah. So kena tepon sbb blh bajet abah tunggu n jemput aku kt simpang Maokil. *Felda Maokil, aku budak kampung je.
4) Kalau ade isi borang apa2 yg memerlukan no ic parents n maklumat2 parents. Huhuh.
5) wish selamat hari lahir, selamat hari ibu, selamat hari bapa. ngeh ngeh.

Heheheh. Pg td baru aku dpt tepon mereka. Sbl ni xdpt nk call coz line tenet yg cm cibai. Walaupun dpt ckp kejap je tp tu pun dah ok bg aku n mak aku. Aku cuma mahu mereka tahu yg aku baik2 shj di sini n xperlu risaukan aku. Hanya doa mereka yg aku perlukan. (isk..tibe2 rase sebak jap toink2).

p/s :- aku anak sulung yg sgt2 berdikari. ceh hahahah.

MATOR JADID


Saje nk bg tgk gmbr2 kt Cairo International Airport mase anto kwn aku nk balik Malaysia hari tu...


Ayong sdg check in... Mase ni lom timbang barang2 dia lg.


Flight berlepas jam 12.15mlm.



Kami nak balik Mansurah dah.. Aku sempat snap pic tempat parking.

kamus : mator = lapangan terbang
jadid = baru

Entri Tengah Malam (eh dah masuk pagi la...)




Haih. Sejak bila tah aku jd kaki study mlm (pd hal baru mlm ni..dush). Sbnrnya aku ni pemalas nk study kt umah muahahaha. Aku hanya tumpu perhatian 100% dlm kelas je ketika Sheikh dan Sheikhah mengajar. Ataupun jika kdg2 mereka masuk kelas lmbt,(kdg2 pensyarah xdtg) aku akan study sendiri atau ulangkaji dlm kelas. Kira dlm kelas lah waktu study plg bermutu dan berkualiti hahahaha.

Sbnrnya aku dh tdo awal td kul 6.30 lpas Isyak. Then aku bgn kul 9.30. Kul 10.00 bru aku start study n ulangkaji. Sbnrnya pensyarah yg bg tugasan...hari Isnin Qiraat Amali Surah Maidah 2 maqra' terakhir dgn bacaan Imam Warsy Asbahani dan Azraq. (ok aku tau korang xfhm ngn tugasan ni, diam2 sudah haha).

Tu yg seperti gmbr di atas bersepah dgn sumber2 rujukan (cehh). Tp tepat kul 12 td aku on laptop nk tgk line elok ke x. Line laju lah pulak tgh2 mlm ni. Tu yg aku smpt blogwalking cket2 n wt entri baru hohoh. Dan mata aku lak msh lom ngantok. Cuma aku xon ym je hehe. Err tibe2 rase lapar lak lepas2 study ni. Hoh mcm nk makan jap. Tata. hahaha..

p/s : wo aku teruja plak dgn BBN ngahahaha.

02 January 2010

Aku Benar-benar Terluka...

ceh xpasal2 wt entri pasal kecil hati n terluka plak. tp serius aku btl2 kecik hati ngn seseorg. sedih sgt2. luka kt hati mmg sgt2 menyakitkn...sgt2 sakit xterluah oleh kata2. kenapa ya manusia begitu kejam melukai perasaan org lain? kenapa begitu tegar??? kenpa?? kenapa??

sakiiiiit sangat. sakittttt sgt, sakiiiiit sgt. itu je aku blh kata. aku xmau menyumpah seranah n memaki hamun skrg ni. aku cuba tahan. walaupun sangat sakiiiiit tp aku cuba bertahan. sakit n pediiiih sgt. sakit ok sakit sgt2. ah sial la!! kenapa aku lembik sgt ni ha??!! bodoh bodoh bodoh!! aku termaki2. ah aku peduli apa! aku nak org tau yg aku rase marah n terluka dgn ko yg mcm bagus sgt tu mangkok!!!!

ini sgt2 gila. aku kt cc skrg ni sbb line kt umh aku xbrape elok. lg 2minit mgkn azan mgrb tp aku msh xbalik lg. aku saje nk buat perangai gila. kat mesir ni student pompuan (malaysian) xdibenarkn berada di luar rumah slps waktu mgrb. dilarang. mst ade kt umh sbl mgrb. tp aku sengaja nk langgar peraturan. aku benar2 memberontak!!

sial la ko mangkok!!! ko yg wt aku jd mcm ni bangkai!!! bangsat sungguh insan nih!!! ye aku mmg mulut jahat suka maki2. tp aku xkan maki2 tanpa sebab. bile org wt bangsat ngn aku aku xkan teragak2 utk memaki2 beliau! brengset!! siaaalllll!!! rase nak rejam ko ngn batu bata kt sblh umah aku tu (umh jiran tgh renovate umah). Cilakak!!

ok aku sengaja nk wat perangai degil lg terjal nk balik umah dkat2 wktu isyak. umh aku xla jauh sgt ngn cc ni tp still bahaya seorg gadis jalan sorang2 mlm2. tp aku sengaja nk wt mcm negara sendiri. ceh kalau negara sendiri pun xpnah la jln sorg2 mlm2 melainkan bus smpai lmbt kt terminal larkin, so sorang2 la jalan. tp negara sendiri lain, kita berani.

grrrr....aku mmg anak degil ngn nakal. ah aku xpeduli. aku tetap nk balik malam. mintak2 xterserempak ngn ustaz2 (student lelaki Makaysia digelar n dipanggil ustaz). kalau terserempak mati lah aku kena soal jwb lak adeshhh. dasar degil punya budak. ah biarlah suka hati aku lah. hahahaahaha.

ok aku rase tenang dh luah kt cni. aku xla membenci dan berdendam cuma aku rase geram, marah, kecewa dan sedih. rase mcm nk nangis tp xjd nangis sbb aku dh tulis kt cni. bodo betul la ko mangkok!! suka sakitkn hati aku kn?? hey aku tumbok muka ko kang baru tau. aku pun ade taekwondo n silat. nak aje aku banting ko ke lantai. walaupun aku kurus tp tenaga aku kuat jgk nk pukul n banting org. lg plak saiz ko lbh kurang saiz aku je. aku siku je dada ko pn ko dh blh terkulai. ceh mcm ganaz sgt haku ni gila betol.

nasib baik la ko jauh dpisahkan oleh byk benua. kalau tidak..... grrr aku dh pijak2 ko tau x? potong kang baru tau. potong jari. ceh sampai hati ke nk kerat jari org? melampau2 je aku jd samseng.

ok azan mgrb dah berkumandang n kejap lg misi aku terlaksana iaitu nk balik dekat2 waktu isyak hahahaha. aku mmg gila. wo entri ni lbh pnjg drpd biasa lantak korang la larat nk bace ke x aku xamik kisah.

aku dah lame xmelukis so mlm ni aku nk melukis. melukis blh tenangkan cket jiwa aku yg kacau n fikiran aku yg kusut. hahaha. biadab betul beliau ni buat aku jd cmni, sial!

p/s :- serius aku rase betol2 nk bg penumbuk kt muka dia. dush!!!

Going Under - Evanescence

Now I will tell you what I've done for you
Fifty thousand tears I've cried
Screaming, deceiving and bleeding for you
And you still won't hear me, going under

Don't want your hand this time, I'll save myself
Maybe I'll wake up for once
Not tormented daily, defeated by you
Just when I thought, I reached the bottom

I'm dying again, I'm going under
Drowning in you, I'm falling forever
I've got to break through, I'm going under

Blurring and stirring the truth and the lies
So I don't know what's real and what's not
So I don't know what's real and what's not
Always confusing the thoughts in my head

So I can't trust myself anymore
I'm dying again, I'm going under
Drowning in you, I'm falling forever
I've got to break through, I'm

So go on and scream
Scream at me, I'm so far away
I won't be broken again
I've got to breathe, I can't keep going under

I'm dying again, I'm going under
Drowning in you, I'm falling forever
I've got to break through, I'm going under
Going under, I'm going under

Copycat Atau Inspirasi?

Hari ni aku nk ckp pasal muzik dan lagu2. Wow hahah. Utk pengetahuan aku mmg suka dgr lagu2 rock. ceh mcm ganaz gitu. Tapi aku nk ckp pasal copycat atau tiru meniru gitu. Maksudnya bunyi satu lagu tu seakan sama dgn lagu lain. Sapa tiru sapa?

"aku bukanlah superman aku juga bisa nangis". Kalau korang perasan bunyi muzik dlm lagu 'Bukan Superman' nyanyian The Lucky Laki ni seakan2 bunyi lagu 'Hit That' nyanyian 'The Offspring'. *Sila cari di youtube skrg klu xpnah dgr. Xla semua tp ade part muzik tu sejibik dgn lagu The Offspring yg keluar sekitar tahun 2004 ke 2005 tah kalau xsilap. Xtahu la klu Ahmad Dhani mmg amik inspirasi drpd muzik The Offspring ke mane la tau kan? Ngeh ngeh..

Lagu Pieces nyanyian Sum 41 seakan2 bunyi lagu Zombie nyanyian The Cranberries. Tp ni bkn seluruh lagu tp just intro lagu je sama. Intro muzik, petikan gitarnya. *Sila cari di youtube juga klu xpnh dgr lagu Pieces.

Muzik lagu Lagu Untukmu nyanyian Meet Uncle Hussein seakan2 bunyi style muzik band The Killers. Tp ini mmg diakui si pencipta lagu, Taja yg kata dia, dia amik inpsirasi drpd The Killers. Xpe la sekadar inspirasi bkn tiru semua haha. Tapi cara nyanyian Lan pun sama dgn vokalis The Killers. Iaitu style nyanyi dgn jerit2 n suara nyaring n halus gile haha.

Style muzik n nyanyian band Bunkface seakan2 style band Simple Plan. Kebetulan kot style sama? Atau mungkin inspirasi jugak?

Band Pop Shuvit seakan2 tiru Linkin Park? Betul ke? Kalau perasan mmg style muzik mereka lbh kurang gitu iaitu rapcore dan cara nyanyi pun sama. Wui ntah la mgkn inspirasi juga. Linkin Park pula mase mula2 keluar dikata tiru Limp Bizkit. Lah pulak.

Hoobastank dikata tiru Incubus. Hohoho. Kebetulan mereka berasal dari California (Los Angeles) dan sama2 satu high school. Mereka main muzik dari zaman sekolah so no wonder kalau bunyi muzik seakan2 sama. Tp suara vokalis mereka pun lbh kurang juga. Adeshh. Spider pernah ckp yg diorg amik inspirasi muzik drpd dua band California ni iaitu Incubus n Hoobastank.

Wah kalau nk ckp pasal muzik rock ni mmg byk la sampai 5 hari 5 mlm pon xhbs. Cuma nk cerita perihal tiru meniru ataupun inspirasi gitu. Mcm nak sambung pd entri slps ini hahahah.

p/s :- hari ni birthday encik douglas robb yg hensem (vokalis hoobastank).

01 January 2010

JADI DIRIKU

Assalamualaikum..

Wo ini bukan judul album Elyana. Harap maklum. Kadang2 aku tertanya2 kenapa aku berblog n apa konsep blog aku ni? Hmm sbnrnya aku sekadar suka2 je sbb aku mmg suka menulis n menaip. So suka hati aku lah nk tulis pasal apa pun. Konsep? Hmm indipendent (mcm salah eja tu) kot? Ade kisah hidup, ade lirik lagu, ade info ilmiah, ade isu semasa. Ntah la ikut mood la nk tulis apa.

Rakan2 seperjuangan aku yg belajar kt Mesir ni ramai yg ade blog tp blog skema n ilmiah la kan. Islamic gitu. Aku punye blog je yg poyo, lucu, gila2, kebudak-budakan n sempoi. Tapi ini adalah diri aku n aku xmahu hipokrit. Mana2 part yg aku menyumpah n memaki mase aku tgh geram, marah, tertekan tu semua adalah benar2 diri aku. Aku peduli apa org nk kutuk aku ustazah ganaz ke hape. Ade aku kisah??

Sbnrnya aku malu kalau kwn2 aku (bkn kwn alam maya) jumpe blog aku n bace blog aku nih. Hahah. Sbb lari jauh drpd bidang aku skrg. N pasti ade yg hentam aku kang. Ah aku xtakut n xkisah dgn kritikan. Biar la org nak kata apa janji aku xkacau hidup mereka. Aku xrugi apa2 n xterkesan langsung. Mcm aku ckp td konsep blog aku ialah indie atau bebas. So org nk kritik ke kutuk ke aku wt xpeduli ja. Hahahah.

Oleh kerana blog aku ni sempoi maka aku guna ganti nama diri sbg 'aku' bkn 'saya'. Tapi tak dinafikan gaya penulisan n bahasa aku semakin hari semakin skema plak. Npe tah. Awal2 dulu x mcm ni sgt. Semua aku tibai huruf kecil n byk sgt perkataan singkatan. Bahasa pasar pun sgt2 byk. Kenapa ye? Ntah la mungkin semakin matang? Huhuh aku xtau....

p/s :- line masih berat n gagal lg upload gambar. geramnya!!! dush dush dush!!

31 December 2009

Salam Tahun Baru

Selamat tahun baru 2010 diucapkan kpd sahabat bloggers yg ku sayangi. Xlupa juga pd silent reader (kalau ada). Haha aku rase ade kot. Heheh. Ok dah sekian saja. Ini adalah entri paling pendek.

p/s : xpasal2 aku jd ahli BBN. dush.

UNTUK INGATAN BERSAMA

Ini adalah repost drpd entri terdahulu (27 Mei 2009)

Perkara Yang Membuat Kita Hilang INGATAN dan TUMPUL MINDA :
Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Perkara-perkara yang perlu diamalkan :-
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam
......dan yang paling penting dibawah ini........
selamat beramal.....
Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71) -

30 December 2009

Hari-hari Yang Sibuk

Assalamualaikum...

Firstly maaf la menghilang selama beberapa hari kerana agak sibuk dan line internet pon wt hal selama 3 ke 4 hari tah. Tp aku still baca blog kalian yg berada dlm senarai blog list aku melalui handphone aku cume xblh nk komen.

Apa? Bace guna handphone? Canggih betol. X mahal ke? (soalan2 yg bermain di minda pembaca). Jawapan ; ye guna handphone melalui google n taip alamat blog aku ni then klik mana2 update terbaru drpd kalian lantas ter'appear' lah post atau entri terbaru kalian so aku terus membacanya tanpa ada masalah. Murah je xmahal langsung. Sgt2 murah. Sehari selama 24jam cuma luak 75sen je (duit Malaysia) bile guna gprs n main internet dlm hp. Murah sgt2 n berbaloi2. hahah.

Ramai tertanya2 bila aku ckp aku on9 ym guna hp. Xmahal ke? Spt yg aku ckp td xmahal pon malah murah sgt2. Aku xingat had main internet dgn kadar 75sen tu kalau xlbh 5000kb ke brapa tah. xsilap aku 5000kb kot (5mb). Lgpun hp aku mmg antara yg canggih pun hahaha. Tibe2 ade unsur riak di situ. Ahaks.

Hari-hari yg sibuk kebelakangan ini gara2 kwn aku (bdk umh) yg mahu pulang ke Malaysia (dh smpai kot skrg ni). AlhamduLillah beliau telah tamat pengajian. So sejak hari Ahad kami mula sibuk gitu wt majlis utk dia selain masak2 n kemas2 barang. Namanya Anis (gelaran di rumah Ayong) org Negeri Sembilan. *Terus pandang boneka. Sebaya aku n beliau merupakan graduan Al-Azhar University dlm bidang Sarjana Muda Syariah. Setakat yg aku tau beliau msh lum berpunya hihi.

Aku ponteng kelas hari ni sbb keletihan n kepenatan. Esok baru dtg kelas. Aku pon sambil2 mahu blogwalking walaupun aku dh bace kt hp. Heheh. Doakan aku sihat n xmudah letih. Terima kasih. Sayang you all.

p/s :- aku try upload gambar tp xblh kuar lak. cuba lg lain kali.

26 December 2009

Sedikit Info Yg Ramai Dah Tau Tp Saje Nk Bgtau Jg

###{LAILAHAILLALLAH Penting!!!
Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya. Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH). Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)?}###

Ok aku rase dh ramai tau pasal ni. Msg2 forward drpd ym n emel pasal ni pon aku dh dpt byk sejak beberapa tahun sudah. TP saje nk post bg peringatan pendek ja.

p/s : hari ni 9 Muharam. Esok Hari Asyura disunatkn puasa hari ini dan esok.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...