14 December 2010

Kau Mengaku je la! Lempang kang !

Hey aku tengah marah ni! Marah ni tau tak! Rasa nak lempang laju-laju muka orang. Aaaaaaaa!!!!!!! Marahnya!

Aku nak tuduh tak sampai hati. Tapi aku ada suspect. Why why why???? Kenapa kau buat aku macam ni hah?!! Ahhh tension betul. Lebih tension hal ini berbanding tension dengan kelembapan laptop aku mengalahkan kura-kura dan siput babi. Tak. Aku lebih tension dengan laptop aku. Dan bertambah tension dengan lalat yang kadang-kadang datang mengganggu-gugat aku tengah menaip ini. Aku baru lepas mandi okay? Wangi beb kenapa kau kacau aku hah lalat?! Arghh semua benda buat aku tension la! Rasa macam nak ponteng kuliah je kejap lagi ni. AAAAAAAAA!!!!!!!

Ok pernah tak kalian punya emel atau apa sahaja akaun berkaitan internet cuba diceroboh orang? Seseorang cuba masuk akaun anda dengan meneka password tapi dia gagal meneka. Sampai satu tahap dia dapat warning daripada internet lah. Dan apabila anda pula log in, ia gagal. Ini kerana sebelum itu sudah beberapa kali password dicuba bercanggah dan akaun anda terus dikunci. Bangkai betul.

Persoalannya siapa pula stalker (??) yang berusaha sedaya upaya meneka password anda? Peminat rahsia? Peminat misteri? Pendengki? Jeng jeng jeng…

Inilah yang berlaku pada aku. Sebelum ini emel yahoo aku jadi macam ini. Setiap kali sign in gagal. Aku terus syak la ada orang nak cuba buka emel aku tapi aku tak tanya dia pun. Tapi mujurlah 24 jam kemudian emel boleh dibuka. Kembali normal. Tak sempat aku nak buat soal-siasat kepada suspect. So aku diamkan sahaja tidak menyoal suspect. Hoho.

Kali ini akaun facebook (fb) pula. Dah dua hari gagal di log in. aduss. Aku mengesyaki orang yang sama tapi aku belum buat soal siasat lagi. Tapi betul ke dia orang yang disyaki? Aaaaaa aku tak mahu la tuduh menuduh. Mana tahu bukan dia tapi orang lain? Tak ke malu aku nanti sebab main tuduh je. Tapi kalau betul la dia orangnya, satu ayat aku nak cakap,

‘Kau mengaku je lah wei!!!’

Apa hal kau nak hack akaun aku? Kau sayang aku lebih ke? Atau kau terlalu dengki kat aku? Marah betul!

Adakah orang ini pembaca blog aku? Adakah dia seorang blogger? Tak kisah lah sesiapa tapi tolonglah mengaku dan nyatakan alasan kenapa kau berbuat demikian (cuba ceroboh akaun aku). Aku tak marah kalau kau mengaku. Tapi aku amat marah bila aku still tertanya-tanya mengapakah jadi begini. Hmm atau fb yang bermasalah? No, bukan fb tapi ini adalah kes orang meneka password tapi tak dapat. Tak pasal-pasal aku pun terus tak boleh buka akaun sendiri. Dush!

6 comments:

Faarihin said...

Ya!!!! Saya mengaku.....











Saya mengaku bukan saya yang buat... hahahaha.. sabar cik seimura..

rileks2.. cool down.. tarik nafas pepanjang.. pastu lepas.. ulang 3 kali yer.. hehehe..

sah dia tu peminat misteri tu...

amirah said...

uihsss lau aku pon hangin gakla cm2..
satu ja nasihat semasa, rajinkan lah diri menukar password dari semasa ke semasa. baru terjamin skit :)

Abe Long said...

oh tidak!!!
sy tidak mengaku

~::Iffat @ Wonderfatts::~ said...

salam, aii..betul punya marah ustazah..haha..kamonnn...rilep2..musim sejuk ni..tido lagi best..wahaha

Aleen Aiden said...

die terlebey prihatin 2..wuhuhu

Seimura said...

to faarihin.
hehehe. bersabarlah ni. dikhuatiri bukan peminat misteri tapi pembenci misteri. huhuh.

to amirah.
akaun fb ni dah enam kali aku tukar password. adoii.

to abe long.
ok nasib baik mengaku bukan hang.

to bro iffat
memang tidur lg best. weeee~

to aleen
ye ke? bukan nak korek rahsia ke namanya tu? ngeeee.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...