Assalamualaikum...
Kelmarin hujan sepanjang hari + angin kuat. Memang betul-betul sejuk wo. Bila bercakap ni keluar wap dari mulut. Berasap. Biasa lah, bila hujan, itu menandakan suhu akan menjadi lebih sejuk.
Cerita hari kelmarin juga. Kelas aku jam 1.30 pm dan hampir pukul satu aku nak keluar rumah dah. Keluar je dari pintu bawah, tengok hujan agak lebat. Aku naik rumah semula cari payung di bilik Angah. Aku mana ada payung, pinjam payung Angah la. haha. Payungnya cantik sangat, warna purple ada bunga-bunga gitu. Gila cantik dan vouge kot? Ah lantak la pakai je.
Waktu yang sama adalah budak sekolah menengah perempuan tamat sekolah. So bertembung la. Aku tengok orang arab semua selamba je redah hujan tanpa pakai payung. Dush. Dah tu semua pandang-pandang aku. Apa yang pelik sangat tah. Adehh. Ye la, Mesir kan hujan cuma 3 atau 4 kali je dalam setahun, so mereka tak hairan la nak pakai payung. Teringat pula time musim panas setiap kali jalan di luar aku pakai spek hitam, semua pandang-pandang aku. Hek eleh.
Jalan semua lecak dan agak banjir. Kotor habis kasut, kaki seluar dan kaki jubah. Tak apa lah, rintangan dalam menuju tempat menimba ilmu (poyo). Tapi memang amat-amat sejuk sebab hujan dan angin yang agak kuat. Huhuh.
Cerita pagi semalam pula. Dalam 5.30 pagi aku turun dari rumah bagi menjalankan misi 'mendaki pokok'. Alkisah dua hari sebelum itu angin bertiup kencang disertai hujan. Jubah yang ku sidai di ampaian lalu diterbangkan angin dan ia tersangkut di pokok di hadapan rumah aku, bukan terjatuh di tanah. Aku try sauk (??) guna kayu dari balkoni rumah aku tapi tak sampai, kayu tak cukup panjang. Maka tersangkut la di pokok.
Aku memang tunggu masa tak ada orang baru lah aku boleh panjat pokok tu. Pagi-pagi buta lah. Aku bawak kerusi plastik satu letak di tepi pokok. Panjat kerusi, barulah panjat pokoknya. Agak bersusah payah hahah (takut jatuh wei, sakit tu). Dahan-dahan pokok itu agak kurus tau so aku bimbang jugak kalau ia tak mampu nak menampung berat badan aku lalu patah. Auchh.. Akhirnya jubah aku berjaya capai dan jatuhkan terus di tanah. Time nak turun yang aku ada sikit cuak ni. Panjat reti, turun tak reti. Adehh. Tapi berjaya juga la turun. haha. Dah la sejuk. Aku pun naik atas rumah.
Sampai rumah je aku tengok jaket dan seluar aku kotor habis. Bukan setakat pakaian tapi muka aku pun kotor jugak. (kotoran tanah). Ceh pada hal bukan lah meredah hutan tapi dia punya kotor bukan main. Ngahaha. Apa lagi. Aku pun terus rendam segala pakaian yang kotor. Kaki aku pula rasa macam sengal dan sakit cramp (macam salah eja) gitu. Nampak sangat dah lama tak bersenam. Hahahah. Tapi sebab sejuk pun ia juga. Tapi sakit tu kejap je la, tak lama pun.
Cerita untuk hari ini pula. Hehe sekarang pagi tak ada cerita menarik pun. Cuma berborak dalam ym dengan kawan-kawan di Malaysia. Hik hik hik. Semalam dah call mak. Lama berbual. Sejam lebih. Dah lama juga tak call. Last masa raya haji kot. Uhuk.
Ok aku tau entri aku ni boring. Sapa suruh baca? hahahah. Permisi dulu ya? Daa...
2 comments:
hahaha.. best apa..
suka baca cerita pasal orang ni..lagi pasal student kat obecea ni.. hahaha..
kawan saya kata dah rasa macam pi sawah pun ada kat sana.. huhuhu..
hahahah betul la tu faarihin. memang macam pi sawah. gila kotor. uhuhuhu.
Post a Comment