20 February 2010

SINAI PART 7 (episod akhir Jaulah Sinai)

SINAI PART 7

Sambungan…. ( 2 Februari 2010 )

1.45 PM – meninggalkan penginapan menuju Hamam Firaun
- tidur je xde amik gambar hak3.




3.45 PM – tiba di Hamam Firaun


 Jalan yang rosak akibat dilanda banjir beberapa bulan yang lalu.



 Pintu masuk Hamam Firaun.


Hamam dlm bahasa arab bermaksud bilik air. Tapi Hamam Firaun ini bukan lah bilik air tetapi seperti bilik sauna. Penuh berwap dan panas. Firaun (Raja Mesir zaman dahulu) selalu ‘memanjakan diri’ dgn ‘bersauna’ di sini. Sauna ini sbnrnya memang bagus utk kesihatan.

Dalam Hamam Firaun ni ade tujuh peringkat wap panas. Mula2 panas2 biasa kemudian jadi lebih panas dan makin panas. Sesiapa je boleh masuk tapi kena merangkak atau jalan itik sebab tempatnya rendah. Seperti biasa aku dan Rukia yg sentiasa bersemangat ini masuk dulu meninggalkan yg lain. Agaga..



Penuh wap daa… xnampak apa.


Panas wo dalam ni… berpeluh2 kami. Nasib baek bawa tuala kecil. Ngeee..


Apa pun tak nampak. Berwap la katakan….




Peh memang panas sgt2 peluh menitik2 wa cakap lu tapi best sgt sbnrnya. Serius aku ckp ni memang sgt best dan seronok masuk dalam tu. Ikut hati nak sampai hujung tp xbwk lampu picit plak. Gelap dah kt bhgn dlm tu. Keluar2 je muka masing2 merah macam kena rebus. Fuhh..



4.15 PM – meninggalkan Hamam Firaun




Ini bukan waktu malam atau maghrib. hehe.


Pandai tak aku snap pic papan tanda ni ketika kereta sdg bergerak laju? Dan aku duduk kt tgh2 antara Orihime dan Tatsuki.
Cantik pemandangan hadapan. (encik renji sdg memandu dgn penuh berhemah sementara encik yumichika pula?)

Aku xtau ape tah nama tempat yg kami berhenti singgah untuk bergambar nih.
Batang pokok aneh itu seakan2 kalimah Allah sbnrya (dlm jawi).
Matahari hampir terbenam.
Dahan pokok td yg juga aneh.
Ohh sang matahari kamu sungguh cantik.



5.25 PM – tiba di kubu Israel tahun 1973



Mari masuk ke dalam kawasan kubu tentera Israel.

Tiba2 handphone Sony Ericsson K770i aku pun habis bateri. Ciss. Maka xdpt la ambil gmbr2 seterusnya yg lebih menarik. Adeshh..
Ok cerita di sebalik kubu tentera Israel ini ialah. Bagaimana cerdiknya mereka dpt membina kubu bawah tanah sehingga xdpt dikesan oleh sesiapa pun. Kalau lihat dari atas hanya padang pasir yg tandus yg tiada apa tp sbnrnya bawah pasir tandus ini terbinanya kubu tentera Israel.
Perang antara Israel dan Mesir berlaku di sekitar tahun 1973. Waktu itu tentera Mesir sudah ramai tumpas. Bila lalu kawasan ini sahaja kena bom, kena tembak atau periuk api meletup. Persoalannya dari mana tembakan itu datang? Langsung tak dapat dikesan.
Arakian sehingalah salah seorang Sheikh Universiti Al-Azhar pd masa itu bermimpi bahawa terdapat kubu tentera Israel bawah tanah di kawasan ini. Maka strategi dilakukan dgn menyimbah dan menyiram air ke seluruh kawasan ini. Setelah itu pasir jadi basah dan mendap maka terserlahlah kubu Israel yg selama ini tersembunyi di sebalik pasir yg rata ini. 
Pada saat itu tentera Mesir dgn pantasnya mengebom semua kubu2 yg ada dan menembak semua askar Israel yg ada pd waktu itu yg telah keluar dari tempat persembunyian mereka.


6.00 PM – meninggalkan kubu Israel dan pulang ke Kaherah

Maka berakhir sudah catatan perjalanan (cehh) yg penuh bermakna ini. AlhamduLillah aku diberi peluang untuk menjelajah tempat2 bersejarah ini.

Penghargaan;
Terima kasih kpd Tatsuki yg menganjurkan (hoho) jaulah bersama rakan Shoubra (adoii mati aku kalau org berkaitan bace ni dush!).

Terima kasih kpd Rukia yg mula2 beria mengajak aku join jaulah ni. Asalnya aku mahu pergi ngn DPMM (Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah tp beliau menyuruh aku tarik diri hak hak.

Terima kasih kpd Renji (driver Avanza) yg susah payah membawa kami jalan jauh wo. Beliau juga amat2 berpengatahuan dan byk info2 serta sejarah yg beliau ceritakan kepada kami. Beliau juga ala2 leader gito hak hak.

Terima kasih kpd Mayuri yg juga byk info dia ceritakan kpd kami.

Terima kasih kepada semua yg terlibat dlam jaulah ini hik hik. Girls; Rukia, Tatsuki, Orihime, Matsumoto, Ururu, Karin dan Yuzu. Boys; Renji, Yumichika, Ishida, Ikkaku. Kami semua satu kos / bidang muahahaha. Tak lupa Mayuri dan adik2 medic Russia.

* jaulah = ekspedisi <--- mcm salah eja. hak hak.


p/s: aku pasti kamu semua rindukan entri merepek dari aku. nantikan selepas ini. weeeee~ haha~



5 comments:

hisham said...

salam...wow..lawanya layout ni...pitri....jgn tukar2 dh ni dh cantik,,nmpak mcm pro la...space nk post pun lebar....tahniah...huhu

Solehah said...

seronoknya..ada hamam semulajadi eh...aku rasa teringin nak gi tgk..

Nadiene said...

aku nak sambung yg atas tue, kawan ko tido kan???

mmm,akhirnye setelah 7 episode aku layannn,hehe,, abis pon...

yg laz2 tu mcm penutup drama lo pulok!haha

Beruwang said...

uncle rasa ini satu pengalaman yang sungguh menarik...

Seimura said...

bro sham....
weee trima kasih byk...


solehah....
jom la mai Sinai. berbaloi2.. hehe.


fid....
ntah la fid aku pun xingat beliau buat apa. haha.

hahah banyak gile kan?

ahahaha.. aku blh jd penyunting dlm drama hoho.


pakcik ber_uwang....
mmg sgt2 menarik uncle. weeee~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...