Assalamualaikum...
Dua hari lepas masa tengah borak-borak dengan mak, aku cakap la aku puasa pada hari itu. Mak pelik dan bertanya,
Mak : Eh, lambatnya? Biasa kan awal Syawal dah puasa?
Aku : Oh memang dah hari tu. Tapi itu puasa ganti. Yang ini puasa enam. Asingkan. Hari tu, habis je puasa ganti, tak boleh puasa plak. Raya sakan kejap. Heheh.
HOhoho. Mak aku memang dah sedia maklum aku memang jenis ganti puasa atau puasa enam di awal Syawal. Beberapa tahun kebelakangan ini, 2nd Syawal aku dah start puasa. AlhamduLillah setakat ini aku tak pernah ganti puasa selain daripada bulan Syawal, bermakna awal-awal aku dah ganti, tak mahu pening-pening. ngahahaha. (ini bukan riya' atau berlagak okay? Just bersyukur diizinkan oleh Allah dapat melakukannya. Mudah-mudahan Allah terus beri aku kekuatan di tahun-tahun akan datang kalau umurku panjang. amin).
Okay cerita puasa ganti dan puasa enam. Hmm.. Ada khilaf berkenaan boleh ke gabungkan dua jenis puasa ini? Jawapannya tak boleh. Tak boleh niat puasa ganti dan puasa enam sekaligus. Tak boleh.
Situasi 1 : Niat puasa ganti dan puasa enam sekaligus.
Tak boleh. Tiada dalam Islam boleh gabungkan yang wajib dengan yang sunat.
Situasi 2 : Niat puasa ganti di bulan Syawal dengan harapan dapat sekali pahala puasa enam.
Berkenaan pahala ini bukanlah kuasa kita untuk mengetahuinya. Itu semua rahsia Allah. Tapi of course bila kita dah ganti puasa, terlepas kifarah. Ganti puasa itu wajib. Tapi jangan mengharap dapat sekali pahala puasa enam walaupun dilakukan pada bulan Syawal.
Situasi 3 : Niat puasa enam sahaja di bulan Syawal. Bermakna hanya puasa sunat tanpa mengganti puasa terlebih dahulu.
Tidak digalakkan. Kerana yang wajib itu terlebih utama ditunaikan, baru lah melakukan yang sunat. Tentang pahala atau ganjaran seolah-olah puasa setahun juga tidak dapat dipastikan boleh dapat atau tidak.
Situasi 4 : Niat puasa ganti di bulan Syawal tetapi cuma 6 hari. Contoh; Seorang wanita kena ganti puasa sebanyak 8 hari. Dia niat puasa ganti di bulan Syawal tetapi cuma 6 hari. Baki lagi 2 hari diganti pada bulan lain.
Masih tak sempurna, masih tak habis ganti puasa. Kononnya enam hari itu dapatlah pahala puasa enam.
Situasi 5 : Niat puasa ganti dan langsaikan hutang terlebih dahulu. Selesai mengganti semua puasa, barulah buat puasa enam.
Yang ini adalah terbaik dan disyorkan. Selesaikan yang wajib dahulu baru lakukan yang sunat. Pahala lagi besar dan memang confirm dapat ganjaran seolah berpuasa setahun.
Kesimpulannya, jangan gabungkan puasa wajib dengan puasa sunat sekaligus. Maksudnya dari segi niat. Maka aku dengan syadid nya mengatakan, habiskan ganti semua puasa, baru buat puasa enam. Contoh kalau kau haid sampai 10 hari, habiskan ganti dulu, baru buat puasa enam. Bermakna total kau kena puasa 16 hari di bulan Syawal.
Ok itu aku yang syadid. Ada juga lah kelonggaran untuk kaum wanita ini. Contohnya kalau kau tidak berkemampuan nak puasa sampai 16 hari, ganti yang 10 hari itu. Mudah-mudahan dapat juga lah pahala puasa enam sebab dilakukan pada bulan Syawal. Tapi jangan berharap sangat.
Tak mampu? Kalau kau boleh puasa 21 hari di bulan Ramadhan (contoh kalau kau datang haid 9 hari), tak kan lah kau tak boleh puasa 15 hari ( 9 + 6 ) di bulan Syawal? Sebenarnya boleh tapi cuma mind set kita mengatakan 'tak larat'. Hanya 15 hari, tak lah banyak sangat rasanya. Lain la kalau kau datang haid sampai 15 hari sebulan, memang agak sukar nak mengganti berturut-turut.
Di Malaysia raya Aidilfitri disambut terlampau beria dan berlebihan. Setiap hari ada sahaja open house (alasan tak boleh nak puasa sebab banyak jemputan open house. hmmm). Sebenarnya raya sebenar hanya sehari sahaja iaitu 1 Syawal. Tak apa kalau nak beraya, ziarah kenalan atau kerabat, tapi kalau bab makan, memang sangat berlebihan rasanya.
Berbalik kepada cerita puasa ganti. Kebanyakan muslimah memang liat sikit nak ganti puasa. Ini adalah kenyataan. Berdasarkan pengalaman, sebahagian rakan-rakan ku sendiri lah yang ku lihat (yang bujang), jenis ganti puasa 'hujung-hujung' iaitu di bulan Sya'ban. Malah ada yang tak sempat habis ganti sebab dah masuk Ramadhan! Maka dah kena bayar fidyah tu. Adoii kenapa lah kau lambat-lambat kan ganti puasa? Kan dah tak sempat?
Sebenarnya kita mampu ganti awal tapi banyak alasan. Alasan kaum hawa ini biasanya;
"Alaa... lama lagi. Setahun lagi ada. Rilek la."
- Amboi, amboi. Mati itu akan menjemput kita bila-bila sahaja.
"Bila ye nak ganti? Hmm bulan depan la.. Bulan ini busy sikit banyak kerja. Letih."
- Tengok-tengok bulan depan juga bagi alasan yang sama, busy, banyak kerja, letih. Dan juga bulan-bulan seterusnya sampai lah masuk Sya'ban. Hah. Time ini terdengarlah rungutan penyesalan, "Aduh, menyesal tak ganti puasa awal-awal dulu. Padan muka aku. Sempat ke nak habis ganti ni?"
Lain lah kalau ibu mengandung ke, tengah menyusukan anak ke, memang lah ada kelonggaran sedikit tapi tak bermakna tak perlu puasa! Puasa tetap kena ganti dan fidyah tetap kena bayar. Ingat, benda yang wajib ini jika kita tidak ambil peduli (contoh tak ganti puasa) dan tiba masanya nyawa kita diambil, kita telah berhutang dengan Allah. Na'uzubillah.
Kita cuba jadikan diri kita lebih baik dan lebih baik. Aku menulis dan menegur untuk diriku jua. Maaf atas segala salah silap dan kekurangan. Moga kita semua sentiasa dalam peliharaan Allah s.w.t. Amin.
6 comments:
alhamdulillah..dpt ilmu :D shukran!
Err... Afwan Ustaz Amirul. Huhu.
terus insap weh baca blog ko,...
thanks for the info, memang sgt2 berguna
alhamdulillah.. ada bnyk ilmu di situ.. (^__^)
sy masih lagi tak pat nak puasa.. asyik terlepas bangun sahur aje..
setan kuat sangat bergayut kat mata ni.. hahaha.. alasan.. alasan..
Hehehe part mana yang rasa insaf tu Ada?
Oh sama-sama Cik Hazzy.
Hehe tak pe Cik Faarihin. Tahun depan, panjang umur cuba lagi ye? Hihi
Post a Comment