28 February 2010

ANTARA SIMPATI DENGAN KASIH SEBENAR

Assalamualaikum…

Wo macam tajuk lagu atau cerpen pulak muahahah..

Faham ke maksud tajuk tu? Hmm maksudnya.. ‘cinta’ kerana ‘simpati’ atau benar-benar cinta? Haih aku macam tak pandai nak explain. Hoho.


Situasi :-

Shinrei meluahkan perasaan cintanya pada Akira. Akira pula tak cintakan Shinrei pun. Tapi Akira terima cinta Shinrei dan sudi jadi kekasih Shinrei hanya semata-mata kerana simpati dan kasihan pada Shinrei serta tidak sampai hati kecewakan hati Shinrei. Adakah kasih sayang Akira terhadap Shinrei adalah benar-benar ikhlas atau tak lebih daripada sekadar rasa simpati dan kasihan?

Ok situasi tamat. Heheh. Persoalannya lelaki atau perempuan yang selalu terima seseorang atas dasar kasihan? Jeng jeng jeng…

Kalau benar terima seseorang atas dasar simpati dan bukan kerana betul-betul suka atau sayang, sampai bila hati akan terus bertahan dengan kepura-puraan itu? Aku pasti sesiapa pun pasti tidak akan bertahan dan akhirnya berterus terang maka kecewalah hati pihak satu lagi.

Tetapi ada juga situasi di mana rasa kasih terbit sedikit demi sedikit. Mula-mula memang biasa-biasa saja tak suka pun tapi lama kelamaan perasaan suka dan kasih itu muncul. Rasa ‘cinta’ yang asalnya atas dasar simpati berubah kepada rasa ‘cinta’ sebenar. (cehh ayat aku hoho).


Situasi lain :-

Keikoku baru lepas clash dengan seseorang, tengah dalam zon frust menonggeng habis. Yuyui datang memberi semangat kepada Keikoku. Hati Keikoku mula terisi dgn kehadiran Yuyui. Yuyui memang sukakan Keikoku dan akhirnya meluahkan rasa cintanya. Keikoku yang lebih berhati-hati rasa ragu-ragu tapi terima juga cinta Yuyui. Pun sama atas dasar simpati sebab Yuyui dah banyak tolong pulihkan semangat Keikoku. Ikhlaskah Keikoku?

Situasi tamat dan soalan sama seperti di atas. Lelaki atau perempuan yang selalu terima seseorang atas dasar simpati?

Hmm soal hati dan perasaan ini memang sukar untuk dibicarakan. Cinta Allah dan Rasul itu lebih utama bukan?

Tetapi fitrahnya kita sebagai insan memang ingin rasa dikasihi dan disayangi seseorang yang special gito(wow!). Dan kita juga sebenarnya mampu mengukur sejauh mana kejujuran dan keihlasan seseorang itu melalui kata-katanya, tulisannya dan perbuatannya termasuk body language.

Wah, sejak aku balik dari bengkel KELAP (Kem Latihan Penulis) tempoh hari aku semakin pandai mengarang dan hasilkan kata-kata. Weeee jiwang kah aku? Skema kah aku?

5 comments:

Seimura said...

eh kejap lupa nk bgtau hahah..

shinrei dan keikoku adalah lelaki.
akira dan yuyui perempuan.
nama2 watak diambil drpd manganime 'kyo samurai deeper' heheh. :D

Ibu Ammar said...

woi, ko guna nama jepun ni berbelit2 aku nak paham cerita, guna nama Timah ke Joyah ke Ahmad ke lagi senang nak paham..huhuh

Seimura said...

[ sarah ]

ngee xfaham ke haha. xpe lah kelainan cket, ekekeke..

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

cinta atas dasar kesian ni tak bleh..
jgn mainkan perasaan org,.
jika tak saynag cakap tak sayang

Seimura said...

[ cik moon ]

haah betul2 aku setuju tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...