29 November 2009

handphone oh handphone... lalalalala...



Jenama : Motorola C261
Harga : Rm299.00
Fungsi : Kamera yg xjelas n xcntk lgsg ble amik gambo. Blh layari internet. Polifonik.
Tempoh menggunakan : Februari 2007 - Disember 2007



Aku dh xde keja g cerita pasal hp plak dh ni... . Aku mula pkai hp thn 2007. Agak ketinggalan zaman ok? Sepanjang kt MARSAH aku xpnah pkai hp pon n ia bkn satu kepentingan bg aku. Hp ni (motorola) abah belikan guna duit claim aku excident smpai masuk hospital kena tahan wad selama 5hari coz patah bahu kiri. Kesian aku kan?? Pasal excident aku akn ceritakn di entri lain kali..heheh..




Jenama : Sony Ericsson K 800i
Harga : RM750.00
Fungsi : Kamera cybershot 3.2 mp, 3G (video call), polifonik dan true tone, ada memory card, boleh rakam, ada radio, layari internet, mp3 n macam lagi fungsi best dan canggih..cewah..haha..
Tempoh menggunakan : Disember 2007 - Mac 2009



Handset di atas ini paling aku sayang coz aku beli guna duit gaji pertama aku...(gaji pertama aku RM3000.00 lebih setelah dua bulan setengah kerja tak dapat gaji, kerajaan la katakan..). Handset ini juga spesel edition sempena filem James Bond yang Daniel Craig berlakon. Yup warna silver yang betul spesel edition. Kawan-kawan aku yang pakai handset jenis ini semua warna hitam. So aku bangga cuma aku je warna silver hahah.

Malangnye pada Mac yang lalu handset ku ini tamat riwayatnya coz aku 'termasukkan' dalam mesin basuh..(tak sengaja ok?). Kejadian malang ini berlaku di Mesir di rumh sewa aku ini. Sungguh aku kuciwa smpai rasa nak bunuh diri...(tak ada la sampai macam itu..menipu saja..hahah).

So sekarang handset ini dah tak keluar lagi. Yang ada dijual di kedai semua second hand je. Aku agak frust sebab handset ini memang best, aku suka sangat. Huwaaa...




Jenama : Nokia 6660 (eh betol ke? ah panggil je handset sabun)
Harga : LE190.00 atau RM130.00 (second hand)
Fungsi : Kamera yang tak berapa cantik, ada memory card, boleh main internet tapi tiada radio dan apa lagi tah. Tak best sangat la. haha..
Tempoh menggunakan : Mac 2009 - Jun 2009



Hp second hand ini aku beli di Mesir lepas hp sony aku yang canggih itu rosak. Buat-buat ada je tapi bateri macam bangkai cepat habis.




Jenama : I Mobile 101
Harga : RM130.00
Fungsi : Radio dan polifonik ja..
Tempoh menggunakan : Jun 2009 - Oktober 2009



Hp buatan Thailand ini aku beli masa balik Malaysia hari tu coz dah tak tahan dengan hp nokia yang cepat habis bateri tu. Murah je dan hp ini comel..aku suka walaupun tak canggih. Sempoi je, Hihi..

Handphone terkini..(maaf xde gambar nak tunjuk hahah...)
Jenama : Sony Ericsson K 770i
Warna : Hitam
Harga : RM510.00 (termasuk memory card 2gb)
Fungsi : Sama mcm S.E K800i
Tempoh menggunakan : OKtober 2009 hingga kini...

Hp terbaru aku beli beberapa minggu sebelum balik Mesir nih. Walaupun tak canggih mana janji kamera cantik kalau ambil gambar..(cybershot gitu..hehe..). Sebenarnya aku pon tak hairan dengan hp canggih-canggih ni. Tak ada la macam sesetengah orang yang berlumba-lumba nak memiliki handset terbaru di pasaran. Itu semua duniawi sahaja tak bawa ke mati pon. Tapi terpulang la pada masing-masinh yang nak bergaya atau memamg keperluan.. Ada aku kesah??!! Hahahaha..

P/s :- aku suka hp kaler hitam..nampak mewah dan esklusif (eh betol ke eja ni?) gitu..hahah..

7 comments:

Anonymous said...

canggih2 juga hp ko.. aku yg jenis baling anjing mati tu!! apa entah jenama dia!
besar nak mampus!
aku nak upload pown lama kalau letak kat blog yelah ... sebab besar.!

selmba dol aku menipo!!

Seimura said...

boneka...
ntah ko x agak2 nk menipo...

hans said...

hahha
beli yg jenama CSL
murah sikit
function pun banyak

Seimura said...

hans..
CSL yg mana eh??

kawie2020 said...

hahahahaha.. kt mesir mana ade jenama csl lg.. blom smpi lg tu..

aku punya hp biasa2 ajer..
bleh call out n in, sms.. dah cukup...

kalau ade org meminang aku nanti aku nk minta hp mahal dalam pakej hantaran.. hahahahahahaha...

Anonymous said...

pakai hp canggih pun x best
selalu 'hang' jer mcm komputer buruk
cis!

Seimura said...

kawie..
wah ko nk mintak hantaran hp.. baik mintak laptop..hahah..

ah fatt...
eh tp hp aku xpnh hang beb.. 2 jenama nokia yg slalu hang tuh. haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...