18 February 2010

SINAI PART 2

SINAI PART 2

Sambungan….. ( 2 Februari 2010 )


2 FEBRUARI 2010


1.30 AM – mula mendaki Jabal Musa
- ada tujuh check point. Setiap chek point ade satu pondok jual makanan n minuman ringan tp mahal gila!

Maaf tak ada gambar nak tunjuk masa kami mendaki ni hahaha. Tapi biarlah aku cerita pengalaman yang sangat-sangat menarik ini.

Jabal Musa berketinggian 2280 meter kalau tak silap. Tapi perjalanan untuk naik ke puncak bukanlah seperti mendaki Gunung Ledang mahupun Gunung Kinabalu. Jalannya landai sahaja cuma makin lama makin tinggi.

Bagi sesiapa yg tak larat nak jalan kaki bolehlah naik unta dgn bayaran 80 geneh ( RM60 lbh kurang, mahal gilos).

Ada seorang pemuda arab yang bawa group kami utk naik ke atas. Kuat betul stamina dia tak nampak letih langsung! Percaya atau tidak, seminggu tiga kali beliau naik turun Jabal Musa ni bawak dan pandu pelancong!

Sejam pertama perjalanan / pendakian aku mmg aktif dan kuat tapi masuk jam kedua aku dah mula lelah. Hak hak hak. Kurang stamina sbb tak bersenam dan tak jogging setiap pagi sebelum naik Sinai ni haha. Tapi ku cekalkan semangat (cehh) demi untuk sampai ke puncak Sinai.

Kami akan berhenti rehat dalam 2 minit pada setiap check point dan teruskan perjalanan. Memang letih dan lelah campur sakit kaki tp seronok dan enjoy sebenarnya. Dahlah sejuk. Wuii..

Aku tak pasti dah lepas check point berapa tah mase tu aku dah mula rasa tak sedap perut dan tekak. Dah rase pening dan loya macam nak muntah. Wo aku kena keluarkan ni dah tak boleh tahan. Maka aku ke tepi dan muntahkan semula makanan yang aku makan mase dalam kereta tadi sebelum sampai Jabal Musa. Mujur Karin ada dia tolong urutkan tengkuk aku mase aku muntah-muntah tu. (hahaha buat malu je).

Dah muntah tu memang rasa lega gila. AlhamduLillah. Dan aku rase lebih kuat untuk teruskan perjalanan. Terima kasih pada Karin, Ikkaku dan Ishida yang sangat prihatin dan ambil berat pasal aku lepas aku muntah2 tu. Nampak sangat akan ke caring an mereka, aku betul-betul terharu! Dan juga aku sangat malu sebenarnya agagaga.

Akhirnya tiba di check point terakhir iaitu yang ketujuh. Muhammad (nama pemuda arab yang bawa kami tadi) hanya hantar kami sampai check point ketujuh sahaja selebihnya kami kena naik sendiri. Mase ni memang sangat-sangat sejuk pastu dengan angin lagi bertiup menambah kesejukan yang sedia ada. Heheh.

Pendakian terakhir ialah kami perlu naik anak tangga yang berjumlah 750 sebelum sampai ke puncak. Wo banyak tak banyak. Bayangkan lah.. setiap kali dalam 5 atau 6 anak tangga, aku akan berhenti kejap dalam tiga, empat saat dan teruskan naik tangga hak hak. Bukan aku je begitu, yang lain-lain pun sama. Hehe. Time ni lampu picit aku sentiasa terpasang. Tadi sebelum naik tangga kejap nyala kejap tak sebab tak lah gelap sangat..(bulan mengambang penuh malam ini weeee~).

Bile dah puluh-puluh anak tangga kami akan berhenti rehat dlm 2minit minum air dan duduk-duduk dan kemudian teruskan perjalanan. Memang penat gila wo. Bila la nak sampai ni, tak sampai-sampai haha.

Tapi budak-budak medic Russia tu dah jauh dari kami memang kuat betul stamina hahaha.

Last sekali…yang betul-betul larat untuk ke sampai puncak lebih awal hanya aku, Rukia, Orihime dan Yumichika. Kami perlu sampai awal utk cop tempat. Kalau lmbt tempat akan penuh. Maklumlah..yang join pendakian ini untuk satu malam je cecah beratus-ratus orang termasuk pelancong barat, Korea, Eropah, Amerika dan sebagainya selain student Malaysia.


Bersambung….. ngeeee tak ada gambar langsung kali ni. Hoho sori ek? Heheh.


3 comments:

fara said...

Wah! akhirnye berjaya smpi puncak!
Klo aku mesti dh surrender dah...
hebat betol!
heeee

:)

Faarihin said...

pergh.. dah tiba kat puncak tu.. argghhh.. jeles.. jeles..

Seimura said...

ms.independant....
ahahaha xde la hebat. semua pun berjaya sampai ke puncak. weeee~



faarihin....
ahahaha jgn la jeles. rezeki je tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...