01 March 2010

Aku Still Homesick


p/s : entri ni pun aku dah tulis lama baru publish
Assalamualaikum.....

‘Demam rumah’ datang lagi. Tahun lepas bulan2 (Februari, Mac, April) mcm ni aku dah mula rase nak balik Malaysia je. Tp rase tu dtg2 kejap2 je pastu hilang. Then dtg lg. Datang dan pergi gitu. Haiii… manja sangat ke aku ni???

Aku mula duk asrama sejak umur 13 tahun. Sgt2 jarang balik rumah sbb sekolah aku jarang bg balik kampong. Paling kurang sebulan sekali je. Kalau cuti2 penggal tu lain la, memang la balik. Paling lama xbalik selama 2 bln sebab sekolah aku time tu sibuk ngn mcm2 aktiviti dan kami tidak dibenarkan balik, duduk asrama je.

Walaupun xboleh balik tp family still boleh dtg tiap2 minggu jengok anak. Tapi family aku bukan macam tu. Family aku bukan org senang. Seingat aku boleh dikira dgn jari je berapa kali famili aku datang.

First, hari pendaftaran masuk sekolah. Itu je kali pertama dan terakhir satu famili hantar aku. Yg lain2 hanya abah je yg dtg. Hari terbuka mase aku form 3, sekali mase aku sakit time form 1, sekali lg time aku form 4 abah dtg ngn Fitri.

Tapi aku xkecik hati langsung! Dan aku xjeles langsung ngn kawan2 aku yg parents diorg rajin dtg jengok. Aku tetap gumbira dgn kehidupan aku. Aku sgt2 berdikari n xkisah sorang2. Aku balik rumah sendiri naik turun bas. Bukan bas expres tp bas tabung. Sebab tempat aku bukan betul2 bandar Segamat so xperlu naik bas express.

Aku sekolah kt Kluang, Johor. Nama sekolahku, Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ) di mana jaraknya ngn rumah aku sejauh 100km lbh kurang. Dari Bandar Kluang aku akan naik bus henti2 Kluang – Ayer Hitam. Dari Ayer Hitam aku naik bus henti2 Ayer Hitam – Segamat. Aku akan tekan loceng berhenti kt simpang Felda Maokil (antara Chaah dan Labis). Then naik prebet sapu sampai depan rumah. *zaman aku dulu masih ada prebet sapu tp sejak thn 2007 xsilap dah xde perkhidmatan tu.

Kdg2 naik keretapi dari Labis sampai Kluang. Seronok jugak. Selama 5 tahun sekolah kt Kluang memang aku mahir naik bus n keretapi sorang2.

Kemudian sambung pengajian kt MARSAH (Kolej Pengajian Tinggi Islam Johor) kt JB. Jarak JB ke rumah aku adalah hampir 300km (atau lebih). Lagi jauh hahah. Biar aku bgtau sesuatu khas utk mereka2 yg xmahir geografi n xtahu tgk peta! Hahahaha!!

Negeri Johor bersempadan dgn Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Singapura. Daerah Muar sempadan Melaka, daerah Segamat sempadan Negeri Sembilan, daerah Mersing sempadan Pahang, Johor Bahru sempadan Singapura.

Hanya dua daerah sahaja di Johor yg tidak dikelilingi laut iaitu Segamat dan Kluang. Melaka, Batu Pahat dan Pontian di sebelah barat yg ade laut. Mersing dan Kota Tinggi di sebelah timur yg ade laut. JB di selatan yg ade laut.

Yang aku nak cerita ialah Segamat terletak di utara Johor, Kluang di tgh2 Johor dan JB di selatan Johor. Huhu.

Sambung cerita berdikari aku td hak hak hak. Hmm blaja kt JB lagi la famili aku aku xde dtg. Mase tu dh umur 18 lain dah dgn umur 13 hahahah. Satu famili dtg hantar aku mase hari pendaftran. Lg sekali mase majlis khatam Quran bln Februari 2006. Mase konvo MARSAH bln September 2006 famili aku xde dtg. Betapa tabahnya aku hahaha. *Tapi famili aku dtg la mase konvo DQ kat Kuala Kubu Bharu Ogos 2006. Wo aku ade dua konvo beb dlm satu tahun meriah betul hak3.

Maka tanggal 25 Ogos 2008 aku terbang dari Kuala Lumpur ke Cairo. Bile dah sampai Mesir aku xsedih langsung pun malah happy gila jumpa kawan2. Hahaha.

Tetapi… ada masa2nya aku masih homesick wei!! Cam sekarang ni lah! Mengada2 kot aku ni. Org lain ade sampai 4, 5 tahun langsung xbalik Malaysia. Ok je. Betapa tabahnya mereka.

Aku xreti bersyukur?? Ok insaf jap. Aku dah tahun 2 patut kental lah sikit! Pengajian aku pun cuma 3 tahun bukan 8 tahun. Ape hal plak ko nak runsing2 n susah2 hati paranoid dan sebagainya? Bukan ko sorang duk jauh kt oversea ramai lg org lain blaja jauh2.

Okay aku mengaku aku memang seorang anak sulung yang manja agaknya!! Huwaaa!!! Hey rilex ok? Kadang2 je rase nak balik Malaysia sgt2.

Ade satu cerita bangga cket. Abah selalu gunakan kisah aku yg belajar jauh ni utk motivasi adik2 aku muahahaha. Bkn tu mksd aku. Hmm..selalu kalau time makan abah kerap gak ckp betapa abah xde jengok aku lgsg sepanjang aku sekolah kt Kluang tu. Nak cerita yg abah mmg xmampu n susah nak dtg. Motivasi itu adalah biar kami semua belajar pandai2, rajin2, sungguh2 utk ubah nasib, ubah hidup, jgn jd susah mcm abah.

Ok serius aku rasa bangga siot sbb abah ckp pasal aku hahahah. Ayat abah plg aku ingat, “ ko xcaya ko tanya kakak ko ni. Berapa kali je abah dtg tgk dia mase sekolah kt Kluang tu dulu? Tanya skrg. Balik sendiri naik bas. Mana ada abah jemput atau abah hantar”.

Hak hak hak bukan sayu atau sedih tapi bangga lak. Ok stop2 dh mcm riyak  ni astaghfirullah…. Hm ok setakat ni adik2 aku yg sekolah menengah semua sekolah dekat2 je ngn umah cuma aku yg plg jauh. Tu yg abah kerap gunakan kisah aku tu.

Serius aku sgt2 rindukan mak, abah dan adik2 aku. Rindu kwn2 kt Malaysia jugak, rindukan tanah air tercinta. Tabahkan hatimu wahai Seimura….


p/s :- Tengah layan lagu2 jiwang (Exist). Agaga…

9 comments:

Tawel Sensei said...

Hoho, memang tabah dan kental la kau ni. Takpe, musim panas ni balik la Malaysia. Wajib! ;)

Seimura said...

[ tawel sensei ]

hahah ko patut kagum ngn aku. ceh.
memang aku nak balik. err wajib?? (sambil garu kepala).

Nadiene said...

perh!

xkan homesick kot,hehehe..

xpela nur, jap jew... nanti kalo dah hbs stadi,mesti ko rindu pulak kat unte2 tue,hahaha...

yg paling penting kan, BP lagi bes dr sgamt,hahaha

Anonymous said...

giler berdikari ko
nanti aku guna cerita ko kat anak2 aku lak... bangga tak ko? hahaha

Solehah said...

ya..tabahkan hati...rindu-rinduan tu panguat semangat..hehe..blajar sunngguh2 ya..doakan yang terbaik utk seimura..amin.

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

dari kecil lagi kau sudah diajar macam mana nak hidup berdikari..
pengalaman yang paling berharga..
itu semua yang menjadikan kita kuat dah tabah....

pssstt.. aku dengar cite.. org kata ..org johor cantik2 ye..

Seimura said...

[ fid ]

kadang2 je homesick. haha.

hahaha. xde la rindu kat unta.

ye mmg la BP lg best. ade aku kesah? hak hak.



[ ah fatt ]

agagagaga... aku sungguh bangga ah fatt.



[ solehah ]

ohh terima kasih solehah.. sayang ko. :)



[ cik moon ]

weeee~

AlhamduLillah mmg pengalaman berharga.
moga aku terus kuat dan tabah..
amin...

hoh? ko dgr cite dari mane tuh?

ain fathihah fhm said...

hehe, kenangan semua tu..

selamat bertabah di rantau orang!

Seimura said...

[ ain fatihah ]

heheh terima kasih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...